KETUA PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI JALAN PADANG TEMBAK, 50556 KUALA LUMPUR
DIRECTOR GENERAL CIVIL DEFENCE DEPARTMENT OF MALAYSIA TEL. : 03-26925414
MINISTRY OF HOME AFFAIRS FAKS : 03-26923626
Rujukan: PA.CSM.1 00-1/4/2(30) Tarikh : 21 April 2011
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia
Pengarah-Pengarah Bahagian/Negeri
Komandan Pusat Latihan
Tuan,
ARAHAN JABATAN BIL. 7/2011: PENETAPAN PIHAK BERKUASA MELULUS BAGI PERMO HONAN CUTI TIDAK BEREKOD SERTA PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA PEGAWAI TETAP DAN WAKTU BERTUGAS ANGGOTA SUKARELA PASUKAN PERTAHANAN AWAM
1. TUJUAN
1.1 Dasar ini bertujluan untuk memberikan penjelasan dan
menetapkan peraturan kepada semua pegawai di .Jabatan ini
mengenai Cuti Tidak Berekod (CTR) dan cara memohonnya serta
pihak berkuasa melulus.
1.2 Dasar ini juga bertujuan untuk memberikan penjelasan dan
menetapkan peraturan kepada semua pegawai tetap pelbagai skim,
Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) dan Anggota Sukarela
Tetap Pejabat (ASTP) mengenai penetapan waktu bekerja sebagai
pegawai perkhidmatan awam dan waktu bertugas sebag,ai anggota
sukarelawan pasukan pertahanan awam yang seringkali
menimbulkan kekelliruan dalam pelaksanaan dan pematuhan.
1
2. LATAR BELAKANG
2.1 CTR telah ditetapkan oleh Perintah Am Bab C di Bahagian VI
yang mengandungi sembilan jenis CTR bagi semua pegawai
perkhidmatan awam dari Perintah Am 39 sehingga Perintah Am 47B.
Terdapat juga jenis CTR yang juga diperkenalkan dari masa ke
semasa melalui peraturan yang berkuatkuasa.
2.2 Pelaksanaan masa kini, kesemua CTR ini perlu dihantar
dalam tempoh paling kurang dua minggu daripada tarikh yang
dipohon ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) dan
dipertimbangkan kelulusannya oleh Pihak Berkuasa Melu llus (PBM)
yang terdiri dlaripada Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah mahupun
Timbalan Ketua Pengarah, kecuali bagi Cuti Gantian, Kemudahan
Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Kemudahan Cuti
Isteri Bersalin yang mana PBM berkenaan adalah ketua pejabat
masing-masing menggunakan borang khas mengikut format yang
ditetapkan bagi permohonan daripada pegawai di pejabat tersebut
sahaja.
2.3 Waktu Bekerja merujuk kepada waktu bekerja pejabat seperti
yang diperuntukkan oleh Perintah Am Bab G dan berdasarkan Waktu
Bekerja Berperingkat yang dilaksanakan mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bill. 3 Tahun 2010. Pemakaian waktu bekerja ini tertakluk kepada
penetapan oleh ketua pejabat masing-masing. Waktu Bertugas pula
merujuk kepada waktu giliran bertugas di mana-mana Bilik
Operasi/Gerakan Pasukan Pertahanan Awam yang memerlukan
seseorang anggota itu melapor diri sebelum mula bertugas.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Bil.2/2011 yang
bersidang pad a 31 Mac 2011 sebelum membuat ketetapan telah
menimbang dan mengambilkira beberapa perkara seperti berikut:
2
3.1.1 Terdapat pegawai yang lewat menghantar permohonan
CTR kepada PBM sehingga melebihi tarikh yang dipohon
terutamanya bagi kemudahan di bawah Perintah Am 41 - cuti
latihan pasukan sukarela, yang boleh menimbulkan risiko
permohonan berkenaan tidak diluluskan.
3.1.2 Kelewatan pegawai mengemukakan permohonan dan
menghantarnya melebihi tempoh yang ditetapkan
menimbulkan kesukaran BSM untuk menguruskannya dengan
segera kerana ianya melibatkan keputusan dan pertimbangan
PBM.
3.1.3 Terdapat pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan
awam sama ada secara tetap, kontrak atau sementara yang
ditempatkan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam
termasuk ASTP dan ASTO merupakan anggota pasukan
sukarela Pertahanan Awam yang aktif. Walaubagaimanapun
timbul rungutan daripada para penyelia dan ketua pejabat
apabila mereka meninggalkan pejabat semasa waktu bekerja
dengan alasan bagi menjalankan tugas bantuan kecemasan
dan operasi menyelamat atau menjalankan aktiviti latihan
bersama pasukan sukarela.
3.1.4 Pelaksanaan semasa merujuk hanya kepada Perintah
Am 41 , Bab C yang longgar dari segi penjelasan dan sering
kali didakwa menjadi punca kekeliruan ini kepada bukan
sahaja kepada pegawai serta ASTP tetapi juga para penyelia
dan ketua pejabat.
4. PELAKSANAAN
4.1 Kuasa pertimbangan keluluskan CTR diserahkan kepada
Pengarah-Pengarah Negeri dan Komandan Pusat Latihan bagi
permohonan CTR daripada pegawai-pegawai di bawah seliaan
3
mereka sahaja dengan berpandukan kepada peraturan dan
pekeliling/surat pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.
4.2 Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional
tidak digalakkan memohon cuti gantian bagi menggantikan bayaran
kerja lebih masa kerana menjalankan tug as melebihi waktu bekerja
pejabat sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Bersama Jabatan
Bil. 4 Tahun 2010. Walaubagaimanapun pertimbangan sewajarnya
akan diberikan bagi cuti gantian atas sebab menjalankan tugas
keurusetiaan untuk latihan pasukan/jabatan.
4.3 Semua permohonan CTR perlu dihantar tidak lewat tujuh (7)
hari bekerja sebelum tarikh yang dipohon itu bermula bagi
menggelakkan kesulitan dalam urusan memproses permohonan .
Kelulusan CTR berkaitan pasukan sukarela hanya diberikan untuk
menghadiri aktiviti latihan atau perkhemahan tahunan sahaja
menurut Perintah Am 41, Bab C.
4.4 Pegawai tetap yang bukan dari Skim KP dan ASTP
dibenarkan terlibat dalam menjalankan aktiviti operasi menyelamat
semasa waktu bekerja yang ditetapkan atau semasa tambahan
waktu bekerja yang diarahkan dengan kelulusan ketua pejabat
masing-masing secara bertulis. Pembayaran elaun anggota pasukan
hanya akan dikira setelah berakhirnya waktu bekerja yang ditetapkan
atau setelah berakhirnya tambahan waktu bekerja yang diarahkan.
4.5 CTR yang boleh diambil adalah tidak lebih daripada 30 hari
dalam satu-satu tahun bagi menghadiri latihan atau perkhemahan
tahunan pasukan sukarela dengan tambahan 2 hari lagi boleh
diberikan bagi perjalanan pergi-balik ke tempat latihan atau
perkhemahan tahunan. Jika CTR yang diperlukan melebihi had yang
dibenarkan maka cuti rehat pegawai yang diperuntukkan bagi tahun
berkenaan perlu ditolak. Sekiranya pegawai tidak mempunyai
4
peruntukkan cuti rehat lagi maka kelulusan daripada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam adalah diperlukan.
4.6 Pegawai tetap bukan Skim KP dan ASTP hanya dibenarkan
bertugas sebagai anggota pasukan di Bilik Operasi/Gerakan melebihi
jam 12.00 tengah malam pada hari-hari cuti kelepasan umum atau
hujung minggu sahaja. Pada hari-hari bekerja, pegawai berkenaan
tidak dibenarkan bertugas di Bilik Operasi/Gerakan sepertimana
yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan
Pengurusan Bilangan 2 Tahun 2009.
4.7 Pematuhan waktu bekerja mengikut Perintah Am 5 Bab G
meliputi semua pegawai yang mana dikehendaki hadir di pejabat
pejabat dalam masa yang ditetapkan. Mana-mana pegawai yang
hendak meninggalkan pejabatnya dalam waktu bekerja perlu terlebih
dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai penyelia sebelum
berbuat demikian dengan mengisi borang sepertimana yang
diarahkan menerusi Surat Edaran JPA rujukan : JPA(S)TT.233/2
Jld.2(1) bertarikh 27 Januari 2010 .
5. T ARIKH KUATKUASA
5.1 Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2011.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO' HAJI L HALIM BIN ABDUL HAMID) Ketua Pengarah P rtahanan Awam Malaysia
5