FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2012
HBPS2203
PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAKSEPTEMBER 2013
HBPS2203
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1-3
2.0 KEPENTINGAN BERMAIN DALAM
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK . 3-4
3.0 JENIS-JENIS MAIN 4-6
4.0 CATATAN PEMERHATIAN 6-11
5.0 HURAIAN PEMERHATIAN 12-14
6.0 TINDAKAN SUSULAN UNTUK PENAMBAIHBAIKAN 15
7.0 KESIMPULAN 16
8.0 LAMPIRAN 18-21
1
HBPS22031.0 Pengenalan.
1.1.Definisi Bermain.
“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
bermakna.Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-
kanak.Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat
penerokaan,penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula
jadi.”
(Huraian Pra Sekolah Kebangsaan,2003)
Bermain adalah merupakan lumrah dalam kehidupan zaman kanak-kanak. Setiap kanak-
kanak gemar bermain. Bermain sering disalahtafsirkan oleh ramai orang. Bermain bagi
orang dewasa ialah untuk beriadah dan satu profesion. Ini berlainan dengan kanak-
kanak,bagi mereka bermain adalah satu proses pembelajaran.Bermain merupakan proses
pembelajaran yang mesti dilalui oleh kanak-kanak. Bermain merupakan asas untuk
kanak-kanak mengumpul dan memproses maklumat, belajar kemahiran baru dan
mengamalkan kemahiran lama. Dalam konteks bermain kanak-kanak dapat memahami,
mencipta dan memanipulasi simbol. Menerusi bermain kanak-kanak belajar tentang
persekitarannya. Bermain juga akan dapat menggalakkan pengetahuan yang perlu untuk
dikaitkan dengan cabaran yang bakal dihadapi secara efektif apabila nereka melangkah
ke alam persekolahan nanti. Melalui bermain biasanya kanak-kanak dapat meransang
fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif,social,emosi dan fizikal kanak-
kanak. Kanak-kanak akan berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa
melalui perbincangan dan soal jawab ketika bermain. Menurut Moyles ( 2005) bermain
adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tegasnya,bermain memberikan kanak-kanak
peluang untuk belajar pelbagai kemahiran yang akan memberikan impak jangka panjang
terhadap perkembangan mereka (Papalia 1996). Selain daripada meningkatkan kemahiran
motor, melalui bermain juga dapat menyumbang kepada perkembangan daya inisiatif,
regulasi diri dan kemahiran social(Hoffeth & Sandberg 2001). Kajian-kajian yang
dijalankan oleh Roskos dan Christie (2007) serta Sawyer dan DeZutter (2007) mendapati
2
HBPS2203bermain penting untuk pekembangan kognitif kanak-kanak.Oleh yang demikian,
prasekolah digalakkan menggunakan pendekatan “belajar melalui bermain” kepada
kanak-kanak.Tokoh pendidikan awal kanak-kanak iaitu Freidrich Froebel dan Maria
Montessori juga sependapat bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Froebel
iaitu pengasas Kindergarten berpandangan, bermain adalah penting dalam pembelajaran
secara tidak langsung (Downey & Garzoli 2007). Manakala Montessori pula
membangunkan kurikulum berasaskan aktiviti bermain percaya bahawa kanak-kanak
perlu bermain dan berhak menentukan sendiri bagaimana mereka hendak bermain dan
belajar.Menurut Hughes (1999), terdapat lima unsur yang tipikal kepada bermain iaitu:
i)Motivasi intrinsik – Iaitu aktiviti bermain datang daripada keinginan dalam diri mereka
sendiri. Ia dilakukan agar mereka merasakan kepuasannya sendiri.
ii)Bebas dipilih – Iaitu aktiviti bermain mestilah pilihan kanak-kanak itu sendiri.
Tegasnya kanak-kanak bermain apa yang mereka gemari. Kalau kanak-kanak dipaksa,
kemungkinan besar mereka tidak akan merasakan aktiviti bermain tersebut sebagai
bermain tapi merupakan satu latihan ataupun tugasan.
iii)Menyeronokkan – Kanak-kanak mesti merasa seronok apabila mereka bermain tanpa
merasa tekanan. Keseronokkan ini akan mendorong mereka untuk meneroka lebih
banyak perkara semasa mereka bermain.
iv) Tidak boleh dibaca – Iaitu aktiviti bermain melibatkan elemen-elemen tertentu seperti
kepercayaan,mengubah atau mengolah realiti untuk disesuaikan dengan kanak-kanak
yang bermain. Ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam permainan yang bersifat
simbolik.
v)Terlibat secara aktif – Kanak-kanak mesti terblibat secara fizikal atau psikologikal atau
kedua-duanya, dan bukan bersifat pasif serta tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap
aktiviti bermain yang berlaku.
2.0 Kepentingan Bermain Dalam Perkembangan Kanak-kanak.
Terdapat pelbagai faedah bermain untuk kanak-kanak jika dilihat daripada aspek
psikologi perkembangan. Salah satu perkembangan yang positif daripada aktiviti bermain
ialah perkembangan kesihatan dan fizikal kanak-kanak(Sutterby & Frost 2006). Semasa
bermain kanak-kanak akan bergerak aktif malahan juga mereka perlu berfikir dan
berkomunikasi. Aktiviti ini dapat membantu perkembangan motor kasar serta
3
HBPS2203melancarkan pergerakan otot dan saraf yang seterusnya menyumbang kepada kualiti
kesihatan yang lebih baik. Menurut Freud dan Erikson pula aktiviti bermain boleh
membantu kanak-kanak mengatasi kebimbangan dan konflik dalam kehidupan seharian
dan secara tidak langsung dapa meningkatkan penghargaan kendiri. Melalui bermain juga
boleh membantu kanak-kanak bersosial dengan ahli kumpulan iaitu apabila mereka
diterima dan menerima rakan-rakan dalam kumpulan. Jika dipandang dari perkembangan
social pula,bermain memberi peluang kepada kanak-kanak belajar cara berhubung atau
berinteraksi dengan orang lain. Ini merupakan batu asas kepada perhubungan mereka
apabila dewasa kelak. Menurut Rubin dan Clark (1983) kanak-kanak yang terlibat dengan
permainan sosial lebih rapat dengan rakan-rakan dan ibu bapa berbanding kanak-kanak
yang tidak terlibat dengan permainan social. Tokoh psikologi Islam iaitu al-Ghazali juga
menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain. Menurut beliau,
bermain berupaya untuk merehatkan fizikal dan minda kanak-kanak daripada keletihan
yang dialami di sekolah. Menurut beliau lagi,jika kanak-kanak dilarang bermain dan
hanya dipaksa belajar, akan mematikan hatinya seterusnya melemahkan otaknya dan
kecerdasannya akan terjejas.Ini disebabkan kanak-kanak akan merasa terkongkong,bosan
dengan aktiviti harian yang dan terbatas sehingga memaksa memberi alas an yang tidak
wajar untuk melepaskan diri dari keadaan ini. Akhirnya, kanak-kanak tidak bermotivasi
untuk belajar dan kecenderungan menuntut ilmu pengetahuan yang diwajibkan dalam
Islam akan diabaikan (Wan Azreena 1994).
3.0.Jenis-jenis main.
Main terbahagi kepada dua iaitu main sosial dan main kognitif.Permainan social
berfungsi untuk membantu kanak-kanak untuk membantu perkara penting iaitu memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan belajar
kemahiran sosial. Ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina dan
berlatih kemahiran literasi. Selain daripada itu, ia membantu kanak-kanak mengawal
emosi dan perasaan. Mildred Parten (1932) telah mengelaskan main sosial kepada 6 jenis
iaitu:
1. Main tidak menentu (Unoccupied pay). Kanak-kanak tidak bermain untuk
sesuatu permainan atau dengan sesiapa pun. Dia hanya berdiri atau duduk tanpa
membuat sesuatu untuk memerhati.
4
HBPS22032. Main sendirian (Solitary play). Kanak-kanak ini walau pun terlibta dalam
permainan, dia bermain sendirian seolah-olah tidak memperdulikan kanak-kanak
lain.
3. Main memerhati (Onlokker play). Kanak-kanak ini melihat dan memerhati
mainan kanak-kanak lain. Tumpuan minatnya ialah permainan kanak-kanak lain.
4. Main selari (Parallel play). Kanak-kanak bermain sendiri tetapi cara yang sama,
sama ada mainan atau peralatan yang sama dengan kanak-kanak yang lain.
5. Main hubungan (Associate play). Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak
lain, bertanya soalan atau berkongsi peralatan tetapi tidak bermain bersama.
6. Main kerjasama ( Cooperative play). Kanak-kanak secara aktif main bersama,
selalu guru mengadakan permainan bersama di tadika.
Manakala untuk main kognitif pula Piaget telah mengelaskan kepada 4 main kognitif
iaitu :
1. Main Berfungsi (Functional paly). Berlaku di peringkat sensori motor apabila
aktiviti yang melibatkan tindakbalas otot dan keperluan untuk aktif. Ciri-ciri main
berfungsi ialah pengulangan, manipulasi dan peniruan kendiri. Pengulangan
bahasa adalah biasa di tahap ini. Main berfungsi memberi peluang kanak-kanak
belajar keupayaan fizikal semasa meneroka persekitaran.
2. Main Simbolik (Symbolic play). Piaget merujuk main di peringkat ini sebagai
tahap “main olok-olok” (let’s pretend). Kanak-kanak bebas menunjukkan
kreativitinya keupayaan fizikal dan kepekaan sosial melalui berbagai cara. Kanak-
kanak berpura-pura menjadi seperti yang lain daripada dirinya seperti
haiwan,kereta dan sebagainya.
3. Main Ikut Peraturan (Playing Games with Rules). Main diperingkat ini
melibatkan kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun. Kanak-kanak bermain
berdasarkan peraturan dan had serta mengawal tingkahlakunya.Kanak-kanak di
peringkat ini sudah boleh membuat dan mengikut peraturan atau persetujuan
sosial.
4. Main Konstruktif(Contructive play). Main konstruktif dibina daripada main
simbolik dan menyatakan penyesuaian kanak-kanak terhadap masalah dan
tingkahlaku kreatif. Ciri main konstruktif apabila kanak-kanak terlibat aktiviti
5
HBPS2203main untuk membina pengetahuan terhadap dunianya. Mula-mula kanak-kanak
manipulasi bahan mainan dan kemudian menggunakan bahan untuk mencipta dan
membina sesuatu. Main konstruktif ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan
manipulasi objek untuk membinanya atau mereka cipta sesuatu sama ada kanak-
kanak akan bermain secara sendirian, berkumpulan atau bekerjasama. Contoh
membina bangunan dengan bongkah yang pelbagai bentuk,saiz dan warna.
Pengalaman bermain bongkah ini sangat penting bagi kanak-kanak dalam
membantu mereka dalam konsep matematik iaitu aspek segi,saiz,berat,ringan dan
ruang. Dalam aktiviti main membina, kanak-kanak menggunakan peluang
membina untuk mengenali dunia sekelilingnya.
4.0 Catatan pemerhatian terhadap tinglaku,interaksi dan hasil kerja kanak-kanak.
Untuk kerja kursus ini, saya dikehendaki untuk membuat pemerhatian terhadap 4 orang
kanak-kanak Pra Sekolah dalam menjalankan aktiviti main konstruktif di sudut
pembelajaran dengan menggunakan rekod berterusan. Main konstruktif atau Main
membina merupakan satu aktiviti yang melibatkan manipulasi objek untuk membinanya
atau mereka cipta sesuatu sama ada kanak-kanak akan bermain secara
sendirian,berkumpulan atau bekerjasama. Contoh membina bangunan dengan bongkah
yang pelbagai bentuk, saiz dan warna. Pengalaman bermain bongkah ini amat penting
bagi kanak-kanak dalam main ini ialah pelbagai bentuk bongkah seperti segi empat,
bulat, silinder, segi tiga dan sebagainya sama ada diperbuat daripada kayu ataupun
plastik. Dalam aktiviti main membina, kanak-kanak menggunakan peluang membina
untuk mengenali dunia sekelilingnya. Harriet telah menggariskan beberapa peringkat
perkembangan bermain blok dalam kalangan kanak-kanak iaitu (Jackman,1997) iaitu
menyentuh,memegang dan mengangkat serta memindahkan bongkah-bongkah,
menyusun bongkah-bongkah mengikut ketinggian seperti membina menara, menyusun
mengikut garisan dan menyusun membuat jambatan.
Saya dengan kerjasama Puan Ervie Gireen iaitu Guru Prasekolah telah menjalankan
pemerhatian terhadap 4 orang murid Pra Sekolah 6 Tahun di Sekolah Kebangsaan Sungai
Durin,Sibu. (Boleh dirujuk juga di Lampiran 1 hingga Lampiran 5 hasil pemerhatian
yang bertulisan tangan dan hasil kerja murid-murid di Lampiran 6 dan 7)
6
HBPS2203
Murid A
Nama Murid : Felicia Racha
Umur : 6 tahun
Tarikh : 16 Oktober 2013
Masa : 10:00-10:05 pagi
Tempat : Pusat Pembelajaran
Nama Guru : Puan Ervie Gireen
Pemerhatian Ulasan
Felicia dan 3 orang kawannya telah habis membuat latihan
yang diberi oleh guru mereka. Maka Felicia pun mengajak
kawan-kawannya bermain di pusat pembelajaran. Kawan-
kawannya pun bersetuju dengan cadangan Felicia.
Felicia : Nurul.Nyura dan Wynnie. Jom kita bermain
membina rumah dengan blok di sana.
Felicia : Mari kita bahagikan blok-blok ini,kemudian kita
boleh bina rumah,taman atau zoo yang cantik.
Felicia dan kawan-kawannya pun membahagikan blok-blok
tersebut dan mula membina bangunan yang mereka gemari.
Kepimpinan
7
HBPS2203
Murid B
Nama Murid : Nurul Fatihah
Umur : 6 tahun
Tarikh : 16 Oktober 2013
Masa : 10:15-10:20 pagi
Tempat : Pusat Pembelajaran
Nama Guru : Puan Ervie Gireen
Pemerhatian Ulasan
Sewaktu mereka seronok bermain,Nurul meminta sesuatu
daripada Felicia.
Nurul : Felicia,boleh saya minta sebuah kiub dan tingkap
itu ?
Felicia : Kenapa? Kan tadi kita telah bahagikan samarata
blok-blok itu? Sekarang nak minta pula.
Nurul : Saya tidak cukup sebuah kiub dan kurang 1 tingkap
untuk membuat rumah.
Felicia : Oh macam itu. Bolehlah kamu ambil itu.
Nurul : Terima kasih, Felicia.
Felicia : Sama-sama.
Bertolak-ansur.
Sifat murni.
8
HBPS2203
Murid C
Nama Murid : Nyura
Umur : 6 tahun
Tarikh : 16 Oktober 2013
Masa : 10:30-10:35 pagi
Tempat : Pusat Pembelajaran
Nama Guru : Puan Ervie Gireen
Pemerhatian Ulasan
Nyura sedang seronok membina rumahnya,tiba-tiba Wynnie
meminta bantuannya untuk menyambung blok-bloknya.
Nyura : Apalah kamu ni,sambung ini tak pandai.Nah dah
pun saya sambungkan.
Nyura : Cuba sambung yang lain tu.Jangan ganggu saya
buat kerja.
Nyura : Kamu buat sendiri. Saya nak siapkan kerja saya ni.
Bekerjasama
9
HBPS2203
Murid D
Nama Murid : Wynnie
Umur : 6 tahun
Tarikh : 16 Oktober 2013
Masa : 10:45-10:50 pagi
Tempat : Pusat Pembelajaran
Nama Guru : Puan Ervie Gireen
Pemerhatian Ulasan
Wynnie masih kelihatan ragu-ragu untk menyambung blok-
blok yang ada dihadapannya. Nyura merasa kasihan
kepadanya walaupun pada mulanya dia memarahi Wynnie.
Dia pun memberi cadangan kepada Wynnie.
Nyura : Apa hal kamu ni Wynnie? Masih tak dapat buat?
Wynnie : Susahlah nak sambung,saya tak pandai buatlah.
Nyura : Kalau macam tu,kita dua buat sama-sama mahu
tak?
Wynnie : Mahu-mahu, kita dua buat sama-sama.
Wynnie : Yalah, tak juga susah nak sambung ni.
Gembira
Berkeyakinan
10
HBPS2203
Murid A
Nama Murid : Felicia Racha
Umur : 6 tahun
Tarikh : 16 Oktober 2013
Masa : 10:55-11:00 pagi
Tempat : Pusat Pembelajaran
Nama Guru : Puan Ervie Gireen
Pemerhatian Ulasan
Kelihatan Felicia telah habis membuat binaan bloknya. Dia
pun memerhatikan kawan-kawanya yang lain lalu bertanya.
Felicia : Saya telah siap kerja. Bagaimana dengan kamu
orang sudah habis tak?
Felicia : Kalau sudah habis,nanti bolehlah kita tunjukkan
kepada cikgu.
Kawan-kawanya yang lain menggangukkan kepala mereka
lalu menunjukkan hasil kerja mereka.Mereka pun
memberitahu cikgu mereka dan menunjukkan hasil kerja
mereka.
Kepimpinan
Berkolaborasi
11
HBPS2203
5.0 Huraian Pemerhatian
Dari pemerhatian yang saya buat,saya dapati adik Felicia telah menunjukkan
perkembangan kognitif yang amat meransangkan,dia telah menunjukkan sifat
kepimpinan apabila dia mengajak beberapa orang kawannya untuk membuat aktiviti
membina blok setelah mereka habis membuat latihan. Adik Felicia juga menunjukkan
perkembangan dalam motor halus dan motor kasarnya.Dia dengan senang menyambung
blok-blok yang ada padanya.Dia seorang kanak-kanak yang aktif dan kelihatan lebih
matang daripada kawan-kawan yang seusia dengannya. Selain daripada itu, dia juga
menunjukkan sikap yang bertolak-ansur dengan kawan-kawannya apabila dia sanggup
memberi blok-blok yang dipinta oleh kawannya.Selain daripada itu, adik Felicia
mempunyai hubungan yang sangat rapat dan mesra dengan kawan-kawannya. Dia
sentiasa memberi bantuan semasa bermain dan akan mengawal keadaan apabila terdapat
perselisihan faham yang berlaku dikalangan kawan-kawanya. Interaksi seperti ini sangat
penting untuk membentuk hubungan sosial antara mereka.
Bagi adik Nurul Fatihah pula, dia menunjukkan perkembangan bahasa di mana
pada mulanya dia seorang murid yang pendiam dan malu untuk bercakap.Tetapi semasa
bermain dia mula berinteraksi dengan kawan-kawannya. Ini merupakan langkah
permulaan kepadanya untuk membentuk hubungan sosial yang positif dengan kawan-
kawannya. Adik Nurul juga dapat memahami konsep matematik iaitu tentang ruang.
Dia juga mempunyai nilai murni yang tinggi di mana dia menunjukkan penghargaan
apabila kawannya memberi sebahagian daripada blok kepadanya. Ini menunjukkan
perkembangan sosial yang menggalakkan di kalangan mereka semasa bermain.
Beralih pula kepada adik Nyura, menurut guru Pra Sekolahnya, dia seorang
murid yang sederhana dalam akademiknya. Dia juga seorang yang pendiam dan jarang
bercakap,tetapi semasa bermain dia telah berkerjasama dengan adik Wynnie untuk
menghasilkan sebuah binaan. Ini menunjukkan mereka telah berkolaborasi untuk untuk
menghasilkan suatu objek daripada blok-blok tersebut. Dia sering memberi bantuan dan
pendapat kepada kawannya untuk membina blok tersebut. Dari permainan ini juga dapat
meningkatkan perkembangan kognitif adik Nyura, ia terbukti mempunyai perkaitan
dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Selain
12
HBPS2203daripada itu, adik Nyura dapat berinteraksi secara lisan dengan lancar iaitu dia memberi
arahan dan pandangan kepada kawannya semasa mereka berdua menghasilkan binaan
mereka. Ini menunjukkan perkembangan sosial dalam diri adik Nyura iaitu dia dapat
berkomunikasi dengan kawannya tanpa rasa segan dan malu.
Manakala adik Wynnie,menurut guru Pra Sekolahnya ialah dia seorang murid
yang tidak mempunyai keyakinan diri apabila melakukan kerjanya. Tetapi disebabkan
bantuan dan galakkan dari adik Nyura, dia mula menunjukkan keyakinan diri dalam
aktviti tersebut. Sebelum ini adik Wynnie mempunyai kawalan motor halus dan motor
kasar yang lemah. Tetapi apabila dia membina blok pada mulanya dia kelihatan agak
sukar untuk menyambung blok-blok tersebut tapi lama-kelamaan dia mampu menyusun
atau membina blok-blok tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa melalui bermain kanak-
kanak dapat membentuk perkembangan motor halus dan motor kasar mereka.Di mana dia
menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat kerjanya. Selain daripada itu,
ia dapat membantu adik Wynnie untuk membentuk koordinasi dan pergerakan mataserta
tangan ketika menyambung bongkah-bongkah tersebut.Dia memberanikan diri untuk
mencuba membina objek yang mereka rancangkan walaupun kadang-kala dia merasa
ragu-ragu untuk turut serta dalam permainan tersebut.Dia juga membentuk
perkembangan kognitif iaitu secara tidak langsung permainan ini membantunya dalam
perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik iaitu ruang dan
belajar memerhati situasi yang berlaku disekelilinginya. Pada mulanya,dia tidak
menunjukkan minat untuk bermain membina blok tersebut mungkin disebabkan dia
merasa susah untuk menyambung blok-blok tersebut. Tetapi dia mula menunjukkan
minat untuk turut serta menyambung blok-blok tersebut apabila kawannya mengajaknya
untuk bekerjasama dengannya untuk menyambung blok-blok tersebut. Adik Wynnie juga
kelihatan riang dan gembira ketika membina rumah secara berpasangan. Ini telah
memberi keyakinannya kepada untuk melaksanakan kerjanya. Jelaslah terbukti bahawa
dari aktiviti bermain akan dapat membentuk seseorang itu perkembangan social dan
keyakinan diri kanak-kanak.
Menyentuh tentang enam bahagian utama perkembangan dari sudut ilmu
psikologi pula, terdapat enam cabang utama iaitu emosi, 13ocial, fizikal, kogniti, bahasa
dan juga kreatif. Jika dikaitkan dengan aktiviti bermain ini, ketika bermain sudah
13
HBPS2203semestinya melibatkan emosi kanak-kanak dimana melalui bermain mereka dapat
mengenali diri sendiri hal yang demikian memberi pengaruh dalam perkembangan emosi
kanak-kanak tersebut. Bukan itu sahaja dari sudut 14sosial pula ketika bermain kanak-
kanak seperti yang telah dihuraikan dalam contoh-contoh terdahulu mereka akan bermain
dengan rakan-rakan sebaya melibatkan pergaulan di antara individu yang berbeza namun
dapat bermain bersama-sama kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
dan meningkatkan tingkah laku prososial. Ketika bermain, sudah semestinya kanak-
kanak akan memegang alat permainan mereka seperti dalam contoh tugasan pada kali ini,
kanak-kanak ini bermain menyusun blok untuk mencipta sesuatu objek sebagai contoh
membina rumah dengan blok tersebut. Kanak-kanak ini perlu memegang blok tersebut
untuk menyusunnya maka secara tidak langsung perkembangan motor kasar dan juga
motor halus telah berlaku. Itu adalah dari sudut fizikal. Manakala dari sudut kognitif
pula, perkembangan kognitif turut berlaku di mana kanak-kanak akan mempelajari
sesuatu mengenai keseriasian dan klasifikasi sebagai contoh ketika bermain blok ,kanak-
kanak ini mungkin akan mengasingkan objek yang mempunyai warna yang sama,
mengasingkan objek yang berlainan saiz dan sebagai nya maka perkembangan kognitif
yang melibatkan klasifikasi dan seriasi akan berlaku. Ketika bermain, kanak-kanak ini
pasti berkomunikasi dengan rakan-rakannya yang lain. Ini juga akan meningkatkan
kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut. Bukan sahaja melalui percakapan ataupun
komunikasi secara lisan malah perkembangan dari sudut bahasa juga boleh berlaku
melalui penulisan. Dan yang terakhir dalam cabang ilmu psikologi ialah kreatif. Sudah
pasti minda kanak-kanak yang sedang bermain ini sentiasa memikirkan sesuatu yang baru
untuk dicuba dan dibina. Maka secara tidak langsung kemahiran seni dan daya imaginasi
kanak-kanak semakin tinggi dan kemahiran mereka turut semakin tajam dan pastinya
melalui daya imaginasi ini boleh tercipta suatu rekaan terbaru lain daripada yang lain
ataupun unik. Jelas terbukti bahawa melalui aktiviti bermain ini, kanak-kanak berjaya
meningkatkan pelbagai kemahiran yang mendorong mereka menjadi seorang kanak-
kanak yang aktif, cerdas, pintar dan sentiasa mempunyai idea kreatif untuk membina
sesuatu yang baru. Bermain sememangnya mempunyai banyak kebaikan sekiranya
bersesuaian dengan usia kanak-kanak dan jenis permainan yang diberikan kepada mereka
mengikut kesesuaian.
14
HBPS2203
6.0.Tindakan susulan untuk penambaikan.
6.1 Penghargaan.
Setiap hasil kerja kanak-kanak perlu diberi penghargaan.Penghargaan berupa kata-kata
pujian,galakan ataupun hadiah. Ini akan memberi dorongan dan peransang kepada kanak-
kanak untuk lebih aktif dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Penghargaan tersebut boleh ditujukan kepada kanak-kanak yang
menunjukkan perkembangan dari segi kognitif,emosi atau 15ocial. Ini boleh dilakukan
sewaktu ‘circle time’,kanak-kanak tersebut boleh diperkenalkan kepada rakan-rakan yang
lain tentang keterampilannya baik dari diri atau hasil kerjanya.
6.2 Peruntukan masa semasa aktiviti bermain ini juga perlu diberikan secukupnya kepada
kanak-kanak. Ini memandangkan kadang-kadang tersebut tidak menyiapkan kerja mereka
setelah masa yang diberikan telah tamat. Guru boleh memberi masa tambahan kepada
murid-murid untuk menyiapkan kerja mereka. Ini penting untuk menggalakkan kanak-
kanak yang lemah dari perkembangan fizikal untuk kognitif agar mereka tidak terasa
tertekan semasa menjalankan aktiviti main konstruktif tersebut.
6.3 Bahan untuk aktiviti main konstruktif ini juga perlu diperbanyakkan dan juga
dipelbagaikan jenisnya. Ini akan menggalakkan lagi penglibatan kanak-kanak dalam
aktiviti bermain. Mereka tidak akan merasa bosan dengan jenis permainan yang sama
saja setiap kali. Akhirnya ini akan membantutkan daya kreativiti kanak-kanak
tersebut.Oleh itu kepelbagaiannya bahan main kontruktif akan menjamin keseronokkan
kanak-kanak untuk bermain dan seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan.
6.4 Guru mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak. Guru memberi
perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak. Ini bermakna guru bukan
bertindak sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Guru mesti ada bersama-
sama dengan kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan
aktiviti belajar melalui bermain mencapai objektif yang diharapkan.
15
HBPS2203
7.0 Kesimpulan
Di peringkat prasekolah,pendidikan lebih tertumpu kepada kesedaran belajar.Segala
aktiviti yang dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses
pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur,terancang dan ada tujuan tertentu.
Unsur mudahubah ataupun ‘fleksible’ semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar
melalui bermain merupakan agenda utama dalam memupuk perkembangan dan
penyuburan kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang. Oleh itu, guru-guru
prasekolah perlulah merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam
suasana yang selesa,sihat dan gembira.Menerusi permainan,kanak-kanak dapat menyiasat
benda-benda,merekacipta,meruntuh dan membina. Selain itu,secara tidak langsung
kanak-kanak mempelajari pelbagai kemahiran seperti kemahiran 16ocial,emosi bahasa
dan berfikir secara kreatif disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.
3274 patah perkataan
RUJUKAN
Panduan Kurikulum Prasekolah,Prof.Madya Dr.Rohani Abdullah,Nani Menon &
Mohd.Sharani Ahamad. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.2001
Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna Jilid 1.Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran
Malaysia,2008.
Norhasyimah Hasyim(2003) Panduan Pendidikan Prasekolah.Malindo
Printers,Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia(1993).Garis Panduan Kurikulum Prasekolah. Pusat
Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur.
Halimah Abdul Rahman.1994.Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah.Kuala
Lumpur.Fajar Bakti Sdn.Bhd.
16
HBPS2203
Lampiran:
Lampiran 1
17
HBPS2203
Lampiran 2
18
HBPS2203
Lampiran 3
19
HBPS2203
Lampiran 4
20
HBPS2203
Lampiran 5
21
HBPS2203
22