1
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)
1. Pengertian:
Kata tugas = sejumlah morfem bebas yang tidak mempunyai makna sendiri, tetapi mempunyai tugas atau fungsi tatabahasa tertentu dalam binaan frasa, klausa, dan ayat.
Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat. 2. Fungsi:
(a) Tugasnya adalah sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.1
(b) Peranannya membantu kata utama (KN, KK, KA) untuk menimbulkan makna tambahan.
Kata Tugas Fungsi Kata bantu Memberi makna tambahan kepada KK. Kata penguat Menguatkan makna KA dari segi tingkat sifatnya.
(c) Sesetengah kata mempunyai lebih daripada satu fungsi, bergantung pada tempat
kehadirannya dalam frasa, klausa, dan ayat.
Contoh Kata Tugas
Jenis Kata Tugas
Contoh Penggunaan dalam Frasa/Ayat
dalam Kata sendi nama Dia tidak terlibat dalam hal itu. Kata arah Mereka bersembunyi di dalam gua.
dengan Kata sendi nama Hadri datang dengan emaknya. Kata hubung Hadri datang dengan menaiki kereta.
3. Ciri-ciri:
(a) Memerlukan kata lain (kata utama) untuk berfungsi dalam frasa atau ayat
Jenis Kata Tugas
Contoh Kata Tugas
Kata Utama yang Diperlukan
Contoh Penggunaan
Kata nafi tidak Kata kerja tidak datang bukan Kata nama bukan kami
Kata sendi nama
dari Kata nama dari Kelantan daripada Kata nama daripada kayu
1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:249)
A. KONSEP KATA TUGAS
Nota PENGGAL
2 MORFOLOGI
PENGGOLONGAN KATA : KATA TUGAS
2
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
(b) Jenis kata tertutup2
Tiada pinjaman kata hubung, kata penguat, atau kata sendi nama dalam bahasa Melayu
Jumlahnya sangat terhad, dan sukar bertambah
(c) Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti = tiada makna tersendiri, sebaliknya memerlukan kata lain untuk menimbulkan maknanya
(d) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau peluasan =
tidak boleh dijadikan kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk.
Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas dipecahkan kepada empat kelompok dasar.3
1.1 Konsep:
Kata penyambung ayat dikenali sebagai kata hubung.
Kata ini menghubungkan dua atau lebih binaan frasa, klausa, dan ayat.
Penggunaan kata penyambung ayat menghasilkan bentuk ayat berlapis, dipanggil sebagai ayat majmuk.
1.2 Bentuk:
(a) Tunggal = terdiri daripada satu morfem bebas sahaja
dan
atau
lalu
jika
dengan
semenjak
agar
bagai
kecuali
2 Tatabahasa Asas (2012:203) 3 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:250)
B. KELOMPOK DASAR KATA TUGAS
KATA TUGAS
Kata Penyambung Ayat
Kata Praklausa
Kata Prafrasa dan Pascafrasa
Kata Pascakata
1. KATA PENYAMBUNG AYAT
3
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
(b) Bergabung = secara bercantum dan terpisah
Bercantum Terpisah
jikalau
meskipun
sedangkan
sekiranya
walaupun
andai kata
oleh sebab
(c) Berpasangan
bukan sahaja ... tetapi juga
sedangkan ... tambahan pula
baik ... mahupun
sungguhpun ... namun
(d) Gandaan
moga-moga
kalau-kalau
seolah-olah
seakan-akan
1.3 Jenis Kata Penyambung Ayat:
(a) Kata Hubung Gabungan
Kata hubung ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Ayat majmuk yang terbentuk dipanggil ayat majmuk gabungan.
Berfungsi menunjukkan: urutan, pertentangan, keserentakan, dan penjelasan.
Urutan Pertentangan Keserentakan Penjelasan
dan
kemudian
lalu
namun
sebaliknya
tetapi
sambil
seraya maka
Terdapat bentuk berpasangan:
baik ... mahupun
semakin ... semakin
jangankan ... pun
(b) Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan menyambung klausa-klausa tak setara, iaitu klausa bebas (klausa utama atau klausa induk) dengan klausa tak bebas (klausa pancangan atau klausa kecil).
Penggunaan kata hubung ini menghasilkan ayat majmuk pancangan.
Jenis kata hubung pancangan:
4
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
(i) Kata Hubung (Pancangan) Relatif
Kata hubung relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa utama (klausa bebas) dengan satu klausa kecil (klausa tak bebas) lain.
Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif).
Terdapat satu kata hubung relatif sahaja, tetapi dapat berfungsi dalam subjek dan predikat ayat.
yang
(ii) Kata Hubung (Pancangan) Komplemen
Kata hubung komplemen (kata komplemen), berfungsi menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi pelengkap pada klausa utama.
Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen).
bahawa
untuk
(iii) Kata Hubung (Pancangan) Keterangan
Kata hubung keterangan (kata keterangan) berfungsi menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi keterangan pada klausa utama.
Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan).
Jenis-jenis kata hubung keterangan: sebab, syarat, tujuan, harapan, cara, waktu, akibat, pertentangan, dan perbandingan.
agar
kerana
setelah
andai kata
ketika
sewaktu
apabila
meskipun
sungguhpun
hingga
sekiranya
supaya
jika(lau)
semasa
tatkala
kalau
sementara
untuk
kendatip
semoga
walaupun
5
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
2.1 Konsep
Kata praklausa = perkataan yang hadir di hadapan klausa atau ayat.
Tugas praklausa untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.
2.2 Jenis Kata Praklausa
(a) Kata Seru
Kata seru = kata untuk menzahirkan perasaan, antaranya sakit, marah, hairan, kagum, gembira, dan sebagainya.
Digunakan pada permulaan ayat seru.
Perasaan Kata seru Contoh dalam Ayat
Menarik perhatian
Eh
Hai
Helo
Wahai
Eh, kamu datang!
Hai, belum siap-siap lagi!
Helo, tengok ke sini!
Wahai pelajarku, rajin-rajinlah belajar!
Kagum dan hairan
Amboi
Eh
Ha
Oh
Wah
Amboi, cerewetnya orang tua itu!
Eh, pelik benar!
Ha, tidak percaya aku!
Oh Tuhan, semuanya kehendak-Mu!
Wah, tangkas betul dia!
Kesakitan Aduh Aduh, sakitnya gigiku!
Kesedihan Aduh
Aduhai
Aduh, tidak sanggup melihatnya!
Aduhai, malang benar nasib kita!
Sesal dan kecewa
Ah
Alahai
Ah, masih seperti dulu!
Alahai, teruslah kita tertunggu-tunggu di sini!
Kelegaan Syukur
Alhamdulillah
Syukur, kamu selamat!
Alhamdulillah, doa kita dimakbulkan!
Kebencian dan marah
Cis
Nah
Cis, kurang ajar betul!
Nah, kamu rasakan sakitnya kena tipu!
Harapan Oh
Wahai
Ya
Oh kekasihku, kembalilah segera!
Wahai Tuhan, kasihanilah hambamu ini!
Terkejut Alamak
Eh
Wah
Alamak, aku terlupa mengambil wang itu!
Eh, kamu rupa-rupanya!
Wah, murahnya!
Tahniah Syabas Syabas, kamu berjaya akhirnya!
2. KATA PRAKLAUSA
6
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
(b) Kata Tanya
Kata tanya = perkataan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu berkenaan orang, benda, tempat, cara, jumlah, masa, sebab, hal, dan sebagainya.
Termasuk dalam kata tanya ialah kata ganti nama tanya.
Kata jenis ini hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Jika digunakan pada permulaan ayat songsang, kata tanya hendaklah disertakan dengan penegas -kah.
Bagaimana
Berapa
Bila
Mengapa
Apa
Mana
Siapa
(c) Kata Perintah
Kata perintah = kata berupa arahan, larangan, ajakan, harapan, silaan, dan permintaan, yang digunakan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang yang dikenakan perintah.
Kata perintah digunakan pada permulaan ayat perintah dan boleh menerima penegas -lah.
Permintaan Silaan Larangan Ajakan4 Pembiaran5
Minta
Mohon
Tolong
Jemput
Sila
Sudi
Jangan
Tak usah
Usah
Ayuh
Jom
Mari
Biar
(d) Kata Pembenar
Kata pembenar = perkataan yang digunakan untuk mengesahkan atau menyokong kesahihan sesuatu penyataan.
Benar
betul
Ya
(e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat = perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Perkataan-perkataan ini digunakan dalam bahasa Melayu klasik.
Adapun
Alkisah
Arakian
Hatta
Kalakian
Maka
Syahadan
Sebermula
Sekali peristiwa
4 Tatabahasa Asas (2012:214) 5 Tatabahasa Asas (2012:214)
7
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
3.1 Konsep Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
Kata prafrasa = perkataan yang hadir sebelum (di hadapan) frasa.
Kata pascafrasa = perkataan yang hadir selepas (di belakang) frasa.
Jenis kata pascafrasa diwujudkan kerana selain hadir di hadapan frasa, kata jenis ini dapat juga hadir selepas frasa.
Frasa yang terlibat ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Fungsi kata ini untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menunjukkan arah, dan membilang, agar dapat menonjolkan maksud dalam ayat.
3.2 Jenis Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
3.2.1 Kata Prafrasa
(a) Kata Bantu
Kata bantu = perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu dan ragam.
Terdapat juga kata bantu yang berfungsi sebagai kata adverba.
Berdasarkan tugasnya, kata bantu terbahagi kepada dua jenis: kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
(i) Kata Bantu Aspek
Kata bantu aspek = kata bantu yang menunjukkan perbezaan masa: masa lampau, masa kini, atau masa akan datang.
Masa lampau Masa kini Masa hadapan
baru
pernah
sudah
telah
masih
mula
sedang
tengah
akan
belum
bakal
3. KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA
8
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
(ii) Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam = kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan.
Terdiri daripada ragam kehendak, keupayaan, kemungkinan, kemestian, dan keengganan.6
Kehendak Keupayaan Kemungkinan Kemestian Keengganan
hendak
ingin
mahu
boleh
dapat
barangkali
mungkin
harus
mesti
pasti
patut
perlu
tentu
wajib
enggan
(b) Kata Nafi
Kata nafi = perkataan yang menjadi unsur nafi bagi frasa dalam konstituen predikat.
Dua bentuk kata nafi: bukan, dan tidak, yang hadir sebelum frasa.
(i) bukan
Kata nafi ini boleh hadir dalam dua keadaan.
Menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama
Menafikan FN Menafikan FS
bukan ibunya
bukan usaha saya
bukan tiket kereta api
bukan untuk adik
bukan dari Gua Musang
bukan tentang gaji
Boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa tersebut membawa maksud “pertentangan maklumat”.
bukan menghina kamu tetapi mengingatkan kamu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya
(ii) tidak
Merupakan unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Menafikan FK Menafikan FA
tidak pergi ke pekan
tidak akan datang
tidak menaiki bas
tidak benar
tidak hodoh sangat
tidak busuk
(c) Kata Pemeri
Kata pemeri = unsur yang memeri hal atau merangkaikan subjek dengan frasa utama dalam predikat.
Penggunaan kata pemeri sangat terbatas, dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.
6 Tatabahasa Asas (2012:217)
9
htt
p:/
/de
rm
ag
ab
mk
1.b
log
sp
ot.
co
m
Selain itu, kata pemeri tidak boleh hadir sebelum kata kerja atau frasa kerja.7
Dua bentuk kata pemeri: adalah, dan ialah.
(i) adalah
Merupakan pemeri secara huraian atau kualitatif.
Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Menafikan FK Menafikan FA
adalah benar
adalah besar sekali
adalah tinggi
adalah dari segi
adalah untuk kesejahteraan
adalah tentang kemalangan
(ii) ialah
Digunakan untuk menunjukkan persamaan atau ekuatif
Bentuk ini hadir di hadapan frasa nama sahaja.
Berfungsi untuk memberikan definisi.
ialah buku
ialah yang berukuran
ialah pentingnya semangat perpaduan
(iii) merupakan8
Dapat berfungsi sebagai kata pemeri kerana dapat menggantikan ialah.
Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia.
Bahasa merupakan alat komunikasi antara manusia.
(d) Kata Sendi Nama
Kata sendi nama = perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
Setiap sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
Bentuk kata sendi nama:
Kata dasar:
bagi
demi
di
akan
dengan
oleh
hingga
semenjak
tentang
Gabungan kata dasar:
darihal
daripada kepada
7 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:264) 8 Tatabahasa Asas (2012:224)
10
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
Kata terbitan:
menerusi
mengenai terhadap
Fungsi kata sendi nama:
(i) di
Digunakan khusus untuk menunjukkan tempat dan arah.
Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama.
Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
Tempat Arah
di Kuala Krai
di pejabat
di Thailand
di belakang rumah
di tepi padang
di utara Semenanjung
(ii) ke
Digunakan untuk menunjukkan tumpuan tempat, arah tempat, dan arah waktu.
Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau binatang.
Tumpuan tempat Arah tempat Arah waktu
ke Alor Setar
ke bandar
ke Indonesia
ke belakang dewan
ke kiri datuknya
ke timur
ke saat terakhir
ke zaman sekarang
pagi ke petang
(iii) dari
Untuk menyatakan arah, permulaan tempat, dan permulaan waktu. Ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada.
Arah Permulaan tempat Permulaan waktu
dari arah selatan
dari depan rumah
dari tengah hutan
dari Kuala Lumpur
dari laut
dari pejabat
dari pukul sembilan
dari kurun ke-18
dari subuh lagi
(iv) daripada
Untuk menyatakan punca, asal kejadian, dan perbandingan.
Punca
manusia
haiwan
benda
institusi
unsur mujarad
daripada tunangnya
daripada Pak Omar
daripada kucingnya
daripada buku cerita
daripada Jabatan Perdana Menteri
daripada kesilapan
daripada siapakah
11
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
Sumber atau asal kejadian
daripada besi
daripada akar kayu
petikan daripada filem Arab
Perbandingan lebih cantik daripada kawannya
berbeza daripada perangainya
lebih penting daripada hal lain
(v) kepada
Fungsi utamanya menyatakan sasaran, selain menunjukkan pecahan dan perubahan keadaan.
Punca
manusia
haiwan
benda
institusi
unsur mujarad
kepada polis
kepada keluarga Robert
kepada ayam
kepada Pejabat Daerah
kepada maksiat
Pecahan kepada dua bahagian
kepada sesi pagi dan petang
kepada satu perdua
Perubahan keadaan kepada 35ºC
kepada tahap lebih baik
kepada warna ungu
(vi) pada
Digunakan untuk keterangan waktu, tempat, dan hal abstrak (mujarad)
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan sasaran.
Waktu
pada akhir tahun
pada awal pagi
pada hari ini
pada ketika itu
pada pukul lima petang
pada waktu senja
Tempat
Sesuatu perbuatan
digantung pada cangkuk kayu
ditampal pada tiang elektrik
kena pada tempatnya
Didahului kata “ada”
ada pada emak
ada pada pahlawan
ada pada semua binatang
Hal abstrak (mujarad) pada pendapatnya
pada saya
pada pandangan saya
(vii) untuk
Membawa maksud kegunaan untuk sesuatu dan bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
12
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
Kegunaan untuk sesuatu - boleh saling bertukar ganti dengan bagi
derma untuk / bagi anak-anak kurang upaya
perbelanjaan untuk / bagi tahun hadapan
sumbangan untuk / bagi kemudahan ramai
Bahagian yang ditentukan (diperuntukkan)
hadiah untuk kami
pakaian baharu untuk ibu
persalinan untuk panglima
(viii) demi
Digunakan untuk makna tujuan, unsur penegas, dan urutan.
Tujuan - boleh saling bertukar ganti dengan untuk
demi / untuk kelicinan kerja
demi / untuk kestabilan negara
demi / untuk kepentingan bersama
Unsur penegas demi allah
demi rasul
Urutan satu demi satu
pasukan demi pasukan
(ix) tentang / mengenai
Digunakan sebagai maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum, atau mujarad (abstrak).
Tentang menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.
berbincang tentang / mengenai masalah kami
aduan tentang / mengenai kelewatan
tentang / mengenai hal itu
(x) seperti / bagai / umpama / laksana / bak / macam
Kesemuanya dapat saling bertukar ganti dan membawa maksud perbandingan, serta senarai.
Perbandingan Senarai
beratnya
bagai
bak
laksana
macam
seperti
umpama
gajah bahan bacaan seperti surat
khabar, majalah, buku, risalah, ...
berbakti seperti membantu orang susah, menyertai gotong-royong, ...
berlagak 0rang kaya
(xi) sejak / semenjak
Penanda permulaan waktu
sejak / semenjak hari itu
sugul sejak / semenjak kehilangan anak kucingnya
13
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
(xii) terhadap
Untuk merujuk penyambut yang tentu (manusia, haiwan, atau benda)
(xiii) akan
Digunakan untuk merujuk manusia.
Penggunaannya didahului oleh kata adjektif yang bersifat emosi.
Dalam konteks bukan manusia, boleh juga digunakan perkataan kepada.
(xiv) oleh
Digunakan untuk menunjukkan hubungan pelaku dalam ayat pasif, dan maksud sebab/lantaran.
Pelaku dalam Ayat Pasif Sebab / Lantaran
ditulis olehnya
tersepak oleh adik
kena gari oleh polis
oleh / lantaran kelalaian sendiri
oleh (sebab) ketiadaan pengganti
oleh sebab itulah pilihannya
(xv) hingga / sampai
Kedua-duanya dapat bertukar ganti dengan pengertian had masa dan tempat. berkawal hingga / sampai pagi
bermain hingga / sampai kepenatan
belajar hingga / sampai peringkat universiti
(xvi) dalam
Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak
dalam hal ini
berbincang dalam mesyuarat
bertutur dalam dialek Kedah
adil terhadap anak buahnya
kajian terhadap virus
bertindak balas terhadap kaca
marah akan kakaknya
suka akan pembantu rumah itu
terlalu sayang akan buku itu
cinta akan / kepada negara sendiri
gemar akan / kepada kucing
terlalu sayang akan / kepada buku itu
14
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
(xvii) antara
Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak
perbezaan antara saya dengannya
berbincang antara adik-beradik
antara cara yang paling baik
(xviii) dengan
Kata sendi nama dengan membawa empat maksud.
Bersama-sama atau berserta
berbincang dengan majikan
bergurau dengan kami
ke pekan dengan kawan-kawannya
Cara sesuatu dilakukan
diselesaikan dengan semangat kerjasama
diterimanya dengan baik
memulakan kerja dengan bacaan doa
Memakai atau menggunakan
datang dengan kereta baharu
memotong kayu dengan gergaji
menggembur tanah dengan bajak
Perbandingan yang serupa (sama)
emas dengan perak
sama cantik dengan bajuku
sependapat dengan datuknya
(xix) melalui / menerusi
Kedua-duanya dapat bertukar ganti, dengan membawa maksud arah laluan atau tempat.
diserahkan melalui / menerusi orang tengah terjun melalui / menerusi tingkap dijelaskan melalui / menerusi e-mel
(e) Kata Arah
Kata arah = yang berpasangan dengan kata sendi nama : hadir selepas kata sendi nama tempat (dari, di, ke) dan sebelum kata nama atau frasa nama.
Menunjukkan hala atau jurusan
antara atas
bawah belakang dalam hadapan luar
penjuru
samping
sisi segi
sudut
tengah
tepi
barat
selatan
tenggara
timur
utara
dari utara Asia
di atas para
di dalam pondok
ke penjuru padang
ke tengah sungai
ke timur Thailand
(f) Kata Bilangan
Kata bilangan = perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama.
Kata bilangan tentu berpasangan dengan kata penjodoh bilangan.
15
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
(i) Bilangan tentu (bilangan kardinal) = jumlahnya bersifat tentu
lapan
tujuh belas
tiga puluh enam
tiga ratus
dua ribu
enam juta
(ii) Bilangan tak tentu = sudah menunjukkan banyak atau berbentuk jamak.
banyak
beberapa
para
sedikit
sekalian
semua
(iii) Himpunan = menandakan jamak, menggunakan imbuhan awalan dan lazimnya digandakan.
beribu-ribu
ketiga-tiga
berbakul-bakul
bertahun-tahun
(iv) Pisahan = bermaksud jamak tetapi dipisah-pisahkan
masing-masing
setiap
tiap-tiap
(v) Pecahan = menunjukkan bahagian-bahagian daripada keseluruhan
setengah
dua pertiga
separuh
sepertiga
seperempat
(vi) Tingkat (ordinal)9 = menunjukkan turutan atau kedudukan
ketiga
kedua puluh
keseratus
kelapan ribu
kesejuta
3.2.2 Kata Pascafrasa
(a) Kata Penguat
Kata penguat = perkataan yang dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif,
Tiga jenis kata penguat:
9 Tatabahasa Asas (2012:237)
16
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
(i) Kata Penguat Hadapan = Kata penguat yang hadir di hadapan kata adjektif.
agak
cukup
kurang
makin
paling
begitu
kian
maha
terlalu
terlampau
(ii) Kata Penguat Belakang = Kata penguat yang yang hadir di belakang
kata adjektif. benar
betul
nian
sekali
(iii) Kata Penguat Bebas = Kata penguat yang kedudukannya bebas, boleh muncul di hadapan atau di belakang kata adjektif.
amat
sangat sungguh
(b) Kata Penegas
Kata penegas = perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Dikenali juga sebagai kata partikel dan kata penyerta.
Dua jenis kata penegas:
(i) Penegas dalam predikat
Partikel ini menegaskan perkataan yang bercantum dengannya dalam predikat
Digunakan sekiranya frasa itu atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan dalam ayat.
Tidak boleh hadir pada akhir ayat.
Perlu dicantumkankan pada bahagian belakang kata dasar.
-kah
-lah -tah
(ii) Penegas subjek dan predikat
Penegas ini bebas hadir pada mana-mana bahagian ayat: sama ada pada frasa subjek, atau frasa predikat.
Bentuk ini bersifat perkataan (morfem bebas).
hanya
jua
juga
lagi
memang
cuma
pula pun
sahaja / saja
17
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
(c) Kata Adverba
Kata adverba = perkataan yang menerangkan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan frasa sendi nama.
Hal yang diterangkan ialah cara, masa, dan tempat.
Dipanggil juga kata keterangan berdasarkan fungsinya menerangkan kata dan frasa yang disebutkan tadi.
Kehadirannya sama ada di hadapan atau di belakang kata yang diterangkan.
Kata adverba terdiri daripada:
kata yang tidak tergolong dalam kata utama (KN, KK, dan KA),
jika perkataan itu terdapat dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi sebagai penerang.
Empat bentuk kata adverba: (i) Kata Adverba Jati
Kata adverba jati = perkataan yang tidak termasuk dalam mana-mana kata utama
acap kali
agaknya
barangkali
begini
begitu
dahulu
demikian
esok
jarang kali
julung kali
kadang-kadang
kadangkala
kelak
kelmarin
kemudian
kerap kali
langsung
lusa
nanti
nyaris
pertama kali
saling
sekali gus
sekarang
semalam
sempat
sentiasa
serentak
sering kali
tadi
tulat
(ii) Kata Adverba asalnya Kata Adjektif
Asalnya kata adjektif tetapi berfungsi untuk menerangkan KK/FK, KA/FA, dan FS.
Menerangkan Frasa Kerja
Menerangkan Frasa Adjektif
Menerangkan Frasa Sendi Nama
berjalan lancar
hampir tersembam
kerap datang
terbang tinggi
tidur nyenyak
besar panjang
cepat kaya
hancur luluh
panjang lebar
tinggi lampai
jarang di pejabat
ke hospital segera
senang di sana
sering ke taman
(iii) Kata Adverba asalnya Kata Kerja
Asalnya kata kerja tetapi berfungsi untuk menerangkan FK, FA, dan FS.
18
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
Menerangkan Frasa Kerja
Menerangkan Frasa Adjektif
Menerangkan Frasa Sendi Nama
baring meniarap
duduk bersandar
makan bersila
menulis berhati-hati
tidur berdengkur
cantik berseri-seri
indah berkilauan
merah menyala
tinggi melangit
dari bandar berdua-duan
di rumah bersendirian
ke pantai berseorangan
(iv) Kata Adverba Gandaan
Yang mengalami penggandaan untuk menerangkan FK, FA, dan FS.
Tiga jenis adverba gandaan: penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.
Kata Adverba Penggandaan Penuh
Kata Adverba Penggandaan Berentak
betul-betul
diam-diam
jarang-jarang
pura-pura
sama-sama
bolak-balik
gundah-gulana
riuh-rendah
serta-merta
simpang-siur
Kata Adverba Penggandaan Separa
Berawalan Berakhiran
bermalam-malam
bersungguh-sungguh
sekali-kali
terburu-buru
teresak-esak
gila-gilaan
habis-habisan
mati-matian
sungguh-sungguhan
terang-terangan
Makna Kata Adverba
Waktu = masa terjadinya sesuatu perbuatan, peristiwa, atau keadaan
pulang sekarang
selalu datang
sentiasa ceria
Cara = cara perbuatan dilakukan
berbuat demikian berjuang bermati-matian
duduk beramai-ramai
Ragam = keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan
benar-benar riang
betul-betul terjadi
tentu berjaya
19
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
Jarak = ruang yang berkaitan dengan KK yang diterangkan
berada dekat
lompat tinggi
pulang jauh
Keadaan = menerangkan keadaan yang terjadi pada KK, KA, dan kata adverba
berbaju labuh kerat pendek tersusun rapi
Sifat perasaan = perasaan bagi KK
berasa sayang bersuara lantang melompat girang
4.1 Konsep Kata Pascakata
Kata pascakata = bentuk yang hadir selepas perkataan.
Kata pascakata tidak dapat berdiri sendiri, perlu dicantumkan pada belakang kata dasar.
Bentuk itu ialah -nya.
Fungsinya sebagai penekan dan pembenda bagi perkataan yang bercantum dengannya.
4.2 Jenis Kata Pascakata
(a) Kata Penekan
Kata penekan = bentuk (-nya) yang memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung dengannya.
bahawasanya
nampaknya
sebenarnya
sesungguhnya
4. KATA PASCAKATA
20
h
ttp
://d
er
ma
ga
bm
k1.b
log
sp
ot.
co
m
(b) Kata Pembenda
Kata pembenda = bentuk (-nya) yang dapat menjadikan sesuatu kata bukan kata nama sebagai kata nama.
Kata bukan nama: lazimnya kata kerja dan kata adjektif.
datangnya
hadirnya
perginya
pulangnya
cantiknya
lajunya
lantangnya
sakitnya
sesungguhnya