8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
1/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
TAJUK 1 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus,
pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga
akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat
Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya
boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat
refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat
Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.
1.2 Hasil Pembelajaran
1.2.1 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV.
1.2.2 Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing,
pemudahcara, motivator dan inisiator.
1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
1.4 Kandungan
1
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
2/43
INISIATORMOTIVATORPEMUDAHCARAPEMBIMBINGPENGURUS
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2
PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
3/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3
Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka
dengan berkesan?
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
4/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
1.5 Situasi
Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Limmengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salahseorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur.Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat CikguLim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah.Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas semasa mengajar disekolah? Siapakah yang bersalah dalam situasi ini? Devikah yang bersalah?Sacikah yang bersalah? Atau Salah Cikgu Lim? Adakah Cikgu Lim seorangyang kurang berkesan kerana tidak berupaya menjadi pengurus yang baik?Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Cikgu Lim bagi memastikan situasiseperti itu tidak berlaku? Sila catatkan refleksi anda :-
Aktiviti 1
4
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
5/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus?
Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:
Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran,merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dantingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran;
Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunyapembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, andabertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yangpositif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabot, ruang dindingdan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksiantara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.
Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri iniboleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkanpengajaran, dan intelektual.
Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; danprihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;
Berunsurkan pengajaran. Merangkumi ciri-ciri berikut: keupayaanmengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untukmengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar;
Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah,
meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).
Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guruyang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.
Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-muridakan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengansedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikianmenyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya.Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat
terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupundi luar bilik darjah;
5
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
6/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar,guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajarapa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangankepada isu seperti; Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar,sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?
Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukan maklumatyang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untukmenyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikutkumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, bolehdisimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satupelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;
Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agartidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebihbaik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukanperaturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan
garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalambilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorangguru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).
Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi,(ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan danamalan nilai.
Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualitiperibadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yangberbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk:
berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria,bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikappositif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih,bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-muridsebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dankeadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapaikejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahankepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadapmaklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaianyang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajarandalam kalangan murid.
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengarbahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapipembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru dimintamenyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yangberkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya danstrategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuanmemaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selarasdengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampaimaklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepadapersekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaranmenjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu,guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik dimana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentukkebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru6
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
7/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajarbagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran,kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dansebagainya.
Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawanilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasidan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru dinegara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkanguru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain,penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentukakhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualitipengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaandasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini,penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalamurusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional
mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagairujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai danEtika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya,Tonggak Dua Belas.
Rumusan:Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjaminkualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana,menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan
2.5 Latihan A
(i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru PendidikanSeni Visual yang cemerlang.
(ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalammeningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran PendidikanSeni Visual.
(iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasaataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagimembimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dankaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan denganperanan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri
7
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
8/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang berertibudi pekerti dan akhlak yang baik.
Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guruyang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing?
Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.
(iv) Analisis peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contohberdasarkan pengalaman anda di sekolah:
Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah
Pengurus
Pembimbing
Pemudahcara
Motivator
Inisiator
8
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
9/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dansempurnakan tugasan yang diberikan.
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat
dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi
mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengemblengkan tenaga mereka
dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan
dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata
pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama
ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.
Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni
Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia
Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.
Seterusnya, mari kita selesaikan masalah ini. Anda boleh berbincang dengan rakan
anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikanpermasalahan berikut.
9
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
10/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang
ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi
masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda
mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di
dalam kelas ?
Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan
Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini?
Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru
Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan
kurikulum Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut
merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas )
b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas
c) Alat dan bahan yang terhadd) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah
E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda kepada
pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.
10
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
11/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR
2.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan,
penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan
tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti,
membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran
secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang
asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk
menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual.
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalampengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
2.2.2Menghasilkan bahan bant yang sesuai dengan objektif danisi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif
dan koperatif.2.2.3Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan
menyimpan alat dan bahan bant serta rekod stok.
2.2.4Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpananalat dan bahan bant secara beretika danbertanggungjawab.
11
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
12/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
2.4 KANDUNGAN
12
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
13/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yangada didalamnya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Alat :
Bahan Bantu:
Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudiancuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantutersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambah baikkan.
a) Bahan bantu mengajar semua bahan yang digunakan oleh guru dalammenyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.
b) Bahan bantu belajar semua bahan yang digunakan oleh murid secarakumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.
13
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturihttp://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
14/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
A B C
http://images.ask.com/pictures
Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulankepada butiran di bawah.
Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman
Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan
kebosanan, melibatkan murid secara aktif
Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria
Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru
Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa
Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan
Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yangberlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersamarakan-rakan anda.
Set induksi:
Input utama:
Pengayaan:
Pemulihan:14
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
15/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR,MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.
Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat
yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra
pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan
tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.
i) Prosedur penyediaan bahan bantu.
Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan
Menentukan bahan dan teknik
Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak
dipaparkan.
Menghasilkan bahan bantu.
Kemasan
i) Penggunaan bahan bantu.
Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber
perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.
Mengambil langkah-langkah keselamatan
Mengambil kira bilangan yang mencukupi
Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan
mengutip.
Setelah anda memahami dan menghayatiprosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.
15
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
16/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa
membuat pemilihan bahan bantu.
1
2
3
4
5
6
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan
bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-
dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A) Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
16
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
17/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas
meja..
Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.
B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
(ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid danpengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat
gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,.
(iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep
dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.
Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,
papan flannel,papan tulis,petikan rencana.
(iv) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya
17
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
18/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Sila senaraikan di sini :
Koleksi Khas
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi
yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.
18
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
19/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
A http://images.ask.com/pictures B
C http://images.ask.com/pictures D
Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?
2 Dimensi 3 Dimensi
Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagailangkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.
Nama Pengkarya :
Tajuk :
Media :
Teknik :
Tahun :
19
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
20/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah
seperti berikut:-
1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk Asas Seni
Reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan
tersebut boleh disimpan di dalam folio.
2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit
kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis Asas Seni Reka.
3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap
dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.
4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual
termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan danantarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan
perasaan ingintahu murid.
5. Koleksi lutsinar OHP / Power Point boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV
bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.
6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari
pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber
Sekolah.
7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti
P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.
Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.
20
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
21/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu
berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.
Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di
ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan
keselamatannya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&destur
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
21
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
22/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan
Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan
Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan
mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahanbantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan
supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu
dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.
Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus
mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat
tembikar dengan tanah liat.
Penyimpanan dan rekod stok
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan22
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
23/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
Membuat inventori dalam buku stok
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat
dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada
akhir tahun yang berkenaan.
Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan
kepada pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada
item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal
Bil Item( Peralatan Kekal )
Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus
1. Meja guru 2 13/09/2009 15/10/201023
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
24/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
2. Meja guru 2 13/09/2010
JumlahItem
Catatan
Peralatan tidak kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan tidak kekal
Bil Item( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit Tarikhmasuk
Tarikh lupus
1.
2.
Kertas lukisan
( 1 imperior )
Kertas lukisan( 1 imperior )
200 dozen
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Jumlah
Item
Catatan
Panduan Keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan
di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak
langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan
24
Tahukah anda perbezaan antaraperalatan kekaldengan peralatan tidakkekal. Jelaskan.
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
25/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan
bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.
Minyak
turpentine
kertas
lukisan
kain linen
batik
kertas warna berus lukisan cecair tinner
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat
Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.
Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat1 Guru perlu membaca
label bahan
2 Kenalpasti murid yangbermasalah kesihatan
3 Guru perlu sediakan
panduan keselamatan
4 Murid menjalankanaktiviti menghasilkanukiran kayu
25
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
26/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
5 Memberi taklimat ataupenerangan cara-caramenghasilkan batik lukisdan keselamatan fizikal
Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-
Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk
kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam
Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh
sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai
bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan
karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh
guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami
rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan
bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di
atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula
26
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
27/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni
Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.
Aktiviti 2.1
Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan prosesmenyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahandengan penyimpanan dan rekod stok.
Alat dan bahanbantu
rekabentuk danproses
menyediakanbahan
prosedurmengguna danmenyimpan alat
dan bahan
penyimpanan danrekod stok
Carta organisasipanitiaPendidikan SeniVisual
Salinan karyaagung di dalamdan luar Negara
Contoh-contohkraf tradisional
Kertas lukisan
dan warna air
Alat-alat membuatukiran
Mesin pembakarseramik
27
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
28/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Rak-rak kayu
Aktiviti 2.2
Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai
membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan.
28
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
29/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan,
etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri
anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami
dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian
berkaitan dengan hasil kerja murid.
3.2 Hasil Pembelajaran
3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan
pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan
keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.
3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
29
TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
30/43
Susun Atur BilikPSV
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.4 Kandungan
30
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
31/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
31
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
32/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Gambar 1: Susun atur perabot yang baik akan menjadikan suasana menarik
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih darihanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian
bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,
tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan
pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam
bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
32
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
33/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
33
Zon / Bengkel Mencanting BatikSudut Pameran
Hasil Kraf Tangan
Pintu 2Pintu 1Sudut
Pa
me
ran
Ha
silKe
rja
M
uri
d
Ti
n
g
ka
p
Ti
n
g
ka
p
Meja 1Meja 2Meja 3Meja 4Meja 6Meja 5MejaGuru /
Dekstop
StorPapan Putih
skrin
Papan InfoSudutBuku
Rujukan
Ka
bin
et
Be
rpi
ntu
Peral
ata
n
PS
V
Da
pu
r
Ga
s
Si
nki
Alat PemadamKebakaran
Pet
i
Ke
ce
ma
san
Pusat
Akses
Sudut
ICT
LCD
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
34/43
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
35/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukanuntuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Senihendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual.Suasana dalam bilik seni
visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan
1.3 Zon-zon kerja tertentu1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
35
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
36/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan
bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada
tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio
seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran
khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik
yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada
minda untuk belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni
hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar
yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah
diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain
mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga
memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut
mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan
studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.
Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa
banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.
36
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
37/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna
diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagimembersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.
Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid
37
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
38/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
38
PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
39/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
39
Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik
PSV dan hasil kerja murid?
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
40/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.5 SituasiPada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamerbagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebutdiberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkansepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini,
jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkanidea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawamereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas laluberkata, Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empatkegiatan berserta contoh. Jali bentangkan idea kedua, Saya syorkan kitasediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerjayang terbaik. Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarikjika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang SeniVisual. Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga muridtadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati palingpopular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contoh
terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visualmemperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamermengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untukmengagihkan tugas berkaitan.
Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer?Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamerbagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkankepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan andaterhadap kepentingan papan pamer;
40
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
41/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitukeselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik,penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.
Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan bangunan
sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-muriddaripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Guru mengajarmata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-muriddimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasamenggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.
Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukansejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu samalain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yangpaling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial denganmurid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i)elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii)
adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagianbelakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agarsetiap murid berpeluang untuk duduk di depan.
Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latar belakangmereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal.Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukan sahajamenjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkanpencapaian murid-murid yang berkenaan.
Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yangakan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau
kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yang lain; aktivitimengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi
guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warna yang dinginatau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapimesra.
Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu tempat dimana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati, mengkaji,menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan buku-bukubacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, di sampingpelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahan
manipulatif, interaktif dan sebagainya.
Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utamadalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan SeniVisual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkanperanan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visualhendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lainuntuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan SeniVisual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.
41
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
42/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
3.6 Latihan B
(i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.
(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan
bilik Pendidikan Seni Visual.
Kemukakan pandangan anda dalamruangan forum OLL.
42
8/2/2019 PSV - Peranan Guru PSV
43/43
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
(iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)
terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.
(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti
pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti
pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir
Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Pur = purata
(v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif denganmenyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkancadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lainyang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.
E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam
tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.
No.Item
ItemSkor
0 1 2 3 4 % Pur
109 Bilik Seni Kondusif 8 1 0 2 1 5.3 0.92
110 Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.1 1.35
111 Mempunyai prosedur senggara BBM 21 41 3 2 11.1 0.74
112 Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 67 5 4 24.5 1.55
113 Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 516 4 1 25.5 1.66
114 Penggunaan bengkel secara optimum 8 11 1 0 2.9 0.55