Bab II
Sorotan Kajian
2.1 Pengenalan
32
33
Terdapat banyak kajian empirikal di Malaysia dan juga di luar negara yang
memperlihatkan hubungan pendidikan dengan pembangunan negara, namun begitu tidak
dapat dipastikan sejauhmanakah pendidikan dapat mempengaruhi Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) negara secara langsung. Banyak negara tidak berjaya memajukan
sistem pendidikan mereka oleh kerana kekurangan sumber dalaman bagi membiayai
pelaburan dalam bidang ini yang bukan sedikit jumlahnya. Bagi Malaysia pendidikan
tetap diberikan layanan yang paling utama dalam program-program 5 tahunnya. Para
perancang ekonomi percaya output negara boleh ditingkatkan dengan mempertingkatkan
daya pengeluaran input-input negara seperti modal, buruh, tanah dan para pengusaha.
Kesemua input ini perlu digarapkan agar lebih produktif dan dapat menyumbang kepada
output negara pada masa depan. Pendidikan pada masa kini boleh dianggap seperti satu
industri yang komplek. Berikutan kelembapan ekonomi dunia, tanggungjawab awam
semakin bertambah bagi membiayai kewangan infrastruktur institusi pendidikan. Para
ahli akademik prodemokrasi melaungkan hak-hak generasi muda mendapat pendidikan
percuma berdasarkan minat mereka. Namun begitu percanggahan timbul dengan pihak
pemerintah yang lebih menekankan kepada penjurusan pelajar berdasarkan beberapa
disiplin ilmu yang telah dirancang sesuai dengan kehendak semasa (Brightman and
Gutmore, 2002). Para ahli akademik sering berhujah tentang pendemokrasian sistem
pendidikan. Antara hujah mereka ialah hak setiap individu itu untuk menerima ilmu tanpa
mengira ras, kelas, kaum, jantina dan umur. Oleh kerana untuk memperolehi ilmu itu
bukan percuma, kewangan sering menjadi halangan kepada pemindahan ilmu dan
teknologi. Down (2000), berpendapat bidang pendidikan kini berada dalam keadaan
dilema disebabkan oleh keputusan-keputusan yang dibuat terpaksa mengambilkira
34
aspek politik, ekonomi dan sosial bukan berlandaskan kebaikan asas pendidikan itu
sendiri.
2.2 Teori Berkaitan dengan Ekonomi Pendidikan dan Modal Insaniah
Kajian tentang ekonomi pendidikan bukanlah satu bidang baru. Sejak tahun 60an lagi
kajian telah dijalankan oleh Blaugh (1968), Woodhal (1972), Psacharopoulus (1985),
Tsang (1988) dan ramai lagi pakar-pakar ekonomi pendidikan. Namun begitu satu
permasalahan yang timbul dalam kajian ini ialah mengukur darjah dan nilai ekonominya.
Ini kerana ia merupakan satu kajian yang abstrak. Jumlah pelaburan dalam bidang ini
agak besar samada ia dibuat oleh individu ataupun negara. Namun begitu pelaburan
dalam pembangunan infrastruktur pendidikan harus berani dilakukan, jika inginkan
kejayaan (Hummel & Ashdown, 2002). Inilah yang menyebabkan ahli ekonomi agak
ragu-ragu untuk meletakkan satu nisbah yang besar sumbangannya kepada ekonomi
kerana ia melibatkan kos melepas sesebuah negara (Quade, 1995).
Motif keuntungan adalah penting dalam kajian ekonomi, jelas di sini apakah pelaburan
dalam bidang pendidikan ini dapat memberikan pulangan yang setimpal bagi seseorang
pelabur. Mampukan manusia dibandingkan dengan sesebuah jentera ataupun mesin yang
memberikan pulangan di atas setiap sen yang dilabur ? Pelaburan fizikal amat berbeza
dengan pelaburan insaniah kerana pulangan yang didapati mudah ditolak dan ditambah
dengan jelas. Analisis kos faedah boleh digunakan dengan jelas dan mudah. Analisis ini
merupakan satu cara mengukur keberuntungan sesuatu pelaburan dengan menghimpun
35
semua kos yang terlibat dalam pengiraan dan dibandingkan dengan pendapatan yang
diramalkan. Kos-kos faedah yang digarapkan itu hendaklah diolah dengan rapi supaya
pengiraannya tidak mendatangkan herotan yang menjejaskan unjuran yang hendak
dibuat.
Faedah yang diperolehi daripada pendidikan yang diterima oleh seseorang itu ialah
berkaitan dengan perolehan pulangan selepas beberapa jangkamasa pengajian mereka
berbanding dengan individu-individu lain. Becker (1962), menegaskan bahawa
sebahagian daripada perbezaan dalam pendapatan seseorang itu berpunca daripada
pendidikan dan tahap profesional latihan yang diterima. Pengetahuan yang diterima
digunakan semasa bekerja pada masa depan. Oleh itu memasuki jurusan yang
memberikan pulangan pendapatan yang tinggi adalah lebih baik untuk melayakkan
individu tersebut memperolehi pendapatan yang tinggi. Menurut seorang ahli ekonomi
Inggeris Alfred Marshall (1972), dalam bukunya yang bertajuk Principle of Economics,
beliau mentakrifkan ekonomi sebagai “Pengajian tentang manusia di dalam kehidupan
mereka sehari-hari, ianya meliputi tentang segala tindakan individu dan tindakan sosial
yang berkait rapat dengan pencapaian serta penggunaan semua benda yang menjadi
asas kesejahteraan hidup”. Maksud kesejahteraan hidup di sini ialah bagaimana cara
hendak mencapai pendapatan yang tinggi, gunatenaga penuh, keadilan dalam
pembahagian kekayaan negara dan sebagainya. Pendidikan boleh dianggap satu cara bagi
mencapai kesejahteraan hidup, di mana ia boleh meningkatkan pendapatan individu dan
mengagihkan semula kekayaan negara.
36
Berdasarkan kepada teori agihan (A. Mahzan, 1979), penawaran buruh bolehlah
dibahagikan kepada dua sudut, iaitu jangka pendek dan panjang. Dalam jangka panjang
kemungkinan keluk penawaran buruh akan mencerun negatif, positif ataupun
melengkung ke belakang dengan upah. Mobiliti buruh dalam jangkapanjang adalah
mobiliti penuh. Seseorang buruh boleh dilatih untuk membuat sebarang pekerjaan.
Umumnya buruh akan memilih pekerjaan yang menawarkan ganjaran yang tinggi.
Dengan kata lain keluk penawaran buruh jangkapanjang adalah bercerun positif. Bagi
seseorang buruh mereka akan cenderong berpindah dari satu industri ke industri lain
yang menawarkan gaji yang lumayan. Sekiranya sebuah industri ingin menambah
penggunaan buruh kadar upah perlu dinaikkan bagi menarik ramai pekerja. Industri yang
kehilangan pekerja tadi terpaksalah mengurangkan pengeluaran seterusnya harga
barangan di pasaran akan meningkat. Inilah mengapa keluk penawaran buruh akan
mencerun positif kecuali jika ujud pengangguran dalam ekonomi. Maka keluk penawaran
buruh akan mendatar sehingga ke tingkat gunatenaga penuh kemudian barulah keluk
penawaran buruh akan bercerun positif dengan upah.
Menurut pandangan ahli neoklasik pula dalam tahun 1870an seperti Ricardo, tenaga
buruhlah yang memberikan punca nilai sesuatu barang (Labour Theory of Value). Nilai
sesuatu barang itu dinilai berdasarkan berapa banyak buruh digunakan dalam proses
pengeluaran barangan tersebut. Dengan itu harga barangan yang dijual dipasaran itu
ditentukan oleh kos buruh yang mengeluarkannya. Begitu juga dengan ‘teori nilai’ oleh
ahli ekonomi klasik lain, mereka mengandaikan bahawa setiap barangan dinilai mengikut
jumlah tenaga buruh yang tersirat di dalamnya. Mereka menegaskan pengeluaran buruh
37
tidak melibatkan kos. Kenyataan ini adalah tidak benar pada masa kini kerana penawaran
buruh di pasaran sebenarnya melibatkan kos pendidikan yang tinggi semasa belajar.
Golongan ini menyatakan upah yang wajar kepada buruh ialah sekadar cukup untuk
membeli makanan, pakaian dan tempat berlindung sahaja, jadi apakah ini sesuai pada
zaman sekarang? Karl Mark seorang pengasas Manifesto Komunisme dan merupakan
penulis ‘Das Kapital’ juga menyumbang pendapatnya dalam teori nilai ini. Mark banyak
membaca buku-buku tulisan Ricardo dan bersetuju dengan beliau yang menyatakan
tenaga buruh sahajalah mencipta nilai sesuatu barang. Modal yang digunakan cuma
sebagai manifestasi tenaga buruh pada masa lampau. Mark menegaskan dalam sistem
kapitalis buruh tidak dibayar sepenuhnya ke atas tenaga yang dikeluarkan sebaliknya
sebahagian dari output mereka pergi kepada pemodal (golongan kapitalis) dan ini
dianggap sebagai satu penindasan. ‘Teorem Kehabisan Keluaran Clark-Wicksteed’ pula
mendefinasikan tiap-tiap faktor pengeluaran akan dibayar berdasarkan prodaktiviti
mereka iaitu keluaran sut sama dengan upah dalam jangkapanjang. Walaupun begitu
dalam ekonomi moden permintaan/penawaran buruh dalam pasaran amat komplek dan
sukar diramal. Ini disebabkan berlakunya herotan sama ada yang berbentuk monopoli,
monopsoni, oligopoli ataupun lain-lain pasaran. Sukar untuk menentukan jumlah upah
yang patut diterima oleh seseorang buruh itu disebabkan pelbagai bentuk herotan dalam
ekonomi sesebuah negara.
Teori moden mengenai pulangan kepada input ialah teori neoklasik, ia berkisar kepada
daya pengeluaran marginal (J. Robinson, 1969). Pulangan kepada buruh ialah upah para
pekerja, pulangan kepada tanah ialah sewa sementara pulangan ke atas modal ialah bunga
38
dan dividen. Harga dan nilai pasaran sesuatu barang itu ditentukan oleh permintaan dan
penawaran barangan tersebut. Aspek-aspek penambahnilaian buruh seperti tingkat
pendidikan tidak diambilkira langsung dalam pemberian upah. Dalam keadaan sebenar
harga buruh bukanlah dalam keadaan pertandingan sempurna kerana banyak herotan
berlaku. Undang-undang, kesatuan sekerja dan faktor-faktor lain seperti tingkat
pendidikan banyak mempengaruhi pemberian upah. Malah terdapat sesetengah bidang
pekerjaan memerlukan seseorang itu berkemahiran tinggi. Sekiranya cuma faktor
permintaan dan penawaran di pasaran sahaja yang diambil kira sudah tentulah pelaburan
dalam bidang pendidikan tidak mendatangkan keuntungan. Berbanding dengan teori
pengeluaran, fungsi pengeluaran merangkumi buruh (L) dan modal (C) iaitu f(L,C).
Dalam jangka pendek pengeluaran boleh ditingkatkan dengan menambah penggunaan
modal ataupun buruh. Sehinggalah sampai ke satu tahap di mana pengeluaran tidak dapat
ditingkatkan lagi walaupun buruh ditambah disebabkan oleh faktor hukum pulangan
bertambah kurang. Untuk meningkatkan lagi pengeluaran dalam jangkapanjang
teknologi memainkan peranan penting agar dapat meningkatkan jumlah barangan yang
hendak dikeluarkan. Di sinilah faktor pendidikan memainkan peranan utama dalam
membantu para penyelidik mencari teknologi terbaru yang dapat meningkatkan lagi
pengeluaran barangan.
Rajah 2.1: Pengeluaran Jangka Pendek dan Panjang
Jumlah Pengeluaran
Pengeluaran Jangka Panjang (Penggunaan Teknologi Baru)
Pengeluaran Jangka pendek
39
0
Sumber, Doll, 1979 Bilangan Buruh
Penggunaan teknik analisa kos-faedah oleh ahli ekonomi dalam penilaian projek adalah
suatu amalan biasa dalam teori ekonomi kebajikan. Projek-projek ekonomi yang
diselenggara oleh pemerentah adalah bertujuan meninggikan kebajikan masyarakat
melalui pengagihan semula pendapatan. Dalam menilai sesuatu projek dua aspek yang
penting dititikberatkan ialah kos dan faedah projek, yang juga disebut untung (Quade,
1995). Kos adalah pengorbanan dan ia mengurangkan kebajikan manakala faedah
meninggikan kebajikan. Terdapat empat kategori faedah dan kos dari projek ekonomi
kesemuanya perlu dianalisis secara berlainan semasa memutuskan cara mana pelaburan
perlu dilakukan:
a. pasaran dan harga ujud dalam analisis faedah dan kos, jadi kedua-duanya boleh diberi nilai wang. Keujudan harga mencerminkan keinginan atau hasrat masyarakat terhadap barang yang hendak dikeluarkan dari projek tersebut.
b. pasaran dan harga ujud dalam analisis kos dan faedah tetapi harga itu tidak mencerminkan hasrat dan penilaian sosial. Contoh jelas ialah barangan yang mempunyai kesan luaran seperti barangan awam dan barangan yang diberi subsidi.
c. pasaran dan harga tidak ujud tetapi suatu nilai anggaran boleh diberi contohnya kawasan reakerasi; dan
d. faedah dan kos sukar diberi nilai wang, contohnya seperti pendidikan dan keselamatan negara.
40
2.3 Lain-lain Kajian
Banyak kajian gagal mengaitkan pencapaian pendidikan dengan peningkatan dalam
pendapatan. Adalah sukar mengandaikan orang yang tinggi pencapaian akademiknya
akan sentiasa mempunyai pendapatan yang tinggi malah kadang-kadang sebaliknya
berlaku kerana faktor lain, yang sukar diramalkan. Kajian oleh Bowles dan Gintis
(1972), di beberapa negara membangun mempersoalkan perkaitan peningkatan
pendapatan dengan pendidikan. Menurut mereka perkaitannya di antara mutu pendidikan
dengan pendapatan adalah terlalu kecil dan sukar dibuat.
Namun begitu bagi seseorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi boleh
memberikan sumbangan yang bermakna kepada diri mereka dan negara secara tidak
langsung. Tetapi faedah ini tidak dapat dinilai dengan wang kerana melibatkan kesan
luaran contohnya dalam kepakaran pertahanan, kedoktoran, pengurangan kadar jenayah,
alam sekitar dan lain-lain yang menyumbang kepada masyarakat umum.
Banyak penyesuaian perlu dilakukan dalam menganalis kos dan faedah pendidikan.
Contohnya kepakaran terdahulu oleh kesan-kesan luaran pemindahan ilmu antara
generasi yang digunakan pada masa sekarang. Ia sepatutnya diberikan satu nilai faedah
oleh penyelidik, tetapi dalam analisis sosial ia sukar dinyatakan. Ibu bapa yang
41
mempunyai kedudukan baik dalam ekonomi mungkin dapat memberikan pendidikan
yang sempurna kepada anak mereka berbanding dengan yang tidak mampu. Faktor nasib,
bakat dan motivasi yang diterima juga sepatutnya dimasukkan dalam pengiraan kos-
faedah pendidikan. Begitu juga kos-kos dan faedah-faedah yang tedapat dalam
pembiayaan pendidikan sukar dikira kerana terdiri dari beberapa kategori kos langsung,
tidak langsung dan kos luaran (sukar dikira) begitu juga dengan faedah pendidikan terdiri
dari faedah langsung, tidak langsung dan faedah luaran (sukar dikira).
Di Malaysia kekurangan data telah menyukarkan para pengkaji untuk membuat kajian
tentang keberuntungan pelaburan dalam pendidikan. Banyak kajian yang dibuat diluar
negara tentang pulangan pelaburan dalam bidang pendidikan ini contohnya oleh Becker
(1971) yang membezakan pendapatan pekerja lelaki dengan pekerja wanita di Amerika,
pekerja kulit hitam dan kulit putih dan pemegang pelbagai disiplin ilmu. Kajian Lee
Kiong Hock (1980) di Malaysia, menganggarkan kadar pulangan persendirian sebanyak
32.6% untuk peringkat menengah dan 34.5% para peringkat tinggi. Dalam keadaan
pasaran buruh yang tidak menentu di seluruh dunia kini apakah kadar pulangan ini dapat
dikecilkan lagi atau semakin bertambah?, Ozay Mehmet dan Y.H Yip (1983) membuat
unjuran yang agak rendah sedikit kadar pulangan persendirian iaitu sebanyak 12.2% dan
kadar pulangan sosial 4% pada peringkat universiti ini disebabkan faktor methodologi
penyelidikan yang dijalankan agak berbeza. Bancian yang dibuat oleh SUHAKAM (2004)
di Malaysia mendapati, kaum wanita memperolehi cuma 47% sahaja daripada
pendapatan lelaki. Kekurangan kajian tentang ekonomi pendidikan di Malaysia amat
menyukarkan para penyelidik membuat cadangan bagi memperbaiki sistem ekonomi
42
berteraskan ilmu ini. Keinginan Malaysia muncul menjadi pusat kecemerlangan ilmu
bagi rantau sebelah sini terbukti dengan hampir 20% perbelanjaan negara digunakan bagi
memajukan sistem pendidikannya. Berbanding dengan negara membangun yang lain
cuma 11-15% sahaja dari perbelanjaan negara (Tsang, 1988) digunakan bagi tujuan
pendidikan. Bagi negara maju pula contohnya seperti Britain 11.5%, Amerika Syarikat
12.9% dan Australia 13.6% perbelanjaan negara diperuntukan bagi sektor pendidikan
(Hill, 1996). Lebih kecil peratusannya dari peruntukan yang diterima oleh sektor
pendidikan di Malaysia. Keadaan ini disebabkan pihak swasta lebih berperanan dalam
pembangunan sektor pendidikan di negara maju.
Jadual 2.1:Purata Kadar Pulangan Pelaburan Pendidikan 1985 (peratus)
Sosial Persendirian
Kawasan Rendah Menengah Atas Rendah Menengah Atas
Afrika 26 17 13 45 26 32
Asia 27 15 13 31 15 18
Latin Amerika 26 18 16 32 23 23
Sumber: Journal of Human Resources (1985), Vol 20(4).
Tulisan Doll & Orazem (1978), tentang perihal pengurusan pertanian ladang yang
dianggap sebagai satu unit pengeluaran pertanian. Unit pengeluaran pertanian bagi
sebuah ladang terdiri dari aktiviti perniagaan, pengangkutan dan proses pengeluaran akan
mentransformasikan atau menukarkan input kepada output dari masa ke semasa mengikut
kepakaran pengurusan dan keadaan alam sekeliling. Kepakaran pengurusan dalam
pengeluaran pertanian adalah penting oleh kerana ianya berhubung rapat dengan
keputusan perladangan yang biasanya merangkumi tiga aspek penting iaitu apa, bila,
untuk siapa dan bagaimana pengeluaran barangan itu dibuat. Ia melibatkan pemilihan
43
teknik dan corak pengeluaran sama ada berintensif buruh ataupun modal/mesin. Dalam
sistem pengeluaran yang lebih komplek peladang-peladang tidak hanya melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran sahaja tetapi mereka juga menjalankan tugas
sebagai penyimpan kira-kira, penjual, mekanik, ahli ekonomi dan sebagainya. Menurut
Doll dan Orazem (1979), mereka mengkelaskan ekonomi pengeluaran pertanian sebagai
ekonomi positif dan nomatif di mana unit pengeluaran sebagai keluarga, ladang, pasaran
dan sistem pertanian itu sendiri. Contoh kajian oleh Lockheed (1980), mengenai
pendidikan dan pengeluaran pertanian di 13 buah negara telah menunjukkan 7.4 %
peningkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh pendidikan ‘asas’ yang diterima oleh
mereka. Di Malaysia hasil-hasil penyelidikan dalam tahun l960an dan 70an melalui
revolusi hijau telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Pengenalan
kepada beberapa benih padi seperti Malinja, Mahsuri hinggalah kepada MR16, telah
berjaya menambah pengeluaran beras negara sehingga mampu berdikari lebih 60%
keperluan stratigik. Ini semua berkait rapat dengan kepakaran teknologi dan penyebaran
ilmu pendidikan yang diterima oleh masyarakat.
2.4 Prospek Pelaburan dalam Pelbagai Sistem Pendidikan
Adalah sukar untuk membuat peramalan tentang prospek pelaburan dalam bidang
pendidikan kerana melibatkan beberapa pembolehubah yang sukar dikenalpasti.
Keadaaan yang tidak menentu bagi negara-negara sedang membangun dengan suasana
ekonomi yang tidak stabil di mana sistem pendidikan tidak diurus dengan begitu baik,
masalah inflasi, pasaran buruh yang tidak kompetatif dan lain-lain faktor
(Psacharopoulos,1985). Keputusan-keputusan polisi awam yang dibuat bukan
44
berdasarkan analisis kos dan faedah tetapi lebih kepada faktor sosial dan politik (Baker,
1964; Schultz, 1961; Carnoy & Levin, 1985; Hummel & Ashdown, 2002). Kajian yang
telah dibuat oleh Tsang (1988), menunjukkan beberapa kelainan di mana:
(a) kadar pulangan pelaburan sosial dan persendirian di negara membangun tahap
pendidikan rendah sentiasa tinggi berbanding dengan tahap pendidikan tinggi;
(b) kadar pulangan pelaburan (IRR) kaum perempuan adalah lebih tinggi berbanding
dengan lelaki;
(c) pada peringkat pendidikan menengah kadar pulangan pelaburan (IRR) sistem
pendidikan tradisional ialah 16% lebih tinggi berbanding pendidikan
vokasional/teknik 12%; dan
(d) pada peringkat pendidikan tinggi IRR sistem pendidikan aliran sains sosial dan
kemanusiaan lebih tingggi berbanding pendidikan vokasional. Walaupun IRR bagi
sistem pendidikan teknik/vokasional adalah rendah namun disebabkan faktor-faktor
ekonomi jangkapanjang sistem pendidikan ini terus dimajukan dan diberikan
perhatian sewajarnya oleh negara-negara membangun.
Kajian Psacharopoulos (1985) di Tanzania pada tahun 1981, menunjukkan sedikit
perbezaan di mana IRR sistem pendidikan vokasional pertanian 19% lebih tinggi
berbanding dengan IRR pendidikan biasa 9%.
Walau bagaimanapun masalah utama mengira IRR di negara membangun ialah
menggunakan data yang agak lama dan dalam ekonomi yang tidak stabil. Masalah lain
seperti inflasi yang terlalu tinggi dengan sistem harga bergerak dalam keadaan tidak
menentu, malah turun naik matawang begitu ketara contohnya di Mexico 1970-1982
45
pembiayaan pendidikan matawang semasa berubah sebanyak 3,866% berbanding dengan
Dollar Amerika cuma meningkat 941% (Tsang, 1988). Membandingkan kadar pulangan
pelaburan pendidikan antara sesuatu negara dengan negara lain adalah kurang tepat
disebabkan oleh faktor-faktor seperti sosial, politik, ekonomi, geografi dan perbezaan
sistem pendidikan di antara satu negara dengan negara yang lain (Hummel & Ashdown,
2002). Kos untuk melatih perkapita bagi seorang pelajar pendidikan vokasional adalah
tinggi berbanding dengan pendidikan akademik contohnya di Paraguay (1983) 4.2 kali,
Colombia (1981) 1.5 kali dan Chile (1969) 1.4 kali. Kajian di Thailand (l969)
menunjukkan kos purata melatih seorang pelajar jurusan teknik 4,869 bahts, jurusan
vokasional 2,971 bahts berbanding cuma 1,162 bahts bagi jurusan akademik biasa. Di
China (1988), kos melatih per/pelajar bidang vokasional automotif 1,000 Yuan satu
angka yang dianggap terlalu besar (Tsang, 1988).
2.5 Pelaburan Sosial Sektor Pendidikan
Institusi pendidikan di Eropah pada awal abad ke19 amat daif sekali, ia bergerak dalam
keadaan tidak teratur lagi menyedihkan disebabkan sumber kewangan yang terhad.
Sokongan kerajaan terhadap insititusi pendidikan amat lemah sekali, cuma dikendalikan
oleh pihak-pihak persendirian. Tiadanya sistem peperiksaan dan latihan guru yang khusus
menyebabkan pendidikan bergerak dalam keadaan tidak terurus (Peterson, 1987)
Perkembangan pendidikan dalam abad ke 20 telah menyebabkan perbelanjaan sektor
46
pendidikan negara-negara maju meningkat dengan ketara sekali. Dianggarkan dalam
tahun 1968 perbelanjaan pendidikan dunia telah meningkat 150% berbanding tahun 1960.
Walaubagaimanapun adalah sukar untuk menilai perbelanjaan pendidikan dunia kerana
data yang diperolehi tidak terkumpul, masalah tukaran matawang, masalah inflasi dan
lain-lain. Nisbah perbelanjaan kerajaan tehadap pendidikan telah meningkat dari tahun
ketahun misalnya 17.6% bagi Amerika Utara dalam tahun 1960an (Peterson, 1987) tetapi
menjelang tahun 1990an telah menurun kepada 13% (Hill, 1996) namun masih tinggi.
Bagi beberapa buah negara membangun didapati sejak tahun 1960an telah
memperuntukan lebih 20% dari perbelanjaannya, khusus untuk sektor pendidikan
termasuk Malaysia. Persoalan yang timbul ialah bagaimana budget yang besar ini boleh
mendatangkan pulangan yang setimpal. Ini kerana masalah kualiti pendidikan yang
diterima kadang-kadang tidak bermutu, selain faktor kurikulum tidak bersesuaian dengan
kehendak semasa, faktor-faktor campur tangan politik, ibubapa dan salah persepsi pelajar
itu sendiri. Persoalan lain ialah di manakah sumber kewangan hendak diperolehi bagi
membiayai sektor pendidikan terutama negara-negara membangun yang kebanyakannya
sumber telah habis digunakan untuk pembiayaan sektor-sektor lain. Pakar-pakar
ekonomi sendiri sering mempersoalkan tentang pulangan sektor pendidikan kepada
ekonomi negara, sama ada ia bersesuaian dengan pelaburan yang dibuat (Unesco, 1971).
Jurang kemajuan pendidikan antara negara maju dengan negara membangun semakin
ketara. Kerjasama untuk memaju sektor pendidikan kurang berkesan dan boleh dikatakan
negara maju kurang memberikan kerjasama dalam memajukan sektor pendidikan di
negara membangun. Pulangan pelaburan pendidikan negara maju dengan negara
membangun menjadi semakin ketara oleh kerana kualiti pendidikan yang diterima oleh
47
negara maju dan membangun berbeza. Negara maju seolah-olah enggan memindahkan
teknologi pendidikan kepada negara membangun, malah mengenakan syarat-syarat yang
ketat. Beberapa halangan lain juga menyebabkan pulangan pelaburan sektor pendidikan
negara membangun kurang memuaskan antaranya nisbah murid dan guru yang rendah,
peratus penduduk bawah 15 tahun yang ramai mengakibatkan kos sosial meningkat (78%
penduduk bawah 15 tahun berada di negara-negara membangun), malah lebih
mengusutkan ialah kurikulum lama yang masih diajar langsung tidak mencerminkan
sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi. Halangan-halangan tradisi masyarakat
yang mengangap ilmu duniawi tidak penting dan bercanggah dengan amalan agama juga
menyebabkan potensi peningkatan pelaburan pendidikan tidak menggalakkan
peningkatan (Bertaux, 1971). Kemelut politik dan tradisi ini seharusnya diberikan
perhatian sewajarnya supaya tidak menganggu pendemokrasian dan penglobalisasian
sistem pendidikan dunia.
Pendemokrasian pendidikan adalah salah satu cara yang dikatakan boleh mendatangkan
kesan positif ke arah melahirkan individu yang berpotensi dan dapat memberikan
sumbangan besar kepada prospek pelaburan dalam sektor pendidikan. Semakin ramai
individu yang berpendidikan semakin luaslah potensi ekonomi negara untuk berkembang,
persoalannya di manakah sumber awam harus diperolehi untuk membiayainya. Bagi
negara yang bilangan penduduk optima fenomena sumber pembiayaannya tidak
mendatangkan masalah tetapi negara yang ramai penduduk seperti India, China dan
negara Latin Amerika banyak sumber kewangan mereka terpaksa digunakan bagi
membangunkan sektor sosial yang lain. Kadar keciciran yang tinggi menjadi penghalang
48
ke arah pendemokrasian pendidikan dibeberapa buah negara malah di Amerika Syarikat
sendiri walaupun penduduk kulit hitam meliputi 12% layak ke kolej tetapi cuma 6%
sahaja didapati mendaftar diri di kolej. Malaysia agak beruntung kerana 96.7% murid-
murid berumur 6-12 tahun telah menghadirkan diri ke sekolah-sekolah rendah, sementara
75% ke sekolah-sekolah menengah (Omar, 1991). Kini Malaysia melalui Kementerian
Pelajaran telah melaksanakan peraturan pendidikan wajib bagi pelajar-pelajar sekolah
rendah melalui skim persekolahan percuma bantuan kerajaan mulai tahun 2004.
Berdasarkan tahun 1983 Kementerian pelajaran telah membelanjakan RM 744 setahun
bagi tiap-tiap pelajar sekolah rendah sementara bagi pelajar sekolah menengah RM
1,096. Bagi pelajar peringkat universiti tempatan kerajaan telah membelanjakan hampir
RM 12,424 setahun, ini merupakan satu pelaburan yang besar bagi sebuah negara kecil
seperti Malaysia. Untuk tempoh persekolahan darjah satu hingga ke peringkat Universiti
Malaysia telah membelanjakan lebih kurang RM 49,500 selama 17 tahun (Omar,
1991). Variasi kos operasi bagi sesebuah sekolah menengah adalah berbeza, kos
pengurusan bagi sekolah bandar (bersaiz besar) hampir mencecah angka RM 2,254,088
setahun dengan purata kos per-pelajar RM 2,096. Menurut Omar (1991), kerajaan telah
berbelanja terlalu banyak perolehannya terhadap sektor pendidikan (17% perbelanjaan
negara di masa kemelesetan ekonomi 1990), ini tidak termasuk perbelanjaan ibubapa
sendiri yang terpaksa menanggung kos pendidikan anak-anak mereka. Kesilapan memilih
kursus juga menyebabkan kerajaan dan ibubapa menyebabkan para lepasan institusi
pendidikan tidak berjaya memperolehi pekerjaan yang bersesuaian. Kegagalan ini
menjejaskan potensi daya saing mereka dan merupakan satu pembaziran sumber yang
melibatkan kos lepas. Jurusan yang tidak bersesuaian dengan pekerjaan yang dijawati
49
oleh para pelajar yang merupakan ‘pelabur’ adalah satu kegagalan, ini ditambah lagi
sekiranya mereka terpaksa menunggu dalam jangkamasa agak lama bagi mendapatkan
pekerjaan yang bersesuaian dengan tingkat pendidikan mereka.
Sistem pendidikan terdedah kepada tekanan dari dalam dan luar negara. Tekanan dari
dalam berpunca dari penyalahgunaan dan percanggahan dalam sistem itu sendiri.
Kebuntuan ini menyebabkan kita perlu menguji semua strategi dan menyemak semula
beberapa pilihan demi perkembangan dan masa depan sistem pendidikan negara. Di masa
lalu ilmu sains dan teknologi tidak pernah membuktikan dengan nyata setakat mana
kekuasaan dan keupayaannya merubah pembangunan dunia. Penyelidikan dan inovasi
sains terbukti berlaku dengan cepat dan tidak terhad sebarannya keserata pelusuk dunia.
Jurang antara penemuan sains dengan pengguna semakin kecil. Manusia telah mengambil
masa 112 tahun untuk mencipta teknik fotografi gunaan, tetapi kini penemuan kuasa solar
cuma mengambil masa 2 tahun sahaja telah boleh dimanfaatkan. Di akhir kurun ke 19,
penemuan injin pembakaran kebuk telah membolehkan kenderaan bergerak 140 km
sejam, menjelang tahun 1945 dengan penciptaan injin jet menyebabkan kapal terbang
bergerak 10 kali lebih laju dari itu. Hari ini angkasawan boleh terbang di angkasa selaju
40,000 km sejam. Salah satu sebabnya ialah jurang pendidikan kini dan masa lalu amat
ketara perbezaannya. Generasi kini lebih beruntung kerana dapat belajar tanpa banyak
halangan [Lebih 90% ahli sains dan pencipta hidup di zaman ini] (Hale, 1969).
Kemajuan pendidikan di negara membangun diharap dapat melahirkan lebih ramai ahli
penyelidik yang boleh memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara terutama
50
negara membangun. Ini kerana jurang kekayaan negara maju dengan membangun
semakin ketara. Negara maju memiliki kekayaan dengan penduduk yang kecil [nisbah
KDNK dan Penduduk (80:30)] berbanding negara membangun (18:70) (Pearson, 1969).
Pengangguran nyata dan tidak nyata dikalangan belia, seharusnya tidak berlaku sekiranya
mutu pendidikan yang diterima sesuai dengan kehendak semasa. Masalah mobiliti
manusia yang lambat menyukarkan kesampaian teknologi pendidikan terutama di negara
membangun. Infrastruktur pendidikan cuma terhad di beberapa bahagian yang mudah
dihubungi di sesebuah negara merupakan halangan utama kesampaian teknologi
pendidikan kepada rakyat. Kehabisan sumber alam menyebabkan beberapa negara gagal
memajukan institusi pendidikan mereka. Pendidikan bukanlah satu-satunya alat yang
boleh membantu kemajuan ekonomi sesebuah negara. Ia cuma faktor perantara sahaja.
Modal dan sumber yang banyak adalah faktor utama kekayaan sesebuah negara dan harus
diimbangi dengan ilmu pengetahuan yang bersesuaian. Pertumbuhan penduduk yang
tinggi di negara membangun (lingkungan 3%) seharusnya diimbangi dengan
pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi daripadanya. Penduduk muda yang ramai
menyebabkan sumber-sumber dana modal pembangunan digunakan untuk kegunaan
sosial, telah menjadi halangan pembangunan fizikal sesebuah negara.
Akibat kekurangan sumber kewangan bagi pembangunan sosial, sejak kurun ke 19,
penerokaan hasil bumi telah merosakkan alam sekitar. Di Afrika, Amerika Selatan dan
Asia lebih kurang 500 juta hektar tanah pertanian telah lenyap akibat hakisan. Sementara
2/3 hutan dunia telah musnah akibat penerokaan untuk aktiviti pertanian dan ini amat
membimbangkan. Di Amerika Syarikat setiap seminit 2 hektar tanah musnah akibat
51
pembinaan jalanraya, perumahan dan lain-lain (U Thant, 1970). Di Russia kerajaan
terpaksa menampung pembiayaan pendidikan yang tinggi dan dianggarkan 9.5 juta
kanak-kanak didaftarkan di tadika sahaja (Edgar, 1977). Sepatutnya kekurangan dana
pendidikan bukanlah dijadikan alasan untuk memusnahkan alam sekitar tetapi pendidikan
seharusnya dijadikan alat untuk menjaga alam sekitar. Penemuan-penemuan teknologi
baru (kemajuan pendidikan) jelas sekali banyak memusnahkan alam sekitar, kesannya
lapisan ozon semakin menipis, suhu dunia semakin meningkat dan kehidupan manusia
semakin terancam oleh penciptaan senjata moden. Pendidikan kerohanian telah semakin
terpinggir dengan itu lahirlah manusia-manusia robot yang mementingkan aspek
kekayaan fizikal sahaja. Bantuan antara bangsa pendidikan terlalu perlahan kepada
negara-negara membangun, menyebabkan penyebaran maklumat tidak menyeluruh
dikalangan masyarakat dunia. Negara maju seolah-olah cuba memonopoli teknologi
pendidikan sahaja sejak awal lagi, tanpa ada usaha bersungguh-sungguh untuk membantu
negara membangun yang masih baru lagi lemah. Negara maju bimbang negara
membangun cepat maju dan mereka hilang tempat untuk memasarkan barangan mereka
lebih-lebih lagi teknologi angkasalepas dan nuklear.
Jadual 2.2: Bantuan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu 1970-71
Negara Penerima Jumlah (RM Juta)
Negara MembangunNegara SosialisBantuan SwastaLain-lain
769200400400
Sumber: Phillip H.M (1971). International Cooperation in Education. Paris: Unesco
52
Bantuan pinjaman bersyarat ketat yang dikenakan oleh negara maju kepada negara
miskin menghalang negara miskin membuat pinjaman. Kadar bunga 6.5-7% (Bank
Dunia) yang dikenakan amat tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi negara itu sendiri.
Pengganda ekonomi bagi sektor pendidikan terlalu kecil berbanding dengan sektor
ekonomi lain. Ini kerana ia bersifat perantara ekonomi bukan secara langsung. Umumnya
bantuan pendidikan samada pinjaman ataupun subsidi gagal dimanfaatkan oleh negara
miskin atau membangun (Edgar, 1977).
Konsep pendemokrasian sistem pendidikan telah diterima umum di peringkat
antarabangsa. Masyarakat seharusnya diberikan pendidikan sehingga peringkat tertinggi
tanpa sebarang halangan ekonomi. Setiap individu bebas memilih bidang pendidikan
mereka dan sistem pendidikan mestilah lebih fleksibel bagi memenuhi permintaan orang
ramai (Edgar, 1977). Pendidikan demokrasi mesti menjadi persediaan untuk amalan
demokrasi sebenarnya dalam sesebuah negara. Banyak negara masih enggan mengakui
hakikat demokrasi sebenarnya, mereka enggan menyerahkan kuasa kepada rakyat.
Pendidikan demokrasi tidak boleh dipisahkan dari amalan politik. Campur tangan politik
keterlaluan menyebabkan institusi pendidikan menjadi lemah. Institusi pendidikan yang
lemah akan menyebabkan mutu pendidikan itu juga lemah akhirnya mendatangkan kesan
kepada graduan yang keluar untuk mencari pekerjaan. Malah bagi negara membangun
apalah tawaran pekerjaan yang ada untuk memenuhi permintaan lepasan persekolahan
mereka. Pendidikan seharusnya diimbangi dengan kemajuan ekonomi supaya dapat
menyerap lebihan tenaga kerja.
53
Pendemokrasian pendidikan mempunyai beberapa percanggahan dengan konsep
globalisasi. Pembiayaan kerajaan yang keterlaluan serta berterusan dengan pemberian
subsidi secara langsung ataupun tidak langsung melalui hasil cukai dikatakan
melemahkan daya saing individu. Individu yang tidak berdaya terus dibantu dikatakan
boleh merugikan masyarakat melalui penggunaan dana awam. Ia sepatutnya digunakan
kepada pelaburan yang lebih berfaedah kepada ekonomi. Bagi negara-negara ideologi
kapitalis persaingan yang sihat melalui penggunaan merit akan menghasilkan keluaran
pendidikan yang bermutu. Bantuan hendaklah diberikan kepada mereka yang mempunyai
potensi ingin berjaya sahaja tanpa mengira warna kulit dan jantina.
Globalisasi selalu dikaitkan dengan perdagangan dan ekonomi sahaja, malangnya
beberapa aspek selalu diabaikan. Globalisasi memerlukan kontrek sosial antara beberapa
buah negara bukan terhad kepada kontrek sehala yang mana menguntungkan beberapa
buah negara maju sahaja (Neil, 1994). Selepas kejadian 11 september, globalisasi telah
menjadi semakin tidak adil. Pergerakan teknologi maklumat telah semakin diawasi,
beberapa ilmu terutama yang berkaitan dengan nuklear, angkasalepas dan teknologi
persenjataan telah disekat. Negara membagun tidak dibenarkan mempelajari maklumat
eklusif ini (Alberto, 2002). Ramai individu yang tidak bersalah dicap sebagai pengganas
dan harus dimusnahkan. Pengawalan teknologi dan pengetahuan dalam jangkapanjang
boleh melemahkan beberapa buah negara dari segi daya saing tenaga kerja untuk
mempelajari apa saja kemahiran. Seseorang individu itu tidak harus disekat daripada
mempelajari ilmu pengetahuan bagi mempertingkatkan kemahirannya. Globalisasi tidak
seharusnya terhad kepada ekonomi dan perdagangan sahaja ia seharusnya meliputi
54
pergerakan modal, pelaburan, kewangan dan ilmu pengetahuan serta mobiliti buruh tetapi
ini selalu diabaikan oleh negara maju. Mereka enggan membuka sempadan mereka untuk
buruh yang berlebihan di negara membangun bergerak ke negara mereka bagi
memperolehi pekerjaan (Douglas, 1997). Upah di negara maju lebih tinggi berbanding
dengan negara membangun, pembukaan sempadan akan memberikan satu dimensi baru
dalam pengiraan prospek pelaburan pendidikan supaya lebih berdayasaing. Globalisasi
juga akan melahirkan pengguna yang bijak dengan pemilihan barangan yang berkualiti.
Pelabur akan cenderung menghasilkan barangan yang berkualiti, murah melalui
penggunaan buruh yang berkemahiran tinggi. Pergerakan modal yang tidak dihalang
membolehkan banyak pelaburan dilakukan di negara membangun, ini memberi ruang
potensi tenaga buruh di negara tersebut digunakan sepenuhnya melalui peluang-peluang
pekerjaan. Malangnya, kebanyakan pelabur asing lebih mementingkan keuntungan
jangkapendek dengan memberikan upah yang tidak berpatutan. Fenomena ini akan
memberikan herotan dalam analisa kos-faedah pelaburan (Ohmae, 1995).
2.6 Pelaburan Pendidikan Wanita
Sistem pendidikan wanita telah berkembang dengan pesatnya sejak seratus tahun yang
lalu (Peterson, 1987). Sebelum tahun 1850, kemasukan wanita dalam institusi pengajian
tinggi dihalang sama sekali, bagi golongan bangsawan remaja wanita biasanya menerima
pendidikan di dalam rumah oleh guru-guru persendirian. Bagi golongan ‘Nazi’ mereka
percaya perempuan hanya layak bekerja di dapur sahaja oleh sebab itu perkembangan
pendidikan wanita hanya berkembang dalam kumuniti-kumuniti Protestant di Eropah
55
Barat dan Amerika Utara sahaja. Wanita dikatakan berminat kepada aktiviti yang
bercorak sastera dan kemanusiaan, penceboran wanita dalam bidang teknikal amat kecil
(Shertzer dan Stone, 1971). Oleh kerana peluang pekerjaan di kalangan wanita agak
terhad maka dikatakan pulangan pelaburan mereka juga kecil berbanding lelaki. Di
beberapa negara maju diskriminasi warna kulit dan jantina masih lagi kedapatan, wanita
tidak diberikan peluang sewajarnya untuk menikmati peluang-peluang pendidikan dan
pekerjaan (Walkerdine & Lucey, 1989). Bagi negara membangun, peningkatan ekonomi
agak perlahan menghadkan pergerakan buruh ditambah dengan tradisi mengutamakan
lelaki dalam pendidikan menyebabkan wanita tidak dapat memainkan peranan aktif
dalam ekonomi (Bergmann,1974). Beberapa halangan lain terpaksa dihadapi oleh wanita
dalam dunia pekerjaan. Majikan cenderung mengambil pekerja lelaki kerana beberapa
pekerjaan yang melibatkan aktiviti lasak cuma sesuai dengan sifat lelaki. Wanita
dikatakan sering mengambil cuti dan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka bagi
menumpukan perhatian kepada pengurusan rumahtangga. Sumbangan wanita amat terhad
kepada ekonomi secara langsung tetapi apakah methodologi yang hendak digunakan bagi
sumbangan wanita kepada KDNK negara kerana mereka juga mempunyai sumbangan
tidak langsung. Pekerjaan mereka sebagai surirumah seperti menjaga anak mempunyai
nilai kepada ekonomi dan sering diabaikan dalam pengiraan KDNK dan kos-faedah
pelaburan. Ia melibatkan ‘kos lepas’ bukan sedikit sekiranya wanita memilih untuk
bekerja di luar rumah. Wanita yang berkahwin dikatakan tidak mempunyai mobiliti
dalam dunia pekerjaan, mereka terikat dengan tradisi keluarga lebih-lebih lagi di negara
membangun. Dunia wanita dalam pekerjaan dikatakan telah mati selepas mereka
mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Dominasi dan persepsi lelaki dalam
56
beberapa bidang pekerjaan merupakan halangan utama wanita untuk berjaya dalam
beberapa bidang pekerjaan yang sebenarnya wanita juga boleh melakukan (Jenkin, 1999).
Bagi Plato seorang ahli falsafah lama, beliau menegaskan pendidikan seharusnya tidak
terhad kepada golongan lelaki sahaja, wanita juga seharusnya diberi peluang yang sama
untuk menuntut ilmu (Sulaiman, 1968).
2.7 Perkembangan Industri Negara
Sejak negara mencapai kemerdekaan pola perindustrian negara telah berubah dengan
begitu ketara sekali, di mana sektor perkilangan telah menyumbang sebahagian besar
kepada KDNK negara. Pada tahun l990, kira-kira RM 21,340 juta (26%), KDNK negara
adalah daripada sektor perkilangan seterusnya tahun l993 telah meningkat kepada RM
30,324 juta (30.2%), pada tahun l996 meningkat kepada RM 45,201 juta (34%) dan pada
tahun 2000 meningkat kepada RM 59,863 juta (30%). Begitu juga sumbangan kepada
eksport negara, sektor ini telah berkembang dengan pesatnya. Contohnya dalam tahun
1970 RM 568 juta (11%) terdiri daripada eksport barangan perkilangan, tahun l990 RM
44,110 juta (62%), tahun l993 RM 85,745 juta (73%), tahun l995 RM 75,403 juta (82%)
dan seterusnya tahun 1999 meningkat kepada RM 308,600 juta (85%). (Buku Tahunan
Perangkaan 2000).
Sumbangan sektor ini kepada gunatenaga negara memang tidak dapat kita nafikan lagi di
mana dalam tahun l990 kira-kira l.3 juta (l9%) pekerja di negara kita terlibat dalam sektor
perkilangan, terus meningkat pada tahun 1993 kepada l.7 juta (23%), tahun l996 2.1 juta
57
(26%) dan seterusnya tahun 2000 2.3 juta orang (27%). Daripada perangkaan di atas
kita tidak dapat nafikan keperluan tenaga mahir negara semakin meningkat dengan ketara
sekali sejajar dengan pembangunan sektor perindustrian. Berdasarkan statistik tidak rasmi
kira-kira 2 juta orang pendatang asing berhijrah ke Malaysia (tahun 1999) bagi mencari
peluang-peluang ekonomi samada dalam sektor pembinaan ataupun dalam sektor
perkilangan. Pendidikan teknik dan vokasional amatlah diperlukan bagi memenuhi
permintaan perburuhan yang semakin ketara dalam sektor bidang perindustrian.
Penekanan yang berterusan dalam sistem pendidikan seperti ini harus diberikan
perhatian, malangnya menurut kajian M. Sohor (l994), mendapati pendidikan teknik di
sekolah-sekolah luar bandar pencapaian mereka kurang memberangsangkan berbanding
dengan pelajar-pelajar yang tinggal di bandar. Kajian am oleh Faridah (l993)
mengenalpasti banyak faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-
pelajar di sekolah-sekolah menengah teknik terutama dari segi profil pelajar yang
memasuki institusi berkenaan di mana kurang baik pencapaiannya dalam PMR. Kajian
oleh Law (l988), pula menunjukkan sikap negatif oleh sebilangan pelajar dalam
matapelajaran Sains Pertanian. Inilah beberapa faktor yang menyebabkan mutu keluaran
pelajar sekolah-sekolah vokasional kurang baik dalam SPMV.
Corak pendidikan pada masa depan akan dipengaruhi oleh permintaan ekonomi iaitu
untuk membekalkan tenaga manusia yang berkualiti dalam perlbagai bidang dan
peringkat kemahiran bagi menggerakkan pembangunan perindustrian, perdagangan dan
perkhidmatan. Pelbagai ragam tenaga manusia terlatih dan terdidik diperlukan untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Dasar pengswastaan, AFTA dan globalisasi
58
sudah tentu akan menentukan halatuju para pelajar untuk mejurus dalam bidang
pendidikan berprestij tinggi di pasaran (Ishak, 1994). Lepasan pendidikan yang kurang
cemerlang atau tersilap perhitungan bidang pendidikan akan terabai dan kadang-kadang
boleh mendatangkan permbaziran sumber/masalah sosial jika tidak dikendalikan dengan
baik. Yang jelas sistem pendidikan Malaysia kini harus selari dengan perkembangan
sektor perindustrian, jika hendak dihargai oleh pasaran swasta. Pihak swasta sama ada
sektor industri atau perkhimatan akan menentukan kriteria dan cara calon dipilih untuk
sesuaitu pekerjaan, karier dan ganjaran yang berpatutan. Peluang di sektor awam
memang terhad kini kesan-kesan dasar pengswastaan dan persyarikatan Malaysia yang
dulunya didominasi oleh golongan Bumiputera, pekerjaan kini berfokuskan kepada
peluang yang disediakan oleh pihak swasta. Aliran pendidikan yang diikuti oleh
kebanyakan kaum Bumiputera membawa kepada hasil yang kurang menguntungkan dari
segi pelaburan jangkapanjang berbanding dengan kaum bukan Bumiputera (Ishak, 1994).
Pemilihan kursus yang mudah lulus, cukup makan dan kurangnya penguasaan bahasa
asing terus menghantui pelajar Bumiputera dalam persaingan merebut peluang pekerjaan.
Minat terhadap sains dan teknologi tidak mencukupi tanpa minat dalam bidang ilmu
ekonomi dan perdagangan untuk bersaing dengan kaum bukan Bumiputera dalam
merebut peluang ekonomi. Pada masa depan nilai sijil, kemahiran dan ijazah amat
ditentukan oleh pasaran tenaga kerja, bukan individu tertentu. Pengswastaan dan
pengkoperatan, telah membuka dimensi baru arena pekerjaan, swasta memainkan
peranan penting penerima produk lepasan pendidikan bukan lagi agensi awam. Oleh itu
pendidikan awam ataupun swasta pada masa depan hendaklah diselarikan dengan
kehendak pasaran semasa tanpa mengabaikan aspek-aspek kenegaraan. Pada masa depan
59
dijangkakan Asia Timur akan menjadi kawasan paling pesat membangun (Ishak, 1994).
China dan negara-negara Asia Timur yang lain akan menjadi persaingan utama bagi
kemasukkan pelaburan asing. Penawaran tenaga kerja seharusnya diberikan pehatian
serius memandangkan daya saing dari segi upah yang murah tidak lagi berpihak kepada
Malaysia. Kualiti Buruh perlu diberikan perhatian, bukan sahaja dari segi kemahiran
malah penguasaan bahasa antarabangsa seharusnya tidak diabaikan. Walaupun dari aspek
kestabilan politik Malaysia mempunyai kelebihan, namun perhatian terhadap pergerakan
kesatuan sekerja juga harus tidak dipandang remeh. Ini kerana tekanan yang berlebihan
oleh kesatuan sekerja juga boleh melemahkan negara dari segi dayasaing penawaran
buruh.
Daya saing ekonomi negara di era ini amat bergantung kepada kesediaan masyarakat
industri, usahawan kecil & sederhana dan para pekerja yang mempunyai kemahiran
dalam ICT (komunikasi maklumat). Melalui penggunaan maklumat dan ilmu secara
intensif negara dengan bantuan pelabur-pelabur boleh meningkatkan produktiviti dan
menghasilkan barangan berkualiti. Unjuran sekarang menunjukkan Malaysia
meningkatkan KDNK sebanyak empat kali ganda dalam tempuh 20 –25 tahun akan
datang jika ekonomi Malaysia berasaskan maklumat dan setiap pekerja dilengkapkan
dengan kemahiran ICT (Hizamnuddin, 2002). ICT bukan sahaja sebagai alat yang
membantu negara meningkatkan daya saing dalam ekonomi global malah merupakan
cara utama negara boleh mencapai matlamat Wawasan 2020. Pendedahan ICT kepada
pelajar-pelajar di sekolah seharusnya tidak boleh diabaikan begitu sahaja demi mencapai
wawasan negara. Sejarah telah membuktikan tamadun dunia era lalu menunjukkan
60
kepada kita bahawa sebarang perkembangan ekonomi, penghasilan pengeluaran dan
penjanaan keuntungan akan melibatkan tiga sumber utama iaitu kekerasan, kekayaan dan
‘pengetahuan’. Kekerasan kini telah digantikan dengan undang-undang, dijangkakan
pada masa depan modal dan kekayaan akan digantikan dengan ilmu dan pengetahuan. Di
abad ke-21 ini, dalam dalam sistem ekonomi digital pengetahuan akan menjadi aset
penting untuk membina kekayaan dan kemakmuran.
2.8 Kos Pelaburan
Kos ialah sebarang pengorbanan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu barangan yang
boleh memberi utiliti ataupun keuntungan. Bagi seseorang pengguna kos mendapatkan
sesuatu barang akan melibatkan harga dan kos lepas. Ini kerana pengguna tidak mungkin
dapat membeli sesuatu barangan tanpa mengorbankan barangan lain disebabkan oleh
sumber-sumber yang terhad (Levin, 1983). Oleh itu pengguna terpaksa menghadapi dua
jenis kos iaitu kos langsung yang diukur dengan wang ringgit dan kos tidak ketara yang
melibatkan kos lepas. Bagi masyarakat keseluruhannya kos langsung mereka ialah
sesuatu rancangan pembangunan kerajaan dari segi perbelanjaan untuk melaksanakan
sesuatu projek. Ini bermakna ada projek lain yang terpaksa ditangguh oleh pihak
pemerintah. Kerajaan sentiasa perlu menimbangkan di antara beberapa jenis rancangan
yang mempunyai prioritinya tersendiri, kadang-kala “kos” untuk membina sesebuah
sekolah itu akan melepaskan projek pembinaan hospital dalam tahun yang sama ( A.
Mahzan, 1979; Quade, 1995).
61
Kos sendirian pula ialah pengorbanan berbentuk wang ringgit yang ditanggung sendiri
oleh pengguna daripada pembelian dan penggunaan barangan “X” manakala “kos
sosial” ialah kesan kepada orang ramai dari pembelian oleh pengguna tersebut. Contoh
yang jelas ialah dalam perlaksanaan projek perindustrian, di mana ia melibatkan kos
sendirian dan kos sosial. Kos sendirian ialah segala perbelanjaan menubuh dan
menjalankan aktiviti firma seperti bangunan, ladang, kilang dan buruh manakala kos
sosial ialah bahan-bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh operasi kilang tersebut di
mana menyebabkan aktiviti perikanan tidak dapat dijalankan. Malangnya kos ini tidak
dihitung oleh pengusaha kilang tersebut semasa memulakan operasi pengeluaran kilang
mereka, malah kos ini terpaksa ditanggung pula oleh masyarakat. Kos berubah diambil
daripada istilah ekonomi tulin, di mana akan berubah sepanjang tingkat pengeluaran
samada dalam jangkapendek ataupun panjang. Tsang (1988), telah mengklasfikasikan
beberapa aspek kos dalam kajian ekonomi pendidikannya. Kos Persendirian termasuklah
yuran tuisyen, yuran sekolah, persatuan kelab selain dari pengangkutan, buku dan lain-
lain. Kos tak langsung dikenali sebagai “kos melepas” yang terpaksa ditanggung oleh
pelajar kerana melanjutkan pelajaran. Kos Institusi pula terdiri dari kos semasa seperti
gaji guru, pentadbiran, buku teks dan alat-alat pengajaran yang lain sementara kos modal
terdiri daripada bangunan, kelengkapan, tanah dan lain-lain. Kos dalam kajian pendidikan
agak sukar hendak dibezakan kerana ujudnya kos terlindung/tidak langsung. Lain-lain
masalah ialah kos di antara kumpulan etnik, antara sesuatu sekolah agak berbeza dengan
yang lain (Monk & King; Barnett, 1993). Bagi Chamber (1999), kos pelaburan dalam
pendidikan hendaklah disebarkan disepanjang tempoh pembelajaran pelajar. Penggunaan
62
harga benar perlu terima pakai dengan mengambilkira indek harga pengguna dalam
menganalisa kos/faedah.
Jadual 23. :Kos Sosial dan Persendirian dalam Pendidikan
Kos Sosial Langsung Kos Persendirian LangsungGaji guru dan kakitanganPerbelanjaan pengurusan & penyelenggaraanLain-lain perbelanjaan seperti buku dan lain-lainSewa
YuranAlatulisBukuPengangkutandan lain-lain
Kos Sosial Tak Langsung Kos Persendirian Tak LangsungPendapatan sosial terlepas Pendapatan persendirian terlepas
Sumber: Woodhall (1970)
Kajian tentang analisa kos agak komplek dari yang disangkakan. Budget-budget yang
dirancang oleh pihak sekolah bukanlah mencerminkan kos sebenar. Pelbagai formula
baru telah digunakan untuk menganalisis kos pendidikan. Untuk itu, ia melibatkan
pembinaan soalselidik, protokol, penyeliaan dan penggunaan data-data statistik semasa
(Barnett, 1993). Kajian yang dijalankan juga tidak boleh dihadkan masanya malah
penggunaan data dari kajian lain hendaklah dielakkan (Rice & Schneider, 1997).
2.9 Penilaian Projek
Langkah pertama ke arah suatu perusahaan yang berjaya ialah untuk mengenalpasti
keluaran yang berpotensi menguntungkan. Golden key to success is “get in the right
business at the right time”. Perbezaan pelaburan dalam pendidikan dan industri tidak
63
menghalang kaedah penilaian projek pelaburan industri digunakan dalam menganalisa
projek pelaburan pendidikan (Schultz, 1961).
Kriteria pemilihan pelaburan boleh dibahagikan kepada:
a. pelaburan untuk memenuhi permintaan semasa yang belum pernah dilayan;
b. pelaburan untuk memenuhi permintaan lebihan dalam pasaran semasa; dan
c. pelaburan yang boleh bertanding dengan pelaburan-pelaburan lain yang serupa.
Kerap wujud keadaan di mana terdapat kekurangan bekalan sesuatu jenis keluaran dalam
pasaran. Dalam keadaan ini pelabur akan menambah keluaran/pelaburan barang
berkenaan kecuali jika terdapat sekatan keatasnya (contohnya kekurangan input seperti
buruh). Jadi terpaksa dikaji faktor-faktor yang menyebabkan kekurangan tersebut
sebelum memulakan pelaburan.
2.9.1 Penciptaan Pelaburan/Projek
Terdapat dua pendekatan digunakan:
a. mengenalpasti keperluan (identifying need) terlebih dahulu dan kemudian jenis produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan pasaran; dan
b. mengenalpasti produk terlebih dahulu dan kemudian menentukan sejauhmanakah keperluan terhadap produk berkenaan.
Keperluan semasa mungkin dapat dipenuhi secara tidak efisyen dan melibatkan kos yang
tinggi ataupun ianya tidak dapat dilayan langsung oleh pelabur. Dalam kes pertama,
produk telah dikenalpasti dan apa yang perlu dilakukan ialah mengeluar dengan lebih
64
cekap dan pada kos yang lebih rendah. Dalam kes kedua ianya melibatkan daya cipta,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat mengeluarkan produk yang dapat
selaras dengan kehendak pasaran.
Di antara langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah:
a. mengkaji pasaran semasa -sumber utama ialah penyelidikan-penyelidikan oleh pihak-pihak kerajaan ataupun kajian-kajian lepas; dan
b. penapisan idea pelaburan -pada peringkat ini kemungkinan pelabur (pihak kerajaan) terpaksa mengenal pasti apa-apa sekatan, monopoli, kekurangan ataupun sebab-sebab lain yang menyebabkan salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran tidak diperolehi pada kos yang munusabah.
2.9.2 Pemeringkatan bandingan pelaburan
Selepas melakukan proses penapisan pelaburan maka memeringkatkan produk/projek
cadangan mengikut kajian kemungkinan perlu bagi pelaburan-pelaburan berkenaan. Di
antara pemerhatian yang penting dilakukan termasuklah pasaran semasa, keperluan
semasa, kos dan risiko.
Rajah 2.2: Pemeringkatan Bandingan Pelaburan
(Perancangan)
Kenalpasti matlamat jangkapanjang/jangkapendek
Membentuk program tindakan & aktiviti yang releven.
65
Membentuk belanjawan
(Kawalan)
Mengukur dan menilai prestasi
Mempertimbangkan semula matalamat dan program tindakan.
Sumber: Atkinson (1997), Management Accounting.
2.9.3 Beberapa kriteria pelaburan
Aspek yang terpenting dalam penilaian projek ialah proses membuat keputusan samada
untuk menerima, mengubahsuai, menangguhkan atau menolak sama sekali sesuatu projek
tersebut berasaskan kepada beberapa kriteria yang efisyen. Penilaian pula selalunya
berasaskan kepada penyata aliran tunai projek berkenaan yang disediakan semasa
membuat analisa kewangan projek tersebut (Atkinson, 1987 & Dewhurst, 1972). Di
antara beberapa kreteria pelaburan yang kerap digunakan ialah:
a. kriteria jangkawaktu penerimaan balik pelaburan (the payback criterion);
b. kriteria pulangan ke atas modal yang digunakan (return on capital employed, ROCE);
c. kriteria nilai kini bersih (net present value-NPV);
d. kriteria kadar pulangan dalaman (internal rate of return-IRR); dan
e. kriteria nisbah kos-faedah (cost-benefit ratio).
66
2.9.4 Kriteria Jangkawaktu Penerimaan Balik Pelaburan
Ia juga dikenali sebagai “pay-off period” “capital recovery period” dan “cash recovery
period”. Mengikut kriteria ini sesuatu pelaburan akan dipilih jika sekiranya hasil bersih
tidak terdiskaun projek tersebut dapat menutup sepenuhnya jumlah pelaburan di awal
hayat projek tersebut (kadar bunga r=0 digunakan). Projek-projek yang mempunyai
jangkamasa singkat penerimaan balik keuntungan adalah bersesuaian menggunakan
kaedah ini. Namun begitu bagi projek yang mempunyai jangka hayat panjang seperti
dalam pendidikan tidak sesuai menggunakan kaedah ini. Kelemahan utama kaedah ini
ialah tidak mengambil kira nilai masa wang (time value of money). Masalah ini dapat
diatasi dengan mendiskaunkan aliran tunai sesuatu projek berkenaan.
2.9.5 Pulangan ke atas modal yang digunakan (ROCE)
Pada asasnya ia dianggarkan sebagai nisbah keuntungan yang dihasilkan berbanding
dengan perbelanjaan modal, disebut dalam peratusan. Namun begitu (pelaburan dalam
pendidikan) sukar untuk menentukan samada pendidikan insaniah sebagai pelaburan
modal (Schultz & Mc Mahon, 1974). Terdapat berbagai cara bagaimana keuntungan dan
67
perbelanjaan modal dianggarkan tetapi pada kebiasaannya keuntungan (sebelum dicukai)
dinilai selepas ditolak susutnilai.
ROCE = Keuntungan purata/modal purata.
2.9.6 Nilai Kini Bersih (NPV)
Selain daripada mengambilkira perbezaan pendapatan yang bakal diperolehi, seseorang
bakal pelabur dalam beberapa bidang pendidikan perlu mempertimbangkan setiap kos
ringgit yang dibelanjakan. Bandingan ini terpaksa mengambilkira kadar asas bank
(faedah) dalam beberapa jangkamasa tertentu. Kadar diskaun terpaksa digunakan kerana
ia melibatkan kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan persendirian ke
atas wang yang dibelanjakan dalam pelaburan pendidikan tersebut. Ini bermakna nilai
ringgit yang dibelanjakan sekarang tidak sama dengan nilai satu ringgit yang diterima
pada masa depan disebabkan oleh faktor-faktor inflasi dan kos lepas. Oleh itu kadar
faedah yang diunjurkan haruslah mengatasi kadar inflasi semasa (Haflah Pei,1986). Hasil
kajian oleh Majidah Hashim (1997), beliau mencadangkan penggunaan kadar diskaun
13% bagi projek-projek bukan pelaburan nampak adalah bersesuaian dan boleh diterima.
Sekiranya kadar pulangan dalaman pendidikan (IRR) melebihi angka tersebut ini
menunjukkan pelaburan tersebut berdaya maju dan tidak harus ditolak. Kadar ini boleh
berubah berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh ‘Unit Perancangan Ekonomi’.
Apakah proses pendiskauan? Salah satu sifat sesuatu pelaburan adalah perbelanjaan kos
dan penerimaan faedah berlaku dalam jangkawaktu berasingan. Oleh sebab itu RM 1
68
yang diterima pada tahun 1 tidak setara nilainya pada tahun ke 5. Kita tidak boleh
mencampur RM 1 yang kita terima pada tahun ini dengan 10 tahun akan datang kerana
nilainya tidak sama. Keadaan ini timbul disebabkan kadar pilihan masa yang berbeza-
beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Lazimnya orang ramai
memberikan penilaian (wajaran) yang lebih tinggi kepada kos dan faedah yang timbul
pada awal sesuatu pelaburan dan mendiskaunkan kos dan faedah yang berlaku kemudian.
Nilai yang tinggi diberikan pada kos dan faedah semasa adalah disebabkan aliran tunai
semasa akan dapat menghasilkan pelaburan atau penggunaan yang menguntungkan di
antara jangkamasa sekarang. Contohnya jika diberikan pilihan samaada menerima RM
100 pada masa sekarang atau RM 100, 10 tahun akan datang. Kebanyakan individu akan
memilih RM 100 pada masa sekarang kerana wang tersebut boleh disimpan dalam bank
untuk mendapatkan faedah ataupun dividen. Kesimpulannya mengikut kriteria NPV
sesebuah projek bebas yang menghasilkan NPV positif harus diterima seandainya jumlah
belanjawan adalah tidak terbatas. Dewhurst (1972), Levin (1983) dan Walshe & Deffen
(1990) banyak menbincangkan kaedah penggunaan analisa kos-faedah, programan linear,
NPV, probaliti dan IRR dalam menganalisa projek-projek pelaburan. Kaedah penggunaan
analisa matematik ini sering berubah selari dengan peredaran masa dan latar belakang
penyelidik.
Kekeliruan lain ialah apakah wang boleh dijadikan alat ukuran kos dan faedah. Tidak
begitu jelas sama ada kos sebenar bagi sumber-sumber yang diperlukan dalam
pelaksanaan sesuatu projek boleh digambarkan dalam nilai wang, apatah lagi kos
melepas. Jika diteliti dari program-program projek kerajaan pada masa depan kos/faedah
69
kewangan digunakan dengan begitu meluas dalam analisa pelaburan. Pengguna individu
dan kerajaan akan menggunakan wang mereka (kos) bagi mendapatkan sumber-sumber
untuk memperolehi faedah. Wang dapat membantu seseorang menilai kos tetapi
mengabaikan kos altanatif. Contohnya bila kerajaan merancang hendak membina
lebuhraya, kos untuk membina lebuhraya adalah seperti buruh, bahan mentah, jentera dan
lain-lain. Namun begitu terdapat kos yang tidak diambilkira dalam analisa tersebut. Ini
termasuklah kos luaran seperti banjir, bunyi bising dan pengguna lain terhalang oleh
tembuk berpagar. Sementara faedah yang gagal diambilkira pula seperti perjalanan yang
semakin selesa, cepat dan penggunaan oleh penunggang motorsikal secara percuma
(Quade, 1995).
2.9.7 Kriteria Kadar Pulangan Dalaman (IRR)
Mengikut kriteria NPV jika sekiranya sesuatu projek mempunyai NPV yang positif pada
satu kadar diskaun (andaikan 10%) ini bererti kadar pulangan projek tersebut adalah
melebihi 10%. Jika sekiranya NPV projek tersebut kurang dari 10% kadar pulanganya
adalah negatif. Jika NPV projek tersebut adalah sama dengan kosong maka kadar
pulangan adalah bersamaan dengan kadar diskaun projek berkenaan. Kadar pulangan
dalaman sesuatu projek adalah satu kadar yang menyamakan jumlah pelaburan terdiskaun
dengan jumlah faedah terdiskaun. Ataupun IRR adalah kadar yang mendiskaunkan aliran
tunai sesuatu pelaburan untuk menghasilkan NPV kosong. Jika sekiranya jangkawaktu
projek melebihi 2 jangkawaktu pengiraan IRR akan menjadi sulit kerana ia melibatkan
penyelesaian satu persamaan “polinomial yang komplek”. Satu cara penganggaran yang
70
hampir perlu dibuat dengan menggunakan satu teknik yang dipanggil interpolasi linear
(linear interpolation). Pergerakan IRR dan NPV adalah secara songsang, semakin tinggi
NPV maka IRR akan rendah begitu juga sebaliknya. Pada masa r (IRR) = 0 maka NPV
akan mencapai tahap maksima tetapi apabila NPV = 0 maka IRR pula akan mencapai
tahap maksima.
Rajah 2.3: Hubungan NPV dan IRR
NPV
IRR
0 r
Dalam menganalisis kaedah penggunaan NPV dan IRR dalam pelaburan beberapa
andaian terpaksa dibuat iaitu:
a. kepastian tentang aliran tunai;
b. semua pelaburan adalah “infinitely divisible”;
c. semua pelaburan adalah bebas (tidak berkaitan);
d. pasaran modal adalah sempurna; dan
e. pemegang-pemegang saham pelaburan bersifat rasional.
71
Dalam keadaan sebenar andaian-andaian di atas jarang dapat dipenuhi. Persoalannya
adakah kriteria IRR dan NPV masih mampu lagi memberikan jawapan kepada keputusan
pelaburan.
2.9.8 Projek bersifat “mutually exclusive”
Ini merupakan keadaan yang paling kerap dihadapi yang melibatkan pemilihan di antara
beberapa altenatif pelaburan. Kita sering menyatakan bahawa hanya projek yang
mempunyai NPV yang tinggi akan dipilih kerana ia akan memberikan sumbangan yang
besar kepada pelabur. Keputusan ini semata-mata berasaskan kepada saiz mutlak NPV
projek tersebut. Perbezaan saiz modal yang dilaburkan di dalam sesuatu projek sering
tidak mempengaruhi keputusan yang diambil, contohnya projek A bermodalkan RM 1
juta mempunyai NPV yang tinggi sementara projek B, bermodalkan RM 2 juta yang
mempunyai NPV agak rendah. Ini adalah disebabkan kita mengandaikan bahawa modal
adalah tidak terbatas. Selain dari itu perbezaan hayat hidup projek-projek tersebut juga
tidak mempengaruhi keputusan berkenaan kerana aliran tunai projek tersebut telah
didiskaunkan sepenuhnya pada kadar bunga pasaran dan dengan ini perbezaan dari segi
hayat hidup projek telah diambil kira dengan sendirinya. Walaupun begitu sekiranya
projek yang mutually exclusive mempunyai jumlah pelaburan yang sama tetapi
mempunyai jangka hayat yang berlainan, maka satu penyesuaian terhadap kriteria NPV
perlu dilakukan. Dalam kes ini projek-projek tersebut adalah projek-projek yang terasing
antara satu dengan lain keadaan akan menjadi rumit sekiranya projek-projek itu saling
berkaitan dengan satu projek lain. Dalam bidang pelaburan pendidikan keputusan untuk
72
melabur dalam sesutu bidang pendidikan bukanlah bersifat sendiri tetapi lebih kepada
projek-projek penggenap.
Dalam keadaan di mana perkembangan teknologi adalah cepat, saling kaitan di antara
projek sering berlaku. Sebagai contoh kita andaikan bahawa sebuah syarikat memerlukan
sebuah jentera untuk menjalankan suatu fungsi di dalam kilangnya. Oleh sebab fungsi
jentera tersebut adalah penting ianya perlu diganti apabila usia operasi berakhir. Andaian
bahawa teknologi tidak berubah mempunyai kesan ke atas pelaburan, di mana dalam
sistem pendidikan kemungkinan pendidikan yang diterima hari ini tidak sesuai lagi
digunakan 10 tahun akan datang. Besar kemungkinan keputusan yang dibuat hari ini
tidak boleh diterima pada masa depan. Satu pendekatan bagi mengatasi masalah ini ialah
dengan memilih kaedah gandaan sepunya terkecil (lowest common denominator).
Satu lagi jenis projek pelaburan yang berkaitan timbul keadaan di mana aliran tunai
sesuatu pelaburan dipengaruhi oleh keputusan pelaburan lain (pelaburan bersandar).
Dalam sistem pendidikan biasanya pelaburan yang dibuat amat bergantung kepada
keputusan pelaburan dari sektor projek lain. Dalam keadaan sebegini keputusan memilih
sesuatu bidang pelaburan pendidikan menjadi sukar dibuat kerana melibatkan keputusan
pelaburan projek lain. Kebiasaannya NPV sebegini perlu dicampur dengan NPV daripada
projek lain. Kriteria NPV mampu diubahsuai untuk menghasilkan keputusan pelaburan
yang baik, namun begitu apakah mampu IRR menghadapi masalah sekiranya sesuatu
projek itu mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain. Contohnya Projek A dan B.
IRR NPV
73
Projek A 17% RM 156 Projek B 15% 230
Jika sekiranya kedua-dua projek di atas adalah bebas dan tidak berkaitan, projek B sudah
tentu menjadi pilihan kerana NPVnya lebih tinggi dari projek A, tetapi jika IRR
digunakan projek A pula akan diberikan pilihan. Pemilihan projek di atas tidak
menimbulkan masalah kerana kedua-duanya adalah viable cuma ‘rankingnya’ sahaja
yang berbeza. Masalah akan timbul sekiranya kedua-dua pelaburan tersebut adalah
matually exclusive, ianya menimbulkan masalah pemilihan projek yang terbaik. Bagi
mengatasi masalah sebegini konsep “incremental cash flow” akan digunakan. Ini
diperlukan supaya projek yang dipilih mempunyai IRR yang betul dan selaras dengan
kriteria NPV yang dikatakan lebih baik. Projek B dikatakan lebih viable sekiranya kadar
bunga pasaran kurang dari 10%, namun bila kadar bunga melebih 10% projek A lebih
menguntungkan. Keadaan ini dapat digambarkan melalui Rajah 2.4.
Rajah 2.4: Hubungan NPV dan IRR bagi Dua Projek Pilihan
NPV
Projek B
74
RM 100 Projek A
10% r
2.9.9 Jangkahayat projek dan kadar diskaun berubah-ubah
Apabila jangkahayat projek melebih daripada dua, kita dapati bahawa kriteria NPV
menjadi lebih sesuai berbanding dengan IRR. Perubahan kadar diskaun tidak
menjejaskan keputusan yang berasaskan kriteria NPV. Bagaimanapun sekiranya kriteria
IRR dipilih sesuatu projek akan diterima sekiranya IRR melebih kadar bunga di pasaran
tetapi dalam kes IRR melebih kadar bunga dalam tahun 1, sebaliknya kurang daripada
kadar bunga tahun 2 menyebabkan kaedah IRR tidak boleh dipakai (Haflah,1986).
Penggunaan IRR hanya sesuai sekiranya kita mengandaikan kadar bunga dipasaran
malar. Penggunaan IRR kadangkala sukar disebabkan IRR melebihi dari satu, ia amat
bergantung kepada aliran tunai projek tersebut. Sesuatu aliran tunai convensional ialah di
mana terdapat aliran tunai yang negatif bersiri ini memudahkan pengiraan IRR. Namun
begitu dalam keadaan sebenar terdapat aliran tunai yang “non-conventional” melibatkan
perubahan tanda negatif secara tidak bersiri, IRR akan menjadi lebih dari satu.
Penggunaan kriteria “extended IRR” akan digunakan bagi mengatasi masalah sebegini
(Dewhurst, 1972; Haflah, 1986).
75
Inflasi ditakrifkan sebagai keadaan di mana harga umum meningkat melalui masa.
Kewujudan inflasi menimbulkan masalah dalam penilaian projek pelaburan disebabkan
pelunjuran aliran tunai yang dijangkakan diterima oleh sesutu projek menjadi sukar.
Dalam keadaan inflasi pemilik-pemilik modal akan membuat ‘trade-off’ di antara
penggunaan pada masa sekarang dengan penggunaan pada masa depan. Untuk
menggalakkan mereka melepas/menangguhkan penggunaan pada masa sekarang, mereka
perlu diberikan ganjaran yang besar pada masa depan. Dalam keadaan inflasi dua kadar
diskaun perlu digunakan iaitu kadar bunga kewangan (market rates of interest) dan kadar
bunga penggunaan (consumption rates of interest). Jika individu pelabur ingin
mendiskaunkan kadar bunga penggunaan sebanyak 5%, kadar bunga kewangan mestilah
lebih besar daripada 5% sekurang-kurangnya dapat mengimbang kesan inflasi.
‘Alternative’ lain yang digunakan ialah dengan mendiskaunkan aliran tunai bersama-
sama kadar bunga pasaran yang telah disusutnilaikan untuk mengambilkira kesan inflasi.
2.10 Pelaburan dan Risiko
Di dalam kontek membuat keputusan, risiko menerangkan bagaimana hasil sebenar
sesuatu keputusan mungkin berbeza daripada hasil yang dijangkakan sebelumnya. Oleh
sebab itu lagi besar berlakunya perbezaan tersebut, lagi besarlah risiko pelaburan
berkenaan. Pada praktiknya pelabur tidak menganggarkan satu anggaran aliran tunai saja
bagi satu-satu tahun tetapi mereka menggunakan satu julat “range” aliran tunai bagi satu-
satu tahun. Keberangkalian akan diletakkan bagi suasana iklim ekonomi di masa
melambung, normal dan meleset ini boleh mengurangkan risiko pelaburan yang dibuat.
76
Analisa sensitiviti pelaburan kerap juga digunakan dalam suasana iklim ekonomi tidak
menentu contohnya sekiranya berlaku sedikit kenaikan dalam kos pelaburan/input, sedikit
kemerosotan dalam (faedah) kadar upah/gaji ataupun sedikit penyekatan usia pelaburan.
Biasanya nilai terminal annuiti akan digunakan bagi membuat unjuran sensitiviti projek
pelaburan.
2.10.1 Penilaian Ekonomi
Pelaburan swasta selalunya mengabaikan aspek penilaian ekonomi, namun begitu
pelaburan kerajaan biasanya terpaksa melibatkan pengubahsuaian kepada analisa penyata
tunai kewangan. Penggunaan nilai-nilai pasaran di dalam menilai sesuatu projek akan
menghasilkan keputusan yang salah dan mengelirukan dari kacamata ekonomi negara.
Untuk mengatasi masalah ketidakcekapan pasaran domestik maka disarankan
penggunaan “harga-harga bayangan” ataupun “harga-harga perakaunan” yang melibatkan
kadar upah bayangan (shadow wage rate) untuk menggantikan kadar upah pasaran buruh.
Selain dari itu penggunaan kadar bunga perakaunan dan kadar pertukaran asing bayangan
untuk mengantikan kadar pertukaran asing pasaran. Satu konstrain yang utama dalam
ekonomi sesebuah negara ialah kekurangan pertukaran asing. Salah satu syor lain yang
dikemukakan ialah penggunaan harga ataupun nilai antarabangsa (harga dunia) semasa
menilai kos dan faedah projek. Dalam analisa ekonomi, sumbangan projek terhadap
pendapatan negara dianggap kriteria untuk menilai sesuatu projek pelaburan. Oleh itu
lebih tepat lagi kriteria yang digunakan perlulah melihat sumbangan projek terhadap
77
pendapatan negara dan diukur dalam bentuk satu matawang asing bolehtukar (Haflah,
1986; Rohilah, 1999). Masalah yang timbul kebanyakan projek pelaburan awam meliputi
barang-barang yang tidak didagangkan seperti kesihatan dan pendidikan, kerana ia tidak
mempunyai harga dunia. Ini disebabkan oleh penggunaan dan pengeluaran bersifat tidak
langsung. Namun begitu ini tidak bermakna ianya tidak mempunyai kesan kepada
pertukaran asing negara. Persoalan yang timbul apakah pelaburan dalam pendidikan
mempunyai hubungan langsung dengan pendapatan negara? (Kamaruddin,1997; Lau
Hah, 1999).
2.11 Keperluan kepada Campurtangan Kerajaan Memajukan Bidang Pendidikan
M. Yusuf (l993) melalui tulisannya telah menyatakan, di antara beberapa tujuan kerajaan
memajukan infrastruktur pendidikan di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa
matlamat. Selepas negara mencapai kemerdekaan, jurang pendidikan di antara kaum
yang terdapat di Malaysia agak ketara. Kaum bukan Bumiputera lebih terdedah kepada
sistem pendidikan berbanding dengan kaum Bumiputera. Ini mengakibatkan jurang
ekonomi di antara mereka semakin tidak seimbang, di mana sektor tradisi jauh
ketinggalan berbanding dengan sektor bandar yang di monopoli oleh kaum Bukan
Bumiputera. Kejadian 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan menggubal Dasar
Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang ketidakseimbangan kaum di negara ini. Dengan
memperkenalkan sektor pendidikan kepada kaum Bumiputera akan memberikan mereka
peluang untuk bersaing dengan kaum lain lebih-lebih lagi negara yang baru membangun
memerlukan ramai tenaga kerja termasuklah kakitangan kerajaan. Dalam tahun-tahun
78
l970an peluang pekerjaan dalam bidang sektor awam begitu ketara sekali keperluannya
yang kebanyakannya diisi oleh kaum Bumiputera terutama pada peringkat perkeranian
dan sokongan. Bagi peringkat profesional dan teknikal peratus penyertaan Bumiputera
masih kecil disebabkan kurangnya Bumiputera yang berpendidikan tinggi (Abu Bakar,
1994).
2.12 Pelaburan dalam Bidang Pendidikan dan Kesannya Kepada Agihan Pendapatan
Pelaksanaan D.E.B melalui pembiayaan pendidikan oleh kerajaan dapat mengurangkan
masalah agihan pendapatan yang tidak seimbang di kalangan masyarakat melalui
peluang-peluang pendidikan. Perlaksanaan tersebut telah mendatangkan kesan yang
positif ke atas ketidakseimbangan kaum di kalangan perbagai etnik dalam negara. Dari
tahun l970 – l990 sektor pendidikan di Malaysia berkembang sebagai satu perkhidmatan
sosial utama dengan nisbah tertinggi daripada perbelanjaan awam kepada sektor sosial 12
– 18% daripada perbelanjaan kerajaan.
Kos pelaburan awam terhadap pendidikan bagi seorang pelajar peringkat sekolah rendah
lingkungan RM 683.60, peringkat menengah RM 1,124.95 sementara bagi pelajar
universiti RM 7,153.43 (W. Fatimah, 1990). Kajian tersebut juga mendapati hasil
daripada Data Penyiasatan Pendapatan Isirumah etnik Melayu 64.4% (303,324 orang)
mendapat agihan subsidi awam pelajaran, sementara kaum Cina mendapat 26.6%
(129,458 orang) dan kaum India mendapat 9.6% (46,704 orang). Kajian oleh Zainal
79
(l990), mendapati Malaysia akan berkembang dengan lebih pantas lagi sekiranya tenaga
kerja yang terdapat di negara ini mempunyai kemahiran yang tinggi. Dengan itu
pembiayaan pendidikan teknik/vokasional perlu diberikan penekanan yang lebih untuk
menjayakan pembangunan negara seterusnya mengurangkan ketidak seimbangan
pendapatan kalangan etnik.
Reimers (l988), menyatakan bahawa terdapat kesan yang songsang antara pembiayaan
dalam bidang pendidikan dengan hutang negara. Hasil kajian beliau ke atas l8 buah
negara terdapat hubungan di mana apabila hutang negara meningkat pembiayaan dalam
bidang pendidikan akan berkurangan. Pendapat yang menyatakan pembiayaan dalam
bidang pendidikan mendatangkan kesan kepada peningkatan ekonomi telah disangkal
oleh beberapa ahli ekonomi. Mereka menekankan bahawa perbelanjaan dalam bidang
pendidikan dan pertahanan adalah tidak prodaktif kerana walaupun ia merupakan
suntikan kepada ekonomi tetapi tidak ada kesan langsung ke atas peningkatan ekonomi
negara (Gintis, 1972; Lau Hah, 1999). Namun begitu Yoshihisa (2002), melalui
kajiannya di Jepun dan Amerika Syarikat ada menunjukkan hubungan yang positif antara
pendapatan perkapita dengan nisbah buruh-modal.
2.13 Pertambahan Bilangan Pelajar Sekolah dan Kesannya ke atas Pembiayaan Kerajaan dan Prestasi Pelajar
80
Amberjeet (l993) telah mengemukakan satu model yang menunjukkan unjuran anggaran
pertumbuhan bilangan pelajar pada masa depan di Malaysia seperti model di bawah,
Yt= 248,427.27 + 5,550.08t
Yt= jumlah pelajar yang dijangka pada masa depant= tahun dijangka.
Daripada model tersebut dapat dilihat kadar pertumbuhan pelajar peringkat sekolah akan
meningkat dengan begitu ketara dari tahun ke tahun. Ini akan menambahkan lagi
beban/tanggungan kerajaan dalam membiayai pendidikan di sekolah-sekolah pada tahun-
tahun akan datang. Dengan itu apakah altanatif lain yang perlu difikirkan oleh pihak
pentadbir bagi mempastikan sumber pembiayaan ini mencukupi pada masa akan datang.
Memandangkan pertumbuhan pelajar begitu ketara maka perlulah diimbangkan dengan
sumber pembiayaan yang mencukupi. Menurut Amberjeet dan Roslini (l993), kejayaan
pelajar dalam bidang pendidikan amat dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuklah
pembiayaan dalam bidang kewangan yang mencukupi bagi menggenapkan
pembolehubah-pembolehubah kejayaan pelajar. Beliau telah mencadangkan satu model
yang menunjukkan hubungan pencapaian pelajar dengan beberapa pembolehubah yang
dikenalpasti boleh membantu pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Prestasi
pelajar dalam pendidikan amat dipengaruhi oleh sumber pembiayaan pendidikan itu
sendiri di samping faktor-faktor lain.
M = g(w1, w2 , w3 , w4, w5, w6………………… wn).
M=peratus kelulusanw1=jumlah guruw2=jumlah muridw3=jumlah murid/guruw4=jumlah guru/sekolahw5=KDNKw6=geran perkapita
81
wn=pembolehubah rawak.Sumber: Amberjeet, 1993
Rajah 2.1 menujukkan hubungan di antara pembiayaan dalam bidang pendidikan dengan
prestasi pelajar. Kejayaan pelajar dalam bidang pendidikan juga mempunyai hubungan
dengan lain-lain angkubah seperti keadaan persekitaran, pengaruh rakan dan keluarga,
kebolehan I.Q pelajar itu sendiri dan lain-lain angkubah yang difikirkan ada mempunyai
kaitan dengan pendidikan.
Rajah 2.5: Beberapa Pembolehubah dan Kesannya ke atas Prestasi Pelajar dalam Sistem Pendidikan
Nisbah murid Kualiti Guru dan Pengurusan Pendidikan.
Kemudahan dan Pasarana dalam ________________________________Kelas dan Guru
Pembiayaan PendidikanKebolehan Pelajar _______________________________________
Pengaruh Persekitaran ________________
Teknologi Pendidikan _______________
Sumber: Amberjeet (1993)
2.14 Fungsi Pembiayaan Kerajaan
82
Kecemerlangan Sistem Pendidikan
Seperti yang dijangkakan setiap tahun pembiayaan kerajaan dalam bidang pendidikan
akan terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan
dalam bilangan pelajar sekolah. Keperluan kepada pendidikan berkembang dengan begitu
mendadak bagi memenuhi inspirasi negara dan ibubapa yang ingin melihat generasi
muda mempunyai ilmu yang mencukupi. Ini bagi mengharungi era globalisasi yang
begitu ketara persaingan di antara individu, etnik malah antara negara-negara di dunia
ditambah dengan tuntutan meritokrasi. Dengan itu menjadikan semua individu perlu
bersaingan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, sekiranya tidak mahu ketinggalan
dalam ekonomi mahu pun sosial. Amberjeet (l993) telah menggarapkan satu model yang
menunjukkan fungsi pembiayaan kerajaan terhadap pendidikan berdasarkan geran
perkapita sebagai salah satu pembolehubah.
Fungsi geran seperti berikut,
Y0 = f(x1, x2, x3 dan x4).
Y0=geran perkapita matapelajaranx1=enrolment pelajarx2=bilangan kelasx3=bilangan sekolahx4=KDNKx5=pembolehubah rawak
Y1=l05,850,934 + 33.43x1 + 3,442.46x2 – l,738.77x3 + 164.07x4 + 539.20x5
Y1=geran yang dianggarkan R2 = 0.9094F=6.021Sumber: Amberjeet, 1993
Berdasarkan fungsi di atas kita dapat ramalkan pemberian geran perkapita matapelajaran
akan terus meningkat dengan pertambahan dalam bilangan pelajar, ditambah dengan
bilangan sekolah yang dirancang pembinaannya dalam Rancangan Malaysia ke 8
83
terutama sekolah-sekolah teknik/vokasional dan sekolah-sekolah wawasan bagi
mengujudkan perpaduan kaum seperti yang diharapkan oleh masyarakat.
Kajian yang dibuat oleh Roslini (l993), di Kelantan menunjukkan terdapat beberapa
pembolehubah yang mempengaruhi pembangunan infrastuktur pendidikan. Antaranya
ialah faktor bilangan sekolah, bilangan murid, guru, KDNK, KNK perkapita dan jumlah
hasil negeri. Beberapa pembolehubah ini didapati mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
pembiayaan pendidikan.
Hasil kajian korelasi tersebut telah menunjukkan bahawa beberapa pembolehubah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembiayaan pendidikan di mana KDNK mempunyai 95.5% pengaruh ke atas pembiayaan pendidikan di Kelantan, di samping beberapa pembolehubah lain seperti bilangan guru 95.3% dan bilangan sekolah 93.5%. Dapatan kajian emperik pula telah menujukkan hasil yang memberangsangkan di antara pembiayaan pendidikan dengan beberapa pembolehubah di bawah.
Log Yt = -26.632 – 2.728LogX1 + 2.122LogX2 + 0.848LogX3 + l.638LogX4 –0.112Logx5 + 0.058LogX6. R2 = 0.9979 F=315.238 Prob>F 0.000l Signifikant pada 5% aras keyakinan.
Nilai angkali ‘coefficient’ R2 yang menujukkan 99.7 % daripada semua pembolehubah tersebut dapat menerangkan hubungan yang rapat ke atas tingkat pembiayaan pendidikan di mana cuma 0.03 sahaja ditolak. Semua pembolehubah menunjukkan hubungan yang positif dengan pembiayaan pendidikan di Kelantan kecuali bilangan sekolah dan KNK perkapita yang menunjukkan hubungan yang negatif. Kenaikan 1% bilangan pelajar akan mengakibatkan kenaikan 2.12% pembiayaan kerajaan, sementara kenaikan l% KDNK akan mengakibatkan kenaikan l.638% pembiayaan kerajaan.
Y = PembiayaanXI = sekolahX2 = muridX3 = guruX4 = KDNKX5 = KNK PerkapitaX6 = Jumlah hasil.Sumber: Roslini, 1993
Kajian oleh Yoshihisa (2002) di Jepun pula, terdapat sedikit perbezaan di mana lebih
menekankan hubungan jangkamasa pembelajaran dengan KDNK dan nisbah modal-
84
buruh. Kajiannya mendapati semakin lama usia pendidikan para pelajar akan
mendatangkan kesan kepada peningkatan KDNK dan nisbah modal-buruh.
2.15 Pendidikan Satu Cara untuk Mencapai Pertumbuhan Ekonomi, Agihan Semula Pendapatan dan Perpaduan Negara
Untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, pelaburan dalam tenaga manusia
perlu dipertingkatkan lagi. Lebih-lebih lagi Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi
terbuka terlalu banyak bergantung pada kemasukan pelaburan asing bagi membantu
menjana pertumbuhan ekonominya. Memandangkan sumber-sumber alam yang semakin
pupus, pelaburan dalam tenaga manusia harus diberikan perhatian serius. Kajian yang
dibuat oleh Zainal (l990), mendapati pertumbuhan ekonomi Malaysia yang agak perlahan
dalam tahun-tahun l980an adalah disebabkan oleh tenaga kerja yang tidak berkualiti dan
tidak berkemahiran. Beliau mencadangkan pelaburan dalam pendidikan vokasional dan
teknik perlulah dipertingkatkan lagi bagi menampung permintaan yang tinggi di kalangan
pelabur asing yang begitu berminat dengan iklim pelaburan di Malaysia. Pendapat ini
disokong oleh Jayasree (l992), tentang kajiannya di Singapura yang amat bergantung
sepenuhnya kepada aktiviti ekonomi hiliran. Singapura sebuah negara yang tidak
mempunyai hasil bumi, di mana l00% bergantung kepada kebolehan rakyatnya yang
berkemahiran dan berkebolehan. Oleh yang demikian tidak hairanlah kerajaan Singapura
sangat mementingkan pelaburan pendidikan kepada rakyatnya. Di Singapura pelajar-
pelajar yang kurang berkebolehan dalam bidang akademik akan diberikan pendidikan
85
vokasional dan teknik bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara tersebut. Ini bagi
mengekalkan daya saing mereka diperingkat antarabangsa.
Kementerian Pendidikan Singapura telah mewajibkan pendidikan kepada pelajar mereka
selama l0 tahun mulai tahun l990 sebelum mengikuti kursus vokasional ataupun teknik.
Salah satu kandungan item Falsafah Pendidikan di Singapura ialah memperkembangkan
pendidikan vokasional semaksima mungkin kepada rakyat Singapura supaya dapat
bersaing. Ini kerana Singapura lebih mengutamakan sistem merit kepada rakyat yang
ingin berjaya. Pendidikan di Malaysia lebih mementingkan kepada pembangunan insan
yang seimbang, di samping pendidikan sekular mereka juga didedahkan dengan aspek-
aspek kerohanian dan moral. Kajian oleh W Fatimah (1990), merumuskan pelaburan
dalam bidang pendidikan dapat mempertingkatkan pendapatan isurumah di mana ahli
keluarga yang berpendapatan tinggi akan cenderung untuk membantu keluarga mereka di
luar bandar. Ini merupakan satu saluran untuk mengagihkan kembali pendapatan di
antara etnik di Malaysia selain daripada sektor percukaian awam. Sebagai sebuah negara
baru membangun peluang pekerjaan amat terbuka luas. Oleh itu sebahagian besar rakyat
berpeluang berkhidmat dalam sektor awam ataupun swasta selepas menamatkan
pengajian mereka. Hasil dari data Bancian l987 (Data Penyiasatan Isirumah),
menunjukkan 62.4% etnik Melayu mendapat agihan subsidi awam pelajaran berbanding
kaum Cina 26.1% sementara India 9.6%.
W Fatimah (1990), juga telah mencadangkan bahawa peperiksaan awam di Malaysia
bukanlah satu makanisma untuk membuang pelajar yang tidak berdaya maju sebaliknya
86
hendaklah kepada menjuruskan mereka dalam beberapa aliran yang bersesuaian dengan
kemampuan mereka sendiri. Ini penting kerana mereka merupakan aset kepada
pembangunan negara pada masa akan datang. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dicadangkan supaya berperanan lebih agresif bagi membantu pihak sekolah mencari dana
pembiayaan pendidikan, kerana kos pembangunan infrastruktur pendidikan adalah tinggi
buat masa kini. Sebahagian kos terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menjamin
pendemokrasian dalam sistem pendidikan negara. Persoalannya di sini apakah institusi
tersebut beroperasi pada tahap yang optima? Kajian Benjamin (2001), di Australia jelas
menunjukkan prestasi sekolah milik negara beroperasi pada tahap yang lebih rendah jika
dibandingkan dengan sekolah persendirian walaupun institusi berkenaan merupakan
pengguna terbesar cukai. Isu ini telah diperdebatkan sehingga kini. Namun begitu dalam
kajiannya juga, jelas menunjukkan sekolah kerajaan masih mempunyai potensi untuk
bersaing dengan sekolah swasta.
Keberkesanan perlaksanaan DEB melalui pelaburan dalam bidang pendidikan dan
pembiayaan awam pelajaran menghasilkan kesan positif kerana dapat mengurangkan
ketidakseimbangan pendapatan antara kaum di Malaysia. Dalam tahun 1970 – l990
sektor pendidikan terus berkembang dengan pesatnya dan sebagai satu perkhidmatan
sosial utama dengan nisbah tertinggi daripada perbelanjaan awal sektor sosial, iaitu l2 –
l8% daripada perbelanjaan kerajaan. Walau bagaimanapun pendapat yang menyatakan
pelaburan dalam pendidikan mendatangkan kesan langsung kepada pertumbuhan
ekonomi negara adalah tidak begitu dipersetujui oleh M Yusuf (l985). Beliau menyatakan
agak sukar menunjukkan hubungan langsung antara pembiayaan pendidikan dengan
87
pembangunan negara. Ini adalah kerana pendidikan/pertahanan bidang sosial yang lain,
bukanlah merupakan pelaburan langsung yang boleh mendatangkan kesan terus kepada
peningkatan pendapatan negara. Pelaburan tersebut perlu diimbangi oleh sumber alam
yang banyak seperti yang terdapat di negara-negara maju. Banyak Negara membangun
cuba membangunkan infrastruktur pendidikan mereka tetapi kekal seperti asal, tetap
miskin. Ini adalah disebabkan kemahiran tenaga manusia perlu digarapkan dengan
kekayaan sumber alam, kemasukan dana asing, kualiti pendidikan itu sendiri dan suasana
politik serta iklim ekonomi mereka sendiri (Musgrave, 1969; Lau Hah, 1999).
2.16 Pendidikan di Malaysia dan Singapura
Pendidikan bagi Singapura adalah amat penting, ini adalah kerana negara tersebut tidak
mempunyai sumber alam yang mencukupi bagi membiayai pembiayaan pembangunan
negara tersebut (Tsang, 1988). Sebaliknya Singapura bergantung l00% kepada sumber
manusia yang berkemahiran dan berpelajaran. Menerusi Lapuran GOH l979 sistem
pendidikan baru telah diperkenalkan (NES), di mana 6 – 8 tahun pendidikan peringkat
rendah bergantung kepada pencapaian mereka. Pelajar-pelajar yang lemah akan dihantar
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat vokasional. Pada tahun l990 kerajaan
Singapura telah mewajibkan pendidikan selama l0 tahun sebelum mereka dapat
memasuki institusi vokasional di bawah ‘Vocational and Industrial Training Board’.
Pendidikan vokasional di Singapura mempunyai 2 komponen, samada melalui sesi
persekolahan biasa ataupun secara sambilan (Jayasree, l992). Tempuh untuk mengikuti
pendidikan tersebut adalah 4 penggal, di mana 90% kos pembiayaan tersebut ditanggung
88
oleh pihak kerajaan. Bagi melatih seorang pelajar di Singapura, dianggarkan kerajaan
membelanjakan RM 5,000 berbanding dengan Malaysia lingkungan RM 2,000 (Jayasree,
1992). Anika jurusan disediakan iaitu sebanyak 29 kursus utama berbanding di Malaysia
cuma 7 pilihan sahaja dan agak terhad. Singapura telah membelanjakan RM 88 juta
bagi tujuan pendidikan teknik dan vokasional dalam tahun l990 berbanding dengan
Malaysia RM 452 juta, ia itu l.5% - 3% daripada perbelanjaan mengurus kerajaan
Persekutuan (Lapuran Ekonomi, 1990-1995). Perbelanjaan pendidikan teknik di Malaysia
terus meningkat dari tahun ke tahun contohnya l980 meningkat l.4%, l985 - 2.l%, l990 –
2.5% dan l995 –3% dari tahun sebelumnya.
2.17 Beberapa aspek kajian tentang Kos Sosial, Sumber Kewangan dan Pentadbiran Kewangan dalam Institusi Pendidikan
2.17.1 Belanjawan Efektif
Menurut Zaidatol (1990), belanjawan efektif bolehlah ditakrifkan sebagai kos
perbelanjaan yang terendah tetapi mendatangkan nilai faedah yang tinggi. Ia dapat
menyediakan program-program pendidikan bagi mencapai kesan yang baik kepada polisi
pendidikan. Dokumen ini boleh dijadikan satu dasar perancangan yang sistematik bagi
mengunjur perbelanjaan dalam tempoh yang ditentukan. Perancangan perbelanjaan yang
tidak terurus akan menyebabkan pihak sekolah cenderung untuk berbelanja pada akhir
tahun untuk menghabiskan peruntukan sebelum menutup akaun. Kadang-kala peruntukan
ini terpaksa di bawa ke hadapan disebabkan tidak habis gunakan, ini boleh menjejaskan
dasar kerajaan. Perbelanjaan sebegini selalunya tidak mengambil kira kos serta faedah
89
berbelanja dari sudut ekonomi. Berdasarkan kajian Majidah (1997), beliau mendapati
perbelanjaan beberapa buah sekolah dalam kajiannya tidak menunjukkan arah yang
berdaya maju. Pihak sekolah cenderung berbelanja pada akhir tahun sebelum menutup
akaun sekolah. Ini disebabkan untuk mengelakkan mereka dituduh tidak cekap mengurus
kewangan. Kesannya akan menyebabkan kos sosial pentadbiran meningkat, jika
dipandang dari sudut ekonomi akan menjadikan NPV & IRR berkurangan. Seterusnya
mengurangkan daya saing pelajar jika penilaian ekonomi kos dan faedah dibuat.
Menerusi Akta Pendidikan l996, pentadbiran kewangan sekolah dikehendaki menyimpan
akaun dengan teliti di samping mempastikan rekod-rekod kewangan sekolah disediakan
dengan kemas, seterusnya perlu diserahkan kepada pihak Kementerian sebelum 31 Mac
setiap tahun. Namun begitu dalam surat perkeliling Bil 4/88, pihak sekolah dikehendaki
menyerahkan rekod-rekod kewangan sebulan lebih awal untuk dibuat semakan.
Abdullah (1995), pula dalam kajiannya mengenalpasti terdapat perbezaan dan
ketidakselarasan yang ketara pendapatan Wang SUWA/PCG di antara sekolah-sekolah.
Kajiannya telah mencadangkan pemberian bantuan bukan berdasarkan bilangan pelajar
tetapi berdasarkan belanjawan yang dikemukakan oleh pihak sekolah, bukan berdasarkan
keperluan setempat dan semasa. Contohnya pemberian bantuan 1990 adalah berdasarkan
angkatunjuk harga 1984 dan sebelum itu pemberian bantuan adalah berdasarkan
angkatunjuk harga l974. Ini mendatangkan masalah dalam perancangan kewangan oleh
pihak sekolah.
90
Jadual 2.4: Jadual yang Menunjukkan Agihan Bantuan Perkapita bagi Beberapa Bidang Matapelajaran di SMK Sri Perak, P.Buntar, Perak bagi Tahun 2001
Jumlah Peruntukan Bidang Matapelajaran Bilangan Pelajar Keseluruhan Bagi setiap Peratusan
Pelajar
RM RM % Sain Sosial 1,310 1,986 1.51 1.06 Pendidikan Seni 1,093 3,243 2.96 2.07 Pendidikan Jasmani 1,310 4,970 3.79 2.65 Perdagangan 280 1,400 5.00 3.50 Sain & Matematik 1,310 25,980 19.53 13.67 Ekonomi Rumah Tangga 36 1,080 30.00 21.00 Kemahiran Hidup 888 35,520 40.00 28.00 Rekacipta 86 3,440 40.00 28.00
Jumlah - 77,619 142.81 100.00
Sumber: Buku Tunai SMKSP, 2001
Berdasarkan Jadual 2.4 di atas jelas menunjukkan ketidakseimbangan agihan bantuan
perkapita antara beberapa bidang matapelajaran. Keadaan ini menyebabkan beberapa
aktiviti dan program bagi matapelajaran yang kurang mendapat peruntukan tidak dapat
dijalankan dengan sempurna. Peruntukan yang diterima oleh bidang sains sosial terlalu
kecil bagi seorang pelajar berbanding beberapa matapelajaran teknikal yang lain. Dalam
keadaan ini amatlah sukar bagi bidang tersebut menjalankan aktiviti yang dirancang dan
terpaksa menghadkan perancangan mereka kerana peruntukan yang diterima terlalu
sedikit. Ini menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa mencari sumber lain bagi
menghadapi kurangan peruntukan (Shahril, 1993).
Jadual 2.5: Indek Harga
91
Tahun Indek Harga
19921993199419951996199719981999
93.196.4100.0103.4106.9109.6114.9117.7
Sumber: Lapuran Ekonomi 1992-2000.
Peningkatan dalam inflasi seperti yang ditunjukkan dalam indek harga Jadual 2.5 di atas
menunjukkan nilai sebenar PCG benar yang diperolehi oleh pihak sekolah pada tahun
l999 semakin merosot. Ini adalah disebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
sebanyak hampir 18% sejak tahun l994. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak pentadbir
bagi menjimatkan kewangan kerajaan dalam aspek-aspek pentadbiran kos sosial terutama
dari segi pentadbiran, pengurusan, perancangan dan kawalan. Ini bagi mengelakkan
pembaziran yang boleh menyebabkan kos meningkat seterusnya mengurangkan daya
maju sesuatu sistem persekolahan.
2.17.2 Sumber Kewangan Sekolah
Beberapa jenis sumber kewangan yang diperolehi oleh pihak sekolah dalam membiayai
kos pentadbirannya samada secara langsung ataupun tidak. Perbelanjaan pembangunan,
92
gaji kakitangan dan penyelenggaran sekolah dibayar secara langsung oleh pihak
pentadbiran jabatan. Perbelanjaan pengurusan sekolah daripada dua sumber penting iaitu
Bantuan Perkapita dan yuran pelajar sendiri serta sumber-sumber lain. Namun begitu
bantuan perkapita (Per Capita Grant – PCG) adalah sumber penting dalam perancangan
belanjawan sekolah. Bantuan perkapita yang diberikan kepada sekolah-sekolah pula
boleh dibahagikan kepada PCG matapelajaran dan PCG bukan matapelajaran.
PCG matapelajaran merangkumi matapelajaran teras dan matapelajaran elektif
manakala PCG bukan matapelajaran pula meliputi lima perkara iaitu Lain-lain
Perbelanjaan Berulang Tahunan/Lain-lain Perbelanjaan Khas LPBT/LPK sekolah,
LPBT/LPK Asrama, Perpustakaan, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta Pusat
Sumber Pendidikan. Bantuan Perkapita ini tertakluk kepada ‘Grants Regulation Act l962’
disalurkan ke sekolah-sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Garis panduan
pemberian bantuan tersebut adalah berdasarkan beberapa panduan, seperti tertakluk
dalam surat Akaun bil. 4/73, 1/74 dan 3/73 (lama), perkeliling kewangan 2/83, 2/91 dan
7/91 (baru).
Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak suku tahun ketiga tahun l997
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk menangani
pengurangan peruntukan. Dalam tahun l998 pemberian tiga jenis bantuan PCG bukan
matapelajaran ia itu Bantuan Perpustakaan, Bantuan Pusat Sumber Pendidikan dan
Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada sekolah-sekolah telah
dibekukan kecuali bagi sekolah-sekolah yang dibuka dalam tahun l997 dan selepasnya.
93
Walaubagaimanapun memandangkan peruntukan yang dilulus bagi tahun l999 adalah
mencukupi untuk menampung pemberian kesemua bantuan PCG termasuk tiga bantuan
yang dibekukan itu telah diberikan sepenuhnya semula mulai l Januari l999.
Pemberian PCG bagi jenis-jenis sekolah adalah berbeza di antara satu jenis sekolah
dengan sekolah yang lain contohnya pemberian PCG di sekolah-sekolah rendah adalah
tidak sama dengan di sekolah menengah, sekolah berasrama penuh, sekolah sukan,
sekolah teknik ataupun sekolah-sekolah khas yang lain. Sementara pemindahan PCG
matapelajaran kepada bukan matapelajaran (LPBT/LPK) bagi tujuan membayar bil-bil
letrik, telefon atau lain-lain dibenarkan hanya dengan kebenaran pengetua bagi sekolah-
sekolah yang mengendalikan akaun wang kerajaan. Selain daripada itu pengetua
dikehendaki memaklumkan kepada guru-guru di bawah kawalannya berhubung dengan
jumlah peruntukan yang akan diterima bagi matapelajaran yang diajar oleh guru-guru
berkenaan supaya perancangan dapat dibuat berdasarkan jumlah perbelanjaan yang
diterima oleh sekolah. Borang-borang permohonan tuntutan perlu dihantar kepada ketua
PTJ (Pusat Tanggungjawab) setahun 2 kali iaitu pada 10 Januari tahun semasa dan 10
Julai tahun semasa bagi tuntutan kedua (Surat Perkeliling Kewangan Bil 12, 1998).
Peraturan baru bagi sekolah-sekolah terpilih sebagai PTJ (Pusat Tanggungjawab), mereka
boleh mengendalikan sumber kewangan sendiri dan hendaklah dibelanjakan pada tahun
semasa (cuma 10% sahaja boleh dibawa ke tahun hadapan). Kebaikan bagi sekolah-
sekolah PTJ ialah ia memudahkan para pentadbir sekolah merancang sumber kewangan
dengan lebih awal, di mana tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya (Perkeliling
Kewangan Bil. 5, 2002).
94
Tanggung jawab pihak pentadbir sekolah semakin berat ketika ini memandangkan
mereka bukan sahaja sebagai ketua dalam sesebuah organisasi malah terpaksa memikul
tanggungjawab sebagai pentadbir, pengurus, penyelia dan pelbagai tugas lagi yang
membabitkan pengurusan kewangan sekolah. Pengurusan kewangan yang berkualiti
boleh menjimatkan kos. Pengurusan yang tidak berkualiti boleh mendatangkan
pembaziran sumber dana di mana bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para
pelajar, guru malah kepada masyarakat dan negara. Kadangkala terlalu banyak
kongkongan birokrasi yang dikenakan kepada pihak pentadbir sekolah juga boleh
mendatangkan kesulitan yang boleh menyebabkan wang yang diterima tidak dibelanjakan
sepenuhnya dan terpaksa dibawa ke hadapan. Perbelanjaan yang bijak dan berhemat
amat diperlukan oleh pihak pentadbir bagi mempastikan organisasi sekolah dapat
bergerak dengan lancar. Sikap bijaksana dan keperluan kepada latihan praktikal amat
diperlukan oleh seseorang pentadbir bagi mempastikan setiap sen yang dibelanjakan
mendatangankan pulangan semaksima mungkin. Namun harus diingat pelaburan dalam
tenaga manusia adalah terlalu umum bukan dapat diukur seperti makanisma harga yang
memberikan pulangan langsung (Zaidatol, 1990).
2.17.3 Pentadbiran Kewangan Sekolah
95
Kajian tentang kos sosial dalam sistem pendidikan tidak akan terlepas daripada isu-isu
pentadbiran kewangan dalam institusi itu sendiri. Bagi mempastikan dana sosial/awam
dikendalikan dengan optima beberapa pendekatan telah diambil oleh Kementerian
Pendidikan dalam mengurus belanjawan sekolah supaya tidak tersalah urus. Pentadbiran
yang kurang cekap akan menyebabkan kenaikan kos pentadbiran seterusnya
meningkatkan kos sosial. Peningkatan kos sosial akan mendatangkan kesan kepada kadar
pulangan pelaburan (IRR) dan menurunkan nilai faedah bersih (NPV). Beberapa jenis
fungsi yang terdapat dalam aktiviti pentadbiran adalah seperti perancangan, penyusunan,
pengarahan dan koordinasi dan pengawalan. Pendekatan fungsi ini dijadikan asas
pentadbiran masa kini dan fokus dihalakan kepada beberapa aktiviti utama seperti
pengurusan, kawalan, perancangan akan melahirkan belanjawan yang efektif. Ini
bertujuan bagi mencapai matlamat mengujudkan insitutsi pendidikan yang cekap dan
berdaya saing supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang seperti yang
diwarwarkan. Ini dapat digambarkan dalam Rajah 2.6.
Rajah 2.6: Objektif Penggunaan Sumber Dana dan Pentadbiran Kewangan Sekolah
Kos Sosial
Bantuan PCG Kerajaan SUWA Lain-lain Sumber
96
Dana Pembangunan dan penyelengaraan
Dana Terkumpul
Dana Terkumpul
Sumber: Disesuaikan (Roslini, Amberjeet (1993)).
2.17.4 Pentadbiran
Menurut Kamaruddin (l989), tugas utama pengetua dalam pentadbiran kewangan sekolah
ialah seperti:
a. menyediakan geran tuntutan perkapita murid setiap tahun.
b. menyediakan anggaran berapa item yang diperlukan di awal permulaan sistem persekolahan.
c. membuat sebut harga terahap pembelian barangan yang melebihi RM 2000;
97
Kos Sosial yang optima dan IRR/NPV berdaya saing
Kecemerlangan Sistem Pendidikan
PengurusanAgihan sumber
KawalanPerancangan
d. menghantar surat kepada ibubapa yang pelajar tidak menjelaskan yuran sekolah; dan
e. menyediakan akaun kewangan sekolah iaitu penyata pendapatan dan perbelanjaan.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (l993), dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional
telah menggariskan beberapa tanggungjawab pengetua sebagai ketua pentadbiran
kewangan sekolah, terdiri dari:
a. mempastikan tuntutan peruntukan dibuat dengan tepat dan betul dalam masa yang ditetapkan.
b. menentukan wang peruntukan kepada pihak sekolah digunakan dengan baik dan berfaedah kepada pelajar dan sekolah.
c. mempastikan sekolah mempunyai satu sistem pengurusan yang betul dan teratur.
d. mewujudkan jawatan kuasa kewangan sekolah.
e. menyediakan penyata akaun sekolah dan diserahkan kepada Cawangan Audit di Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan sebelum 31 Mac setiap tahun; dan
f. memahami dan menghayati dengan sepenuhnya semua arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kewangan Kementerian serta peraturan kewangan sekolah.
Melalui Kajian Dweyer (l994), beliau menegaskan pengetua lebih banyak masa di-
peruntukan dengan kerja-kerja rutin dalam pentadbiran sekolah seperti masalah
akademik, ibubapa, disiplin dan kakitangan sekolah sendiri. Oleh itu tumpuan kepada isu-
98
isu kewangan agak terhad. Malah penilaian sekolah efektif bukan diberikan kepada aspek
pentadbiran sekolah tetapi lebih mengutamakan kejayaan dan prestasi akademik pelajar
seperti yang dinyatakan oleh Hussien (l993).
2.17.5 Pengurusan
Menurut Denver (l977), pengurusan ialah suatu proses mengarah dan mengawal sesuatu
institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan.
Ia juga merupakan arahan dan kawalan kepada empat faktor penting iaitu manusia,
kewangan, bahan mentah dan alatan. A. Syukur (1991), dalam Buku bertajuk
Pengurusan Organisasi: ‘Prespektif pemikiran dan teori’ menegaskan pengurusan sebagai
“Bagaimana sumber kewangan, manusia dan alat digembeling dengan tumpuan kepada
isu-isu tingkahlaku ahli-ahli organisasi mencapai tahap prestasi yang dikehendaki”. Ia
lebih bertumpu kepada isu-isu berhubung dengan tingkahlaku ahli-ahli organisasi
bagaimana motivasi, sikap, kepakaran an daya ahli-ahli dipertingkatkan supaya
organisasi menacapi tahap prestasi yang diinginkan. Pendapat ini disokong oleh Stoner
dan Wankel (l989), di mana mereka menegaskan pengurusan sebagai proses merancang,
mengorganisasi, memimpin, dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi untuk
mencapai satu-satu matlamat. Ahmad Sarji (1994), pula menegaskan tonggak kejayaan
sesebuah organisasi terletak kepada jentera pengurusan yang berwawasan, ini bagi
memudahkan perancangan dalam penggunaan dana yang terhad.
99
Pengurusan kewangan di sekolah-sekolah mempunyai beberapa objektif tertentu,
(Zaidatol, 1990). Di antara beberapa item penting ialah:
a. merancang dengan baik anggaran pendapatan dan perbelanjaan di sekolah;
b. menyelia dan mengemaskini rekod-rekod kewangan dengan teratur;
c. melaksanakan pengurusaan kewangan dengan cekap dan berkesan;
d. menyelia, memberi bimbingan dan tunjukajar kepada kakitangan sekolah; dan
e. mengelakkan tindakan denda ‘surcharge’.
Kesalahan mengendalikan sumber kewangan boleh didenda di bawah akta Acara
Kewangan (Pindaan 1977-A398) kerana gagal mengutip hasil, membuat bayaran tidak
mengikut peraturan, terlibat dan sabit dengan sesuatu kehilangan atau kerosakan harta-
harta kerajaan, gagal menyimpan rekod-rekod yang lengkap dan lambat membuat
bayaran. Menerusi Education (Accounting and Audit) Rules, 1962 yang dikeluarkan di
bawah Akta Pendidikan l996, pentadbiran kewangan sekolah dikehendaki menyimpan
akaun-akaun dengan teliti dan mempastikan rekod-rekod kewangan disediakan dengan
kemas dan teliti:
“Seseorang pengurus atau penyelia atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sesebuah institusi pendidikan yang dibantu, harus mempunyai sebab untuk menyimpan akaun yang sempurna dan rekod-rekod lain dalam bentuk yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk semua perkara kewangan yang berkaitan dengan institusi pendidikan yang dibantu dan harus sudah menyediakan dan menyerahkan satu penyata akaun kewangan sebelum ini dengan segera tidak lewat 31 Mac pada setiap tahun”.
Setiap Sekolah mempunyai Jawatan Kuasa Pentadbir Kewangan sekolah yang mengurus
dan merancang perbelanjaan kewangan berdasarkan peruntukan yang disediakan oleh
100
pihak kerajaan. Antara beberapa fungsi Jawatan Kuasa Kewangan Sekolah ialah seperti
berikut:
Langkah Tindakan.
a. Mesyuarat jawatankuasa kewangan Pengetua/penolong kanan I&IIb. Mesyuarat jawatankuasa kurikulum Pengetua/penolong kanan/ ketua bidang c. Semakan stok Ketua panitia dan gurud. Mesyuarat panitia/Unit Ketua Bidang/ panitia / gurue. Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada pengetua Ketua bidang/ ketua Panitiaf. Mengkaji senarai keperluan mengikut keutamaan dan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa kewangan yang di tubuhkan.g. Perubahan & penyesuaian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan semasa. Jawatankuasa kewangan.
Banyak kursus-kursus diadakan oleh jabatan pendidikan negeri bagi mendedahkan guru-
guru kanan, kakitangan dan pengetua untuk menguasai sistem pengurusan kewangan
sekolah. Ini kerana kebanyakan pentadbir sekolah bukan dilantik berdasarkan kebolehan
mereka mengendalikan pengurusan kewangan tetapi berdasarkan pengalaman dan lama
berkhidmat dalam bidang pendidikan. Antara contoh kursus yang dikendalikan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri seperti “Kursus Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran”
untuk Pengetua, Penolong Kanan dan Pegawai Kerani yang dianjurkan oleh Institut
Aminuddin Baki. Di antaranya tentang pengetahuan asas penggunaan “Microsoft Word
dan Microsoft Excell” yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Pahang pada tahun l985
di Kuantan. Ini bagi melicinkan dan mengemaskinikan sistem pengurusan kewangan
wang kerajaan di sekolah-sekolah (Zaidatol, 1990).
2.17.6 Perancangan
101
Perancangan melibatkan penetapan matlamat, objektif organisasi dan pembentukan serta
pelaksanaan strategi untuk dicapai. Matlamat dan objektif yang jelas akan memberi arah
dan haluan kepada semua anggota organisasi untuk bertindak. Oleh itu perancangan
adalah sangat penting dalam pengurusan kewangan institusi pendidikan. Perancangan
perlu dibuat dengan teliti dan terperinci agar organisasi seperti sebuah sekolah dapat
menggerakkan kakitangannya ke arah pencapaian matlamat yang disasarkan.
Rice & Schneider (1994), berpendapat bahawa penglibatan guru yang tinggi dalam
membuat keputusan dianggap satu cara yang diperlukan bagi mengujudkan pembaharuan
di sekolah. Dalam aliran reformasi pendidikan semasa yang menekankan kepada
sekolah efektif dan bestari peranan guru dalam membuat keputusan boleh mendatangkan
kebaikan kepada institusi pendidikan dari segi prestasi dan kecemerlangan pelajar.
Berasaskan teori Maslow (1960), individu akan mencapai tingkat “keperluan” yang lebih
tinggi seperti kebanggaan dan keagungan diri. Peluang membuat keputusan bersama
akan membuat individu itu bangga, ini dapat memotivasikan mereka dalam pekerjaan
kerana mereka merasa diiktiraf dalam kerjaya mereka.
Zulkhairi (1998), menggariskan beberapa perancangan kewangan yang boleh
dilaksanakan oleh pengetua di sekolah antaranya:
a. pengetua itu merancang mengikut belanjawan jangkapanjang dan jangka pendek;b. menentukan sumber penerimaan wang yang harus dikenalpasti supaya alternatif
perbelanjaan dapat disediakan;c. membuat keputusan perlaksanaan aktiviti kewangan; dand. menentukan tiada penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kewangan.
102
Bagi mencapai objektif ini, pada tahun 1994 kementerian telah melaksanakan sistem
“Belanjawan Diubahsuai”. Di antara pembaharuannya ialah program mengeluarkan
Bantuan Perkapita pada awal tahun dan Sistem Vot Berkomputer secara berperingkat
bagi memudahkan perancangan kewangan dibuat. Seterusnya beberapa penyesuaian telah
dibuat dalam mengeluarkan Bantuan Perkapita melalui ‘Surat Perkeliling Kewangan Bil
12, 1998 dan Perkeliling Kewangan Bil. 5, 2002’ untuk sekolah-sekolah PTJ.
2.17.7 Kawalan
Kawalan adalah proses pengurusan yang melibatkan pengawasan aktiviti organisasi
supaya prestasi sebenar menepati standard dan matlamat yang dijangkakan tercapai. Ini
bermakna seseorang pengurus akan mengawas aktiviti organisasi, membandingkan
keputusan yang dibuat dengan standard supaya pencapaian matlamat boleh dicapai dan
seterusnya mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikan. Di sekolah, kawalan
dijalankan ke atas sumber-sumber organisasi seperti manusia, kewangan, bahan dan
informasi supaya dapat menjamin kualiti dan pencapaian matlamat organisasi.
Pengetua harus mengadakan kawalan yang ketat ke atas pungutan dan perbelanjaan yang
dilakukan oleh pihak sekolah dengan cara yang teratur supaya tidak berlaku kesilapan
dan kehilangan. Pengetua harus juga bertanggungjawab penuh merancang, mengurus,
mengawal serta menentukan pengurusan kewangan sekolah dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan. Pihak pentadbir pula harus menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan,
menyedia dan mengemaskini buku tunai bagi dana kerajaan, dana SUWA, dana asrama,
103
menyelenggara akaun panjar, wang runcit, penyata penyesuaian bank dan penyata
pendapatan dan berbelanjaan bagi tiap-tiap bulan. Kejayaan pihak sekolah menyediakan
kawalan kewangan bergantung kepada cara institusi tersebut mengembeling sumber
kewangan sekolah dengan efisyen supaya dapat membuat analisis, merancang,
menyediakan strategi dan penilaian pencapaian.
2.18 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka Konsep kajian ini terdiri daripada dua bahagian, dalam bahagian pertama
merujuk kepada keberuntungan pelaburan individu dalam pendidikan menengah
kebangsaan. Kedua, merujuk kepada keberuntungan pelaburan individu dalam sistem
pendidikan menengah teknik (vokasional). Pendapatan yang diterima oleh mereka di
tolak dengan kos persendirian/sosial menjadi asas kepada kajian ini. Oleh itu kajian ini
bertumpu kepada nilai kini bersih (NPV), kadar pulangan dalaman dan analisis kos
faedah. Perbezaan dalam pendapatan bagi individu-individu yang menerima tahap
pendidikan yang sama cuma dalam berlainan bidang pendidikan iaitu pendidikan
menengah biasa dan pendidikan menengah teknik/vokasional. Tumpuan dihalakan
tentang perbezaan dalam kadar pulangan pelaburan berdasarkan kursus-kursus yang
mereka terima. Analisis kos faedah diolah dengan menggunakan suatu rumus formula
matematikal. Ia boleh dijadikan haluan oleh individu yang ingin meneruskan bidang
pengajian mereka pada masa depan.
104
Banyak pendapat yang menyatakan mutu pendidikan yang diterima akan mempengaruhi
pendapatan individu (Dios & Manuel, 2000). Oleh itu mengikuti kursus yang bersesuaian
akan memberikan pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dibuat. Ini bermakna
lebih banyak pelaburan dilakukan akan mendatangkan pulangan yang lebih tinggi.
Seperti dalam pelaburan fizikal, kos pelaburan yang tinggi akan meningkatkan risiko.
Risiko yang tinggi akan meningkatkan pulangan pelaburan. Pelaburan dalam modal
insaniah juga amat bergantung kepada mutu pelaburan yang dibuat agar tidak tersasar
jauh dari hala tuju yang dikehendaki. Faktor yang harus diambil kira semasa
mempertimbangkan keberuntungan serta kadar pulangan sesuatu pelaburan dalam
pendidikan ialah kadar diskaun semasa. Faktor ini mampu menyesuaikan kos pelaburan
yang dibuat sekaligus kepada permulaan tempoh pelaburan dan pulangan. Namun begitu
pendidikan di Malaysia bukanlah bersifat Meritokratik yang membolehkan mereka
bersaing sepenuhnya bagi menentukan faktor kelulusan dapat mempengaruhi pendapatan.
Rajah 2.7 : Carta Keberuntungan Pelaburan dalam Pendidikan
Kos Pelaburan Pendidikan
Kos Persendirian Kos Sosial Kos Responden di Peringkat Sekolah Rendah (umur 7 – 12 tahun)
Kos Langsung Kos Tak Langsung Kos Institusi Kos Semasa
105
Yuran Sekolah Kos Lepas Bangunan Gaji KakitanganBuku Makmal BiasiswaPengangkutan Komputer Grant Pelajar Kos Responden diPakaian Perpustakaan Peringkat Sekolah Men. Rendah Alatulis (umur 12-15 tahun) Wang Saku
Kos Responden di Kos Responden di Peringkat Sekolah Peringkat SekolahMen. Kebangsaaan Men. Teknik/VokasionalTing. 4 & 5 Ting. 4 & 5
Pengunjuran Pendapatan Pengunjuran PendapatanResponden Lepasan SPM; Responden Lepasan SPMV;a.Regrasi Linear mudah a.Regrasi Linear mudahb.Fungsi Kuadratik b.Fungsi Kuadratikc.Fungsi Kubic c.Fungsi Kubic
Menggabungkan Aliran Tunai Pendapatan dan Kos Menggabungkan Aliran Tunai Pendapatan dan Kos Untuk Mendapatkan Aliran Tunai Terdiskaun Untuk Mendapatkan Aliran Tunai TerdiskaunNPV = (Jumlah Pendapatan –Jumlah Kos)/(I+r)n NPV = (Jumlah Pendapatan –Jumlah Kos)/(I+r)n
Mencari Kadar Pulangan Mencari Kadar Pulangan Dalaman Pelaburan (IRR) Dalaman Pelaburan (IRR)
Membandingkan IRR Bagi Kedua-dua Lepasan Sistem PersekolahanSumber: Adaptasi dari Tsang (1988), Review of Educational Research (Vol 58).
2.19 Rumusan
Berdasarkan konsep-konsep pengurusan yang telah dibincangkan, terdapat beberapa
aspek penting yang dikemukakan. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan adalah
106
mustahak untuk menggerakkan sesuatu organisasi seperti sekolah agar dapat mencapai
matlamat dan objektif yang dikehendaki. Ia itu kejayaan para pelajar dalam bidang
akademik dan kokurikulum bagi melahirkan sekolah berkesan. Sebenarnya pentadbiran
yang berkualiti mesti merangkumi aspek-aspek pengurusan yang baik, perancangan yang
berkesan dan kawalan yang berterusan. Ini akan menghasilkan penggunaan pembiayaan
yang efisyen di mana memungkinkan sesebuah organisasi seperti sekolah bergerak pada
halatuju yang betul dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua segi.
Matlamat dan objektif institusi pendidikan cemerlang akan dapat dicapai melalui
‘perbelanjaan optima lagi efisyen’, bagi melahirkan perubahan sikap pelajar,
pengetahuan pelajar, perubahan sikap guru, kepuasan kerja guru, penyelesaian masalah,
disiplin pelajar, kemahiran vokasional dan pelbagai lagi halatuju yang diwarwarkan oleh
masyarakat dan negara.
Bagi pelajar pula pemilihan bidang pendidikan yang bersesuaian dengan kehendak
semasa akan membolehkan mereka ujud sebagai satu entiti yang berdaya saing. Pulangan
pendapatan sewaktu bekerja diharapkan dapat menutupi kos semasa mereka belajar. Ini
termasuklah kos yang dibiayai oleh kerajaan (kos sosial) ataupun mereka dan keluarga
mereka sendiri (kos persendirian). Walaupun mereka tidak dapat membayar balik wang
yang dibelanjakan oleh sektor awam (melalui cukai pendapatan) sekurang-kurangnya
pendapatan yang diterima oleh mereka dapat mengatasi kos persendirian dan awam.
107