ANJURAN BERSAMA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DAN
JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KETUA FASILITATOR : ANUAR BIN ABDUL
Latar belakang PPSB
Cetusan idea YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Peringkat pertama PPSB – di 11 kem terpilih mulai 12 Feb – 4 Mac 2005,
Peringkat kedua – di 35 kem termasuk Sabah dan Sarawak mulai 10 April – 7 Mei 2005
Mulai 1 Ogos 2005, PPSB menjadi salah satu modul di kesemua kem seluruh negara.
Anjuran bersama di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Apakah nama asal Dewan Bahasa dan Pustaka ?
KUIZ Cubalah jawab…!!!!
Di manakah DBP ditubuhkan?
Bilakah DBP ditubuhkan?
Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Nama asal ialah Balai Pustaka – ditubuhkan hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III di Singapura pada 21 September 1956
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
MISI – “Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk membina Bangsa”
WAWASAN – “Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Bangsa”
FALSAFAH – “BAHASA JIWA BANGSA”
BAHASA JIWA BANGSA
Matlamat Program PPSB Matlamat utama PPSB adalah mendukung matlamat PLKN itu
sendiri. selain itu, ia juga mempunyai matlamat untuk :-
Memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda Malaysia;
Memupuk semangat persefahaman dan meningkatkan integrasi nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini;
Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia;
Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas, berwawasan dan berjiwa kental.
Matlamat Program PPSB
Memupuk minat dan bakat peserta serta meningkatkan apresiasi terhadap sastera di kalangan masyarakat khususnya generasi muda ke arah pembinaan khalayak sastera;
Memperkasa dan membina kepakaran serta keterampilan karyawan seni dan sastera demi memartabatkan sastera tanah air.
Modul Pengajaran PPSB
Hari Pertama
- Sesi I (2.30-4.30 ptg)
(Pengenalan Tentang Program PPSB)
Matlamat, Falsafah dan Konsep Program. Jadual dan Pengisian Program. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembahagian Kumpulan dan Tugas Kesantunan Berbahasa*
Hari Pertama
- Sesi II (8.30-10.30 mlm)
(PENGHAYATAN PUISI : TEORI DAN AMALI)
1. Penghayatan Puisi Tradisional.
2. Penghayatan Puisi Moden
Modul Pengajaran PPSB
Modul Pengajaran PPSB Hari Kedua
INTERPRETASI PUISI1. Pentafsiran Puisi.2. Pemahaman Kosa Kata dan Aspek Sebutan.3. Pembahagian Tugasan / Taklimat Tentang Tugasan /
Pembentangan Konsep Persembahan Kumpulan.
- Sesi III (8.30 – 10.30 pg)
Hari Kedua Sesi IV (11.00 – 1.00 tgh)
PENGURUSAN ACARA DAN GERAK KERJA BERKUMPULAN
1. Bimbingan Pengurusan dan Pengacaraan Majlis Gaya Dewan.(Kumpulan Urusetia)
2. Sesi Olah Suara dan Olah Tubuh.
3. Latihan Kumpulan dengan Bimbingan Fasilitator.
Modul Pengajaran PPSB
Hari kedua
- Sesi V (2.30 – 4.30 ptg)
LATIHAN DAN BIMBINGAN KUMPULAN
Modul Pengajaran PPSB
1. Latihan Kumpulan dan Bimbingan Fasilitator / Jurulatih.
2. Taklimat i. Kreteria Penilaianii. Kreteria Persembahan
Hari kedua
Sesi VI (5.00 – 6.30 ptg)
LATIHAN DAN BIMBINGAN KUMPULAN
Modul Pengajaran PPSB
1. Bimbingan dan Persiapan Akhir dan Raptai Penuh Persembahan.
2. Latihan Kumpulan dan Bimbingan Fasilitator.
Hari kedua
SESI VII ( 9.00 – 10.30 MLM)
Modul Pengajaran PPSB
MANIFESTASI PUISI DAN PENUTUPAN PROGRAM
Persembahan Kumpulan/Sayembara Puisi Acara Penutupan Program.
Pengenalan/Penghayatan Puisi
Puisi merupakan karangan berangkap mengandungi kata-kata terbaik penuh dengan perasaan dan imaginatif yang membawa makna sebanyak mungkin di dalam perkataan yang seringkas mungkin.
Puisi terbahagi kepada 2 jenis Puisi Tradisional Puisi Moden
Puisi Tradisional
Dikenali sebagai sastera lisan yang berkembang di dalam kesenian rakyat.
Jenis-jenis puisi tradisional Pantun Syair Gurindam Seloka Bahasa Berirama Nazam Mantera, teromba, masnawi, rubai dll
PANTUNCIRI-CIRI PANTUN
• Ada pembayang maksud dan ada maksud.
• Jenis-jenis pantun : Rangkapnya terbina daripada baris/kerat yang berpasangan misalnya Pantun 2 kerat, Pantun 4 kerat, Pantun 6 kerat, Pantun 8 kerat dan Pantun berkait.
• Skima rima di tengah dan / atau di hujung baris berjajar, berselang iaitu ab;ab, atau aa;aa, iaitu Rima akhir baris pertama sama dengan rima akhir baris ketiga, dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.
PANTUN
CONTOH : PANTUN DUA KERAT Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong lama-lama mencuri.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Sebelum melafazkan pantun, wajar difahami pemikiran / idea keseluruhan pantun berkenaan untuk mengenal pasti mood/nada/intonasi pengucapan pantun (sedih, curiga, gembira, jenaka dsbnya).
Melafazkan Pantun
PANTUN
CONTOH PANTUN EMPAT KERAT
Dua tiga kucing berlari,Mana kan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,Mana kan sama adik seorang.
Buah langsat kuning mencelahSenduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuahTanduk tidak berguna lagi.
Contoh Pantun 6 Kerat
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkisi tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.
PANTUN
MARI BERPANTUN
Tikar pucuk tikar mengkuang
Alas nikah raja Melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai
Burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang.
Tebang gelam tebang kenangaBatangnya tumbang menimpa gedungKumbang mengidam nak seri bungaBunga kembang di puncak gunung
Pokok terap tumbuh di bukitBelat berbanjar panjang ke huluJangan diharap guruh di langitKilat memancar hujan tak lalu.
Limau bentan di tepi tingkapBudak-budak melempar burungHarimau di hutan lagi kutangkapKononlah pula cicak mengkarung.
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi.
Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair perahu; Dll) sekitar abad ke 16 dengan tujuan untuk mengajar agama Islam.
SYAIR
SYAIRCIRI-CIRI SYAIR Empat baris dalam satu rangkap.
Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar 3 hingga 5 patah perkataan.
Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar 8 -12 suku.
Skima rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.
Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.
Jenis Syair
Syair Cerita misalnya, Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman, Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.
Syair Nasihat misalnya, Syair Definisi Orang Berakal, Syair Makna Riak, Syair Pesanan Ibu.
Syair Semangat Patriotik misalnya, Syair Tenaga Pemuda.
Syair Ilmu, misalnya Syair Kelebihan Ilmu.
Syair Kiasan misalnya, Syair Jong Pecah.
SYAIR
Dengarlah tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan nyeri.
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Ada kepada suatu hari
Sakit saudagar laki dan isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalu memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.
SYAIR NASIHAT
Irama Batu Belah
SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAHIrama Didol
SYAIR
Pertama mula Pungguk merindu
Berbunyilah guruh mendayu-dayu
Hatinya rawan bercampur pilu
Seperti dihiris dengan sembilu
Pungguk bermadah seraya merawan,
Wahai bulan, terbitlah tuan,
Gundahku tidak berketahuan,
Keluarlah bulan tercelah awan.
Ketika bulan sedang berkurung,
Pungguk terbang segenap lorong,
Ramai bertanya sekalian burung,
Pungguk Wahai, mengapa nan murung.
Deli tua negerinya itu,
Kotanya kukuh berpagar batu,
Pasarnya ramai bukan suatu,
Tiada berbanding di zaman itu.
Baginda berputera tiga orang jua,
Laki-laki konon putera yang tua,
Puteri cantik putera kedua,
Parasnya elok jarang tersua.
SYAIR BURUNG PUNGGUK
(Irama Siti Zubaidah)
SYAIRSYAIR KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN
(Irama Mayang)
Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Bahasanya bernas dan isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
GURINDAM
GURINDAMCIRI-CIRI GURINDAM
• 4 hingga 6 patah perkataan / 8-12 suku kata baris.• Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak
ditentukan.• Skima rima hujung bercorak seirama iaitu a:a.• Baris pertama adalah unik syarat (induk Kalimat) dan
baris kedua pula ialah jawapan (anak kalimat).• Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada
perkataan dalam baris.• Umumnya mempunyai pernyataan yang serius terutama
untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.
Disampaikan dengan dendangan irama tersendiri.
Jika kamu banyak berkataDi situ banyak membuat dusta.
Jika kamu banyak bercakapTanda fikiran kuranglah lengkap
Jika kamu banyak berkataKejahilan kamu terang dan nyata.
Jika kamu banyak bercakapKekurangan kamu mudah tersingkap
Jika kamu banyak berkataDi situ banyak silang sengketa.
Jika kamu banyak bercakapKamu sendiri masuk perangkap.
Jika kamu banyak berkataJanji palsu senang tercipta.
Jika kamu banyak bercakapKata mengata banyak diungkap.
Jika kamu banyak berkataBanyak janji tidak dikota.
Jika kamu banyak bercakapRahsia kamu dapat ditangkap.
GURINDAM PELIHARA LIDAHGURINDA
M
Cahari olehmu akan sahabat,Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,Yang boleh tahukan tiap seteru.
Carikan olehmu akan isteri,Yang boleh menyerahkan diri.
Carikan oleh mu akan kawan,Pilih segala orang setiawan
GURINDAM 12 PASAL KEENAM
GURINDAM
SELOKA
(a) Ciri-ciri Utama
Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung.
terbahagi kepada unit pebayang (induk kalimat) dan unit
maksud (anak kalimat) Kebanyakan seloka ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun dan syair
Ada juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.
Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda, bertujuan menyindir sambil mengajar.
SELOKA
Seloka Emak Si Randang
Baik budi emak si randangDagang lalu ditanakkantiada kayu rumah diruntuhkananak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkanKera di hutan disusuiDagang pergi awak terhutangBeras habis padi tak jadi
NAZAMNazam adalah puisi tradisional pengaruh Arab-Parsi. Secara umumnya nazam digunakan untuk mengembangkan ajaran Islam; oleh itu isinya bersangkutan dengan pengajaran feqah, tasauf, cerita-cerita Nabi, kebesaran Allah, di samping mengupas sikap dan sifat nilai murni muslimin sejati.
(a) Ciri-ciri Utama Dua baris serangkap Skima rima adalah bebas Skima rima hujung tidak mempunyai pola tertentu ; ada yang
seirama a,a,a,a, dan ada yang tidak seirama aa, aa / aa, bb, ab, bc, cd dan seterusnya. Lazimnya trbina gengan 5-6 patah perkataan sebaris / 10-12 suku kata sebaris Disampaikan dengan cara nyanyian bernasyid/berzikir beramai-ramai di majlis karamaian agama seperti majlis khatam Quran, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dsb. Lagu nazam bercorak senada (monotonus) dari awal hingga akhir.
NAZAMNAZAM NASIHAT
Elok kata murni jiwa harum budiHidup kita penuh makna orang sudi
Elok paras banyak harta jika kejiTiada siapa ingin dekat kita rugi
Hai saudara jangan sombong tinggi diriHidup jadi sia-sia tak bererti
Elok tingkah perbuatan hati muliaItulah tanda orang budiman orang suka
Elok perangai tidak dengki iri hatiHidup damai sana sini orang rai
Hai saudara insaf diri buat kebaikanJangan lalai sampai lupa pada Tuhan
Ingat pesan ayah bonda penuh harapanAnaknya jadi insan mulia masa depan
Harapan guru muridnya jadi orang bergunaCapai jaya cekal usaha hidup sempurna
Hai saudara jangan mudah putus harapanRajin usaha itu tanda kejayaan
NAZAMNAZAM AYAH DAN IBU
Ibu mengandung sembilan bulanLebih dan kurang tak ditentukanLahirkan dikau berapa kesakitanBerpantang pula minum dan makan.
Cukuplah masa sampai ketikaLahirlah engkau ke dalam duniaBarulah suka ibu dan bapaKepada engkau sangat kasihnya.
Harap ibumu bukan sedikitTinggilah harap darinya bukitLama ibumu merasa sakitSembilan bulan tidak berbangkit.
Setelah kamu sudahlah adaSiang dan malam ibumu jagaTidurpun tidak barang seketikaMakan dan minum tidak berasa.
Berapalah dian dengannya tanglungDiangkat dituam lalu dibedungSudahlah jaga lalu didukungKasih dan sayang tidak tertanggung.
Tidaklah tentu siang dan malamBangun memangku di dalam kelamTerkejut jaga di tengah malamTidur pun tidak lekat di tilam.
Rela ibumu menanggung hutangKain dan baju tidak dipandangBasah diampai kering di pinggangDidukung galas tidak berenggang.
Kenang ayahmu anak bangsawanBarang katanya jangan dilawanIbu bapamu hubungan TuhanBaru sempurna anak budiman.
Hai segala anaknya AdamKasihnya ibu tiada sempadanKasihnya ayah rela berkorbanBadan dan nyawa jadi taruhan.
Puisi Moden
Bentuk Sajak(1)Sajak Bebas
(a)Kebanyakan sajak ditulis dalam bentuk bebas
(b) Maknanya, bentuk sajak tidak lagi terikat pada ciri-ciri konvensional yang ada pada puisi tradisional terutamanya pantun dan syair.
SAJAK
Kepada Anakku (A.S. Amin)
malam yang gelisahsunyi dan sayuhati dan kepalakerinduan ku-kerinduannyaapi merah di dadabulan terseyum mesradi bumi setiahati ku sediaesoknya lahir manusiapunya harapan dan cintapada dunia dan manusia
SAJAKContoh sajak bebas
SAJAK(2)Sajak Terikat Sajak terbahagi kepada dua:
(a) Keterikatan pada ciri yang khusus - dua baris serangkap - tiga baris serangkap - empat baris serangkap dll
(b)Keterikatan pada ciri-ciri konvensional yang ada pada puisi tradisional terutama pantun dan syair.
Anak jiran Tionghua (Usman Awang)
SAJAK
Anak Tionghua kelahirannya di sinidi bumi hijau ladang-ladang getah dan padiia bisa bercerita untuk siapa sahajadi sini tanahnya dan ibunya bersemadi
Lihat mereka sedang berebutan pistol mainan he, jangan berkelahiah, anak-anak dengan caranya murniberkelahi untuk nanti bermain kembali
Contoh sajak terikat
SAJAK
(3)Sajak Eksperimen
Sajak eksperimen tebahagi kepada tiga:
(a) Sajak 3V (yang pernah dipopularkan oleh penyair spt. A. Ghafar Ibrahim)
(b) Sajak konkrit
(c) Sajak mini kata
TEMA SAJAK
Agama / ketuhanan Alam Cinta Masyarakat / Sosial Keluarga Patriotik
Tema ialah pokok pada sajak. Pada umumnya tema dalam sajak antaranya ialah:
SAJAK
SAJAKNADA SAJAK• Nada sajak merujuk kepada nada rendah, sedang dan
tinggi dalam sajak.• Nada berkait rapat dengan perasaan atau mood dalam sajak.
Contoh 1: (Sajak Patriotik – Nada Patriotik
Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos (Kemala)Bukan gerimisTapi taufanBukan pesimisTapi pahlawanSeribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertandaMemeluk kemerdekaan dalam diamSyahdu yang datang adalah sepi heningTapi gelegakBukan dukaTapi ombak
Dan engkau tidak akan bisa
menyelamatkan aku
tanganku akan
jatuh terkulai
dan engkau tidak akan bisa
menyapu tanah yang
menjilat bibirku
Mataku akan dipenuhi oleh
Tanah dan air
Mataku tidak akan dapat
melihat lagi
SAJAKNADA SAJAKContoh 2: ( Sajak bertema Ketuhanan – Nada Melankolik)Tanah Ini Akan Mencintai Aku ( A. Latif Mohidin)
Bentuk-bentuk Persembahan Sajak
1. Deklamasia. Definisi – membaca sajak sebagai satu seni.Menggabungkan elemen
suara ( vokal ),nada ,intonasi,gaya,bahasa dan teknik.b. Elemen –elemen dalam deklamasi sajak > tafsiran makna sajak ( secara tersurat dan tersirat ) > jeda ( berhenti sebentar di tempat yang betul ) > Intonasi ( tinggi / rendah tekanan suara ) > Tempo ( cepat / lambat bacaan ) > Suara/ Vokal > Bahasa dan Sebutan > Gaya ( penghayatan ,eksperimen /mimik muka,bahasa badan , dan
penampilan )2. Membaca - secara bersahaja tanpa ekpresi.3. Mestamu ( melagukan sajak tanpa muzik )4. Lagu-lagu puisi ( melagukan sajak dengan muzik )
SAJAK
TANAH AIRKU
Tanah airkulangit dan bumimuadalah milik mutlakku.
Jangan hampir padanya!
Tanah airkulaut dan udaramuadalah milik mutlakku.
Jangan hampir padanya!
Tanah airkusegala isi laut dan isi bumimuadalah kecintaan hayat dan warisanku.
Jangan hampir padanya !
A. Wahab Ali
LAGU PUISI
Lagu / Nyanyian : Kopratasa
Permata (Untuk Isteri Ku)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyiDalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanitaUntuk kau beri erti dengan kelembutanUntuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita muliaYang tahu harga budi dan hatiSeorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteriKu ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikanYang kita janjikan
Kerana kau isteriku
TAKLIMAT PERSEMBAHANMANIFESTASI PUISIKONSEP PERSEMBAHAN Acara kemuncak PPSB – iaitu pada malam
terakhir PPSB di setiap kem PLKN. Menampilkan bakat dan kreativiti peserta
membuat persembahan pentas. Menggabungkan elemen-elemen persembahan,
secara berpasukan, di dalam persembahan masing-masing.
Bukan persembahan kebudayaan, tetapi persembahan puisi.
Arahan-arahan Khas Mengenai Konsep PPSB
Hanya puisi moden (sajak) yang termuat di dalam teks PPSB (Antologi puisi Tanah Airku) sahaja yang boleh diguna pakai.
Sajak adalah teras persembahan, tetapi tidak boleh mementaskan lebih daripada sebuah sajak.
Tidak boleh menukarkan bentuk puisi tradisional atau puisi moden kepada bentuk persembahan kesenian seperti dikir barat, boria dan sebagainya.
Mestilah menyampaikan puisi tradisional mengikut bentuk dan cara penyampaian asal ( 5 minit di awal persembahan )
Penilaian & Pemarkahan
Setiap persembahan akan dinilai berdasarkan kepada beberapa aspek, iaitu:-
Deklamasi Sajak (30 markah)
Suara (vokal, intonasi, nada, kelancaran)
Gaya / Teknik (mimik muka, penghayatan, bahasa tubuh serta penampilan)
Persembahan (40 markah)
Keupayaan menterjemah makna sajak melalui bentuk/konsep persembahan dengan menggabungkan mana-mana elemen seni yang sesuai seperti lakonan, gerak kreatif, nyanyian, muzik dll.
Gaya penyampaian dan keserasian puisi tradisional yang disisipkan di dalam persembahan
Keharmonian keseluruhan persembahan.
Kreativiti (15 markah)
Set/Prop – peralatan bagi membantu persembahan
Kostum – pakaian yang bersesuaian
Penataran bunyi / muzik latar.
Unik / Mengagumkan - dapat memikat penonton
Pengurusan Persembahan (15 markah)
Penglibatan semua ahli kumpulan/pelbagai kaum
dalam persembahan utama
Pengurusan pentas (keluar/masuk pentas, susun atur set/prop serta adab di atas pentas)
Kerjasama kumpulan
Usaha tambahan – risalah/maklumat kumpulan, alat bantu seperti penggunaan multi media dsbnya
Garis Panduan Persembahan Tidak boleh melakonkan aksi-aksi negatif seperti merokok,
berdisko, aksi lucah, rogol, penderaan dan sebagainya.
Tidak boleh membawa atau menggunakan apa sahaja senjata sebenar dan api di atas pentas semasa persembahan,
Lakonan dan dialog yang menyentuh sensitivi kaum atau agama adalah dilarang sama sekali,
Lakonan yang melibatkan sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan adalah ditegah,
Kostum hendaklah bersesuaian dengan persembahan tetapi jangan menggunakan kostum yang kurang sopan atau menjolok mata,
Masa persembahan tidak melebihi 20 minit. . - 5 minit bagi persembahan puisi tradisional
Panel Juri yang diketuai oleh Ketua Juri / Ketua Fasilitator akan memilih :-
Deklamator Terbaik seorang deklamator terbaik keseluruhan – setiap kumpulan hendaklah mencalonkan
seorang deklamator yang mesti mendeklamasikan sebuah puisi dari awal hingga akhir.
Pemilihan
Persembahan Kumpulan Terbaik
Persembahan setiap kumpulan akan dinilai dan diberi markah berdasarkan konsep persembahan.
Hanya satu kumpulan sahaja yang layak dipilih menjadi Kumpulan Persembahan Terbaik
Keputusan Panel Juri adalah MUKTAMAD.
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
IKATAN PADU (ALFA)JALINAN MESRA (BRAVO)
WAWASAN JITU (CHARLIE)
SEMARAK HATI (DELTA)URUSETIA
NAMA KUMPULAN
FASILITATOR
KETUA KUMPULAN
PENGARAH PERSEMBAHAN
PENOLONG PENGARAH
PENGURUS PERSEMBAHAN
DEKLAMATOR UTAMA (SAYEMBARA)
KONSEP PERSEMBAHAN
PUISI PILIHAN – Judul / Penulis / Muka surat
PUISI TRADISIONAL
Syair/Gurindam/Seloka dll
MAKLUMAT KUMPULAN