8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 1/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 1
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI II
TAJUK: TUGASAN 1
GROUP : UPSI05 (A131PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOOR FARILA BINTI OMAR D20112052654 013-4949639
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHD NOOR BIN DAUD
TARIKH SERAH : 28 NOVEMBER 2013
HIBAH DAN WASIAT MENURUT PANDANGAN ULAMAK
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 2/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1 PENDAHULUAN 3
2 HIBAH DALAM ISLAM
2.1 DEFINISI HIBAH 4
2.2 HUKUM HIBAH 4
2.3 RUKUN HIBAH DAN SYARATNYA 6
2.4 PENERIMAAN BARANG
L Q BD
) DALAM HIBAH 8
2.5 PENARIKAN BALIK HIBAH 9
2.6 HUKUM PENARIKAN PEMBATALAN ) HIBAH 13
2.7 KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN 15
2.8 HIBAH KETIKA SAKIT YANG MENYEBABKAN KEMATIAN 16
2.9 HIBAH BERSYARAT 17
3 WASIAT
3.1 DEFINISI WASIAT 20
3.2 PENSYARIATAN WASIAT 21
3.3 HUKUM WASIAT 25
3.4 RUKUN DAN SYARAT WASIAT 26
3.5 JENIS-JENIS WASIAT 28
3.6 KADAR HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN 30
3 7 PENDAPAT JUMHUR ULAMA DAN FUQAHA’
30
3.8 WASIAT KEPADA WARIS 31
3.9 PEMBATALAN WASIAT 32
4 KESIMPULAN 34
5 BIBLIOGRAFI 36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 3/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 3
1.0 PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang sempurna yang telah menentukan cara-cara pemilikan
harta yang sah menurut hukum syarak seperti pemilikan melalui hibah, wasiat, wakaf
serta faraid. Menurut Mohd Zamro (2006,) pemilikan harta oleh seseorang individu
melalui salah satu cara tersebut telah diiktiraf oleh Islam sebagai hak milik sempurna.
Dengan demikian, hak milik tersebut tidak boleh dilucutkan oleh sesiapa pun tanpa
persetujuan dari pemiliknya melainkan dengan cara yang dibenarkan. Justeru itu, ia
adalah pengiktirafan kepada hak milik yang diberikan, oleh itu mereka layak
melaksanakan apa-apa tranksaksi berkaitan harta tersebut termasuklah melakukan
pindah milik, wakaf, wasiat dan hibah. Selain daripada itu, mereka juga berhak
mewariskan harta tersebut selepas kematian sebagai harta pusaka.
Pengurusan harta yang benar-benar menepati syara‟ amat diperlukan sebagai
menjamin dan memastikan harta beredar dan bergerak cergas di dalam berbagai-bagai
sektor kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan penggunaannya
secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syarak.
Dalam masa yang sama juga, ia dapat memberi galakan kepada muamalah
kehartaan hingga dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga
dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil.
Pembekuan atau monopoli harta oleh beberapa pihak tertentu sahaja adalah
suatu keadaan yang ditolak oleh Islam kerana akan menimbulkan berbagai-bagai gejala
negatif dan bencana ke atas masyarakat dan negara. Dengan perhatian wajar dari
sistem pentadbiran harta menurut Islam, peredaran harta akan berlaku secara sihat dan
harmoni. Maka dengan sendirinya, nilai yang ada pada harta itu dapat dimaksimumkan
melalui penggunaan terus atau pelaburan. Keadaan ini sudah tentu dapat meningkatkan
taraf hidup umat Islam atau negara mereka.
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 4/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 4
2.0 HIBAH DALAM ISLAM
2.1 DEFINISI HIBAH
Hibah dari segi bahasa adalah hadiah atau sedekah. Dari segi istilah syarak
pula adalah bermaksud memindahkan milik tanpa perlu menukar ganti. Dalam erti
lain, hibah ialah pemberian harta yang dilakukan oleh pemberi kepada penerima
semasa hidupnya tanpa mengharapkan balasan.1 Secara lebih khusus, hibah ialah
satu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain
tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala
di akhirat dan memuliakan seseorang dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul
atau seumpamanya.
Hibah merupakan satu komponen penting yang perlu dimasukkan dan
diaplikasikan dalam perancangan kewangan harta. Dalam perancangan kewangan
konvensional, hibah tidak dimasukkan sebagai salah satu komponen perancangan
kewangan harta kerana matlamat tidak mengarahkan kepada membuat kebajikan.
Jadi segala perancangan hanya dilakukan berdasarkan kemahuan yang diingini. 2
Berdasarkan huraian definisi di atas, dapat dirumuskan cirri-ciri hibah adalah:
i. suatu akad pemberian hak milik harta kepada sesuatu pihak.
ii. harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukan hutang atau manfaat.
iii. akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan(iwad).
iv. ia dibuat dengan sukarela
v. akad yang dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan
seseorang tertentu.
1 Abdullah Alwi b Hj Hassan.2005. Teori & Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di
Malaysia. Hlmn 272 Abdullah Alwi b Hj Hassan.2005. Teori & Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di
Malaysia. Hlmn 28
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 5/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 5
2.2 HUKUM HIBAH
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan sunat yang digalakkan dalam Islam
terutamanya kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini berdasarkan kepada Al Quran,
Al Sunnah dan ijmak.
Antara ayat al Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah dalam surah Al
Nisa ayat 4, Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin
mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah
(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya.3
Selain ayat di atas terdapat ayat lain yang menerangkan hibah seperti dalam surah Al
Baqarah ayat 177. Firman Allah S.W.T :
3 Al Quran Al Karim
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 6/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 6
maksudnya; Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak
timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari
akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya
seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-
anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan
kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan
mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatanorang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan
ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa
kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-
orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.4
Dalam surah ali imran ayat 92 , firman Allah S.W.T ;
4 Al Quran al Karim
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 7/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 7
Maksudnya ; Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan
kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu
sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah
mengetahuinya.5
2.3 RUKUN HIBAH DAN SYARATNYA6
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa hibah mempunyai rukun dan syarat
yang perlu dipenuhi sehingga hibah itu dianggap sah dan berlaku hukumnya. Menurut
Ibnu Rusyd, rukun hibah ada tiga:
orang yang menghibahkan (al-wahib);
orang yang menerima hibah (al-mauhub lah);
pemberiannya (al-hibah).
Manakala menurut Abd al-Rahman al-Jaziri. bahwa rukun hibah ada tiga :
„ Aiqid (orang yang memberikan dan orang yang diberi) atau wahib dan mauhub
lah;
mauhub (barang yang diberikan) harta;
shighat atau ijab dan qabul.
Menurut Ulama Hanafiyah pula rukun hibah ialah ijab (ungkapan penyerahan/pemberian harta),
qabul (ungkapan penerimaan)
qabd (harta itu dapat dikuasai langsung).
Seterusnya Jumhur Ulama mengemukakan bahwa rukun hibah itu ada empat, iaitu
orang yang menghibahkan,
harta yang dihibahkan,
lafaz hibah,
orang yang menerima hibah.
Sebagai kesimpulan hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan
syarat seperti berikut:
5 Al Quran al Karim
6 Syaikh Muhammad. Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 8/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 8
i. Pemberi hibah ( al wahid )
Pemberi hibah hendaklah seorang yang sempurna akal, baligh, dan rushd.
Pemberi hibah juga adalah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana
pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had
kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk orang bukan Islam,
asalkan tidak melanggar hukum syarak.7
ii. Penerima hibah ( al mawh ublahu )
Penerima boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan mempunyai keupayaan
memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima
hibah bukan mukallaf seperti belum baligh atau kurang upaya, hibah boleh
diberikan kepada wali atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah
mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya.
iii. Barang atau harta yang dihibahkan
Barang atau harta yang dihibahkan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
barang atau harta yang halal
barangan atau harta yang memounyai nilai di sisi syarak.
barang atau harta tersebut mestilah milik pemberi hibah.
ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. sebagai contoh, tidak sah
hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak kambing
yang masih dalam kandungan.
harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak
boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang
tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali,
hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan
adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar boleh
dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam. 8
iv. Sighah iaitu Ijab dan Kabul
7 Hasbiyallah.2006. Fikih.jilid2. hlmn 66
8 Hasbiyallah.2006. Fikih. jilid2. hlmn 67
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 9/36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 10/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 10
penerima hibah mestilah baligh dan berakal.12 Sekiranya penerima hibah
masih kanak-kanak atau tidak sempurna akal, pemegang amanah atau
wali berhak menerima hibah di pihaknya.
Cara penerimaan barang (al qabd) adalah berbeza-beza mengikut, jenis harta
sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al qabd boleh berlaku
dengan cara mengososngkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap
harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya. Manakala harta alih pula,
al qabd boleh dilakukan dengan cara mengambil dan memindah atau mengasingkan
harta tersebut dengan harta- harta lain.
2.5 PENARIKAN BALIK HIBAH
2.5.1 Penarikan Balik Hibah Sebelum Qabd
Fuqaha berselisih pendapat tentang hukum penarikan balik hibah sebelum qabd
iaitu :
i. Mazhab Hanafi, Shafie Imamiyyah, Zaidiyyah dan satu riwayat daripada
mazhab hanbali mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.13 Mereka
berhujah berdasarkan ijmak para sahabat Rasulullah S.A.W yang
mengharuskan penarikan balik sebelum qabd.14 Dan ia dikatakan lagi dengan
hujah-hujah yang dikemukakan sebelum ini dalam masalah keperluan qabd
dalam akad hibah.
ii. Mazhab Maliki dan Zahiri tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum
qabd. Mereka berhujah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al Maidah
ayat 1 :
Maksudnya; “ Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakan lah
perjanjian- perjanjian..”
12 Mustafa Khin. 2006M. Al Fiqh Al Manhaji ala Mazahib Imam Al Syafie. jild3 . Damsyik: Dar al
Qalam. Hlmn 113-114.13
Hassan 2004:6914
Ibn Qudamah Hlmn 247.
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 11/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 11
Akad hibah berlaku apabila menyebut lafaz ijab dan qabul dari pemberi dan
penerima sehingga memberi kesan kewajipan menunaikan janji yang telah
diakadkan tanpa perlu kepada qabd. Mereka juga menggunakan logik akal
yang tidak perlu kepada qabd sebagai syarat sah sesuatu akad.
iii. Mazhab Hanbali daripada riwayat yang lain mengharuskan penarikan balik
hibah sebelum qabd sekiranya barang yang dihibahkan itu berbentuk barang
yang disukat atau ditimbang. Namun sekiranya barang yang dihibah itu tidak
boleh disukat atau ditimbang tidak harus menarik balik hibah tersebut sebelum
berlakunya qabd.
2.5.2 Penarikan Balik Hibah Selepas Qabd
Penarikan balik hibah yang telah sempurna dengan qabd oleh penerima hibah selain
daripada hibah seseorang bapa kepada anaknya juga telah menjadi perselisihan
fuqaha tentang keharusan. Perselisishan tersebut terbahagi kepada 3 pendapat ;
i. Pendapat pertama
Pendapat ini merupakan pendapat mazhab Shafie , Hanbali, Abu Tahuari, Ibn
Hazm, Daud al Zahiry dan sahabat-sahabatnya . Mereka berpendapat
bahawa hibah yang telah sempurna tidak harus bagi pemberi hibah menarik
balik hibahnya. Mereka berhujah dengan dalil berikut :
Maksudnya; “ Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakan lah
perjanjian- perjanjian..”
Hibah merupakan akad yang wajib ditunaikan dan tidak harus ditarik balik.
ii. Pendapat Kedua
Pendapat Mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaydiyyah bahawa sekiranya hibah
itu diberikan kepada ajnabi dan telah sempurna pemberiannya dengan qabd oleh
penerima hibah maka tidak terhalang pemberi hibah daripaada menarik balik
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 12/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 12
hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara
yang menghalang penarikan balik hibah. Sungguh pun begitu menurut mazhab
Hanafi ia makruh dan tidak digalakkan.
iii. Pendapat Ketiga
Pendapat ini adalah pendapat Al Nakhaei , al Tahuri dan Ishak bahawa hibah
boleh ditarik balik sekiranya diberikan kepada selain dari kaum kerabat dan
hibah yang tiada syarat balasan walaupun telah sempurna penyerahan
hibah.Mereka berhujag berdasarkan athar saidina Umar yang bermaksud:
“ sesiapa yang member hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengannya dalah harus dan sesiapa yang member hibah kepada
selain daripada yang mempunyai hubungan keluarga dengan dia lebih berhak
ke atas hibah itu kerana tidak mendapat apa-apa ganjaran daripadanya.
Berdasarkan athar di atas, tidak harus menarik balik pemberian hibah kepada
seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan sama ada boleh dikahwini
atau pun tidak dengan tidak mengkhususkan kepada keluarga yang boleh
dikahwini sahaja.
2.5.3 Perkara-Perkara Yang Menghalang Penarikan Balik Hibah Menurut Mazhab
Hanafi. 15
Berlaku pertambahan yang tidak boleh dipisahkan pada barang yang dihibah
sama ada disebabkan perbuatan penerima hibah atau orang lain. Sebagai
contoh penerima hibah menambah binaan baru ke atas rumah yang dihibahkan
kepadanya.16 Pertambahan tersebut tidak termasuk pertambahan nilai kerana
pertambahan nilai tidak menjejaskan barang yang dihibah kekal pada bentuk
asalnya. Begitu juga pertambahan berasingan atau sesuatu yang boleh
diasingkan daripada barang asal yang dihibahkan . Contohnya buah dari kebun
15 Muhammad Husni 1994, hlmn 100
16 Al Zuhayli 1989, hlmn 31
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 13/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 13
yang dihibahkan kerana pemberi hibah boleh menarik balik hibah kebun
tersebut manakala buah hasil kebun menjadi milik penerima hibah.
Kematian salah seorang daripada dua orang yang berakad hibah selepas
berlaku penyerahan . Ini kerana sekiranya penerima hibah meninggal dunia
barang yang dihibah akan menjadi milik ahli warisnya. begitu juga sekiranya
pemberi hibah meninggal dunia, maka ahli warisnya tiada hak untuk menarik
balik hibah tersebut.17
Wujud syarat pertukaran atau balasan. Penerima hibah menggantikan hibah
yang telah diberikan oleh pemberi hibah dengan sesuatu balasan sebagaimana
yang disyaratkan oleh pemberi hibah.18
Penerima hibah telah menjalankan urus niaga terhadap harta yang dihibah dan
ia bukan menjadi milik pemberi hibah. Contohnya penerima hibah pertama telah
menghibahkan harta tersebut kepada penerima hibah yang kedua,
menyebabkan pemberi hibah pertama terhalang dari menarik balik hibahnya.
Namun , jika penerima hibah pertama telah menarik balik hibah tersebut
daripa penerima hibah kedua , maka pemberi hibah pertama boleh menarik balik
hibahnya daripada penerima hibah pertama.
Hibah yang dibuat oleh suami isteri kerana tujuan hibah adalah dasar atas kasih
saiang tanpa mengharapkan balasan berbanding hibah kepada orang lain.
Pemberian hibah itu hendaklah berlaku ketika pasangan dalam ikatan
perkahwinan dan tidak boleh menarik balik hibah tersebut walaupun telah
bercerai.19 Walau bagaimanapun, jika seorang lelaki menghibahkan sesuatu
kepada seorang perempuan kemudia mereka berkahwin, suami itu berhak
untuk menarik balik hibah yang berlaku sebelum perkahwinan.
17 Al Qadiri 1997, hlmn 494
18 Al Qadiri 1997, hlmn 497
19 AlQadiri 1997 hlmn 499-500
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 14/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 14
Pemberian hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan
yang diharamkan berkahwin. Halangan penarikan balik hibah ini disebabkan
tujuan pemberian hibah tersebut adalah untuk merapatkan hubungan silatur
rahim sesame mereka. 20
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Samrah bahawa Nabi Muhammad
SAW bersabda yang bermaksud :
“ Sekiranya hibah diberikan kepada kerabat kamu yang tidak boleh dikahwini ia
tidak boleh di tarik balik.”
Harta hibah yang rosaka dan hilang manafaatnya. Tidak boleh menarik balik
hibah dengan nilai barang yang telah rosak kerana nilai barang yang dihibahkan
tidak disebut ketika berakad dan penerimaan hibah tidak dikenakan gantian.21
2.6 HUKUM PENARIKAN (PEMBATALAN) HIBAH
Menurut Mohd Zamroo Muda 2009, apabila sempurna sesuatu akad dengan
memenuhi rukun dan syarat serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al qabd)
harta tersebut menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan („iwad). Namun
begitu, terdapat perselisihan dikalangan fuqaha‟ dalam pembatalan dan penarikan
hibah.
2.6.1 Berikut Antara Pendapat- Pendapat Ulamak Dan Fuqaha Tersebut:
I. Menurut pendapat Mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh
menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah
tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd ), kecuali jika hibah itu
dibuat dengan balasan (‟iwad).
II. Menurut pendapat Mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab
Maliki penarikan hibah berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul . Tetapi
20 Innas Abbas Ibrahim hlmn 91
21 Al Zuhayli 1989 :31
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 15/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 15
apabila disertakan dengan penyerahan dan penerimaan barang , hibah
berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (
termasuk ibu, datuk nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama
mana harta tersebut tidak ada kaitan dengan orang lain.
III. Menurut pendapat Imam Ahmad dan Mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak
boleh menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa termasuk
juga ibu, datuk nenek dan usul yang lain kepada anak-anaknya.22
Bukti ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“ Orang yang menarik balik hibahnya sama sepert i anj ing yang memakan
balik muntahnya..” Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Rumusannya , para fuqaha‟ bersetuju dengan keharusan pembatalan hibah sekiranya ia
dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui
keputusan hakim.
2.7 KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN
Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak
dihibahkan. Keadaan ini berlaku kerana harta yang hendak dihibahkan adalah harta
milik pemberi hibah. Oleh itu terpulanglah kepada pemberi hibah membuat
pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam
menggalakkan hibah diberikan secara adil, terutamanya terhadap anak-anak.
2.7.1 Pendapat Jumhur Ulamak
Menurut pendapat jumhur ulamak bahawa sunat menyamakan pemberian di
antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka
adalah makruh hukumnya walaupun pemberian itu sah.23
22 Hadji Abdoerraoef. 1970. al Quran dan ilmu Hukum. Hlmn 111
23 al Damiri 2004, hlm 556-557
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 16/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 16
Bagi Abu Yusuf , melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-
anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-
anak yang lain. sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, menjadi kewajpan mereka
menyamakan pemberian tersebut. 24
Manakala Mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak
merupakan perkara wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi hibah
kepada semua harta sesetengah anaknya dan tidak kepada orang lain.
Menurut pendapat Hanafi , Syafie, Maliki dan Abu Yusuf , cara pemberian
harta yang adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan
pemberian tersebut tanpa membezakan di antara anak lelaki dan perempuan.25
Manakala Hanbali dan Muhammad Bin Hassan al Shaybani berpendapat, keadilan
yang dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar dalam pembahagian harta
pusaka iaitu bahagian lelaki menyamai dua bahagian perempuan.
2.8 HIBAH KETIKA SAKIT YANG MENYEBABKAN KEMATIAN.
Syarat- syarat diperlukan bagi menentukan marad al mawt ataupun hibah ketika sakit
yang boleh menyebabkan kematian.
2.8.1 Syarat-syaratnya ialah
i. penyakit yang boleh menyebabkan kematian
ii. penyakit itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati.
iii. terdapat tanda-tanda luar yang menunjukkan bahawa penyakit itu berat.26
2.8.2 Ciri-ciri marad al mawt ialah:
i. sesuatu penyakit itu yang menyebabkan kematian.
ii. kematian yang diakibatkan oleh sesuatu penyakit itu berlaku dalam masa satu
tahunatau selepas satu tahun (dalam keadaan penyakit itu bertambah berat).
24 Inas 1993. hlm 92
25 al Damiri 2004, hlm 558
26 Mohd Zamro, Instrumen hibah dan wasiat.Hlmn 6.
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 17/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 17
iii. sesuatu penyakit itu boleh melupakan dan melalaikan seseorang pesakit
daripada kepentingan yang bersifat keduniaan.27
Hibah ketika marad al mawt ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang yang sakit
tenat hingga membawa kepada kematian. Dalam undang-undang Islam pemberian itu
melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang hibah dan wasiat. Sekiranya
pemberi hibah menemui ajal dengan lafaz pemberian itu, maka pemberian tersebut
adalah sama pemberian melalui wasiat dan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:
1. pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati
2. pemberian itu tidak diberikan kepada si waris kecuali waris-waris lain
bersetuju.28
Walau bagaimanapun, jika pemberi hibah tersebut itu hidup dengan itu pemberian
termasuk di dalam hukum hibah dan tertakluk kepoada hukum pemberian semasa
hidup iaitu penyerahan hak pemunyaan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah.
Oleh itu, dalam Majallah al Ahkam al‟Adliyyah telah menerangkan beberapa perkara
yang berkaitan hibah ketika marad al –Mawt
i. Apabila seseorang yang tidak mempunyai waris menghibahkan semua hartanya
kepada seseorang pada masa marad al mawt, kemudian pemberian itu diterima
maka hibah itu hukumnya adalah sah.( Perkara 877).
ii. Apabila seseorang suami menghibahkan semua hartanya kepada isterinya atau
sebaliknya pada masa marad al mawt dan hibah itu diterima, sedangkan mereka
tidak mempunyai waris lain , dengan demikian hibah tersebut adalah sah dan
baitulmal tidak boleh campurtangan dalam harta peniggalannya (Perkara 878).
27 perkara 1595 Majallah al- Ahkam al- ‘Adliyyah
28 Muhammad al-Zuhayli.2001. Al Faraid wa al-Mawarith wa al wasaya. Beirut: dar al Kalam al
Tayyib.
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 18/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 18
iii. Apabila seseorang telah menghibahkan sesuatu harta kepada salah seorang
daripada waris pada masa marad al mawt dan selapas kematiannya waris-waris
lain tidak bersetuju dengan hibah tersebut tidak sah (Perkara 879).
2.9 HIBAH BERSYARAT (AL-‘UMRA DAN AL-RUQBA)
Al umra adalah pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi
hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al
„umra juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada
hayat salah seorang sama ada pemberi hibah dan penerima hibah. Sekiranya
penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan dikembalikan kepada
pemberi hibah. Sekiranya pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan
dikembalikan kepada waris pemberi hibah.
Contoh lafaz hibah al - „umra :
pemberi hibah berkata ; “ tanah ini aku b erikan (hibahkan) kepada kamu
semasa kamu hid up dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku,
j ika ak u mas ih h idup dan kepad a war is ak u jika ak u tel ah mat i ”.
Manakala al Ruqba ialah pemberian dengan bersyarat kematian salah satu pihak
sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah
satu pihak yang hidup. Al Ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang
ditentukan oleh pemberi hibah , di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah
sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia
sebelum pemberi hibah, harta hibah tersebut akan kembali kepada pemberi hibah.
Contoh lafaz hibah al-Ruqba :
Pemberi hibah berkata; “ tanah ini aku b erikan kepada kamu sebagai ruqba
dan jika kamu m ati dulu m aka harta itu kembali kepada aku dan jika aku
mati dulu maka harta itu untuk kamu.”
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 19/36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 20/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 20
hibah „umra dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis
Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
“ janganlah kamu memberi hibah sama ada secar a „umra atau ruqba.”
Manakala mazhab yang mengharuskan hibah „umra dan hibah ruqba pula
berhujah dengan hadis ini yang bermaksud;
“ (Hibah) „umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka.”
3.0 WASIAT DALAM ISLAM
3.1 DEFINISI WASIAT
Dari segi bahasa, wasiat berasal daripada perkataan wassa yang beerti
memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati.
Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat
wassa yang beerti menghubungkan atau menyampaikan. Ini bermaksud
menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang
semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.29
Manakala wasiat dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh
seseorang kepada orang lain setelah meninggal dunia sam ada perkataan wasiat
itu diucap atau tidak. Menurut Mazhab shafie, wasiat ialah pemberian satu hak
yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada
dengan menggunakan lafaz atau tidak. 30
Menurut Abdul Karim Zaydan pula, wasiat ialah member milik kepada seseorang
secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada benda atau
manafaat. Ada juga fuqaha‟ yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh
seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda , hutang atau manafaat untuk
dimilki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.
29 Mohd Zamro. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam. Instrumen Hibah dan Wasiat. hlmn 13
30 Mohd Zamro. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam. Instrumen Hibah dan Wasiat. hlmn 13
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 21/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 21
Dalam Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah
ikrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat
untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang
dibenarkan hukum syarak selepas dia mati.31
Manakala dalam seksyen 2(1), Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan
2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 mendefinisikan wasiat ialah iqrar
seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya,
untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan
menurut hukum syarak selepas dia mati.32
3.2 PENSYARIATAN WASIAT
Wasiat disyariatkan melalui nas Al Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak.
Pada peringkat permulaan Islam, seseorang diperintahkan berwasiat kepada ibu bapa
dan kaum kerabat yangterdekat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al
Baqarah ayat 180 :
maksudnya; “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang yang bertaqwa.” 33
Walau bagaimanapun, kebanyakkan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar,
Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat
bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan dengan turunnya aya-ayat al Mawarith iaitu
ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telahditetapkan ke atas waris –waris dalam pembahagian harta pusaka.34
Firman Allah dalam surah al- Nisa‟ ayat 176 :
31 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999.
32 Enakmen Wasiat Orang Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan.
33 Al Quran al Karim
34 Al Quran al Karim
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 22/36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 23/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 23
Maksudnya; “ Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk)
anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang
anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu.
Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta
yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak
mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang
saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu)
ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah
dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang
diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” 36
Firman Allah SWT dalam surah al Nisa ayat 12 :
36 Al Quran al Karim
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 24/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 24
Maksudnya; “Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri
kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka
kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan
wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak
mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-
isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan
wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati
yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan
ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka
(saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu
pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan
wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat
yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap
satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Penyabar.” 37
37 Al Quran al Karim
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 25/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 25
Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu
menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (sunat) masih kekal dan sebaik-baik wasiat
itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat
harta pusaka.
Firman Allah SWT dalam surah al Ma‟idah ayat 106 :
Maksudnya; “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu
hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua
orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan
kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang
membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah)
kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh)
bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual
sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum
kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi
(sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya)
tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa" 38
Terdapat juga hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat .
Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud;
38 Al Quran al Karim
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 26/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 26
“ Tiada hak ( patut) bagi seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh
diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis disisinya. ” 39
Dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“ sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan
yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan
bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosa yang diampunkan.” 40
Dari segi ijmak , telah berlaku ijmak di kalangan para fuqaha‟ Islam semenjak
zaman sahabat bahawa wasiat adalah harus dan tidak pula diriwayatkan bahawa ada di
kalangan mereka menolak.41
3.4 HUKUM WASIAT
Mengikut pendapat mazhab sunni yang empat dan al- Zaidiyyah bahawa
sesungguhnya wasiat itu tidak difardukan ke atas setiap orang yang mempunayi harta
dan tidak juga difardukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi
waris akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan – keadaan tertentu
contohnya seperti berikut:
Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang dilaksanakan seperti zakat dan
haji serta dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu
juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak
dikenali oleh orang lain.
sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan
mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga wasiat kepada orang
miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.
Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana
mereka bukan golongan yang berilmu dan beramal soleh.
Makruh - jika pewasiat kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai
serta memerlukan harta.
39 Riwayat Bukhari dan Muslim
40 Riwayat Ibn Majjah
41 Eksiklopedia Imam Syafie. Biografi dan Pemikiran Mazhab Fiqih Terbesar.
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 27/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 27
Haram – jika berwasiat kepada perkara yang haram.42
3.4 RUKUN DAN SYARAT WASIAT.
Wasiat mempunyai rukun dan syarat . Syarat-syarat dan rukunnya ialah:
i. Pewasiat ( Musi )
Pewasiat hendaklah
seorang yang mukallaf( baligh dan berakal),
merdeka
dengan pilihan sendiri
pemilik kepada harta yang diwasiatkan. 43
Menurut Seksyen 6, Enakmen Wsaiat orang Islam Selangor 1999, Enakmen
Wasiat Orang Islam Melaka 2005, dan Enakmen wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004 memperuntukan bahawa seseorang pewasiat hendaklah telah
mencapai umur 18 tahun, sempurna akal, bertindak dengan sukarela dan tidak
dipaksa serta tidak dilarang daripada mengurus hartanya.
ii. Penerima Wasiat ( Musa Lahu )
Penerima wasiat hendaklah diketahui , wujud pada masa kematian pewasiat,
berkeahlian memiliki harta dan bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama‟
(Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali).44
Penerima wasiat juga boleh terdiri daripada golongan fakir miskin, ulamak,
masjid, sekolah dan sebagainya yang berbentuk umum dan tidak dikhususkan
tetapi wasiat tersebut bukanlah bertujuan maksiat. 45
iii. Harta yang diwasiatkan ( Musa Bini).
Harta yang diwasiatkan sama ada harta alih atau tidak alih atau manafaat yang
bernilai disisi syarak, boleh dipindahkan milik selepas kematian pewasiat dan
wujud dalam milikan pewasiat atau wujud semasa kematian pewasiat.46
iv. Sighah (Ijab dan Qabul)47
42 Jurnal Syariah . Jilid 5. Hlmn 65
43 Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.
Hlm 13444
Abdul Rashid Abd Latif.1986. Wasiat Dalam Islam: Pengertian dan Kedudukannya.45
Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.
Hlm 13446
Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.
Hlm 135
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 28/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 28
Sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih atau kinayah dan sama ada
melalui lisan, tulisan dan syarat. Antara syarat sighah ialah:
Qabul atau penerimaan dianggap sah jika dibuat selepas kematian pemberi
wasiat. Penerimaan atau penolakkan yang dibuat semasa hidup pemberi wasiat
tidak dikira.
Penerimaan oleh penerima wasiat tidak disyaratkan dengan segera apabila telah
berlaku kematian pemberi wasiat.
sesuatu wasiat itu tidak memerlukan penerimaan sekiranya ia untuk pihak yang
umum yang tidak ditentukan seperti wasiat untuk fakir miskin dan ulama‟.
Jika wasiat itu untuk seseorang yang khusus atau orang-orang yang tertentu
yang terhad bilangannya maka disyaratkan penerimaan atau persetujuan
penerima wasiat sebagai bukti penerimaan kerana ada kemungkinan penerima
wasiat menolak wasiat tersebut. Jika berlaku penolakan daripada penerima
wasiat, wasiat itu terbatal.
pewasiat boleh meletakkan syarat dalam wasiatnya tetapi hendaklah tidak
menyalahi syarak. pemberi wasiat boleh berwasiat kepada bayi yang msih
dalam kandungan dengan syarat bayi tersebut lahir pada masa wasiat itu dibuat.
Sekiranya penerima wasiat meniggal dunia selepas pewasiat tetapi belum
sempat menyatakan penerimaan atau menolak wasiat tersebut, waris penerima
wasiat boleh menerima wasiat atau menolaknya.48
3.5 JENIS WASIAT49
Terdapat empat jenis wasiat :
1. Wasiat Mutlak
Wasiat ini ialah wasiat yang dilakukan dengan bebas atau tidak terikat dengan
syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas harta yang diwasiatkan yang
mungkin diletakkan oleh pemberi wasiat. Oleh itu, mazhab Syafie dan Hanbali
berpendapat kesan daripada wasiat ini ialah ia akan berkuatkuasa selama-
lamanya.
47 Abdul Rashid Abd Latif.1986. Wasiat Dalam Islam: Pengertian dan Kedudukannya.
48 Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.
Hlm 13649
Syaikh Muhammad. Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 29/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 29
2. Wasiat Bersyarat
Wasiat bersyarat ialah wasiat yang mengandungi syarat-syarat tertentu yang
dikenakan oleh pewasiat. Para fuqaha’ mempunyai pendapat yang sama
bahawa sah syarat-syarat diletakkan dalam wasiat asalkan ia tidak
menyalahi syarak sama ada dari sudut harta, tujuan atau cara mengerjakan
syarat-syarat yang dikenakan dan hendaklah wasiat itu membawa
kebaikan kepada penerima, pewasiat atau selainnnya. Oleh itu, wasiat yang
mempunyai syarat-syarat yang sama akan mengikat penerima dan terpulang
kepada penerima wasiat sama ada menerima wasiat yang berserta syarat-
syaratnya atau menolak wasiat tersebut. Sekiranya syarat-syarat terkandung di
dalam wasiat bersyarat ini adalah sah disisi syarak tetapi tidak dipenuhi oleh
penerima wasiat maka kesannya ialah wasiat menjadi batal.
3. Wasiat Am
Wasiat am pula adalah wasiat yang dibuat berbentuk umum seperti penduduk
sebuah kampung atau bandar. Wasiat berbentuk am ini adalah merangkumi
kesemua ahli penduduk tempat tersebut sama ada Islam ataupun kafir.
Terdapat perbezaan di kalangan fuqaha’ mazhab Hanafi, Abu Yusuf yang
mengatakan adalah memadai sekiranya wasiat itu diberikan kepada
seorang daripada kumpulan yang ramai. Manakala Muhammad Hassan al-
Shaybani menyatakan hendaklah sekurang-kurangnya diberikan kepada
dua orang daripada mereka.
4. Wasiat Khas
Wasiat khas adalah wasiat yang dikhususkan untuk pihak tertentu.
Terdapat kemungkinan pewasiat dalam berwasiat kepada seseorang yang
tertentu membuat perbandingan kadar yang hendak diwasiatkan dengan kadar
yang sepatutnya diterima oleh salah seorang waris pewasiat.
Sebagai contoh pemberian kepada seseorang dengan kadar yang sama
banyak dengan anak lelakinya. Untuk kes seperti ini, perlu memastikan pewasiat
ada meninggalkan anak atau tidak, jantina anak dan jumlah anaknya.
Merujuk kepada kes yang diulas di atas, menurut pendapat Imam
Syafie, Imam Hanafi, al-Sha’bi, al-Nakha’I dan al-Tahwri sekiranya pewasiat
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 30/36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 31/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 31
3.7 PENDAPAT JUMHUR ULAMA/ FUQAHA’ MENGENAI KADAR HARTA YANG
DIWASIATKAN
Terdapat beberapa perselisihan pendapat di kalangan ulamak dan fuqaha mengenai
kadar harta yang diwasiatkan.
Mazhab Syafie , Hanafi dan Hanbali:
Pewasiat tidak disyaratkan mengetahui kadar sebenar harta yang ada pada
masa ia melakukan wasiat kerana harta yang sebenar yang diambil kira adalah
harta yang ada pada waktu kematiannya.
Wasiat yang tidak dijelaskan kadar sebenar yang sepatutnya diterima oleh
penerima wasiat dan gagal mendapat penjelasan yang sebenar daripada
kenyataan pewasiat ditentukan oleh waris-waris untuk menentukan kadar yang
sebenar.
Pendapat Qatadah
Sebaik-baik wasiat adalah dengan akdar 1/5 bahagian harta dan dipersetujui
oleh ahli-ahli fiqh Basrah.
Al-Sha’bi
Kebanyakkan ulama cenderung dengan kadar ¼ dan 1/5 bahagian harta sahaja.
3.8 WASIAT KEPADA WARIS
Waris adalah orang yang berhak mendapat harta pusaka si mati sama ada terdiri
daripada waris ashab al-furud atau „asabah. seksyen 2(1) Enakmen wasiat Orang
Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005, dan enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri Sembilan 2004 mentafsirkan waris ialah seorang yang mempunyai
hak mewarisi harta pusaka menurut hukum syarak.
Waris sebagai penerima wasiat mestilah menjadi waris ketika kematian pewasiat
bukan ketika wasiat dibuat. Oleh yang demikian, seseorang mewasiatkan sebahagian
hartanya kepada saudaranya ketika beliau tidak mempuyai anak kemudian beliau
mendapat anak lelaki sebelum meninggal dunia, maka wasiat tersebut adalah sah.51
51 Syaikh Muhammad.Panduan Hibah Wakaf dan wasiat. Hlmn 234
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 32/36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 33/36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 34/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 34
vi. Penerima Wasiat Meninggal Dunia Sebelum Pewasiat.
Keempat-empat mazhab sunni bersependapat bahawa wasiat terbatal
disebabkan kematian penerima wasiat sebelum pewasiat meninggal dunia.
Ini kerana wasiat hanya boleh berlaku seleas kematian pewasiat dan penerima
wasiat menerima wasiat tersebut. Begitu juga, wasiat terbatal jika penerima
wasiat meninggal dunia selepas kamatian pewasiat, sedangkan penerima
wasiat belum menerimanya menurut pendapat jumhur kecuali Mazhab Hanafi.
vii. Penerima Wasiat Membunuh Pewasiat.
Menurut pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali wasiat kepada pembunuh
adalah terbatal, sama ada pembunuhan itu berlaku sebelum berlaku wsaiat
seperti seseorang mencenderakan seseorang lain dengan tujuan membunuhnya,
kemudian sebelum dia meninggal dunia, dia sempat mewasiatkan hartanya
kepada orang yang mencederakannya itu, atau selepas berlakunya wasiat,
walaupun diizinkan oleh waris-waris tetapi wasiat tersebut tetap juga terbatal.
Oleh itu, bentuk pembunuhan yang menyebabkan terbatalnya wasiat menurut
kedua-dua mazhab ini adalah sama seperti halangan pewarisan.
Walau bagaimanapun, mazhab Syafie, Maliki, dan Shiah Imamiyyah
berpendapat bahawa tersebut tidak terbatal walaupun pembunuhan itu secara
sengaja atau bertujuan untuk mempercepatkan kematian pewasiat supaya
mendapat harta yang diwasiatkan itu dengan segera. Ini kerana wasiat
merupakan suatu akad pemilikan sama seperti hibah dan ia berlainan dengan
pewarisan.
viii. Berlaku Kerosakkan Terhadap Harta Yang Diwasiatkan.
wasiat terbatal jika harta yang dinyatakan di dalam wasiat itu rosak sebelum
berlaku penerimaan.56
56 Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat hlmn 297
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 35/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
D20112052654 35
4.0 KESIMPULAN
Pengurusan harta sangat penting dan mempunyai manafaat dan tujuan
kebaikan tetapi malangnya masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini yang
mempunyai kesedaran di tahap yang sederhana untuk membuat perancangan awal
dalam pengagihan harta. Menurut statistik, dianggarkan tunggakan kes tuntutan harta
pusaka di Malaysia telah mencecah RM42 bilion. Kebanyakkan kes tersebut melibatkan
harta milik orang Islam sebanyak 90 peratus. 57
Sebagai penyelesaian, hibah dilihat mampu menjadi alternatif kepada
pengagihan harta pusaka sebagai langkah mengurangkan masalah yang timbul
akibat kegagalan dan kelewatan pengagihan harta melalui faraid tanpa mengetepikan
hukum faraid dalam aspek pembahagian harta.
Selain itu, setiap negeri perlu mewujudkan satu akta atau enakmen hibah orang
islam secara khusus, kemas dan seragam bagi memudahkan sebarang rujukan dibuat
apabila timbul petrsoalan tentang hibah. Hal ini penting sebagai rujukan Mahkamah
Syariah dalam menentukan kesahan sesuatu hibah yang dibuat. 58
Manakala bagi negeri yang belum ada akta atau enakmen wasiat orang islam,
perlulah diwujudkan akta atau enakmen berkenaan sebagai panduan masyarakat Islam
dan Mahkamah Syariah dalam soal yang membabitkan wasiat. Ini adalah bagi
memastikan pembahagian harta yang dilaksanakan menjadi lebih mudah dan dapat
memberikan faedah yang maksima bukan sahaja kepada waris-waris malahan
kepada orang yang telah meninggal dunia.
Seterusnya jawatankuasa fatwa sama ada di peringkat negeri mahupun
kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa yang lebih jelas dan tegas untuk dijadikan garis
panduan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan hibah dan wasiat supaya ia
bersesuaian dengan kehendak semasa di samping menepati hukum syarak.
57 Pengurusan Harta Melalui Hibah. Hlmn 93
58 Mohd Fitri Abdul Rahman . Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Hlmn 110
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 36/36
HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05
BIBLIOGRAFI
Al Quran al Karim
Imam Az Zabidi. 2008H. Ringkasan Sahih Al Bukhari. Indonesia. Bandung
Abdullah Alwi b Hj Hassan.2005. Teori & Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syaikh Muhammad. Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat.
Paizah Hj Ismail dan Ridzwan Ahmad.2000. Fiqh Malaysia: Ke arah Pembinaan Fiqh
Tempatan Yang terkini .. Kuala Lumpur. Alaf 21 Sdn. Bhd
Siti Mashitoh Mahamood.2006. Harta Amanah Orang Islam di Malaysia: Perspektif
Undang-undang dan pentadbiran. Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Mohd Fitri Abdul Rahman . 2004. Bagaimana Mengurus Harta Pusaka.Selangor Darul
Ehsan. Malaysia. PTS Profesional Sdn. Bhd.
Osman Sabran. 2001.Urus Niaga Al Qard al Hassan dalam Pinjaman tanpa Riba. Johor
Bahru. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia
Wan Abdul Wan Harun.2011. Mengurus Harta PUsaka : Asas Pembahagian Harta
Pusaka Cara Faraid. Selangor . Malaysia. PTS Profesional Sdn. Bhd.
Al- Zuhayli, Wahabah. 1409H/1989M. Al Fiqh al- Islamiywa Adillatuh.‟et3. Damsyiq: Dar
Al –Fikr.
Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004.
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999.
Jurnal Mualamalat Bil 3.2010.
Jurnal Hadhari 5(1) 2013 91-104