PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
MODEN
DISEDIAKAN OLEH :
1. MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN
2. WAN MUHAMMAD FAUZAN BIN WAN ZAIN
ABDULLAH MUNSHI (1974)
“Adalah suatu hairan, lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang-orang Melayu ini. Ia tinggal dalam kebodohannya itu, oleh sebab ia tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu, maka mustahil pada akal, adakah orang-orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya ? Bukanlah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu ?”
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN
Dikatakan bermula pada abad ke-19 menerusi Abdullah Munshi dalam karyanya berjudul Hikayat Abdullah (1849).
Dalam karya ini, Abdullah menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri hasil pemerhatian beliau terhadap orang-orang Melayu yang tinggal di Negeri-negeri Selat.
Ahli-ahli bahasa dan sejarah berpendapat bahawa, bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno.
KRONOLOGI PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN
PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA(PBmPB)
PEJABAT KARANG MENGARANG
PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Ditubuhkan pada 1988 di Johor Bahru.
Diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munshi.
Merupakan “ suatu perhimpunan belajar-mengajar dan siasat-menyiasat dalam pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu”.
Tujuan utama penubuhannya ialah mengendalikan perbincangan-perbincangan tentang bahasa dan menubuhkan sebuah kutubkhanah sebagai pusat sumber tentang persoalan-persoalan bahasa.
Kegiatan tertumpu kepada usaha-usaha mengasuh ahli-ahlinya dalam soal bahasa.
Dikurniakan gelaran ‘Diraja’ oleh D.Y.M.M Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935 , diikuti pula dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.
Matlamat pakatan ialah :
Memelihara, melengkapkan, dan memodenkan bahasa Melayu dan memelihara tulisan jawi.
Menstandardkan ejaan dan perkataan.Mencipta perkataan baharu.Mengembangkan pengetahuan melalui
ceramah –ceramah dan penyelidikan.Mengeluarkan Predar atau jurnal enam
bulan sekali.Membina perpustakaan
PERKATAAN BAHARU
SetiausahaPejabatKerja rayaWartaJurucakapJadual waktuTimbalan
DATO’ MUHAMMAD IBRAHIM MUNSHI
Putera kepada Abdullah Munshi.
Dilantik sebagai setiausaha
kerajaan Johor (1882).
Berjaya menubuhkan empat buah
sekolah Melayu.
Menerbitkan kitab Pemimpin Johor
(1878) yang memperkatakan tentang nahu Melayu
dan dijadikan buku pelajaran di sekolah-sekolah
Melayu
DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK
Mendapatkan pendidikan di England
(1871-1878)
Memegang beberapa jawatan penting
di pejabat Sultan apabila kembali ke Johor :
Setiausaha dan Penterjemah Inggeris Kerajaan
Menteri Hal Ehwal Luar
Setiausaha Kerajaan Negeri
Penasihat Politik
PASPAM ditubuhkan di Pulau Pinang. ( 1930-an)
Diusahakan oleh Syed Sheikh Al-Hadi melalui akhbar Saudara.
Beliau mengelolakan ruangan Sahabat Pena dalam akhbar Saudara yang kemudiannya berkembang pesat lalu menjadi sebuah persatuan persuratan Melayu yang besar dengan beribu-ribu orang ahlinya bertaburan di seluruh pelosok Tanah Melayu, Singapura, Labuan, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.
Berhasil menyebarkan semangat persaudaraan dalam kalangan ahlinya yang berda di seluruh pelosok tanah air.
Surat-menyurat merupakan cara perhubungan sesama ahli di samping sebagai latihan dalam bidang karang mengarang kepada mereka.
Mempunyai persamaan dengan Pakatan melalui kegiatan dalam Lembaga Bahasa yang ditubuhkan oleh PASPAM Johor pada 26 September 1938 di Segamat.
Bahman Yusuf, Yang Dipertua PASPAM Johor merupakan Yang Dipertua Lembaga Bahasa.
RANCANGAN LEMBAGA BAHASA
Mengeluarkan buku-buku adat Melayu.
Membeli karangan daripada ahli-ahli PASPAM.
Mengatur tarikh Negeri Melayu.
Mengeluarkan kamus Melayu.
Mengadakan peraduan karang-mengarang.
Mengeluarkan buku tahunan PASPAM bagi semua ahli.
Menentukan suatu ejaan PASPAM yang tetap.
Mereka perkataan ‘Melayu Baru’ daripada perkataan Inggeris yang kerap digunakan oleh orang-orang Melayu.
KEJAYAAN PASPAM
Menerbitkan majalah Suara Pena (1938) dan Pancaran Pena (1939)- Singapura.
Penukaran nama majalah PASPAM kepada Pemberita Pejabat PASPAM.-Pulau Pinang.
Menerbitkan majalah Teman PASPAM(cawangan Batu Pahat)
Suatu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan dan mempererat sesama ahli.
Hendak memperluas ahlinya daripada mengarang kepada baca-membaca dan menggalakkan karang-mengarang dalam bahasa dan buku-buku Melayu.
Mendirikan sebuah kutukhanah.
PEJABAT KARANG-MENGARANG
Diasaskan O.T. Dussek dan Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,(1924).
Dibiayai kerajaan NNS dan NNMB melalui peruntukan Maktab Perguruan Sultan Idris.
Tidak berkembang seperti yang dicita-citakan Za’ba kerana sikap tidak serius kerajaan Inggeris.
TUJUAN UTAMA PENUBUHAN
Mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu melalui Malay School Series sebanyak mungkin.
Mengeluarkan bahan-bahan untuk bacaan masyarakat Melayu amnya melalui Malay Home Library Series.
SUMBANGAN
Berjaya memperkenalkan karya popular dari Barat kepada masyarakat Melayu.
Membuka mata orang Melayu kepada hasil kesusasteraan dunia yang berbeza daripada hikayat-hikayat lama yang diwarisi daripada datuk moyang mereka.
IMPLIKASI SUMBANGAN
Pembinaan asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmum karang-mengarang dalam kalangan orang Melayu di peringkat sekolah rendah.
Buku-buku hasil keluaran digunakan di seluruh tanah air.
(1924-1957)
Sebanyak 85 buah buku terbahagi kepada empat bahagian :
Buku bacaan sekolah
Buku teks mata pelajaran sekolah
Buku pekerjaan tangan
Buku panduan, seperti ilmu pengakap
(1929-1957)
Sebanyak 64 buah buku karya terjemahan untuk umum dan untuk kanak-kanak diterbitkan.
Terdiri daripada cerita-cerita mudah untuk masyarakat kampung.
Menubuhkan Pejabat Karang-Mengarang.
Melawat ke Balai Pustaka di Indonesia (1931) lalu mencadangkan pembesaran Pejabat Karang-Mengarang tetapi tidak diterima.
ANGKATAN SASTERAWAN 50
Dibentuk oleh satu angkatan penulis muda yang cuba memahami konsep pembaharuan dalam bidang persuratan pada 6 Ogos 1950.
Penggerak terawal ialah Masuri S.N, Keris Mas dan Asraf.
MATLAMAT PENUBUHAN
Memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
Melindungi hak-hak ahli dan juga para pengarang.
Mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama.
Pada 1 September 1950, Kesatuan Guru-guru Melayu singapura menubuhkan Lembaga Bahasa Melayu bagi :
Mengawal, memperbaik , memperluas dan memperkaya serta menghidupkan bahasa supaya menjadi bahasa hidup.
Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai perkara yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.
Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman.
Menerbitkan risalah, buku, kitab dan majalah.
Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuan dengan Lembaga.
PERBANDINGAN
Pertubuhan ASAS 50 Lembaga Bahasa Melayu
Keanggotaan Penulis-penulis muda Penulis-penulis lama
Asas Perjuangan
Politik Kebudayaan
Soal kedudukan bahasa sebagai unsur terpenting dalam hubungannya denagn kemerdekaan
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.
Ordinan DBP (1959) diluluskan oleh Parlimen dan peranannya sebagaimana termaktub dalam Ordinan DBP ( pindaan 1972).
Bertapak buat kali pertama di Bukit Timbalan Johor Bharu dengan seramai 17 orang petugas yang kemudiaanya berkembang kepada 100 orang..
Operasi meluas di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Mengalami beberapa kali perubahan struktur organisasi.
Melaksanakan tiga tugas besar iaitu membina dan mengembang bahasa dan sastera serta melaksanakan program-program penerbitan buku-buku ilmu pengetahuan.
ORDINAN DBP
Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha pencetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan bentuk-bentuk persuratan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
PERBANDINGAN BAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA MELAYU MODEN
BAHASA MELAYU INDONESIA
Persamaan
Ejaan yang sama.
Kosa kata yang sama.
Perbezaan Banyak kata serapan daripada bahasa asing.
Perkataan berasal dari Tanah Jawa, Tanah Melayu dan Belanda.
PENGARUH BAHASA ARAB
BAHASA ARAB BAHASA MELAYU
Abun Abah
Kursiyyun Kerusi
Shukran Syukur
PENGARUH BAHASA CINA
Beca Kongsi
Camca Taikong
Kekwa Mahjong
Nyonya Samsu
Popia Angpau
PENGARUH BAHASA INGGERIS
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
Game Gem
Family Famili
Theme Tema
Book Buku
Ball Bola
TAHAP PEMBAHAGIAN BAHASA MELAYU
DEKAD LIMA DAN ENAM PULUHAN
DEKAD TUJUH PULUHAN
DEKAD LAPAN PULUHAN
MENJELANG ABAD KE-21
TAHAP PEMBAHAGIAN
DEKAD LIMA DAN ENAM PULUHAN
Tahap permulaan dalam proses pemupukan bahasa Melayu.
Masalah utama yang dihadapi ialah untuk meyakinkan rakyat terhadap keupayaan bahasa Melayu bagi mengambil alih peranan bahasa Inggeris, serta menjalankan fungsi-fungsinya dengan berkesan.
Timbul keraguan masyarakat terhadap kemapuan bahasa Melayu dan mempersoalkan rasionalnya
DEKAD TUJUH PULUHAN Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran dan sebagai bahasa perhubungan awam.
Implikasi penggunaan Bahasa Melayu:
Dalam masa yang singkat dan melalui usaha gigih semua pihak, bahasa yang dahulunya disifatakan sebagai bahasa yang tidak berupaya mengungkapkan identiti negara mula mendapat tempat yang sewajarnya.
Perkembangan yang terlalu peast membawa kesan negatif, iaitu pencemaran bahasa.
DEKAD LAPAN PULUHAN
Dalam perancangan bahasa kebangsaan 1983, kanak-kanak yang mula bersekolah dalam darjah satu akan meneruskan persekolahannya hingga ke peringkat universiti dengan menggunakan bahasa Melayu.
Dianggap zaman peningkatan bahasa Melayu kerana taraf kesempurnaan Bahasa Melayu hampir tercapai.
Pelbagai istilah dalam pelbagai bidang telah dihasilkan seperti sains, fizik,kimia dan sukan.
MENJELANG ABAD KE-21
Taraf Bahasa Melayu menyamai taraf bahasa-bahasa lain di dunia iaitu bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Muncul ciri-ciri yang membolehkan Bahasa Melayu memperkatakan hal-hal yang lebih abstrak, tepat dan tegas.
Belaku taraf intelektual bahasa Melayu iaitu perbendaharaan kata, tatabahasa dan gaya,
Penekanan diberi kepada aspek estetik berhubung dengan keindahan bahasa.
Mencapai taraf kematangan.
SEKIAN, TERIMA KASIH