8/3/2019 www.kpkk.goc.my
1/42
8/3/2019 www.kpkk.goc.my
2/42
559Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Bab 15: Peralihan DaripadaPertanian Kepada Industri
Asas Tani
Permintaan global untuk produk pertanian berkembang dengan pantas dan berbekalkan
kelebihan semulajadi, terdapat beberapa pasaran bitara yang dapat dieksploitasi oleh Malaysia,
Kami berhasrat untuk menggandakan sumbangan sektor pertanian kepada PNK dengan cara
memperluaskan pengeluaran produk bernilai tinggi seperti produk sarang burung walit dan
juga menambah peratusan produk yang boleh diproses menjadi produk hiliran. Kami juga
menyasarkan untuk mempertingkatkan produktiviti dalam penanaman padi, perladangan rumpai
laut dan penanaman sayur-sayuran beriklim sederhana sebanyak 40% menerusi infrastruktur
yang lebih baik, teknik pengurusan dan teknologi. Ini akan membolehkan para petani yang
menyertai projek kami menggandakan pendapatan mereka.
YB Datuk Seri Noh bin Omar
ektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia ia
menyediakan pekerjaan di kawasan luar bandar, mempertingkatkan pendapatan penduduk luar
bandar dan menjamin keselamatan sumber makanan negara.
Walaupun secara tradisinya sektor pertanian sinonim dengan golongan berpendapatan rendah dan
miskin, kini imej pertanian telah berubah secara beransur-ansur. Usahawan petani dalam pelbagai bidang
perniagaan seperti perladangan sarang burung walit hinggalah kepada penanaman padi berskala besar telah
berjaya mempertingkatkan pendapatan mereka ke dalam golongan yang berpendapatan 20 peratus tertinggi
di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, sektor pertanian telah menjadi pusat tumpuan aktiviti penyelidikan
dan pembangunan (R&D) yang termaju dan terkini bagi memacu sektor tersebut menyediakan sumber
makanan untuk penduduk global. Ini dilakukan dalam lingkungan batasan yang menekankan persekitaran
mampan dan membawa kepada eksperimentasi dalam mencari penyelesaian seperti konsep pertanian secara
menegak, menghasilkan daging ternakan melalui makmal dan applikasi kejuruteraan genetik lanjutan.
Tanpa mengambil kira komoditi seperti getah dan minyak sawit, sektor pertanian telah menyumbang
sebanyak RM20.2 bilion atau 4 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia pada tahun
2009. Kadar pertumbuhan tahunan berkompaun di antara 2005 hingga 2009 adalah pada 10.7 peratus.
Permintaan global untuk produk pertanian yang semakin bertambah telah mewujudkan potensi yang
amat besar untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada PNK negara dan sekaligus menaikkan
taraf pendapatan penduduk luar bandar. Hasrat kami adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian
kepada industri asas tani, sambil bergerak ke arah sebuah model yang inklusif tetapi pada masa yang sama
bertumpukan kepada integrasi yang berasaskan pasaran, pengurusan yang mempunyai skala ekonomi yang
besar dan rantaian nilai yang bersepadu.
S
8/3/2019 www.kpkk.goc.my
3/42
560 Bab 15Peralihan Daripada Pertanian Kepada Industri Asas Tani
DEFINISI NKEA PERTANIAN
Bidang sektor pertanian amat luas sehingga merangkumi tanaman perindustrian seperti kelapa sawit dan
getah, makanan dan tanaman kontan (juga dikenali sebagai agro-makanan atau makanan yang dihasilkan
dari pertanian) seperti padi, penternakan, dan produk khusus seperti sarang burung yang sedia dimakan
dan herba.
NKEA Pertanian akan memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan
tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan
sayur-sayuran serta makanan diproses premium (seperti di Carta 15-1). Ini akan membolehkan Malaysia
menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat.
Carta 15-1
Di samping itu, subsektor seperti padi dan ternakan haiwan dipilih kerana kepentingan mereka sebagai
sumber utama keterjaminan makanan negara.
Lapan sub-sektor yang telah dikenal pasti di atas mampu menjana pengeluaran domestik dengan nilai
anggaran sebanyak RM16.6 bilion pada 2009 yang merangkumi 82 peratus daripada jumlah keseluruhan
sumbangan sektor pertanian kepada PNK negara. (Carta 15-2).
NKEA ini akan memfokuskan pada sub-sektor pertanian terpilih yang berpotensi besaruntuk berkembang
Permintaan Global untuk Produk Herba, 1997-2020
RM bilion
SUMBER: Bank Dunia, Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Organisasi Makanan & Pertanian (FAO)
Permintaan Global untuk Sarang Burung Walit, 2010-2020
Permintaan Global untuk Produk Akuakultur, 2005-2020 Permintaan Global untuk Rumpai Laut, 2008-2020
1,920.0
672.0
192.0
CAGR
10.5%
202020061997
21.8
10.9
CAGR
7.2%
20202010
52.2
23.7
CAGR
6.8%
20202008
635.0
251.0
20202005
CAGR
7.0%
8/3/2019 www.kpkk.goc.my
4/42
561Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Untuk setiap sub-sektor yang telah dikenal pasti, NKEA akan merangkumi pendekatan dari awal hingga
akhir rantaian nilai bermula daripada proses pembiakan hinggalah ke aktiviti pengagihan, yang jugameliputi perkhidmatan sokongan seperti bioteknologi dan logistik pemasaran (Carta 15-3). Dalam
proses pembiakan, penggunaan teknologi seperti penanda molekul akan mempercepatkan usaha untuk
menentukan hasil tanaman dan penternakan yang mempunyai ciri-ciri berhasil tinggi dan kebal terhadap
serangan penyakit, mempunyai jangka hayat penyimpanan lebih panjang, dan rasa yang lebih menarik serta
isi kandungan yang lebih berkhasiat. Di dalam aktiviti pemprosesan hiliran pula, penekanan akan diberikan
kepada produk nilai tambah yang lebih tinggi seperti produk penjagaan kesihatan berasaskan sumber
botanikal daripada herba dan sarang burung yang sedia dimakan.
Carta 15-2
Sub-sektor di bawah NKEA ini meliputi 82% sumbangan pertanian kepada PNKMalaysia pada 2009
Sumbangan subsektor kepada PNK pertanian, 2009
Peratus, RM bilion
SUMBER: Jabatan Statistik Negara & Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Fokus NKEA
Subsektor lain
100% = RM20.2 bilion
Pemprosesanmakanan
Tanaman kontan(buah-buahan & sayuran)
Ternakan
Produk marina &akuakultur
Beras
Lain-lain(termasuk produktembakau dan teh)
28
2716
7
4
18
8/3/2019 www.kpkk.goc.my
5/42
562 Bab 15Peralihan Daripada Pertanian Kepada Industri Asas Tani
Carta 15-3
Penyertaan dalam keseluruhan rantaian nilai akan diperkukuhkan
Perkhid
-matan
sokongan
Rantaian
nilai teras
Pemborongan
dan pengeda
-ran runcit
Pembuatan
bahantara dan
produk akhir
Pemprosesan
(contohnya,
pengisaran,
pengekstrakan,
penyembelihan)
Pembiakan
Penyelidikan dan pembangunan (termasuk bioteknologi)
Logistik dan pemasaran pertanian
Perladangan
dan/atau
penternakan
Baja dan racun
perosak
Makanan haiwan
dan vaksin
Bekalan
input
Di samping itu, bidang yang menyerlah seperti bioteknologi dan logistik pertanian akan diperluaskan,
selaras dengan permintaan hasil pertumbuhan sektor pertanian serantau.
PENILAIAN PASARAN
Bilangan penduduk dunia akan terus meningkat di samping penambahan dalam purata kalori setiap
manusia, yang membawa kepada permintaan berterusan untuk produk pertanian. Antara 2010 dan 2015,
permintaan makanan global dijangka naik sebanyak 10 peratus, manakala pengeluaran dan bekalan
masing-masing dianggar meningkat pada kadar 1.6 peratus sahaja.
Walaupun ini menunjukkan prospek positif untuk pertanian di peringkat global, peningkatan kesejahteraan
pengguna dan langkah kerajaan terhadap isu perubahan iklim merupakan perubahan utama dalam
mendorong trend permintaan untuk hasil pertanian. Trend yang umum adalah seperti berikut:
Kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan makanan: Pengguna memilih makanan
yang rendah lemak , kurang gula dan bebas daripada bahan kimia yang merbahaya. Jualan runcit
makanan organik di Amerika Syarikat dan Eropah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan
berkompaun sebanyak 14 peratus di antara tahun 1997 sehingga 2008, meskipun fakta menunjukkan
jumlah pasaran makanan hanya meningkat dengan kadar 1.6 peratus setahun sahaja bagi tempoh yang
sama;
8/3/2019 www.kpkk.goc.my
6/42
563Program Transformasi EkonomiHala Tuju Untuk Malaysia
Permintaan untuk penyediaan makanan yang lebih mudah: Gaya hidup yang lebih sibuk dan
kos makan di luar rumah yang kian meningkat telah menjana permintaan bagi produk makanan mudah
disediakan di rumah. Penjualan makanan premium sedia dipanaskan di Amerika Syarikat, United
Kingdom dan Jepun telah mencecah nilai pasaran sehingga RM15.4 bilion pada 2009 dan diramalkan
akan bertumbuh pada kadar 15 peratus setahun sehingga 2014. Sejajar dengan itu, segmen berkaitan
seperti kuah pra-campuran dan makanan beku mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7 peratus
setahun;
Kebimbangan terhadap kemampanan alam sekitar: Kebimbangan terhadap isu perubahan
iklim menyebabkan kerajaan di pasaran negara maju seperti Kesatuan Eropah mewajibkan para
peruncit dan pengeluar makanan untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan kemampanan alam
sekitar. Firma besar seperti Walmart dan Unilever memerlukan pem