Transcript
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
1/42
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
2/42
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
3/42
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
4/42
suatu yang waqi dan mendatangkan rahmat serta keluasan hidup
untuk menghayati hukum-hakam Islam. Ruang lingkup kekhilafan ini
juga merangkumi pandangan-pandangan yang tiada nas, penilaian
maslahat-maslahah dan mafasid, fekah aulawiyyat, siasah syarieyyah
dan syura. Hasil daripada kekhilafan pandangan melahirkan kekhilafan
mauqif dan tindakan. Kekhilafan amal dan mauqif ini, diantara punca
asasi yang melahirkan taadud jamaah di zaman ini. Tetapi taadud
mazhab berbeza dengan taadud jamaah Islam pada satu perkara
penting. Dr. Solah Sawi menyebut bahawa :
Sesungguhnya mazhab-mazhab fekah ialah gerakan-gerakan
keilmuan semata-mata berteraskan mengenai beberapa ijtihad-ijtihad
amaliyyah dan tiada baginya aktiviti-aktiviti jihad yang dibataskan untuk
mengubah kedudukan yang berlaku pada umat. Adapun gerakan-
gerakan Islamiyyah ialah gerakan jihadiyyah yang tertegak pada
permulaannya untuk mengubah kedudukan jahiliyyah dan menegakkan
sistem Islam.
KELAHIRAN JAMAAH ISLAM
Pada ambang kejatuhan khilafah Othmaniyyah dan penjajah Barat menguasai
tanahair umat Islam. Pada waktu itu, lahirnya mujadid-mujadid setempat untuk
mengembalikan kekuatan dan kemuliaan Islam seperti Sheikh Jamaluddin Al-
Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan sebagainya. Tetapi selepas perang
dunia ke dua, umat Islam kehilangan silsilah khilafah yang dibina oleh datuk
nenek mereka dengan air mata dan darah. Tanah air umat Islam difaraidkan.
Undang-undang dan ideologi-ideologi sesat dipusakai kepada umat Islam oleh
penjajah Solibiyyin. Di awal abad ini, Allah melahirkan mujadid di setiap tanahair
umat Islam. Mujadid-mujadid islam menubuhkan jamaah Islam di setiap tanahair
masing-masing. Al-Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin di
Mesir, Abu ala Al-Maudidi menubuhkan jamaah Islami di Pakistan, ditubuhkan
PAS di Malaysia dan lain-lain.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
5/42
Tetapi di pertengahan kedua abad ini, umat Islam dibentangkan dengan
fenomena percambahan jamaah Islam . Percambahan jamaah-jamaah ini
mencorakkan fenomena perpecahan dan kebingungan umat Islam. Kelahiran
taadud jamaah berasaskan beberapa punca;
i. Ada jamaah yang ditubuhkan dengan sebab kesedaran untuk mengembalikan
umat kepada kesyumulan Islam dan melaksanakan kefardhuan zaman.
ii. Ada jamaah atau pertubuhan yang diasaskan untuk memberi kekuatan kepada
jamaah Islam yang telah ada dan sebagai platform untuk memperluaskandakwah Islam dan amal Islami yang bertepatan dengan manhaj dan prinsip
jamaah Islam yang induk.
iii. Ada jamaah yang ditubuhkan diatas alasan tidak puas hati. Tidak puas hati
terhadap beberapa aspek pada jamaah yang telah ada. Di antaranya ;
a)Melihat dan mengira jamaah yang telah ada tidak menekankan pada
beberapa aspek seperti tarbiyyah, ekonomi, tasawuf dan sebagainya. Danberanggapan jamaah yang telah ada hanya menekankan satu juzu sahaja
daripada Islam.
b)Menuduh jamaah yang telah ada tidak syarie pada pengamalannya.
iv. Ada jamaah yang diilhamkan oleh musuh-musuh Islam atau diperalatkan oleh
pertubuhan bukan Islam untuk menyanggah dan berhadapan dengan jamaah
Islam yang telah ada. Firman Allah ;
7 # 8/+ 9 !+: & 1;+ ' 2?6 02
% 8 .=6 */%@A . 0 9 7 * 1+
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
6/42
Maksudnya : Dan orang-orang yang membina masjid dengan tujan
membahayakan (keselamatan orang Islam) , dan menguatkan keingkaran
mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman
dan juga untuk dijadikan tempatan intipan bagi orang yang menentang Allah dan
Rasulnya sebelum itu,Dan mereka bersumpah dengan berkata tidakkah yang
kami kehendaki dengan membina masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-
mata.Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka berdusta.
(surah at-Taubah : 107 - 108)
Berkata Ali bin Abi Talib daripada Ibnu Abbas di dalam menafsirkan ayat ini .
Mereka dari kalangan Ansar yang telah membina masjid . Pendeta Abi Amir
berkata kepada mereka , Dirilah masjid dan bersedialah dengan apa yang kamumampu dengan senjata dan kekuatan, saya akan pergi ke mahligai kaisar Rom,
saya akan datang bersama tentera Rom dan mengeluarkan Muhammad dan
sahabat-sahabatnya. Tatkala mereka selesai mendirikan masjid , mereka pun
datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata Kami telah selesai membina masjid
kami. Kami sangat menyukai agar engkau bersembahyang dan berdoa
keberkatan untuk kami. Maka Allah pun menurunkan ayat:% 8 .=6 *
Al-Ustaz Said Hawwa menyatakan bahawa daripada kisah masjid Dirar ini, kita
memahami bahawa tidak sepatutnya kita taradud (ragu) untuk mencabut segala
yang mengancam keamanan dan kesatuan muslimin. Wajib ke atas kita,
bersegera untuk menghancurkan segala perancangan ahli kufur dan nifaq.(6)
Tanpa disedari, betapa banyak jamaah yang dipergunakan oleh musuh Islam
menjadi masjid Dirar yang memecah-belah umat Islam dan memberi kekuatan
terhadap musuh Islam untuk terus bertapak. Masjid adalah jami (tempat
berhimpun) dan simbol jamaah serta markaz kesatuan Islam. Rasulullah s.a.w.
telah membakar dan Allah telah melarang berada di tempat himpunan manusia
yang bergelar masjid , jika ia diasaskan untuk memecah-belah umat ,
memudharatkan muslimun dan menyokong musuh Allah dan Rasulnya S.A.W.
Alangkah lebih afdhalnya, jamaah atau pertubuhan yang memecahkan muslimin
dan menyokong parti Sekularisme ditolak dan dihapuskan.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
7/42
SEBAB-SEBAB PERSELISIHAN UMAT INI
Semenjak 1926, muslimun tidak mampu untuk membentuk jamaah Islamiyyah
yang satu dibawah satu kepimpinan di satu negara. Oleh itu, kita dapati di satu
negara, wujudnya persatuan-persatuan di atas asas ilmu, persatuan-persatuan
yang dibina untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dan kesatuan-
kesatuan yang berdiri di atas asas fikrah atau politik yang luas. Sehingga kita
mendapati adanya peribadi-peribadi yang tidak beriltizam dengan mana-mana
tanzim. Penelitian al-Quraan dan Sunah telah mendedahkan beberapa sebab
perselisihan atau perpecahan ini. Sebab-sebab tersebut telah disusun oelh Al-
Ustaz Said Hawa . Saya hanya menakalkan secara ringkas sebab-sebabtersebut.
i. Tidak mengikuti jalan Allah.
Firman Allah Taala :
6 .A=/ 8% .A; .A@8 .A% # /6 * B/6 =& C; 2(
Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain
daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu
bertakwa. (surah Al-Anam : 153)
ii. Melupai satu juzu daripada ugama Allah.
Firman Allah Taala :
= 4/0 DE, ( . % F0 8% @ & G! / H. 2IJ+K / 02
K0/ / &% 9 0 M/L.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
8/42
Maksudnya : Dan di antara orang-orang yang berkata:Bahawa kami ini orang-
orang nasrani , Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka
mereka juga melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka
dengannya, lalu kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara
mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa
yang telah mereka kerjakan. (surah Al-Maidah : 14)
iii. Hasad dengki dan marah-memarahi.
Firman Allah Taala ;
% E% . 3,). %* /6
Maksudnya : Dan umat tiap-tiap Rasul tidak akan berpecah-belah dan
berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai
kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka pengetahuan (apa yang
disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan yang demikian itu)
semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. (surah Asy-Syura : 14)
Rasulullah s.a.w. telah mentafsirkan (E) dengan sabdanya:
N76 7= & N76 7= O/J * 7= ) DE, 7 .A *,1 .A. % :+
0
Maksudnya : Telah merebak di kalangan kamu penyakit umat-umat sebelum
kamu iaitu hasad-dengki dan marah-memarahi .Ia adalah pencukur.Aku tidak
berkata pencukur yang mencukur rambut. Sesungguhnya ia adalah pencukur
yang mencukur agama. (riwayat Ahmad dan Tirmizi)
iv. Tidak Beraqal (Mementingkan nafsu daripada kitab Allah).
Firman Allah Taala :
/4 %/. -@% P. &3 .76 0- .Q% +3 ,+ K7 * &3 .A/=0 *
/=0*
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
9/42
Maksudnya : (orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu
sekali pun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang
berbentang kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya) permusuhan di antara
mereka sesama sendiri amatlah keras , engkau menyangka mereka bersatu
padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka
adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi
kebaikan kepada mereka. (surah al-Hasyr : 14)
v. Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
= 4/0 DE, ( . J *=9 % !J R6 *
Maksudnya : Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan
melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka
sehingga hari kiamat. (riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)
vi. Tiada rahmat Allah.
Firman Allah Taala :
ST P%+ & 6&" 2=I P. P%+ .!+ * ? /50 * )! U '# P%+ ,- /
&3J U ' .3
Maksudnya : Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka
bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah
menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji
Tuhanmu :Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan
sekalian jin dan manusia berdosa. (surah Hud : 118-119)
Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah.
Firman Allah :
5( /6
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
10/42
Maksudnya : Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya
menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan
kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan
sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi
Maha Bijaksana. (surah at-Taubah : 71)
Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat
Islam.
vii. Mengidap empat penyakit.
a) Kedekut yang ditaati.b) Hawa nafsu yang diikuti.
c) Dunia yang dilebihi.
d) Kagum dengan pandangan sendiri.
Seorang telah datang bertanya Abu Thalabah Al-Khasyari dan bertanya ;
Bagaimana engkau beramal dengan ayat ini?. Abu Thalabah bertanya; Ayat
mana?. Lelaki itu berkata , firman Allah ;
/&6 . &% .AL &3 .A3 9 .0( @ #> D0 * .A. .A /, 02 0Q0
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman!Jagalah diri kamu .Orang-orang
yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu
sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan larangannya) Kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu balasan apa yang
kamu telah lakukan. (surah al-Maidah : 105)
Abu Thalabah menjawab , Demi Allah aku pernah bertanya Rasulullah tentang
ayat ini. Baginda bersabda :
# @ ':
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
11/42
. .O [ .A V3+ &I3J 9 O/+ # 0 .A&%/&0 V3+ &I3J #H %# 3J&I
.A V3+
Maksudnya : Bahkan kamu suruhlah dengan kebaikan dan cegahlan
kemungkaran sehingga, apabila engkau melihat kekikiran yang ditaati, hawanafsu yang diikuti, dunia yang dilebihi dan kagum setiap yang mempunyai
pandangan dengan pandangannya. Wajib ke atas engkau dengan diri engkau
dan tinggalkan orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu adanya hari-hari,
seorang yang sabar padanya seperti seorang yang menggenggam besi panas.
Pekerja Islam pada hari itu dianugerahkan ganjaran seperti lima puluh orang
yang beramal dengan amalan kamu. Rasulullah ditanya ;Wahai Rasulullah !
Ganjaran lima puluh orang dari kalangan kami atau mereka . Rasulullah
menjawab; Bahkan ganjaran lima puluh daripada kamu..(Tirmizi berkata hadis
hasan gharib sahih)
PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA TENTANG TAADUD JAMAAH
1.1. Pendapat Harus Bersyarat.
1.1.1.Lajnah Kajian Ilmiah dan Fatwa.
Setiap peribadi umat dan jamaah seperti jamaah Tabligh, Persatuan Pelajar-
Pelajar Muslim, Ikhwan Muslimun, Jamaah Belia Muslimin, Jamaah Ansar
Sunnah Muhamadiyyah, Persatuan Syarei Penghayatan Kitab dan Sunnah
Muhammadiah dan sebagainya tidak masum (terpelihara daripada kesilapan) .
Bahkan kadang-kadang silap dan kadang-kadang betul. Setiap jamaah memiliki
kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan pada hukum-hakam yang diseru
dan disebarkan dijalan dakwahnya sehingga kepada apa yang diitiqadkan ,
diamalkan dan dibina untuk membimbing dan memindah manusia kepadadakwahnya.
ULASAN.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
12/42
Pendapat ini telah ditangani oleh Sheikh Abdullah bin Qaun, Sheikh Abdullah bin
Qadyan, Sheikh Abdul Aziz bin Afifi dan Sheikh Abdul Aziz bin Baz. Pendapat ini
dikemukakan lanjutan daripada soalan yang dikemukakan kepada pihak lajnah
untuk mengetahui kebenaran di antara Jamaah Tabligh dan Persatuan Pelajar-
Pelajar Muslimin di Arab saudi. Beberapa teguran telah disampaikan oleh pihak
lajnah terhadap jamaah tersebut.Beberapa penilaian terhadap fatwa ini perlu
dibuat ;
i. Fatwa ini dikeluarkan di negara Arab Saudi yang mengamali Islam
sebagai rujukan negara. Fatwa ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di
negara yang mengamalkan ideologi Sekularisme.Kaedah fekah
Berubah hukum-hakam dengan berubahnya zaman dan keadaan
ii. Lajnah ini tidak menyebut hujjah pengharusan penubuhan taadud
jamaah. Di samping itu, pihak lajnah telah menyebut keburukan-
keburukan jamaah Tabligh dan persatuan-persatuan pelajar muslimin
Arab Saudi dengan tidak menyatakan jamaah manakah yang
sewajarnya diintimakan.
1.1.2. Ustaz Mustaffa Masyhur ( Mursyidul Am Ikhwan Muslimun Mesir)
Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jamaah-jamaah dan organisasi-
organisasi (selain Ikhwan Muslimun) ialah apa yang diperluaskan oleh agama
kami (Islam) daripada sifat kasih sayang, mawadah, nasihat-menasihati, bantu-
membantu di atas asas kebajikan dan takwa dan mengelak perselisihan dan
pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu kerana melaksanakan firman Allah:
* 6/ &3 9 7%# /&K
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugaa Allah) dan
janganlah kamu bercerai berai . (surah Ali Imran : 103)
ULASAN
Inilah pendirian yang diungkapkan oleh Al-Imam Hasan Al-Banna di dalam
Risalah Muktamar Ke-5. Pendapat taklidi ini perlu dikaitkan dengan syarat-syarat
dan batas-batas yang disebut oleh Al-Imam di dalam muzakirahnya yang
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
13/42
bertajuk ,(.( F && /!* ) Pendirian Ikhwan Muslimin terhadap pihak/\
lain;
i. Setiap anggota Ikhwan Muslimin semestinya mengenali matlamat
Ikhwan Muslimun dengan sempurna dan menjadikan satu miqyas diantara Ikhwan Muslimun dan manusia.
ii. Setiap manhaj yang tidak menyokong Islam dan tidak berpusat pada
usul-usul umum Islam , tidak akan membawa kepada kejayaan.
iii. Setiap organisasi yang mentahqiqkan satu aspek daripada aspek-
aspek manhaj Ikhwan Muslimin dengan kerja-kerjanya, hendaklah
disokong oleh anggota Ikhwan Muslimin pada aspek ini.
iv. Kewajipan pada anggota Ikhwan muslimin menyokong mana-mana
organisasi yang mereka yakini , bahawa organisasi tersebut tiakmengingkari matlamat Ikhwan Muslimin pada satu masa daripada satu
masa.
v. Organisasi -organisasi yang memberi manafaat menuju ke matlamat
Ikhwan Muslimin dengan menguatkannya dan tidak melemahkannya.
vi. Ikhwan Muslimun mengalu-alukan setiap fikrah yang menyeru untuk
mentauhidkan usaha-usaha muslimin di seluruh pelusuk dunia dan
menyokong fikrah kesatuan Islam sebagai satu kesan daripada kesan-
kesan kesedaran Timur.vii. Ikhwan Muslimun bersifat ikhlas kepada setiap organisasi Islam dan
berusaha untuk mendekatkan (mentaqribkan ) di antara setiap
organisasi dengan berbagai cara. Anggota Ikhwan Muslimun
hendaklah mengira bahawa kasih sayang di antara muslimin
merupakan asas yang baik untuk membangunkan muslimin. Ikhwan
akan menolak setiap organisasi yang mengaburi makna Islam seperti
Qadyaniah Dan Bahaiyyah.
Pendapat ini telah diperjelaskan oleh Al-Ustaz Said Hawwa ; Daripada kaedah
yang disebut oleh Al-Imam Hasan Al-Banna, kami menyedari bahawa berbilang-
bilang pertubuhan mungkin boleh ditubuhkan dan berada di satu negara.
Pertubuhan-pertubuhan ini mungkin parti politik semata-mata, mungkin
pertubuhan-pertubuhan kebajikan, mungkin pertubuhan di bawah naungan
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
14/42
sheikh ilmuan atau pertubuhan di bawah naungan sheikh tarbawi atau selain
daripada itu, daripada pertubuhan-pertubuhan yang dihimpunkan di atas Sifat
Islamiyyah. Adakah pertubuhan-pertubuhan yang dimaksudkan oleh Al-Imam
Hasan AlBanna dan Al-Ustaz Said Hawwa yang dibenarkan kemunculannya
boleh digolongan sebagai jamaah Islamiah dan Hizbullah yang layak untuk
diintimakan ?. Penilaian terhadap ciri-ciri Hizbullah perlu diambil kira untuk
memahami pandangan ini.
1.1.3. Dr. Solah Sowi.
Sesungguhnya taadud jamaah yang diterima di lapangan amal Islami terkini
ialah taadud takhasus dan berjenis-jenis (Y/6 ]K?6 16), bukan taadud
pertentangan dan perlawanan (W6 6) Adapun taadud yangD6 11
memecahkan wala umat di antara pertubuhan-pertubuhan, meretakkan barisan
dan laknat-melaknati di antara manusia merupakan waba dan kecelakaan yang
mengubah waqi kepada fitnah dan menghamparkan jalan kepada pendapat
untuk menyendiri (beruzlah) daripada semua.
ULASAN
Dr. Solah Sowi telah mengemukakan beberapa penetapan dan syarat untukmembolehkan taadud untuk diterima. Ertinyanya, jika syarat-syarat ini tidak
mampu dilaksanakan dan diterima pakai , maka taadud tidak akan dibenarkan
sama sekali. Syarat-syarat itu ;
i. Kesatuan usul-usul dan mazhab Itiqadiah (mazhab Ahli Sunnah Wa
Jamaah).
ii. Terbatas kekhilafan di ruang-lingkup furu dan masalah ijtihadiyyah.
iii. Mengekalkan kesatuan, kesejahteraan dan ukhuwah.
iv. Takamul (sempurna-menyempurnakan) di antara pihak lain
v. Kesatuan pendirian politik dan jihad.
Harakah Islamiah ialah harakah jihad. Ia berdiri pada mulanya untuk mengubah
suasana jahiliyyah dan melaksanakan sistem Islam . Di dalam usaha ini
semestinya harakah Islamiah terlibat di dalam beberapa peperangan juziyyah
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
15/42
dan syumuliyyah untuk menghadapi musuh-musuh Islam dan pelawan undang-
undang Allah. Dr. Solah sawi telah menambah dengan katanya Perkara ini
menetapkan dengan menyandarkan satu syarat khas iaitu mentansiqkan
(penyelarasan) di antara golongan-golongan ini pada masalah yang besar dan
isu-isu berhadapan dengan musuh Islam.
1.1.4. Dr. Yusof Al-Qardawi
Tiada halangan taadud jamaah yang beramal untuk Islam, selama-mana
keuzuran untuk mewujudkan kesatuan dengan sabit kelainan matlamat-
matlamat, kelainan manhaj-manhaj, kelainan kefahaman-kefahaman dan
kelainan thiqah terhadap setengah yang lain, berdasar taadud takhasus dan
berjenis (]K?6 Y/6 16) dan bukan taadud pertentangan dan perlawanan (16
W6 D6). Semuanya hendaklah berdiri di dalam satu saf pada setiap perkara1
yang mengembalikan kewujudan Islam, Aqidah Islamiah, Syariah Islamiah dan
umat Islam.
Kelahiran jamaah-jamaah lanjutan daripada penilaian terhadap perlunya amal
jamai. Amal jamai untuk menolong Islam, membebaskan tanahair, menyatukan
umat dan meninggikan kalimah Allah adalah suatu yang fardhu dan daruri.
Kefarhduan yang diwajipkan oleh Islam dan daruri yang dimestikan oleh waqiAmal jamai bererti membentuk Jamaah-jamaah atau parti-parti untuk
menegakkan kewajipan ini.
ULASAN
Dr. Yusof Al-Qardawi telah menganggap pendapat yang mengharamkan taadud
jamaah sebagai fatwa kosong dan terasing daripada agama Allah. Beliau juga
telah menyatakan beberapa dalil yang menunjukkan keharusan menubuhkanjamaah-jamaah.Hujjah hujjahnya telah disebut di dalam kitabnya:
i. Kaedah fekah ;
%*! 6V. U X1% =& XK , -* #;*
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
16/42
(Asal pada perkara-perkara dan urusan-urusan yang berkait dengan
adat-adat dan muamalat manusia adalah harus.)
ii. Nas-nas Al-Quraan dan hadis.
Firman Allah Taala :
*. * 6/ /= /6
Maksudnya : Tolong menolonglah kamu untuk membuat kebajikan
dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan
dosa dan permusuhan. (surah al-Maidah : 20)
Firman Allah Taala :
* 6/ &3 9 7%# /&K
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugama
Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. (surah Ali Imran : 103)
Sabda Rasulullah ;
D% 8D% 0
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
17/42
Sunnah Rasulullah telah menyeru kepada satu jamaah dan kesatuan dan
melarikan daripada kedagangan dan perpecahan. Sunnah Rasul menyeru
kepada ukhuwah dan mahabah dan menjauhkan daripada permusuhan dan
marah-memarahi.
Kaedah yang dikemukakan menunjukkan bahawa penubuhan jamaah Islam
adalah harus pada asalnya selama mana tiada dalil yang mengharamkan.
Kaedah fekah iaitu :
70. # O0 . %*! , -* #;*
Di sana wujudnya dalil-dalil yang mengharamkan pepecahan dan menuntut
kesatuan.
Ayat-ayat dan hadis-hadis yang disenaraikan tidak menunjukkan secara jelas
dan terang akan keharusan menubuhkan jamaah-jamaah tanpa syarat tetapi
lebih jelas dan zahir akan tuntutan supaya menubuhkan satu jamaah sahaja
supaya tidak berlaku jenayah perpecahan dan terlaksana kefardhuan kesatuan.(
30& D0 (76*1
1.2. Pendapat Yang Tidak Mengharuskan Taadud.
1.2.1. Al-Ustaz Fathi Yakan.
Lapangan Islam telah mengaksikan kelahiran harakah-harakah, tanzim-tanzim ,
persatuan-persatuan dan golongan-golongan Islam di atas ruang lingkup yang
luas. Miskipun setengah orang berpendapat dan mengira demikian (taadud
jamaah) satu fenomana sihat . sesungguhnya di sepanjang kafahaman syara
untuk amal islami, penentuan sahih bagi maslahah Islamiayyah dan tindakan
susulan terhadap apa yang berlaku, saya mengira taadud jamaah sebagaifenomena berpenyakit dan bahaya serta diperingatkan dengan akibat-akibat
yang dahsyat yang tidak diketahui penghujungnya melainkan Allah.
ULASAN
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
18/42
Al-Ustaz Fathi Yakan tidak mengharamkan secara mutlak taadud jamaah tetapi
melihat kepada kesan-kesan negatif dan bukti-bukti waqi menunjukkan bahawa
taadud jamaah tidak mendatangkan faedah untuk amal Islami. Al-Ustaz Fathi
Yakan telah membawa hujjah-hujjah kefardhuan dan daruri kesatuan amal Islami.
Di antaranya ;
i. Kesatuan Amal Islami pada sudut kefardhuan syara.
Asal di dalam syariat Islam ialah kesatuan amal Islami dan bukan
berbilang-bilang. Kesatuan ini dikira fardhu pada syara dengan
beberapa sebab .
a) Dalil asal menunjukkan umat Islam bersatu kerana banyak nas-nasyang menyeru kesatuan umat Islam.Firman Allah Taala;
.A%+ )! J .AJ B2(
Maksudnya : Sesungguhnya ini umat kamu, umat yang satu. Dan Aku
tuhan kamu, maka sembahlah kepadaKu. (surah al-Anbiyaa : 92)
b) Dalil asal daripada nas-nas yang menggalakkan kesatuan dan
larangan kekhilafan.Firman Allah Taala ;
. :2 . PL " ,). % /I /6 02 //A6 *
Maksudnya : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang
(Yahudi dan nasrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam
ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-
keterangan yang jelas nyata. Dan mereka yang bersifat demikian, akan
beroleh azab seksa yang besar. (surah Ali Imran : 105)
Sabda Rasulullah :
_
Maksudnya ; Sesiapa yang memecah-belahkan, dia bukan daripada
kami. (riwayat Tabari)
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
19/42
c) Dalil asal hadis yang meminta supaya iltizam pada satu jamaah
sahaja , bukan jamaah-jamaah. Di antaranya, sabda rasulullah ,
$ \ % B/%> 3&^ * ) )2( 0 1+ & X( X(/A
Maksudnya : Akan berlaku bala demi bala , sesiapa yang
menghendaki untuk memecah-belahkan urusan umat ini, sedang
mereka telah berhimpun di atas perkara itu, maka pancunglah dia
dengan pedang selama mana dia terus berada di atas yang demikian
itu. (riwayat Muslim)
ii. Kesatuan amal Islami adalah daruri pada sudut haraki berasaskan
kepada beberapa sebab. Di antaranya,
a) Perubahan Islam melazimkan pembentukan kesatuan kekuatan
Islam di jalan dan langkah yang satu. Ketiadaan kesatuan
melambatkan operasi Islam untuk menghancurkan jahiliyyah dan
memungkinkan kekuatan jahiliyyah terus bertapak.
b) Tekanan sedunia terhadap Islam dan harakah Islamiyyah yang
memerlukan kesatuan hala tuju dan penghadapan.
c) Kesatuan parti-parti musuh untuk menghadapi harakah Islamiyyah.
Hujjah-hujjah yang dibawa oleh Dr. Yusof Al-Qardawi untuk mengharuskan
taadud, terjawab dengan hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh al-Ustaz Fathi
Yakan. Walaupun demikian, nas-nas sarih menunjukkan tuntutan penubuhan
satu jamaah sahaja untuk penyatuan ummah ini dan bukan berbilang-bilang yang
menimbulkan perpecahan.
1.2.2. Sheikh Husein bin Muhsin bin Ali Jabir
Saya tertarik bahawa taadud jamaah pada umat Islam batil (salah) yang wajib
hilang. Sesungguhnya kewajipan pada keyakinan saya, bahawa dicurahkan
segala usaha umat seluruhnya di dalam satu bahtera dan satu hala tuju. Isyarat
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
20/42
ini berpaling kepada bahtera itu yang wajib menghimpunkan setiap peribadi yang
bekerja untuk mengembalikan khilafah kepada umat Islam.
MUAZANAT PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA
1. Ulama yang berpendapat bahawa taadud jamaah harus dengan beberapa
syarat bagi meraikan suasana dan kenyataan taadud yang telah berlaku di
negara-negara umat Islam. Sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusof Al-
Qardawi :
Taadud jamaah ialah suatu fenomena yang difardhukan. Lenyapnya kefardhuan
yang besar daripada kefardhuan Islam yang mewajibkan kewujudan fenomena
ini. Apabila kita kembali ke zaman yang pertama Islam iaitu zaman kenabian
yang suci dan zaman khilafah rasyidiin yang menghimpunkan seluruh muslimin.
Kita tidak mendapati melainkan satu jamaah sahaja di bawah kepimpinan yang
satu iaitu jamaah muslimin di bawah kepimpinan yang satu bagi Rasulullah
S.A.W. dan kepimpinan Khalifah Rasyidah yang satu sehingga lenyapnya
Khilafah Rasyidah yang dibaikan dengan baiah syara daripada muslimin muka
bumi ini. Maka ulama duat muslihiin lagi mukhlisin bangkit dengan dakwah untuk
beramal kerana Islam. Oleh kerana itu, lahirnya jamaah yang berbilang-
bilang......
Sudah tentu jamaah-jamaah yang wujud tidak sanggup untuk membubarkan
jamaah mereka . Walaupun demikian, syarat-syarat yang dikemukakan perlu
difahami dengan sejelasnya agar tidak dipergunakan untuk beralasan bagi
mewujudkan jamaah yang baru. Mafhum daripada kenyataan-kenyataan ulama
yang membenarkan taadud bersyarat, taadud jamaah tidak sewajarnya berlaku
apabila syarat-syarat yang digariskan tidak terlaksana. Syarat-syarat penting
untuk membenarkan taadud ;
Syarat Pertama;
Taadud Takhasus dan berjenis (]K?6 Y/616) dan bukan taadud pertentangan
dan perlawanan (W61D6 16).
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
21/42
Di dalam memahami syarat ini, kita perlu meneliti pada dua sudut ;
Sudut Pertama ;
Ini telah digunakan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya.=& `K :D1
=! /= ! # /A0 8 B/3 /( Y/ MVI.
iaitu perselisihan tanawu ialah perselisihan di atas beberapa sudut yang setiap
daripada dua pendapat atau perbuatan itu berada di atas hak syara (kehendak
syara).
'&/+ Y O/;* & */= / D1 MVI .
Iaitu perselisihan bertentangan ialah dua pendapat yang bertentangan samadapada usul atau pada cabang di sisi jumhur ulama.
Lafaz ini digunakan pada kekhilafan fekah dan usul. Penggunaan lafaz ini
didalam amal Islami perlu diperjelaskan dengan teliti bagi menyelamatkan
daripada kecelaruan tindakan dan perlaksanaan amal jamai. Ahli lughah
menyebut bahawa/ ) ialah setiap/; Y/6iaitu menjadi berjenis-jenis. (Y+
juzu daripada sesuatu dan setiap bahagian daripada setiap sesuatu. Dan ia lebih
khusus daripada lafaz (_') yang merupakan asal . (_') pada istilah ahli
mantiq ialah apa yang menunjukkan ke atas umum daripada perkara yang
berlainan daripada jenis-jenisnya.
/&- ) -( Y/ / \K ('C _=
ialah satu peringkat daripada pembahagian yang berada di atas jenis (Y/)
secara langsung pada sudut umumnya. Al-Ustaz Fathi Yakan ditanya maksud
taadud takhasus atau (Y/6 16) . Beliau menjawab bahawa
) ^ #=6 /&'& X1+ @ * F+4 1 X ;/K? a76).
Setiap kumpulan (jamaah) memelihara urusan-urusan khusus baginya tanpa
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
22/42
menghina atau mengeji golongan lain melainkan apabila satu kumpulan (jamaah)
itu mahu berpindah daripada satu kedudukan kepada kedudukan lain.
Taadud takhasus pada jamaah ialah berbilang-bilang jamaah kerana perbezaan
penekanan pada perkara tertentu atau lapisan masyarakat tertentu. Seperti satujamaah hanya khusus pada aspek politik, satu jamaah yang khusus pada aspek
tarbiyyah atau satu jamaah yang khusus pada peringkat pelajar atau
sebagainya.
Taadud takhasus (khas) harus berlaku apabila tiadanya jamaah umum Apabila
jamaah umum telah wujud, maka akan berlakunya pertembungan dan
pertentangan pada matlamat-matlamat, manhaj dan sebagainya di antara
jamaah umum dan jamaah takhasus, bila ketiadaan wala dan kerjasama.Pertentangan ini akan menyebabkan terabainya pengamalan arahan Allah dan
tidak menepati syarat-syarat yang digariskan oleh ulama yang mengharuskan
taadud.
Sudut Kedua;
Ciri-ciri jamaah umum dan jamaah takhasus perlu dibezakan dengan jelas agar
setiap pecinta perjuangan Islam dapat memilih jamaah yang sebenar untuk
diintimakan.
Ciri-ciri jamaah umum :
i. Bercirikan hizbullah yang disebut di dalam al-Quraan.
Firman Allah Taala :
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
23/42
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa di antara
kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga
kasihkan dia, mereka pula bersifat lemah-lembut tehadap orang-orang
yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan
mereka tidak takut dengan celaan orang yang mencela. Yang demikian
itu, adalah limbahan kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang
dia kehendakinya, kerana Allah Maha luasa limbah kurnianya lagi
Maha meliputi pengetahuannya. Sesungguhnya Penolong kamu hanya
Allah dan Rasulnya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat sedang mereka ruku (tundukmenjunjung perintah Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan
Rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka
berjayalah dia) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama Allah) itulah yang tetap menang.
(surah al-Maidah : 54-56)
Firman Allah Taala ;
/I. %,,). / +/8 9 !1 1/0I* /4 /
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
24/42
Allah redha akan mereka dan mereka redha akan pemberian
nimatnya. Merekalah penyokong-penyokong ugama Allah. Ketahuilah
sesungguhnya penyokong-penyokong ugama Allah itu ialah mereka
yang berjaya. (surah al-Mujadalah : 22)
ii. Ciri-ciri harakah Islamiyyah pada sudut mabda (prinsip).
a)Rabaniyyah
b)Kesejatian.(6@)
c)Terkehadapan ( =6)
d)Syumul.
e)Jauh daripada kedudukan-kedudukan khilaf fekah.
Jamaah umum ialah hizbullah yang disebut oleh al-Ustaz Said Hawa; ( 9 :5!
&4 O&A)Hizbullah yang berada di atas kesempurnaan. Iaitu apabila peribadi-
peribadi yang membentuk teori yang sempurna pada sudut thaqafah, tarbiyyah,
tanzim, harakah dan perancangan. Hizbullah hanya satu sahaja tidak berbilang.
Penubuhan jamaah takhasus yang tiada memberi wala dan ikatan kepada
jamaah umum akan menyebabkan perpecahan dan pertentangan pada belbagai
aspek. Sebagai contoh, jamaah umum telah menggariskan manhaj dan uslub
tarbiyyah, tetapi diwaktu yang sama jamaah takhasus tarbiyyah akan menyusun
manhaj dan uslub tabiyyah yang tersendiri dan terpisah yang akan mencetuskan
pertembungan dan pertentangan Ringkasnya, jamaah takhasus diharuskan
wujud selama mana jamaah umum tiada supaya tidak berlaku pertentangan dan
perpecahan.
Syarat Kedua
Tolong-Menolong dan Bantu-Membantu di Atas Perkara yang disepakatkan.
Perkara-perkara yang disepakatkan kewajipannya oleh para ulama.
a)Memusnahkan jahiliyyah dan ideologi sesat.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
25/42
Firman Allah Taala ;
//0 4/= &A! 9 !J /E0 (' .A7J
Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada
hukum-hakam jahiliyyah ? Padahal tiada sesiapa pun yang boleh
membuat hukum yang lebih baik daripada Allah bagi kaum yang yakin.
(surah al-Maidah : 50)
Di antara ideologi sesat ialah sekularisme yang dipertahankan oleh
kebanyakan parti-parti memerintah. Dr. Yusof Al-Qardawi telah menyebut:
Tetapi dimaklumi bahawa sekularisme telah menjadi istilah tertentu dan
terbatas yang bererti pemisahan agama (ad-din) daripada negara,
mencabut ad-din daripada kehidupan dan al-Quraan daripada kekuasaan.
Ini adalah perkara yang ditolak kerana nagara yang tiada Islam tidak akan
diterima oleh muslim. Ad-din yang tiada negara tidak dikenali oleh Islam.
Ia (Islam) berhajat kepada pemerintahan untuk melaksanakan
pengajaran-pengajaran Islam dan menegakkan hududnya....
Di Malaysia, penilaian pada sudut keilmuan dan waqi membuktikan
Barisan Nasional/UMNO bukan parti atau jamaah Islam bahkan parti
sekularisme dan nasionalisme yang sesat dan jauh daripada kebenaran
Islam. Penentuan ini sewajibnya menjadi salah satu perkara yang perlu
disepakatkan oleh jamaah Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
b)Amar maruf dan nahi mungkar.
Di samping kemungkaran perjualan arak, perjudian, muamalat riba, gejala
murtad, merampas harta rakyat dan sebagainya, ialah kemungkaran
terbesar iaitu kesyirikan kepada Allah pada sudut perundangan dan
kehakiman. Firman Allah ;
.G .G d
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
26/42
Maksudnya : Sesungguhnya kesyikiran itu adalah kezaliman yang paling
besar.
Kemungkaran kezaliman ini perlu dibasmi oleh jamaah Islam kerana
membimbangi amaran Rasulullah dengan sabdanya ;
. Y1/6 = e. G. 0 O/=6 6: J "0J+ @
Maksudnya : Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada
orang zalim, Wahai orang yang zalim !, Maka diucapkan selamat tinggal
daripada mereka . (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)
c)Tegakkan negara Islam dan laksana Syariat Islam.
Banyak dalil-dalil al-Quraan, hadis, tabiat Islam dan pandangan-
pandangan ulama yang menyatakan kewajipan mewujudkan negara Islam
yang melaksanakan syariat Islam yang menyeluruh di atas dasar hidayah.
Kewajipan ini tidak boleh dipertikaikan oleh muslim mukhlis, bahkan ia
menjadi perkara yang diketahui daripada ugama dengan daruri.Dr. Yusof
Al-Qardawi menyebut :
Bagi pandangan saya, sesungguhnya wajib ke atas ahli agama Islam
tidak membiarkan perkara-perkara politik kepada sekularis-sekularis,
golongan komunis dan lain-lain yang membenci Islam atau jahil tentang
Islam atau tidak memandang penting terhadap urusan muslimin.
Sebenarnya, bahawa perkara politik daripada perkara penting. Di mana
tidak sewajarnya ditinggalkan kepada mereka .Sedang di tangan mereka
pedoman krisis pendidikan, media, tahaqafah, perundangan dan seluruh
aspek kehidupan yang meletakkan kefahaman-kefahaman, perasaan-
perasaan, taklid-taklid dan sistem-sistem mereka (yang sesat itu).
d)Bersatu menghadapi kesatuan-kesatuan musuh Islam peringkat negara
dan dunia.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
27/42
Gerakan zionis, freemason, kristianisasi, gerakan hindu dan berbagai
pertubuhan dunia yang mengancam umat Islam.Musuh Islan tempatan
iaitu Barisan Nasional dan DAP pastinya tidak membenarkan
pemerintahan Islam dan cita-cita PAS tercapai.
e)Berjihad untuk meninggikan kalimah Allah.
Jihad yang paling afdhal ialah
3$ N! & '1 #D
Maksudnya :Sebaik-baik jihad ialah ucapan yang banar di sisi pemerintah
yang zalim.
Ini diantara perkara yang disepakatkan oleh para ulama dan semestinya
disepakatkan oleh jamaah-jamaah Islam. Kesepakatan ini tidak cukup
dengan ungkapan persetujuan bersama tanpa bantuan dan pertolongan di
antara satu sama lain. Oleh itu, Dr. Yusof Al-Qardawi telah menyebut;
Dari sini, adalah wajib ke atas setiap pendakwah Islam yang sedar untuk
mengambil peringatan bagi memusatkan tempat-tempat kesepakatan
sebelum setiap perkara. Dan mengangkat syiar tolong-menolong pada
perkara yang disepakatkan ( Sesungguhnya tolong-menolong itu fardhu
dan daruri. Fardhu yang diwajibkan oleh Islam dan daruri yang dimestikan
oleh waqi...
Tetapi betapa banyak jamaah sanggup melihat jamaah lain diganyah dan
diserang serta bersendirian menghadapi musuh Islam dan
mengemukakan isu-isu negara atau antarabangsa yang disepakatkan.
Syarat Ketiga;
Tiada unsur-unsur perpecahan dan perbalahan.
Setiap jamaah hendaklah memiliki akhlak-akhlak di dalam fiqh khilaf sehingga
tidak menimbulkan perselisihan dikeji. Dr. Yusof al-Qardawi telah menyebut
bahawa perselisihan dikeji itu ialah ;
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
28/42
a) Perkara yang disebabkan melampau dan mengikut hawa nafsu.
b) Perselisihan yang membawa kepada perpecahan kesatuan, permusuhan
umat, perbalahan puak-puak.
Kekhilafan fekah dan perkara ijtihadiyyah juga akan mendatangkan perselisihanmazmum, apabila ia membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Ulama
Islam dahulu sanggup meninggalkan pendapatnya dan mengamalkan pendapat
ulama lain untuk menjaga kesatuan Islam. Al-Alamah Waliyyullah Dahlawi telah
menceritakan ;
Bersama ini, setengah di kalangan mereka (ulama) bersembahyang dibelakang
setengah ulama yang lain. Seperti yang berlaku bahawa Abu Hanifah
Rahimahullah Taala dan sahabat-sahabatnya , Imam Shafei dan lain-lainrahimahumullah telah bersembahyang dibelakang imam-imam Madinah daripada
Ulama malikiyyah dan lain-lain, miskipun mereka tidak membaca Bismillah
dengan terang dan perlahan.
Pengamalan perkara khilaf fekah tidak memberi ruang mutlak kepada seorang itu
melakukan apa sahaja berdasarkan kehendaknya sehingga melupakan kesan
kepada umat dan Islam. Keluasan beramal dengan perkara ijtihadi hendaklah
diikat di dalam ruang batas kasih sayang dan penyatuan.Penerimaan taadudmazhab hasil daripada kekhilafan perkara ijtihadi dan furu diterima oleh umat
Islam selama mana menepati ciri-ciri yang disebut oleh Dr. Solah Sawi. Empat
ciri-ciri yang wujud di dalam taadud mazhab.
a) Kesatuan usul-usul dan mazhab-mazhab Itiqadiyyah.
b) Terhad kekhilafan di dalam ruang lingkup cabang-cabang dan masalah-
masalah Ijtihadiyyah.
c) Kekalnya kasih sayang, pemeliharaan daripada dosa dan berukhuwwah Islam.d) Faedah tercapai daripada taadud ini dan membentuk keluasan kepada umat
Islam.
Kewujudan taadud jamaah dengan beralasankan kekhilafan ijtihadii dan uslub
membuahkan kesan perpecahan dan unsur-unsur perbalahan yang tiada
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
29/42
penghujungnya. Negara Afghanistan yang telah merdeka daripada Soviet Union
dan bonekanya terus dilanda perpecahan dan pertelingkahan yang tiada
penyelesaiannya. Setiap jamaah tidak sanggup untuk menerima dan
membiarkan jamaah Islam yang lain berkuasa dan memerintah Afghanistan.
Perselisihan taadud jamaah Afghanistan yang membawa kepada penumpahan
darah umat.
Dr. Yusof Al-Qardawi mengitiraf penyakit perpecahan dan marah-memarahi ini
dengan katanya ;
Dan di antara penyakit-penyakit harakah Islamiyyah masa kini ialah perpecahan
dan perselisihan yang kita saksikan di antara golongan-golongan dan jamaah
yang berbilang-bilang. Setiap jamaah berpendapat bahawa ia sahaja jamaah
muslimin bukan jamaah daripada sebahagian muslimin. Kebenaran hanya
berada padanya dan tiada pada jamaah lain melainkan kesesatan ......Di
kalangan mereka tidak berkata demikian dengan lidah berbahasa, (tetapi)
berkata dengan lidah keadaan (O7 ). Dan seolah-olah permusuhan pecah-
belah di lautan umat berpindah ke lautan harakah......
Al-Ustaz Fathi Yakan berkata :
Kalau taadud jamaah selamat daripada taasub, bertahktanya ruh ukhuwah di
antara golongan-golongan tersebut, berlakunya suasana tolong-menolong,
tafahum (faham-memahami) dan penyelarasan di antara mereka, maka itulah
kehendak dan meringankan kesukaran, tetapi perkara yang berlaku sebaliknya
sama sekali. Taadud tidak mendatangkan melainkan menambahkan perbalahan
dan tidak menyebabkan melainkan tersebarnya kedengkian dan kebencian di
antara muslimin yang akan menyibukkan mereka dengan bantah-membantah
terhadap amalan......
Siapakah yang hendak dipersalahkan dengan penyakit perpecahan yang berlaku
pada lautan harakah ini ? Unsur-unsur permusuhan dan perpecahan menjadi
suatu realiti yang tidak boleh dipertikaikan oleh insan berfikiran dan celik
matanya melainkan mereka yang buta dan taasub dengan sikap dan
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
30/42
pengamalan di dalam lautan kejahilan Unsur-unsur perpecahan ini timbul
bersama kewujudan taadud jamaah yang tidak memenuhi syarat-syarat
perlaksanaan taadud..
2. Ulama yang berpendapat bahawa taadud Jamaah tidak sewajarnya berlaku
dengan berdalilkan nas-nas al-Quraan dan hadis yang menyeru kesatuan di
bawah teduhan satu jamaah dan melarang perpecahan dan penilaian yang tepat
terhadap fenomena dan realiti berpenyakit daripada taadud jamaah yang berlaku
di seluruh dunia.Inilah pendapat yang lebih kuat berasaskan keputusan hukum
berdalilkan firman Allah Taala ;
02 //A6 * /7& .( PL A& /0 M&% Q0 ? /0 J .A A
. :2 . PL X %3 ,). /I /6
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu kaum yang menyeru
kapada kebajikan, menyuruh berbuat baik, dan mencegah kemungkaran. Dan
janganlah kamu menjadi seperti orang Yahudi dan nasrani yang telah bercerai
berai dan berselisihan sesudah datang kepada kamuketerangan-keterangan
yang jelas nyata. Dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa
yang besar. (surah Ali Imran : 104-105)
Ulama-ulama muktabar seperti Al-Alamah Rasyid Ridha, Dr. Wahbah Zuhaili dan
lain-lain menafsirkan ummah () ialah (&') satu jamaah .
KESAN-KESAN TAADUD TERHADAP ISLAM DAN UMATNYA.
Masalah taadud bukan sahaja tidak mencapai apa faedah di dalam bidang amal
Islami dan ia juga meninggalkan kesan-kesan buruk di dalam lapangan Islam. Di
antara kesan-kesan itu sebagai contoh ;
i. Sesungguhnya masalah taadud memberikan peluang untuk
mengharuskan kepada kebanyakan muslimin untuk lari daripada
berintima kepada harakah dengan sebab jalan kebingungan yang
ditimbulkan oleh mereka yang menjadi penghelah dikebanyakan
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
31/42
badan-badan pertubuhan.
ii. Sesungguhnya masalah taadud memecah kekuatan Islam dan
melemahkannya. Ia bukan ciri untuk memperkembangkan dan
mengayakan amal Islami dalam apa keadaan pun. Sesungguhnya
masalah taadud membuatkan kemunduran dan mentasykikkan amal
Islami.
iii. Taadud jamaah memudahkan operasi pembersihan golongan Islam
(itjiah Islami) oleh musuh Islam untuk mensatukan satu pertubuhan
sahaja dan tiadanya dorongan yang teguh untuk berhadapan dengan
cabaran.
iv. Perasaan di sisi pengikut setiap tanzin (jamaah) akan terpisah
daripada pertubuhan-pertubuhan lain yang akan menambahkan cerai-
berai dan menyalakan perasaan tasub kepartaian dan kepuak-puakan
di antara ahli-ahlinya.
v. Ini semua membuatkan jamaah-jamaah Islam terkebelakang, mundur
dan tidak sampai ke tujuan-tujuan dan matlamat yang ditentukan oleh
setiap jamaah.
KESAN-KESAN TAADUD PADA PERINGKAT HARAKI
i. Zahirnya fenomena keperibadian, keindividuan dan kesheikhan
sebagai pengganti daripada amal jamaah yang tersusun.
ii. Zahirnya fenomena kenegerian dan kedaerahan di dalam amal Islami
sebagai pengganti daripada keunivesalan, kesatuan dan pemusatan.
iii. Zahirnya fenomena wala kepartian sebagai pengganti daripada wala
dasar dan aqidah.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
32/42
iv. Zahirnya fenomena berjuzu di dalam amal Islami menggantikan
gerakkerja menyeluruh dan syumul.
v. Kesan yang paling jelas ialah setiap jamaah berada di dalam
kesalahan yang sama berlaku pada jamaah lain kerana ia enggan
mengambil faedah daripada pengalaman yang dilalui oleh jamaah lain.
Inilah yang mengekalkan golongan Islam berterusan di dalam
pengalaman di atas pengiraan Islam...
Kesan-kesan taadud ini tidak dapat dihapuskan melainkan setiap jamaah
menghitung dan menilai, adakah jamaahnya yang ditubuhkan dengan rasa tidak
puas hati atau kerana Islam ? Kalau sayangkan Islam kenapa tidak berjuang
melalui jamaah yang telah ada dan memperbaiki kesilapan untuk kebaikan Islamdan umatnya.
FENOMENA TAADUD DI MALAYSIA.
i. Kewujudan Jamaah Umum.
PAS adalah jamaah umum di Malaysia berdasarkan ciri-ciri yang telah disebut.
PAS adalah jamaah Islam yang pertama ditubuhkan pada tahun 1951M yangterus wujud sehingga sekarang di Malaysia. Kenyataan-kenyataan ini dapat
dinilai dan diukur melalui perlembagaan PAS, kertas-kertas bertulis PAS dan
amal-amal Islami yang dilakukan oleh PAS merangkumi semua aspek samada
politik ekonomi, pendidikan/tarbiyyah, kemasyarakatan dan sebagainya yang
merangkumi keterbukaan ahli kepada seluruh lapisan masyarakat Islam.
Tidak dapat dinafikan, PAS tidak terlepas daripada kesilapan dan kelemahan.
Tetapi kesilapan dan kelemahan-kelemahan itu boleh diperbaiki dan dan
diperbetulkan dengan baik, bukan menubuhkan jamaah baru. Bahkan jamaah-jamaah yang wujud selepas itu dengan rasa tidak puas hati tidak terlepas
daripada kesilapan dan kekurangan. Yang pasti, jamaah lain daripada PAS ialah
jamaah takhasus. ABIM iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia ialah wadah belia
dan non partison. IRC atau Islamic Reresentative Council / jamaah Alami
sebagai wadah tarbiyyah dan perislahan tarbiyyah. HAMIM dan Berjasa ialah
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
33/42
dua parti politik yang bekerjasama dengan PAS di dalam Angkatan Perpaduan
Ummah untuk menghadapi Barisan Nasional.
ii. Berkompromi Dengan Barisan Nasional.
Mana-mana jamaah yang berkompromi dengan Barisan Nasional sehingga
menggagalkan dan mengalahkan cita-cita dan matlamat Islam yang didokong
oleh PAS merupakan satu kesilapan besar pada umat dan Islam. Tiada nas-nas
syara dan pandangan ulama yang mengharuskan penyertaan di dalam
UMNO/Barisan Nasional. Kesilapan kefahaman di dalam membezakan di antara
BN/UMNO dan kerajaan menyebabkan kesilapan didalam memilih manhaj dan
uslub perjuangan.
Jamaah Alami/ IRC dengan jelas untuk melibatkan diri dalam UMNO/BN.
Majlis Syura Jamaah (IRC/Alami) dengan penuh rasa tanggungjawab bersetuju ;
1. membolehkan ahli melibatkan dalam UMNO dengan pendekatan yang
ditentukan oleh jamaah sebagai salah satu langkah penglibatan politik kepartaian
dalam strategi dakwah yang bersepadu....
Di dalam kenyataan yang lain, pimpinan IRC silap di dalam menilai UMNO
dengan cara ilmiyyah dan realiti. Tersebut bahawa :
Islam atas dasar kesedaran sendiri atau pertimbangan politik tidak pernah
ditolak oleh UMNO. Malah Islam menduduki tempat yang tersendiri di kalangan
anggota UMNO. Dengan kebangkitan Islam pula ia kembali menjadi agenda
politik dan pemikiran orang UMNO.
Di dalam kertas kerja ini jelas membuktikan bahawa IRC /Alami sanggup
bersama UMNO, walaupun bertembung dengan PAS.Pimpinan IRC/Alami
memutuskan bahawa kita juga berpandangan sudah sampai masanya untuk
melibat dalam UMNO dengan matlamat kelompok Islam memimpin parti (UMNO)
dan oleh itu, kerajaan,
ABIM di akhir-akhir ini sanggup bertembung dengan PAS untuk membantu
UMNO/BN. ABIM telah dipergunakan oleh Biro Tatanegara untuk memotivasikan
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
34/42
pelajar-pelajar dan pegawai kerajaan untuk menyokong UMNO/BN dan
mempertikai dan memperlekehkan PAS. Orang-orang ABIM dengan berani
menaiki pentas kempen UMNO/BN atau menjadi calon UMNO/BN untuk
menghadapi PAS dalam pilihanraya.
Perubahan uslub ABIM berlaku apabila Anuar Ibrahim iaitu (bekas) presiden
ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai UMNO/BN pada tahun 1982.Akibatnya
ABIM terpecah dua -satu kumpulan menyokong tindakan Anuar Ibrahim dan satu
lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan
keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS.
Menolong dan bersama UMNO/BN bererti menentang PAS. Inilah hakikat yang
disebut oleh Dr. Yusof Al-Qardawi ;
Sesungguhnya di antara perkara yang paling mengecewakan bahawa kita
dapati setengah dikalangan ulama Islam atau setengah anggota jamaah-jamaah
Islam tolong-menolong kadang-kadang bersama jamaah-jamaah sekularisme
yang jelas kesekularismaannya untuk menentang pekerja-pekerja Islam daripada
harakah-harakah atau jamaah-jamaah yang berlainan dengan mereka pada
manhaj atau mauqif siasi (pendirian politik). Dengan itu, mereka telah
menyanggah panduan-panduan al-Quraan atau sunnah, kata-kata ulama salaf
umat Islam dan pengamalan mereka yang mendapat petunjuk dan soleh
daripada pejuang-pejuang Islam di pelbagai zaman. Sesungguhnya kita dapati di
dalam pertempuran pilihanraya, betapa ramai daripada orang-orang beragama
dan melebalkan daripada setengah jamaah-jamaah Islam di negara-negara umat
Islam memberikan suaranya (sokongan/undi) dan mewasiatkan kepada pengikut-
pengikutnya supaya memberikan undi-undi mereka kepada pihak-pihak
sekularisme yang menolak syariat Allah terang-terangan, mempersendakan para
duat yang menyeru kepada syariat Islam dan memperlekehkan hudud Allah. Diatidak menerima untuk memberikan undi-undi kepada muslimin yang beriltizam
dengan dakwah kepada Islam pada sudut aqidah, syariat, mahnaj kehidupan
kerana mereka berlainan dengan calon-colan (parti Islam) pada setengah-
setengah pemikiran dan pandangan.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
35/42
Kesilapan uslub dan manhaj islah dari dalam bukan sahaja bertentangan
dengan nas-nas al-Quraan dan sirah nabawiyyah,bahkan bercanggah dengan
logik. Bagaimana seorang yang mahu membersihkan tong najis dengan masuk
ke dalam tong najis tersebut ? Bukan sahaja dia tidak mampu membersihkan
tong tersebut tetapi dia akan berlumuran dengan najis sekularisme dan
materialisme BN/UMNO.Jelas, uslub ini dilarang oleh Allah dengan firmannya ;
VD 8 "=! . 9 &. X/F /3 9 */+ J # H% =
%2A& \ G f+*
Maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah utuskan pada tiap-tiap umat
seorang Rasul, hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi taghut. Maka
ada di antara mereka mendapat petunjuk dan ada yang terus tetap di ataskesesatan. Lantaran itu, berjalanlah di bumi ini, nescaya kamu akan melihat
kesudahan orang-orang yang berdusta. (surah An;Nahl : 36)
iii. Terjerat dengan fikrah sesat dan batil.
Kebiasaannya, jamaah-jamaah yang terseleweng fikrah akan dipergunakan oleh
musuh Islam untuk menghadapi jamaah Islam yang lain. Sebagai contoh, ketika
Inggeris mahu menekan gerakan Islam yang teguh di Benua India yang dipimpin
oleh Ahmad bin Ifan, telah mencipta gerakan Islam yang lain dan menyeleweng
iaitu gerakan Qadiyaniyyah atau Ahmadiyyah.
Di Malaysia, Jamaah Tabligh yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Ilyas bin
Sheikh Ismail Hanafi al-Jasyti al-Kandahlawi di Benua India telah bertapak dan
menarik perhatian beberapa muslim Malaysia tanpa mengenali pengasas dan
fikrah Jamaah Tabligh dengan jelas. Di antara pemikiran jamaah Tabligh ialah
memisahkan politik daripada agama Islam. Tiada seorang pun di kalangan
ahlinya berhak mengkaji di dalam politik atau mendalami di dalam perkara-
perkara yang berkait dengan pemerintahan. Ihtisyam Hassan iaitu adik ipar
Muhammad Ilyas merupakan khalifah (pengganti Muhammad Ilyas) yang
pertama dan pendokong khas. Beliau telah menghabiskan banyak masa
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
36/42
daripada kehidupannya di dalam memimpin Jamaah Tabligh dan menemani
Muhammad Ilyas,beliau pernah berkata ;
Sesungguhnya dakwah(jamaah Tabligh) yang lahir daripada pusat Nizamuddin
di Delhi mengikut keilmuan dan kefahaman saya tidak bertepatan dengan kitabAllah, sunnah Rasulullah, manhaj mujadid seribu yang kedua (abad ke dua
selepas Hijrah.) Syah Waliyullah Ad-Dahlawi dan ulama-ulama muhaqiqiin.
Oleh sebab itu, kita melihat betapa ramai anggota jamaah Tabligh tidak
menghiraukan siapa yang memerintah dan mentadbir negara. Kadang-kadang,
kita menemui anggota jamaah Tabligh berkempen dan bekerja untuk UMNO/BN
di masa pilihanraya umum. Pemikiran memisahkan politik dan Islam adalah
bercanggah dengan Syara dan pandangan ulama muktabar. Jamaah Tablighdan Jamaah Arqam menekankan kepada amal-amal kerohanian sebagaimana
yang dikenali umum. Jamaah Arqam yang telah diharamkan oleh kerajaan
Malaysia telah diketahui umum penyelewengannya di dalam mendokong Aurat
Muhamadiyyah. Tiada jalan lain bagi ahli jamaah ini melainkan kembali kepada
kesempurnaan Islam dan menintimakan kepada jamaah Islam yang suci dan
benar-benar memperjuangkan Islam.
iv. Mencetuskan unsur-unsur perpecahan dan pemusuhan.
Unsur-unsur permusuhan dan perbalahan iaitu pulau-memulau, kata-mengata,
tuduh-menuduh, tidak tegur sapa, rebut-merebut dan sebagainya yang membara
api perpecahan berlaku pada realitinya, khususnya di pusat-pusat pengajian
tinggi. Sering kali, wujudnnya satu jamaah menangguk ikan segar daripada
pukat jamaah lain. Di dalam kertas kerja Jamaah Alami Mesir dari kalangan
pelajar-pelajar Malaysia telah membuat dakwah fardiyyah untuk menarik siapa
sahaja termasuk ahli PAS sebagai madu dakwahnya supaya menyertai JamaahAlami. Disini kita cuba mengenali secara yang lebih dekat tentang latar belakang
pelajar-pelajar Mesir untuk memudahkan kita dalam menyampaikan dakwah ini.
i.a. Golongan Hizbi Islami.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
37/42
Merupakan satu perkumpulan pelajar yang berpengaruh di kalangan mata
umum. Dalam usaha mendapatkan pengikut baru, mereka menggunakan
sentimen politik PAS. Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi mereka
mendapat sokongan dari kalangan ramai kerana kebanyakan pelajar yang
datang sememangnya dari asal adalah penyokong PAS. Bersikap keras dengan
orang berlainan pendapat dengannya. Tahap pembelajaran dan keilmuan
mereka adalah sederhana. -Tidak mempunyai tanzim yang kemas dan bertumpu
pada persatuan.
i.b. Golongan liberal.
Boleh dikatakan kebanyakan dari mereka adalah penyokong PAS tetapi tidak
aktif, hanya sebagai penyokong. Golongan ini terdiri kepada beberapa kotegori.Pendirian yang kabur dan mengikut pendapat ramai. Dalam beberapa hal
bertentangan dengan golongan Hizbi sebagai tindak balas rasa perasingan.
Tahap pembelajaran sederhana dan tidak mempunyai tanzim. Kertas kerja ini
bukan sahaja berunsur tuduhan dan tohmahan terhadap PAS dan ahlinya,
bahkan berusaha menarik mereka yang telah menyertai PAS supaya menerima
dakwah Alami. Sikap ini membuktikan fenomena taadud akan menimbulkan
kejijikan akhlak dan pertembungan di antara jamaah-jamaah.
Abu Hasan Firdaus menggambarkan fenomena ini dengan katanya :
Dengan tertubuhnya ABIM -UK perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia
menjadi lebih buruk. Kini pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat
kumpulan besar aitu Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM, di samping wadah
nasionalist UMNO-UK .
Timbulnya unsur-unsur permusuhan ini menyebabkan jamaah itu akan
menyalahkan jamaah ini atau ahli jamaah itu menyalahkan ahli jamaah ini. Yangpastinya, unsur-unsur tidak berakhlak ini timbul hasil daripada taadud jamaah.
Jika semua umat Islam bersatu dan memberi wala kepada satu jamaah yang
telah ada, nescaya fenomena keji ini tidak akan merebak dan membusuk.
v. Tidak Bersatu Menghadapi Isu-Isu Ummah.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
38/42
Seluruh umat Islam mengetahui ketegasan PAS menghadapi isu-isu umat Islam.
PAS keseorangan berhadapan dengan beratus-ratus isu penghinaan umat dan
jenayah UMNO dan pimpinannya. ABIM, IRC/Alami, Jamaah Tabligh, ABIM
Perlis dan lain-lain menyembunyikan diri dan dihantui perasaan pengecut untuk
bersama PAS untuk menentang kemasukan pasukan kriket Yahudi, kes masjid
Rawa di Pulau Pinang, perampasan harta/tanah rakyat, pembahagian kekayaan
negara tidak adil, menolak hudud, pembunuhan 13 muslim di Memali dan lain-
lain.Jamaah-jamaah ini melupai nasihat Dr. Yusof Al-Qardawi ;
.....Dan mereka (jamaah-jamaah) berdiri di satu barisan pada isu-isu besar, isu
kewujudan Islam dan pengembalian dan berperang di satu barisan menghadapi
musuh musyrik seperti Yahudi, Solobiyyah (kristian), sosialisma dan sekularisma.
Mereka hendaklah mengingati firman Allah Taala ;
g/; % . ; 8 /6=0 02 c70 9
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk
membela ugamanya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka
sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (surah As-Saf : 3)
Fenomena taadud menunjukkan bahawa kewujudan taadud tidak menepati
syarat-syarat yang digariskan oleh para ulama sehingga merugikan Islam danumatnya.
"Taadud jamaah Islam yang wujud sekarang ialah taadud pertembungan bukan
taadud kerjasama atau berbaik-baik atau tolong-menolong.
PENYELESAIAN FENOMENA TAADUD JAMAAH.
i. Taqrib(Mendekatkan) di antara Jamaah-jamaah Islam.
Inilah penyelesaian yang dikemukakan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi iaitu :
Saya berkata (:+=6) mendekatkan dan bukan kesatuan kerana saya tidak
mengingkari taadud jamaah yang bekerja untuk Islam dan saya tidak tamak
untuk menghimpunkan semua di dalam satu jamaah yang digabungkan oleh satu
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
39/42
tanzim di bawah kepimpinan yang satu. Kesatuan adalah harapan yang indah
tetapi perlaksanannya menyusun kesukaran-kesukaran yang tidak mudah diatasi
melainkan manusia berubah menjadi malaikat yang mempunyai sayap-sayap.
Yang pastinya, usaha-usaha takarub tidak mahu dilaksanakan oleh jamaah-jamaah takhasus dan bergerak kearah berjauhan dan permusuhan.
Penyelesaian Dr Yusof Al-Qardawi sama dengan cara yang dikemukakan oleh
PAS sebagaimana yang diutarakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ketua
Dewan Ulama PAS Pusat).
Setiap jamaah yang telah wujud haruslah membuat ketetapan dan persetujuan
untuk bekerjasama ke arah pencapaian cita-cita dan matlamat. Firman Allah
Taala :
*. /6* /= /6
Maksudnya : Tolong-menolonglah kamu untuk melakukan kebajikan dan takwa
Dan jangan tolong-menolonglah kamu untuk kerja dosa dan permusuhan.
(surah al-Maidah : 20)
Kerjasama seperti ini dapat dilakukan apabila setiap golongan merasakan sama-
sama bertanggungjawab untuk mendirikan Daulah Islamiyyah di dalam negaraini. Jika persetujuan ini dapat diwujudkan, maka perkara-perkara berikut
hendaklah di ambil kira itu :
1. Setiap jamaah Islam boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-
masing secara berasingan tetapi bersedia untuk mengubahsuai uslub bekerja
dari masa kesemasa.
2. Setiap jamaah hendaklah bertanggungjawab dalam mengawasi para
anggotanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada pimpinan umum.
3. Setiap jamaah yang menjadi anggota hendaklah memberi wala yang tidak
berbelah bagi kepada pimpinan umum, selama mana ia bertindak mengikut
aturan dan peraturan yang telah dipersetujui.
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
40/42
4. Setiap jamaah yang menjadi anggota pakatan ini tidak boleh sama sekali
memberi sokongan dan pertolongan kepada mana-mana pihak yang menjadi
musuh kepda pakatan ini atau mana-mana anggotanya.
5. Setiap jamaah haruslah tidak menyerang antara satu sama lain, malahanhendaklah sama-sama mempertahankan sahabatnya sewaktu menghadapi
serangan.
6. Bidang kerja setiap jamaah dan anggota hendaklan diselaraskan dengan baik.
7. Untuk mengurus dan mentadbirkan pakatan ini dan untuk menjamin ianya
berjalan dengan lancar, maka satu jamaah kepimpinan hendaklah diwujudkan
mengikut persetujuan bersama.
Cara dan perkara-perkara yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib
bertepatan dan sepakat dengan syarat-syarat taadud yang disebut oleh ulama-
ulama yang mengharuskan taadud jamaah. Jika ABIM, IRC/jamaah Alami dan
lain-lain menerima pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi dan Tuan Guru Haji Harun
Taib ini sewajarnya memperbaiki uslub dan melaksanakan perkara-perkara atau
syarat-syarat tersebut.
ii. Penyatuan di dalam Jamaah Umum.
Jika penyelesaian pertama ditolak. Setiap jamaah berkeras mempertahankan
uslub dan pemikiran menyeleweng dan tidak bertasamuh untuk melaksanakan
syarat-syarat taadud, maka tiada penyelesaian melainkan mengikut penyatuan
yang dilakukan oleh Rasulullah. Inilah penyelesaian yang paling baik dan senang
bagi mereka yang ikhlas dengan perjuangan Islam dan umatnya. Penyelesaian
yang terbaik dan tidak mustahil ialah penyatuan ummah di bawah satu jamaah
umum untuk diintimakan dan menolak jamaah-jamaah yang taajub denganpandangannya yang mengenepikan syarat-syarat ulama. Tidak perlu menjadi
malaikat untuk membentuk kesatuan bahkan sudah cukup bukti sejarah umat
Islam bersatu di bawah panji dan matlamat yang satu iaitu meninggikan kalimah
Allah. Sultan Solahuddin Al-Ayubi telah membentuk barisan kesatuan Islam di
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
41/42
dalam menghadapi kesatuan tentera Solibiyyin untuk membebaskan Baitul
Maqdis. Firman Allah Taala :
%+% *0?% 2D%D *L- 8% d 9 * * .A % % ,/ & /6 :A #(J0 #
/& % - //= //6 9 1
Maksudnya : Katalah :Hai Ahli kitab ! Marilah kepada kalimah yang sama antara
kami dan kamu iaitu janganlah kita menyembah melainkan Allah dan janganlah
kita menyengutukan sesuatu dengan dia dan janganlah sebahagian daripada kita
jadikan sebahagian yang lain tuhan-tuhan selain daripada Allah. Jika mereka
berpaling hendaklah kamu berkata : Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami
ini orang-orang Islam.(surah Al-Imran : 64)
AKHIR KALAM ;
Saya menyeru kepada jamaah-jamaah Islam yang wujud di Malaysia untuk
mengkoreksi matlamat dan uslub perjuangan untuk diukur dengan perjuangan
para nabi dan rasul. Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara dan uslub
dengan sembrono. Firman Allah Taala:
*). 570/ . M/I * 8%+ B3J 8 7 )/ 398 . %
Maksudnya : Bahkan barangsiapa menyerah diri kepada Allah, padahal ia
berbuat baik, maka ia akan mendapat ganjaran di sisi tuhannya dan tiada
ketakutan atasnya dan tidak merasa dukacita. (surah al-Baqarah : 112)
Al-Alamah Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya bahawa dua syarat amalan itu
di terima oleh Allah.Pertamanya ialah amalan ikhlas kerana Allah sahaja.
Keduanya ialah amalan itu betul lagi bertepatan dengan syariat. Bila mana
amalan yang ikhlas dan tidak bertepatan dengan syariat, tidak akan diterima olehAllah kerana sabda Rasulullah S.A.W.:
/ +1 J 8 _ V& #&
Maksudnya : Sesiapa yang melakukan amalan, maka ia bukan berasaskan
perintah kami nescaya ia akan ditolak. (riwayat muslim)
7/24/2019 Fenomena Taadud Jamaah
42/42
Setiap pecinta Islam sewajarnya berfikir dengan penuh keihklasan dan
kesedaran untuk menentukan mauqif untuk mengintima di dalam satu-satu
jamaah supaya tidak kecewa di dalam menghitung umur kehidupan dan kerugian
di dalam mengumpul pahala keredhaan Allah Taala di hari kiamat kelak.
Berintimalah dengan Jamaah Umum iaitu PAS dengan keyakinan terhadap Islam
dan perjuangannya. Resolusi ini dibuat berasaskan kekuatan hujjah dan
ketepatan penilainan fenomena taadud jamaah di Malaysia dan seluruh dunia.
X&& && *13'6&?0'&^ / .G 9 E
& :+ 9 &7 /1I,
top related