KOD & NAMA KURSUS HNS 2013 : KENEGARAAN TAJUK KUMPULAN UPSI A03 A112PJJ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. FAUZIAH BT. CHE LEH TARIKH SERAH : 06.4.2012 LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1. JUMLAH TUGASAN ESEI 1 – BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA CONTOH YANG SESUAI.
15
Embed
Hns 2013 kenegaraan esei 1 - bincangkan jenis-jenis kerajaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2
KOD & NAMA KURSUS
HNS 2013 : KENEGARAAN
TAJUK
KUMPULAN
UPSI A03 A112PJJ
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. FAUZIAH BT. CHE LEH
TARIKH SERAH : 06.4.2012
LAMPIRAN 2
PEMARKAHAN
1.
JUMLAH
TUGASAN ESEI 1 – BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA
CONTOH YANG SESUAI.
F
HNS 2013 KENEGARAAN
ESEI 1
BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA CONTOH YANG SESUAI.
DEFINISI KERAJAAN
Kerajaan merujuk kepada institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negaranya.
Menurut definisi Wikipedia, kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang
bertanggungjawab membuat dan melaksanakan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah
kawasan tertentu. Ia juga merujuk kepada kerajaan awam sama ada pada peringkat tempatan,
kebangsaan mahupun antarabangsa. Saiz sesuatu negara adalah berbeza mengikut kawasan dan
tujuannya.
Menurut pengertian Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), kerajaan bermaksud
negeri atau negara yang dikepalai oleh raja atau pemerintah yang bermartabat, mempunyai alat-
alat kebesaran diraja, bersifat sebagai raja yang memerintah atau mentadbir negara yang
berperlembagaan membentuk sebuah kerajaan yang bebas dan merdeka.
Jenis-jenis kerajaan pula merujuk kepada institusi-instusi pemerintahan sesebuah
kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Ia boleh
dikelaskan kepada beberapa jenis dan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri. Antara sistem kerajaan adalah Demokrasi, Republik, Monarki, Komunis, Sosialis dan
Totalitarian.
KEPENTINGAN KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH
“ Kerajaan bukan lagi terhad kepada “maintenance of law and order” dan memungut
hasil, tetapi peranan kerajaan sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan semua gerak-geri
ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah negera yang merdeka”. (Tun Dr. Mahathir
Mohammad).
Secara umumnya kerajaan berfungsi sebagai pengatur kehidupan dalam sesebuah negara
untuk mencapai ketertiban dan keamanan negara, kebajikan rakyat, mengeratkan perpaduan dan
keharmonian, pertahanan dan keamanan dan perhubungan antarabangsa.
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab
menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu
adalah seperti Parlimen, Kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem
kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan
negeri dan kewujudan atau tidak wujud raja. Berasaskan pembahagian inilah, maka wujudlah
jenis-jenis kerajaan yang berbeza antara sesuatu negara.
JENIS-JENIS KERAJAAN DI DUNIA.
Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia. Antaranya ialah
A. Kerajaan Demokrasi
Definisi Demokrasi
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang
digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan
yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti rakyat atau
masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang. Dengan kata lain, rangkaian
kedua perkataan itu membawa maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala
digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi
memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi sejak kewujudan
Athens, demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat.
Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan sebagai
semua rakyat boleh membuat sebarang atau keputusan yang penting tentang polisi awam.
Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan kesamaan politik. Ini
dapat dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau dasar terbuka dalam politik di mana
pertandingan parti-parti politik semasa pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh
bertanding secara terbuka. Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang
dasar atau keputusan rakyat kepada kerajaan.
Tokoh-tokoh akademik dan politik turut memberikan beberapa maksud mengenai
demokrasi. Sarjana sains politik iaitu Robert A.Dahl, menyatakan demokrasi adalah suatu sistem
yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan
atau pembentukan dasar. Sementara itu, C.F. Strong pula memberikan maksud demokrasi
sebagai suatu corak kerajaan yang bergantung kepada persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat
turut mengambil bahagian di dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai
kedaulatan.
Abraham Lincoln pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang
dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga
setiap rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap
individu mendapat hak yang sama. Kesimpulannya maksud demokrasi memang sukar untuk
dinyatakan. Ia sering berlainan dari pendapat seorang kepada pendapat orang lain.
Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu
(i) Demokrasi Langsung iaitu demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam
penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk
menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat
perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar.
Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat.
Semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar. Dalam demokrasi
secara langsung tidak ada pilihanraya. Oleh itu, sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan
apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja
Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua badan iaitu perhimpunan dan majlis.
Majlis mempunyai keahlian yang mewakili secara sama rata bilangan rakyat. Oleh itu tidak
berlaku konflik yang tegang antara kedua-dua badan tersebut. Negara yang masih lagi
mengamalkan bentuk kerajaan ini ialah Switzerland.
(ii) Demokrasi tak langsung pula dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna
dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat.
Di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak
langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang pilihanraya, dengan majoriti dua
pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar
lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam
demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan
sebarang dasar. Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan
dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk
dielakkan. Dalam demokrasi tak langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu
kehakiman, legislatif dan eksekutif. Institusi kehakiman tempat menyelesaikan sebarang masalah
warganegara atau badan sesebuah negara. Institusi legislatif pula terdiri dari wakil-wakil, yang
dipilih rakyat yang berperanan membuat, meminda mahupun membatal sesuatu undang-undang
mengikut kuasa yang ada pada mereka. Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan
yang juga menentukan polisi sesebuah negara. Britain dan Malaysia adalah contoh negara yang
mengamalkan sistem demokrasi secara tak langsung ini.
Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk dilaksanakan
dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan rakyat yang ramai menyebabkan tidak ada
kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi secara tak langsung dianggap
lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh rakyat.
Elemen dalam demokrasi
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi- institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan
memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
Rakyat diberi hak mengundi
Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang.
Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.
B. KERAJAAN REPUBLIK
Definisi Republik
Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara
yang dipilih oleh rakyat seperti Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif . Perkataan ini berasal
dari bahasa Latin res publica atau “urusan awam” dan ia bermaksud kerajaan dimiliki serta
dikawal oleh rakyat. Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik
yang paling terkenal iaitu Republik Rom yang telah bertahan dari 509 SM hingga 44SM. Ada
negara republik yang diperintah secara kuku besi atau totalitarian. Contoh negara republik yang
amat popular ialah Amerika Syarikat dan India yang dikatakan pemerintahannya lebih menyamai
demokrasi. Di beberapa buah republik pula, Presidennya memerintah secara kuku besi dan
bertindak seperti seorang maharaja di negara tersebut. Contoh kerajaan kuku besi ini adalah
kerajaan pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Ramai berpendapat kerajaan republik
lebih demokratik berbanding kerajaan raja berperlembagaan.