1.0. PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Di dalam bidang pendidikan,guru seringkali terlibat di dalam mentafsir prestasi
pelajarnya. Pengukuran, pengujian dan penilaian merupakan konsep-konsep penting dalam
bidang pendidikan, malah ianya juga turut dikatakan konsep yang tidak boleh dipisahkan dalam
kehidupan manusia. Dikatakan ramai ahli pengukuran yang menggunakan istilah pentaksiran dan penilaian saling bertukar ganti.
1.1. Konsep pentaksiran dan penilaian.
1.1.1 Pentaksiran.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai sesuatu produk di dalam
proses pendidikan dikenali sebagai Pentaksiran.
Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000)
menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pada tahun 2000, Lembaga Peperiksaan Malaysia
menyatakan di dalam konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat dan dianggap sebagai sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu. Dimana nilai dan segala yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan
ditafsirkan bagi melihat tahap pencapaian dan perkembangan murid-murid itu.
Jika pentaksiran menurut Bhasah Abu Bakar (2009), pentaksiran merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran dimana menginteragrasi strategi pentaksiran yang baru ke
dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan konsep yang begitu
praktikal sedang berlaku.
1
1.1.2 Penilaian
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai perihal atau
perbuatan menilai. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.
Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Justeru sebelum suatu
keputusan dibuat perlulah menilai kesemua faktor sebab dan kemungkinan agar keputusan
yang telah dibuat memberikan kepuasan dan tidak dapat disangkal oleh mana-mana sebab
yang lain.
Sekarang, penggunaan istilah pantaksiran dan penilaian telah berleluasa sebagaimana
yang telah dinyatakan oleh Popham (2000) telah menyatakan bahawa istilah
pengukuran,pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar ganti dan dianggap
sinonim. Namun Bhasah Abu Bakar (2009) menyatakan bahawa penilaian merupakan satu
pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian.Guru mengukur tahap pencapaian murid
melalui ujian yang dijalankan,Seterusnya guru itu akan menilai ukuran pencapaian berdasarkan
keputusan ujian dan bersama-sama dengan maklumat lain yang berkaitan. Justeru, penilaian
boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif
atau kedua-duanya sekali. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu
menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.
1.2 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan.Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian.Ujian
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen
2
pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan.Pertimbangan ini dibuat bagi
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas
ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu
konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, dan pemberatan taburan aras
kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti
berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain
itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan.
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian
dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat
membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik.Selain dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran
dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari
semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan
dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan
pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang
lain. Jadual Spesifikasi Ujian bagi Kertas Matematik Tahun 4, terdapat di lampiran.
3
Gambarajah 1 : Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
1.2.1 Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi
Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
4
Gambarajah 2 : Langkah-langkah Pembinaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran
perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang
dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil
oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk
dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk
melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan
masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini
dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis
objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji.
Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting
5
kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan
bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina.
Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya
mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya
mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi
peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,
kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada
kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira
masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
6
2.0 Keputusan Ujian
Kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi kursus Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
( MTE 3123). Satu ujian telah ditadbirkan ke atas sekumpulan pelajar seramai 30 orang iaitu
pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jawi, Pulau Pinang dan soalan adalah
berbentuk aneka pilihan iaitu soalan Matematik Tahun 4 dan telah diberikan kepada murid
Tahun 5. Selepas memperoleh markah mentah, beberapa langkah telah dijalankan. Kami perlu
memasukkan markah mentah pelajar sebelum menganalisis item-item tersebut. Analisis yang
dibuat antaranya ialah mentafsir skor ujian, menghitung indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi bagi setiap item berkenaan, serta memberikan komen tentang indeks-indeks
berkenaan dan implikasinya.
7
KESESUAIAN ITEM
DAN UJIAN3.0 KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
3.1 KEPENTINGAN KEBOLEHPERCAYAAN
3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN
2.0 PENULISAN ITEM
2.1 ITEM BERANEKA PILIHAN
2.2 ITEM BETUL – SALAH
2.3 ITEM MENGISI RUANG KOSONG
2.4 ITEM PADANAN
1.0 ANALISIS ITEM
1.1 INDEKS KESUKARAN
1.2 INDEKS DISKRIMINASI
1.3 HURAIAN ANALISIS
4.0 KESAHAN UJIAN
4.1 JENIS-JENIS KESAHAN UJIAN
4.2 CARA MENINGKATKAN KESAHAN UJIAN
Gambarajah 3 : Kesesuaian Item Dan Ujian
2.1 Analisis Item
Analisis item merupakan satu proses mengenalpasti dan memilih item-item yang berfungsi
setelah item-item dipra uji terlebih dahulu untuk mengetahui statistik bagi setiap item
berkenaan. Analisis item ini bertujuan untuk menentukan kesukaran item, dan bagaimana item
mendiskriminasikan pelajar dalam menjawab sesuatu item.
2.1.1 Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran item ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpulan
yang diuji. Secara amnya, ia ditulis sebagai nilai P. Ia dinyatakan sebagai perkadaran dan
julatnya diantara 0.00 hingga 1.00. Maka, lebih tinggi nilai p, lebih mudahlah sesuatu item
berkenaan kepada pelajar. Tujuan mengukur Indeks kesukaran item adalah bagi memastikan
pembina ujian mematuhi cara tertentu dalam menyusun item. Ini kerana terdapat suatu kaedah
menyusun item dalam kertas ujian dan cara susunan item didapati mempengaruhi jawapan
pelajar. Indeks Kesukaran juga dapat membantu pembina ujian membina item yang sesuai
untuk dimasukkan ke dalam ujian bentuk akhir. Sekiranya ujian itu untuk pemilihan, maka sudah
tentu item yang akan dikemukakan adalah yang sukar di mana memerlukan pelajar untuk
berfikir, mengaplikasi, analisis, sintesis dan menilai sesuatu sebelum memberikan jawapan.
Pengiraan Indeks Kesukaran adalah seperti berikut:
Indeks Kesukaran (IK), p = Bilangan pelajar menjawab soalan yang betul
Bilangan pelajar yang menjawab item
Dalam analisis ini indeks kesukaran dipilih bagi setiap item. Nilai kesukaran item yang di hitung
adalah seperti berikut: Indeks Kesukaran adalah satu indeks pengukuran tentang kesukaran
sesuatu item bagi kumpulan yang diuji dan secara konvensionalnya ditulis sebagai nilai p.
Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian. Indeks ini
8
boleh digunakan untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item menggunakan kriteria
dan piawai.
Nilai IK ialah antara 0.00 hingga 1.00. Jika nilai IK akan menjadi 0 maka, soalan
amat sukar atau item yang sukar mempunyai nilai IK yang rendah.Oleh itu,item yang sukar
mempunyai nilai IK yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai IK yang
tinggi, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan, indeks kesukaran menggambarkan
peratusan murid yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lebih tinggi peratusan murid
yang menjawab sesuatu item dengan betul, lebih mudah item tersebut. Sebagai panduan,aras
kesukaran item dapat ditafsirkan mengikut nilai IK seperti yang ditunjukan di bawah.
Jadual 1: Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Berdasarkan jadual pencapaian pelajar iaitu murid Tahun 4 SJK(T) Ladang Jawi, berikut adalah
indeks kesukaran bagi setiap item.
Pelajar Jawapan yang diberi oleh pelajar
Jawapan yang sepatutnya
ARVESHA A/P KANNEN B B9
Nilai ( IK ) Pengkelasan Item
0.00 – 0.20 Terlalu sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu mudah
DARSHEEN A/L ALAGESAN B B
DEEPA SRI A/P DORAISAMY B B
DEVAA SRI KUMARESAN A/L JAGATHISAN B B
DHARSHINI A/P K VIVEAHAN B B
DINESHWARY A/P RUTHIRAN B B
DURGAASHINI A/P RAQUNATHAN B B
GEERTHIYANY A/P SIVAPERUMAL B B
HAAREHARAN A/L MAGINTHRAN B B
HAARSHINEE A/P S GUNASAGARAN B B
HUMAWATHI A/P SURESH KUMAR B B
KISHAANRAAJ A/L MOHAN B B
KUMARRESAAN A/L POLONIAPPAN B B
LIVINTHIRAN A/L KESAVAN B B
NAVEEN A/L MUNIYANDY B B
NEESHENTHRAN A/L GANESON B B
NIMALLAN A/L KANAN B B
PARAMAGURU A/L YOGASWARAN B B
RISHANTHINI A/P MANIVANNAN B B
SHAARATHI A/L NAVARATHINAM B B
SHAMENI A/P TAMILANBAN B B
SHARON A/P STAVE B B
SRILEKHA A/P RAMESH B B
SRITARAN A/L KAMARAJU B B
SUNIL RAAJ A/L VADIVEL B B
10
THINIS A/L CHANDRASEGARAN B B
VARUNA SAKTI A/P SINGGARAVELLU B B
VIMAANTHAN A/L MOGANASUNTARAM B B
YHUVARAAJAN A/L KUNASEGARAN B B
YUVANDRAN A/L NANTHA KUMAR B B
Jadual 2 : Item 1 – Soalan Nombor 1
Daripada 30 orang murid, semua murid dapat menjawab soalan dengan betul, maka indeks
kesukaran bagi item tersebut adalah:
Indeks Kesukaran (IK), p = 30
30
= 1 ( terlalu mudah)Kesimpulannya, soalan 1 merupakan soalan berbentuk pengetahuan mengikut Taksonomi
Bloom. Berdasarkan indeks kesukaran item, mendapati soalan ini terlalu mudah dan semua
pelajar dapat menjawab dengan betul.
Pelajar Jawapan yang diberi oleh pelajar
Jawapan yang sepatutnya
ARVESHA A/P KANNEN C C
DARSHEEN A/L ALAGESAN B C
DEEPA SRI A/P DORAISAMY D C
DEVAA SRI KUMARESAN A/L JAGATHISAN C C
DHARSHINI A/P K VIVEAHAN C C
DINESHWARY A/P RUTHIRAN C C
DURGAASHINI A/P RAQUNATHAN C C
GEERTHIYANY A/P SIVAPERUMAL C C
HAAREHARAN A/L MAGINTHRAN C C
11
HAARSHINEE A/P S GUNASAGARAN C C
HUMAWATHI A/P SURESH KUMAR C C
KISHAANRAAJ A/L MOHAN C C
KUMARRESAAN A/L POLONIAPPAN C C
LIVINTHIRAN A/L KESAVAN C C
NAVEEN A/L MUNIYANDY C C
NEESHENTHRAN A/L GANESON C C
NIMALLAN A/L KANAN C C
PARAMAGURU A/L YOGASWARAN C C
RISHANTHINI A/P MANIVANNAN C C
SHAARATHI A/L NAVARATHINAM C C
SHAMENI A/P TAMILANBAN B C
SHARON A/P STAVE C C
SRILEKHA A/P RAMESH C C
SRITARAN A/L KAMARAJU C C
SUNIL RAAJ A/L VADIVEL C C
THINIS A/L CHANDRASEGARAN C C
VARUNA SAKTI A/P SINGGARAVELLU D C
VIMAANTHAN A/L MOGANASUNTARAM C C
YHUVARAAJAN A/L KUNASEGARAN C C
YUVANDRAN A/L NANTHA KUMAR C C
Jadual 3 : Item 2 – Soalan Nombor 2
Daripada 30 orang murid, terdapat murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul ,
maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah:
Indeks Kesukaran (IK), p = 26
12
30
= 0.87 ( mudah)Kesimpulannya, soalan 2 merupakan soalan berbentuk kefahaman mengikut Taksonomi bloom
dimana murid telah dinilai untuk menambah hingga tiga nilai wang dan jumlahnya tidak melebihi
RM 100 000. Berdasarkan indeks kesukaran item ini, mendapati soalan ini juga mudah dan
hanya 4 orang murid sahaja tidak dapat menjawab kepada soalan ini dengan betul.
Pelajar Jawapan yang diberi oleh pelajar
Jawapan yang sepatutnya
ARVESHA A/P KANNEN B A
DARSHEEN A/L ALAGESAN D A
DEEPA SRI A/P DORAISAMY C A
DEVAA SRI KUMARESAN A/L JAGATHISAN C A
DHARSHINI A/P K VIVEAHAN D A
DINESHWARY A/P RUTHIRAN B A
DURGAASHINI A/P RAQUNATHAN D A
GEERTHIYANY A/P SIVAPERUMAL A A
HAAREHARAN A/L MAGINTHRAN A A
HAARSHINEE A/P S GUNASAGARAN A A
HUMAWATHI A/P SURESH KUMAR A A
KISHAANRAAJ A/L MOHAN A A
KUMARRESAAN A/L POLONIAPPAN A A
LIVINTHIRAN A/L KESAVAN A A
NAVEEN A/L MUNIYANDY A A
NEESHENTHRAN A/L GANESON A A
NIMALLAN A/L KANAN A A
PARAMAGURU A/L YOGASWARAN A A
13
RISHANTHINI A/P MANIVANNAN B A
SHAARATHI A/L NAVARATHINAM C A
SHAMENI A/P TAMILANBAN B A
SHARON A/P STAVE B A
SRILEKHA A/P RAMESH A A
SRITARAN A/L KAMARAJU B A
SUNIL RAAJ A/L VADIVEL D A
THINIS A/L CHANDRASEGARAN C A
VARUNA SAKTI A/P SINGGARAVELLU C A
VIMAANTHAN A/L MOGANASUNTARAM B A
YHUVARAAJAN A/L KUNASEGARAN C A
YUVANDRAN A/L NANTHA KUMAR C A
Jadual 4 : Item 4 – Soalan Nombor 4
Daripada 30 orang murid, terdapat ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan
betul. Berdasarkan jadual di atas, hanya 12 orang murid sahaja dapat menjawab kepada soalan
dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah:
Indeks Kesukaran (IK), p = 12
30
= 0.4 ( terlalu sukar)Kesimpulannya, soalan 4 merupakan berbentuk kefahaman mengikut Taksonomi bloom
dimana murid telah dinilai untuk menambah dan menolak nilai wang hingga RM100 000
Berdasarkan indeks kesukaran item ini, mendapati soalan ini terlalu sukar bagi murid Tahun 4
tersebut dan hanya 12 orang murid sahaja dapat menjawab kepada soalan ini dengan betul
dan 18 orang murid tidak dapat menjawab dengan betul. Jadual berikut menunjukkan jawapan
murid bagi item 9 dimana tahap pencapaiannya sederhana.
Pelajar Jawapan yang diberi oleh pelajar
Jawapan yang sepatutnya
ARVESHA A/P KANNEN D B
DARSHEEN A/L ALAGESAN D B
14
DEEPA SRI A/P DORAISAMY C B
DEVAA SRI KUMARESAN A/L JAGATHISAN B B
DHARSHINI A/P K VIVEAHAN B B
DINESHWARY A/P RUTHIRAN D B
DURGAASHINI A/P RAQUNATHAN B B
GEERTHIYANY A/P SIVAPERUMAL C B
HAAREHARAN A/L MAGINTHRAN D B
HAARSHINEE A/P S GUNASAGARAN C B
HUMAWATHI A/P SURESH KUMAR B B
KISHAANRAAJ A/L MOHAN B B
KUMARRESAAN A/L POLONIAPPAN B B
LIVINTHIRAN A/L KESAVAN C B
NAVEEN A/L MUNIYANDY D B
NEESHENTHRAN A/L GANESON D B
NIMALLAN A/L KANAN B B
PARAMAGURU A/L YOGASWARAN B B
RISHANTHINI A/P MANIVANNAN C B
SHAARATHI A/L NAVARATHINAM B B
SHAMENI A/P TAMILANBAN C B
SHARON A/P STAVE B B
SRILEKHA A/P RAMESH D B
SRITARAN A/L KAMARAJU B B
SUNIL RAAJ A/L VADIVEL B B
THINIS A/L CHANDRASEGARAN B B
VARUNA SAKTI A/P SINGGARAVELLU D B
VIMAANTHAN A/L MOGANASUNTARAM B B
15
YHUVARAAJAN A/L KUNASEGARAN D B
YUVANDRAN A/L NANTHA KUMAR B B
Jadual 5 : Item 9 – Soalan Nombor 9Daripada 30 orang murid, sebilangan murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
Berdasarkan jadual di atas, 15 orang murid dapat menjawab kepada soalan dengan betul
manakalah 15 orang murid lagi tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Maka indeks
kesukaran bagi item tersebut adalah:
Indeks Kesukaran (IK), p = 15
30
= 0.50 ( sederhana)Kesimpulannya, soalan 9 merupakan berbentuk analisis mengikut Taksonomi bloom dimana
murid telah dinilai untuk menambah dan menolak nilai wang hingga RM100 000. Berdasarkan
indeks kesukaran item ini, mendapati bahawa soalan ini merupakan soalan yang sederhana
sukar bagi murid Tahun 4. Hal ini kerana separuh daripada bilangan murid tidak dapat
menjawab kepada soalan nombor 9 ini. Jadual berikut menunjukkan indeks kesukaran bagi
semua item yang terdapat dalam ujian ini.
16
Jadual 6 : Indeks Kesukaran Bagi 20
Item
17
Item Indeks Kesukaran
1 1.00
2 0.87
3 1.00
4 0.43
5 0.90
6 0.77
7 0.80
8 0.63
9 0.50
10 0.67
11 0.70
12 0.73
13 0.50
14 0.77
15 0.50
16 0.60
17 0.80
18 0.67
19 0.47
20 0.33
2.1.2 Indeks Diskriminasi
Indeks Diskriminasi merupakan satu ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk
mengukur kepekaan perbezaan individu. Sesuatu item itu dianggap berdiskriminasi sekiranya
ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh menjawabnya dengan betul berbanding
dengan pelajar yang datang kumpulan berkebolehan rendah.
Item Diskriminasi dihitung dengan membandingkan prestasi pelbagai kumpulan
terhadap sesuatu item dengan prestasi mereka ke atas sesuatu kriteria yang juga mengukur
trait yang sama. Indeks Diskriminasi biasanya diukur menggunakan perbezaan di antara
kumpulan atas (biasanya 27%) yang dapat menjawab sesuatu item dengan betul dengan
kumpulan bawah (biasanya 27%) yang dapat menjawab sesuatu item yang sama dengan betul.
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri
0.0, soalan – soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia
secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar
lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar
semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian - bahagian
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada
sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan
pengajian dalam bidang - bidang tertentu.
Jadual di bawah menunjukkan tafsiran bagi Indeks Diskriminasi:
18
Nilai ID Pengkelasan Item
0.00 – 0.10 Tidak baik
0.11 – 0.20 Kurang baik
0.21 – 0.30 Sederhana baik
0.31 – 0.40 Baik
0.41 – 1.00 Sangat baik
Dalam tugasan ini, indeks diskriminasi ditentukan berdasarkan formula berkenaan.
Indeks Diskriminasi (D) : Tª - Rª
D: Indeks Diskriminasi
Tª : Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan Tinggi
Rª: Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan Rendah
Jadual berikut menunjukkan Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan tinggi dan kumpulan
rendah.
Contoh 1
ITEM UJIAN 1 PILIHAN
19
A B C D
10 pelajar daripada kumpulan tinggi 10.00 0 0 0
10 pelajar daripada kumpulan rendah 10.00 0 0 0
Jadual 7 : Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan tinggi dan kumpulan rendah bagi
item 1.
Indeks diskriminasi dikira seperti di bawah:
Indeks Diskriminasi (D) : Tª - Rª
D : 10.00 – 10.00
D : 0.00
Berdasarkan jadual diatas didapati indeks diskriminasi bagi item 1 adalah 0.00 dimana item ini
kurang diskriminasi dan perlu dibuang. Hal ini kerana soalan ini tidak dapat membezakan
pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan –
soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
Contoh 2
ITEM UJIAN PILIHAN
20
A B C D
10 pelajar daripada kumpulan tinggi 2 0 8 0
10 pelajar daripada kumpulan rendah 2 2 5 1
Jadual 8 : Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan tinggi dan kumpulan rendah bagi
item 10.
Indeks diskriminasi boleh juga dikira seperti di bawah:
Indeks Diskriminasi (D) : Tª - Rª
N/2
D : 8 – 5
10
D : 0.30
Berdasarkan jadual diatas didapati indeks diskriminasi bagi item 10 adalah 0.30 dimana item ini
sederhana diskriminasi .Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan
berprestasi tinggi kerana soalannya mudah untuk dijawab.
Jadual berikut menunjukkan jadual pengkelasan indeks diskriminasi Item soalan objektif bagi Tahun 4.
21
Jadual 9 : Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item Soalan Objektif Bagi Tahun 4.
2.1.2 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen22
Item / soalan
Nilai Indeks Diskriminasi Item Pengkelasan Item
1 0.00 Tidak baik
2 0.20 Kurang baik
3 0.00 Tidak baik
4 0.50 baik
5 0.10 Tidak baik
6 -0.10 Tidak Baik
7 0.10 Tidak baik
8 0.30 Sederhana Baik
9 -0.10 Tidak baik
10 0.30 Sederhana Baik
11 0.20 Kurang baik
12 0.30 Sederhana Baik
13 0.30 Sederhana Baik
14 0.00 Tidak baik
15 0.30 Sederhana Baik
16 0.50 Baik
17 0.20 Kurang baik
18 0.60 Sangat baik
19 0.50 Sangat baik
20 0.50 Sangat baik
NOMBOR ITEM
INDEKS KESUKARAN
ITEM
INDEKS DISKRIMINASI
ITEM KOMEN DAN ULASAN
1 1.00 0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan juga murid berprestasi rendah dapat menjawab soalan dengan betul kerana soalannya terlalu mudah. Ini bermakna item ini perlu dibuang atau digubal semula.
2 0.870.20
Item ini kurang baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan betul kerana soalannya sangat mudah. Ini bermakna item ini perlu ditimbang atau digubal semula.
3 1.00
0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan betul kerana soalannya terlalu mudah. Ini bermakna item ini perlu digubal semula
40.43 0.50
Item ini baik kerana dapat membezakan murid pandai dan murid lemah. Soalan ini juga boleh disimpan dalam bank soalan.
0.90 0.10 Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi
23
5
rendah dapat menjawab dengan betul kerana soalannya terlalu mudah. Ini bermakna item ini perlu digubal semula
60.77 -0.10
Item ini langsung tidak baik dan harus dibuang kerana kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
7 0.80 0.10
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan betul kerana soalannya terlalu mudah. Ini bermakna item ini perlu digubal semula
80.63 0.30
Item ini sederhana baik kerana boleh dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi dan boleh membezakan pelajar pandai dan lemah.
9 0.50 -0.10 Item ini langsung tidak baik dan harus dibuang kerana kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
24
10 0.67 0.30
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
11 0.70 0.20
Item ini tidak baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
12 0.73 0.30
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
13 0.50 0.30
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
14 0.77 0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan juga murid berprestasi rendah dapat menjawab soalan dengan betul kerana soalannya terlalu mudah. Ini bermakna item ini perlu dibuang atau digubal semula.
25
15 0.50 0.30
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
16 0.60 0.50
Item ini baik kerana sukar dijawab oleh murid berprestasi rendah dan mudah bagi murid berprestasi tinggi.Selain itu, boleh juga dapat membezakan murid pandai dan juga lemah.
17 0.80 0.20
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana semua murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan betul kerana soalannya terlalu mudah. Ini bermakna item ini perlu dibuang atau digubal semula.
18 0.67 0.60
Item ini baik kerana sukar dijawab oleh murid berprestasi rendah dan mudah bagi murid berprestasi tinggi.Selain itu, boleh juga dapat membezakan murid pandai dan juga lemah.
19 0.47 0.50
Item ini baik kerana sukar dijawab oleh murid berprestasi rendah dan mudah bagi murid berprestasi tinggi.Selain itu, boleh juga dapat membezakan murid pandai dan juga lemah.
20 0.33 0.50 Item ini baik kerana sukar dijawab oleh murid berprestasi rendah dan mudah bagi murid
26
berprestasi tinggi.Selain itu, boleh juga dapat membezakan murid pandai dan juga lemah.
Jadual 10 : Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen.
2.1.3 Penentuan kategori soalan
Kategori Nombor Item
Item yang baik untuk simpanan dalam Bank Item
4, 16, 18, 19, 20
Item yang perlu digubal semula 2, 8, 10, 12, 13, 15, 17
Item yang perlu dihapuskan 1, 3, 5, 6, 7, 9, 11, 14
Berdasarkan keputusan analisis saya, terdapat tiga kategori penentuan soalan.Antaranya, item
yang baik untuk simpanan dalam Bank Item, Item yang perlu digubal semula dan Item yang
perlu dihapuskan.Terdapat 5 soalan yang baik untuk simpanan dalam Bank Item. Antaranya
ialah, soalan 4, 16, 18, 19 dan 20. Nombor-nombor Item ini baik kerana mampu dijawab oleh
murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi dan juga mampu membezakan murid yang
pandai dan juga lemah. Terdapat 7 soalan yang perlu digubal semula. Antaranya ialah, 2, 8, 10,
12, 13, 15 dan 17. Hal ini kerana soalan-soalan tersebut sederhana sukar untuk membezakan
murid pandai dan juga lemah. Terdapat juga, item-item yang perlu dihapuskan. Antaranya ialah
1,3, 5, 6, 7, 9, 11 dan juga 14. Hal ini kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai
daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini
dengan betul berbanding pelajar pandai.
3.0 Rumusan
Secara keseluruhannya Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina dengan baik akan
sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Melalui JSU saya
dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik.Selain
dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. Saya juga berpendapat bahawa 27
JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi
pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Selain itu, pembinaan JSU juga telah dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa. Soalan yang akan dibina
juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran.
Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.
Dengan ini memang tidak boleh dinafikan bahawa JSU memainkan peranan utama dalam
pembinaan item untuk ujian. Selain itu, data-data seperti indeks kesukaran dan juga indeks
diskriminasi memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan kategori soalan sama
ada ia boleh disimpan, digubal ataupun dihapuskan.
28