Projek Khidmat Masyarakat
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1
Muka Depan
Ikut format yang telah diberi
SEK. MEN. JEN. KEB. KATHOLIK 46000 PETALING JAYA, SELANGOR
LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
TEMA : TAJUK :NAMA :TINGKATAN :NAMA GURU :
Senarai KandunganPerlu mengandungi perkara dan nombor muka surat
Bil Perkara Muka Surat
Senarai Kandungan
Pengenalan
Objektif Projek
Lokasi projek
Strategi pelaksanaan
Masalah-masalah Pelaksanaan
Tempoh Pelaksanaan
Kos Pelaksanaa
Penghargaan
Refleksi dan Kesimpulan
Lampiran
Pengenalan
Memperkenalkan diri (nama dan tingkatan)Memperkenalkan tajuk dan menerangkan secara ringkas sebab memilih tajuk ini
Saya, ___________ ialah pelajar Tingkatan 1___ di sekolah Menengah Jenis kebangsaan Katholik, Petaling Jaya. Untuk menjalankan Projek Khidmat Masyarakat, saya telah memilih tema Hubungan kekeluargaan. Tajuk projek saya ialah Membantu Keluarga. Saya telah memilih tajuk ini supaya saya dapat meringankan beban ibu bapa.
ObjektifMenyatakan sekurang-kurangnya 4 objektif projek ini dijalankan.
Memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Membantu keluarga membersihkan rumah
Memupuk sifat berdikari dan bertanggungjawab
Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
LokasiMenyatakan alamat penuh lokasi projek dijalankan.
Menerangkan sebab lokasi terbabit dipilih.
Lokasi projek saya adalah di rumah saya yang beralamat _______________________ Sebab saya memilih lokasi ini termasuklah :
a) Rumah saya mempunyai kemudahan yang lengkap untuk membuat projek ini.
b) Saya boleh mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa untuk menyiapkan projek ini.
Strategi PelaksanaanMenyertakan sekurang-kurangnya 10 keping gambar bagi menunjukkan projek dijalankan.
Menerangkan secara terperinci termasuk menyatakan tarikh, hari dan waktu projek dilaksanakan.
Tarikh Masa Perbincangan
22/6/2015 5.25-6.00 Memilih tema dan tajuk projek
24/6/2015 3.20-3.55 Memutuskan tarikh, hari dan masa melaksanakan projek
Cara- cara melaksanakan projek
Masalah-masalah melaksanakan projek dan cara mengatasinya.
Format menulis laporan projek
Langkah pelaksanaanTarikh :Hari :Masa :
Saya telah bangun awal untuk membuat persiapan melaksanakan projek ini.
Saya bermula dengan _______________
Contoh aktiviti membantu keluarga
Contoh aktiviti membantu keluarga
Masalah-masalah pelaksanaan
Menyatakan beberapa masalah yang berlaku semasa projek dijalankan dan menyatakan cara pelajar menangani masalah tersebut.
Sebenarnya saya tidak banyak menghadapi masalah melaksanakan projek ini kerana saya telah mendapat sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan guru saya. Walau bagaimanapun, satu masalah yang saya hadapi ialah kekurangan masa menjalankan projek. Ini disebabkan aktiviti sekolah dan kerja-kerja rumah yang membebankan. Tetapi saya telah mengatasi dengan membuat jadual waktu membahagikan masa belajar dan membuat projek.
Tempoh pelaksanaanMenyatakan tarikh memulakan projek, tarikh projek berakhir dan tempoh projek dilaksanakan.
Kerja projek ini dimulakan pada _________, di mana satu perjumpaan selama 30 minit dengan guru saya telah diadakan, ini diikuti dengan 4 kali lagi perjumpaan. Setiap perjumpaan adalah selama 30 minit. Pada __________, saya menggunakkan 6 jam untuk melaksanakan projek saya. Selepas itu, saya menggunakan 4 jam untuk menyiapkan laporan projek saya. Jadi, jumlah tempoh pelaksanaan projek ini ialah 10 jam.
Kos pelaksanaanMenyatakan kos-kos yang terlibat untuk melaksanakan projek ini.
Untuk menjalankan projek ini saya telah menggunakan beberapa bahan seperti di bawah:
Maka, jumlah kos saya menyiapkan Projek Khidmat Masyarakat ini adalah sebanyak RM ____________
Bahan Kos
Kertas A4 RM
Kertas warna RM
Cetak gambar RM
Binding RM
Jumlah RM
PenghargaanMenyatakan penghargaan kepada guru subjek pend. Sivik, ibu bapa, ahli keluarga dan pihak lain yang terlibat.
Saya dapat melaksanakan projek ini dengan sempurna kerana bantuan dan sokongan daripada beberapa pihak. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :
Guru subjek saya yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya semasa projek dijalankan.
Ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang pelaksanaan projek ini.
Refleksi dan KesimpulanMembuat kesimpulan dan menyatakan kebaikan yang telah diperolehi daripada projek yang dijalankan.
Secara keseluruhannya, projek saya telah dijalankan dengan jayanya. Semasa menjalankan projek ini, saya berpeluang mengenali ahli keluarga dengan lebih dekat lagi. Sungguhpun projek ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak, tetapi saya berasa puas hati dan bangga dengan hasil usaha saya. Daripada projek ini saya juga mempelajari bahawa khidmat masyarakat merupakan satu amalan hidup yang murni.
Lampiran