Unit 1 Kuliah 1
Pengenalan Konsep dan Pengertian
Semantik dan Pragmatik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
BBM 3212
Semantik dan Pragmatik
Pengenalan Semantik
Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkajimakna.
Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda"(sign) . ‘sema’ juga bermaksud ‘isyarat’.
Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud ‘bererti’.Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yangmengkaji atau analisa makna.
Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab maknaitu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagiandaripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yangtertentu.
Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “ as the study of meaning innatural language”.
• Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis,bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk,“Les Lois Intellectuelles du Langage”.
• Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantikmempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahanmakna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna denganlogika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).
• Semantik : teori makna atau teori erti (Verhaar, 1983)
Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satukajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik.
(Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.)
Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji maknasesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untukmenerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat .
Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkajihubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim,sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim.
Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna danrujukan, syarat benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyaibeberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik ialahsemantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.
Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang palingsukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada"peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkansama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteksperkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologipenutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar,tajuk perbincangan, dan sebagainya.
Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian,untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan,perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.
Perkembangan Bidang Semantik
Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekali dalam
mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna
dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan.
Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian
bahasa oleh ahli linguistik tradisional.
Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin mendapat
perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi.
Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting
dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa
Plato
Peringkat Pertama
Plato (429 – 347 SM)
Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung makna tertentu. Dalam
bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan
'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna"
(Aminuddin 1985:15).
Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan
'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau
'menyatakan'.
Aristotle
Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322 S.M.)(Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizikdalam karangannya Filsafat Pertama.
Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung makna. iatu (1)
makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2)
makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)
Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika atau lojik akalmenurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkanmaknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pastimaknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.
Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle Platomempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyibahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle, berpendapat bahawahubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antarapemakainya (Moulton 1976 : 3).
Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas Aristotle (yangmengutamakan makna), sebaliknya kebanyakan kajian yangkemudiannya lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dansintaksis yang tidak mengutamakan makna.
Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig (1820-1925)(ahli bahasa Jerman) tentang nahu bahasanya telah menimbulkan semulaperanan makna.
C. Chr. Reisig (1825)Konsep baru mengenai gramatika :
Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu :
a) Semasiologi – kajian tentang tanda
b) Sintaksis – kajian tentang susunan kalimat/ayat
c) Etimologi – kajian tentang asal usul kata,
perubahan bentuk kata, dan perubahan makna
Peringkat Kedua
Michel Breal – kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar bahasa itu
sendiri.
Misalnya:
Perubahan makna
Makna yang berhubungan dengan logika
Makna yang berhubungan dengan psikologi
Ferdinand de Saussure
Peringkat Ketiga
Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli bahasamenekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atauilmu lain yang memerlukan semantik.
Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure (bangsa Swiss)yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiridaripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yanglain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satucabang semasiologi.
(Abu Bakar Hamid 1978:152).
Jost Trier
Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de Saussure denganmengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772)dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836)berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.
Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah perkataan yang padamulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memilikimakna masing-masing secara khusus.
Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman pada tahun 1200,iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakupdalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.
Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga perkataantersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst mengandungimakna 'pengetahuan', perkataan list yang berubah menjadi wizzenmengandungi makna 'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985:108).
Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat kajian terhadapsekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik).
Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulau tersebut mempunyaihubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnyamempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakatnelayan.
Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan yangkemudiannya dikenali sebagai context of situation (keperihalan keadaan) (M.Yunus Maris 1978:65-166).
Bronislaw Malinowski
Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat bahawa dalamkajian semantik, yang utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaanberbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yangtertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengandemikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudiandisusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.
Leonard Bloomfield
John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana linguistik telahtertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa darisudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itusendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatumasyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima olehmasyarakat tersebut.
Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual. Teori inisangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat dalamsesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budayamasyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'katapusat' dan 'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue ofMan and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).
John Rupert Firth
Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali sebagaiOgden & Richards berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balikantara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa(lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidaklangsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini:
G
LB R
Petunjuk:
G = gagasan
LB = lambang bahasa
R = rujukan
Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann (1972)dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujahberikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian,Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan'perkataan'.
Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat digambarkanseperti rajah yang berikut:
Nama
Makna
cantik
M1 M2 M3
segak ayu jelita
Mengikut Hashim Hj. Musa, (1994:44), bunyi ucapan dan coretan tulisan yangmerujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Tanda atau signialah sesuatu yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang lain.
Semiotik/semiologi – kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi kepada tigabahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik – tentangkombinasi tanda-tanda, dan pragmatik- tentang asal usul, pengguaan danpengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann,1962:15).
Hashim Hj. Musa
Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) – pengkajian makna pada peringkat
semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang
dihajati oleh penutur.
Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu
penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan
linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini
dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.
Nor Hashimah Jalaluddin
Makna Referensial dan Non-referensial
Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau acuannya dalam
dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata
seperti dan, kerana tidak mempunyai referens.
Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud, melainkan dapat
berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik.
Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia, saya, kamu),
kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang
menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata
penunjuk, seperti ini dan itu
Makna dan Jenisnya
Geoffrey Leech (1974)
Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:
Terdapat juga makna lain seperti :1. Makna denotasi.2. Makna konteks.
1 Makna konsepsi : makna kognitif.
2 Makna konotatif : makna kata yang berlainan daripada makna asal:makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif.
3 Makna Stilistik : makna berdasarkan situasi pengucapan.
4 Makna Afektif : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar.
5 Makna Refleksi : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.
6 Makna Kolokasi : makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.
7 MaknaTematik : makna yang ditekankan dalam ayat.
Pengenalan Pragmatik
pragmatik diperkenalkan oleh seorang filosofi yang bernama
Charless Morris tahun 1938.
Morris ketika membicarakan bentuk umum ilmu tanda
(semiotic) telah menjelaskan dalam (Levinson, 1983:1) bahawa
semiotik memiliki tiga bidang kajian, iaitu sintaksis (syintax),
semantik (semantics), dan pragmatik (pragmatics).
Sintaksis merupakan kajian lingustik yang mengkaji hubungan
formal antara tanda. Semantik ialah kajian linguistik tentang
hubungan tanda dengan penutur yang menginterpretasikan
tanda tersebut. Pragmatik adalah subbidang linguistik yang
mengkaji cara konteks menyumbang kepada makna.
Pengertian Pragmatik
Para pakar pragmatik mendefinisikan istilah ini secara berbeza-
beza. Yule (1996: 3), misalnya, menyebutkan empat definisi
pragmatik, iaitu
(1) bidang yang mengkaji makna pembicara/penutur;
(2) bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya;
(3) bidang yang, melebihi kajian tentang makna yang diujarkan,
mengkaji makna yang dikomunikasikan atau terkomunikasikan
oleh pembicara/penutur; dan
(4) bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial
yang membatasi partisipan yang terlibat dalam percakapan
tertentu.
Levinson (1983)- pragmatik - kajian bahasa yang bereferensi
atau berhubungan dengan faktor dan aspek-aspek
kontekstual.
Levinson (1983:21-24) menjelaskan dua pengertian
pragmatik.
Pertama, “Pragmatics is the study of the relation between language
and context that are basic to an account of language understanding”.
Pengertian ini menunjukkan bahawa untuk memahami makna
bahasa seorang penutur, pendengar perlu mengetahui makna
kata dan hubungan gramatikal antara kata tersebut juga
menghubungkan apa yang dikatakan dengan apa yang
diandaikan atau apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya.
Kedua, “Pragmatics is the study of the ability of language users to
pair sentences with the contexts in which they would be appropriate”.
Pengertian kedua ini lebih menekankan pada pentingnya
kesesuaian antara kalimat-kalimat yang diujarkan oleh
pengguna bahasa dengan konteks tuturannya.
Thomas (1995: 22) mendefinisikan pragmatik sebagai bidang
yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction).
Thomas (1995: 2) menyebut dua kecenderungan dalam
pragmatik, iaitu
pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial,
menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker
meaning); dan
kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif,
menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran
(utterance interpretation).
Leech (1983: 6 ) - pragmatik sebagai bidang kajian dalam
linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik.
Keterkaitan ini disebut semantisisme, iaitu melihat pragmatik
sebagai bahagian dari semantik; manakala pragmatisisme,
iaitu melihat semantik sebagai bahagian dari pragmatik; dan
komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik
sebagai dua bidang yang saling melengkapi.
Semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam kajian linguistik.
Dalam semantik kita mengklasifikasi makna, hubungan makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa.
Dalam pragmatik kita mengkaji interaksi dan sopan santun, implikatur percakapan, pertuturan, referensi dan inferensi serta deiksis.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa
semantik adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna , iaitu makna kata dan makna kalimat.
Pragmatik pula berhubungan dengan pemahaman kita terhadap hal-hal di luar bahasa. Akan tetapi, hal-hal yang dibicarakan di dalam pragmatik sangat erat kaitannya dengan hal-hal di dalam bahasa.
Rumusan
Pragmatik adalah kajian yang menelaah makna ujaran
dalam situasi/konteks sosial.
Semantik adalah kajian yang menelaah makna kata
Perbezaan pragmatik dan semantik:
- Pragmatik menelaah kata secara eksternal, sedangkan
semantik menelaah makna kata secara internal.
Pragmatik terikat dengan konteks, sedangkan semantik
bebas konteks.
Pragmatik menelaah makna yang dimaksudkan penutur,
sedangkan semantik menelaah makna sesuai dengan ilmu
linguistik
Kesimpulan
Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang menyatakan makna,
hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna
terhadap masyarakat.
Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih dibayangi terus
oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas
bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak
dapat dipisahkan.
Pragmatik adalah kajian tentang penggunaan bahasa sesungguhnya.
Pragmatik mencakup bahasan tentang deiksis, praanggapan, tindak tutur,
dan implikatur percakapan. Deiksis adalah kata yang tidak memiliki
referen yang tetap tetapi berubah-ubah seperti kata saya, sini, sekarang.
Latihan.
1. Berikan 3 definisi semantik dan 3 definisi pragmatik.
2. Terangkan secara ringkas kemunculan istilah semantik
dalam ilmu linguistik.
Sekian, terima kasih.