M A L A Y S I A
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN NEGARASenate
PARLIMEN KETUJUHSeventh Parliament
KETIGAThird PENGGAL
Session
Jilid III Bil. 25 Hari Selasa 26hb Disember, 1989
KANDUNGANNYA
MENGANGKAT SUMPAH:Y.B. Tuan Mustafa bin AwangY.B. Puan Habidah binti Jusof @ YusofY.B. Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah (Ruangan 1)
PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Ruangan 1)
JAWAPAN-JAWAPAH MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 2)
RANG UNDANG-UNDANG:Rang Undang-undang Perbekalan 1990 (Ruangan 35)
USUL:Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripadaPeraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Ruangan 120)
DN.26.12.89 - 1 -
MALAYSIA
DEWAN NEGARA
Selasa, 26hb Disember, 1989
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
D O A
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
MENGANGKAT SUMPAH
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah
mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan:
1. Tuan Mustafa bin Awang
2. Puan Habidah binti Jusoh @ Yusof
3; Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah.
PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA
MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucap-
kan selamat datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang
telah mengangkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli-
ahli Yang Berhormat yang dipilih semula itu dapat memberikan
sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada
negara seterusnya dan semoga mereka dapat berkhidmat dengan
cemerlangnya.
DN. 26.12.89 - 2 -
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
AFRIKA TIMUR - HUBUNGAN PERNIAGAAN
1. Tuan Dahalan bin Haji Embon tninta Menteri Perdagangan danPerindustrian menyatakan apakah hubungan perniagaan yang ada antaraAfrika Timur dan Negara kita. Mengapakah kegiatan tidak ditingkat-kan dengan membuka lebih banyak Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan disana.
Timbalan Menteri Berdangangan dan Perindustrian [Dato' Kok Wee
Kiat]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
hubungan perniagaan antara Malaysia dengan negara-negara Afrika
Timur adalah ditahap yang rendah. Jumlah perdagangan Malaysia
dengan negara-negara Afrika Timur ialah $65.09 juta pada tahun 1987;
$49.57 j u t a pada tahun 1988 dan untuk lapan bulan pertama tahun 1989
ialah $43,03 juta. Jumlah eksport Malaysia ialah 46.19 juta pada
tahun 1987; $31.78 ju ta pada tahun 1988 dan untuk lapan bulan
pertama 1989 ialah $20.74 juta.
Ekonomi negara-negara di Afrika Timur menghadapi beberapa
masalah seperti kekurangan matawaug asing. Untuk mengatasi massalah
tersebut, negara-negara berkenaan telah mengenakan sekatan-sekatan
import seperti mengharam serta mengenakan cukai import yang tinggi
ke atas beberapa barangan konsumer dan bukan konsumer. Walaupun
perdagangan Malaysia dengan negara-negara Afrika Timur masih terhad ,
Kerajaan sentiasa menggalakkan pihak swasta untuk meninjau peluang-
peluang perdagangan dengan negara-negara tersebut sebagai langkah
untuk mempelbagaikan pasaran barang-barang eksport Malaysia.
DN.26.12.89 - 3 -
Buat masa ini, usaha-usaha galakan eksport Malaysia di Afrika
Timur dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Malaysia di Nairobi. Di
samping itu, Kedutaan-kedutaan Malaysia di negara-negara Afrika,
khasnya di Zimbawe juga turut membantu dalam usaha meningkatkan
perdagangan di negara-negara Afrika termasuk Afrika Timur. Pada
masa ini, Kerajaan berpendapat Pejabat Perdagangan Malaysia di
Nairobi, Kenya, adalah memadai bagi mengawasi perdagangan dua hala
Malaysia dengan negara-negara tersebut.
PROGRAM JIRAN MUDA
2. Puan Law Jack Yoon minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) kemajuan yang dicapai oleh Program Jiran-jiran Mudadi 242, kawasan yang dipilih oleh Jabatan Perpaduanbaru-baru ini dan tujuan mengukuhkan perpaduan dikalangan generasi muda;
(b) setakat sekarang berapa orang belia yang telahmenyertai program itu;
(c) berapa buah kawasan daripada 242 kawasan terpilihitu yang telah menyertai program itu; dan
(d) para ibu-bapa yang memainkan peranan penting dalampengkukuhan perpaduan dengan menggalakkan anak-anakmereka supaya bergaul mesra.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dr. Ting Chew
Peh]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya setakat ini sebanyak 375
Jawatankuasa Jiran Muda telah ditubuhkan di seluruh negara.
Penubuhan Jiran Muda ini adalah tindakan susulan kepada satu lagi
Program Jabatan Perpaduan Negara untuk kaum remaja iaitu khemah
DN.26.12.89 - 4 -
kerja kejiranan. Program ini bertujuan untuk membolehkan golongan
remaja ataupun belia mengisikan masa lapang mereka dengan melibatkan
diri dalam aktiviti-aktiviti penggalakan yang berfaedah bagi memupuk
semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan mereka.
Semenjak, penubuhannya hubungan yang erat telah terjalin di
antara belia-belia ataupun remaja berbilang kaum di kawasan Ruku
Tetangga melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersama seperti
sukan pendidikan, kebudayaan dan aktiviti-aktiviti kejiranan yang
lain. Setakat ini seramai 5,625 orang belia telah menyertai program
ini sebagai ahli Jawatankuasa di seluruh negara. Penyertaan belia
setempat dalam Kegiatan-kegiatan jiran muda adalah bergantung kepada
kecergasan dan keberkesanan jentera jiran muda yang terlibat.
Saya setuju segala dengan pendapat Ahli Yang Berhormat bahawa
ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam pemupukan perpaduan
dengan menggalakkan anak-anak mereka supaya bergaul mesra dengan
kanak-kanak keturunan lain.
Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu
daripada Timbalan Menteri yang berkenaan sama ada pihak beliau
berasa yakin bahawasanya dengan program-program yang diadakan oleh
pihak Jabatan Perpaduan Negara akan menolong memupukkan rasa mesra
di antara kaum sedangkan langkah-langkah yang diambil seperti ini
merupakan hanya, dengan izin, 'filiate' sahaja, bukan satu usaha
yang bersungguh-sungguh untuk menimbulkan perpaduan di antara kaum.
Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, segala langkah-langkah
dan rancangan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara
adalah secara bersungguh-sungguh demi memupukkan perpaduan negara.
DN.26.12.89 - 5 -
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haj i Abu Bakar bin
Lajim.
Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan
yang ketiga.
RUMAH AWAM KOS RENDAH
3. Tuan Hassan bin Nam [di bawah S.O. 23(2)] minta MenteriPerumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) adakah dengan penurunan harga bahan-bahan binaan,rakyat yang berpendapatan rendah akan mampumemiliki rumah di bawah program perumahan awam kosrendah dan adakah Kerajaan bercadang untukmenambahkan bilangan unit 495,000 di bawah RML; dan
(b) adakah jumlah yang dicadangkan itu mencukupi bagimenenuhi citarasa rakyat yang berpendapatan rendahdan bagaimanakah Kementerian menilai kelayakanseseorang pemohon itu.
Timbalan Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Haji
Hussein bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang dinyatakan
oleh saudara Yang Berhormat ini memang sasaran Kerajaan tidak
berubah. Jika benar apa yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat itu
dalam masalah kos bahan-bahan binaan dikurangkan harga ini memang
sepatutnya lebih memudahkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah
untuk mendapat rumah-rumah murah atau kos rendah ini yang lebih
sempurna. Namun demikian, tidak seharusnya di antara golongan
rakyat yang senantiasa diminta harmoni di negara ini untuk mengambil
kesempatan dan menjadi pemindas kepada golongan-golongan yang
berpendapatan rendah untuk mendapat rumah murah ini dengan cara
menaikkan harga rumah yang lebih tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kuasa yang memilih pembeli-pembeli untuk
mendapat rumah ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Kerajaan-
DN.26.12.89 - 6 -
kerajaan Negeri. Namun demikian, bagi pihak Kementerian telahpun
memberi garis-garis tertentu untuk sekadar menjadi panduan. Umpama-
nya, pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
pendapatan pemohon tidak melebihi daripada $750 sekeluarga, pemohon
belum mempunyai rumah sendiri dan tinggal di kawasan yang berkenaan
tidak kurang daripada 5 tahun dan telah berkeluarga. Dan keutamaan
diberi kepada mereka yang berumur 30 hingga 40, tahun. Namun
demikian, Kerajaan-kerajaan Negeri berhak untuk menentukan garis-
garis mengikut pandangan dan kehendak Kerajaan Negeri masing-masing.
PENGHIJRAHAN PEKERJA MALAYSIA KE LUAR NEGERI
4. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan:
(a) adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakansegera untuk mengelakkan penghijrahan para pekerjaMalaysia ke luar negeri memandangkan bahawaMalaysia akan menghadapi kekurangan pekerjasejumlah 150,000 dalam tahun 2000 yang akan datangseperti diumumkan oleh Menteri Buruh; dan
(c) adakah benar buat masa sekarang lebih kurang200,000 orang pekerja Malaysia bekerja di seberanglaut.
Timbalan Menteri Buruh [Tuan Kalakau Untol]: Tuan Yang
di-Pertua, Kerajaan memang tidak menggalakkan para pekerja tempatan,
khususnya tenaga mahir, berhijrah untuk bekerja di negara-negara
asing. Walau bagaimanapun, tidak ada undang-undang yang boleh meng-
halang rakyat tempatan bekerja di. luar negeri atas pilihan mereka
sendiri.
Mengenai bilangan pekerja Malaysia yang bekerja di seberang
laut, Kementerian Buruh tidak ada maklumat tersebut kerana mereka
yang bekerja di luar negeri tidak melaporkan ke Kementerian ini.
DN.26.12.89 - 7 -
Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
tahu adakah Kementerian berhasrat untuk mendapatkan maklumat-
maklumat ini dengan apa cara sekali pun. Saya berpendapat ini ada-
lah penting dan saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat bersetuju
dengan pendapat saya?
Tuan Kalakau Untol: Kementerian akan memberi perhatian kepada
saranan Yang Berhormat.
KILANG MENGELUARKAN BAHAN PLASTIK
5. Dr. Ng Khek Kiung minta Menteri Perdagangan dan Perindustrianmenyatakan:
(a) bilangan kilang yang telah diluluskan untuk mem-proseskan dan mengeluarkan bahan-bahan mentahplastik bagi tahun 1989; dan
(b ) apakah kuantiti pengeluaran yang disangkakan dalamjangka lima tahun yang akan datang.
Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah
memberi kelulusan kepada tiga buah projek bagi keluaran-keluaran
resin plastik dalam tahun 1989 iaitu dua buah bagi projek
"expandable polystyrene" (EPS) resin" dan satu projek bagi keluaran
"acrylonitrile-butadiene-styrene (ABS) resin." Jangkaan pengeluaran
untuk 5 tahun akan datang bagi keluaran-keluaran tersebut di atas
tidak dapat ditentukan kerana projek-projek ini akan mengambil masa
sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mula beroperasi. Walau bagai-
manapun, kapasiti pengeluaran yang telah diluluskan bagi keluaran
EPS dan ABS ialah 66,000 tan metrik dan 50,000 tan metrik setahun
masing-masing.
PASARAN EKSPORT KE MYANMAR / INDO-CHINA
6. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Luar Negeri menyatakansejauh manakah Kerajaan menggalakkan inisiatif sektor swasta mencaridan memajukan pasaran baru di Burma dan Indo-China sepertimana yangdilakukan di Singapura dan Thailand sekarang?
DN.26.12.89 - 8 -
Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar]:
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan menggalakkan hubungan
perdagangan dan memperluaskan pasaran eksport barang-barang buatan.
Malaysia, termasuklah ke negara-negara yang telah disebutkan o l eh
Ahli Yang Berhormat, iaitu di Myanmar yang dahulu, dikenali sebagai.
Burma, dan negara-negara Indo-China, perancangan yang rapi dan
penelitian kepada prospek-prospek bidang-bidang yang dikenalpasti
untuk diceburi telahpun dibuat dengan mengambil kira penyertaan
terus sektor swasta di dalam aktiviti-aktiviti perdagangan dan
ekonomi di negara-negara tersebut.
Dalam hal ini, sememangnyalah menjadi dasar Kerajaan kita meng-
galakkan pihak swasta untuk terus mencari dan memperluaskan peluang-
peluang perniagaan dengan mengadakan hubungan perdagangan yang aktif
dengan negara-negara lain. Untuk tujuan ini, seperti yang kita
sedia maklum, Kerajaan senantiasa menekankan kepada pihak swasta
perihal mustahaknya mewujudkan hubungan perdagangan secara langsung
dengan negara-negara rakan perdagangan. Perwakilan-perwakilan kita,
yang ditubuhkan di negara-negara berkenaan pula juga bersedia.
membantu pihak swasta di dalam aktiviti perdagangannya dengan
negara-negara tuan rumah.
DN.26.12.89 -9-
Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua,
memandangkan kedua-dua buah negara ini Myanmar dan Indo China
merupakan pasaran-pasaran baru yang mungkin belum sepenuhnya
diterokai dari segi pengembangan perdagangan antarabangsa bukan
sahaja daripada Malaysia tetapi juga daripada negara-negara sekitar
ASEAN, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri Luar sama ada
satu pendekatan, ataupun dengan izin, approach, dan satu cara
dilakukan secara bersama bagi keseluruhan negara-negara anggota
ASEAN memgenai pasaran baru ini.
Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
negara-negara ASEAN memang mengambil perhatian berat terhadap
negara-negara yang ada di kawasan Asia Tenggara iaitu termasuk
Myanmar dan juga negara-negara Indo-China, bukan sahaja dari segi
politik tetapi dari segi perdagangan dan ekohomi. Maka pihak ASEAN
sedang memerhatikan dari segi kestabilan politik dan kemajuan
ekonomi negara-negara tersebut sebelum ianya membuat satu konkrit
secara persatuan, secara pakatan ASEAN tetapi dari segi individu
negara-negara ASEAN memang menjalankan kegiatan perdagangan dengan
negara-negara berkenaan dan apabila masanya tiba kelak, kita akan
berusaha supaya ASEAN sebagai sebuah pertubuhan dapat mewujudkan apa
yang disebutkan sebentar tadi, cara-cara bagaimana kita boleh dapat
mewujudkan hubungan perdagangan secara menyeluruh dengan empat buah
negara yang ada di dalam soalan ini.
DN.26.12.89 -10-
Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri Luar, apakah pihak
Kerajaan Malaysia akan menunggu penyelesaian politik di Indo China
terlebih dahulu sebelum mengerakkan seluruh inisiatif untuk
menerokai pasaran baru di Indo-China khususnya?
Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, oleh
kerana keadaan politik dalam negara-negara yang berkenaan amatlah
penting bagi mewujudkan perhubungan ekonomi yang bermakna dan begitu
konkrit maka kita haruslah memerhatikan kedudukan politik
negara-negara yang berkenaan terlebih dahulu. Namun begitu,
sepertimana yang saya sebutkan awal tadi bahawa secara individu
pihak kita sudahpun menggalakkan sektor swasta masing-masing berbuat
demikian. Jadi, bila masanya tiba kelak keadaan di ncgara-negara
berkenaan baik maka Kerajaan akan membuat pendekatan secara
menyeluruh.
HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN
7 , Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) berapakah jumlah hutang-hutang pinjaman Kerajaandari luar negeri sekarang;
(b) berapakah pula jumlah hutang pinjaman Kerajaan darisumber kewangan dalam negeri;
(c) adakah nampak berkurangan jumlah, hutang negara kitasekarang jika dibandingkan dengan masa 5,6 tahunyang lalu, sebab sejak Kerajaan mengadakan usahaberjimat-cermat di atas beberapa peruntukanperbelanjaan Kerajaan; dan
(d ) dari negara mana hutang pinjaman Kerajaan yangpaling lebih banyak sekarang.
DN.26.12.89 -11-
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan
Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan yang masih belum dijelaskan
pada masa kini adalah sebanyak $23.6 billion manakala hutang dalam
negeri adalah sebanyak $66.1 billion.
Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, jumlah hutang negara
kita sekarang tidak berkurangan jika dibandingkan jumlahnya bagi
tempoh lima tahun yang lalu. Jumlah hutang ini adalah lebih tinggi
kerana Kerajaan terus melaksanakan projek-projek pembangunan untuk
kepentingan rakyat dan pertumbuhan ekonomi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbelanjaan pembangunan
adalah dibiayai melalui pinjaman yang sebahagian besarnya diperolehi
melalui pinjaman dalam negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah
dapat mengurangkan jumlah pinjaman bersih setiap tahun. Negara kita
paling banyak berhutang kepada Amerika Syarikat iai tu sebanyak $8.2
billion bersamaan dengan 34,6% daripada jumlah hutang luar negeri.
Puan Hajjah Habidah binti Yusof: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat
Timbalan Menteri iaitu daripada $66.1 billion hutang pinjaman
Kerajaan dari dalam negeri, dari siapakah pinjaman itu dibuat?
Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, dari
dalam negeri ini termasuklah daripada institusi-institusi kewangan
dalam negeri seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain
sumber dalam negeri.
DN.26.12.89 -12-
PELAJAR-PELAJAR DI MAKTAB PERGURUAN - PENGAMBILAN
8. Tuan V.K. Sellapan minta Menteri Pendidikan memberi penjelasanmengenai pengambilan pelajar-pelajar baru di maktab-maktab perguruantempatan dan menyatakan jumlah penuntut-penuntut yang akan diambil,bagi sessi 1990.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Menteri Pendidikan
menjawab
Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya
untuk menjawab bagi pihak Kementerian Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
bilangan guru pelatih yang didaftarkan di maktab-maktab perguruan di
seluruh Malaysia pada tahun 1989 berjumlah 7,266 orang. Kementerian
Pendidikan bercadang untuk mengambil seramai 7,614 orang pelatih
bagi tahun pengambilan 1990.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan V .K. Sellapan.
Minta maaf Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan V.K. Sellapan yang
membawa soalan asal.
Tuan V.K. Sellapan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin tahu daripada Kementerian Pendidikan apakah
langkah-langkah yang telah d iambi l untuk mengatasi kekurangan
guru-guru pelatih di sekolah-sekolab SRJK(Tamil) yang mana lebih
ramai guru-guru tidak mempunyai latihan guru.
Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana
Yang Berhormat merujuk kepada kes yang khusus, saya ingin merujuk
perkara ini kepada pihak Kementerian Pendidikan.
DN.26.12.89 -13-
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Azman Atar.
Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak
ingiu hendak membuat soalan tambahan, cuma saya hendak mengingatkan
supaya tidak berlaku lagi mana-mana Kementerian apabila soalan
daripada Dewan Negara dijawab oleh Menteri yang lain walaupun di
antara satu sama lain boleh bekerjasama, saya tidak mahu perkara ini
berlaku. Saya harap Dewan mengambil perhatian.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chong Chi Siong.
Dr. Ng Khek Kiung: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan
No. 9.
KELUARAN DALAM NEGERI KASAR - SUMBANGAN PELANCONGAN
9. Dr. Ng Khek Kiung [di bawah S.O. 23(2)] minta MenteriKebudayaan dan Pelancongan menyatakan;
(a) apakah sumbangan industri pelancongan kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak 5 tahunkebelakangan ini;
(b) jumlah pelancong yang datang melawat Malaysia sejak1986 hingga hari ini mengikut pecahan tujuan lawatandan negara asal mereka; dan
DN.26.12.89 -14-
(c) apakah langkah-langkah tambahan yang boleh diambiloleh Kerajaan untuk bersiap sedia menghadapi TahunMelawat Malaysia 1990.
Menteri , Kebudayaan dan Pelancongan [Dato' Haji Sabbaruddin
Chik]: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana M e n t e r i Pendidikan tidak
datang, izinkan saya menjawab panjang semua soalan ini.
Pertamanya, saya ingin menjelaskan bahawa sumbangan sektor
pelancongan sebagai penyumbang kepada ekonomi negara ini agak sukar
kita dapat angka yang tepat kerana banyak aktiviti-aktiviti seperti
membeli-belah, pengangkutan awam, perniagaan makanan dan seumpamanya
adalah berkaitan dengan industri pelancongan. Oleh itu, saya ingin
memberi sumbangannya kepada angka yang lebih khusus yang diperolehi
dari industri pelancongan itu sendiri sumbangannya kepada
pendapatan dari tukaran wang asing.
DN.27.12.89 - 15 -
Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 1985, sumbangan sektor ini
ialah sebanyak $1,543 juta . Ini merupakan kira-kira 3.5% dari
jumlah pendapatan pertukaran wang asing. Bagi tahun 1986, sumbangan
pelancongan melalui tukaran matawang asing ialah sebanyak $1,669
juta. Ini dalam lingkungan 4%. Bagi tahun 1987, sebanyak $1, 795
juta dari peratusnya menurun sedikit kepada 3.4% dan bagi tahun 1988
sebanyak $2,007 juta , peratusannya dalam lingkungan 3.2% dan bagi
tahun ini kita anggarkan sebanyak $2,266 juta yakni kira-kira 3%.
Bagi tahun hadapan kita menganggarkan bahawa tukaran wang asing yang
diperolehi ialah sebanyak $2,500 juta. Peratusan daripada tukaran
wang asing belum kita ketahui kerana berdasarkan kepada tukaran wang
asing yang diperolehi dari sumber-sumber lain.
Tuan Yang di-Pertua, jika dibandingkan dengan sumbangan dari-
pada sektor komoditi, sektor pelancongan menduduki tempat yang
ketujuh dalam tahun 1985 dan naik ke tingkat yang keenam bagi tahun
1986 dan yang kelima dalam tahun 1987 dan 1988. Ini merupakan satu
tanda yang menggalakkan dan saya yakin sumbangan sektor pelancongan
kepada ekonomi negara akan turut meningkat pada masa yang akan
datang.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan ( b ) , ingin saya
memaklumkan bahawa jumlah pelancong mengikut negara asal mereka dari
tahun 1986 sahingga 1988 ialah seperti berikut:-
Dari negara-negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina,
Singapura dan Thailand, kesemuanya adalah 2 . 5 juta pada tahun 1986,
2.6 ju ta pada tahun 1987, 2.77 juta pada tahun 1988 dan kebanyakan
mereka ini sebenarnya datang dari Singapura. Ini tidak termasuk
mereka yang datang dan balik pada hari yang sama. Apabila kita
menyebut pelancong ertinya mereka yang tinggal setidak-tidaknya
DN. 27.12.89 - 16 -
semalaman.
Dari negara-nagara lain semuanya 694 juta bagi tahun 1986 yang
terdiri daripada Jepun iaitu 133 ribu dan ini adalah jumlah yang
paling besar. Australia 84 ribu iaitu hampir-hampir 85 ribu,
United Kingdom - 80 ribu dah Amerika Syarikat - 46 ribu Kesemuanya
ialah 694 ribu.
Bagi tahun 1987, jumlahnya telah naik kepada 145 ribu iaitu
hampir-hampir 744 ribu. Ini terdiri daripada Jepun iaitu 142 ribu,
Australia 90 ribu, United Kingdom - 85 ribu, dan Amerika Syarikat
- 49 ribu.
Bagi tahun 1988, jumlah semua 848 ribu' terdiri daripada Jepun
162 ribu, Australia 99 ribu, United Kingdom - 100 ribu, Amerika
Syarikat - 56 ribu, daripada Hongkong - 48 ribu.
Kalau kira semua pelancong yang datang seperti saya katakan
tadi, bagi tahun 1986 3,200 ju ta lebih sedikit, t ahun 1987
3,360/000, bagi tahun 1988 - 3,624,000. Ini tiap-tiap tahun
bertambahnya ialah 3 .5% bagi tahun 1986, 4.4% bagi tahun 1987 dan
hampir-hampir 8% bagi tahun 1988. Bagi tahun 1989, kita meramalkan
bahawa seramai 3.9 juta pelancong akan berkunjung ke seluruh negara
yakni pertambahan sebanyak 9.2% berbanding dengan tahun 1988.
Mengikut tujuan lawatan pula adalah seperti berikut, Tuan Yang
di-Pertua, iaitu datang untuk beristirehat 52.3%, VFR ataupun visit
friends and relatives, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ataupun
bagi mereka yang menziarah saudara ataupun rakan ialah 33.4%.
Datang berniaga - 6.4%, yang transit - 4.1%, yang lain-lain tujuan
_ 3.8%
Berkenaan dengan ( c ) , Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memaklum-
kan bahawa berbagai-bagai langkah telah diambil oleh Kementerian
DN. 27. 12.89 - 17 -
sebagai persediaan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 1990,
Antaranya kita mengatur seberapa banyak acara di seluruh negara,
Setakat ini, kita telah merancangkan 123 acara utama dan telahpun
kita memuatkan ke dalam Kalendar Aturcara, ataupun, dengan izin,
Calendar of Events yang mana telah dihebahkan seluas-luasnya di
seluruh dunia dan tujuan kita mengadakan Calendar of Events ini
ialah untuk menyenangkan pelancong-pelancong luar negeri mengatur
percutian mereka untuk melawat negara kita. Acara-acara yang
terkandung di dalam Kalender Aturcara ini, Tuan Yang di-Pertua,
tergulung di bawah beberapa kategori seperti Perayaan Hari
Kebangsaan, Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli-Duli Yang Maha
Mulia Sultan-Sultan dan juga. Harijadi Tuan-Tuan Yang Terutama, Yang
di-Pertua Negeri termasuk juga perayaan tradisi, pesta-pesta
tempatan, pameran-pameran, pesta kebudayaan antarabangsa, per-
tandingan sakan dan sebagainya. Kementerian juga mewujudkan
kesedaran rakyat negara tentang Tahun Melawat Malaysia 1990 dan kita
telah membuat melalui beberapa acara. Di antaranya mendirikan
papan-papan pengiklanan di seluruh negara. Kita juga menghebahkan
aturcara ini ataupun Tahun Melawat Malaysia 90 ini melalui radio,
television, media-massa dan juga majalah-majalah dan tidak juga lupa
kita lakukan dengan cara mengadakan taklimat-taklimat kepada
berbagai pihak tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga kita di
Kementerian memperbaiki kemudahan-kemudahan awam di kawasan-kawasan
pelancongan di seluruh negara. Selain daripada itu juga, kita di
Kementerian mengatur langkah-langkah untuk meningkatkan bilangan
kemudahan penginapan di seluruh negara sama ada dengan pendirian
hotel-hotel bagi mereka yang berkemampuan sama ada hotel yang kelas
tinggi atau yang kelas sederhana. Tidak lupa juga kita menggalakkan
pendirian atau pembinaan calet-calet bertempat di pantai-pantai bagi
mereka yang tidak mempunyai budget yang tinggi.
DN 26.12.89 - -18-
Selain daripada itu juga kita menggalakkan mereka yang
mempunyai kediaman di desa-desa untuk membuat sambungan ke rumah
mereka dan diaewakan kepada pelancong-pelancong yang biasanya, Tuan
Yang di-Pertua dengan izin, 'stay in ataupun go native' bagi
mereka yang ingin merasa kehidupan masyarakat di desa-desa. Terima
kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mustaffa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
minta dua penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.
Sebelum itu saya ucapkan syabas kepada Menteri Kebudayaan atas
usia yang begitu muda, Kementerian ini dia telah berjaya dalam
banyak-banyak bilangan yang dibuat mengenai dengan
pelancong-pelancong melawat ke Malaysia, saya tidak nampak berapakah
bilangan daripada negara-negara Arab sedangkan mereka ini, negara
ini kaya-raya, dan kita dapati orang-orang Arab ini juga pernah
melawat di sebelah sini. Apakah Kementerian pernah melantik agensi
ataupun kader-kader pelancongan ini di negeri-negeri yang berkenaan?
Yang kedua, apakah program selepas 1990 ini yang telah dirangka
oleh Kementerian, sama ada melalui Kerajaan-kerajaan Negeri ataupun
hanya setakat 1990 sahaja kita menjemput orang-orang asing ini
melancong ke negara kita. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, bilangan
orang Arab ke negara kita tidak begitu banyak oleh beberapa sebab.
Namun demikian, mereka ini kita letakkan di bawah angka dari
negara-negara lain sebanyak 203,000. Beberapa perkara yang
DN 26.12.89 -19-
menyebabkan kurang orang Arab datang ke mari.
Yang pertama, kerbanyakkan ataupun 90% lebih pelacong-pelancong
sekarang melancong menaiki kapalterbang. Malangnya
kapalterbang-kapalterbang ini sentiasa turun naik berlepas sampai
mengikut keselesaan, kesenangan orang-orang Eropah sama ada tiba di
sana waktu pagi, tengahari ataupun tiba awal malam. Oleh sebab
dengan keadaan itu, negeri Arab ini ia lebih kurang separuh jalan
dengan negara kita, sentiasa sampai ke negara Arab pukul 3 pagi,
pukul 4 pagi waktu yang t idak berapa sesuai. Jadi mereka ini kurang
hendak datang ke mari oleh sebab kita tidak ada banyak penerbangan
secara direct ke negara-negara Arab selain daripada Dubai. Kalau
kapalterbang kita pergi ke London, pergi ke Eropah dan sebagainya
melalui Dubai, jadi fikirkanlah bagaimana azabnya kalau orang
K u w a i t misalnya hendak datang ke Malaysia, kena pergi ke Dubai
dahulu, petang misalnya, tunggu di airport ataupun di hotel, pukul 3
pagi pula baru hendak merayap ke airport, hendak ke mari ini sukar.
Selagi kita tidak ada penerbangan yang direct dengan banyak, selagi
itulah sukar kita mendapatkan orang-orang Arab datang ke mari. Itu
satu.
Yang kedua, orang Arab ini sebenarnya dia ada pelik sedikit,
dia suka melihat orang perempuan, tetapi orang perempuan mereka ia
tidak suka orang lain tengok, maka itu mereka suka melancong ber-
sendirian. Jadi di negara-negara Asia ini lebih banyak misalannya
ke Bangkok, tujuannya saya tidak tahu. [Ketawa] Kita di sini ada
pula kadang-kadang orang ketuk-ketuk hotel waktu malam, inipun satu
perkara yang tidak baik juga. Kalau kita hendak menggalakkan
pelancong, kadangkala tidak ada benda pun, jadi ini menyusahkan
DN 26.12.89 -20-
secara begini.
Orang Arab ini pada hati kita biasanya pada orang Melayu orang
Islam, Arab Islam, ada juga orang Arab yang tidak Islam ataupun
orana Islam, orang Arab, tidak semestinya sembahyang tiap-tiap waktu
itu tidak kiralah, tetapi soalnya rnereka lebih senang ke Bangkok
daripada ke Malaysia. Dalam pada itu, Tuan Yang di-Pertua, kita
sudah membuat perancangan supaya lebih ramai orang Arab datang ke
mari. Kita telah menyediakan, kita telah mengenali 2,000 apartment,
dengan izin, supaya mereka boleh membawa anak isteri mereka menyewa
di apartment. Mereka tidak suka tidur di hotel dengan keluarga,
mereka suka tidur di apartment, kemudian daripada sini dia dengan
keluarga mereka tinggal sebulan, dua bulan waktu panas di sana dan
si suaminya pergilah terbang daripada Kuala Lumpur ke Bangkok balik
ke Manila, balik dan sebagainya. Ini cara kita buat. Ini Ki ta amat
serius dalam segi ini. Insya Allah dengan cara ini kita pun
membuat banyak rombongan sekarang ini ke negara-negara Arab,
negara-negara Timur Tengah supaya mereka lebih suka ke mari dan kita
harap menjadikan ' h u j a n ' itu sebagai satu tarikan kepada orang Arab.
Mereka tidak pernah tengok hujan, barangkali hujan itu merupakan
tarikan kepada mereka itu. Kita harap mereka ini datang dengan cara
ini.
Mengenai, program-program selepas 1990, sebenarnya kita sudah
bersedia untuk tahun 1991, tatapi kalau kita umumkan sekarang, kita
takut kurang pula sambutannya bagi tahun 1990.
Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan. kita mengadakan Tahun
Melawat Malaysia ini ialah untuk kita memasuki, dengan izin, "Big
League Tourism". Ertinya selepas 1990, kita
DN 26.12.89 -21-
berharap pertambahan tiap-tiap tahun tidak kurang daripada 10%,
kalau dahulu 3%, 4%, mulai daripada 1990 tidak kurang daripada 10%.
Tahun ini tidak sampai 3.9 juta pelancong yang datang ke mari, tahun
hadapan kita mahu sampai 4.3 juta dan tahun selepas itu lebih kurang
10% lagi. Memang ada usaha-usaha kita untuk membanyakkan
pelancong-pelancong datang selepas 1990, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, pertama
saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan dan
Pelancongan kerana Menteri datang, Setiausaha Parlimen pun datang.
Dalam Program Tahun Melawat Malaysia 1990 yang dianjurkan oleh
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini tentunya dimasukkan juga
selain daripada pertunjukan tarian dan soal keperibadian bangsa.
Budibahasa rakyat jelata ditekankan sekali.
Soalan saya adakah Kementerian sedang menjalankan kempen
budibahasa ataupun kempen bersopan-santun yang pernah satu ketika
dahulu dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka, kerana sopan-santun
dan budibahasa ini amat penting sekali untuk menarik
pelancong-pelancong. Contoh dan teladan telahpun kita lihat dari
Dato' Menteri sendiri yang pandai bercakap dengan sopan-santun; dan
keduanya, ini ada ada pandangan daripada beberapa orang, beberapa
pemimpin, adakah Kementerian bercadang untuk meminta orang-orang
politik yang bergaduh sekarang ini kerana Tahun Melawat Malaysia
1990, pastikan tahun 1990 tidak bergaduh, adakan gencatan senjata
dan selepas 1991 adakan semula. Adakah Kementerian bercadang untuk
menasihatkan mereka ini?
DN 26.12.89 - 22 -
Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, budibahasa
ini bukan-hanya penting kita tunjukkan kepada pelancong-pelancong;
sesama kita pun juga amat penting, malah di Dewan juga amat penting
budibahasa ini. Tetapi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi
barangkali kita harus lebih lagi supaya pelancong-pelancong yang
datang ke mari sesudah balik ke negara masing-masing bercerita
tentang bagaimana baiknya orang Malaysia dan datang lagi. Ini
memang kita lakukan, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kita:
menycrtai bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain mengadakan
kursus sivik kepada pembawa-pembawa teksi (taxi drivers), mengadakan
latihan-latihan kepada pemandu pelancong, mengadakan.
latihan-latihan kepada mereka yang bertugas di hotel-hotel,
restoran-restoran dan sebagainya.
Kita juga khusus untuk tahun 1990 ini mengadakan bilboard yang
besar-besar lebih daripada 300 bilboard semuanya di mana kita tulis
dengan besar 'Tahun Melawat Malaysia' dalam bahasa Melayu. Rakyat
Malaysia, kemudian kita titik titik .... begitu A: bersopan-santun,
budibahasa, peramah. Ertinya bilboard ini kita mengingatkan orang
Malaysia sentiasa berbudibahasa, peramah, mesra dan sebagainya.
Ada dahulu orang komplen katanya mengapa tulis dalam bahasa
kelayu; tourist atau pelancong tidak faham katanya. Memang
bilboard-bilboard ini, Tuan Yang di-pertua, bukan ditujukan kepada
pelancong-pelancong, tetapi kepada orang Malaysia sendiri sebagai
ingatan kepada mereka supaya sentiasa bersopan-santun, sama ada
kepada pelancong ataupun sesama sendiri, jadi memang kita menyertai
kempen berbudibahasa ini.
DN.26.12.89 -23-
Tentang tidak bergaduh di antara orang politik ini, sebenarnya
tidak bergaduh ini memang eloklah bukan sahaja semasa Tahun Melawat
Malaysia, kalau boleh terus tidak usah bergaduh, khususnya mereka
yang sudah kalah itu mengaku kalah sahajalah supaya orang yang
menang ini dapat terus memerintah, negara akan terus aman,
pembangunan akan boleh dijalankan dengan baik. Kalau sekiranya
tidak berupaya hendak melawan, kalau dalam bahasa Inggeris dikata-
kan, dengan izin, "If you cannot beat them, join them", mengapa pula
hendak buat kacau-kacau.
Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan satu sahaja lagi soalan
tambahan. Silakan Yang Berhormat Azman Atar.
Tuan Azman Atar bin Othman: Saya juga mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri, cuma
saya hendak menyampaikan terkilan sedikit daripada kami semua ini .
Functions daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tidak
pernah kami dapat jemputan. Ini saya minta Yang Berhormat Menteri
ambil tindakan sedikit. Cuma saya hendak bertanya sedikit sahaja,
tadi Yang Berhormat Menteri sebut orang Arab suka pergi ke Bangkok.
Apa istimewanya Bangkok itu daripada Malaysia? Itu yang saya hendak
tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apa ada di Bangkok?
Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Tuan Yang di-Pertua, barangkali
"bengkok" agaknya, itulah keistimewaannya . [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah kepada Yang Berhomat
Senator sahabat saya belaka kerana kalau tidak dijemput,
DN.26.12.89 - 24 -
kadang-kadang sebenarnya kita jemput, barangkali Ahli-ahli Yang
Berhormat Senator mungkin alamat mereka kita tidak ada dengan
terang, Walau bagaimanapnn, saya janji akan meneliti perkara ini.
Saya hendak membuat pengumuman. secara umum, bukan secara
spontan, manang kita sudah rancangkan. Kita mempelawa semua Ahli-
ahli Yang Berhormat Senator-senator ke perasmian pelancaran Dataran
Merdeka dan juga Tahun Melawat Malaysia di Dataran Merdeka pada jam
10.30 malam, 31hb Disember, 1989. Ini bermakna kalau sekiranya
tidak dapat surat, barangkali kita hantarkan kepada alamat rumah
masing-masing sedangkan Ahli-ahli Yang Berhormat ada di sini. Jadi
kalau sudah lewat, barangkali kita harap tidak disalahertikan.
Jadi, kita menpelawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk
menyaksikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia ini dan saya berjanji-
lah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator supaya di hari muka kita
tidak akan melupakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma kalau dapat
kita minta kerjasama, kalau kita hantar surat, kalau tidak hadir,
tolong beritahu tidak hadir supaya dapat kita selaraskan dari segi
kerusi. Kalau hadir beritahu hadir, kalau kata t idak hadir kemudian
hadir, kerusi tidak ada ataupun kata hadir tetapi tidak hadir,
kerusi kekosongan. Kita harap dapat kerjasama yang amat sangat
daripada Ahli-ahli Yang Berhormat . Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua.
TAMBANG PENERBANGAN MAS TERLALU TINGGI
10. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Pengangkutan menyatakan apa-kah sebabnya tambang MAS terlalu tinggi untuk penerbangan ke negeriIndia, Indonesia dan lain-lain negeri sedekatnya sedangkan tambangpenerbangan untuk negara tersebut di atas adalah hampir-hampir samadengan tambang penerbangan untuk bandar jauh seperti London, LosAngeles dan Tokyo.
DN.26.12.89 -25-
Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajjah Zaleha
binti Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, tambang-tambang penerbangan bagi
sektor-sektor antarabangsa termasuk di antara Malaysia dan India,
Indonesia, London, Los Angeles dan Tokyo adalah ditetapkan berasas-
kan jarak jauh perjalanan dan kepada kadar-kadar tambang yang
disyorkan oleh IATA (International Air Transport Asssociation) atau-
pun disyorkan. oleh syarikat-syarikat penerbangan secara, dengan
izin, 'bilateral' dengan mendapat persetujuan daripada negara
masing-masing. Tambang-tambang ini adalah merupakan kadar tambang
rasmi atau, dengan izin, official ataupun published fares.
Adalah tidak benar bahawa tambang penerbangan di antara
Malaysia dengan India dan Malaysia dengan Indonesia adalah hampir-
hampir sama dengan tambang-tambang di antara Malaysia dan London,
Los Angeles dan Tokyo . Sebagai misalan, untuk makluman Yang
Berhormat, tambang ekonomi rasmi bagi sektor Kuala Lumpur-Madras
adalah ditetapkan pada, paras $889 sehala; sektor Kuala Lumpur-
Jakarta pula adalah ditetapkan pada paras S426 sehala, sementara
tambang-tambang rasmi bagi sektor Kuala Lumpur-London adalah
sebanyak $2,929 sehala; Kuala Lumpur-Los Angeles sebanyak $2,346
sehala dan Kuala Lumpur-Tokyo sebanyak $1,459 sehala. Daripada
perbandingan ini adalah jelas bahawa tambang-tambang penerbangan di
antara Malaysia dan Indonesia, dan Malaysia dengan India adalah jauh
lebih rendah dari tambang-tambang di antara Malaysia dan London, Los
Angeles dan Tokyo.
DN.26.12.89 -26-
PEKERJA MAHIR ASING DI SEKTOR PERINDUSTRIAN
11. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Dalam Negerimenyatakan jumlah pekerja-pekerja mahir asing yang berkhidmat disektor perindustrian bagi tahun 1986, 1987 dan 1988 dan apakah usahaKerajaan untuk mengurangkan penggantungan negara kepadapekerja-pekerja asing ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Megat Junid bin Megat
Ayob]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian tidak menyimpan maklumat
mengenai jumlah pekerja mahir asing di sektor perindustrian. Walau
bagaimanapun, jumlah jawatan dagang yang telah diluluskan bagi tahun
1985, 1987 dan 1988 adalah seperti berikut:-
Tahun 1985 - 770 jawatan
Tahun 1987 - 644 jawatan
Tahun 1988 - 561 jawatan
Setiap jawatan yang diluluskan kepada pekerja-pekerja mahir
asing ialah kerana tidak terdapat calon-calon tempatan. Walau
bagaimanapun, syarikat-syarikat berkenaan diminta supaya melantik
calon-calon warganegara Malaysia untuk "under-study", dengan izin,
jawatan-jawatan tersebut bagi mengambilalih apabila tamat tempoh
yang diberi.
TELEFON AWAM DI PONDOK RANCANGAN FELDA
12. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Tenaga, Telekomdan Pos menyatakan tidakkah ada dalam perancangan pihak STMB untukmendirikan Pondok Telefon Awam di Rancangan-rancangan FELDA yangmasih belum ada kemudahan tersebut terutama dalam negeri PahangDarul Makmur kerana telefon adalah sebagai penghubung yang begitucepat dan mudah untuk kegunaan masyarakat.
DN. 26. 12.89 -27-
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Tuan Abdul Ghani bin
Othman]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
pada hari ini terdapat kesemuanya 335 kawasan rancangan FELDA di
seluruh negara dan dari jumlah ini 166 kawasan rancangan FELDA telah
disediakan dengan kemudahan Pondok Tclefon Awam.
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos baru-baru ini, pihak Kementerian Tenaga,
Telekom dan Pos dan Syarikat Telekom Malaysia sedang mengkaji secara
menyeluruh keperluan perkhidmatan telefon di kawasan-kawasan luar
bandar termasuklah di kawaaan rancangan FELDA untuk menambah dan
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di kawasan-kawasan berkenaan.
PALM OIL PROMOTION FUND
13. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Perusahaan Utama menyatakanuntuk meningkatkan kegunaan minyak sawit di luar negeri, adakahKerajaan akan mempertimbangkan bantuan dari Indonesia, negeri Thaidan kemungkinan dari negeri-negeri Afrika seperti Nigeria, Cameroon,Ivory Coast agar negeri-negeri tersebut juga menyertai 'Palm OilPromotion Fund' .
Menteri Perusahaan Utama [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]: Tuan
Yang di-Pertua, pada dasarnya Karajaan adalah berminat untuk beker-
jasama dengan negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain untuk
memajukan pasaran untuk barangan itu. Pada masa ini, melalui ASEAN-
Washington Committee, iaitu suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh
Duta-duta Besar negara-negara ASEAN ke Amerika Syarikat, negara-
negara pengeluar minyak sawit dan minyak-minyak tropika ASEAN giat
bekerjasama dalam usaha untuk membanteras kempen anti-minyak tropika
yang dipelopori oleh Persatuan Kacang Soya Amerika. Kerajaan
DN.26.12.89 - 28 -
selanjutnya sedang menimbangkan kesesuaian ditinjau pandangan
negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain mengenai kemungkinan
mempertingkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang pemasaran.
minyak sawit itu.
Pada masa sekarang tidak ada sesuatu pertubuhan atau majl is
antarabangsa untuk pengeluar-pengeluar minyak kelapa sawit, tetapi
Malaysia sebagai pengeluar utama di dunia telah berbincang dengan
beberapa negara termasuk negara-negara yang telah disebut oleh Yang-
Berhormat untuk menubuhkan satu majlis negara-negara pengeluar.
minyak kelapa sawit atau dengan izin, Association of Palm Oil .
Producing Countries (APOPC) seperti Association of Natural Rubber
Producing Countries( ANRPC) dan Association of Tin Producing
Countries (ATPC) .
Hengenai Tabung Galakan Pasaran Minyak Kelapa Sawit atau Palm
Oil Promotion Fund (POPF) , sungguhpun penubuhannya adalah di atas
dorongan Kerajaan, ianya adalah suatu pertubuhan di kalangan ber-
bagai sektor dalam perusahaan minyak kelapa sawait Malaysia sahaja
dan pada masa ini tiada cadangan oleh anggota-anggota POPF untuk
melibatkan pengeluar-pengeluar minyak sawit dari negara-negara lain
dalam pertubuhan itu
PEMBELIAN SENJATA TERMODEN DARI BRITAIN
14. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pertahanan menyata-kan sama ada langkah Kerajaan membeli senjata termoden dari Britaindengan cara membuat pembayaran dengan barter trade itu menguntung-kan kita. Ini adalah kerana difahamkan Kerajaan Malaysia terpaksajuga memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada pihak pelabur darinegara itu dengan tidak menggunakan saluran-saluran biasa sepertiopen tender dan sebagainya Contohnya ialah pembinaan Kem Tentera
di Gemas, Negeri Sembilan dikatakan diberikan kepada sebuah kontrak-tor dari Britain baru-baru ini
DN.26.12.89 - 29 -
Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua,
untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Negara ini, saya ingin
menjelaskan bagi pihak Menteri Pertahanan iaitu pembelian senjata
moden untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia tidaklah terhad
kepada punca negara Britain sahaja. Kerajaan membeli senjata
termoden mengikut keperluan dan keupayaan negara. Sesuatu pembelian
itu adalah merupakan satu pembelian yang telah dikaji dengan
sedalam-dalamnya.
DN.26.12.89 - 30 -
Adalah menjadi polisi semasa bagi setiap pembelian barangan
atau perkhidmatan daripada luar negeri yang melebihi $1 juta lebih,
Kerajaan menggunakan syarat 'counter trade' untuk meluaskan lagi
pasaran barangan-barangan perindustrian kita. Perancangan pembelian
senjata dari Britain, setakat ini rancangan tersebut masih lagi di-
peringkat kajian Kerajaan. Kajian ini meliputi cara pembeliannya
juga mengenai aspek 'local content ' , dengan izin, di mana pemindahan
teknologi dan kegunaan kemahiran dan peralatan yang ada dalam negara
akan dioptimakan. Mengenai projek Kem Tentera di Gemas, Negeri
Sembilan, ingin saya memaklumkan bahawa Kerajaan belum lagi memutus-
kan kontraktor bagi projek berkenaan.
SYARIKAT INSURANS
15. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kewangan menyatakan apakahhasil yang diperolehi dari penyiasatan terhadap syarikat insurans.Berapa buah syarikat insurans telah diarahkan supaya penyusunansemula dilakukan.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan
Mohammed]: Tuan Yang di-Pertua, pemeriksaan ke atas syarikat-
syarikat insurans adalah merupakan amalan biasa bagi memenuhi
peranan pengawasan yang dipertanggungjawabkan kepada Bank Negara.
Butir-butir terperinci mengenai hasil siasatan tersebut tidak dapat
diberikan kerana ia adalah dibuat secara rahsia selaras dengan
peruntukan seksyen 18(1), Akta Insurans 1963. Bagai manapun suka-
cita dimaklumkana bahawa setakat ini sebanyak 22 buah syarikat
insurans telah diperiksa oleh Bank Negara. Hasil pemeriksaan ter-
sebut, pihak Bank Negara telah dapat mengenalpasti beberapa
DN.26.12.89 - 31 -
kelemahan dalam setengah-setengah syarikat insurans. Di antara
kelemahan-kelemahan itu adalah seperti mana berikut:-
(i) Kualiti pengurusan yang lemah di mana terdapat bebe-
rapa Lembaga Pengarah Syarikat Insurans yang memberi
kuasa budibicara yang berlebihan kepada Ketua Pegawai
Persekutuan tanpa menyatakan secara jelas mengenai
dasar, tanggungjawab dan bidang kuasa yang diagihkan.
Ini menyebabkan wujudnya kawalan yang longgar serta
amalan mementingkan diri sendiri;
(ii) Kawalan ke atas agen-agen juga didapati amat lemah dan
longgar terutamanya berhubung dengan komisyen yang
dibayar dan tempoh kredit bagi mengemukakan premium
yang dipungut; dan
(iii) Beberapa syarikat tidak mempelbagaikan perniagaaan
mereka dengan sewajarnya dan hanya menumpukan kepada
perniagaan motor di mana nisbah tuntutan adalah amat
tinggi. Ini telah mendedahkan mereka kepada kerugian
yang besar.
Bagi meningkatkan prestasi syarikat-syarikat insurans, Bank
Negara telah mengarahkan syarikat-syarikat insurans agar mengambil
tindakan segera ke arah mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut dan
seterusnya mengambil langkah untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan
mereka.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini belum ada syarikat-syarikat
insurans yang lemah, diarah supaya menyusun semula syarikat mereka.
Ini adalah kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka itu
boleh diselesaikan dengan cara-cara lain termasuk melalui tambahan
modal, memperkemaskan prosedur dan kawalan dalaman; dan meningkatkan
DN.26.12.89 - 32 -
profesionalisme. Bagaimanapun, Bank, Negara ada membuat cadangan
supaya syarikat-syarikat kecil bercantum di antara satu sama lain
bagi menjadikan mereka lebih kukuh dan stabil.
Tuan C. Krishnan: Tuan, Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Benarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri kebanyakan syarikat-
syarikat insurans tidak mencerminkan 'multi-racial approach', dengan
izinnya, di dalam pengambil, pekerja-pekerja. Sekiranya benar,
adakah cadangan daripada Kementerian Kewangan supaya mengarahkan
syarikat-syarikat insurans benar-benar mencerminkan semua kaum di
dalam pengambilan pekerja.
Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,
perkara ini boleh kita siasat, dan jika sekiranya benar perkara yang
dibawa oleh Yang Berhormat itu, bolehlah kita menasihatkan syarikat-
syarikat insurans ini supaya mengambil pekerja-pekerja mereka tanpa
mengira kaum dan mencerminkan kedudukan kaum-kaum di negara ini.
Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan,
dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian
untuk membetulkan kedudukan syarikat insurans ini, apakah syarikat-
syarikat insurans ini sekarang berkemampuan untuk menghadapi
cabaran-cabaran baru dalam industri itu dan juga untuk menyahut
cabaran Droses industrialisasi dan keperluan insurans dalam bidang-
bidang yang baru ini.
Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Bagi menjawab soalan Yang
Behormat itu, Kerajaan ataupun Kementerian Kewangan bolehlah, memberi
jaminan bahawa syarikat-syarikat insurans ini berupaya. menanggung
apa juga tanggungan yang mereka telah janjikan kepada pemegang
DN.26.12.89 - 33 -
polisi, malahan Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan sentiasa
mengawasi kedudukan syarikat-syarikat insurans ini supaya syarikat-
syarikat itu benar-benar mampu untuk menanggung apa jugaa bayaran
yag akan dibuat hasil daripada polisi ataupun membuat bayaran kepada
pemegang polisi jika terdapat tuntutan hasil daripada pemegangan
insurans itu.
UNESCO - BANTUAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH
16. Tuan P. Balaram minta Menteri Pendidikan menyatakan apakahjenis bantuan yang diberi kepada sekolah-sekolah di negara kita olehUNESCO. Adakah Sekolah-sekolah Tamil turut menikmati segala bantuanyang diberikan. Jika ada, berapakah jumlah sekolah yang menikmati-nya. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk menambahkan lagibantuan itu kepada sekolah-sekolah Tamil.
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Tuan Abdul Ghani bin
Othman]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak
Kementerian Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.
Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan yang diberikan kepada sekolah-
sekolah di negara kita oleh UNESCO adalah melalui kerjasama intelek
dalam bidang-bidang pendidikan, sains, kebudayaan, kemunikasi dan
sains kemasyarakatan. Kerjasama dalam bidang pendidikan yang
diberikan oleh UNESCO adalah dalam bentuk penganjuran bengkel,
seminar, persidangan dan mesyuarat untuk pendidik-pendidik tempatan
mengenai perkara-perkara seperti perkembangan dan pembaharuan kuri-
kulum, peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.
Oleh yang demikian, semua sekolah di negara kita termasuk
sekolah-sekolah Tamil secara tidak langsung telah dapat menikmati
usaha-usaha UNESCO dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara
kita. Dari segi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil,
DN.26.12.89 - 34 -
Kementerian Pendidikan berpendapat bahawa bantuan yang diberikan
adalah mencukupi dan memadai terutamanya memberikan bantuan dalam
bentuk perkapita yang berdasarkah kepada bilangan murid yang
berdaftar di sekolah-sekolah berkenaan sama seperti yang disumbang-
kan kepada sekolah-sekolah yang lain
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk
pertanyaan bagi jawaban mulut sudahpun cukup.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan
bagi Pertanyaan No. 17 hingga 40 akan dimasukkan dalam naskhah
bercetak kelak]
DN.26.12.89 - 35 -
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1990
Bacaan Kali Yang Kedua
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-
undang Perbekalan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang" [22hb
Disember, 1989].
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan jawapan sebagai
giliran pertama. Dipersilakan Yang Berhormat.
3.38 ptg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mohamad Yusof
bin Haji Mohamed Nor]: Tuan Yang di-Pertua, saya meminta izin untuk
menjawab bagi pihak Menteri Kehakiman selepas menjawab bagi Jabatan
Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Saya mengucapkan
berbabanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
mengambil bahagian dalam perbahasan di atas dasar-dasar am
Belanjawan. Perbahasan-perbahasan yang telah disampaikan oleh Ahli-
ahli Yang Berhormat tersebut sama ada merupakan pandangan, teguran
atau syor-syor terhadap beberapa perkara di bawah Jabatan Perdana
Menteri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
DN.26.12.89 - 36 -
Dalam tempoh perbahasan tersebut, Ahli-ahli Yang Berhormat
telah memberi banyak perhatian kepada Jabatan Perdana Menteri.
Kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu
seperti perpaduan negara, penswastaan, perkhidmatan awam, peranan
Badan Pencegah Rasuah (BPR), pendaftar pemilih dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan yang telah mem-
bangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan perpaduan. Berkenaan
dengan syor untuk menambah peruntukan yang dicadangkan sebanyak $17
juta kepada Jabatan Perpaduan Negara, sukacita saya memaklumkan
bahawa peruntukan itu adalah wajar. Bagi tahun hadapan iaitu tahun
1990 berdasarkan kepada perancangan yang telah disusun. Sebenarnya
peruntukan ini merupakan tambahan sebanyak 17% daripada peruntukan
tahun ini iaitu tahun 1989.
Berhubung dengan teguran Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King
bahawa masih wujud lagi setengah pemimpin yang cuba menonjolkan diri
sebagai jaguh kaum masing-masing, saya amat bersetuju dengan Ahli
Yang Berhormat yang berkenaan bila beliau menyeru kepada pemimpin-
pemimpin politik termasuk Wakil-wakil Rakyat dan Ketua-ketua
Masyarakat supaya mengelakkan diri daripada membuat ucapan atau mem-
bangkitkan isu-isu yang berbau perkauman atau yang boleh menyinggung
perasaan kaum lain. Ini adalah tanggungjawab semua rakyat termasuk
ahli-ahli politik. Dalam pada itu adalah tidak wajar jika kita mem-
DN.26.12.89 -37-
bangkitkan sesuatu kes itu secara terasing semata-mata. Mungkin
juga sesuatu ucapan itu dibuat sebagai response kepada kata-kata
yang pcrnah dikeluarkan terdahulu dari itu oleh seorang pemimpin
dari pihak yang lain. Walau bagaimanapun adalah menjadi tanggung-
jawab kita semua bekerjasama untuk mengelakkan diri dari membangkit
perkara-perkara yang boleh dijadikan isu-isu sensitif dan yang boleh
menjejas hubungan kaum.
Berkenaan dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan
mengenai liputan program-program perpaduan di peringkat daerah, suka
saya memaklumkan bahawa struktur organisasi Jabatan Perpaduan Negara
di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu:-
(a) Ibu Pejabat diketuai oleh seorang Ketua Pengarah;
( b ) Jabatan Perpaduan Negara di peringkat Negeri di-
ketuai oleh Pengarah;
(c) Jabatan Perpaduan Negara peringkat daerah diketuai
oleh Pegawai Perpaduan Daerah.
Pada masa ini di peringkat daerah tidak semuanya mempunyai
Pegawai Perpaduan, oleh kerana Jabatan Perpaduan Negara kekurangan
pegawai. Sebagai langkah sementara seseorang pegawai yang ditempat-
kan di peringkat negeri atau sesuatu daerah juga dipertanggungjawab-
kan untuk meliputi sekurang-kurangnya satu daerah yang berhampiran
selain daripada menjaga daerahnya sendiri. Pada amnya matlamat
Jabatan Perpaduan Negara ialah untuk menempatkan seorang pegawai di-
setiap daerah. Usaha ke arah mempertingkatkan perpaduan tidak
semata-mata terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Agensi-
agensi Kerajaan yang lain seperti Kementerian Pendidikan,
DN.26.12.89 -38-
Kementerian Penerangan dan Kementerian Belia dan Sukan dan sebagai-
nya juga boleh memainkan peranan untuk melaksanakan program-program
perpaduan dalam konteks semangat kemasyarakatan perpaduan.
Dalam pada itu Jabatan Perpaduan Negara juga telah menubuhkan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan di peringkat negeri dan daerah. Di-
peringkat daerah, jawatankuasa ini" dipengerusikan oleh Pegawai
Daerah dan Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada wakil-wakil dari
agensi-agensi Kerajaan serta ketua-kctua masyarakat tempatan
Peranan jawatankuasa ini ialah untuk menyelaraskan serta melaksana-
kan semua program-program perpaduan di peringkat daerah . Dengan
cara itu program-program perpaduan memang disalurkan kepada semua
rakyat.
Mengenai teguran daripada Yang Berhormat Tuan Azman Atar binti
Othman, persatuan-persatuan yang ditubuhkan bagi satu-satu kaum
tertentu seperti persatuan silat dan 'koontow' jika mereka men-
jalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan interaksi antara
persatuan-persatuan, maka dengan secara tidak langsung ia membantu
ke arah pemupukan perpaduan antara kaum. Dan adalah disambut
baik.
Berhubung dengan konvensyen perpaduan di peringkat negeri
sukacita saya memaklumkan bahawa usaha telah, sedang dan akan terus
dijalankan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang Darul Makmur; Negeri-Sembilan Darul
Khusus dan Melaka telahpun mengadakah konvensyen perpaduan di negeri
masing-masing yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas, ber-
DN.26.12.89 -39-
tukar-tukar fikiran serta mencetuskan idea-idea baru dalam usaha
mempertingkatkan lagi tahap perpaduan nasional. Tindakan seumpama
ini akan diikuti oleh negeri-negeri lain, insya Allah.
Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin mengesyorkan supaya
program-program perpaduan khususnya di kawasan pendalaman dilipat-
gandakan supaya integrasi di kalangan mereka dapat dipercepatkan.
Ingin saya memaklumkan bahawa fungsi Jabatan Perpaduan Negara,
antara lain, ialah memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat di
peringkat nasional, negeri, daerah dan seterusnya di peringkat
tempatan. Aktiviti yang merangkumi aspek-aspek perpaduan di antara
kaum juga dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti penggalakan di
bawah organisasi-organisasi Rukun Tetangga yang terdapat di seluruh
negara.
Estet-estet biasanya merupakan mono-etnik dan oleh itu tidak
diberi keutamaan dalam penubuhan Skim Rukun Tetangga atau
pelaksanaan aktiviti-aktiviti penggalakan. Namun demikian, Kerajaan
akan memberi perhatian kepada soal perpaduan di estet-estet.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhonnat Tuan Azman Atar bin Othman
telah menyarankan supaya kemudahan-kemudahan yang terdapat di per-
sekitaran Bangunan Parlimen di pertingkatkan lagi dan seterusnya
mengesyor elaun Ahli Dewan Negara dinaikkan.
Sukacita dimaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa tandas-
tandas dicuci dua kali sehari di masa tiada persidangan dan tiga
kali sehari di waktu persidangan diadakan. Oleh kerana jumlah orang
yang hadir semasa musim persidangan berlangsung adalah begitu ramai,
maka kadar penggunaan tandas meningkat. Kertas-kertas tisu biasanya
DN.26.12.89 -40-
diletak pada pukul 2.00 petang setiap hari. Kertas-kertas tisu
tidak boleh dibekalkah lebih dari jumlah itu kerana peruntukan bagi
pembelian kertas-kertas tisu telah dikurangkan untuk mengurangkan
perbelanjaan Jabatan. Mengenai kepala paip yang didapati rosak, ia-
nya akan digantikan segera.
Masalah tiada kerusi dan kusyen, dimaklumkan bahawa Jabatan ini
bukanlah Jabatan yang berurusan dengan orang ramai secara langsung.
Oleh yang demikian, adalah tidak perlu kerusi dan kusyen kerana
masalah orang ramai menunggu tidak timbul. Di samping itu, Kerajaan
setakat ini belum lagi bercadang untuk menaikkan elaun, Ahli Dewan
Negara.
Yang berhormat Tuan Azman Atar bin Othman juga mencadangkan
agar peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ditambah dari jumlah
yang diperuntukkan pada 1990. Beliau juga turut menyentuh mengenai
projek-projek perumahan bagi penduduk setinggan yang terbengkalai
patut diambil alih boleh Dewan Bandaraya Kuala-Lumpur. Mengenai tol,
beliau mengesyorkan supaya tidak dilaksanakan sistem ini sebelum
pilihanraya umum atau datang.
Di sini suka dimaklumkan bahawa Kerajaan telah dan sentiasa
menyalurkan peruntukan mengurus yang agak besar kcpada DBKL pada
tiap-tiap tahun. Bagi tahun 1990 jumlah peruntukan mengurus yang
akan disalurkan kepada DBKL ialah sebanyak $2.7 juta bagi membiayai
pengurusan kerja-kerja pengindahan Bandaraya Kuala Lumpur, program
pengawalan setinggan, dan lain-lain lagi. Jumlah ini tidak termasuk
peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada DBKL setiap tahun.
Walau bagaimanapun, Kerajaan bersedia mebimbang tambahan peruntukan
yang diperlukan, sekiranya kedudukan kewangan Kerajaan mengizinkan.
DN.26.12.89 -41-
Berhubung dengan masalah projek perumahan swasta yang terbeng-
kalai di kawasan setinggan, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan
telah membuat kajian terperinci mengenai masalah yang wujud di
kawasan perumahan yang berkenaan, melalui penyediaan laporan dan
cadangan Pelan Tempatan. Di peringkat ini penekanan diberikan ter-
hadap penyediaan kemudahan asas dan keperluan awam yang cukup, di
samping mempertingkatkan keupayaan kemudahan-kemudahan infrastruktur
yang sedia ada terutama jalan-jalan dan sistem perparitan.
DN.26.12.89 - 42 -
Satu perancangan yang komprehensif telah dibuat iaitu pembangunan
semula di bawah konsep penswastaan bagi kawasan setinggan.
Mengenai masalah bayaran tol seperti disebutkan oleh Ahli Yang,
Berhormat itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan sedar adanya
bantahan daripada segolongarr rakyat mengenai cadangan mengenakan tol
itu. Kerajaan juga sedar bahawa cadangarn kut ipan. tol akan meng-
akibatkah sedikit tambahan- perbelanjaan kepada pengguna-pengguna.
jalanraya dan persimpangan yang diperbaiki itu. Akan t e t a p i
perbelanjaan tambahan ini akan mendatangkan faedah pada akhirnya
dari segi penjimatan petrol dan masa perjalanan" berikutan
pengaliran lalulintas yang lebih lancar dan selesa di tempat-tempat
yang berkenaan itu.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tuan Azman Atar
bin Othman mengesyorkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam merangka
suatu program latihan kesetiaan kepada negara kepada anggota
Kerajaan dan mengenalpasti kakitangan Kerajaan yang tidak menyokong
Kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan memandang serius
terhadap isu adanya pegawai Kerajaan yang tidak menyokong Kerajaan.
Seorang pegawai atau kakitangan Kerajaan yang dilantik adalah
merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan sesuatu
dasar yang diputuskan oleh Kerajaan. Kerajaan sangat sedar bahawa
mana-mana Kerajaan dalam dunia ini tidak dapat menerima adanya
anggota atau kakitangan yang bekerja dengannya tetapi tidak ber-
tanggungjawab untuk mempertahankan dan melaksanakan sesuatu yang
diputuskan oleh Kerajaan. Sikap ini adalah wajar bagi mempastikan
keberkesanan usaha-uaaha Kerajaan untuk menjalankan berbagai-bagai
DN.26.12.89 - 43 -
jenis kegiatan untuk kepentingan negara. Untuk makluman Yang
Berhormat juga, perlu dinyatakan di sini tentang berbagai-bagai
kemungkinan yang boleh berlaku dalam perkhidmatan awam mengenai
dengan sokongan pegawai dan kakitangan kepada Kerajaan memandang
kepada jumlah anggota mereka dalam Kerajaan adalah begitu ramai. Di
mana terdapat jurang perhubungan di antara seorang Ketua Jabatan
dengan pegawai dan kakitangan di bawahnya, maka besar kemungkinan
terjadi perkara-perkara yang tidak digemari. Dalam konteks ini
usaha sedang dipergiatkan oleh Kerajaan untuk mempastikan supaya
setiap pegawai dan kakitangan Kerajaan dapat memahami sejelas-jelas-
nya setiap dasar dan keputusan Kerajaan kepada semua peringkat
pegawai dan kakitangan Kerajaan. Kerajaan mempunyai keyakinan
bahawa dengan cara yang sedemikian, kerajaan akan dapat memberikan
sumbangan yang lebih berkesan untuk faedah rakyat.
Kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai langkah dan nasihat
kepada kakitangannya supaya memberi layanan yang baik kepada orang
ramai seperti:
(i) mengadakan latihan tentang cara-cara melayan
orang ramai;
(ii) mengadakan arahan-arahan tertentu; dan
(iii) mengadakan tanda nama atau name tag , dengan
izin, supaya orang ramai dapat mengetahui
kakitangan yang memberi layanan itu dan membuat
laporan jika perlu sekiranya tidak puas hati
dengan layanan yang diberi oleh mereka yang
berkenaan.
Kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai latihan kepada semua
peringkat kakitangannya supaya mereka fahara akan tugas dan tanggung-
jawab masing-masing. Penekanan diberi supaya mereka jujur dan
DN.26.12.89 - 44 -
ikhlas di dalam menjalankan kerja. Kursus-kursus khas juga diadakan
mengenai penerapan nilai Islam tetapi kejujuran dan keikhlasan itu
bergantung kepada sikap dan perwatakan individu itu. Di samping
itu, Kerajaan akan mengawasi sepanjang masa untuk mempastikan
ketaatan, kesetiaan dan kejujuran pegawai-pegawai di Jabatan Per-
khidmatan Awam sebagai pegawai Kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee menyarankan supaya saiz
perkhidmatan awam perlulah diperkecilkan dan digalakkan supaya
pencen awal dipertimbangkan.
Yang Berhormat Tuan G. Rajoo menyentuh membenarkan persaraan di
peringkat awal di kalangan kakitangan Kerajaan dan Perintah-perintah
Am yang berkenaan hendaklah dipinda sewajarnya. Beliau juga
nenyarankan anugerah khidmat cemerlang perlu dilaksanakan dengan
lebih adil tanpa mengira kaum dan pangkat dalam pemberian insentif
kewangan kepada mereka yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang.
Kerajaan mengucapkan terima kasih terhadap teguran dari Yang
Berhormat berkenaan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mempastikan
tidak berlakunya penyelewengan semasa pemberian insentif kewangan.
Sehubungan dengan ini, Kerajaan sedang dalara proses menyediakan
langkah-langkah dan sistem yang sesuai bagi mempastikan masalah itu
tidak akan timbul.
Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim mencadang-
kan supaya Kerajaan tidak mengenakan potongan 30% selepas 12 1/2 tahun
bagi balu-balu yang mendapat Pencen Terbitan $300 ke bawah. Ber-
kaitan dengan perkara ini, sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan
mengambil berat tentang kebajikan balu dan anak-anak pesara yang
telah meninggal dunia. Ini telah dilakukan dengan mempertingkatkan
dari semasa ke semasa pengurniaan Ganjaran dan Pencen Terbitan serta
Pencen Tanggungan kepada mereka.
DN.26.12.89 - 45 -
Di bawah Ordinan Pencen 1951, tiada peruntukan yang melayakkan
tanggungan pesara menerima Ganjaran dan Pencen Terbitan. Mengikut
pindaan kepada Ordinan tersebut, balu berkelayakan menerima Pencen
Terbitan selama tempoh 12 1/2 tahun dari tarikh persaraan atau tarikh
kematian pegawai dalam perkhidmatan. Kelayakan untuk anak adalah
dihadkan terhad sehingga mereka mencapai umur 18 tahun sahaja. di
bawah Akta Pencen 1980 pula, konsep Pencen Terbitan ini telah diper-
luaskan lagi mulai 1hb Julai 1980 di mana kelayakan balu dilanjutkan
kepada seumur hidup dan kelayakan anak pula sehingga mencapai umur
21 tahun.
Memandangkan bahawa faedah-faedah Pencen Terbitan telah banyak
dipertingkatkan seperti dinyatakan tadi dan beban perbelanjaan
Kerajaan terhadap pembayaran pencen secara keseluruhannya adalah
terlalu besar iaitu $1,095 juta iaitu $1 billion lebih pada tahun
1988 dan dijangka meningkat kepada $1,205.1 juta atau lebih kurang
$1.2 billion pada tahun 1989,. maka dukacita dlmaklumkan Kerajaan
tidak dapat menerima cadangan mengenai potongan tersebut.
Yang Berhormat Senator Azman Atar menyatakan terdapat pegawai
atasan Kerajaan yang bermain golf pada masa kerja tanpa memaklumkan
terlebih dahulu kepada Menteri. Suka dimaklumkan bahawa buat masa
ini belum ada sebarang aduan rasmi atau maklumat yang diterima
mengenai adanya pegawai atasan Kerajaan yang bermain golf pada waktu
pejabat.
Berhubung dengan jumlah siswazah yang masih menganggur,
bilangan yang berdaftar dengan Kementerian Kerjaraya, .Kementerian
Buruh untuk mencari pekerjaan sehingga 30.9.89 ialah 9,475 orang
atau 11.1% daripada jumlah keseluruhan yang didaftarkan iaitu
seramai 85,470 orang.
DN.26.12.89 - 46 -
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Ainon Ari f f in
menyentuh tentang program-program HAWA yang selaras dengan matlamat
penubuhannya perlu diperbanyakkan. Perlu dinyatakan iaitu Urusetia
Hal Ehwal Wanita (UAWA) ditubuhkan pada bulan Januari 1983 dan
diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan
Perdana Menteri. .
HAWA merupakan agensi Kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk
meningkatkan penglibatan wanita dalam proses pembangunan negara dan
menjamin rancangan-rancangan pembangunan negara dengan mengambil
kira sepenuhnya akan integrasi wanita dan memberi peluang serta
kemudahan yang saksama untuk mencapai matlamat tersebut. Semua
program dan aktiviti HAWA adalah memberi penekanan untuk memperbaiki
kehidupan dan untuk meninggikan prestasi wanita terutama wanita-
wanita luar bandar, wanita-wanita yang kurang keupayaan dan wanita
dalam pembelajaran. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi
program-program yang komprehensif akan diwujudkan bagi mengelakkan
kesan negatif dan juga bagi mengesan rintangan dan masalah sama ada
dari segi undang-undang mahupun amalan supaya tindakan sewajarnya
dapat diambil.
Dalam usaha untuk memperkukuh dan meningkatkan lagi keupayaan
HAWA, semua organisasi bukan Kerajaan dan badan-badan sukarela
hehdaklah berganding bahu dan memberi kerjasama yang erat dengan
HAWA dalam program dan aktiviti mengenai. hal ehwal wani ta supaya
kemajuan dan status wanita Malaysia dapat dipertingkatkan dengan
lebih cepat dan berkesan.
Yang Berhormat Tuan G. Rajoo membangkitkan tentang beberapa
orang permain dan ketua pasukan bola terlibat dengan rasuah dalam
sesuatu pertandingan dan merayu supaya BPR menyiasat perkara ini.
Untuk makluman Yang Berhormat berkenaan, Badan Pencegah Rasuah
sentiasa bersedia menyiasat kes-kes rasuah yang berkenaan dan pihak-
nya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mendapat cukup
keterangan. Walau bagaimanapun, Badan ini tidak boleh membawa
orang-orang yang terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan hanya
bersandarkan kepada khabar-khabar angin atau "hearsay evidence",
dengan izin.
DN.26.12.89 - 47 -
BPR memerlukan keterangan yang kukuh mengikut kehendak undang-undang
dan boleh diterima oleh mahkamah agar orang berkenaan disabitkan
kesalahan serta dihukum. Oleh yang demikian, suka saya mengambil
kesempatan di Dewan yang mulia ini menyeru orang-orang yang terlibat
secara langsung dan mengetahui kes tersebut tampil ke hadapan untuk
memberi keterangan kepada BPR.
Yang Berhormat Senator Hajah Salbiah Mohd. Akim membangkitkan
mengenai Suruhanjaya Pilihanraya (SPB) dalam proses pendaftaran
semula hendaklah memastikan supaya pegawai-pegawainya pergi ke
rumah-rumah dan bekerjasama dengan AJK Kampung kerana masih terdapat
orang-orang tua yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Suruhanjaya Pilihanraya memang ada menjalankan urusan pendaftaran
pemilih dari rumah ke rumah terutama apabila urusan ini dijalankan
secara bersepadu atau besar-besaran sebagaimana yang telah dijalan-
kan dalam urusan pendaftaran tahun 1989. Tetapi kaedah ini juga
tidak berkesan kerana mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah
sangat bergantung kepada sikap dan kesedaran seseorang warganegara
itu. Selagi ada sikap acuh tak acuh dan tidak mahu mengambil tahu
mengenai perkembangan politik tanahair, maka selama itulah hasrat
SPR untuk mendaftarkan kesemua mereka yang layak sebagai pemilik
tidak akan tercapai.
Untuk mengubah sikap orang ramai akan pentingnya mereka men-
daftarkan diri sebagai pemilih dan mengundi ketika pilihanraya
diadakan demi mencorakkan politik negara, adalah menjadi tanggung-
jawab semua pihak. Para pemimpin politik tempatan, ketua-ketua kaum
dan kampung dan jentera Kerajaan di peringkat negeri dan daerah
boleh memainkan peranan bagi mewujudkan kesedaran orang ramai.
DN.26.12.89 - 48 -
Mengenai dengan contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Senator
yang berkenaan bahawa di tempat beliau terdapat seorang yang berumur
50 tahun tetapi masih belum mendaftarkan sebagai pemilih, perkara
itu tidak sepatutnya berlaku. Apa yang boleh dilakukan oleh Yang
Berhormat ialah membantu membawa orang itu berjumpa dengan Penolong
Pegawai Pendaftaran ketika urusan pendaftaran pemilih dijalankan
bagi membolehkan ianya didaftarkan sebagai pemilih.
Untuk makluman, dalam urusan pendattaran pemilih yang lalu, SPR
membukakan peluang kepada parti-parti politik untuk membantu dalam
menjalankan urusan tersebut dan melalui pemerhatian, ada beberapa
buah parti politik tertentu yang sangat bergiat membantu dalam
urusan tersebut, sedangkan ada parti-parti politik yang tidak
berminat. Oleh sebab beberapa masalah yang berbangkit, penglibatan
parti-parti politik dalam urusan pendaftaran pemilih ini terpaksa
dikaji semula.
Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho telah membangkitkan perkara-
perkara mengenai ketiadaan peruntukan khusus dalam Belanjawan 1990
bagi pembangunan Labuan serta matlamat pembangunan Labuan dan bila
matlamat ini akan tercapai dan beliau juga mencadangkan supaya DBKL
memberi peruntukan untuk kemudahan infrastruktur bagi Kampung-
kampung Baru di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat,
memanglah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat Labuan sama-sama
membangun seperti Kuala Lumpur ini. Pengisytiharan Labuan sebagai
Wilayah Persekutuan akan memberi beberapa faedah kepada rakyat
Malaysia sama ada dari Labuan atau negeri-negeri lain. Selain dari-
pada mempercepatkan prestasi integrasi nasional, ia juga boleh mem-
perkukuhkan keselamatan negara memandangkan kedudukan Pulau Labuan
yang strategik itu. Selain daripada itu, tempoh pembangunan di
DN.26.12.89 - 49 -
Labuan itu dapat dipercepatkan di samping memperbaiki infrastruktur
dan kemudahan-kemudahan lain. Kerajaan Pusat mengambil langkah-
langkah tertentu supaya Labuan dapat memainkan peranan penting dalam
bidang-bidang seperti perniagaan dan perdagangan, perlombongan dan
pusat persidangan serantau dan antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Labuan telah diperuntukkan dengan jumlah
kewangan yang agak besar. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima
(RML), lebih daripada $300 juta diperuntukkan untuk pembangunan di
Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah ini termasuk peruntukan bagi
melaksanakan projek-projek yang dapat memberi sumbangan kepada
perkembangan industri pelancongan dan juga perdagangan di Labuan.
Manakala di dalam Belanjawan 1990 kira-kira $5 juta diperuntukkan
untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Labuan. Bagai-
manapun, Kerajaan bersedia menimbang tambahan peruntukan yang
diperlukan sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan.
Sementara itu, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah
tertentu untuk meningkatkan peranan Wilayah Persekutuan Labuan
sebagai sebuah pelabuhan bebas dan pusat perniagaan bagi ASEAN.
Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(a) menjadikan Labuan sebagai pusat perniagaan tukar
barang;
(b) memperbaiki kemudahan-kemudahan di kawasan
pelabuhan; dan
(c) galakan aktiviti membeli-belah di Labuan.
Pengumuman Kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah 'tax
haven', dengan izin, baru-baru ini, akan memantapkan lagi langkah
dan usaha Kerajaan dalam menggerakkan arus pembangunan di Labuan.
DN.26.12.89 - 50 -
Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho juga telan meminta dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi peruntukan untuk kemudahan
intrastruktur bagi Kampung-kampung Baru di Wilayah Persekutuan.
Mengenai perkara ini, suka saya menyatakan bahawa Kerajaan tidak
menyediakan peruntukan khusus untuk pembangunan sesebuah kampung.
Sebaliknya satu peruntukan tahunan berjumlah kira-kira $1 juta
disediakan bagi keseluruhan kampung setinggan, kampung tradisional
dan Kampung-kampung Baru. Peruntukan ini ialah untuk melaksanakan
projek-projek kecil jangka pendek seperti menyediakan Dewan Orang
Ramai, membina gelanggang badminton, jalan, longkang dan lain-lain
kemudahan asas. Selain daripada itu, projek-projek jangka panjang
juga dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan melalui DBKL
ataupun secara penswastaan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Haj jah Habidah binti
Jusoh menyentuh mengenai Skim ASN selepas 1990, pengwujudan Skim
ASB, penerangan dan penjelasan mengenai Skim ASN dan Skim ASB dan
kedudukan pinjaman kepada pelabur-pelabur Skim ASN sekarang. Pihak
Kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) sedang mengatur
beberapa strategi berkaitan perkara-perkara tersebut.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, mengikut Surat
Ikatan Amanah Skim ASN mulai 1hb Januari, 1991, unit-unit Skim ASN
akan diurusniagakan mengikut harga pasaran. Kerajaan berpendapat
bahawa ini merupakan satu peningkatan dalam penglibatan bumiputera
dalam sektor pelaburan sebelum masyarakat bumiputera menceburkan
diri secara terus di Bursa Saham Kuala Lumpur, Hasil dari kajian
pihak Amanah Saham Nasional Berhad menunjukkan bahawa sebanyak 25%
daripada pelabur Skim ASN yang ada sekarang ini bersedia untuk terus
melabur di dalam ASN yang akan diurusniagakan mengikut harga pasaran
pada tahun 1991. Ini juga bermakna satu peningkatan kefahaman
DN.26.12.89 - 51 -
mengenai pelaburan yang mempunyai risiko wujud di kalangan
masyarakat bumiputera. Walau bagaimanapun, Skim Amanah Saham Bumi-
putera diwujudkan sebagai satu skim tambahan dan sebagai alternatif
kepada masyarakat bumiputera untuk melabur.
Menyentuh mengenai pelabur-pelabur yang membuat pinjaman untuk
melabur dalam Skim ASN, pihak Amanah Saham Nasional Berhad sedang
merangka beberapa strategi untuk mendapatkan penyelesaian yang
sebaik mungkin. Pihak pengurusan akan mengadakan perbincangan
dengan institusi-institusi kewangan yang berkenaan. Pihak
pengurusan Skim ASN dan Skim ASB telah, sedang dan akan merangka
strategi kempen penerangan bertujuan untuk memberi penerangan
sejelas-jelasnya kepada segenap lapisan masyarakat bumiputera di
peringkat negeri, daerah dan kampung. Bagi peringkat pertama
sebanyak 117 aktiviti penerangan telah diadakan dan ini melibatkan
seramai 9,380 orang peserta. Tumpuan diberikan kepada Ketua-ketua
Jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat pusat, negeri dan
daerah. Untuk tahun 1990, kempen penerangan ditumpukan kepada
pelabur-pelabur di peringkat mukim dan kampung. Di samping itu,
program pengiklanan dan publisiti melalui Radio, TV dan akhbar-
akhbar turut diperhebatkan untuk menerangkan tentang Skim ASN
selepas 1990 dan Skim ASB yang akan diurusniagakan mulai 1hb
Januari, 1990 ini.
Yang Berhormat Tuan G. Rajoo menyentuh tentang program bagi
golongan termiskin. Mengenai perkara ini, suka saya maklumkan
bahawa walaupun berbagai program telah dilaksanakan di bawah DEB
untuk membasmi kemiskinan, masih terdapat segelintir rakyat yang
Cercicir daripada arus pembangunan. Oleh itu, Program Pembangunan
Rakyat Tenniskin (PPRT) yang meliputi pelbagai sektor telah disusun
DN.26.12.89 - 52 -
khusus untuk golongan termiskin. Golongan termiskin ini adalah
ditakrifkan sebagai keluarga yang mana ahli-ahlinya menerima
pendapatan per kapita kurang daripada $35 sebulan atau pendapatan
sekeluarga kurang daripada $175 sebulan bagi satu keluarga yang
mengandungi lima orang.
Bagi menentukan projek bantuan benar-benar sampai kepada
golongan termiskin, satu daftar keluarga termiskin diwujudkan di
tiap-tiap daerah. Hanya mereka yang termiskin dan layak mengikut
kriteria yang ditetapkan tanpa mengira kaum akan disenaraikan dalam
daftar ini. Hanya mereka yang berdaftar sahaja yang layak menerima
bantuan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin. Dengan
peruntukan sebanyak $391 juta dikhaskan dalam tahun 1989 dan 1990
bagi. tujuan ini, adalah diharapkan pelaksanaan dan hasilnya memberi
kesan yang positif bagi. tnengurangkan kadar kemiskinan masa kini.
DN.26.12.89 -53-
Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah telah membangkitkan
perkara-perkara berikut:-
(a) sama ada Jabatan. Perdana Menteri ada mengeluarkan
jadual-jadual garis panduan kepada Kerajaan-kerajaan
Negeri berhubung dengan. hal-hal keagamaan;
(b) berapa kalikah Jabatan Pcrdana Menteri mengadakan
perbincangan dengan. Kerajaan-kerajaan negeri mengenai
masalah agama Islam;
(c) Apakah usaha-usaha untuk memujuk Ustaz Azhaari dan
ahli-ahli Al-Arqam untuk bertaubat dan meninggalkan ajaran
Aurad Muhammadiah.
Mengenai perkara (a) dan (b) hal-hal agama Islam adalah
terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan tidak mempunyai peranan dalam hal ini.
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri bertindak se-
bagai Urusetia sahaja kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ber-
fungsi sebagai Penasihat kepada Mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai
hal-hal pentadbiran dan hal ehwal Islam supaya mewujudkan keseraga-
man dan penyelarasan dalam aspek-aspek pentadbiran dan undang-undang
berkaitan dengan Islam. Di samping itu Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam telah menubuhkan beberapa jawatankuasa seperti
Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan, Badan Penyelarasan Dakwah,
Persidangan Ketua-ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri.
DN.26.12.89 -54-
Persidangan Kadi-kadi Besar seluruh Malaysia tidak mempunyai kuasa
antuk mengeluarkan arahan-arahan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri
berhubung dengan hal ehwal agama Islam dan berapa kali jumlah
persidangan itu telah dibuat, tak payah saya sebutkan kerana menang
telah diadakan banyak kali dan agak susah hendak dikirakan.
Mengenai perkara Al-Arqam, Bahagian Hal Ehwal Islam telah
merancang beberapa pertemuan dengan pemimpin-pemimpinnya tetapi
setiap kali pertemuan itu hendak diadakan, orang-orang yang
berkenaan tidak dapat hadir pada saat-saat terakhir. Oleh yang
demikian, langkah-langkah yang diambil ialah melalui penerangan dan
dakwah bagi menerangkan kepada masyarakat umum tentang beberapa
aspek dalara ajaran kerohanian. yang menyeleweng, Melalui cara ini
adalah diharapkan pengikut-pengikut berkenaan akan dapat memahami
tentang kesilapan-kesilapan mereka dan dengan ini dapat membetulkan.
kesilapan-kesilapan tersebut. Perlu juga diberi kesedaran kepada
masyarakat supaya t idak senang terpengaruh dengan beberapa ajaran
yang tidak menurut syariah Islam itu.
Berhubuhg dengan teguran Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin
Haji Ujang, Kempen Seruan Zakat dijalankan di peringkat Negeri oleh
Pihakberkuasa Pentadbiran Zakat Negcri dan disclaraskan olch satu
Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan di bawah
Bahagian Hal Ehwal Islam.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat berkenaan, kempen ini masih
berjalan dan Jawatankuasa Kempen Seruan Zakat Peringkat Kebangsaan
adalah mengikuti dan membuat susulan tentang langkah-langkah dan
perkembangan yang berlaku di peringkat Negeri oleh Pihakberkuasa
DN.26.12.89 -55-
Pentadbiran Zakat Negeri. Jawatankuasa ini akan terus menjalankan
tugas dari semasa ke semasa bagi mempastikan Kempen Seruan Zakat
berjalan dengan baik.
Mengenai tulisan Al-Quran, hal ini telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan. Mashaf Al-Quran secara
keseluruhannya tidak boleh ditulis dalam tulisan lain selain
daripada tulisan Arab kaedah ejaan Osmani. Walau bagaimanpun, dalam
usaha untuk mempelajari bacaan Al-Quran berbagai-bagai kaedah boleh
diadakan dan ini termasuklah menggunakan tulisan-tulisan selain
daripada tulisan jawi seperti tulisan murai, tulisan Cina dan
lain-lain sebagai membantu dalam mengajar mengenalkan huruf dan
bunyi perkataan-perkataan Arab.
Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat Tuan C. Krishnan supaya
diwujudkan kawasan pengundian campuran dan tidak kawasan pilihanraya
yang bermajoriti satu kaum sahaja, ini adalah di luar kemampuan
Suruhanjaya Pilihanraya. Ianya sangat berkait rapat dengan taburan
penduduk.
Sebagaimana yang kita maklum, pada masa iai kebanyakan
orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar atau di
kampung-kampung, orang-orang Cina di kawasan bandar atau pekan,
sementara orang India di kawasan-kawasan ladang, estet dan kawasan
bandar. Selagi keadaan ini kekal adalah sangat sukar bagi kita
untuk mewujudkan kawasan-kawasan pilihanraya yang mempunyai penduduk
berbagai kaum dan tidak bermajoriti atau satu kaum sahaja.
Yang Berhormat Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim meminta Kerajaan
mengkaji semula syarat-syarat pendaftaran kontraktor-kontraktor
bumiputera. Buat masa ini terdapat 13,000 kontraktor bumiputera
DN.26.12.89 -56-
berdaftar tetapi turnover, dengan izin, kontraktor-kontraktor kurang
dari $600 juta dan syarat-syarat bru pendaftaran perlulah menekankan
kualiti dan kontraktor yang berwibawa.
Syarat-syarat pendaftaran kontraktor baru yang dikenakan
sekarang adalah ketat dan dikhuatiri bilangan kontraktor yang boleh
berdaftar akan menjadi terlampau kecil, sekiranya syarat ini
diketatkan lagi, syarat yang dikenakan sekarang memang menekankan
kepada keupayaan. kontraktor dari segi modal dan kewangan serta
kebolehan profesiotial yang mereka miliki dan pengalaman kerja.
Peningkatan. kewibawaan kontraktor-kontraktor dibuat melalui
khidmat-khidmat nasihat bimbingan kepada kontraktor yang memiliki
keupayaan dan kebolehan asas.
Manakala mereka yang tidak mempunyai. ciri-ciri itu tidak
dipertimbangkan pembaharuannya, malah sebahagian daripada mereka
tidak memperbaharui pendaftaran,
Mengenai teguran Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay, dimaklumkan
bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penganjur Skim Khidmat
Sementara (SKS) sentiasa meneliti dan mengkaji skim ini dari semasa
ke semasa. Sehingga kini dua kajian telah dijalankan iaitu kajian
gunatenaga siswazah dan kajian penempatan semula siswasah SKS.
Tujuan kajian. ini adalah untuk menentukan bilangan sebenar
siswazah SKS yang mendapati tugas-tugas yang sedang dijalankan oleh
mereka tidak sesuai dengan bidang kajian masing-masing.
Sehingga 30hb November, 1989 seramai 4,486 orang siswazah telah
menyertai SKS. Kedua-dua kajian ini telah membantu JPA dalam
merancang dan mengatur program-program .bagi mengatasi
masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan yang timbul daripada
DN.26.12.89 -57-
pelaksanaan SKS.
Untuk makluman Yang Berhormat berkenaan, urusan kenaikan
pangkat dari satu tingkatan ke tingkatan yang lebih tinggi, pada
masa ini dibuat hanya bila ada kekosongan jawatan-jawatan kenaikan
pangkat. Kekosongan boleh berlaku sama ada melalui pengwujudan
jawatan baru ataupun aliran keluar, dengan izin, turn over seperti
bersara, meletak jawatan, kenaikan pangkat ke jawatan lebih tinggi
serta meninggal dunia. Dengan demikian, tempoh yang seseorang
pegawai terpaksa menunggu untuk kenaikan pangkat berbeza dari semasa
ke semasa bergantung kepada jawatan kosong yang ada.
Kerajaan memang sedar tentang perasaan pegawai profesional
berhubung dengan tempoh kenaikan pangkat yang lama itu. Perasaan
itu mungkin timbul daripada anggapan bahawa ada golongan yang
menikmati peluang kenaikan pangkat yang jauh lebih baik daripada
golongan mereka. Pada hakikatnya, tempoh untuk kenaikan pangkat ke
Tingkatan Kanan bagi golongan-golongan Perkhidmatan Perubatan dan
Perkhidmatan Undang-undang adalah baik berbanding dengan
setengah-setengah perkhidmatan lain, tetapi tempoh untuk kenaikan
pangkat ke Tingkatan-tertinggi C pada amnya adalah hampir sama. Di
samping itu, untuk memperbaiki peluang-peluang kenaikan - pangkat,
skim-skim perkhidmatan berkenaan disemak dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Tuan G. Rajoo yang menyentuh tentang
penswastaan, menyarankan supaya penswastaan hendaklah tidak dihadkan
kepada agensi-agensi dan syarikat-syarikat Kerajaan yang
menguntungkan sahaja.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar penswastaan. Kerajaan
yang mula dilaksanakan sejak tahun 1983 adalah bertujuan antara
DN.26.12.89 -58-
lainnya untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran. Kerajaan,
mengurangkan saiz sektor awam, meningkatkan kecekapan dan daya
pengeluaran serta mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Di samping itu, perlaksanaan dasar ini perlu mengambil kira matlamat
Dasar Ekonomi Baru.
Pada masa ini terdapat dua kaedah bagi menswastakan sesuatu
projek. Pertama jika projek itu dikenalpasti oleh Kerajaan, ianya
akan dijalankan secara tender terbuka. Sebaliknya j ika sesuatu
projek itu dikenalpasti oleh sektor swasta, prinsip yang dahulu
didahulukan akan diikuti.
Walau bagaimanapun, sebelum sesuatu projek diswastakan, tidak
kira sama ada dikenalpasti oleh Kerajaan ataupun pihak swasta, satu
kajian kemungkinan akan dijalankan sama ada oleh Kerajaan atau pihak
swasta untuk menentukan penswastaan projek berkenaan sentiasa
berdaya maju.
Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, pandangan
serta syor-syor menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab
Jabatan Perdana Menteri; di mana saya tidak dapat menjawab atau
menyentuhnya dengan menyebut nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang
membangkitkannya, saya memohon maaf . Walaupun begitu,
perkara-perkara yang ditimbulkan itu telah dicatat dan akan.diambil
kira.
DN.26.12.89 -59-
Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan Kementerian Kehakiman.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada Yang Berhormat Senator-senator yang telah memberikan.
pandangan serta teguran di atas dasar dan masalah di bawah bidang
kuasa Kementerian Kehakiman. Malaysia khususnya daripada Yang
Berhormat Senator Azman Atar bin Othman dan Puan Valli Muthusamy.
Kepada Yang Berhormat Senator-senator, saya mengucapkan terima kasih
kerana telah mengkaji dan mendapati bahawa penggunaan Bahasa
Malaysia di mahkamah, adalah penting dan mustahak digunakan dan
seterusnya meluluskan pindaan Rang Undang-undang Bahasa Malayaia.
Berhubung dengan perkara ini Dewan yang mulia ini telah
dimaklumkan pada 13hb Disember, 1988 bahawa penggunaan Bahasa
Malaysia di mahkamah-mahkamah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi.
Adalah menjadi harapan Kerajaan pada awal tahun. 1990
sekurang-kurangnya Bahasa Malaysia boleh dapat digunakan sepenuhnya
di peringkat Mahkamah Rendah.
Untuk mengatasi masalah kes-kes tertangguh, Dewan telah juga
dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang
tertentu seperti membuat pindaan yang sesuai kepada Akta tertentu
untuk membolehkan kes-kes dibicarakan dengan lebih lancar lagi.
Selain daripada itu Kementerian scntiasa berusaha mengisi
jawatan-jawatan kosong di bawah Kementerian. Misalnya baru-baru ini
tawaran telah dikeluarkan kepada 22 orang calon untuk mengisi
jawatan-jawatan Majistret dan tawaran untuk mengisi jawatan
Jurubahasa telah juga dikeluarkan kepada 23 orang calon.
DN.26.12.89 -60-
Bagi mengatasi kekurangan bilik-bilik mahkamah adalah
dimaklumkan bahawa beberapa tindakan telah dan sedang diambil
diantaranya mengubahsuai bangunan mahkamah yang sedia ada, membina
bangunan tambahan dan membina bangunan baru bagi menggantikan
bangunan-bangunan sekarang.
Di samping itu beberapa projek bangunan baru sedang dan akan
dibina di beberapa buah bandar. Pengubahsuaian bangunan seperti
bangunan Dewan Bandaraya dan bangunan Jabatan Penerangan serta bekas
Klinik Ibu dan. Anak di Sarawak akan juga dilakukan.
Kementerian juga berusaha memenuhi keperluan semasa dengan
mengadakan bilangan mahkamah tambahan secara menyewa bangunan
swasta, Sementara itu sistem mahkamah secara litar buat masa ini
masih perlu di teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya saya sekali lagi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Senator-senator yang telah menunjukkan penuh simpati kepada usaha
yang dijalankan oleh Kementerian Kehakiman dengan memberi sokongan
kepada Rang Undang-undang Perbekalan 1990, Maksud B.13 Kementerian
Kehakiman.
Tuan Yang di—Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat
Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk memberi jawapan. Dipersilakan
Yang Berhormat.
4.23 ptg.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Megat Junid bin Megat
Ayob]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berhormat Senator-senator yang telah mengambil bahagian dalam
perbahasan Belanjawan 1990 dan memberi berbagai pandangan, cadangan
DN.26.12.89 -61-
serta teguran. mengenai beberapa perkara di bawah tanggungjawab dan.
bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan di. antara perkara-perkara
yang disentuh ialah mengenai perjanjian pcrdamaian dengan Parti
Komunis Malaya, kebebasan akhbar, Pendaftaran Pertubuhan,
keselamatan dalara penjara, kad pengenalan, Pendaftaran Negara dan
Imigresen.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Azman Atar, Senator
Lim Heng Tee, Senator G. Rajoo dan Senator Puan. Hajjah Habidah telah
menyentuh dan menyatakan pandangan tentang pemakaian Akta
Keselamatan Dalam Negeri setelah termeterainya perjanjian damai
oleh Kerajaan dengan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) pada
2.12,1989 yang lalu.
Saya ingin juga menjelaskan di sini bahawa sungguhpun keadaan
negara keseluruhannya adalah aman dan stabil tidaklah bermakna
dengan termeterainya perjanjian damai dengan PKM itu negara kita
bebas sepenuhnya dari segala bentuk ancaman yang boleh mengganggu
gugat ketenteraman awam dan menjejaskan kesetabilan dan keselamatan
negara. Lebih-lebih lagi corak masyarakat Malaysia yang mempunyai
latar belakang berbilang kaum, agama dan kebudayaan ini mudah
terdedah kepada isu-isu sensitif yang boleh menyentuh perasaan.
perkauman dan sentimen keagamaan. Ini seringkali membawa kepada
suasana benci membenci dan perasaan tidak mempercayai sesama kita
rakyat Malaysia. Keadaan begini sudah tentulah tidak diingini oleh
mana-mana pihak yang cintakan kedamaian dan perpaduan.
Dengan yang sedemikian, Kerajaan berpendapat tidak ada
keperluan yang mendesak untuk membubar sama sekali Undang-undang
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana sering dikaitkan
DN.26.12.89 -62-
dengan ancaman komunis khasnya PKM semata-mata. Sungguhpun demikian
Kerajaan mengambil perhatian, pandangan-pandangan tentang keperluan
untuk mengkaji scmula Akta tersebut. Sebarang kajian semula Akta
ini perlu dlpertimbangkan dengan teliti terutamanya dari segi
implikasi-implikasi terhadap keagamaan, kestabilan dan keselamatan
negara yang mana adalah tanggungjawab Kerajaan yang sentiasa diberi
keutamaan.
Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah menyentuh mengenai
sekatan terhadap lawatan ke Republik Rakyat China. Saya ingin
menegaskan bahawa Kerajaan sememangnya telah memberi banyak
kelonggaran dalam syarat-syarat lawatan ke Republik Rakyat China.
Yang Berhormat mungkin sedia maklum bahawa sekarang ini
warganegara Malaysia disamping boleh pergi ke Republik Rakyat China
untuk berniaga, melawat ahli-ahli keluarga terdekat dan membuat
lawatan sosial juga dibenarkan pergi untuk m e l a n c o n g . K e r a j a a n
sentiasa sensitif dengan kemahuan orang ramai dan memberi
kelonggaran yang sewajarnya.
Yang Berhormat Senator Azman Atar mencadangkan supaya Pasukan
Polis Hutan dan Polis Cawangan Khas ditempatkan semula berikutan
daripada perletakan senjata Parti Komunis Malaya. Sukalah saya
memaklumkan bahawa perkara ini adalah dalam kajian Kerajaan.
Yang Berhormat Senator Tuan Azman Atar juga meminta Kementerian
ini bertindak tegas ke atas Pengarah akhbar yang tidak
bertanggungjawab. Sukalah saya memaklumkan bahawa Kementerian ini
sentiasa mengawasi setiap akhbar yang diterbitkan di negara ini bagi
mempastikan ianya tidak melanggar undang-undang yang sedang
DN.26.12.89 -63-
berkuatkuasa khususnya Akta Mesin Cetak dan. Penerbitan 1984
(Pindaan) dan juga 1987. Sekiranya mana-mana akhbar yang memuat
atau menyiarkan apa-apa berita yang bercanggah dengan undang-undang
termasuklah memuatkan berita-berita palsu yang terbukti ianya
berniat jahat serta boleh memudaratkan ketenteraman awam maka
Kementerian ini tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke
atas penerbit akhbar, pencetak, penyunting dan penulis berita
tersebut mengikut lunas undang-undang.
Yang Berhormat Senator Douglas Sullang menyarankan Kementerian
menambah fungsi Pejabat Imigresen di Sibu, Seri Aman dan Kapit agar
pasport dapat dikeluarkan di bandar-bandar ini tanpa merujuk ke
Kuching, Cadangan Yang Berhormat itu akan diambil perhatian. Walau
bagaimauapun permohonan pasport boleh dibuat di tempat-tempat
tersebut tetapi ianya akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di
Kuching, kerana di Kuchinglah segala prosesan yang lengkap akan
dapat dibuat.
Yang Berhormat juga mencadangkan agar Kementerian meluluskan
permohonan pasport kepada mereka yang memiliki kad pengenalan biru
tetapi tidak mempunyai dokumen. surat kelahiran. Untuk makluman Yang
Berhormat, sijil kelahiran adalah diperlukan untuk menentukan
kesahihan seseorang itu adalah pemegang kad pengenalan biru yang sah
kerana pasport antarabangsa Malaysia hanya dikeluarkan kepada
warganegara yang sah. Namun begitu kelonggaran boleh
dipertimbangkan kepada mereka yang tidak sengaja tidak memiliki
sijil kelahiran iaitu dengan mengemukakan surat akuan yang sah yang
ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.
DN.26.12.89 -64-
Tentang cadangan Yang Berhormat Senator Douglas Sullang yang
mencadangkan supaya ditambah kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
di luar bandar, sukalah saya memaklumkan. bahawa Kementerian sentiasa
mengkaji dari masa ke semasa masalah keperluan tambahan kakitangan
ini berdasarkan. kepada kepadatan penduduk.
Yang Berhormat Senator Tuan Azman Atar telah menyentuh mengenai
pendaftaran persatuan atau pertubuhan baru. Sukalah saya
menjelagkan bahawa perkara tersebut adalah merupakan kebebasan
setiap individu atau kumpulan untuk berbuat demikian. Setiap
pemohonan akan diluluskan sekiranya ianya adalah untuk faedah
orangramai dan permohonan tarsebut telah memenuhi segala
peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak di bawah Akta Pertubuhan
1966.
Walau bagaimanapun pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
sentiasa meneliti dan mengawasi sebelum dan sesudah pertubuhan
tersebut didaftarkan agar kewujudarmya tidak mengganggu keselamatan
dan ketenteraman awam negara ini.
Yang Berbormat Senator Tuan Hassan Nam membangkitkan mengenai
pindaan kepada Akta Orang Asli yang menyentuh berkenaan dengan tanah
bagi Orang-orang Asli. Sukalah dinyatakan di sini bahawa Kerajaan
sentiasa mengambil perhatian tentang perkara tersebut. Oleh kerana
ianya melibatkan soal tanah iaitu satu perkara di bawah bidangkuasa
Kerajaan Negeri maka Kerajaan Persekutuan perlulah membincangkan
perkara ini dengan pihak Kerajaan Negeri-negeri.
Yang Berhormat Senator Ainon Artf f in , Senator G. Rajoo dan
Senator Lau Keng Siong telah menyentuh mengenai pelarian
banduan-banduan dari penjara. Sebenarnya saya telah memaklumkan
perkara ini di Dewan yang mulia ini pada 13,12.89 yang
DN.26.12.89 -65-
lalu ketika menjawab soalan yang dikemukakan. oleh Yang Berhormat
Tuan Haji Syed Abdul Hamid bin Sagaff di mana saya telah menerangkan
sebab-sebab utama pelarian tersebut berlaku dan langkah-langkah yang
telah dan sedang diambil oleh Kerajaan bagi mencegah pelarian
bantuan-bantuan dari penjara. Jadi saya tidaklah hendak mengulasnya
lebih lanjut lagi.
Yang Berhormat Senator Hajjah Salbiah ingin tahu mengenai
rancangan pengasingan banduan-banduan yang menagih dadah dengan
banduan-banduan yang lain di penjara. Ingin saya memaklumkan bahawa
beberapa langkah telah pun diambil bagi mengatasi masalah tersebut
di antaranya ialah menempatkan banduan-banduan yang menagih dadah
dan banduan-bauduan yang telah disabitkan dengan kes penyalahgunaan
dadah di penjara-penjara khusus seperti di Kajang, Seremban dan
Kuching. Menempatkan banduan-banduan yang menagih dadah dan
banduan-banduan. yang telah disabitkan dengan kes penyalahgunaan
dadah secara berasingan dengan banduan-banduan lain di blok-blok
yang tertentu di semua penjara di negara ini.
DN.26.12.89 - 66 -
Yang Berhormat Senator Chong Chi Siong menyarankan supaya
dilonggarkan kemasukan Bible dan buku-buku yang mengandungi nilai-
nilai kemoralan. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam mengawal
penerbitan-penerbitan dari luar negeri, Kementerian ini sentiasa
berpandukan peruntukan-peruntukan Undang-undang, khususnya Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984-.
Yang Berhormat Senator G. Rajoo menyentuh mengenai sopan-
santun pegawai di setiap entry point, dengan izin, di negara. Untuk
makluman Yang Berhormat adalah menjadi salah satu objektif
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk
memberi perkhidmatan yang bersopan-santun kepada semua orang-orang
luar yang memasuki Malaysia melalui mana-mana pintu masuk.
Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa menentukan ia mencapai
satu tahap yang tinggi supaya imej negara dikenali di mata dun ia .
Di antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan ialah menadakan
kursus-kursus kesopanan dan peradaban kepada Pegawai-pegawai
Imigresen di pintu-pintu masuk.
Yang Berhormat Senator Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh
menyentuh berhubung dengan pembaharuan Pasport Antarabangsa U s t a z
Ashaari dua tahun dahulu. Sukalah saya menjelaskan bahawa pem-
baharuan tersebuat dibuat kerana Jabatan Imigresen Malaysia tiada
mempunyai sebarahg halangan terhadapnya.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang Berhormat Senator-senator yang telah menge-
DN.26.12.89 . - 67 -
mukakan pandangan dan teguran-teguran masing-masing mengenai
pelbagai isu dan masalah di bawah bidangkuasa Kementerian Dalam
Negeri. Saya telah cuba untuk memberi penjelasan-penjelasan saya ke
atas beberapa pandangan dan teguran tersebut. Bagi pandangan-
pandangan dan teguran-teguran yang tidak sempat dijawab di Dewan
yang mulia ini, saya memberi jaminan bahawa ianya insya Allah akan
diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kamenterian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Pembangunan Negara daa Luar
Bandar Yang Berhormat, sebelumYang Berhormat berucap, saya hendak
membuat satu pengumuman dahulu dan selepas itu, Yang Berhormat boleh
berucap.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 6 ( 3 ) ,
dengan sukacitanya saya menjemput Yang Berhormat Dato' Tan Peng
Khoon untuk manpengerusikan Majlis. Dipersilakan Dato' Tan,
[Timbalan Yang di-Pertua menpengerusikan Mesyuarat]
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan luar
Bandar [Tuan Mohamed bin Jamrah]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih
dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah bidang-
kuasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam per-
bahasan mengenai dasar-dasar am Belanjawan 1990 yang telah
dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 18hb Disember
1989 yang lalu.
Sukacita saya memberi penjelasan ke atas perkara-perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya mengenai
penyediaan infrastruktur di luar bandar, program pamulihan rumah
DN.26..12.89 - 68 -
bagi golongan termiskin, peranan . Bahagian Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) dan perkara-perkara yang menyentuh bidangkuasa Lembaga
Penyatuan Tanah Persekutuan ataupun FELCRA.
- Tuan Yang di-Pertua, Senator V.K, Sellapan telah membangkitkan
masalah kemudahan infrastruktur di luar bandar seperti bekalan
elektrik, bekalan air dan ja lan- ja lan luar bandar, Beliau meminta
pihak Kerajaan mengutamakan infrastruktur- tersebut bagi kemudahan
penduduk-penduduk di luar. bandar, .manakala Yang Berhormat Senator
Tiong Hiew King pula menggesa Kerajaan , supaya menambah .peruntukan
dalam menyedia dan membaiki infrastruktur di . luar bandar khususnya
di negeri Sarawak.
Kerajaan sentiasa memberi , perhatian terhadap keperluan
kemudahan-kemudahan asas di kawasan luar bandar. Di bawah Rancangan
Malaysia yang Kelima peruntukan untuk bekalan air luar bandar bagi
sesebuah negeri ialah $270.20 juta, bekalan elektrik luar bandar,
peruntukan yang.disediakan ialah $569.56 juta, manakala jalan luar
bandar pula ialah $463.89 juta. Ini membuktikan bahawa Kerajaan
peka dengan kehendak rakyat dan bersedia memberi peruntukan dengan
seberapa adil dan setakat yang mampu.
Kerajaan memang sedar bahawa kemudahan air, elektrik dan jaian
luar bandar adalah -sangat-sangat diperlukan oleh rakyat bagi
meningkatkan , mutu hidup penduduk luar bandar tetapi perlaksanaan
projek ini terpaksa dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut
kemampuan Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan syor Yang Berhormat
Senator Tiong Hiew King supaya Kerajaan , menambah peruntukan bagi
infrastruktur negeri Sarawak, suka saya menyatakan bahawa Kerajaan
sentiasa memberi perhatian dan bersedia menimbangkan peruntukan
DN.26.12.89 - 69 -
tambahan sekiranya keadaan kewangan negara mengizinkan. Negeri
Sarawak mempunyai kepadatan penduduk yang rendah dan muka bumi yang
luas di samping taburan penduduknya berselerak dengan perkampungan
yang kecil. Ianya melibatkan peruntukan yang banyak sedangkan
bilangan yang mendapat faedah adalah kecil. Oleh itu cara lain juga
perlu dirancangkan untuk memberi kemudahan infrastruktur dan juga
kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang lain dengan lebih sempurna dan
berkesan.
Dalan hubungari ini, rakyat yang tinggal di kampung-kampung
yang kecil saiznya dan terpencil perlulah menyokong dan menyambut
usaha-usaha Kerajaan berpindah ke kawasan penempatan yang dirancang-
kan oleh Kerajaan agara mereka tidak terus tertinggal dalam
menikmati kemudahan asas ini. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan
Negeri, Wakil-wakil rakyat dan masyarakat luar bandar perlu sama-
sama memainkan peranan agar pembangunan yang lebih sempurna dapat
dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan yang munasabah,
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hassan bin Nam
pula menyesyorkan supaya Kerajaan tidak ketinggalan untuk menyedia-
kan infrastruktur kepada penduduk Orang Asli. Untuk makluman Yang
Berhormat, Kementerian ini tidak mengabaikan penyediaan peruntukan
kepada perkampungan Orang Asli. Banyak kampung-kampung Orang Asli,
khususnya yang berhampiran dengan kampung-kampung tradisi, turut
mendapat bekalan elektrik, bekalan air dan juga jalanraya-jalanraya.
Sehubungan dengan perkara ini, suka saya menyatakan bahawa bagi
menyediakan bekalan elektrik, keadaan rumah adalan menjadi asas
pertimbangan kerana faktor keselamatan adalah penting dan diambil-
kira supaya tidak menimbulkan masalah kepada penduduk berkenaan
kelak, manakala bagi projek-projek bekalan air, ianya bergantung
DN.26.12.89 - 70 -
kepada kedudukan kampung-kampung itu sendiri. Bagi program jalan
luar bandar pula, Kementerian ini bersedia menimbangkan peruntukan
bagi pelaksanaan jalan sekiranya permohonan untuknya dibuat.
Malahan Orang-orang Asli telahpun menikmati kemudahan pengangkutan
jalan melalui beberapa batang jalan keselamatan yang telah
dilaksanakan oleh Kementerian yang melintasi perkampungan-
perkampungan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul
Hamid bin Haji Latif pula telah meminta agar pihak Kementerian
mempercepatkan waran-waran peruntukan pembangunan supaya tidak
menjejaskan perlaksanaan projek-projek pembangunan. . Berhubung
dengan perkara ini, Kementerian sentiasa memberi perhatian sewajar-
nya supaya peruntukan tersebut dikeluarkan segera. Bagi memper-
cepatkan projek-projek infrastruktur di luar bandar, pihak
Kementerian telah meminta kerjasama agensi-agensi pelaksana bagi
melaksanakan projek-projek tersebut dengan secepat mungkin dan
seterusnya menjamin kekesanan program berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Ainon binti
Ariffin telah membangkitkan mengenai Program Pemulihan rumah di
bawah program membantu golongan termiskin. Untuk makluman Yang
Berhormat, Program Pemulihan ini telah dilaksanakan dalam tahun
1988. Program ini adalah satu daripada program untuk tujuan mem-
basmi kemiskinan. Begitu juga program-program ekonomi seperti
Amalan Makanan dan Pemakanan dan Industri Kampung yang dikendalikan
oleh Kementerian ini. Taraf golongan miskin adalah mereka yang mem-
punyai pendapatan kurang daripada $350 sebulan manakala golongan
termiskin ataupun daif pulaadalah mereka yang mempunyai pendapatan
keluarga, iaitu lima orang satu keluarga, kurang daripada $175
DN.26.12.89 - 71 -
sebulan. Golongan ini tidak mempunyai tanah atau mempunyai kawasan
tanah yang kecil, mempunyai keluarga yang ramai, atau tidak mem-
punyai keluarga atau mempunyai pendapatan tidak tetap, taraf
kesihatan dan pendidikan yang rendah serta mempunyai rumah yang daif
dan tidak selamat untuk didiami. Bantuan di bawah program ini ada-
lah bantuan bahan-bahan bagi membina atau membaiki rumah-rumah yang
daif dan tidak selamat kerana keluarga yang mampu untuk membaiki.
DN.26.12.89 - 72 -
Jumlah bantuan untuk membaiki di Semenanjung Malaysia adalah
sebanyak $1,000 manakala untuk membina semula adalah $2,000. Bagi
Sabah dan Sarawak pula sebanyak $1,500 diberikan untuk membaiki,
manakala $2,500 untuk membina semula. Bagi bantuan rumah panjang
pula, sebanyak $700 diberikan untuk membaiki dan $1,700 untuk
membina semula. Setakat ini Kementerian belum menerima aduan dari
orang ramai mengenai penyelewengan terhadap program pembinaan rumah
ini seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat. Saya ingin menjelas-
kan bahawa senarai golongan termiskin dibuat berdasarkan daftar yang
diperolehi di peringkat kampung dan diluluskan oleh Pejabat Daerah
yang menggunakan kriteria-kriteria tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hajjah Salbiah
binti Mohd. Akim pula telah membangkitkan beberapa perkara berhubung
dengan bahagian Kemajuan Masyarakat atau KEMAS termasuklah masalah
Pemaju-pemaju Masyarakat dan Taman Bimbingan Kanak-kanak. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kategori elaun Pemaju
Masyarakat ini iaitu kategori yang pertama terdiri daripada Pemaju-
pemaju Masyarakat yang ditugaskan untuk mengajar Taman Bimbingaan
Kanak-kanak (TBK) dan Kelas Latih Kerja iaitu bagi urusan mekanik
dan mempunyai pendapatan bulanan $415. Manakala kategori kedua pula
ialah Pemaju-pemaju Masyarakat yang ditugaskan untuk mengajar
ekonomi rumahtangga, rancangan desa usaha, khutubkhanah desa, kelas
agama Islam dan kelas latih kerja keraftangan dan jahitan dan
mempunyai pendapatan bulanan $375.
Tugas yang dijalankan oleh Pemaju-pemaju Masyarakat bagi TBK
memanglah berat, mereka bukan sahaja patut membimbing kelas-kelas
DN.26.12.89 - 73 -
TBK tetapi juga bergiat dalam berbagai kegiatan pembangunan
masyarakat. Memandangkan peranan yang bertambah inilah maka
Kerajaan telah menaikkan elaun mereka dari $375 kepada $415 pada
bulan Julai 1988. Walau bagaimanapun, berhubung dengan cadangan
Yang Berhormat itu supaya elaun mereka ditambah lagi, Kementerian
akan mengkaji perkara ini dan akan mengambil perhatian ke atasnya.
Mengenai dakwaan Yang Berhormat bahawa makanan yang dibekalkan
kepada TBK banyak yang membazir, suka saya menyatakan bahawa
Kerajaan telah berusaha memberikan bantuan secukupnya bagi membantu
kanak-kanak TBK terutamanya di luar-luar bandar. Pihak Kerajaan
menguntukkan 20 sen sehari kepada seorang kanak-kanak TBK untuk
makanan tambahan dan susu tepung. Biasanya makanan tambahan dari
beras diberikan sebanyak 60 kilo setahun bagi satu TBK. Ini
bermakna 1.5 kilogram seminggu dibekalkan kepada kanak-kanak
tersebut. Beras ini akan dibuatkan berbagai jenis makanan yang
boleh memberi khasiat kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun
masalah pengurusan makanan yang membazir seperti yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat itu, pihak Kerajaan juga akan menyiasat perkara
ini dan akan mengambil tindakan perlu sekiranya ia benar-benar
berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Hassan bin Nam
telah membangkitkan perkara di bawah bidangkuasa agensi FELCRA.
Beliau mengesyorkan supaya pihak Kerajaan mengenal pasti dan
seterusnya memajukan tanah-tanah perkampungan Orang Asli, suka saya
menjelaskan bahawa fungsi FELCRA adalah untuk memaju dan memulihkan
tanah-tanah di mana tanah-tanah yang tidak diusahakan itu terbiar
sebelumnya dipulih dan dimajukan supaya pemiliknya mendapat faedah
DN.26.12.89 - 74 -
dari tanah yang diusahakan. Ini bermakna latar belakang projek-
projek yang dilaksanakan oleh FELCRA itu merupakan pemulihan tanah-
tanah yang tidak ada unsur-unsur penggunaan langsung atau hanya
digunakan secara minima sahaja. Oleh itu sekiranya terdapat tanah-
tanah perkampungan Orang Asli yang boleh dimajukan oleh pihak
FELCRA, pihak Jabatan HaL Ehwal Orang Asli bolehlah mengadakan
perundingan dengan Kerajaan Negeri berkenaan.
Yang Berhormat Senator Tiong Hew King juga telah membangkitkan
perkara yang berkait dengan FELCRA. Beliau meminta Kerajaan memaju
dan memulihkan tanah terbiar di negeri Sarawak. Untuk makluman Yang
Berhormat, sehingga kini Kementerian melalui agensinya FELCRA telah
memaju dan memulihkan tanah terbiar di negeri Sarawak, Sehingga
kini Kementerian telah memaju dan memulihkan seluar 4,862 hektar di
negeri Sarawak termasuklah seluas 723 hektar yang sedang dimajukan
sekarang yang mana melibatkan perbelanjaan kira-kira $27 juta.
Kementerian juga sedang merancang untuk memajukan seluas 2,084
hektar lagi bagi tahun 1990.
Yang Berhormat Senator Douglas Sul lang Anak Ganda pula mem-
bangkitkan masalah tanah terbiar yang dilaksanakan oleh FELCRA di
kawasan Rajang Sarawak. Suka saya memaklumkan bahawa penglibatan
FELCRA di kawasan Rajang adalah bagi melaksanakan arahan Kerajaan
bagi maksud penempatan semula golongan masyarakat yang terlibat.
Program ini dilaksanakan termasuklah mempertingkatkan kawasan-
kawasan yang sedia ada dan tertakluk kepada peruntukan kewangan yang
diluluskan serta keperluannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat
juga, sehingga kini Kerajaan menerusi agensi FELCRA telah memajukan
DN.26.12.89 -75-
seluas 711 hektar bagi kawasan Rajang ini iaitu di empat rancangan
termasuk Sekuan seluas 363 hektar; Nangga Tada seluas 129 hektar;
Nangga Nungun seluas 97 hektar dan Nangga Jangau 92 hektar.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh ber-
hubung dengan saranan Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee supaya
bahagian Kemajuan Perkempungan diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Untuk makluman Yang Berhormat
berkenaan, bahagian ini baru, sahaja dipindahkan dari Kementerian ini
ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada bulan Mac tahun
ini. Oleh kerana Kerajaan bercadang untuk memasukkan kesemua
kampung-kampung baru di bawah pentadbiran Kerajaan Tempatan supaya
perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai dapat diberikan kepada
penempatan-penempatan ini untuk menjadikan kampung-kampung baru
sebagai kawasan penempatan yang lebih sempurna. Lagipun memang
menjadi hasrat Kerajaan untuk memberi kemudahan sewajarnya kepada
seluruh penduduk luar bandar tanpa mengira kaum. Oleh itu soal sama
ada bahagian ini diletakkan di bawah Kementerian mana adalah tidak
penting.
Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya ke atas
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhomat yang
menyentuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Suka juga
saya menegaskan di sini bahawa Kementerian Pembangunan Negara dan
Luar Bandar akan terus berusaha bagi mencapai objektifnya dan
meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk-penduduk luar bandar di
negara ini. Bagi perkara-perkara lain yang tidak sempat saya jawab,
Kementerian saya akan mengambil perhatian yang sewajarnya.
DN.26.12.89. - 76 -
Sekali lagi ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang
menyentuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Terima
kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya persilakan Kementerian
Kesihatan.
4.46 ptg.
Timbalan Menteri Kesihatan [Tuan Mohamed Farid bin Ariffin]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah membuat teguran-teguran ke atas Kemen-
terian Kesihatan:
Ahli Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman telahpun men-
cadangkan supaya hospital-hospital besar diberi peruntukan lebih
terutamanya di Kuala Lumpur. Sekiranya tidak, akan timbul berbagai-
bagai masalah seperti kekurangan doktor dan jururawat , kekurangan
kawasan tempat-tempat tidur untuk pesakit-pesakit dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya Kementerian
mengakui tentang kekurangan jawatan-jawatan doktor dan juga
jururawat kerana perjawatan yang sedia ada tidak dapat diisi
sepenuhnya kerana tenaga pelatih-pelatih yang te lahpun menamatkan
latihan mereka terpaksa diagih-agihkan penempatan mereka di seluruh
negara.
Mengenai kekurangan kawasan tempat-tempat tidur untuk pesakit-
pesakit, Kementerian sedang berusaha untuk mengatasi masalah
tersebut. Sekarang ini Unit Paediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur
sedang dalam pembinaan dan apabila siap kelak dijangka semua.
DN.26.12.89 - 77 -
pesakit-pesakit kanak-kanak dapat dipindahkan ke Unit tersebut dan
dengan itu akan mengurangkan masalah kekurangan kawasan tempat-
tempat tidur di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Ahli Yang Berhormat Puan Ainon Ariff in menyentuh tentaang
bilangan orang mengidap penyakit buah pinggang kian bertambah dan
memerlukan bantuan mesin haemodialysis. Terdapat keadaan di mana
terjadinya kematian jika pesakit tidak dapat menggunakan mesin
tersebut. Yang Berhormat Senator Tan Chong Keng mengharapkan agar
perkhidmatan mesin haemodialysis dapat diperluaskan di hospital-
hospital daerah.
Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan
mempunyai program yang menyeluruh mengenai penubuhan Yunit-yunit
Haemodialysis di hospital-hospital di seluruh negara. Seperti kita
maklum bahawa kos untuk menubuhkan dan menyendalikan Unit Haemo-
dialysis ini adalah terlalu mahal serta memerlukan alat-alat yang
sofistikated dan kakitangan yang mahir, maka buat masa ini
Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan haemodialysis di
hospital-hospital besar sahaja. Adalah diharapkan untuk masa
hadapan, perkhidmatan ini dapat diperluaskan lagi secara ber-
peringkat-peringkat di hospital-hospital daerah yang mempunyai
perkhidmatan pakar tersebut.
DN.26.12.89 - 78 -
Unit dialysis ditubuhkan bukan dengan tujuan untuk memberi
rawatan haemodialysis untuk jangka masa panjang. Keutamaan untuk
menggunakan kemudahan haemodialysis ini adalah seperti berikut
iaitu:-
(a) pesakit yang mengidap kerosakan buah pinggang sementara
ataupun, dengan izin, acute renal failure di mana rawatan
dengan mesin haemodialysis diperlukan untuk rawatan
sementara sahaja;
(b) pesakit yang disediakan untuk rawatan kidney transplant
dan;
(c) pesakit yang telah menjalani rawatan kidney transplant di
mana buah pinggang yang telahpun dipindahkan tidak
berfungsi lagi.
Untuk pesakit-pesakit yang tidak diterima untuk rawatan haemo-
dialysis, mereka diberi rawatan lain seperti peritoneal dialysis di
mana darah yang kotor dicuci dengan cara lain yang juga berkesan.
Selain dari itu, mereka yang diberi rawatan dengan ubat dan juga
nasihat mengenai makanan.
Terdapat beberapa jenis penyakit buah pinggang dan penyakit-
penyakit ini disebabkan oleh berbagai sebab misalannya infection,
metabolic disorders, congenital dan sebagainya. Perlu dinyatakan
tidak semua penyakit buah pinggang ini akan mengakibatkan kerosakan
buah pinggang hingga ke tahap memerlukan rawatan heamodialysis.
Oleh itu, pesakit-pesakit sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan
rawatan lebih awal supaya kerosakan buah pinggang ini boleh dielak-
kan.
Sukacita dimaklumkan bahawa rancangan yang diberi penekanan
DN.26.12.89 - 79 -
oleh Kementerian ini ialah Program Mencegah dan Mengesan Penyakit
Buah Pinggang. Antara rancangan-rancangan tersebut ialah:-
(a) pendidikan kesihatan bagi orang awam tentang tanda awal
penyakit buah pinggang dan keperluan untuk mendapatkan
rawatan awal;
(b) rancangan khusus untuk pesakit-pesakit end stage renal
failure, dengan izin, iaitu:-
menggalakkan rawatan living related kidney trans-
plantation, dengan izin, di mana penderma buah
pinggang terdiri dari kaum keluarga;
untuk masa hadapan, menggalakkan penubuhan rancangan
cadaveric kidney transplantation di mana penderma
buah pinggang ialah dari pesakit yang baru meninggal
dunia dan;
menubuhkan unit haemodialysis untuk membantu rawatan
transplant ini.
Dengan adanya rancangan transplantation yang lebih aktif,
keperluan haemodialysis akan berkurangan.
Seterusnya Kementerian juga akan meningkatkan latihan kepada
semua doktor dan kakitangan paramedik dalam bidang pengurusan
penyakit buah pinggang dan menambah bilangan kakitangan dalam bidang
penyakit buah pinggang.
Ahli Yang Berhormat Dr. Chong Eng Leong dan Puan Hajjah Rosnah
menyentuh tentang penyakit AIDS yang kian menular dan meminta supaya
dibawa kes ini kepada perhatian WHO dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah kes AIDS di negara ini adalah masih
kecil. Pada masa ini, jumlah pesakit AIDS yang ful l blown, dengan
izin, ialah 12 sahaja iaitu bertambah 1 daripada pengumuman yang
lepas dan 8 daripada mereka telahpun meninggal dunia. Yang
DN.26.12.89 - 80 -
bertambah setakat ini ialah orang-orang yang membawa penyakit ini
iaitu HIV iaitu sebanyak 159 orang. Jumlah semuanya ialah 171
orang.
Namun demikian, Kementerian Kesihatan sentiasa memberi
perhatian yang amat serius tentang penyakit AIDS dan juga membuat
perhubungan mengenai AIDS dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau-
pun WHO dan juga pihak kesihatan negara-negara jiran.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya tidak
perlu lagi menjelaskan selanjut tentang penyakit ini kerana saya
telahpun menjawab secara panjang lebar mengenainya di dalam kedua-
dua Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini. Ahli-ahli Yang
Berhormat bolehlah merujuk kepada jawapan-jawapan saya itu kepada
soalan No. 1 oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah pada 12hb
Disember 1989 yang lepas di dalam Dewan yang mulia ini.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat Dr. Chong Eng Leong membangkit-
kan tentang pendatang-pendatang haram di mana Kementerian ini
terpaksa memberi rawatan yang sewajarnya seperti juga pesakit-
pesakit warganegara. Beliau juga mencadangkan supaya diberi
peruntukan yang berasingan kepada mereka supaya tidak dapat men-
jejaskan kemudahan rawatan dari perubatan bagi pesakit-pesakit warga-
negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah
menjadi dasar Kementerian Kesihatan untuk memberi rawatan yang
secukupnya kepada sesiapa sahaja yang akan datang untuk mendapat
rawatan di semua kemudahan kesihatan di negara ini. Ini adalah
menjadi tanggungjawab Kementeriaan ini lebih-lebih lagi berkaitan
dengan penyakit-penyakit berjangkit. Pesakit-pesakit perlu dirawat
atau diasingkan dengan segera untuk mencegah penyakit-penyakit ini
daripada merebak kepada masyarakat setempat. Oleh itu, peruntukan
DN.26.12.89 - 81 -
yang dipohon dan diperolehi untuk perkhidmatan rawatan adalah
berdasarkan kepada beban kerja tahunan kebelakangan dan bukan
kepada golongan tertentu pesakit-pesakit itu.
Ahli Yang Berhormat Senator Hajjah Habidah telah menyarankan
supaya Kerajaan memberi penekanan menggalakkan syarikat-syarikat di
Malaysia mengeluarkan ubat-ubatan daripada ramuan yang dikeluarkan
oleh rakyat Malaysia sendiri. Beliau juga mencadangkan supaya
ditubuhkan satu Jabatan Khas untuk mencapai tujuan tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan
pengeluaran ubat-ubatan daripada ramuan tempatan, saya memaklumkan
bahawa setakat ini Penyelidikan dan Pembangunan ataupun R&D untuk
menghasilkan ubat baru sama ada ubat moden atau ubat herba amat
berkurangan di negara ini. Ini disebabkan kita masih menghadapi
kekurangan sumber-sumber terutamanya kepakaran dalam bidang yang
tersebut ini. R&D untuk menghasilkan ubat baru memerlukan per-
belanjaan yang sangat besar dan biasanya tidak menjaminkan hasil
yang baik. Misalnya usaha untuk menghasilkan sejenis ubat baru di
negara maju memerlukan perbelanjaan lebih kurang US$150 juta.
Hingga kini, kita masih belum ada kilang tempatan yang boleh
mengeluarkan bahan-bahan ubat mentah yang asas bagi tujuan membuat
keluaran ubat-ubatan. Akan tetapi bilangan kilang tempatan yang
berlesen untuk mengeluarkan keluaran ubat-ubatan daripada bahan-
bahan mentah yang diimport sedang bertambah dan berjumlah 31
sekarang. Kilang-kilang ini hanya dapat membekalkan lebih kurang 30
hingga kepada 35% keperluan pasaran tempatan yang bernilai lebih
kurang $350 - $400 juta setahun.
Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama rapat dengan M.I.D.A
ataupun Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia dalam usaha meng-
galakkan pertubuhan industri farmasiutikal tempatan.
DN.26.12.89 - 82 -
Melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
dapat memberi nasihat kepada pelabur-pelabur yang berminat dalam
rancangan dan pertubuhan kilang-kilang tempatan dan juga atas amalan
perkilangan yang baik untuk menjamin kualiti, keberkesanan dan
keselamatan penggunaan keluaran-keluarannya.
Kementerian sedar kian ramai orang mengguna ubat-ubatan
tradisional yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan dan herba-herba.
Oleh kerana kekurangan tenaga manusia yang berkepakaran yang
demikian dalam bidang ini, setakat ini Kementerian Kesihatan tidak
mampu memberi keutamaan kepada R&D atas tumbuh-tumbuhan tempatan
yang dituntut sebagai bahan-bahan yang mempunyai khasiat perubatan.
Walau bagaimanapun, sedikit penyelidikan sedang dijalankan oleh
universiti-universiti tempatan. Adalah diharapkan penyelidikan ini
boleh mendacangkan hasil yang baik.
Kementerian kesihatan akan melaksanakan suatu program pen-
daftaran ubat-ubatan tradisional pada awal tahun 1991 di bawah
Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dengan tujuan
menjaminkan ubat-ubatan tradisional termasuk keluaran-keluaran
tempatan yang dijual dalam pasaran tempatan adalah mempunyai kualiti
dan selamat penggunaannya. Dengan kawalan ini, adalah diharapkan
kualiti keluaran ubat tradisional tempatan akan dipertingkatkan lagi
dan boleh diterima oleh pasaran tempatan ataupun negara-negara
asing. Langkah ini mungkin boleh memperbaiki potensi pengeksportan
dan juga perkembangan industri ubat tradisional tempatan.
DN. 26.12.89 - 83 -
Selain daripada itu, Yang Berhormat membangkitkan tentang
kelemahan-kelemahan pentadbiran di Hospital-hospital Besar
negeri-negeri. Di antaranya ialah di mana orang-orang terpaksa
menunggu berjam-jam sebelum dapat berjumpa dengan doktor, lambat
menarima ubat setelah diperiksa dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua Penguasa Perubatan
dan Pegawai Perubatan yang menjaga dan mentadbir hospital-hospital
mempunyai kelayakan dan berpengalaman. Mereka beserta kakitangan
yang sedia ada menguruskan hospital-hospital dengan memuaskan.
Biasanya pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di
Jabatan Pesakit Luar akan diberi rawatan dan dibekalkan ubat-ubatan
dengan seberapa segera yang boleh. Walau bagaimanapun, pada
hari-hari tertentu seperti cuti mingguan, hari kelepasan am,
bilangan pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan
terlalu ramai dari hari-hari biasa. Oleh itu pada hari-hari
tersebut, pesakit-pesakit akan menunggu lebih lama sedikit daripada
hari-hari biasa untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor-doktor di
hospital-hospital berkenaan. Sehubungan dengan ini, Kementerian
senantiasa berusaha menambahkan lagi bilangan doktor-doktor di
Jabatan Pesakit Luar apabila keadaan mengizinkan. Walau
bagaimanapun, pesakit-pesakit sendiri boleh mengelak daripada
menunggu lebih lama jika mereka pergi ke klinik-klinik kesihatan
ataupun poliklinik-poliklinik yang berhampiran dengan rumah mereka
untuk mendapatkan rawatan
DN 26.12.89 - 84 -
Ahli Yang Berhormat Tuan V. K. Sellapan mengesyorkan supaya
pusat-pusat kesihatan ditubuhkan di setiap kawasan pendalaman,
khususnya di kampung-kampung dan di estet-estet di mana bilangan
penduduk yang miskin adalah tinggi.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan
sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada
semua penduduk, terutama sekali kumpulan penduduk yang benar-benar
memerlukannya. Dengan itu, Kementerian Kesihatan telah sentiasa
memberikan keutamaan yang tertinggi untuk membina kemudahan
kesihatan bagi penduduk luar bandar, terutama sekali di
kawasan-kawasan pendalamn. Kemudahan-kemudahan ini dibina di
lokasi-lokasi yang senang dikunjungi oleh penduduk-penduduk di
sekitarnya, walaupun mereka berada di kampung ataupun di
estet-estet.
Selain daripada itu, Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya
Kerajaan meningkatkan lagi bilangan pegawai-pegawai perubatan iaitu
seorang doktor untuk 1,000 orang rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sentiasa berusaha untuk
memperbaiki nisbah doktor penduduk dan mengambil tindakan untuk
menambahkan lagi bilangan doktor yang berkhidmat dengan Kementerian.
Untuk maksud ini, sebanyak 828 jawatan telahpun diwujudkan iaitu
bagi tahun 1988, 406 jawatan dan 1989, 422 jawatan. Rancangan
sekarang adalah untuk mencapai nisbah 1:2000 penduduk pada tahun
1990. Nisbah ini akan diperbaiki lagi apabila lebih ramai doktor
tamat latihan daripada universiti-universiti tempatan dan luar
negeri.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya Kerajaan
mengkaji skim gaji para doktor agar mereka tidak akan meninggalkan
DN 26.12.89 - 85 -
perkhidmatan dengan Kerajaan.
Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Lau Keng Siong juga
menimbulkan aspek ini dan mengharapkan Kerajaan dapat memberi
insentif kepada pakar-pakar perubatan agar tidak berpindah ke
hospital swasta seperti yang berlaku di Hospital Daerah Muar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedar bahawa
gaji yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada Pegawai-pegawai Perubatan
tidaklah setanding dengan sektor swasta. Faktor gaji bukanlah
satu-satunya sebab utama para doktor meninggalkan Perkhidmatan
Awam. Ada faktor-faktor lain seperti tidak lutus peperikaan am
ataupun peperiksaan Kerajaan, enggan bertukar dan masalah keluarga.
Walau bagaimanapun, Kerajaan telahpun bersetuju mengadakan
syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik untuk menarik mereka
berkhidmat lebih lama dengan Kerajaan. Ini termasuklah mencadangkan
kenaikan elaun pakar dan elaun-elaun lain, menambah peruntukan
biasiswa untuk bilangan jawatan-jawatan dan kenaikan pangkat dan
memberi peluang kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi dengan lebih
cepat.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Puan Hajjah Rosnah
binti Haji Mohd. Salleh menyentuh tentang cara beberapa jenis ubat
yang telahpun dibuat begitu cantik dan akan membahayakan keselamatan
kanak-kanak kerana mereka akan tertarik kepada ubat-ubat yang corak
dan warnanya amat menarik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengilang-pengilang
ubat-ubatan, terutamanya ubat-ubatan dalam bentuk tablet dan kapsul,
biasanya memilih rupa-bentuk, tanda dan warna sebagai pengenalan cap
dagangan mereka. Warna, rupa-bentuk dan tanda pada ubat-ubatan juga
DN 26.12.89 -86-
membolehkan pengenalan cepat ubat-ubat yang berkenaan oleh para
doktor dan ahli farmasi pada masa kecemasan seperti keracunan dan
tindakan buruk ubat-ubatan tertentu. Oleh yang demikian, adalah
wajar dan tidak dapat dielakkan yang ubat-ubatan dipersembahkan
dalam rupa-bentuk dan warna yang berlainan.
Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian
Kesihatan hanya membenarkan satu warna untuk satu produk sahaja
daripada satu pengilang dan produk-produk yang mempunyai
bentuk-bentuk binatang untuk menarik minat kanak-kanak adalah tidak
dibenarkan.
Perkara yang teramat penting dalam hal ini ialah ubat-ubatan
samada racun berjadual yang memerlukan prescription atau preskripsi
doktor ataupun yang boleh dibeli tanpa preskripsi wajib disimpan
dengan baik dan tidak dibiarkan begitu sahaja di dalam rumah.
Ibu bapa dan orang dewasa mempunyai tanggungjawab untuk
mempastikan ubat-ubatan itu tidak dibiarkan di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak. Ini juga merupakan satu aspek pelajaran
kesihatan yang penting yang selalu ditekankan oleh Kementerian
Kesihatan, iaitu orang ramai hendaklah menyimpan ubat-ubatan secara
betul dan jauhkan daripada kanak-kanak.
Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang
membangkitkan keadaan penduduk di Tampin yang kian bertambah tetapi
Hospital Daerahnya masih tidak berubah. Beliau mengharapkan satu
kajian dapat dibuat untuk menaikkan taraf Hospital Daerah tersebut
dari segi kemudahan-kemudahan yang lebih moden.
DN 26.12.89 - 87 -
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima, 6
buah projek telahpun diluluskan bagi Hospital Daerah Tampin seperti
berikut:
(i) Mengubahsuai Bilik X-Ray.
(ii) Sambungan Bilik Bersalin.
(iii) Bangunan dan Autoclave Baru;
(iv) Mengubahsuaikan Jabatan Pesakit Luar.
(v) Membina kantin Baru; dan
(vi) Membina Farmasi Baru.
Setakat ini dua buah projek iaitu Ubahsuaian Bilik X-Ray dan
pembinaan Kantin Baru telahpun siap. Sementara itu Hospital Daerah
Tampin juga telahpun dibekalkan dengan janakuasa tunggu sedia yang
baru.
Langkah wajar akan diambil bagi pelaksanaan bagi projek-projek
tersebut dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam. Dalam pada itu
pihak berkuasa hospital akan juga diminta mengemukakan projek-projek
baru untuk menaikkan taraf hospital dari segi kemudahannya.
Sehubungan dengan itu, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chong
Keng mencadangkan supaya Hospital-hospital Daerah dinaikkan taraf
dari segi kemudahan dan menambahkan jumlah kakitangan bagi menampung
keperluan pesakit yang semakin meningkat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sentiasa
meneliti beban kerja di Hospital-hospital Daerah.
Kemudahan-kemudahan dan jumlah kakitangan ditambah mengikut
keperluan beban kerja di hospital-hospital berkenaan. Pada masa
ini, kebanyakan Hospital-hospital Daerah mempunyai kakitangan yang
cukup untuk menampung keperluan beban kerja di Jabatan Pesakit Luar
DN 26.12.89 -88/89-
dan Pesakit Dalam. Mengikut angka-angka yang ada kebanyakan Hospi-
tal-hospital Daerah mempunyai purata kadar pengisian katil dikadar
50%-60% sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Ahli Yang Berhormat menca-
dangkan supaya kawasan yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan
Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya didirikan sebuah lagi hospital
untuk menampung keperluan penduduk di sekitarnya.
Kementerian Kesihatan memang bercadang untuk membina sebuah
hospital baru di Seberang Jaya, Seberang Prai tetapi pembinaan hos-
pital ini akan dimulakan apabila pembinaan hospital-hospital lama
yang lebih penting terutama di kawasan-kawasan pendalanan siap dibi-
na dahulu. Dalam Rancangan Malaysia Keenam Kementerian Kesihatan
akan memberi pertimbagan kepada projek tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan saya yang dapat;
saya berikan ke atas teguran-teguran yang dibangkitkan oleh Ahli-
ahli Yang Berhormat. Teguran-teguran lain yang, telahpun dibangkit-
kan oleh Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya jawab di sini,
saya akan menentukan bahawa tindakan-tindakan sewajarnya akan diam-
bil oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan Kementerian
Belia dan bukan.
5.09 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan Haji
Awang bin Jabar]: Tuan Yang di-Pertua, saya dengan segala rendah
dirinya megnucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat
yang telah memberi pengiktirafan di atas kejayaan Kementerian Belia
dan Sukan mengelolakan Sukan SEA yang ke XV baru-baru ini.
Menyentuh tentang saranan Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin
Othman mengenai latihan kepada peserta-peserta sukan agar mereka le-
bih mempunyai semangat kesukanan, suka saya menjelaskan bahawa Per-
satuan-persatuan Sukan Kebangsaan adalah bertanggungjawab ke atas
pasukan-pasukan sukan masing-masing.
DN.26.12.89 - 90 -
Persatuan-persatuan Sukan mempunyai kuasa memilih pemain-pemain,
mengaturkan latihan dan pendedahan serta menyertai sesuatu per-
tandingan. Terpulanglah kepada Persatuan-persatuan Sukan untuk
mengadakan latihan khas khusus untuk menanam sikap ketatanegaraan,
disiplin dan semangat kesukanan kepada para pemain mereka.
Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa meng-
ikuti perkembangan ini dan bagi Sukan SEA XV baru-baru ini, Kem
Latihan Nasional telah diadakan selama sebulan khusus untuk mewujud-
kan semangat pasukan dan setiakawan kepada ahli-ahli sukan negara di
samping membina kekuatan mental individu sebagai anggota pasukan
yang akan bertanding untuk mengharumkan nama negara. Kem Latihan
Nasional ini akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan
bagi kejohanan-kejohanan besar seperti Sukan SEA atau Sukan Asia.
Mengenai pemerhatian Yang Berhormat bahawa mutu permainan bola-
sepak, hoki dan badminton negara kian menurun, suka saya jelaskan
bahawa kenyataan ini tidak benar. Dalam Sukan SEA XV kita telah
berjaya menggondol pingat emas bagi permainan-permainan tersebut dan
ini membuktikan pasukan negara. masih lagi menjadi jaguh Asia
Tenggara. Namun begitu, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa ber-
usaha memajukan lagi mutu sukan dan untuk makluman Yang Berhormat,
Kementerian melalui Majlis Sukan Negara sedang melaksanakan Program
Latihan Dua Tahun Ke Arah Persediaan Sukan SEA 1991 (sekali gus bagi
Sukan Asia tahun hadapan) yang meliputi ketiga-tiga jenis sukan di
atas dengan peruntukan seperti berikut:-
DN.26.12.89 - 91 -
Bolasepak. - $ 187,488.00
Hoki - $ 442,025.00
Badminton - $ 234,410.00
Di samping peruntukan bagi pembangunan sukan-sukan berkenaan,
pemain-pemain negara yang menunjukkan kecemerlangan di peringkat
antarabangsa memang layak mendapat ganjaran melalui skim yang sedia
ada.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan G. Rajoo telah
menyentuh tentang ganjaran sewajarnya termasuk peluang meneruskan
pelajaran yang patut diberi kepada atlit-atlit yang mengharumkan
nama Malaysia. Sebenarnya, Kementerian Belia dan Sukan memang
sentiasa memberi peluang kepada para atlit negara untuk meneruskan
pelajaran dan meningkatkan karier sukan sama ada di dalam atau di
luar negeri dengan bantuan penuh Kerajaan. Salah satu usaha yang
dijalankan ialah mengenalpasti atlit-atlit yang berkemampuan untuk
memenangi pingat di Sukan Asia di Beij ing yang akan datang. Atlit-
atlit ini telah diletakkan di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih
asing di samping mereka meneruskan pelajaran masing-masing.
Beberapa atlit yang telah dipilih untuk menjalani latihan di luar
negeri ialah Nurul Huda Abdullah di Brisbane, Austral ia; Jef f rey Ong
di England; Faiznur Miskin di Kanada; Kumaresan di Jerman Barat;
Mohd. Zaki Sadri di Amerika Syarikat; Sidek Sahak di Amerika
Syarikat dan juga Josephine Mary di Perth, Australia.
Kementerian Belia dan Sukan telah mewujudkan Skim Biasiswa
Sukan Persekutuan kepada atlit-atlit yang menunjukkan kecemerlangan
dalam bidang sukan dan akademik untuk melanjutkan pelajaran ke luar
DN.26.12.89 - 92 -
negeri. Kementerian Pendidikan melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia telah bersetuju untuk memberi keutamaan kepada atlit-atlit
yang mewakili negara untuk memasuki institut pengajian tinggi
tempatan bagi menghargai sumbangan mereka kepada negara.
Yang Berhormat Tuan G. Rajoo juga telah menyentuh tentang
Pertandingan Bolasepak Semi-Pro. Semi-Pro dalam bidang bolasepak di
tanahair kita baru sahaja dimulakan dalam tahun ini. Oleh kerana
ini adalah kali pertama kita mengendalikan Bolasepak Semi-Pro, maka
sudah tentulah ada banyak perkara-perkara yang masih belum dapat
diperkemaskan. Walau bagaimanapun, sudah nampak bahawa minat
penyokong-penyokong Bolasepak Semi-Pro ini telah meningkat lebih-
lebih lagi kepada pasukan-pasukan yang telah menunjukkan pencapaian
yang tinggi dan menghasilkan kemenangan.
Tidak dapat dinafikan bahawa masih ada lagi kelemahan-
kelemahan. Kementerian Belia dan Sukan melalui Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan-
kelemahan yang wujud dan berharap dalam musim-musim yang akan
datang kelemahan-kelemahan yang ada itu dapat dikurangkan seberapa
yang boleh.
Kementerian Belia dan Sukan akan memainkan peranan untuk
menyelesaikan masalah penarikan diri Persatuan Bolasepak Sarawak
sebagai Ahli Gabungan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia. Sudah
nampak keadaan makin reda dan saya menaruh keyakinan penuh bahawa
Persatuan Bolasepak Sarawak akan menarik balik keputusan penarikan
diri itu tidak berapa lama lagi, insya Allah.
Yang Berhormat Senator Ainon Ar i f f in ingin tahu sama ada kajian
susulan dibuat ke atas projek, latihan dan pinjaman yang diberikan
DN.26.12.89 - 93 -
kepada belia.
Untuk makluman Yang Berhormat, Rancangan Belia Berniaga yang
diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sejak tahun 1974
merupakan satu program pakej yang meliputi aspek kemudahan latihan
kemahiran dan keusahawanan, kemudahan pinjaman modal dan khidmat
bimbingan serta susulan. Kementerian Belia dan Sukan memang
sentiasa membuat khidmat susulan kepada projek-projek yang telah
mendapat kemudahan pinjaman termasuk membuat susulan kepada belia-
belia yang pernah diberi latihan kemahiran. Belia-belia yang telah
mendapat kemudahan latihan dan pinjaman dijemput dari masa ke semasa
untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan. Sejak program Rancangan
Belia Berniaga dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan,
sebanyak 2,545 projek dan 2,680 orang usahawan muda telah dapat
diwujudkan. Lebih dari 75% projek-projek tersebut masih beroperasi
sehingga sekarang dan ramai di antara mereka telah dapat diketengah-
kan sebagai usahawan muda yang berjaya.
Mengenai kajian susulan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat
dari Wilayah Persekutuan dan Yang Berhormat Hajjah Rosnah binti Haji
Mohd. Salleh, Kementerian Belia dan Sukan dari masa ke semasa
menjalankan kajian mendalam atas projek-projek di bawah Program
Belia Berniaga yang menemui kegagalan. Di samping itu kajian juga
dijalankan mengenai kekesanan dan pencapaian program. Antara faktor
utama kegagalan sesuatu projek perniagaan di bawah program ini yang
telah dikenalpasti ialah masalah pemasaran dan pengurusan projek
yang lemah. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, Kementerian
telah menjalankan usaha yang lebih berkesan di dalam meningkatkan
kemahiran belia-belia yang diberi kemudahan pinjaman untuk menceburi
bidang pengurusan perniagaan. Susulan-susulan seperti memberikan
DN.26.12.89 - 94 -
khidmat nasihat dan bimbingan sentiasa dipertingkatkan bagi
menambahkan komitmen dan keyakinan di kalangan belia-belia
berkenaan.
Teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Haj jah Rosnah binti
Haji Mohd, Sal leh yang menyentuh Kementerian Belia dan Sukan
menitikberatkan hal Sukan lebih daripada Belia adalah kurang tepat.
Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi keutamaan yang sama
kepada program-program Belia dan Sukan selaras dengan hasrat Kerajaan
untuk melahirkan golongan belia yang berdisiplin, bersatupadu,
berkemahiran dan dapat pula memberi sumbangan yang progresif
terhadap pembangunan negara.
Program-program yang telah dan sedang dijalankan memberi
penekanan kepada aspek Pembangunan Kemanusiaan, Pembangunan
Kemahiran dan Pembangunan Ekonomi Belia. Usaha-usaha yang positif
dan bersungguh-sungguh sentiasa dipertingkatkan untuk melahirkan
lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin belia yang dedikasi, komited,
unggul dan mempunyai taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada
Raja, Pemimpin dan Negara. Sesungguhnya usaha-usaha ini adalah satu
pelaburan jangka panjang yang tidak dapat dilihat dalam masa yang
singkat dan ianya merupakan satu asset kepada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan juga terus
memberi perhatian kepada menyediakan peluang-peluang latihan
kemahiran dengan membina beberapa Pusat Latihan yang baru seperti
Pusat Latihan Kemahiran Tinggi Sepang, Pusat Latihan Kemahiran
Jitra, Kedah serta Pusat Latihan Belia Wakaf Tapai di Terengganu di
samping mempertingkatkan kemudahan-kemudahan di Pusat-pusat Latihan
Belia yang sedia ada sekarang ini.
Di dalam bidang Pembangunan Ekonomi Belia, Kementerian Belia
dan Sukan menyediakan program latihan Pembangunan Usahawan Belia
serta menyediakan kemudahan pinjaman kewangan di bawah Kumpulanwang
Amanah Pembangunan Ekonomi Belia. Sejak KumpulanWang Amanah
tersebut dilancarkan pada penghujung tahun 1987, sebanyak 210 projek
perniagaan telah dapat dilahirkan dan berjaya mewujudkan 500 peluang
pekerjaan untuk belia-belia tempatan dalam berbagai jurusan.
DN.26,12.89 -95-
Saya juga ingin menyorot kembali kepada program-program yang
melibatkan Kementerian dan golongan belia amnya, iaitu Gerakan
Budaya Kerja Cemerlang yang bertujuan untuk membawa satu semangat
dan identiti para pekerja dalam memperingkatkan kualiti perkhidmatan
yang lebih cemerlang. Gerakan ini melibatkan pengurusan atasan,
para pekerja serta sektor awam, swasta dan pertubuhan-pertubuhan
terutamanya golongan belia pada keseluruhannya.
Pada 5hb Disember, 1989 yang baru lalu, Kementerian Belia dan
Sukan telah menganjurkan Anugerah Tertinggi Belia Negara dan
Anugerah Tahunan Usahawan Muda 1988. Anugerah Tertinggi Belia
Negara merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada pemimpin-
peraimpin belia yang telah menunjukkan bakat, dedikasi serta kesung-
guhan dalam memberi khidmat sukarela yang berterusan terhadap pel-
bagai aspek pambangunan sosio ekonomi belia keseluruhannya.
Anugerah Tahunan Usahawan Muda pula merupakan satu anugerah penca-
paian cemerlang kepada golongan belia yang telah menunjukkan daya
usaha, bakat, keupayaan, ketekunan dan kesungguhan dalam menjalankan
projek perniagaan dengan berjaya.
Menyentuh mengenai jemputan dari sebuah Pertubuhan Belia yang
menjemput pegawai Kementerian untuk membentangkan kertas kerja di
Seminar anjuran Pertubuhan berkenaan, sukalah saya menjelaskan surat
jemputan yang dihantar, diterima lewat yang menyebabkan putus
hubungan. Lazimnya mana-mana pertubuhan ataupun agensi yang meminta
kerjasama Kementerian ini menghubungi lebih awal dengan membuat
susulan untuk mendapatkan pengesahan siapa yang akan hadir di
samping mendapatkan kertas kerja yang bakal dibentangkan di Majlis
yang tersebut.
DN.26.12.89 - 96 -
Berhubung dengan rekod dan statistik pelatih-pelatih Pusat
Latihan Bel ia yang telah tamat latihan, Kementerian Belia dan Sukan
sentiasa membuat susulan dan mengemaskinikan rekod-rekodnya di-
samping mengadakan bengkel-bengkel untuk bekas pelatih yang telah
tamat dari pusat-pusat latihan, Kementerian Belia dan Sukan.
Mengikut satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Belia
dan Sukan, 70% dari belia-belia yang mendapat latihan kemahiran
memilih untuk bekerja, manakala 20% daripadanya berdikari untuk
membuat kerja sendiri dan 10% lagi menolong ibu bapa mereka setelah
tamat latihan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan teguran
mengenai Kementerian Belia dan Sukan. Saya yakin teguran-teguran
ini akan dapat membantu Kementerian ini mempertingkatkan lagi
peranan kami pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang yang mempersilakan Menteri
Perusahaan Utama.
5.22 ptg.
Menteri Perusahaan Utama [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]:
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu sukalah saya mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah menyentuh dan memberi pandangan terhadap
perkara-perkara yang terletak di bawah bidang tugas dan
tanggungjawab Kementerian Perusahaan Utama sepanjang perbahasan atas
Dasar-dasar Am di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjelaskan perkara yang dibangkit-
kan, terdapat beberapa agensi yang khusus telah diwujudkan untuk
mengurus, mengawal dan memajukan sektor perhutanan dan kayu kayan
Malaysia iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan
DN.26.12.89 - 97 -
Perhutanan Sabah dan Sarawak, Lambaga Perindustrian Kayu Malaysia
( M T I B ) , Perbadanan Perindustrian Kayu Sarawak (STIDC) dan Institiut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Secara ringkas, Jabatan-
jabatan Hutan adalah bertanggungjawab mengurus penananam, penjagaan
dan pemelihara sumber hutan manakala MTIB dan STIDC berperanan untuk
memperluaskan dan menggalakkan pemasaran kayu kayan, mengawal per-
tumbuhan industri disamping khidmat nasihat bagi meninggikan lagi
mutu keluaran kayu yang dieksport. FRIM pula adalah berfungsi untuk
menjalankan penyelidikan sumber hutan dan meningkatkan mutu keluaran
kayu yang dihaailkan oleh industri tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah menyediakan pelbagai
insentif dan galakan kepada industri rotan dan kayu kayan di bawah
Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan telah menperluaskan insentif
seperti diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri kewangan dalam ucapan
belanjawan 1990 pada 27hb Oktober , 1989 di Dewan Rakyat. Usaha-
usaha meningkatkan sumber hutan telah dan terus dijalankan oleh
Jabatan-jabatan Huta dan FRIM melalui penanaman semula hutan yang
ditebang, rawatan silvikultur bagi memperkayakan sumber hutan ,
projek ladang hutang kompensatori dengan memperkenalkan spesis cepat
membesar disamping penanaman rotan secara komersial di kebuh getah
dan di huta asli. MTIB dan PRIM telah dan akan terus menjalankan
usaha-usaha meningkatkan mutu keluaran barangan kayu, diantaranya
melalui program latihan, penggubalan garis panduan mutu kayu yang
dieksport (Malaysian Grading Rules) penubuhan pusat ujian perabut
dan program bantuan teknik dari negara-negara maju .
Tuan Yang di-pertua, Kerajaan amat berhati-hati menggubal se-
suatu dasar berhubung sektor perhutanan dan kayu kayan, khususnya
kesan yang mungkin dialami oleh pencari-pencari rotan yang terdiri
DN.26.12.89 -98-
dari Orang Asli dan orang-orang desa dan pengusaha-pengusaha rotan.
Pandangan-pandangan dari pihak yang terlibat dan kajian-kajian di-
jalankan sebelum sesuatu dasar diputus dan dilaksanakan.
Tuan Yang di-pertua, penjelasan-penjelasan yang telah saya
berikan diharap telah menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan
oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbaha-
san atas Dasar-dasar Am Belanjawan yang lalu. Terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan Menteri Luar
Negeri .
5.27 ptg.
Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar]:
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semula Ahli-ahli Yang Berhormat
yang telah menyentuh hal-hal mengenai Kementerian Luar Negeri semasa
membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 1990, khususnya dan semasa
sessi Dewan Negara yang bersidang amnya. Saya merasa puas hati dan
gembira dengan minat yang telah ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat mengenai Kementerian Luar Negeri dan bidang diplomasi.
Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menggulung ke atas Rang
Undang-undang Perbekalan 1990 dari Kamenterian Luar Negeri, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ,
terutamanya Tuan Azman Atar bin Othman, Tuan Tiong Hiew King, Puan
Ainon binti Ariffin dan Tuan G. Rajoo yang telah menerima dengan
baik dan menyokong penuh dasar-dasar Kerajaan untuk memainkan
peranan yang aktif dalam bidang antarabangsa bagi menjamin dan
meninggikan imej negara di luar negeri dan juga menjaga kepentingan
negara supaya tidak terjejas. Dalam hubungan ini, ingin saya
DN.26.12.89 - 99 -
menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat dan cita-cita Kerajaan
supaya negara terus berkecimpung dan mempertingkatkan lagi
penglibatan dan sumbangan negara di arena antarabangsa di dalan
bidang keselamatan, politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan
lain-lainnya. Ianya juga bertujuan untuk menarik minat pelaburan,
pelancongan daa mempertingkatkan dagangan Malaysia dengan negara
luar.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-
ahli Yang Berhormat sendiri, Malaysia setakat ini telah menempuh
beberapa kejayaan yang begitu cemerlang dan memberangsangkan ter-
utama di dalam bidang diplomasi. Kejayaan negara menganjurkan CHOGM
di Kuala Lumpur dengan jayanya merupakan kejayaan yang terbesar yang
dicapai oleh negara kita dan ianya disifatkan oleh semua Ketua-ketua
Kerajaan dah Ketua-ketua Delegasi serta delegasi masing-masing dan
sebaran am luar negeri sebagai yang terbaik pernah diadakan.
Pemilihan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi
CHOGM sehingga CHOGM akan datang adalah satu penghargaan yang tinggi
kepada Yang Amat Berhormat Perdana menteri sendiri dan juga kepada
negara dan ianya merupakan sebagai satu perkara yang, dengan izin,
unprecedented.
Dalam hubungan ini, ingin saya maklumkan juga bahawa
Kementerian Luar Negeri telah mewujudkan satu unit khas bagi
melaksanakan segala keputusan yang diambil di dalam CHOGM di Kuala
Lumpur. Seterusnya saya ingin menegaskan bahawa Malaysia akan terus
menawarkan diri sebagai tuan rumah dalam persidangan-persidangan dan
mesyuarat-mesyuarat antarabangsa di masa-masa akan datang sekiranya
persidangan-persidangan dan mesyuarat-mesyuarat itu memberi menafaat
secara langsung kepada negara kita dan bagi melaksana dan meneruskan
dasar luar negeri kita dalam isa-isu tertentu.
DN.26.12.89 - 100 -
Antara kejayaan-kejayaan besar yang lain ialah pemilihan
Malaysia untuk menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi peluang kepada negara untuk
menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu untuk mewujudkan kedamaian. dunia.
Di samping itu Malaysia juga telah dipilih sebagai Ahli bagi
menganggotai Kumpulan 15 ataupun, dengan izin, Group of 15, di
Persidangan Negara-negara Berkecuali di Belgrade pada tahun ini.
Pemilihan ini adalah merupakan satu pengiktirafan kepada peranan
penting yang dimainkan oleh Malaysia bagi mewujudkan kerjasama yang
berkesan dalam bidang pembangunan dan lain-lain di antara negara-
negara membangun. Negara kita juga telah berjaya dipilih sebagai
Pengerusi Kumpulan 77 dan seterusnya menganjurkan Mesyuarat G77 di
Kuala Lumpur.
Pemilihan saya sebagai Pengerusi Persidangan Antarabangsa
Orang-orang Pelarian Vietnam dan Menteri Pendidikan sebagai
Pengerusi Persidangan UNESCO adalah merupakan kejayaan-kejayaan yang
penting juga. Dalam pada itu juga negara pada keseluruhannya telah
dapat meningkatkan hubungan kerjasama yang erat di dalam berbagai
bidang seperti ekonomi, politik, keselamatan, sosial dan lain-lain-
nya dengan negara-negara lain. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh
negara ini adalah penting kerana ianya secara langsung telah
menunjukkan keupayaan kita untuk bersaing di bidang antarabangsa
untuk melaksanakan objekt if-objekt if dan dasar-dasar negara. Di
DN. 26. 12.89 - 101 -
dalam hubungan ini Kementerian Luar Negeri akan terus berusaha untuk
menyumbang tenaga dan bakti bagi mencapai tujuan-tujuan ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai peristiwa cubaan rampasan kuasa
di Filipina baru-baru ini yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat termasuk Tan Sri Tuan Yang di-Pertua sendiri yang melawat
ke sana pada ketika itu, ingin saya maklumkan di sini bahawa adalah
menjadi tanggungjawab Kedutaan kita dan pegawai-pegawainya untuk
memberi pertolongan serta perlindungan kepada rakyat Malaysia yang
berada di sana. Saya merasa bersyukur dan berbangga Duta Besar dan
pegawai-pegawainya telah dapat memberikan pertolongan dan per-
lindungan yang memuaskan kepada Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli
Yang Berhormat sekalian dan saya akan menyampaikan ucapan terima
kasih Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Duta Besar dan
pegawai-pegawainya .
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua
sendiri telah mengutus surat kepada Duta Besar kita di Manila yang
mana beliau telah melafazkan syabas serta setinggi-tinggi perhargaan
dan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya serta
pegawai-pegawai Kedutaan di sana.
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menghargai dan berbangga
dengan utusan yang sedemikian dan mengucapkan terima kasih kembali .
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan jumlah Kedutaan Malaysia
yang mempunyai bangunan sendiri dan yang disewa, ingin saya maklum
kan bahawa daripada jumlah 62 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar
negeri, sebanyak 20 buah tempat mempunyai Pejabat Perwakilan yang
dimiliki oleh Kerajaan. Manakala , 4 tempat lagi adalah di dalam
DH. 26.12.89 - 102 -
perancangan untuk pembinaan bangunan sendiri iaitu di Kuwait ,
Jakarta, Medan dan Brunei Darul Salam. Dan satu tempat lagi iaitu
Perwakilan di Tokyo yang sedang dalam proses pembinaan semula. Kos
bagi semua projek dalam perancangan dan proses pembinaan ini adalah
sebanyak S290 juta dan semuanya dijangka siap dalam Rancangan
Malaysia Keenam. Selain daripada pejabat-pejabat Perwakilan,
Kerajaan juga mempunyai 26 buah bangunan kediaman rasmi Ketua Per-
wakilan. Sebanyak 4 buah bangunan di kediaman rasmi adalah dalam
proses pembinaan. Di samping itu juga Kerajaan mempunyai 63 buah
unit kediaman kakitangan. Sebanyak 53 unit lagi dalam proses pem-
binaan iaitu 24 di Jakarta dan 29 unit lagi di Tokyo.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat Tuan C. Krishnan atas kemudahan untuk mengadakan
kelas Bahasa Malaysia di pejabat-pejabat perwakilan, ingin saya
maklumkan bahawa kemudahan-kemudahan ini memang ada walaupun secara
dengan izin, informal mengikut keadaan, selalunya isteri-isteri
pegawai-pegawai yang mempunyai kelulusan dan pengalaman memberi
khidmat percuma kepada anak-anak pegawai-pegawai kita. Memang
Kementerian ini berhasrat untuk mengadakan kemudahan-kemudahan ini
jika peruntukan mengizinkan. Mengenai bahasa-bahasa lain,
Kementerian akan mengambil perhatian dan melaksanakannya jika
keadaan memerlukannya.
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan dan penjelasan
yang dapat saya berikan terhadap pandangan dan teguran yang telah
ditujukan kepada Kementerian Luar Negeri dan saya mengucapkan terima
kasih sekali lagi.
DN.26. 12.89 -103-
Tuan Yang di-Pertua saya juga mohon izin untuk menjawab bagi
pihak Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Dato' Tan Peng Khoon: Silakan.
Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ter-
lebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil
bahagian dalam perbahasan Belanjawan 1990 khasnya kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang ber-
kaitan dengan Kementerian Pertahanan.
Ekoran kejadian nahas pesawat Nuri yang berlaku pada 18hb
Disember yang lalu, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah
membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kemalangan
tersebut. Yang Berhormat Tuan Azman Atar, Yang Berhormat Puan
Hajjah Salbiah Mohd. Akim dan Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah
Jusoh masing-masing ingin tahu tentang punca kemalangan, keutuhan
pesawat tersebut dan sana ada Kerajaan akan mengganti
pesawat-pesawat tersebut dengan yang baru.
Tuan Yang di-Pertua, punca sebenar kemalangan helikopter Nuri
yang berlaku di Sempadan Perak/Kelantan dan di Lundau, Sarawak masih
belum dapat diketahui lagi, kerana punca nahas yang berlaku di
Sempadan Perak/Kelantan masih sedang diselidiki oleh Lembaga
Penyiasatan yang telah ditubuhkan oleh pihak TUDM. Lembaga
Penyiasatan masih menunggu laporan analisa dari Airpd Sdn. Bhd. dan
Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan. Manakala kemalangan yang ber-
laku pada 18hb Disember yang lalu, Kementerian Pertahanan sudahpun
menubuhkan satu Lembaga Penyiasat yang diketuai oleh Kol . TUDM serta
DN. 26.12.89 - 104 -
beberapa orang pembantunya untuk menjalankan penyiasatan. Oleh itu
adalah terlalu awal untuk mengetahui punca-punca kemalangan ter-
sebut.
Mengenai keutuhan dan kekuatan helikopter Nuri, Kerajaan telah
membuat kajian dengan teliti semasa membelinya dahulu. Hasil kajian
tersebut didapati bahawa helikopter tersebut adalah jenis yang
terbaik di dunia yang digunakan oleh banyak negara di dunia.
Mengenai kedudukan pesawat-pesawat TUDM yang ada sekarang sama
ada ianya boleh digunakan atau tidak, di sini suka saya menyatakan
bahawa semua pesawat TUDM yang sedang dalam perkhidmatannya adalah
dalam keadaan baik dan selamat , kerana setiap pesawat sentiasa men-
jalani senggaraan dari masa ke semasa untuk menentukan supaya
pesawat-pesawat tersebut sentiasa berada ditahap yang selamat.
Namun demikian ekoran dari nahas helikopter Nuri pada 18hb Disember
yang lalu, semua perkhidmatan Nuri telah diberhentikan buat
sementara waktu untuk dijalankan penyiasatan serta pemeriksaan rapi
terhadap keselamatan helikopter-helikopter tersebut.
Mengenai sama ada Kementerian Pertahanan akan membeli
helikopter-helikopter baru untuk menggantikan helikopter Nuri, buat
masa ini masih belum ada rancangan untuk berbuat demikian. Walaupun
rancangan untuk menggantikan helikopter yang sedia ada ini kepada
yang baru untuk meningkatkan lagi operasi dimasa hadapan adalah ber-
gantung kepada kedudukan kewangan negara.
DN.26.12.89 - 105 -
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman
telah menyarankan supaya pasukan tentera sentiasa berwaspada walau-
pun ancaman pengganas komunis telah berakhir dan hendaklah terus
membesarkan pasukan tentera untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kementerian Pertahanan mengucapkan terima kasih atas saranan Ahli
Yang Berhormat itu. Angkatan Tentera Malaysia tidak bercadang untuk
mengurangkan keanggotaannya kerana paras kekuatan sekarang adalah
berpandukan kepada keperluan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia
mempertahankan kepentingan-kepentingan negara. Tumpuan Angkatan
Tentera Malaysia dari sekarang ialah melatih untuk mencapai
keupayaan dalam peperangan conventional selaras dengan usaha
pemodenan persenjataannya, di samping mempertingkatkan keupayaan
untuk menghadapi ancaman luar. Kementerian Pertahanan sedang
mengkaji penyusunan semula struktur Angkatan Tentera ke arah
membentuk pasukan pertahanan yang lebih mantap berorientasikan
teknologi tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai perumahan Angkatan Tentera, Yang
Berhormat Tuan Azman Atar telah mengesyorkan agar rumah-rumah
kediaman Angkatan Tentera dibina lebih banyak lagi dan mencadangkan
agar Regimen Askar Jurutera turut melibatkan diri dalam, pembinaan
rumah-rumah tersebut. Sebagaimana yang selalu dijelaskan di Dewan
yang mulia ini rancangan perumahan Angkatan Tentera. memang diberi
keutamaan oleh Kerajaan. Ini jelas terbukti dengan, tertubuhnya
sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Perumahan Angkatan Tentera
Malaysia dalam tahun 1988 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Tujuan Jawatankuasa Ini adalah untuk
DN.26.12.89 - 106 -
menentukan semua agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan program
perumahan Angkatan Tentera Malaysia seperti Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan memberi perhatian yang khas kepada program ini
untuk menentukan pelaksanaannya dapat berjalan dengan licin dan
tepat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini,
pada awal Rancangan Malaysia Kelima jumlah rumah keluarga yang masih
diperlukan untuk Angkatan Tentera Malaysia bagi semua peringkat
berjumlah 37,579 unit yang mana 26,618 unit daripadanya iaitu 70.8%
ialah keperluan untuk anggota-anggota lain pangkat. Daripada jumlah
7,634 unit rumah keluarga yang dapat dilancarkan daripada peruntukan
dalam Rancangan Malaysia Kelima sebanyak 6,732 unit ataupun 8.8%-
daripadanya adalah untuk anggota-anggota yang berpangkat Koperal ke
bawah. Sehingga kini sebanyak 7,634 unit yang dilancarkan itu
sebanyak 1,207 unit telahpun siap dan dijangka sebanyak 2,955 unit
lagi akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun 1990. Baki sebanyak
3,472 unit yang telah dilancarkan dalam tahun 1988 dan 1989 dijangka
akan dapat disiapkan dalam tahun 1991. Di samping Kerajaan membina
dan membeli rumah dari pemaju-pemaju swasta, Kementerian Pertahanan
juga akan membina rumah melalui pasukan Regimen Askar Jurutera.
Regimen ini telah menyiapkan 20 unit rumah kediaman di Kota Belud.
Ahli Yang Berhormat berkenaan juga telah mencadangkan supaya
Kerajaan memberi elaun dan saguhati kepada tentera-tentera yang
dianugerahkan Bintang-bintang Gelaran seperti PGB dan SPGP. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sukacita
saya menyatakan di sini bahawa pihak Jemaah Menteri pada dasarnya
telah bersetuju untuk membayar elaun kenangan kepada penerima-
penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SPGP) dan buat masa ini
DN.26.12.89 - 107 -
perkara ini dalam peringkat penyemakan pihak peguam Negara sebelum
ianya dapat dibentangkan di Parlimen. Manakala elaun untuk PGB
pula, perkara ini juga sedang dalam kajian Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan-jawapan yang saya
beri bagi pihak Kementerian Pertahanan kepada perkara-perkara yang
telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang per-
bahasan Belanjawan yang diadakan sekarang ini. Kepada mana-mana
perkara yang mungkin tidak dapat dijawab pada hari ini, Kementerian
Pertahanan tetap akan mengambil perhatian yang sewajarnya demi untuk
kebaikan Kementerian dan negara amnya. Sekian, terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Terima kasih. Sekarang saya jemput
Kementerian Kerjaraya.
5.45 ptg
Timbalan Menteri Kerjaraya [Tuan Luhat Wan]: Tuan Yang
di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan -
setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang
telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan 1990 yang menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan
Kementerian Kerjaraya, Walau bagaimanapun, saya terlebih dahulu
ingin memohon maaf kerana tidak mungkin menjawab satu persatu setiap
perkara yang dibangkitkan oleh para Ahli Yang Berhormat yang
menyentuh berbagai perkara dalam Kementerian Kerjaraya.
Dari ucapan-ucapan Yang Berhormat di sepanjang perbahasan,
kesimpulan bolehlah dibuat bahawa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat
telah menegaskan betapa pentingnya pembangunan infrastruktur,
terutama jalanraya dan menyarankan supaya Kerajaan membina
jalanraya-jalanraya baru ataupun menaikkan taraf jalanraya yang
sedia ada sama ada di bandar ataupun di luar-luar bandar.
DN.26.12.89 - 108 -
Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi dasar Kerajaan untuk
menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan bermutu
selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan perkembangan
industri dan pelaburan baikpun domestik ataupun dari luar negara
supaya dapat meningkatkan lagi pembangunan ekonomi serta meninggikan
taraf hidup rakyat keseluruhannya.
Dari saranan-saranan yang dibuat, nampaknya semua projek yang
telah dicadangkan oleh para Ahli-ahli Yang Berhormat adalah penting
dan perlu dilaksanakan segera. Walau bagaimanapun, Kerajaan
terpaksa juga menguruskan pelaksanaan mengikut keutamaan dan
keupayaan kewangan negara. Sehubungan dengan ini, suka saya
menyatakan bahawa Kerajaan pada masa ini telah memastikan untuk
melaksanakan beberapa projek utama jalan di samping meningkatkan
taraf dan menyelenggara jalan-jalan yang sedia ada supaya dalam
keadaan baik.
Di Semenanjung, di antara projek-projek besar yang sedang dan
akan dilaksanakan ialah:
(i) Lebuhraya Timur Barat (Bahagian Barat) dari Titi
Karangan ke Butterworth;
(ii) membina Jambatan Kota di Kelang;
(iii) jalanraya ke Pelabuhan Baru Pulau Lumut,
Pelabuhan Kelang;
(iv) jalanraya yang menghubungi Perak melalui Cameron
Highlands ke Gua Musang, Kelantan dan Kuala
Berang, Terengganu.
Mengenai masalah cadangan mengenakan tol sebanyak $1.00 bagi
kenderaan ringan dan $2.00 bagi kenderaan berat apabila tiga
persimpangan bertingkat di sekitar Kuala Lumpur siap, iaitu:
DN.26.12.89 - 109 -
(i) di Jalan Cheras;
(ii) di Jalanraya Timur-Barat antara Sungai Besi dan
jalan masuk ke Bandar Tun Razak; dan
(iii) di Jalan Pahang,
sukalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengkaji serta menimbang-
nya dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan terhadap kadar
tol. Sebenarnya kadar tol di Jalanraya Timur-Barat antara Jalan
Sungai Besi dan jalan masuk ke Bandar Tun Razak telah ditetapkan
sebanyak 50 sen sehala untuk kenderaan ringan dan $1.00 untuk
kenderaan berat, dan $1.00 dan $2.00 untuk jalan-jalan lain. Kadar-
kadar ini adalah berpatutan dan selaras dengan perjanjian konsesi
dengan syarikat swasta yang melaksanakan projek. Di samping itu,
berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, pembinaan persimpangan bertingkat di jalan-jalan berkenaan
akan membawa faedah kepada pengguna dalam bentuk:
(i) penjimatan masa perjalanan;
(ii) penjimatan kos operasi kenderaan; dan
(iii) keselesaan memandu dan mengurangkan berlakunya
kemalangan.
DN.26.12.89 - 110 -
Mengikut kajian tersebut, penjimatan masa ialah di antara 17.2.
minit hingga 49.28 minit, bergantung kepada jauh perjalanan dan
laluan yang digunakan, sementara penjimatan kos operasi kenderaan
ialah di antara $1.19 sen dan $3.49 sen.
Sebagai bukti terhadap kesungguhan pihak Kerajaan dalam
melaksanakan projek-projek pembangunan ini, sejumlah $3,985 juta
telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kelima bagi membina
dan menyenggara jalan-jalanraya di Semenanjung. Sementara di dalam
Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, Kerajaan telah memper-
untukkan sebanyak $2,858 juta di bawah projek-projek pembangunan
infrastruktur seluruh negara termasuk pembinaan pelabuhan, lapangan
terbang, kuasa elektrik, bekalan air, lebuhraya dan jalan-jalanraya
di bandar-bandar dan di luar bandar. Ini telah membuktikan bahawa
Kerajaan sentiasa peka dengan tanggungjawab dan janjinya kepada
rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakam terima kasih
kepada Yang Berhormat Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak yang
telah membangkitkan mengenai taraf jalanraya di Sabah dan Sarawak
yang dikatakan lebih rendah berbanding dengan Semenanjung. Saya
bersetuju dengan pendapat ini. Kerajaan memang menyedari bahawa
taraf dan pencapaian pembangunan jalanraya di kedua-dua Negeri Sabah
dan Sarawak adalah ketinggalan jika dibandingkan dengan Semenanjung.
Oleh kerana hakihat ini, Kerajaan akan memberi perhatian dan tumpuan
yang lebih lagi bagi meningkatkan taraf infrastruktur terutama
jalanraya di Sabah dan Sarawak, misalnya standard classification
jalan-jalan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan diseragamkan
untuk menentukan klasifikasi semua jalan-jalan di seluruh negara
ditentukan dalam taraf yang sama. Ini adalah selaras dengan hasrat
Kerajaan mengeratkan semangat integrasi nasional rakyat di Negeri
Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.
DN.26.12.89 - 111 -
Dari segi peruntukan pun dapat dilihat peruntukan sebanyak
$459.77 juta untuk pembangunan jalanraya di Sabah dan sejumlah
$571,93 juta untuk Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kelima. Bagi
tahun 1990 Kerajaan telah mencadangkan perbelanjaan sejumlah $126.9
juta untuk Sabah dan $150 juta untuk Sarawak.
Seperti juga di Semenanjung, di Sarawak dan Sabah, tumpuan akan
diberikan kepada projek-projek jalanraya yang baru di samping
menyenggara dan meningkatkan taraf jalanraya-jalanraya yang sedia
ada. Sehubungan dengan ini, sukalah saya memaklumkan di Dewan yang
mulia ini, beberapa projek utama Kerajaan Pusat di Sabah dan Sarawak
seperti berikut:
Negeri Sabah
(i) membina Jambatan Kinabatangan
(ii) Projek Jalanraya Sandakan-Lahad Datu
(iii) menaikkan taraf Jalan Telupid-Sandakan
(iv) membinakan Jambatan Bandau dan Jambatan Rakit
(v) membinakan Jambatan Petagas
(vi) membinakan 3 km. Pertama Dual Carriageway ke
Bandar Putatan.
Negeri Sarawak
(i) projek membina Jalan Sungai Niah-Sungai Suai
(ii) Jalan Julau Batang Oyak ke Ulu Batang Mukah, Ulu
Batang Mukah-Ulu Batang Balingian
(iii) projek jalan dari Simpang Lubok Antu ke Simpang
Betong
(iv) projek jalan dari Simpang KJD ke Simpang Julau
(v) projek penurapan jalan-jalan besar utama
Sarawak.
DN.26.12.89 - 112 -
Mengenai Projek Lapangan Terbang Sibu yang baru, Kerajaan
Persekutuan bersetuju ianya penting dilaksanakan segera. Dalam hal
ini, Kementerian Kerjarya membantu Kementerian Pengangkutan bagi
memastikan projek berjalan dengan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Untuk makluman, tawaran tender projek telah dibuat pada
7 haribulan Disember, 1989 dan pembinaannya dijangka siap pada bulan
September ataupun Oktober, 1992.
Dalam perkara ini, sukalah juga saya mengingatkan bahawa tugas
untuk membangunkan infrastruktur bukan terletak di pihak Kerajaan
Persekutuan semata-mata. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan-
kerajaan Negeri juga perlulah memainkan peranan masing-masing. Oleh
hal yang demikian, saya mohon jasa baik Yang Berhormat-Yang
Berhormat, terutama Ahli-ahli dari parti Komponen Kerajaan Negeri di
Sarawak untuk mendapatkan kerjasama Kerajaan Negeri menyumbang
terhadap pembangunan infrastruktur yang telah dicadangkan itu dan
bersama-sama menentukan kejayaan pelaksanaannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-
ahli Dewan yang mulia ini bahawa walaupun Kerajaan merancang dan
melaksanakan pembinaan jalanraya di negara ini sama ada di
Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, kejayaannya banyak
bergantung.kepada kerjasama dan penglibatan banyak pihak, terutama-
nya kontraktor-kontraktor dan pengusaha-pengusaha serta pembekal-
pembekal bahan dan binaan dan institusi-institusi kewangan. Sering-
kali dikaitkan bahawa kegagalan perlaksanaan projek infrastruktur
adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pihak kontraktor melaksanakan
kerja mengikut kontrak yang dipersetujui. Walaupun mereka semasa
memasuki tender begitu yakin dengan kerja-kerja yang akan dilaksana-
kan, akhirnya perlaksanaan projek tresebut terbantut di tengah
DN.26.12.89 - 113 -
jalan, yang akhirnya melewatkan penyiapan projek dan menyusahkan
pihak-pihak lain, terutama rakyat. Oleh itu, saya suka mengambil
kesempatan ini menyeru kepada. pihak kontraktor tempatan yang diberi
keutamaan oleh Kerajaan dalam urusan tender agar meningkatkan
prestasi mereka. dengan meninggikan keupayaan serta kemahiran mereka
melaksanakan projek-projek infrastruktur. Jika mereka boleh,
mencapai tahap prestasi yang tinggi,. mereka bukan sahaja dapat
membina projek-projek infrastruktur di dalam negeri, malahan mereka
boleh mengembangkan. penglibatan mereka dengan menyertai tender-
tender bagi membina projek-projek di luar negara dan menarik
pertukaran wang asing ke negara ini.
Tuan-Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
mengambil bahagian di dalam perbahasan ini yang sama ada secara
langsung atau tidak telah memberi pandangn yang bernas dan berguna
berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian
Kerjaraya. Saya juga meminta maaf kerana tidak dapat menyentuh
secara satu persatu perkara-perkara yang dibangkitkan. Walau bagai-
manapun, setiap perkara yang dibangkitkan. akan diteliti melalui
Hansard yahg disediakan dan perkara-perkara i tu akan diambil
perhatian dan tindakan sewajarnya dari masa ke semasa.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian.
5.59 ptg.
Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian [Dato' Kok Wee
Kiat]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada
semua Ahli Yang Berhomat yang telah memberi teguran, cadangan dan
pandangan yang membina semasa membahaskan Belanjawan 1990 mengenai
DN.26.12.89 - 114 -
perkara-perkara yang menyentuh bidangkuasa Kementerian Perdagangan
dan Perindustrian, Di antara perkara-perkara yang telah mendapat
lebih perhatian oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah Dasar Pelaburan
dan Perindustrian, perdagangan luar dan kawalan harga.
Beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Senator Tiong
Hiew King, Senator Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih, Senator
Dato, Chan Choong Tak, Senator Dr. Tan Chong Keng dan Senator Lim
Heng Tee telah membicangkan secara menyeluruh pekara-perkara
berhubung dengan pelaburan, temasuk peningkatan pelaburan asing,
insentif-insentif dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabur-
pelabur tempatan.
DN.26.12.89 - 115 -
Di dalam ucapan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
ini, antara lain, Kerajaan telah diminta memberikan perhatian yang
sama rata di antara pelabur-pelabur asing dan tempatan dari segi
kemudahan yang disediakan dan juga dari segi permohonan, untuk
mendapatkan kelulusan. Sukalah saya memaklumkan kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat bahawa dasar penggalakan pelaburan yang ada pada
ketika ini tidak mendiskriminasikan layanan yang diberi kepada para
pelabur asing dan tempatan sama ada dari segi pemberian insentif.
cukai dan bukan cukai ataupun juga dari segi perlesenan.
Sukalah saya meyakinkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa
Kerajaan tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat tempatan di
dalam usaha-usaha penggalakan pelaburan dan perdagangan. Malah
untuk mempastikan pelabur-pelabur tempatan tidak ketinggalan di
dalam projek-projek perindustrian, adalah menjadi dasar Kerajaan
menggalakkan pelabur asing yang ingin melabur di negara ini supaya
menjalankan projek mereka secara usahasama dengan rakyat tempatan.
Di dalam sektor-sektor industri di mana rakyat tempatan
mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk melabur, penyertaan maksima
asing telah ditetapkan. Di dalam industri plastik, metal stamping
dan percetakan, khususnya penyertaan ekuiti asing telah dihadkan
kepada maksima 60% sahaja dan baki 40% daripada ekuiti hendaklah
dipegang oleh rakyat tempatan. Ini adalah kerana di dalam ketiga-
tiga industri ini, rakyat tempatan mempunyai kemampuan serta
kepakaran teknikal untuk mengeluarkan keluaran-keluarannya.
Berhubung dengan cadangan supaya satu Kumpulan Wang Industri
DN.26.12.89 - 116 -
Kecil dan Sederhana ditubuhkan untuk membantu sektor industri kecil
dan sederhana membuat kajian-kemungkinan, sukacita saya menyebutkan
semula bahawa satu Tabung Bantuan Teknikal bagi industri kecil dan
sederhana telahpun diperkenalkan dan diumumkan di dalam Belanjawan
1990. Di antara tujuan Tabung ini ialah untuk membantu syarikat-
syarikat kecil dan sederhana membuat product improvement, menjalan-
kan kajian-kemungkinan serta peningkatan mutu dan produktiviti
masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, masalah halangan-halangan perdagangan yang
dikenakan oleh negara-negara tertentu ke atas eksport Malaysia telah
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Chong Chi Siong dan.
cadangan telah dibuat supaya Kementerian Perdagangan dan Per-
industrian berunding dengan negara-negara tersebut bagi mengurangkan
halangan-halangan ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini halangan-halangan tarif dan
bukan tarif yang dikenakan ke atas barangan-barangan Malaysia bukan-
lah ditujukan khususnya kepada Malaysia tetapi dihadapi bersama oleh
lain-lain negara yang mengeksport ke negara-negara yang mengenakan
sekatan tersebut. Kerajaan memang sedar bahawa halangan-halangan
perdagangan ini menyekat perkembangan perdagangan antarabangsa dan
akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia menjadi lembab.
Menyedari hakikat ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang
bergantung kepada perdagangan antarabangsa, telah bergerak dengan
aktif bersama-sama lain-lain negara yang mempunyai kedudukan yang
sama, di dalam forum-forum perdagangan antarabangsa seperti
Rundingan Perdagangan Pelbagaihala Pusingan Uruguay, kerjasama
perdagangan negara-negara membangun, kerjasama ekonomi ASEAN dan
DN.26.12.89 - 117 -
lain-lain lagi, Di dalam forum-forum perdagangan ini, Malayaia
telah menyarankan supaya halangan-halangan perdagangan yang dikena-
kan oleh negara-negara lain dikurangkan khasnya di mana Malaysia
mempunyai kepentingan.
Dalam pada itu, sebagai strategi perundingan, Malaysia juga
telah menyatakan kesediaannya untuk mengkaji peraturan-peraturan
perdagangannya dengan tujuan untuk mengurangkan sekata-sekatan.
Segala usaha ini adalah dilakukan untuk mewujudkan suasana per-
dagangan antarabangsa yang lebih liberal dan terbuka dalam mana
sekatan tarif dan bukan tarif adalah pada paras yang paling minima.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk
Senator Tuan Haji Hamid Araby dan Senator Hassan Nam menyentuh
perkara kenaikan harga barang-barang walaupun duti import atau
cukainya telah diturunkan oleh Kerajaan. Mereka mencadangkan
kawalan yang lebih ketat dijalankan oleh Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian.
Tuan Yang di-Pertua, harga sesuatu barangan di pasaran ditentu-
kan oleh kuasa bekalan dan permintaan yang berubah-ubah dari semasa
ke semasa. Kenaikan harga bahan mentah, kos pengangkutan, kos
bahan-bahan pembungkus dan kadar matawang asing juga merupakan
faktor-faktor yang mempengaruhi harga sesuati barangan itu.
Adalah diakui bahawa harga beberapa jenis barangan telah naik
pada masa ini. Begitu juga harga beberapa jenis barangan yang duti
importnya telah dimansukhkan baru-baru ini masih tinggi harganya.
Kenaikan harga barang-barang ini bukanlah dilakukan sewenang-wenang-
nya tetapi adalah atas sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat
dielakkan seperti yang dinyatakan di atas, Bagi barang-barang yang
DN.26.12.89 - 118 -
duti importnya telah dimanuskhkan ianya akan memakan masa untuk
dirasakan kesannya kerana barang-barang ini bergantung pada harga di
negara-negara pembekal di luar negeri.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, harga barang-barang di
negara ini pada keseluruhannya adalah masih rendah jika dibandingkan
dengan harga-harga barang-barang di beberapa buah negara jiran.
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan dan Per-
industrian sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pengawasan di
seluruh negara untuk mempastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan
harga barang-barang dengan sesuka hati mereka dan barang-barang yang
dijual itu diletakkan tanda harga mengikut Perintah Kawalan Harga
(Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1977. Sebarang penyelewengan
telah dan akan diambil tindakan yang tegas.
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Harga 1977 ini membolehkan
pengguna-pengguna mengetahui harga sesuatu barangan di pasaran dan
boleh membuat perbandingan dan pilihan untuk membeli dengan harga
yang terendah. Kerajaan juga telah tnengawal harga beberapa jenis
barang-barang dan sebarang kenaikan harga barang-barang ini tidak
boleh dibuat tanpa kelulusan Kerajaan.
Di samping itu, Kerajaan juga mengawasi harga dengan cara mem-
pastikan bekalan barang-barang itu mencukupi di pasaran melalui
penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961. Peruntukan-peruntukan
yang ada di bawah Akta ini membolehkan Kerajaan membanteras
kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti penyorokan, mengenakan
syarat-syarat penjualan dan sebagainya dengan tujuan untuk mengambil
keuntungan yang berlebihah. Dengan adanya bekalan yang mencukupi di
pasaran harga sesuatu barangan itu secara tidak langsung akan dapat
distabilkan ke suatu tahap yang munasabah. Dengan adanya tindakan
terus-menerus ini, didapati harga barangan pada keseluruhannya ada-
lah stabil dan munasabah.
DN.26,12.89 -119-
Kerajaan akam mempertingkatkan pemeriksaan di tahun hadapan
terutamanya di musim-musim perayaan bagi mempastikan bekalan
barang-barang ini sentiasa mencukupi dengan harganya munasabah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam tahun 1989 sehingga
16hb Disember, 1989 sebanyak 125,670 premis-premis perniagaan,
pasaraya-pasaraya, pasar-pasar malam dan sebagainya telah diperiksa
dan telah menghasilkan sebanyak 5,298 kes yang diambil tindakan atas
berbagai kesalahan termasuk 696 kes yang tidak meletakkan tanda
harga dan 168 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerajaan berpendapat bahawa tindakan yang dilaksanakan pada
masa ini adalah berkesan dan telah dapat menstabilkan harga barangan
di pasaran dan adalah dirasakan tidak perlu diwujudkan sebuah
Jawatankuasa Kawalan Harga yang mempunyai kuasa tertinggi untuk
mengawas harga barang-barang, memandangkan Kerajaan sentiasa
mengkaji semula undang-undang yang berkaitan dengan harga dan
bekalan barang-barang untuk kepentingan pengguna-pengguna. Perlu
ditegaskan di sini bahawa peranan Kerajaan sahaja tidak mencukupi
untuk mengurangkan harga barang-barang. Pengguna-pengguna juga
mestilah mengambil peranan yang sama dengan mengamalkan sikap jimat
cermat dan hanya membeli barang-barang yang difikirkan perlu sahaja
dan memulaukan barang-barang yang tidak perlu. Cara ini adalah
sebaik-baik cara untuk mengurangkan kesan kenaikan harga
barang-barang.
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang ingin
saya berikan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh
Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidangkuasa Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian. Sekian, terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
jemput Yang Berhormat Datuk Haji Hussein bin Ahmad untuk
mengemukakan usul.
DN.26.12.89 -120-
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAH YANG DIBEBASKAN DARIPADA PERATURANMESYUARAT DAN PENANGGUHAN
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Haji
Hussein bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
Bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11
(1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini
sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 1990 di hadapan
Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik sahaja selepas
itu Majlis ini akan ditangguhkan.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan
Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
D a t o ' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
kemukakan Usul atau nama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan untuk dipersetujukan.
Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan,
Bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan
Mesyuarat 11(1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan
hari ini sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 1990
di hadapan Majlis ini diluluskan dan sebaik-baik
sahaja selepas itu Majlis ini akan ditangguhkan.
DN.26.12.89 -121-
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1990
Perbahasan disambung semula..
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya mempersilakan Kementerian
Pertanian.
6.15 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Ong Tin
Kim]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan
ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Pertanian dalam
perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 1990.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman
telah menyentuh masalah lesen penangkapan ikan di laut dalam dan
meminta Kementerian Pertanian supaya mempastikan lesen-lesen ini
tidaklah di "Ali Baba"kan. Berhubung dengan perkara ini suka saya
memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa mengikut rekod di
Jabatan. Perikanan sehingga kini tiada kes meng"Ali Baba"kan lesen
perikanan laut dalam yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, sekiranya
terdapat kes-kes seperti ini berlaku maka ianya bolehlah dilaporkan
ke Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti
Mohd. Akim telah menyentuh tentang kempen-kempen yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pertanian yang pada pandangan beliau dibuat secara
sambilan dan tidak memberi hasil yang berterusan kepada
petani-petani.
DN.26.12.89 -122-
Berhubung dengan perkara ini suka saya nyatakan bahawa segala
kempen-kempen yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian seperti
kempen makan ulam dan sayur-sayuran tempatan, minum susu segar,
kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan dan lain-lainnya adalah
bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai tentang kelebihan dan
khasiat hasil-hasil keluaran pertanian di negara kita.
Dengan adanya kesedaran tersebut, permintaan terhadap
hasil-hasil keluaran pertanian akan bertambah dan terpulanglah
kepada petani-petani untuk mengambil peluang ini bagi menambah hasil
keluaran masing-masing. Kementerian Pertanian sentiasa memberi
bantuan sokongan dan khidmat nasihat kepada petani-petani untuk
membantu mereka. Hasil daripada berbagai kempen yang dijalankan
oleh pihak Kementerian adalah didapati kesedaran orang ramai
terhadap khasiat keluaran. pertanian telah meningkat dan dengan itu
pasaran bagi keluaran-keluaran tersebut telah dapat diperluaskan.
Sebagai contoh, kempen makan ulam dan sayuran-sayuran tempatan.
Satu kajian telah dibuat pada tahun 1987 dan 1988 ke atas 17 jenis
ulam yang paling digemari. Sebelum diadakan kempen, jualan ulam
sebulan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 173,867 kilogram.
Manakala selepas diadakan kempen pada tahun 1988, kuantiti jualan
meningkat kepada 220,463 kilogram iaitu meningkat sebanyak 27.8%
Bilangan penjual-penjual ulam juga bertambah. Sehingga tahun 1988
terdapat seramai 2,339 peniaga yang menjual ulam di seluruh Malaysia
di bandar-bandar utama berbanding dengan tahun 1987 yang mana
seramai 893 orang sahaja yang menjual ulam di 6 buah bandar utama
iaitu Johor Bharu, Kuantan, George Town, Ipoh, Shah Alam dan
Petaling Jaya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tiga jenis ulam
yang paling digemari ialah petai, jering dan kacang botol.
DN.26.12.89 -123-
Mengenai kempen Minum Susu Segar yang dilancarkan pada
21hb Jun, 1988 oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian, suka saya
memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sehingga kini
terdapat 10 gerai yang telah beroperasi di seluruh negara Jumlah
jualan terkumpul dari bulan Mac, 1988 hingga bulan Disember, 1988
ialah $90,325 termasuk lain-lain penghasilan susu seperti susu
dadih, susu segar perasa dan lain-lainnya. Kempen-kempen lain yang
telah dijalankan seperti Kempen Minum Air Kelapa Muda, Kempen Makan
Cendawan, Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan dan Kempen
Makanlah Ikan Air Tawar juga telah menampakkan hasil yang amat
menggalakkan.
DN. 26. 12.89 -124-
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga menyentuh tentang
jagung yang masih diimport walaupun banyak terdapat tanah-tanah
terbiar di negara kita. Kementerian Pertanian memang sedar
berhubung dengan perkara ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum,
kos pengeluaran jagung di dalam negeri adalah lebih mahal berbanding
dengan jagung yang diimport. Walau bagaimanapun, usaha-usaha sedang
dibuat oleh Kementerian Pertanian, khususnya MARDI, untuk
mengurangkan kos pengeluaran jagung bagi makanan ternakan supaya
negara tidak lagi bergantung kepada jagung yang diimport . Pada masa
ini MARDI sedang melaksanakan percubaan untuk mengeluarkan jagung di
kawasan seluas 100 ekar di negeri Perak.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hajjah Rosnah binti Mohd.
Salleh telah menyentuh tentang Pekej Pelancongan Nelayan yang
dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Melaysia dan Seminar Kedai
Kopi .
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Pekej
Pelancongan yang dianjurkan oleh LKIM tidaklah bertindih dengan
projek-projek yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan
Pelancongan, bahkan ianya merupakan usaha yang sama-sana
dilaksanakan oleh semua pihak untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia
1990. Di dalam hal ini, nelayan-nelayan digalakkan untuk
mengindahkan tempat tinggal dan kawasan sekitar mereka untuk menarik
pelancong-pelancong. Dengan cara ini juga, para nelayan akan
mendapat pendapatan yang lebih dari pelancong melalui penyediaan
tempat tinggal dan jualan hasil-hasil keluaran mereka.
Mengenai Seminar Kedai Kopi ianya merupakan satu cara untuk
menjadikan kedai kopi sebagai institusi penyibaran maklumat
pembangunan nelayan, mewujudkan kawasan nelayan yang indah permai
sesuai dengan kegiatan pelancongan dan menjadikan kedai kopi sebagai
DN. 26.12.89 - 125 -
saluran pasaran bagi memasarkan hasil keluaran isteri-isteri
nelayan. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk mewujudkan
budaya ilmu di kalangan masyarakat nelayan di mana kedai kopi
menjadi sebagai pusat penyibaran ilmu.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Tan Chong Keng
telah meminta Kementerian melalui Jabatan dan agensinya menjalankan
penyelidikan dan pembangunan buah-buahah bermutu tinggi dalam usaha
untuk mempertingkatkan daya pengeluaran. Beliau juga meminta supaya
teknologi-teknologi yang berkaitan dengan teknik terbaik penanaman,
penggunaan baja, penggunaan tanah dan sebagainya dapat
diperkemaskan dan dikembangkan.
Berhubung dengan perkara ini, suka saya memaklumkan kepada
Dewan yang mul ia ini bahawa penyelidikan dan pembangunan buah-buahan
telah dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini, iaitu
apabila Dasar Pertanian Negara dilancarkan dalam tahun 1984.
Kegiatan penyelidikan yang dijalankan merangkumi mengenalpasti jenis
buah-buahan yang mempunyai potensi sangat baik dari segi pasaran,
baik pun dalam negeri ataupun luar negeri, pemerosesan dan
kesesuaian mengikut kawasan. Kawasan-kawasan yang sesuai untuk
buah-buahan mengikut jenis di Semenanjung Malaysia telahpun
dikenalpasti dan disyorkan untuk pembangunan buah-buahan. Jenis
buah-buahan yang berpotensi pula yang dikenalpasti ialah betik,
belimbing, jambu batu dan nenas untuk kegunaan segar dan proses ;
dan manggis , ciku, durian, manpelam, mangga, pisang dan rambutan
untuk kegunaan segar. Durian belanda dan makisar adalah untuk
proses sahaja.
Penyelidikan-penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan di
antara lain ialah:-
26.12.89 -126-
(i) mendapatkan jenis-jenis, iaitu variety
yang bermutu tinggi, sesuai dengan tujuan
pengeluaran. Sebagai contoh, betik estotika
dan belimbing BIO untuk diexport, guava GO5
dan beamont untuk diproses menjadikan
minuman;
(ii) mendapatkan teknologi pengendalian lepas-
tuai dan pemprosesan. Sebagai contoh,
teknologi pengendalian untuk belimbing,
teknologi pemerosesan minuman dari
belimbing, jambu ba tu , durian belanda dan
sebagainya;
(iii) mendapatkan dan menperkembangkan teknologi
pengurusan tanaman terutamanya secara
commercial scperti tanaman betik menggunakan
drip irrigation , dengan izin, teknik
cantuman untuk menggis dan juga duku-
langsat, penanaman buah-buahan secara
commercial bagi pisang emas, betik estotika
dan belimbing, kawalan musuh perosak dan
berkesan seperti penggunaan racun proma
untuk lalat , buah dan lain-lain lagi; dan,
( iv) kajian-kajian lain ialah kajian kemungkinan
daya-maju perusahaan dan spesifikasi panduan
untuk panduan perusahaan commercial
pasaran eksport.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tan Chong Keng,
kajian-kajian yang dijalankan oleh MARDI bertujuan untuk
DN.26. 12.89 -127-
mengeluarkan teknologi yang lengkap bagi sesuatu jenis buah-buahan
yang dipilih supaya boleh diusahakan secara commercial. Pada masa
ini, MARDI ada menjalankan kerjasama penyelidikan dan pembangunan
dengan agensi-agensi pembangunan kawasan dan swasta seperti Vita
Tenggara, Eastern Plautation, Tabung Haji dan beberapa lagi.
Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya bagi
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat di
Dewan yang mulia ini . Saya minta maaf sekiranya ada perkara-perkara
yang tidak disentuh di dalam jawapan saya. Walau bagaimanapun.,
pihak Kementerian Pertanian akan mengambil perhtian dan tindakan
yang sewajamya terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.
Sekianlah, terima kasih,
Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Menteri
Sains Teknologi dan Alam sakitar.
6.28 ptg,
Menteri Sains, Teknologi. aan Alam Sekitar (Datuk' Amar Stephen
Yong Kuet Tze]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator V. K.
Sellapan telah menyentuh soal pembuangan sisa toksik kononnya di
Sepang. Saya ingin memaklumkah bahawa kawasan Sepang telah
dikenalpasti sebagai salah satu tapak yang sesuai bagi menubuhkan
satu kemudahan pengolahan sisa-sisa toksik serta sebagai tapak
penyimpanan selamat atau residual depository bagi sisa-sisa
terjadual yang telah diolah sehingga sisa-sisa itu tidak merupakan
bahan yang merbahaya kepada kesihatan orang ramai dan alam sekitar.
Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah
melantik dua buah syarikat yang mempunyai pengalaman dan kedudukan
antarabangsa untuk menjalankan kajian mendalam ke atas kesesuaian
tapak-tapak termasuk di kawasan Sepang. Kedua-dua syarikat itu
DN.22.12.89 128-
dikehendaki menyediakan kajian penilaian kesan-kesan alam sekitar
atau EIA. Kajian EIA ini akan menunjukkan mengandungi pendapat
penduduk tempatan dan kedua-dua syarikat itu dikehendaki memberi
keterangan dan tunjukcara bahawa sistem yang akan digunakan bagi
pengolahan dan penyimpanan sisa-sisa yang telah diolah adalah
selamat dan tidak akan mendatangkan apa-apa masalah pencemaran.
Selepas itu, barulah Kerajaan akan membuat keputusan terhadap tapak
yang paling sesuai untuk tujuan tersebut.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, sedarkah Yang
Berhormat Menteri bahawa orang ramai di daerah Sepang telahpun
mengadakan satu tunjuk perasaan mengenai daerah Sepang yang telah
dipilih sebagai tempat ataupun dikenalpasti untuk membuang toxin.
Adakah Yang Berhormat Menteri ini akan mengambilkira tunjuk perasaan
ini?
DN.26.12.89 - 129 -
Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze: Tuan Yang di-Pertua, saya
telah sebutkan tadi, barangkali Ahli Yang Berhormat itu tidak dengar
jawapan saya. Memanglah sebelum kita menetapkan kawasan tersebut
orang ramai adalah dikehendaki berjumpa dengan Ahli-ahli Yang
Berhormat. Saya rasa baiklah Yang Berhormat dengar jawapan saya
sehingga habis dahulu.
Tambahan lagi dengan adanya satu kemudahan yang lengkap bagi
perolahan sisi-sisa industri, ianya akan menarik lebih banyak lagi.
pelaburan asing ke negara kita dan seterusnya membangunkan lagi
ekonomi negara kita. Berkenaan dengan pembinaan tapak penyimpanan
atau residual repoaicory, ianya akan dibina menurut standard antara-
bangsa yang diterima supaya ianya tidak menyebabkan apa-apa pen-
cemaran kepada sumber air bawah tanah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli
Yang Berhormat di atas minat beliau terhadap perkara ini dan
teguran-teguran akan diambil perhatian oleh Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar, Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat
Menteri Pendidikan untuk memberi jawapan. Dipersilakan, Yang
Berhormat.
6.32 ptg.
Menteri Pendidikan [Tuan Anwar bin Ibrahim]: Tuan Yang
di-pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan
teguran terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan bidang
tugas di Kementerian Pendidikan. Sebelum itu, saya ingin melahirkan
DN.26.12.89 - 130 -
rasa dukacita dan pohon maaf kerana kedua-dua Timbalan Menteri
Pendidikan tidak hadir semasa soal-jawab tadi. Perkara ini akan
dibetulkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengemukakan masalah kemudahan
serta kelengkapan sekolah. Begitu ramai sekali Ahli-ahli Yang
Berhormat yang menyentuh perkara tersebut termasuk Ahli Yang
Berhormat Tuan Azman Atar, Tuan G. Rajoo, Tuan Ng Peng Hay, Tuan
Douglas Sullang, Puan Hajjah Rosnah, Tuan Chong Chi Siong, Tuan Lau
Keng Siong, Tuan Tan Chong Keng, Dato Chan Choong Tak dan Tuan C .
Krishnan. Pada tahun 1989 peruntukan untuk memperbaiki dan menye-
lenggarakan sekolah rendah ialah $13 juta dan penyelenggaraan
sekolah menengah $4 juta. Pada hemat Kementerian, kos penye-
lenggaraan ini sudah tinggi dan akan dilakukan mengikut peringkat
tertentu dan peruntukan akan ditambah dari tahun ke setahun.
Saya ingin juga menjelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
bahawa SRJK(T) dan SRJK(C) tidak semua mendapat status bantuan penuh
dan oleh yang demikian kedudukan status sekolah sama ada sekolah
Kerajaan, sekolah bantuan penuh dan bantuan modal memang diambil
kira tatkala Kerajaan memutuskan untuk memberikan peruntukan. Hal
ini dihubungkan juga dengan kedudukan tapak milik Kerajaan atau
gereja, estet, swasta atau orang perseorangan. Namun demikian
peruntukan bantuan modal bagi SRJK(C) dan SRJK(T) memanglah ditambah
dan dikeluarkan mengikut keupayaan Kementerian dan juga masalah yang
dianggap paling mendesak yang dihadapi oleh sekolah-sekolah
berkenaan. Ada cadangan yang dikemukakan un tuk menggantikan perabot
DN.26.12.89 - 131 -
kayu dengan perabot plastik, perkara ini terpaksa dikaji kerana
untuk setengah-setengah sekolah, perabot besi pun tidak mampu
disediakan kerana kayu pun pecah, plastik pun pecah, yang boleh kita
sediakan mungkin perabot besi sahaja. Tetapi perkara ini harus
diteliti oleh pihak Kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan supaya Kementerian membuat
bancian keperluan bilik darjah sekolah-sekolah di seluruh negara dan
memberi bantuan yang lebih seimbang, mamang baik kerana setakat ini
pun kita telah mempunyai data unjuran pelajar-pelajar mengikut
daerah, negeri dan kawasan dan perancangan pemetaan sekolah yang
dimaksudkan ini memberi gambaran tentang keperluan semasa dan
unjuran bilik darjah bagi tahun-tahun akan datang. Setakat ini
Kementerian berpuas hati dangan maklumat yang diperolehi, sebab itu-
lah perancangan sekarang diteliti dan sekolah-sekolah baru dilulus-
kan, projek-projek blok tambahan kelas diluluskan untuk memenuhi
keperluan yang mendesak sahaja.
Ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan kedudukan tapak
tanah milik Sekolah Menengah Jit Sin, Bukit Mertajam, perkara ini
telahpun diselesaikan akhirnya dan kelulusan telahpun dipohon dari.
Majlis Perbandaran dan sebaik sahaja perkara ini diselesaikan,
pembangunan Sekolah Menengah Jit Sin dapat dilancarkan. Kelewatan
ini sebenarnya bukan disebabkan oleh Jabatan Pendidikan, sebaliknya
tapak tanah yang diberikan itu telah menghadapi masalah dengan pihak
mahkamah
Mengenai pandangan Ahli-ahli Yang Berhorrnat tentang peruntukan
bagi luar bandar dan juga rumah-rumah guru, saya percaya perkara
DN.26.12.89 - 132 -
tidak dipertikaikan kerana peruntukan bagi sekolah-sekolah luar
bandar termasuk rumah guru dan asrama desa, memang ditambah dengan
jumlah yang agak besar.
Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Azman Atar, Tuan G. Rajoo dan
Puan Habidah telah membangkitkan mengenai kurikulum sekolah, kuri-
kulum sekolah harus menyeluruh sifatnya seperti mana termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara bersesuaian dengan kurikulum baru sekolah
rendah dan juga kurikulum bersepadu sekolah menengah. Soal taat
setia dan kecintaan terhadap negara memang disusup di dalam beberapa
matapalajaran di peringkat rendah, pelajaran Alam dan Manusia dan
Sejarah di peringkat menengah. Ini termasuk juga Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral di peringkat menengah. Dakwaan Ahli Yang
Berhormat mengenai matapelajaran Bahasa Malaysia di SRJK(T) yang
tidak mencukupi, saya kira ini tidaklah benar kerana mengikut kajian
dalam UPSR nyata m u t u jawapan dan tingkat penguasaan Bahasa Malaysia
di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil lebih baik dari
penguasaan sebelumnya.
Cadangan mengenai peruntukan waktu sembahyang Zohor dan Asar
kepada murid-murid dalam disambut baik dalam KBSM, perkara ini
telahpun diselenggarakan sepenuhnya dan di peringkat rendah guru-
guru besar memang diarah untuk memberi kemudahan secukupnya.
Mengenai peperiksaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat Tuan Azman Atar, Dr. Chong Eng Leong, Tuan G. Rajoo, Tuan
Hamid Araby dan Tuan C. Krishnan, saya ingin menegaskan bahawa umum-
nya dalam UPSR keputusan-keputusan matapelajaran Bahasa Malaysia dan
bahasa Tamil yang dibangkitkan memang meningkat dibandingkan dengan
tahap pencapaian dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 sebelumnya.
DN.26.12.89 - 133 -
Kalau saya diizinkan untuk memberi maklumat tambahan, saya ingin
menjelaskan bahawa pada tahun 1986, peratus pencapaian Bahasa
Malaysia di sekolah-sekolah berkenaan ialah 17.2% berbanding dengan
54.2% dalam UPSR.
Soal kebocoran kertas Bahasa Malaysia 2 sedang dalam tindakan
mahkamah. Jadi, saya tidak bercadang untuk menambah maklumat selain
dari penangkapan 7 orang yang telah dibuat dan mereka ini telahpun
dihadapkan ke mahkamah. Laporan awal oleh Jawatankuasa yang
dibentuk di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Tan Sri
Awang Had Salleh telahpun dikemukakan dan saya jangka pada akhir
bulan Januari, mereka dapat bereskan sebahagian besar dari ker ja-
kerja dan laporan serta cadangan yang mahu dikemukakan untuk per-
timbangan Kementerian. Saya bercadang dengan tertakluk kepada
beberapa peraturan yang harus kita hormati untuk mendedahkan laporan
ini untuk makluman awam.
Mengenai cadangan untuk mencetak kertas soalan dalam negeri,
perkara ini haruslah diteliti dengan lebih mendalam. Pada peringkat
ini, peperiksaan UPSR dan SRP memang dicetak dalam negeri dan walau-
pun masalah kebocoran dibangkitkan baru-baru ini, kebocoran tidak
melibatkan peringkat pencemaran kertas-kertas SPM yang dibuat di
luar negeri. Jadi, perkara ini harus diteliti kerana kita harus
pastikan ratusan pekerja-pekerja di kilang akan dapat menyimpan
maklumat rahsia sepertimana yang dikehendaki.
Ahli-ahli Yang Berhormat Puan Ainon binti A r i f f i n , Tuan G.
Rajoo, Dr. Tan Chong Keng, Puan Hajjah Habidah, Tuan V.K. Sellapan,
Tuan Chong Chi Siong membangkitkan kedudukan perkhidmatan perguruan.
Saya akui bahawa memang ada beberapa kelemahan di awal tahun kerana
soal proses perlantikan dan pertukaran guru. Ratusan guru yang
DN.26.12.89 - 134 -
dikirimkan ke Sabah dan Sarawak merayu melalui Ahli-ahli Yang
Berhormat supaya tidak ditukar ke sana. Jadi, saya dapat jangka
sekolah-sekolah di Sarawak dan di Sabah akan mengalami masalah dan
selalunya rayuan itu dibuat pada peringkat akhir dan begitu jugalah
beberapa guru yang dikirim ke daerah-daerah di luar bandar. Kalau
desakan dan rayuan itu berkurangan, saya percaya masalah penempatan
guru juga, insya Allah, akan dapat diselesaikan.
Pertukaran guru ini berlaku atas banyak sebab dan kebetulan
dalam sistem sekarang Diploma Pendidikan dan guru-guru yang dilatih
di maktab perguruan tidak semua keluar pada bulan Oktober. Ada yang
keluar pada bulan Januari dan ada yang keluar pada bulan Mei. Jadi,
guru-guru ini akan dikirimkan ke sekolah-sekolah pada bulan-bulan
berikutnya dan tidak sama dengan sessi awal persekolahan.
Walau bagaimanapun, beberapa teguran lain mengenai masalah
kursus perguruan lepasan ijazah, latihan bagi guru siswazah untuk
memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan akan diambil perhatian
dan diteliti oleh pihak Kementerian.
Cadangan Ahli Yang Berhormat untuk melonggarkan syarat untuk
latihan menjadi guru tidak dapat diterima kerana ini akan menyebab-
kan mutu pendidikan kita kian merosot. Saya faham benar masalah
yang dihadapi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kerana saya yang
menanggung beban yang besar. Ribuan anak-anak dan adik-adik merayu
secara langsung dan melalui Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi kalau
kita ada pilihan, pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan yang
cukup baik dengan pelajar-pelajar atau pemohon yang mendapat
keputusan yang lemah, tentulah adil, munasabah, bijak kalau kita
berikan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang
baik. Sebab itu bukan sahaja Kementerian akan t idak melonggarkan
syarat tetapi syarat ini akan diperketatkan sesuai dengan tahap dan
DN.26.12.89 - 135 -
mutu pendidikan kita yang meningkat. Saya menanggung beban, Tuan
Yang di-Pertua, oleh kerana keputusan yang begini yang nampaknya
kurang popular, tetapi kalau kita hendak mempertahankan mutu
pendidikan di negara kita, kita harus menjamin supaya mutu guru dari
masa ke semasa ditingkatkan dan kelayakan, latihan, disiplin di
maktab, komitmen dan dedikasi mereka haruslah ditingkatkan.
Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan masalah
kekurangan guru bahasa Tamil, bahasa Cina, Bahasa Melayu,. bahasa
Inggeris. Saya ingin menjelaskan bahawa jumlah guru-guru yang
dilatih untuk mengajar Bahasa Melayu adalah ditambah, bahasa
Inggeris ditambah, bahasa Cina ditambah dan juga bahasa Tamil. Kita
juga telah mengambil langkah untuk meningkatkan Program Latihan
Guru-guru termasuk bahasa Perancis dan bahasa Arab.
Ahli Yang Berhormat Puan Ainon binti A r i f f i n telah membangkit-
kan isu PIBG sekolah menggunakan murid-murid untuk memungut derma.
Saya menerima baik teguran beliau kerana kita telah mengeluarkan
arahan supaya pelajar-pelajar tidak dibebankan secara keterlaluan
dengan tugas ini, walaupun mereka dibenarkan dengan beberapa syarat
tertentu dan menggunakan garispanduan yang telah ditetapkan. Apa
yang berlaku dan saya percaya yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang
Berhomat ialah kerana beberapa sekolah mengambil langkah yang agak
keterlaluan dan hampir setiap bulan membebankan pelajar dan ibubapa
dengan urusan mengutip wang ini.
Yang Berhormat Puan Habidah binti Jusoh menimbulkan isu
mengenai Skim Pinjaman Buku Teks. Perkara ini telahpun saya umumkan
baru-baru ini. Percuma, semua ibu bapa ataupun pelajar dari
keluarga yang miskin atau pendapatan sederhana wajib diberikan buku
teks. Kerajaan menyediakan wang yang cukup untuk maksud tersebut
bahkan bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi te tapi merayu atas
DN.26.12.89 - 136 -
sebab-sebab tertentu umpamanya anak ramai, isteri ramai pun diberi
kelonggaran khas. [Ketawa] Jadi, oleh yang demikian, saya memberikan
teguran yang agak keras baru-baru ini bila saya dapati ada sekolah
yang agak lewat atau mempersulitkan proses penyerahan buku teks ini.
Buku-buku Tingkatan 6 ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia dari segi jenis bukunya tetapi saya ingin jelaskan bahawa
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) tidak melibatkan pelajar-pelajar
Tingkatan 6 mengikut dasar Kerajaan setakat ini, tetapi ada beberapa
jenis bantuan lain yang disediakan untuk membantu pelajar-pelajar
Tingkatan 6 yang memerlukan bantuan iaitu melalui beberapa
peruntukan biasiswa, dermasiswa dan lain-lain. Yang dibekalkan
hanyalah 5 naskah bagi tiap-tiap judul buku Tingkatan 6 yang
diperakukan oleh Kementerian Pendidikan.
Berhubung dengan penggubalan Akta Pendidikan yang sedang
dirangka di peringkat akhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Senator Dato Chan Choong Tak dan Yang Berhonnat Senator C. Krishnan.
Saya ingin menjelaskan bahawa prinsip-prinsip yang ternyata dalam
Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Laporan Kabinet 1979 akan
dipertahankan. Semangat dan cita-cita Dasar Pendidikan Kebangsaan
akan terus diberikan keutamaan. Kedudukan dan status sekolah-
sekolah yang diperakukan dalam laporan-laporan tersebut termasuk
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan akan diberikan
keutamaan dan, dengan izin, character SRJK(C) dan SRJK(T) memang
dikekalkan. Begitu juga pengajaran bahasa-bahasa termasuk bahasa
Cina dan bahasa Tamil.
DN.26.12.89 - 137 -
Oleh yang demikian, saya fikir tak usahlah kita terlalu melahirkan
kebimbangan ini, dan kalau ada orang-orang tertentu yang membangkit-
kan kebimbangan termasuk pihak Pembangkang atau Pakatan acau
Perpaduan Ummah atau Semangat 46 dan yang lain-lain, kita tolong
jelaskan, kerana sebenamya dari segi pendidikan tidak perlu
dipolitikkan, dan mereka tidak punyai modal sama sekali untuk
menimbulkan perasaan curiga dan prasangka antara kaum.
Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee membangkitkan soal peruntukan
kewangan kepada sekolah OCAR, perkara ini belum diluluskan, kerana
Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukan khas bagi
melaksanakan KBSR dan KBSM, dan juga peruntukan tambahan bagi
sekolah-sekolah yang baru dibuka Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah.
Mengenai peruntukan pembangunan kepada sekolah juga telah
dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Douglas Sullang, Tuan
Ng Peng Hay dan Tuan Tan Chai Ho. Dan peruntukan sekolah seperti-
mana saya sebutkan telah disediakan sama ada bagi sekolah-sekolah
kebangsaan dan juga sekolah-sekolah bantuan modal, termasuk sekolah-
sekolah bantuan modal di Sarawak dan di Sabah, cuma bagi negeri-
negeri tersebut seperti juga beberapa negeri tertentu di
Semenanjung, peruntukan adalah lebih bagi membina sekolah baru,
bilik darjah, asrama, rumah guru dan sepertimana yang saya telah
jelaskan, peruntukan diberikan mengikut keperluan, sebab itulah bagi
peringkat menengah, peruntukan terbesar diberikan ke Sarawak,
DN 26.12.89 -138-
Sabah dan ketiga di Pahang.
Mengenai masalah yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jasin, telahpun
diluluskan peruntukan untuk SRJK(C) Jasin, SRJK(C) Sinwah, Durian
Tunggal dan SRJK(C) Jasin, Lalang. Tetapi ada beberapa kekeliruan
tentang nama sekolah, ada lain yang memohon yang belum diluluskan,
akan saya berikan perhatian segera.
Ahli Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah Jusoh dan Yang
Berhormat Tuan G. Rajoo menimbulkan soal dua skim. Saya akan meng-
adakan perjumpaan segera dengan Wakil-wakil Kesatuan untuk menjelas-
kan sebenarnya ada sedikit-sebanyak kekeliruan yang tidak harus
berbangkit. Dan saya fikir tidaklah cepat untuk dibebankan dengan
mana-mana Jabatan sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam atau lain-lain,
kerana keputusan ini dibuat secara muafakat di antara Kementerian
Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Perbendaharaan dan
akhirnya dipersetujui bersama oleh Jemaah Menteri.
Tatacara pelaksanaan dua skim ini sepertimana saya sebutkan
tidak akan menjejaskan kedudukan Guru Besar dan Pengetua yang sedia
ada, walaupun mereka tidak mencukupi dari segi kelayakan baru yang
ditetapkan, tetapi kursus-kursus haruslah diadakan.
Sekarang ini ada guru-guru yang mereka rasa bimbang kerana kita
perkenalkan lebih banyak kursus, kalau guru telah lama mengajar, 5
tahun atau 10 tahun, maka tidak ada salahnya mengapa mereka
dipanggil semula ke Maktab atau Institut Aminuddin Baki dan lain-
lain, dan diberi kursus tambahan dua minggu, a tau tiga bulan, bahkan
enam bulan.
DN 26.12.89 - 139 -
Saya kira kalau hendak kita jamin mutu pendidikan kursus-kursus
ini penting sama ada kita laksanakan dua skim atau tidak. Isu
berkaitan dengan biasiawa dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim dan Puan Hajjah
Rosnah binti Haji Mohd. Salleh, peruntukan untuk biasiswa ini memang
ditambah, tetapi jumlah pelajar yang mengambil keputusan untuk
menuntut di luar negeri juga bertambah, dan ini menyebabkan beban
kepada Kerajaan, meningkat jauh lebih tinggi dan oleh yang demikian,
kita tidak dapat menampung permohonan semua pelajar-pelajar yang
menuntut di luar negeri.
Saya menerima baik teguran bahawa kaedah pembayaran harus
diperbaiki, dan kelewatan tidak boleh dimaafkan dan saya akan
memberikan perhatian wajar untuk mengemaskini rekod pelajar dan juga
kaedah pembayaran kepada pelajar. Yang tidak dapat kita nafikan
ialah kalau kita terlalu efficient dalam pembayaran ini, kita akan
bayar kepada pelajar-pelajar yang sudahpun berangkat pulang. Ini
berlaku, cuma pelajar-pelajar yang dia dapat lebih, dia tidak
maklumkan, yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ini yang
dapat lewat sedikit.
Ahli Yang Berhormat Tuan G. Rajoo telah menyentuh tentang mata-
pelajaran bahasa ibunda, saya telah jelaskan perkara ini.
Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah Jusoh membangkitkan soal
cadangan mengambilalih sekolah agama negeri oleh Kementerian
Pendidikan. Cadangan ini baik tetapi ini urusan Kerajaan Negeri dan
bidangkuasa Jabatan Agama atau Yayasan Islam, jadi saya fikir elok-
lah diteliti bersama oleh Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan.
Sementara itu bantuan geran pekapita, bantuan pembangunan terbatas,
bantuan guru memang diberikan kepada beberapa sekolah tertentu
mengikut permohonan yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri.
DN 26.12.89 - 140 -
Isu siswazah menganggur telah dikemukakan oleh Yang Berhormat
Tuan C. Krishnan, Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng dan saya juga
menerima baik cadangan pertamanya kita ubahsuai beberapa kurikulum
pendidikan, mengambilkira keperluan negara.
Saya mengeluarkun arahan baru-baru ini kepada universiti-
universiti supaya ubahsuai kurikulum Sains Komputer supaya yang
mendapat sijil dapat diterima di sektor swasta. Masalah ini masih
lagi serius dan kita cuba mengambil beberapa langkah, melatih semula
menjemput kalangan sektor swasta dan lain-lain untuk membantu.
Saya memberi juga teguran bahawa ada juga di kalangan siswazah
menganggur yang memilih kerja dan kita ada bukti dan maklumat
berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh MIER dengan
nama penganggur, nama syarikat, jumlah upah yang diberikan dan meng-
apa mereka menolak perlawaan tersebut.
Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng menimbulkan isu bahasa asing
yang lebih diutamakan daripada bahasa Cina dan Tamil. Saya rasa
perkara ini tidak relevant sekali. Kedudukan bahasa Inggeris memang
diterima sebagai bahasa kedua dan diajar kepada semua pelajar, dan
ini pelaksanaan dasar bahasa Inggeris tidak mengorbankan kedudukan
bahasa Melayu, yang memang diberikan keutamaan dan tidak juga
mengurangkan kepentingan bahasa Cina dari bahasa Tamil bagi pelajar-
pelajar yang memilih untuk belajar matapelajaran tersebut. T e t a p i
oleh kerana kita sedang menuju ke dekad yang baru, kedudukan
beberapa bahasa lain, bahasa Jepun, bahasa Arab, bahasa Peranchis
memang diberikan keutamaan.
DN 26.12.89 - 141 -
Yang Berhormat Haji Ibrahim Ujang membangkitan soal tulisan
Jawi dan memang benar bahawa dalam KBSM, perkara ini diberikan
penekanan dan dalam kajian semula pelaksanaan KBSR kedudukan
tulisan Jawi akan diperkukuhkan.
Ada cadangan awal yang telah dibuat supaya tulisan Jawi diajar
tidak diperingkat tahap kedua atau Darjah 3, tetapi diajar lebih
awal dan diberikan waktu latihan yang lebih banyak, dan beberapa
kursus dan latihan khas bagi guru-guru termasuk peningkatan
pengajian Al-Quran juga telah disediakan. Saya akui pelaksanaannya
itu belum begitu memuaskan dan dalam cadangan untuk pelaksaaaan di
KBSR memang perkara ini telah dicatat sebagai salah satu program
penting.
Isu tender makanan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan
Douglas Sullang. Isu tender ini sebenarnya dibuat oleh kontrak
pusat secara rundingan dan kelulusan dengan Kementerian Kewangan.
Jadi tidak banyak yang diputuskan di peringkat Jabatatan.
Saya hanya boleh memberikan jaminan bahawa soal bekal ayam gred
A, gred B dan lain-lain ini diputuskan mengikut prosedur yang biasa
dan kalau ada bantahan atau teguran secara spesifik mengenai
kelalaian atau kecuaian, perkara ini akan diteliti dan diambil
tindakan.
DN.26.12.89 -142-
Soal sekolah satu sidang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Habidah Jusoh dan Dato Chan Choong Tak kerana memang kita mahu
sekolah-sekolah kalau boleh keseluruhannya menjadi satu sidang.
Buat masa ini hampir 86% sekolah rendah ialah satu sidang dan hampir
50% sekolah menengah satu sidang sepenuhnya. Yang lain itu ditambah
sama ada 5% waktu petang atau 50% waktu petang atau 51% waktu petang
dua sessi, tetapi pelaksanaannya tentulah memakan masa sedikit.
Penubuhan sekolah swasta ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan
Chong Chi Siong dan Dato Chan Choong Tak. Memang dari segi dasarnya
kita beri galakan dan dalam cadangan pindaan Akta Pendidikan kita
mahu letakkan syarat supaya institusi swasta mengambil kira Dasar
Pendidikan Negara, menetapkan bahasa Melayu sebagai salah satu
bahasa yang diajar dan Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan
Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.
Yang Berhormat Tuan C. Krishnan membangkitkan soal kajian
semula sistem pendidikan. Saya ingin memberi jaminan bahawa Akta
Pendidikan tidak akan lari atau berganjak dari prinsip dan falsafah
pendidikan yang ditetapkan.
Yang Berhormat Tuan V.K. Sellappan mencadangkan supaya lebih
banyak Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional didirikan dan memang
dalam Rancangan Malaysia Keenam 12 buah lagi SMV didirikan, beberapa
bidang baru seperti kejuruteraan elektrik, kejenteraan, teknologi,
kejuruteraan dan lain-lain diperkenalkan, beberapa politeknik baru
juga akan diwujudkan dan dalam proses pembinaan sekarang
DN.26.12.39 -143-
Ahli-ahli Yang Berhormat nampaknya begitu baik hati kerana
mengucapkan tahniah, kepada saya yang dilantik sebagai Presiden
UNESCO dan saya akui bahawa kesempatan ini adalah oleh kerana kita
mewarisi satu sistem dan pendidikan yang baik, yang dilaksanakan
oleh guru-guru kita selama ini dan juga oleh pimpinan Kementerian
dan pimpinan negara kita dan tentunya kerana kebijaksanaan Ahli-ahli
Yang Berhormat mengingatkan kami dan memberi teguran supaya diper-
baiki prestasi.
Saya juga ucapkan terima kasih kerana sokongan terhadap
tindakan yang tegas terhadap orang-orang yang terlibat dalam kes
kebocoran kertas peperiksaan baru-baru ini. Saya pohon maaf kerana
walaupun saya cuba menjawab semua perkara yang dibangkitkan, ada
beberapa perkara kecil lain yang disentuh mengenai 15-16 kes yang
tidak dapat saya sentuh satu persatu, walau bagaimanapun perkara-
perkara ini akan diberikan perhatian. Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberi
jawapan. Dipersilakan.
7.04 mlm.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Haji
Hussein bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang pengetahuan saya
inilah kali pertama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
diberi perhatian yang begitu bersungguh-sungguh oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat di Dewan yang mulia ini.
Saya bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatat
DN.26.12 .89 . -144-
mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih di atas keikhlasan, kesungguhan, kejujuran dan memberi
teguran-teguran yang membina kepada Kementerian ini agar segala
aktiviti Kementerian ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada
rakyat dan negara. Lebih-lebih lagi saya mengucapkan terima kasih
kepada saudara-saudara Ahli Yang Berhormat sahabat-sahabat saya
Saudara Azman Atar, Saudara V.K. Sellappan, Saudara Rajoo, Saudara
Chong Chi Siong, Saudara Lim Heng Tee, Saudara Tiong Hiew King,
Saudari Ainon Ariffin, Saudari Salbiah binti Mohd. Akim.
Oleh kerana berkebetulan esok Ahli-ahli Yang Berhormat akan
berkunjung ke Kementerian saya untuk mendengar satu taklimat, maka
saya pohon persetujuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat apa kiranya
17 helai jawapan saya ini akan saya edarkan kepada setiap Ahli Yang
Berhormat yang akan ke Kementerian saya esok.
Di samping itu saya mohon keizinan daripada Tuan Yang di-Pertua
agar dapat saya membentangkan di meja mesyuarat ini pada petang eaok
segala jawapan ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesungguhnya teguran-teguran daripada
Ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadi inspirasi kepada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mencapai matlamat dan hasrat
Ahli-ahli Yang Berhormat bagi kepentingan rakyat dan negara. Terima
kasih. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos, dipersilakan.
7.05 mlm.
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Tuan Abdul Ghani bin
Othman]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil
DN.26.12.89 -145-
kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada dua Ahli Yang
Berhormat yang telah membangkitkan teguran berkenaan dengan
Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay telah
membangkitkan masalah berkenaan elektrik yang terganggu di Dewan ini
pada 21 Disember, 1989. Gangguan bekalan elektrik tersebut adalah
akibat kerosakan kabel voltan tinggi 132 kv yang membekal kuasa
daripada pencawang di Bukit Damansara ke pencawang di Jalan Dang
Wangi yang seterusnya memberi bekalan kepada Banguaan Parlimen
melalui pencawang-pencawang lain. Bekalan telah dipulihkan melalui
saluran yang lain.
Mengenai soalan mengadakan seorang Jurutera Lembaga Letrik
Negara bertugas, adalah menjadi amalan mengadakan satu pasukan kaki-
tangan LLN lengkap dengan alat hubungan untuk mengalih bekalan dari-
pada punca lain jika berlaku kerosakan dengan tujuan mengurangkan
tempoh gangguan. Atas cadangan mempastikan supaya bekalan elektrik
pada setiap masa tidak akan diganggu, ini hanya dapat dilaksanakan
secara mengadakan standby diesel set, dengan izin, yang membekalkan
sistem yang tidak terputus.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah gangguan bekalan
elektrik di Sepang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator
V.K. Sellappan, bcberapa projek memperbaiki sistem elektrik telah
dijalankan di daerah Sepang untuk mengatasi masalah tersebut. Di
antara kawasan yang telah diperbaiki adalah di kawasan Sungai Pelek
dan juga bandar Sepang. Langkah yang diambil termasuk menubuhkan
keupayaan alatubah di Sungai Pelek dan menanam kabel bawah tanah
yang baru sebagai tambahan kepada kabel yang sedia ada. Dengan
terlaksananya projek ini gangguan elektrik didapati berkurangan.
DN.26.12.89 -146-
Untuk projek memperbaiki sistem akan datang, kawasan yang telah
dikenalpasti adalah di kawasan Bukit Bangkong dan juga Kampung Batu
Satu, Sepang. Projek ini akan dijalankan berperingkat-peringkat di
mana sebuah pencawang elektrik akan ditubuhkan di Bukit Bangkong.
Ianya dijangka dapat dimulatugaskan pada pertengahan tahun 1990 dan
untuk Kampung Batu Satu, Sepang pula gangguan bekalan berpunca dari-
pada dahan-dahan pokok yang telah tersentuh kepada talian salur atas
dan kerja-kerja untuk mencantas dahan-dahan pokok di kawasan itu
dijadualkan pada bulan Januari 1990.
Untuk langkah masa panjang, sebuah pencawang utama yang
dicadangkan di Tanjung Rhu pada pertengahan tahun 1990 diharapkan
dapat memperkukuhkan lagi bekalan di daerah Sepang. Projek ini
telah tertangguh tarikh pelancarannya disebabkan tawaran kontrak
baru terpaksa dipanggil oleh kerana kontraktor asal telah dibatalkan
kontraknya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen
Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.
7.08 mlm.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan
Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, saya
bangun mohon. izin untuk memberi sedikit penjelasan dan penerangan di
atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat di sepanjang perbahasan atas dasar am Belanjawan 1990
iaitu yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan
Wilayah.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih terhadap
pandangan-pandangan, komen-komen, teguran-teguran dan sebagainya
yang telah diberikan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat
tegasnya dua orang, terhadap penglibatan agensi-agensi di bawah
Kementerian saya dalam pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak
semasa membahaskan dasar Belanjawan 1990 di Dewan yang mulia ini.
DN.26.12.89 - 147 -
Mula-mula sekali ialah Senator Dr. Chong Eng Leong yang telah
menyarankan agar FELDA dapat meluaskan lagi operasinya ke beberapa
daerah di Sabah supaya ramai lagi rakyat Sabah dapat menyertai sekim
FELDA ini. Disamping itu beliau juga meminta supaya publisiti
mengenai pembukaan tanah ini hendaklah dipertingkatkan memandangkan
setakat ini sambutan dari masyarakat kaum Cina tidak begitu memuas-
kan dan di mana mungkin Kementerian harus menyatakan faedah-faedah
dan kebaikan-kebaikan mengenai pembukaan skim FELDA ini.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Rancangan Tanah FELDA di
Sabah, sukacita saya memaklumkan di sini, kemajuan yang telah
dicapai setakat ini iaitu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima
sejumlah $187.51 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek-
projek FELDA di negeri Sabah. Sehingga sekarang sebanyak 51 buah
rancangan sama ada sudah ataupun sedang dibuka di Sabah dengan
keluasan seluas 90,050 hektar. Kesemua rancangan ini terletak di
Residensi Tawau. Jumlah peneroka yang telah ditempatkan ialah
seramai 956 orang di 7 buah rancangan. Sebahagian besar dari
peneroka-peneroka ini terdiri dari kaum bumiputera Sabah.
Dari segi tanaman pula sebahagian besar rancangan ini ditanam
dengan kelapa sawit kerana sesuainya tanah dan juga tanaman ini
memberi keuntungan yang lebih baik dibandingkan dengan tanaman-
tanaman lain. Selain daripada kelapa sawit, FELDA juga ada menanam
koko dan kopi.
Daripada seluas 86,664 hektar kawasan pertanian yang telah
ataupun yang sedang dibuka ataupun yang dimajukan, seluas 75,352
hektar ditanam dengan sawit, 9,126 hektar koko, 806 hektar kopi dan
1,378 hektar merupakan campuran antara sawit dan koko.
DN 26.12.89 - 148 -
Menyentuh mengenai pengambilan peserta-peserta dalam Rancangan
Tanah FELDA di Sabah; sukacita saya memaklumkan bahawa pemilihan
adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah sendiri. Permohonan bagi
menyertai rancangan ini terbuka kepada semua kaum asalkan mereka
memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan seperti tubuh badan
mesti sihat, belum ada tanah dan tidak mempunyai pendapatan yang
tinggi ataupun yang dianggap tidak lumayan. Karajaan Negeri telah
memberikan publisit yang luas dan cukup kepada rakyat Negeri Sabah
untuk membuat permohonan bagi menyertai rancangan-rancangan FELDA.
Publisiti ataupun seranta ataupun iklan bagi menarik orang ramai
dibuat melalui pengumuman siaran radio tempatan menerusi Pegawai-
pegawai Daerah, Pegawai-pegawai Kemajuan Rakyat dan ceramah-ceramah
yang diberikan oleh Pegawai-pegawai FELDA sendiri, rakyat juga telah
dimaklumkan mengenai faedah-faedah yang akan didapati jika mereka
dipilih menyertai rancangan-rancangan FELDA.
Sehingga bulan November, 1989 Kerajaan Sabah telahpun menerima
sebanyak 3,358 permohonan untuk menjadi peneroka. Semua permohonan
daripada kaum Cina tidaklah begitu menggalakkan ataupun tidak mem-
buktikan bahawa apa yang kita usahakan untuk menarik minat mereka
menjadi pemohon-pemohon rancangan FELDA tidaklah begitu berkesan,
jika dit injau dari reaksi permohonan yang mereka lanjutkan kepada
pihak FELDA. Pada masa sekarang terdapat seramai 526 calon yang
masih dalam senarai menunggu.
Mengenai rancangan pembukaan tanah baru FELDA di negeri Sabah,
FELDA merancang untuk memajukan seluas 15,282 hektar dalam tempoh
Rancangan Malaysia Keenam. Kesemua kawasan ini adalah di dalam
Residensi Tawau, seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi.
DN.26.12.89 - 149 -
Beralih kepada ulasan dan komen Yang Berhormat Senator Tuan
Tiong Hiew King yang telah menyarankan supaya FELDA dapat memper-
tingkatkan lagi peranannya untuk pembukaan tanah di-Sarawak, ter-
utamanya di kawasan pendalaman di mana penduduknya adalah masih di
bawah paras kemiskinan, dan di dalam perkara ini beliau mengesyorkan
agar RISDA juga selain dari FELDA memainkan peranan membantu tanaman
semula getah.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan rancangan tanah FELDA
di Sarawak, suka saya jelaskan bahawa di dalam Rancangan Malaysia
Kelima Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $12.35 juta untuk
rancangan tanah FELDA di negeri Sarawak. Sehingga sekarang sebanyak
5 buah rancangan telahpun dibuka iaitu rancangan-rancangan yang
meliputi kawasan seluas 6,773 hektar. Setakat ini belum ada
peneroka-peneroka yang ditempatkan di rancangan FELDA di negeri
Sarawak bagi tempuh 1990 hingga 1991 seluas 5,033 hektar dijangka
akan dimajukan di negeri Sarawak yang meliputi 4 buah rancangan
iaitu di Sempadi 4 hingga Sempadi 7 dalam Daerah Lundu.
Untuk makluman Yang Berhormat; Senator, agensi RISDA tidak
menjalankan operasinya di Sarawak. Bagi melaksanakan program tanam
semula, agensi yang dipertanggungjawabkan di negeri Sarawak ialah
Jabatan Pertanian Negeri Sarawak. Bagaimanapun, Jabatan ini
menerima sebahagian daripada peruntukan pembangunannya dari Kerajaan
Persekutuan yang disalurkan melalui Kementerian ini iaitu Kemen-
terian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Dalam Rancangan
Malaysia Kelima jumlah peruntukkan yang telah diluluskan oleh
Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak $2.96 juta. Program-program
utama yang dijalankan dari segi penanaman getah terdiri dari program
DN.26.12.89 - 150 -
tanam semula, program tanah baru dan pusat memproses berkelompok.
Antara tahun 1970 hingga ke akhir tahun 1990 dijangkakan seluas
kira-kira 39,800 ekar tanah akan ditanam semula dengan getah di
Sarawak. Bagi program pemuliah tanah pula, fungsi ini dijalankan
oleh sebuah badan yang bernama Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Sarawak atau singkatnya FALCRA iaitu agensi Kerajaan Negeri yang
memainkan peranan yang sama seperti FELCRA di Semenanjung Malaysia.
Ajensi ini iaitu FELCRA juga menerima sebahagian daripada peruntukan
pembangunannya dari Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui
Kementerian ini juga.
DN.26.12.89 -151-
Dalam Rancangan Malaysia Kelima, jumlah peruntukan pembangunan
yang talah diluluskan ialah sebanyak $28,55 juta. Program-program
utama yang dijalankan oleh agensi ini adalah terdiri daripada - saya
namakan - Program Tanaman Koko dan Program Tanaman Kelapa Sawit.
Sehingga sekarang ini sebanyak 7 skim pembangunan tanah yang luasnya
10,862 hektar telah dimajukan dan telah memberi faedah kepada lebih
4,500 keluarga.
Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya didapati melalui
projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi yang
saya sebutkan sebentar tadi sebahagian penduduk-penduduk luar bandar
di Negeri Sabah dan Sarawak telah dapat menikmati faedah daripada
rancangan-rancangan pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan. Bagi
mereka yang menyertai program-program pembangunan tersebut, didapati
taraf pendapatan dan taraf hidup mereka telah bertambah baik jika
dibandingkan sebelum mereka menyertai rancangan-rancangan tersebut,
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja sedikit penjelasan dan,
penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan
beberapa perkara di sepanjang perbahasan atas Dasar-dasar Am
Belanjawan 1990 yang menyentuh Kementerian Kemajuan Tanah dan
Kemajuan Wilayah. Mengenai dengan syor-syor dan teguran-teguran
dari Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang juga dibangkitkan se-
cara sepintas lalu atau secara kiasan sahaja di sepanjang perbahasan
DN.26.12.39 - 152 -
ini, insya Allah, segala saranan-saranan itu akan diberi perhatian
dan yang mana difikirkan sesuai akan dipartimbangkan dan seterusnya
dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan
Menteri Pengangkutan.
7.22 mlm.
Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajjah Zaleha binti
Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah memberikan pandangan-pandangan, teguran-teguran
dan syor-syor mengenai perkara-perkara yang tertentu di bawah
bidangkuasa Kementerian Pengangkutan.
Sukalah saya menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa segala
pandangan, teguran dan syor itu akan dikaji dengan teliti dan di-
berikan pertimbangan yang saksama oleh Kementerian Pengangkutan.
Sukacita saya memberi penjelaaan dan jawapan kepada perkara-perkara
yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah mencadangkan supaya open
sky policy , dengan izin, diamalkan khususnya di Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang. Sepertimana yang kerap dan pernah saya
nyatakan dalam Sidang-sidang Parlimen yang lepas, sebenarnya
Kerajaan telahpun mengamalkan dasar terbuka ataupun, dengan izin,
open sky policy bagi tujuan menggalakkan penerbangan-penerbangan
sewa khas (inclusive tour charters) ke Malaysia. Di bawah dasar
ini syarikat-syarikat penerbangan asing boleh memohon untuk
mengadakan penerbangan-penerbangan sewa khas bercorak inclusive
Cour charters , dengan izin, dari negara-negara asing ke
tempat-tempat di Malaysia termasuklah Pulau Pinang.
DN.26.12.89 - 153 -
Berhubung dengan Lapangan, Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
yang kurang penggunaannya, sukalah saya memaklumkan bahawa Kerajaan
sememangnya menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan asing
mengadakan perkhidmatan melalui pintu masuk seperti Pulau Pinang,
Kota Kinabalu dan Kuching selain daripada Kuala Lumpur. Di dalam
rundingan-rundingan adam, Kementerian Pengangkutan sememangnya
menawarkan hak pendaratan untuk membolehkan syarikat-syarikat
penerbangan asing mengadakan perkhidmatan kesemua tempat tersebut
Terpulanglah kepada syarikat-syarikat penerbangan asing tersebut
uatuk membuat keputusan sama ada hendak mengadakan penerbangan
ke tempat-tempat yang ditawarkan oleh Malaysia selapas mereka
mengambil kira dari segi economic viability , dengan izin, dan
kedudukan trafik di mana berkenaan.
Mengenai keistimewaan yang diberikan oleh MAS kepada
kakitangannya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator
V.K. Sellappan, Kementerian Pengangkutan akan menyiasat dakwaan
seorang Ahli Parlimen telah menyalahgunakan keistimewaan itu
Panyiasatan ini akan mengambil masa oleh sebab kes-kes yang
disebutkan dikatakan berlaku antara tahun, 1980 hingga 1982.
Mengenai perkara pengeluaran lesen untuk kereta mini van yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Douglas Sullang Anak Ganda,
ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa perkara
tersebut adalah di bawah bidangkuasa Kementerian Perusahaan Awam.
Kementerian Pengangkutan akan menyampaikan kepada Kementerian
Perusahaan Awam ulasan Yang Berhormat Senator itu untuk makluman dan
pertimbangan.
DN.26.12.89 -154-
Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim telah
membangkitkan mengenai keadaan di Terminal 2 yang mana baru-baru ini
telah digunakan untuk operasi penerbangan dalam negeri. Beliau
secara khusus telah menyentuh tentang keadaan yang penuh sesak dalam
bas semasa hendak menaiki pesawat dan seterusnya bertanya sama ada.
Terminal 2 akan digunakan untuk sementara sahaja ataupun
selama-lamanya.
Tuan Yang di-Pertua, penggunaaa Terminal 2 untuk operasi
penerbangan dalam negari bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang
dialami di Terminal 1 sebelum ini. Seperti Yang Berhormat sedia
maklum, pada masa-masa yang tertentu di bangunan Terminal 1
khususnya di Dataran Awam, masalah kesesakan agak teruk. Masalah-
ini jika tidak diatasi akan menimbulkan masalah kurang selesa di
kalangan orang awam khususnya penumpang-penumpang. yang menggunakan
Terminal 1. Oleh yang demikian, bagi menjamin keselesaan kepada
penumpang-penumpang lebih-lebih lagi memandangkan lebih ramai lagi
penumpang dan pelawat akan mengunjungi negara ini melalui
Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Kerajaan memutuskan supaya
bangunan Terminal 2 yang sebelum ini pernah digunakan, digunakan
semula untuk operasi dalam negeri. Mengasingkan Terminal Dalam
Negeri dari Terminal Antarabangsa adalah amalan biasa di mana
negara-negara yang mendapati Terminalnya telah sesak. Ada di
antaranya yang terletak jauh berbatu-batu di antara kedua-dua
Terminal iaitu Antarabangsa dan Dalam Negeri. Berkaitan dengan
masalah kesesakan di dalam bas yang mengangkut penumpang dari
DN.26.12.89 -155-
Terminal 2 ke pesawat, pcrkara ini akan diambil perhatian dan pihak
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan diminta untuk mempastikan
supaya bas-bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang itu selesa
dan tidak sesak.
Berkaitan dengan persoalan sama ada bangunan Terminal 2 akan
disunakan sementara ataupan selama-lamanya, sukacita dimaklumkan
kepada Yang Berhormat bahawa langkah manggunakan Terminal 2 adalah
langkah untuk selama-lamanya sehingga satu kaputusan lain dibuat
pada masa yang akan datang. Mana-mana kemudahan yang belum
memuaskan, kemudahan-kemudahan ini akan ditingkatkan.
Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay telah telah meminta Karajaan
menyediakan peruntukan untuk membesarkan Lapangan Terbang Batu
Berendam, Melaka. Sakacita dimaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat
bahawa buat masa ini Lapangan Terbang Batu Berendam yang sedia ada
berupaya untuk mengendalikan pertambuhan trafik penumpang dalam
beberapa tahun yang akan datang ini. Oleh yang demikian, Kerajaan
tidak ada cadangan untuk membesarkan Lapangan Terbang Batu Berendam.
Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya mengakhiri jawapan saya ini
dengan mengucapkan ribuan terima kasih sekali kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah memberikan teguran dan pandangan yang bernas
dan membina. Kepada teguran, pandangan dan cadangan yang tidak
termasuk dalam jawapan saya ini, saya ingin menegaskan bahawa
kesemua teguran dan syor itu telah diambil ingatan dan akan diberi
pertimbangan yang serius oleh Kementerian Pangangkutan. Terima
kasih.
Tuan Yang diPertua: Dipersilakan Setiausaha Parlimen
Kementerian Penerangan.
DN.26.1-2.89 -156-
7.28 mlm.
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Dato' Haji Ahmad
Dusuki bin Haji Abmad]: Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan
mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1990, beberapa perkara di-
sentuh tentang Kementerian Ini. Saya mohon untuk memberi jawapan
secara am sahaja mengenai perkara-perkara yang telah disentuh.
Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan-soalan Yang Berhormat Puan
Val1i Muthusamy dan Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariff in ,
mengenai siaran Laporan Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,
Kementerian setakat hari ini tidak ada rancangan untuk menyiarkan
secara langsung Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Walau
bagaimanapun, RTM telahpun dari masa ke semasa ada membuat siaran
secara langsung mengenai perkara-perkara atau isu-isu penting yang
dibentangkan dalam Dewan Rakyat seperti pembentangan Belanjawan
tahunan di samping membuat laporan khas berhubung dengan isu-isu
penting untuk ditonton oleh rakyat
Mengenai rancangan Laporan Parlimen, Kementerian terpaksa mem-
batalkan rancangan itu hari ini kerana menurut kajian yang telah di-
jalankan bahawa penonton rancangan tersebut adalah tidak ramai dan
tidak banyak memberi kesan ..........
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf se-
kejap. Saya menjemput Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon untuk
mempengerusikan Majlis. Yang Berhormat boleh menyambung selepas
itu.
DN.26.12.89 -157-
[Dato' Tan Peng Khoon, mempengerusikan Mesyuarat]
Dato' Tan Peng Khoon: Yang Berhormat boleh sambung.
Dato' Haji Ahmad Dasuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua,
oleh yang demikian kandungan laporan. tersebut dimasukkan di dalam
Berita Perdana Televisyen. yang disiarkan pada dua saluran secara
serentak, dengan demikian ini memberi kesan yang menyeluruh dan
meluas kerana Berita Perdana TV Saluran 1 dan 2 menpunyai penonton
yang ramai, iaitu kira-kira 2.4 juta, namun, demikian Radio masih
tetap mengekalkan Laporan Parlimen itu sebagaimana biasa.
Berhubung dengan penggunaan bahasa baku, amalan itu sudahpun
dimulakan melalui Radio dan Televisyen, khususnya dalam ucapan seni
kata lagu dan nyanyian dan juga dalam mengucapkan istilah-istilah
yang sedia dan diucapkan oleh orang ramai dalam bentuk baku seperti
infrastruktur, industri dan hospital. Pihak RTM akan terus
menggunakan cara penyebutan baku itu secara beransur-ansur dan
berperingkat-peringkat supaya ianya tidak menjadi janggal kepada
pendengaran orang ramai dan pemahaman mereka tidak terjejas
memandangkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang menggunakan
sebutan yang lazim. Dalam hal ini haruslah diingat bahawa tugas
Kementerian Penerangan, khususuya RTM adalah untuk mewujudkan
komunikasi yang jelas dan tepat dengan rakyat dan oleh yang demikian
RTM perlulah menggunakan sebutan yang lazim yang digunakan oleh
orang ramai, malah bagi radio-radio tempatan sebutan dalam loghat
tempatan juga adalah diizinkan di mana amalan tersebut dapat
menambah pemaharaan dan penerimaan mesej yang hendak disampaikan.
DN.26.12.89 -158-
Mengenai siaran radio semua rancangan termasuk rancangan-
rancangan hiburan, majalah dan, lain-lain, semuanya adalah bercorak
nasional.
Berhubung dengan pertukaran nama rangkaian-rangkaian tersebut
adalah supaya siaran dalam bahasa ibunda sesuatu kaum tidak dikenali
dengan waras dan kita tidak mahu timbulnya salah anggap bahawa
mengenal kaum menurut warna dan juga mengelak salah anggap bahawa
hanya Rangkaian. Satu sahaja yang bercorak nasional. Isi kandungan
rancangan-rancangan tersebut sentiasa diperbaiki supaya ianya
bercorak nasional dan supaya di samping memberi hiburan dan
pendidikan siaran-siaran radio juga menanamkan semangat rasa cinta
negara dan membangun serta meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat
yang berbilang kaum.
Mengenai perkara yang berkaitan dengan siaran Berita Mandarin
dan Tamil oleh TV3 yang disentuh oleh Yang Berhormat Ng Peng Hay,
TV3 merupakan sebuah badan siaran swasta dan terpulanglah kepada
stesen tersebut menentukan rancangan-rancangan yang hendak disiarkan
olehnya. Kementerian hanya boleh menasihatinya dari segi isi
kandungan siaran-siaran sesuai dengan Akta Penyiaran 1988. Walau
bagaimanapun, Kementerian ini akan berusaha untuk membawa perkara
yang disentuh kepada pihak TV3 untuk pertimbangan mereka.
Mengenai perkara-perkara lain yang saya tidak dapat menjawab di
sini, Kementerian ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.
Akhirnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli
Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan teguran kepada
Kementerian Penerangan. Pandangan-pandangan dan teguran ini sudah
tentu dapat membantu Kementerian dalam menjalankan tugasnya dengan
lebih berkesan. Terima kasih.
N.26.12.89 -159-
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya jemput Kementerian.
Kebudayaan dan Pelancongan
7.34 mlm.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan
[Tuan Abdul Baman bin Suliman]: Tuan Yaug di-Pertua, terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan terima kasih- kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
yang telah mengambil bahagian di dalam perbahaaan atas dasar am
Belanjawan 1990 di Dewan Negara dan telah memberi cadangan, pendapat
serta teguran-teguran yang membina terhadap isu-isu yang berkaitan
dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
Tuan, Yang di-Pertua, yang berhormat Senator Tiong Hiew King
telah menyentuh, mengenai kurangnya publisiti mengenai
tarikan-tarikan pelancongan yang terdapat di Negeri Sarawak kepada
pelancong-pelancong. Sukalah saya menyatakan di sini bahawa
Kementerian memang berusaha memperkenalkan segala tarikan-tarikan
pelancong yang terdapat di semua negeri-negeri di dalam Malaysia
kepada, pelancong-pelancong di luar negeri, termasuk juga
tarikan-tarikan pelancong yang terdapat di Sarawak melalui
risalah—risalah, filem-filem dan bahan-bahan penggalakan pelancongan
yang diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.
Malahan sempena dengan program Tahun Melawat Malaysia ini beberapa
acara menarik, yang akan diadakan di Sarawak pada tahun 1990 telah
dimasukkan di dalam kalendar aturcara Tahun Melawat Malaysia 1990
yang diedarkan di beberapa negara dalam beberapa bahasa. Di samping
itu, Negeri Sarawak sendiri juga ada memasarkan produk-produk
pelancongan melalui rangkaian hubungan hotel melalui penghantaran
rombongan-rombongan kebudayaan ke negara-negara asing, pita video,
penulis kembara dan berbagai-bagai cara pengiklanan yang lain.
DN.26.12.89 -160-
Yang Berhormat Senator G. Rajoo mencadangkan supaya publisiti
Tahun Melawat Malaysia 1990 di luar negeri dibuat dengan
seluas-luasnya melalui media elektronik, suratkhabar, majalah tanpa
mengira kecil atau besanya negara tersebut. Sukalah dimaklumkan
bahawa Kerajaan. tidak dapat melaksanakan publisiti seperti yang
disarankan kerana perbelanjaan yang terlibat adalah terhad. Oleh
yang demikian pada masa ini strategi promosi adalah ditumpukan
kepada pasaran-pasaran pelancongan yang berpotensi besar sahaja
seperti United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Negara-negara
Eropah, Taiwan, Australia termasuk negara-negara ASEAN sendiri.
Sungguhpun demikian, publisiti program Tahun Melawat Malaysia 1990
ada juga dibuat di lain-lain negara melalui kedutaan-kedutaan
Malaysia di luar negeri sungguhpun penekanannya tidak meluas seperti
di pasaran-pasaran pelancongan yang berpotensi yang telah saya
sebutkan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Azman Atar ada
menyentuh bahawa Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tidak pernah
menjemput Ahli-ahli Dewan Negara ke upacara-upacara anjuran
Kementerian jika dibandingkan dengan Kementerian-kementerian lain.
Dalam hal ini seperti Yang Berhormat Menteri telah memberi jaminan
ketika soal-jawab sebentar tadi sudah tentu akan memberi perhatian
dan pertimbangan sewajamya mengetahui saranan Ahli Yang Berhormat
berkenaan di masa akan datang.
Mengenai saranan beliau juga supaya peristiwa perjanjian damai
antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunia Malaya direkod dan
didokumentasikan dan dijadikan sebagai program 'Hari Ini Dalam
Sejarah' di RTM, sukalah saya menyatakan di sini bahawa memanglah
menjadi amalan Arkib Negara peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah
seumpama ini direkod dan didokumentasikan. Kebiasaannya
DN.26.12.89 -161-
peristiwa-peristiwa sejarah yang didokumentasikan akan dijadikan
program 'Hari Ini Dalam Sejarah' dan disiarkan di RTM selepas lima
tahun peristiwa tersebut berlaku.
Yang, Berhormat Senator Ainon Ariffin telah menyarankan agar
Muzium Negara mengadakan pamiran-pamiran tetap yang mencerminkan
sejarah Malaysia semoga dapat dihayati oleh para pelancong dan pada
masa yang sama menjadi sumber pembelajaran kepada generasi muda
Malaysia. Kementerian memang menyedari bahawa pamiran-pamiran yang
diadakan pada masa ini adalah berbentuk umum. Ini adalah kerana
pada masa ini terdapat hanya, sebuah muzium sahaja di Kuala Lumpur
yang mana keluasannya adalah terhad. Dalam. hal ini Kementerian
sedang mengkaji beberapa kemungkinan bagi mengadakan pamiran-pamiran
tetap dengan menubuhkan rnuzium-muzium yang mempunyai thema-thema
tertentu, termasuklah pamiran sejarah seperti yang disarankan oleh
Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat , Senator G. Rajoo telah meminta agar
petugas-petugas di pintu masuk ke negara ini menunjukkan budi bahasa
dan tutur kata yang, baik ketika menyambut pelancong-pelancong.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang memberi
perhatian yang serius kepada perkara yang dibangkitkan ini.
Kurang-kursus kesopanan kepada kakitangan-kakitangan di,
organisasi-organisasi yang , memberikan perkhidmatan di pintu-pintu
masuk negara ini seperti di lapangan-lapangan terbang, Imigresen dan
Kastam malahan juga kepada pemandu-pemandu teksi dan kompleks
membeli-belah supaya mereka sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa
dan ramah mesra ketika menyambut kedatangan para pelancong telah
diberikan sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 1990.
DN.26.12.89 -162-
Yang Berhormat Senator Ng Peng Hay telah membangkitkan mengenai
satu laporan yang teratur di Taipeh berhubung dengan satu kes
rompakan ke atas sekumpulan pelancong Taiwan di Kuala Lumpur di mana
berita tersebut telah diputarbelitkan dan telah menjejaskan imej
Malaysia kepada pelancong asing. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, kes ini telahpun dilaporkan kepada Balai Polis Gombak
pada 13hb Julai 1989 yang lalu oleh ketua rombongan tersebut dan
siasatan mengenainya telah dibuat oleh pihak polis. Walau
bagaimanapun, perompak-perompak yang terlibat masih belum dapat
ditangkap. Bagi menjamin keselamatan pelancong-pelancong, pihak
polis kawasan Gombak atau Selayang telah mempertingkatkan rondaan
terutama di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di
sekitar kawasan Batu Caves, Kedai Kraftangan dan Cenderamata di
Taman Sri Gombak . Pihak polis juga bercadang akan mendirikan sebuah
pondok polis di kawasan ini bagi mengelakkan kejadian jenayah
seperti tersebut berulang lagi.
DN. 26. 12.89 -163-
Dalam hal ini juga Kementerian melalui Pejabat Perbadanan
Kemajuan Pelancongan Malaysia di Taipei, Taiwan telah menghubungi
syarikat pelancongan yang berkenaan dan akhbar-akhbar tempatan di
sana menaklumkan kedudukan perkara ini yang sebenar bagi mempastikan
imej industri pelancongan negara tidak terjejas .
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah
mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan
1990. Di atas segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung mengenai Kementerian
Kebudayaan dan Palancongan, kesemua teguran, pandangan tersebut akan
diambil perhatian dan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Saya
bagi pihak Kamenterian Kebudayaan dan Pelancongan mengucapkan terima
kasih.
Timbalan yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Timbalan Menteri
Perusahaan Awam.
7.41 mlm.
Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Tuan Haji Daud bin Dato' Haj i
Taha]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima
kasih di atas kesempatan bagi menjelaskan perkara-perkara yang telah
dibangkitkan oleh .Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan
mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 1990 yang menyentuh
Kementerian saya.
Sepanjang perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan
1990 di Dewan ini, Yang Berhormat Senator Azman Atar bin Othman
telah- membangkitkan beberapa perkara berhubung dengan Kementerian
Perusahaan Awam. Di atas perhatian Ahli Yang Berhotmat itu, saya
DN. 26.12.89 -164-
mengucapkan ribuan terima kasih dengan mengharapkan bahawa saranan,
teguran yang membina dapat digunakan sebagai panduan untuk
meningkatkan kecekapan dau prestasi agensi-agenai Kementerian
Perusahaan Awam.
Tuan Yang di-Pertua, pada keselurahannya, Ahli Yang Berhormat
telah membangkitkan dua perkara penting mengenai Kementerian,
Perusahaan Awam, iaitu yang pertama, perkara-perkara berkait dengan
Perbadanan Pembanguaan Bandar iaitu (UDA) dan yang kedua
perkara-perkara berkait dengan pengeluaran permit teksi oleh Lembaga
Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
Berkaitan dengan projek yaug dikatakan gagal atau terbengkalai,
sukacita saya menerangkan bahawa UDA memang mempunyai beberapa
projek yang pelaksanaannya telah ditanggahkan atau dibatalkan. Ini
ialah kerana selepas menimbangkan keadaan ekonomi negara khususnya
pasaran harta, projek-projek tersebut telah didapati tidak viable
atau menguntungkan. Walau bagaimanapun, sukacita saya menjelaskan
bahawa projek-projek tersebut bukanlah dalam kawasan Ahli Yang
Berhormat iaitu kawasan Batu di Kuala L u m p u r . U n t u k membolehkan
Kamenterian saya menyiasat dengan teliti dakwaan mengenai
terdapatnya kegagalan projek-projek di kawasan Ahli Yang Berhormat
itu, sukalah saya meminta supaya dinyatakan secara spesifik atau
terperinci mana-mana projek yang dikatakan gagal atau terbengkalai.
Projek-projek yang UDA akan terlibat di kawasan tersebut ialah
projek-projek yang dikendalikan oleh Unit Khidmat Perundingan UDA,
di mana UDA memberi khidmat nasihat kepada pemilik tanah bumiputera
bagi membantu mereka menggunakan tanah milikan sendiri . Pelaksanaan
projek yang berkenaan adalah bergantung kepada sama ada
projek-projek tersebut berdaya maju atau sebaliknya. Sekiranya
dijangka bahawa projek berkenaan kurang berdaya maju , UDA akan
DN.26. 12.89 -165-
menasihatkan tuan-tuan tanah berkaitkan supaya berhati-hati ataupun
menangguhkan pembangnnan projek tersebut.
Dakwaan bahawa terdapatnya projek-projek yang gagal atau
terbengkalai di kawasan Batu dengan mengaitkan Pengerusi UDA, adalah
tidak tepat. Di dalam memilih sesiapa yang difikirkan layak untuk
menjadi Pengerusi UBA, sukalah saya menjelaskan bahawa perlantikan.
itu dibuat mengikut kehendak Seksyen 4 (3) Akta Pembangunan Bandar
1971. Di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri, perlantikan
tersebut dibuat berasaskan kepada kebolehan dan pengalaman
seseorang.
Berhubung dengan perlantikan Pengerusi UDA sekarang iaitu Yang
Berhormat Puan Siti Zainab, selain daripada kebolehan dan
pengalamamya, kelayakan akademik beliau juga dijadikan asas
pertimbangan. Untuk makuman Ahli-ahli Yang Berhormat , Yang
Berhormat Puan Siti Zainab, selain daripada mempunyai kelulusan di
dalam bidang perakaunan dari Australia, adalah juga Ahli Malaysian
Associat ionof Certified Public Accouutant ataupun , (MACPA) dan
Malayaia Institute of Accountant (MIA.). Beliau telah pernah
berkhidmat dengan beberapa firma swasta di Australia, Singapura dan
Malaysia. Antara jawatan-jawatan yang penting yang pemah dipegang
oleh beliau termasuklah Ketua Akauntan PERNAS, Ketua Akauntan
Synthetic Rasin Malaysia Bhd, dan Pengerusi Kewangan Bank Pertanian
Malaysia.
Maklum balas yang saya perolehi menunjukkan bahawa prestasi
beliau semenjak menjadi Pengerusi UDA adalah amat mamuaskan.
Beberapa, projek yang dahulunya telah ditangguhkan, terutama di
Wilayah Persekutuan. diusahakan untuk dimajukan semula setelah
menimbang kira kedudukan pasaran harta pada masa akan datang.
Umpamanya, projek Bangunan Jaya, Projek Sinar Kota dan Projek
DN.26.12.89 -166-
Bangsar Utama talah dihidupkan. semula dan sedang giat dilaksanakan
dan dijangkakan akan-memberi pulangan yang baik kepada UDA.
Mengenai perkara-perkara yang berkait dengan Lambaga Perlesenan
kenderaan perdagangan, Yang Berhormat Senator Azman Attar Othman
juga telah menyatakan- rasa bimbang. beliau bahawa pengeluaran
sebanyak 2,000 permit teksi dalam bandar akan menimbulkan pergaduhan
antara pengusaha-pengusaha teksi. Sukacita saya menjelaskan bahawa
pengeluaran lesen-lesen teksi dalam bandar sebanyak 2,000 adalah
untuk memenuhi permintaan perkhidmatan teksi di kawasan Kuala
Lumpur , Petaling Jaya dan Shah Alam. Satu kajian mengenai
perkhidmatan teksi di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah
Alam yang dijalankan oleh Kementerian telah mendapati bahawa lebih
kurang 2,000 lesen teksi diperlukan sehingga tahun 1990.
Pengeluaran lesen-lesen teksi tersebut adalah juga sebagai
persediaan untuk menampung keperluan perkhidmatan teksi yang
dijangka akan bertambah selaras dengan program Tahun Melawat
Malaysia 1990.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian saya
telahpun memperluaskan lagi kawasan operasinya di mana teksi-teksi
Bandaraya boleh beroperasi sehingga ke Shah Alam, Petaling Jaya,
Kajang, Jalan Puchong sehingga kilometer 20, kawasan Subang sehingga
kilometer 20, kawasan Sungai Buluh sehingga kilometer 24, Jalan Ipoh
sehingga kilometer 23, seluruh kawasan Gombak hingga ke Muzitm Orang
Asli dan seluruh kawasan Ampang serta seluruh kawasan Ulu Klang.
Memandangkan kepada permintaan untuik perkhidmatan teksi yang semakin
bertambah dan juga kawasan operasi yang lebih meluas, Kementerian
saya berpendapat pengeluaran permit teksi tersebut tidak akan
mencetuskan. pergaduhan kerana semua pengusaha-pengusaha teksi akan
mendapat peluang untuk memperolehi pendapatan yang memuaskan.
DN, 26. 12. 89 -167-
Berkait dengan pelaksanaan sesuatu dasar oleh Kamenterian,
sukalah saya menjelaskan bahawa apa jua dasar yang diputuskan untuk
dilaksanakan adalah ' berasaskan kepada kajian yang teliti serta
nasihat-nasihat dan pandangan daripada pihak-pihak yang difikirkan
wajar. Yang demikian, ianya bukanlah merupakan satu dasar di atas
keputusan Yang Berhormat Menteri sendiri sahaja. Dasar— dasar
tersebut adalah merupakan dasar yang dibuat secara collective.
Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa di dalam pelaksanaan apa jua
dasar-dasar yang baru akan menghadapi beberapa masalah pelaksanaan.
Masalah-masalah yang berbangkit akan dikaji dari masa ke semasa dan
saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat jaga memberi sumbangan
bagi membuat pandangan, teguran yang saksama supaya matlamat dan
cita-cita negara pada keseluruhannya dapat dicapai. Sekian, terima
kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Sekarang saya menpersilakan Menteri
Kebajikan Masyarakat.
7.49 mlm.
Menteri Kebajikan Masyarakat [Dato' Mastaffa bin Mohamnad]:
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalan Dewan yaug mulia ini
yang telah menunjukkan minat terhadap berbagai perkhidmatan yang
telah dijalankan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat. Saya juga
ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah mengemukakan beberapa cadangan dan teguran
terhadap perjalanan dan juga pentadbiran Kementerian Kebajikan
Masyarakat. Dengan adanya pandangan-pandangan serta teguran-teguran
ini, pihak Kementerian akan dapat berusaha untuk manperbaiki lagi
taraf perkhidmatan terhadap golongan sasaran, terutama sekali mereka
yang kurang bernasib baik, yang banyak bergantung kepada berbagai
perkhidmatan yang telah diberi oleh Kamenterian Kebajikan
Masyarakat.
DN.26. 12. 89 -168-
Pihak Kementerian Kebajikan Masyarakat
penilaian terhadap perkhidamtan-perkhidmatannya yang telah berjalan
sehingga kini dan peka kepada masalah semasa dan sentiasa mengambil
tindakan untuk mengatasinya.
Bagi menjawab soalan yang ditimbulkan, yang dikemukakan oleh
Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim mengenai kadar
bantuan balanan bagi orang-orang tua yang tidak mencukupi, saya
ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya bahawa kadar bantuan
bulanan bagi orang-orang tua ialah sebanyak $50 sebulan. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat juga, kadar bantuan sebanyak S30
sebulan itu merupakan kadar minima bagi bantuan am, dan bantuan
maksima yang diberikan adalah sebanyak $115 sabulan. Jumlah bantuan
yang diberikan kepada sesebuah keluarga adalah bergantuug kepada
keudukan serta ramainya ahli di dalam sesuatu keluarga itu.
Untuk makluman Ahli Yaug Berhormat juga, Kementarian Kebajikan
Masyarakat kini sedang mengkaji untuk meminda kadar-kadar bantuan
yang ada sekarang ini supaya ia lebih munasabah bagi meringankan
bebanan mereka dari golongan yang termiskin yang perlu diberikan
bantuan oleh Kerajaan,
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat
Tuan Ng Peng Hay mengenai masalah pengemis yang berkeliaran di
bandar-bandar, suka saya menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa.
Kementerian Kebajikan Masyarakat telahpun mengarahkan semua Jabatan
Kebajikan Masyarakat menjalankan serbuah bagi menangkap
DN.26.12.89 -169-
pengemis-pengemis dan orang-orang papa yang berkeliaran di
bandar-bandar dan merata-rata tempat di seluruh negara ini khasnya
dalam kita menghadapi Tahun Melawat Malaysia 1990. Pengenis-pengemis
yang ditangkap akan dimasukkan ke pusat-pusat pemulihan mengikut
perbekalan Akta Orang Papa 1977, jika sekiranya tiada sesiapa yang
bertangguagjawab atau menjanin untuk menjaganya dengan sempurna.
Kenenterian ini sentiasa raenyedari bahawa berbagai tektik
digunakan oleh pengemis-pengemis untuk mendapatkan simpati dari orang
ramai. Jesteru itu, Kementerian Kabajikan Masyarkat sentiasa
menyedarkan masyarakat supaya tidak memberi sedekah kepada
pengemis-pengemis, tetapi sebaliknya mereka digalakkan supaya
menderma kepada pertubuhan-pertubuhan sukarela dan badan-badan agama
yang diiktiraf.
Bagi pengemis yang masih muda dan boleh mambuat kerja, mereka
ini dimasukkan ke Desa Bina Diri yang berada di Mersing, Johor untuk
diberi latihan di dalam sesutu bidang kemahiran vokasional supaya
mereka apabila dibebaskan kelak dapat ditempatkan di dalam pekerjaan
yang sesuai baginya .
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kcpada Ahli-ahli yang Berhormat yang
telah memberikan perhatian, cadangan dan menimbulkan beberapa
persoalan mengenai Kementerian Kebajikan Masyarakat dan segala
teguran dan pandangan ini akan diberi perhatian yang sewajamya oleh
Kementerian Kebajikan Masyarakat demi untuk mempertingkatkan lagi
perkhidmatan dan keupayaan Kementerian dari segi menyediakan
kemudahan dan keperluan kepada kumpulan sasaran. Dengan adanya
DN.26.12.89 -170-
perhatian serta minat Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia
ini terhadap soal dan isu kebajikan masyarakat, ini adalah suatu
tanda yang baik uutuk membantu Kamenterian ini ke arah pencapaian
dau peningkatan perkhidmatannya kepada masyarakat. Terima kasih.
Dato' Tan Peng Khoom : Pada akhir sekali, saya mempersilakan
Timbalan Menteri Kewangan bagi memberi jawapan dan menggulungkan
segala perbahasan mengenai Rang Undang-undang ini.
7.55 ptg
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan
Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada
semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menberikan sokongan,
teguran serta cadangan semasa membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan 1990.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah binti
Jusoh telah membangkitkan soal nilai ringgit yang dikatakan rendah
jika dibandingkan dengan matawang utama lain di dunia.
Pada asasnya, nilai matawang sesebuah negara adalah bergantung
kepada kedudakan ekonomi negara berkenaan seperti kadar pertumbuhan,
imbangan pembayaran, kadar inflasi dan lain-lain lagi. Sememangnya,
kedudukan ekonomi yang kukuh menjadikan nilai matawang lebih stabil.
Nilai ringgit negara kita yang rendah dalam tempoh 1985-1987
mencerminkan kedudukan ekonomi negara yang tidak menggalakkan pada
ketika itu. Sekarang ini, kedudukan nilai ringgit kita telah semakin
stabil hasil daripada keadaan ekonomi negara yang semakin kukuh.
Pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 8.72 pada tahun
1988 dan 7.6% dalam tahun 1989. Langkah-langkah kewangan dan
DN. 26. 12. 89 -171-
fiscal yang telah diambil oleh Kerajaan telah berhasil mengukuhkan
imbangan. pembayaran dan meningkatkan pelaburan.
Sejak akhir tahun 1988 hingga sekarang, nilai ringgit telah
bertambah kukuh berbanding dengan matawang-matawang utama. Oleh itu
pendapat yang menyatakan bahawa penurunan nilai ringgit adalah
disebabkan oleh kelemahan dalam pentadbiran kewangan negara adalah
tidak benar.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Habidah
juga mencadangkan agar cukai pendapatan ke atas orang-orang Islam
di Malaysia dihapuskan dan digantikan dengan bayaran zakat. Beliau
juga mencadangkan supaya satu unit khas di Kementerian Kewangan
ditubuhkan untuk mengutip zakat dari umat Islam di negara ini.
Berhubangan dengan isu yang dibangkitkan ini, adalah
dimaklumkan bahawa pembayaran cukai pendapatan dilakukan oleh semua
warganegara Malaysia tanpa mengira agama, manakala zakat pula adalah
khusus untuk orang Islam. Dari segi pentadbiran cukai pendapatan,
Kerajaan tidak membezakan seorang pembayar cukai itu sama ada ia
seorang Islam atau bukan Is1am. Sekiranya orang Is1am membayar
zakat sahaja dan orang bukan Islam membayar cukai pendapatan, ini
akan menimbulkan keadaan tidak adil.
Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, cukai pendapatan
adalah hasil Kerajaan persekutuan yang antara lain akan digunakan
untuk projek-projek panbangunan. Sekiranya cukai pendapatan
orang-orang Islam dihapuskan, ini bermakna projek-projek pembangunan
yang dijalankan oleh Kerajaan adalah ditanggung oleh orang-orang
bukan Islam sahaja. Ini adalah kerana wang daripada tabung zakat
hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu sahaja dan tidak boleh
DN. 26. 12.89 -172-
digunakan untuk projek-projek pembangunan yang lebih rnenyeluruh.
Oleh itu adalah sukar untuk Kerajaan mempertimbangkan cadangan Ahli
Yang Berhormat agar cukai pendapatan untuk orang-orang Islam di
Malaysia dihapuskan dan digantikan dengan bayaran sakat.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Senator
Lim Heng Tee mengenai pentadbiran kewangan yang cekap dan berkesan ,
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal
pembaziran perbelanjaan.
Umpamanya perjalanan ke luar negeri adalah dihadkan kepada
lawatan dan penyertaan yang benar-benar perlu sahaja. Bilangan
pegawai yang menyertai lawatan dan menghadiri kursus, seminar dan
persidangan di luar negeri juga dihadkan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee juga
telah membangkitkan perkara pinjaman perumahan berasingan untuk
suami dan isteri yang dianggapnya sebagai berlebihan. kerana
rnenurutnya kedua suami isteri tinggal bersama.
Sebenarnya, kelonggaran syarat yang membenarkan kedua-dua suami
isteri yang berkhidmat dengan Kerajaan mengambil kemudahan pinjanan
Kerajaan adalah tidak berlebihan seperti yang didakwa. Ini adalah
keran jumlah had kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada
pembayaran balik tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki dan tidak
semua kakitangan Kerajaan suami serta isteri mengambil pinjaman
secara berasingan.
DN.26.12.89 - 173 -
Malahan, kebanyakan daripada mereka iaitu pasangan suami isteri
memilih untuk membuat pinjaman secara bersama bagi pembelian sebuah
rumah yang seimbang dengan kemampuan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Hamid bin
Haji Abdul Latif membangkitkan perkara sumbangan Kewangan Perse-
kutuan kepada Kerajaan Negeri iaitu supaya pemberian peruntukan
tidak didasarkan kepada jumlah bilangan penduduk sesebuah negeri
tetapi hendaklah berdasarkan kepada tahap kemajuan negeri untuk
diseimbangkan pemberian yang berkenaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain-daripada pemberian
berasaskan bilangan penduduk , Kerajaan juga memperuntukkan pemberian
berdasarkan kepada. Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan
Kesejahteraan Hidup bertujuan khusus untuk membantu negeri-negeri
yang tahap pembangunannya masih rendah. Oleh hal yang demikian,
cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sedang dilaksanakan
oleh Kerajaan pada masa ini.
Mengenai pembangunan kawasan RASCOM yang ce1ah dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Senator Tuan Douglas Sullang, sukalah saya
memaklumkan bahawa Kerajaan sentiasa memberi perhatian khusus di
bawah program pembangunan bertujuan untuk meninggikan taraf sosio-
ekonomi penduduk dalam kawasan RASCOM. Di bawah program tersebut
sebanyak $18.65 juta telah disediakan di bawah Rancangan Malaysia
Kelima bertujuan untuk menyedaikan berbagai kemudahan meliputi
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
DN.26.12.89 - 174 -
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga telah membangkitkan
tentang masalah kontrak pembekalan daging ayam di negeri Sarawak
yang menurutnya telah diberi kepada seorang pembekal secara
rundingan. Beliau telah mencadangkan supaya kontrak diberi kepada
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang kemudiannya mengagihkan
kontrak tersebut kepada kontraktor-kontraktor kecil khususnya
usahawan-usahawan bumiputera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Kewangan telah mempertimbangkan cadangan berkenaan dan
pada masa sekarang Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk
memberikan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri kontrak pem-
bekalan daging lembu dan telur ayam. Rundingan lanjut dengan pihak
Perbadanan Kemajuan Negeri akan diadakan bagi menentukan syarat-
syarat dan penentuan harga kontrak tersebut. Soal pemonopolian
pembekalan oleh sesuatu pihak sahaja adalah tidak berbangkit.
Yang Berhormat Senator Puan Valli Muthusamy pula mencadangkan
agar struktur gaji pegawai perundangan Kerajaan dikaji semula untuk
mengelakkan perletakan jawatan atau persaraan awal mereka akibat
Tawaran pekerjaan yang lebih lumayan dari sektor swasta. Untuk
makluman Dewan yang mulia ini, pada masa sekarang pegawai per-
undangan adalah dibayar gaji atas kod gaji A19. Struktur gaji
tersebut adalah sangat berpatutan dengan tugas jawatan serta
penawaran tenaga kerja manusia yang melebihi permintaan di pasaran
sekarang. Tambahan pula, peluang kenaikan pangkat untuk pegawai
perundangan Kerajaan adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan
lain-lain perkhidmatan dalam kod gaji yang sama. Oleh yang
demikian, kajian terhadap struktur gaji pegawai perundangan demikian
adalah tidak perlu dijalankan pada masa ini.
DN.26.12.89 - 175 -
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin
telah membangkitkan masalah dagangan dalaman, atau dengan izin
"insider crading" yang melanda pasaran modal negara kita khususnya
Bursa Saham Kuala Lumpur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini,
Kerajaan telah pun menggubal Akta Perindustrian Sekuriti 1983
(Pindaan 1987) yang antara lain telah memperuntukkan hukuman yang
berat kepada sesiapa yang sabit dengan kesalahan dagangan dalaman
ini. Menurut Seksyen 91 Akta berkenaan, hukuman berat berupa denda
sebanyak $50,000 dan diwajibkan penjara tidak melebihi 7 tahun
adalah dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah terlibat
dengan jenayah kolar putih dagangan dalaman ini.
Teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan
mengenai dagangan dalaman baru-baru ini bukanlah amaran sahaja.
Siasatan sedang dilakukan dan sekiranya terdapat bukti dagangan
dalaman telah berlaku, Kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Senator Tuan Tiong Hiew King telah mencadangkan
supaya institusi kewangan menyediakan- pinjaman dengan kadar faedah
yang berpatutan dan juga syarat-syarat pinjaman yang longgar bagi
membantu pengusaha-pengusaha mengatasi masalah kewangan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, kadar faedah pinjaman yang dikeluarkah
oleh bank-bank biasanya diasaskan kepada tabungan. Dengan itu
adalah sukar bagi pihak bank-bank untuk memberi pinjaman dengan
kadar faedah yang rendah kerana wang yang dipinjamkan itu adalah
juga melibatkan kos kepada pihak bank. Walau bagaimanapun,
Kementerian Kewangan sentiasa mengawasi supaya kadar faedah pinjaman
oleh bank-bank adalah berpatutan dengan cara menetapkan Kadar
Pinjaman Asas.
DN.26.12.89 - 176 -
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan
membahaskan berkenaan dengan Kementerian Kewangan. Sekiranya
terdapat ulasan dan pandangan yang tidak sempat saya jawab, sukacita
saya nyatakan bahawa ulasan dan pandangan Yang Berhormat-Yang
Berhormat adalah dalam perhatian Kementerian Kewangan. Terima
kasih.
Dato' Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah
bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang di baca kali yang kedua.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan
Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan Peraturan
Mesyuarat 53(2), saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang
ini dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya
ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan
diluluskan sekarang..
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Dato Tan Peng Khoon: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
tangguhkan Dewan yang mulia ini sehingga jam 2.30 petang hari esok,
hari Rabu, 27hb Disember, 1989.
Dewan ditangguhkan pada pukul 8.10 malam.