SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN
PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID-MURID
SIMULASI ialah :• Menjalankan sesuatu aktiviti yang mencerminkan keadaan realiti.
• Melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa dalam suatu keadaan
yang teratur.
• Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi
atau masalah yang timbul.
• Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkankan nya mengikut situasi yang yang dibayangkannya
itu.
KANAK-KANAK VS MAIN-MAIN
• Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan
bermain bagi kanak-kanak kerana dengan bermain kanak-kanak
boleh mengembangkan sifat semula jadi mereka di samping
menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot.
• Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan,
kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar.
• Dengan bermain, terutamanya permainan aktif, seseorang kanak-
kanak dapat belajar mengawal pergerakan dan mengimbang
tubuhnya serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti
sistem pernafasan dan sistem saraf. Dengan cara ini juga kanak-
kanak dapat mengurangkan ketegangan mental.
AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID-MURID
KERUSI MUZIK
CARA PERMAINAN• Susun kerusi dalam bentuk lingkaran bulatan. Pastikan bilangan kerusi kurang satu
daripada bilangan pemain. Contohnya bilangan pemain itu 7 orang dan kerusi yang perlu disediakan ialah 6 buah sahaja.
• Apabila muzik dipasangkan, pemain diminta berjalan dan berpusing mengelilingi kerusi-kerusi yang telah disusun tersebut.
• Mereka akan berhenti dan duduk di atas kerusi-kerusi yang dapat direbutnya sebaik sahaja alunan muzik itu diberhentikan.
• Hanya 6 pemain sahaja yang dapat merebut duduk di kerusi-kerusi yang telah disediakan dan sudah tentu seorang daripada pemain-pemain tersebut terkeluar daripada permainan itu.
• Kemudian muzik terus dimainkan dengan baki 6 orang untuk merebut 5 kerusi pula. Begitulah seterusnya permainan itu berjalan sehingga akhirnya hanya tinggal satu kerusi sahaja dan pemain yang berjaya menduduki kerusi tersebut itu diisytiharkan pemenang.
KESIMPULAN1. Dapat mengukur tahap kecergasan murid.
- aktif dan bersemangat ketika bermain- berusaha untuk duduk di kerusi
2. Menguji tahap kepekaan dan kepantasan murid dalam tindakan.- pantas bertindak, muzik berhenti terus duduk
3. Memupuk semangat tidak putus asa.
Wallahua’alam, sekian terima kasih