YOU ARE DOWNLOADING DOCUMENT

Please tick the box to continue:

Transcript
Page 1: rugikan negara - core.ac.uk · Penulis juga merasa lucu apabila membaca laporan ada yang menggunakan alasan tidak mendaftar kerana tidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar. lni antara

UTUSANMALAYSIA·SELASA23JANUARI2018 F' II

1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111

NOOR MOHAMADSHAKIL HAMEED

WALAUPUN SPR telah mengadakan pelbagai Inisiatifuntukmenggalakkan orang ramal mendaftar sebagal pemilih. masih ramaiyang culas untuk melaksanakan tanggungjawab Itu. - GAM BARHIASAN/UTUSAN

3.6 juta culas daftarrugikan negaraSERAMAI3.6 juta warganegara yang berusia 21 tahun

ke atas dilaporkan belum mendaftar sebagai pemilihsehingga suku ketiga tahun lalu. Jelas ini adalah satu

angka cukup signifikan yang boleh memberi kesan besarserta mampu mempengaruhi keputusan pilihan raya dinegara ini.

Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)bakal diadakan pada bila-bila mas a saja dari sekarang su-dah semestinya laporan dari Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) ini meresahkan semua pihak. lroninya, walaupunpihak SPRtelah melakukan pelbagai inisiatifuntuk meng-galakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih masihramai yang culas dan degil untuk melaksanakan tang-gungjawab mereka terhadap negara.

Sepatutnya setiap warganegara mengambil peluangdan menggunakan segala ruang yang ada untuk menu-naikan hak mereka dalam memilih wakil rakyat sertakerajaan yang mereka mahukan. Kita merasa pelik dantertanya-tanya kenapa kelompok ini masih tidak mahumendaftar walhal pendaftaran ini hanya sekali seumurhidup dan bukannya perlu mendaftar setiap tahun mahu-pun setiap pilihan raya malah mengundi pula hanya limatahun sekali dan juga bukan kerap atau pun setiap tahun.

Jadi penulis rasa terpanggil untuk memberi responsapabila membaca antara faktor yang dikatakan mempe-ngaruhi golongan ini untuk tidak mendaftar. Antaranyadikatakan mereka kurang kesedaran dan tidak mengeta-hui kepentingan untuk mendaftar menyebabkan merekatidak mengambil berat dan mengabaikan tanggungjawabtersebut. Penulis cukup terkejut dengan alasan ini, malahpasti ramai tidak boleh menerima ini sebagai alasan untuktidak rnendaftar.

lni kerana pihak SPR secara terus menerus melaku-kan pelbagai kemp en untuk mencetuskan rasa kesedarandalam kalangan rakyat jadi agak tidak munasabah kalaukita masih menggunakan ini sebagai alasan.

Penulis mahu bertanya kepada setiap 3.6 juta orangini bagaimana lagi mahu mereka disedarkan? Jelas sikapacuh tak acuh menyebabkan mereka tidak peduli dantidak endahkan segala kempen kesedaran yang sedangdijalankan.

Begitu juga dengan alasan tidak mengetahui kepen-tingan untuk mendaftar. Tolonglah jangan berbohongpada diri sendiri! Pada hari ini penulis cukup yakin pela-jar sekolah pun boleh ceritakan kepentingan mendaftardan mengundi dalam pilihan raya. Malah dari peringkatsekolah lagi telah diajar dan didedahkan dengan kepen-tingan ini. Jadi janganlah terus memberikan seribu satualasan yang tidak logik dan kurang cerdik.

Faktor lain ialah sesetengah daripada mereka ini me-nyatakan tidak berminat mencampuri urusan politik danlebih suka meluahkan perasaan melalui media sosial ataumenyertai demonstrasi.

Alasan ini agak menarik untuk dikupas. Dalam kon-teks ini penulis merasakan golongan ini agak keliru antaratanggungjawab, hak dan minat tentang sistern pilihanraya dan juga persekitaran politik secara menyeluruh.

Pertama, mereka kena faham betapa mendaftar seba-gai pemilih bukan bermaksud mendaftar menjadi ahlimana-mana parti politik dan ia juga tidak menyebabkankita mencampuri urusan politik di mana-mana peringkat.

Kedua, ingatlah mendaftar hanya untuk melayak-kan mendapat hak untuk mengundi dan undi itu adalahrahsia di mana kita bebas mengundi mana-mana calonmahupun parti yang kita yakin, selesa dan minat. Danseterusnya tindakan ini hanya untuk membantu pemben-tukan kerajaan negeri mahupun persekutuan dan bukan-nya bersifat mencampuri urusan politik di peringkat partimahupun kerajaan. -

Satu lagi perkara menarik ialah perbuatan lebih sukadan selesa untuk meluahkan perasaan di media sosial ser-ta menyertai demonstrasi. lni adalah antara alasan klisegolongan belia negara kita.

Untuk alasan ini penulis ingin bertanya apakah dengancara ini kita dapat menyelesaikan semua masalah mahu-pun ketidakpuasan hati yang ada? Percayalah tindakanseperti ini lebih kepada perbuatan sia-sia, merugikan,tidak bijak serta membahayakan diri.

Negara kita ada undang-undang dan saluran yang betuluntuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dansudah semestinya salah satu salurannya adalah melaluiproses pilihan raya.

Jadi daripada menggunakan media sosial untuk me-lepaskan geram mahupun menyertai demonstrasi yangakhirnya tidak memberikan sebarang faedah, baikmendaftar sebagai pemilih dan mengundi ketika pilihanraya yang pastinya boleh menghadiahkan impak dan pe-rubahan yang diinginkan dalam suasana yang lebih sela-mat dan stabil. '

Penulis juga merasa lucu apabila membaca laporanada yang menggunakan alasan tidak mendaftar keranatidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar. lni antaraalasan yang langsung tidak masuk akal dan tidak bertang-gungjawab sarna sekali. lni kerana pihak SPRdengan ker-jasama semua media massa utama di negara ini sentiasamenghebahkan cara untuk mendaftar.

Jadi persoalannya, sekali lagi adakah alasan ini logikuntuk diterima akal? Sikap tidak peduli, acuh tak acuh,tunggu dan lihat, malas dan ambil mudah menyebabkanmereka terus dengan seribu satu alasan.

Kepada golongan ini, bertindaklah dengan segera danbijak sebelum nasi menjadi bubur. Jangan esok sudahkecurian baru hendak kunci pintu. Tunaikanlah hak dantanggungjawab anda terhadap negara dan sedarlah sikapand a merugikan negara.

PENULIS ialah Timbalan Pendaftar Fakulti I(ejuruteraan UniversitiPutta Malaysia (UPM).

Related Documents