8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
1/32
PENGENALAN
SEJARAH SENI VISUAL MALAYSIA
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris
telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu
untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini
disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-
catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang
ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga
abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya
kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura
berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah
bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke
Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam
lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
2/32
Pada mulanya halatuju penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk
mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak
kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan
berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan
ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah
Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng,
Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat
pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di
singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran
pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan
Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur.
Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut
dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan
yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa
kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat
Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan
sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak
dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima
menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima
dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan,
manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan
kewangan.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
3/32
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis
Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan
mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis diMalaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang
pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama
yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai.
SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran
Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan
Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-
lain seni pertukangan rakyat ketika itu.Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah
pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka
dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-
kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab
Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera. Penuntut-penuntut diberi
pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja
kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam
kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya
sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring
bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana
hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk
dan lain-lain daripada tanah liat.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
4/32
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut
Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah
menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada PersatuanPelukis-pelukis Cina. Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan
pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan
Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran
tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan
pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf
Akademi Seni Halus Nanyang. Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun
1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan
berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang
pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi
tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan
Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia
ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy.
Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi
seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal
kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang
kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada tahun
1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran
ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis
bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
5/32
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong
Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas
kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagaiTimbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai
bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai
ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang
pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat
dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-
pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran
ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran
tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang.
Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang
positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum
dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif
telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi
pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew,
pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika
peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu
kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya,
pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun
1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr.
Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang
merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru
Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga
Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau
disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan
Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
6/32
Seni
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni
memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh
faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal initelah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden,
mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan
terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks
penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat
psikologi dan sosiologi.
Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni
ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,
terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai
suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan
untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser
berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa
seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan
rasa estetika (1959: 16).
SENI VISUAL
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
7/32
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk
teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni
reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun
pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan
ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan
pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin
disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan
pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan
itu difahami ataupun digunakan mereka.
Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza
disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem
yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh,
teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan
komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai
maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble
dan Frank, 1999).
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk
seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh,
istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
8/32
merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun
estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni
bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk
kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni
industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap,
multimedia dan animasi.
Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi,
seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan
sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan
ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh,
identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat
dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula
mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang
lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang
tersendiri.
Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik,
bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan
persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas
kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu
bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian
terhadap kerja-kerja seni.
KONSEP DAN KAEDAH SEJARAH SENI VISUAL
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
9/32
1. Maksud Sejarah Seni Visual
Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual
juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabangyang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian
tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan
kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail
atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan,
peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan
karya seni itu.
Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai
pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini,
Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus
terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi
masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut
berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang
Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan
bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu
disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia
(Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner,
1996).
2. Tujuan Sejarah Seni Visual
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
10/32
Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa
masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami
masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusahauntuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni
visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang
menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar
bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain
daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni
Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang
berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang
mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).
3. Kaedah Sejarah Seni Visual
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
11/32
Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau
sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi
asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan denganmengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati.
Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia
dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-
satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?;
bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia
boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?;
bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang
mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa
yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar
dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan
bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha
memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri
kita dengannya.
Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:
"We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees
them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a
later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its
own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost,
for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole
range of previous interpretations." (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).
(b) Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
12/32
(i) Pengertian Kritikan Seni Visual
Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam
bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagaisudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi,
analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni
visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi
khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni.
Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik
menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.
(ii) Tujuan Kritikan Seni Visual
Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik
bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh
membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam
proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik
mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap
apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya.
Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual,
seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil
kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang
yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah
karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan
serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak.
Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi
aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui
karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka
bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik berperanan sebagai
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
13/32
penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas
kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas
serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni
untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994),
pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan
pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai
yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni.
Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai
karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya
berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni
sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah
kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap
melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-
persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan
pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik
boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah
seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk
membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu
karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik
berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan
kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks
kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun.
Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan
suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap
sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh
menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses
penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda,
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
14/32
atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni
lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta
pendekatan yang diambil oleh pengkritik.
Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka
mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu
bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau
khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-
bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun
dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung
bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang
pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi
khalayak secara umumnya.
Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya
yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia
diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali
lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai
komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan
persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki
atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan
kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi
serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-
karya yang baru, baik dan berpotensi.
Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi
pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan
bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
15/32
daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh
memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema,
teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara
tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni
menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan
mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya.
Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka
meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta
perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada
menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah
yang penting lagi berharga.
(iii) Kaedah Kritikan Seni Visual
Pendekatan Kritikan Seni
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
16/32
Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu
ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang terperinci lagi
sistematik dan lazimnya terbit dalam jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah
selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang
menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya
dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis.
Pendekatan jurnalistikpula berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang
terbit dalam surat khabar dan majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk
tatapan umum
Strategi Kritikan Seni
Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi
kefahaman terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan
kandungan. Kebolehan menangani serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini akan
memberi laluan kepada penghasilan kritikan yang lebih bermakna lagi berkesan. Dalam
strategi pertama iaitu diskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal
karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul
data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata,
tajuk, medium, dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara
utama itu.
Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual,
contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan,
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
17/32
dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari
pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. Menerusi strategi ini,
pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya
yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek
buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan
membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran
dan gaya seni, baik yang bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari.
Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan
di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-
gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan
kendiri oleh pengkritik.
Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik.
Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan
memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk
tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang
digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya. Pengetahuan
pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya
kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan
lebih mendalam.
Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya
melakukaninterpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang
mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha
meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses
mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik
membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.
Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai
aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik
yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
18/32
bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi
dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya
bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan
khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat
perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang
berbentuk "formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994).
Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek
keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan
menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud
pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat,
contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.
Pengenalan & Sejarah Seni
Ringkasan Sejarah Seni
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
19/32
Seni Purba atau seni kuno bermula ketika tamadun purba mengembangkan bentuk
bahasa bertulis. Tradisi besar dalam seni rupa mempunyai asas dalam seni salah satu
daripada enam peradaban kuno besar: Mesir Purba, Mesopotamia, Greek, Rom, India,
dan China. Masing-masing mempunyai pusat tamadun awal mengembangkan gaya
yang unik dan khas dalam seni mereka. Kerana kepakaran dan intelektual peradaban
ini, karya seni mereka yang dapat bertahan dan dihantar ke budaya lain untuk
mengembangkan lagi pengaruh mereka.
Sejarah seni visual pula merujuk pada sejarah seni rupa lukisan, patung arca
dan binaan. Istilah ini kadangkala merangkumi teori serta konsep elemen seni, prinsip
seni serta termasuk estetika. Dalam encyclopedia, sejarah seni adalah usaha untuk
kajian seni sepanjang sejarah manusia, mengelompokkan budaya dan masa dengan
ciri khas mereka. Hal ini dilakukan oleh pengkaji seni dengan tujuan mengumpul hasil
maklumat yang boleh dipercayai serta relevan dengan tahap ketemadunan. Sejarah
seni visual bermula dalam sebuah gua di Barat Sepanyol dan Selatan Perancis sekitar
tahun 1800s.m. Terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh orang zaman paleolitik ketika
itu termasuklah lembu, rusa dan kuda sebagai lambang hasil perburuan mereka.
Lukisan mereka dikenali sebagai lukisan catan batu gua, yang menggunakan
pewarna terbaik dari sungai dan lumpur serta dilitupi dengan sejenis garam tahan
mendap yang nampak berkilat. Begitulah lukisan tersebut telah 'dibekukan' sejak sekian
lamanya dan masih baik sehingga kini. Malah, sewaktu lukisan ini dijumpai,tidak ada
http://1.bp.blogspot.com/__TOB4SEyvfI/TA7cc79RlXI/AAAAAAAAAAY/tXpQJPzFhnw/s1600/images.jpg8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
20/32
sebarang kecacatan pun yang terdapat pada dinding tempat lukisan berkenaan. Antara
hasil yang dipersembahkan ialah aktiviti manusia memburu, bercucuk tanam, gambar
hidupan liar, tujuan merekod haiwan ternakan dan sebagai penghias dinding.
Bidang "sejarah seni" dikembangkan di Barat, iaitu banyak menjurus kearah seniarca.Dan pada awalnya dikendalikan secara berperingkat dengan sejarah seni Eropah.
Secara umumnya, selama abad kedua puluh, ianya adalah untuk merekod kegiatan
seni ketemadunan ini lebih luas .
Ianya diperluas meliputi masyarakat dari seluruh dunia, tentang kegiatan seni
yang berlaku dan biasanya cuba untuk menganalisis artifak dan juga dalam hal nilai-
nilai budaya serta estetika. Dengan demikian, sejarah seni sekarang dilihat merangkumi
semua faktor seni visual, dari patung berbentuk wanita iaitu venus of Willendorf di
Eropah Barat kepada patung askar dan sira-sira istana berukiran tangan sejumlah
http://4.bp.blogspot.com/__TOB4SEyvfI/TA7oDyFw_UI/AAAAAAAAAAg/p38v7mtLe-s/s1600/600px-VenusWillendorf.jpg8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
21/32
berpuluh ribu dari Dinasti Tang di China. Sejarah seni arca sering diceritakan sebagai
suatu kronologi karya yang dibuat dalam setiap tamadun di dunia. Dengan demikian
dapat dibingkai sebagai kisah ketemadunan sosiologi budaya yang tinggi. Semakin
dekat sejarawan seni bergerak besar kemungkinan mereka akan mengenalpasti
menyemak kerja mereka sebagai budaya visual , atau sebagai sumbangan untuk
bidang yang berkaitan dengan sejarah seni, seperti antropologi atau arkeologi . Dalam
hal ini, benda seni yang dijumpai dapat disebut sebagai artifak arkeologi seni. Ini dapat
dibuktikan dengan sebuah arca yang hebat oleh pengukir Michaelangelo bertajuk
Laocoon memaparkan elemen-elemen cemas dan pergelutan dewa Zeus yang hebat
bersama anak-anaknya.
Peradaban seni yang wujud pertama kalinya di Barat bermula dengan seni
prasejarah seperti Stonehenge, dan beralih dengan Mesopotamia, kemudian
berkembang menjadi seni Mesir purba, lalu beralih kepada kuno klasik termasuk seni
klasik Greek dan Roman Rom. Dengan penurunan Empayar Rom, percampuran antara
seni Zaman Pertengahan yang berlangsung selama seribu tahun menjadikannya
sebagai satu budaya intelektual yang tinggi tempoh Zaman Pertengahan yang dikuasai
http://4.bp.blogspot.com/__TOB4SEyvfI/TA7sMpDxVNI/AAAAAAAAAA4/-M6peEljfNA/s1600/300px-Laocoon_Pio-Clementino_Inv1059-1064-1067.jpghttp://4.bp.blogspot.com/__TOB4SEyvfI/TA7sMpDxVNI/AAAAAAAAAA4/-M6peEljfNA/s1600/300px-Laocoon_Pio-Clementino_Inv1059-1064-1067.jpg8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
22/32
oleh peradaban Islam, namun era itu juga termasuk seni Kristian awal, seni Byzantium,
seni Gothic, seni Anglo-Saxon, dan melalui juga seni Viking. Era Zaman Pertengahan
berakhir dengan Pembaharuan, diikuti oleh Baroque dan Rococo. Pada masa yang
sama, Mannerisme dimasukkan antara Renaissance dan Baroque, yang merupakan
penggabungan seni visual yang berlaku pada abad ke-16sm. Abad ke-18 dan ke-19
merujuk kepada Neoclassicism, seni Romantis dan seni Realisme.Begitu juga dengan
pertengahan abad ke-18 dengan seniman Francisco Goya, pertengahan abad ke-19
dengan revolusi industri atau dengan munculnya Impresionisme. Gerakan seni abad ke-
19 terlalu banyak untuk dinyatakan serta diperincikan di sini, tapi dapat dibahagi
menjadi dua kategori: Modenisme dan seni kontemporari. Seni ini kadang-kadang
disebut dengan istilah lain, yang mempunyai fahamannya yang tersendiri, iaitu seni
post-modern.
Seni post-modern adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah
gerakan seni yang dianggap bertentangan dengan beberapa aspek modernisme,
muncul atau dibangunkan terus melalui aspek modenisasi. Secara umum, gerakan
seperti media art, installation art, seni konseptual dan Multimedia, khususnya yang
melibatkan video yang disebut sebagai postmodern.Postmodernisme juga adalah
kecenderungan dalamSebuah catan oleh Jonas Burgert bertajuk Second Day Nothing
dipamerkan di Denver Museum of Contemporary Art.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
23/32
Budaya kontemporari kepada penolakan terhadap kebenaran objektif dan sosio
budaya global. Hal ini menekankan peranan bahasa, hubungan kekuasaan, dan
motivasi, khususnya penggunaan klasifikasi tajam seperti jantan dan betina,hitamberlawanan dengan putih, dan gelap dengan terang. Postmodernisme telah
mempengaruhi banyak bidang budaya, termasuk sastera, sosiologi, linguistik,
arkitektur, seni visual, dan persembahan muzik. Istilah "Postmodernisme" berasal dari
penolakan dari mentaliti gaya bahasa dan budaya. Gerakan-gerakan ini, seperti
Modenisme dan Postmodernisme, difahami sebagai budaya atau sebagai kumpulan
perspektif. "Postmodernisme" digunakan dalam teori kritis untuk merujuk ke titik
berlepas dalam tafsiran undang-undang, budaya, dan agama di akhir abad ke-20 dan
awal abad ke-21.Postmodernisme, terutama sebagai gerakan akademik, dapat difahami
sebagai reaksi terhadap Modenisme dalam Kemanusiaan. Sedangkan Modenisme
sering dikaitkan dengan identiti dan kepastian, Postmodernisme sering dikaitkan
dengan perbezaan, pluralitas, alteritas, dan skeptis. Fredric Jameson, sebuah teori
Amerika terkemuka postmodern dengan orientasi Neo-Marxisme, menjelaskan
Postmodernisme sebagai logik "budaya dominan kapitalisme akhir." "Kapitalisme Akhir"
merujuk kepada bergerak dalam suatu estetika, politik, falsafah, dan ekonomi dunia
yang seimbang.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA
Sejarah Awal Seni Visual
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah
meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk
melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini
disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-
catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang
http://esenivisual.blogspot.com/2009/07/sejarah-dan-perkembangan-seni-visual-di.htmlhttp://esenivisual.blogspot.com/2009/07/sejarah-dan-perkembangan-seni-visual-di.html8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
24/32
ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan
lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah
berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula
memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti
aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura
berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah
bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke
Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam
lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal
dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya
selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat
beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat
dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya
dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak
Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal
tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis
yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula
dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan
Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur.
Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut
dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan
yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa
kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat
Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
25/32
sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak
dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima
menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima
dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan,
manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan
kewangan. Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis
Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan
mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di
Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang
pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama
yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai.
SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran
Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan
Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-
lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah
pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka
dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-
kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab
Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat
perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam
tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah
menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang
mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar.
Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar
membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat. Pada tahun 1935,
sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai,
Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies
Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina. Persatuan
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
26/32
ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing,
terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi
peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi
berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942
hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang. Akademi
Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim
Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian
dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara
pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng,
Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah
datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi
Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh
modenis aliran-aliran di Paris. Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang
besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui
aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan
Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila
Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic
Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis
tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun
Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab
ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan
Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan
Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan
kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama.
Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post
Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di
seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini. Pada
tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
27/32
secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan
ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif.
Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan
sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang
ke Eropah atau pun telah dipindahkan. Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah
mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G.
Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong
Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk
sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan
pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941.
Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat
seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker
yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru
Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga
Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau
disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan
Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.
Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti
seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira
bangsa dan darjat. Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa
pelukis terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang
terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan
pelukis generasi ini. Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapuraberhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China
pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis
komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk
menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana
Presiden oleh Presiden Sukarno.
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
28/32
Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan
China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau
Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di
Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni
Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay
hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk
mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perang tamat, pusat seni
telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan
pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op,
Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis
tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran
seni. Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis.
Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di
Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur
. Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh
seni kebangsaan yang terkenal.
Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh
Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin
Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri
guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang
dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan
masyarakat seni lukis tempatan. Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen
Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali
mereka mengelolakan pameran bertajuk Empat Pelukis Kembali yang menyebabkan
penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini
telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis
ke Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
29/32
sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan
bantuan kerajaan. Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah
pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun
yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A
Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah
mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka
menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara
yang membuat lawatan. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di
Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang
serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian
Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau
memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis
muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar
dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan,
Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon,
Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal. Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah
diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong
Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu
seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catanpotret, figuratif, lukisan dan lakaran. Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang
kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala
Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk mengumpul
serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat
mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak
dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd
Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan
Zakariah Noor. Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang
dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada
Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William
K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas
melukis, sesi perbincangan dan pameran. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
30/32
salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap
seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke
peringkat antarabangsa. Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai
setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri
Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni
Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk
memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Balai Seni Lukis
Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul
Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya
Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal
Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun
Sen. Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang
telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri
Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain
Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi. Balai Seni Lukis Negara
memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah
gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil -hasil kaligrafi dinasti Sung
yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.
Malaysia Life Batik 92cm x 183cm
http://2.bp.blogspot.com/_kf0eqPjdhIQ/Sv3kzBGyzzI/AAAAAAAACNY/CwS140llOyw/s1600-h/CTT-Self+Portrait-61x45cm-Batik-1970.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_kf0eqPjdhIQ/Sv3kzbNuxuI/AAAAAAAACNg/LHw3S3g2NwA/s1600-h/CTT-Malayan+Life-90x180cm-Bayik-1950.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_kf0eqPjdhIQ/Sv3kzBGyzzI/AAAAAAAACNY/CwS140llOyw/s1600-h/CTT-Self+Portrait-61x45cm-Batik-1970.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_kf0eqPjdhIQ/Sv3kzbNuxuI/AAAAAAAACNg/LHw3S3g2NwA/s1600-h/CTT-Malayan+Life-90x180cm-Bayik-1950.jpg8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
31/32
Self Portrait 1970 Batik 61x45cm
Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan
oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau
membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil
pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni
Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti
Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.
Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah
menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan
adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri.
Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui
saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan,pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri
oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat. Special Teachers Training
Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang
melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang
menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada
lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu
Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh
dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di
negara ini. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art
pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama
8/2/2019 Sejarah Seni Visual Malaysia I
32/32
tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping
kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan
tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu.
Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting
and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles,
Fashion dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan
kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese
Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an Awal tahun 1970an
pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde.
Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa,
Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah
mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang
mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah
mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain
aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika
dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge
yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow,
Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.