PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA CD-ROM INTERAKTIF BAGI
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 4 BERTAJUK SISTEM KARDIOVASKULAR
IRWAN BIN BUHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TJNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUDUL:
Saya
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T
PEMBANGLINAN PERISIAN MULTIMEDIA CD-ROM INTERAKTIFBAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMAII DAN KESIHATANTINGKATAN 4 BERTAJUK SISTEM KARDIOVASKT]LAR
SESI PENGAJIAN : 2O09126IO
IRWAN BIN BUHARI
fIEEI
(HT.TRUFBESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM / S'djarra lDol*ca-Fa+safrfi)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ({ )
STILIT (Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTARAHSIARASMT 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh Organisasi/Badan di mana penyelidikan dijalankan)
TERHAI)
TIDAKTERIIAI)
Alamat Tetap:
NO 55, JALAI\ M 2. HJII HAFIZAH BT IIARUN
TAMA}I MERAIC Nama Penvelia
75450 BTJKIT KATIL. MELAKA.
Tarikh: 15 APRIL 2O1O Tarikh: 19 APRIL2OlO
"SZ19: 16 ( Pind.1l97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanljazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )".
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
: . . . . . . . . -* tE
: HJH HAI{ZAI{ BT HARI.IN
: H APRIL 2010
i
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA CD-ROM INTERAKTIF BAGI
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 4 BERTAJUK SISTEM KARDIOVASKULAR
IRWAN BIN BUHARI
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………
Nama Penulis : IRWAN BIN BUHARI
Tarikh : 15 APRIL 2010
iii
PENGHARGAAN
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI
MAHA PENYAYANG”
Alhamdulillah dan bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan
izin dari-Nya saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat handai serta para
pejuang Islam.
Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat insan
yang cukup saya hormati iaitu pensyarah pembimbing merangkap penyelia saya,
Hjh Hafizah Bt Harun diatas segala nasihat, tunjuk ajar, dorongan serta kesabaran
yang diberikan dalam membimbing saya sepanjang menyiapkan projek ini.
Juga ucapan terima kasih buat pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia terutamnya pensyarah Sains Sukan diatas segala ilmu
dan pengalaman yang telah dicurahkan sepanjang pengajian saya di UTM.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada isteri tersayang ,ibu bapa dan adik
beradik yang sentiasa memberi sokongan padu. Semoga kalian Berjaya dan
dilindungi Allah. InsyaAllah.
Wassalam.
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat Isteri tercinta, Mak, Ayah, Abang dan Adik- adik tersayang
Doa dan restu kalian mengiringi perjuangan dan kejayaanku
v
ABSTRAK
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan bukan lagi
merupakan perkara yang asing pada zaman ini. Pembangunan perisian pengajaran
dan pembelajaran dalam bentuk CD ROM interaktif merupakan salah satu
penyumbang kepada pendekatan ini. Kajian pembangunan CD ROM interaktif ini
bertujuan untuk menilai dan menguji kebolehan serta keupayaan di dalam
membangunkan sesebuah perisian multimedia interaktif bagi matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tajuk Sistem Kardiovaskular Tingkatan 4.
Kajian ini meliputi rekabentuk perisian, isi kandungan / maklumat dan sambutan
serta penerimaan penggunaan CD ROM interaktif ini. Metodologi kajian ini
berdasarkan soal selidik yang yang diedarkan kepada 60 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran ini. Perisian CD ROM Interaktif ini dibangunkan
menggunakan perisian bahasa gubahan Macromedia Authorware 6.5 dan disokong
dengan perisian lain iaitu Adobe Photoshop dan Macromedia Flash 8.
Penganalisisan data menggunakan perisian SPSS versi 13.0 dan dapatan kajian
dianalisis dengan peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian
merujuk kepada analisis data didapati, CD ROM interaktif ini dapat diterima oleh
pelajar dari segi rekabentuk, isi kandungan dan penggunaan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, dengan adanya CD ROM Interaktif ini
diharapkan dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran topik ini secara optimum.
vi
ABSTRACT
The use of information technology in education is no longer a strange thing in
this period. Software development teaching and learning in the form of interactive
CD-ROM is one of the contributors to this approach. Development of interactive
CD-ROM study aims to evaluate and test the ability and capability in developing an
interactive multimedia software for the topic “Cardiovascular System” in the
Physical Education and Health subject for Form 4. This study covers software
design, content / information and response and acceptance of the use of this
interactive CD-ROM. The methodology of this study was based on a questionnaire
distributed to 60 students who are taking this subject. Interactive software CD-ROM
was developed using Macromedia Authorware 6.5 software language composition
and other software that are supported by Adobe Photoshop and Macromedia Flash 8.
The data was analyzed data using SPSS software version 13.0 and research findings
were analyzed by percentage, mean score and standard deviation. The research
findings refer to the data analysis obtain, interactive CD-ROM can be accepted by
the students in terms of design, content and use in teaching and learning process.
Hence, it is hope that the Interactive CD-ROM is able to help teachers and students
in teaching and learning of this topic optimally
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN PENGHARGAAN iii
HALAMAN DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
HALAMAN SENARAI JADUAL xii
HALAMAN SENARAI RAJAH xiii
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiv
viii
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Matlamat Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian / Skop Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Proses Pembelajaran 11
2.3 Teori Pembelajaran 12
2.4 Pembelajaran Berkesan 13
2.5 Pembelajaran Interaktif 14
2.6 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 15
2.7 Perisian Komputer Dalam Pendidikan 16
2.8 Rerekabentuk Perisisan Khusus 18
(CD-ROM Interaktif)
2.9 CD ROM 21
2.10 Kajian Terdahulu 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 23
3.1 Populasi Kajian 23
3.2 Sampel Kajian 24
ix
3.3 Instrumen Kajian 24
3.4 Pengumpulan dan Pengelolaan Data 25
3.5 Kaedah Penyelidikan 26
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Kaedah Analisis Data 28
BAB IV REKABENTUK PRODUK DAN ANALISIS KAJIAN
4.0 Pendahuluan 30
4.1 Objektif Pengajaran Daripada CD ROM 30
4.2 Kumpulan Sasaran 31
4.3 Metodologi Pembangunan Kajian 32
4.4 Bahagian A: Keputusan Penghasilan CD ROM 33
Interaktif
4.4.1 Isi Kandungan Utama 33
4.4.2 Skrin Objektif 34
4.4.3 Skrin Isi Kandungan 35
4.4.4 Skrin Aktiviti 41
4.4.5 Skrin Soalan 43
4.4.6 Skrin Keluar 45
4.4.7 Struktur Perisian 46
4.4.8 Teks 47
4.4.9 Warna 47
4.5 Keperluan Perkakasan 47
4.6 Perisian 48
4.7 Alat Pengarangan 49
4.8 Pengujian dan Penilaian 50
4.9 Bahagian B: Soal Selidik Penerimaan / 51
Kegunaan CD ROM Interaktif
4.9.1 Analisis Data 51
4.9.2 Bahagian A – Demografi Responden 52
4.9.3 Analisis Jantina 52
x
4.9.4 Analisis Bangsa Pelajar 53
4.9.5 Analisis Penggunaan CD ROM Interaktif 54
4.10 Bahagian B – Penilaian Terhadap Rekabentuk 55
Perisian
4.11 Bahagian C – Penilaian Terhadap Isi 56
Kandungan/Maklumat Perisian
4.12 Bahagian D – Penilaian Terhadap Penerimaan 58
dan Sambutan
4.13 Bahagian E - Soalan Umum 60
4.14 Kesimpulan 61
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 62
5.1 Perbincangan 62
5.1.1 Rekabentuk CD ROM interaktif dapat 63
membantu untuk meningkatkan
pemahaman pelajar
5.1.2 Maklumat dan isi kandungan dalam 64
CD ROM interaktif memenuhi kehendak
pengguna
5.1.3 Penggunaan CD ROM interaktif 64
mendapat sambutan dan diterima
di kalangan pelajar
5.1.4 Kelebihan dan Kelemahan CD ROM 65
Interaktif
5.1.4.1 Kelebihan CD ROM Interaktif 66
5.1.4.2 Kelemahan CD ROM interaktif 67
5.2 Rumusan 67
5.3 Cadangan 69
5.4 Kesimpulan 70
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Format Skala Likert 25
3.2 Jadual Penilaian Kebolehpercayaan, 28
3.3 Tafsiran Statistik Deskriptif (Min) 29
4.1 Penilaian Terhadap Rekabentuk Perisian Menu Utama 55
CD ROM Interaktif
4.2 Penilaian Terhadap Isi Kandungan/ Maklumat Perisian 57
4.3 Penilaian Terhadap Penerimaan dan Sambutan 59
5.1 Hasil Dapatan Kajian (Min Keseluruhan) 63
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 19
4.1 Menu Utama CD ROM Interaktif 34
4.2 Objektif Pembelajaran CD ROM Interaktif 35
4.3 Sub Kandungan dalam CD ROM Interaktif 36
4.4 Paparan Pengenalan Sistem Kardiovaskular 36
4.5 Paparan Struktur Jantung 37
4.6 Paparan Darah 38
4.7 Paparan Rajah Peredaran Darah 39
4.8 Paparan Teknik Mengambil Kadar Nadi 39
4.9 Paparan Senarai Video Dalam CD ROM Interaktif 40
4.10 Paparan Video How To Check Your pulse 41
4.11 Paparan Aktiviti Suaikan 42
4.12 Paparan Aktiviti Suaikan 42
4.13 Paparan Aktiviti puzzle 43
4.14 Soalan Aneka Pilihan 44
4.15 Soalan Isi Tempat Kosong 44
4.16 Paparan Markah 45
4.17 Paparan Keluar 46
4.18 Analisis Jantina Pelajar 52
4.19 Analisis Bangsa Pelajar 53
4.20 Analisis Penggunaan CD ROM Interaktif 54
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
1 Borang Soal Selidik 75
A Keputusan Kajian Rintis 79
B (i) Keputusan Analisis Bahagian A 82
B (ii) Keputusan Analisis Bahagian B 83
B (iii) Keputusan Analisis Bahagian C 88
B (iv) Keputusan Analisis Bahagian D 95
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Pembangunan era teknologi masa kini telah memberikan perubahan
paradigma kepada pelbagai sektor di negara kita. Teknologi informasi dalam proses
pengumpulan serta penyebaran maklumat juga semakin berleluasa. Ini disebabkan
oleh perkembangan pembangunan perkakasan dan perisian di dalam teknologi
informasi itu sendiri. Pendidikan merupakan satu bidang yang memainkan peranan
yang penting selaras dengan perkembangan teknologi ini. Walaupun setiap dekad
kita diperkenalkan dengan sistem baru di dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran, perkembangan teknologi ini juga secara tidak lansung merealisasikan
pelbagai projek dengan melibatkan penggunaan media ini di kalangan para pendidik.
Pendidikan adalah kunci yang membuka era baru kepada sesebuah negara
terutama dalam zaman ledakan teknologi maklumat. Masyarakat yang berkualiti
hanya dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia serta mampu
menghasilkan produk yang bermutu untuk negara. Bagi merealisasikan matlamat ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha secara berterusan sejak dahulu lagi
untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Usaha-usaha ini jelas
2
diperlihatkan melalui penggubalan dasar-dasar pendidikan bagi disesuaikan dengan
keadaan semasa.
Teknologi multimedia sejak kebelakangan ini menjadi salah satu bahan
penyelidikan yang menarik di dalam bidang pendidikan. Pendidikan yang
berkonsepkan teknologi multimedia atau dengan kata lain, pendidikan berbantu
komputer (PBK) ini telah dijalankan oleh sekolah-sekolah bestari dengan adanya
pembangunan perisian multimedia interaktif.
Pendidikan berbantu komputer menyokong pembelajaran kendiri dengan
maklum balas yang cepat. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran individu.
Seseorang pelajar boleh menjalani proses pembelajaran masing- masing dengan
kadar yang cepat, dengan ini ia dapat menyelamatkan masa pembelajaran mereka.
Berbanding dengan pengajaran secara biasa dalam bilik darjah. Pembelajaran
menggunakan komputer dapat memberikan tindak balas serta merta kepada para
pelajar, dengan ini secara tidak langsung ia dapat memberikan kesan peneguhan yang
sangat positif.
Program multimedia mempunyai kelebihan dari segi atribut media
berbanding dengan media yang lain. Ia mempunyai teks, grafik, bunyi, visual,
animasi, warna dan tindak balas. Kesemua ini boleh diprogramkan dalam satu
perisian multimedia. Keinteraktifan membolehkan pembelajaran dapat dijalankan
secara menyeluruh serta dengan kawalan kendiri. Penggunaan multimedia
menggalakkan pelajar mengguna dan membina pengetahuan baru serta
memperluaskan capaian kepada sumber yang pelbagai. Ini menjadikan pelajar lebih
kreatif dan inovatif dari segi pemikiran. Penggunaan teknologi multimedia
terutamanya penggunaan CD ROM interaktif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana ia dapat menyentuh
seluruh media yang diperlukan di dalam pendidikan melalui satu pembangunan
perisian.
3
Penggunaan multimedia akan membawa suatu perubahan kepada sistem
pendidikan di masa akan datang. Perubahan ini perlu untuk melihat suatu perubahan
budaya dan amalan-amalan yang biasa dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dan
menengah yang berasaskan pembelajaran melalui ingatan yang meransang
pemikiran, kreativiti, memenuhi keperluan individu dan gaya pembelajaran serta
serta mudah dinikamati oleh semua pelajar.
1.1 Latar Belakang Masalah
Di zaman teknologi maklumat kini, pelajar bukan sahaja perlu
berpengetahuan dalam bidang yang dipelajari, tetapi mereka juga perlu mampunyai
pengetahuan di dalam teknologi maklumat bagi mempertingkatkan kemahiran dan
juga pegetahuan mereka. Dalam abad ke-21 ini, pelajar mungkin dijangkakan akan
mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi pelbagai jenis pekerjaan dalam
pasaran. Guru sebagai seorang pendidik juga tidak berkecuali daripada arus
pembangunan ini. Malahan mereka perlu menguasai teknologi ini bagi membantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kian banyak digunakan terutama
sekali berbentuk multimedia seperti CD-ROM pendidikan, sidang video, pendidikan
jarak jauh dan sebagainya.
Perkembangan yang pesat dalam penggunaan komputer sebagai alat bantu
mengajar dalam sistem pendidikan telah dapat menggantikan pengajaran tradisi
seperti kaedah lisan, tulisan dan media lain seperti televisyen, tayangan video dan
sebagainya. Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk & talk” tidak
berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan
kesemua deria pelajar. Dalam konteks pendidikan formal, konsep pengajaran boleh
dihuraikan sebagai sesuatu proses penyebaran ilmu atau kemahiran supaya dapat
dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid dengan berkesan (Mok, 1998). Proses
pembelajaran pula bermula daripada penerimaan rangsangan melalui deria manusia,
4
diikuti dengan pembentukan konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke
tahap yang lebih tinggi (Mok, 1998).
Kaedah penyampaian sesuatu pelajaran harus diubahsuai daripada pendekatan
tradisi kepada pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri menerusi perisian
multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Perisian multimedia berdasarkan kurikulum tempatan terutama
sekali dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan amat berkurangan
dan faktor kekurangan ini akan dapat diatasi dengan penggunaan multimedia
interaktif yang direkabentuk mengikut perancangan yang teliti dan sistematik serta
menepati kurikulum tempatan.
Sebagaimana yang diketahui, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan berhubungkait dengan mata pelajaran sains yang mempunyai banyak topik
dan sukar untuk diingati dan difahami oleh pelajar secara lisan. Maka untuk
memudahkan penerimaan pelajar, kaedah pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran ini harus diubahsuai daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan
penerokaan dan penemuan kendiri menerusi perisian multimedia interaktif yang
melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan perisian multimedia interaktif merupakan satu alternatif kepada
kaedah pendekatan tradisional. Multimedia interaktif ini dapat menarik minat pelajar
yang memerlukan rangsangan pelbagai. Sebagai contoh, persembahan isi pelajaran
yang beranimasi dengan penggunaan warna-warna yang dapat menumpukan
perhatian pelajar. Ini adalah kerana pelajar sukar menguasai isi matapelajaran ini
kerana mempunyai banyak fakta yang harus diingati. Sebagai contoh, pelajar harus
mengingati setiap struktur sistem tubuh badan manusia dengan tepat dan mengetahui
fungsi-fungsinya.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pendidik perlu
menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seseorang pendidik itu
memerlukan satu pendekatan atau kaedah yang berlainan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Penggunaan pelbagai jenis media
dalam teknologi pendidikan semakin berkembang dan menjadikan aktiviti
pembelajaran dilaksanakan berbentuk individu atau dalam kumpulan kecil. Ini
termasuk juga dengan penggunaan teknologi terkini seperti multimedia interaktif
berbentuk CD ROM di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun yang
demikian, masih ramai lagi pendidik yang mengekalkan kaedah pengajaran yang
lama.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran
elektif yang diambil oleh sebahagian Pelajar Sekolah Menengah. Menurut temubual
tidak rasmi yang telah dijalankan, pelajar masih belum dapat menguasai mata
pelajaran ini kerana ia memerlukan pelajar mengetahui fungsi-fungsi, kedudukan
serta proses-proses yang berlaku di dalam sistem tubuh badan manusia. Kaedah
pengajaran yang lama tidak dapat memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu
proses yang berlaku di dalam tubuh manusia.
Penggunaan ABBM yang kurang menarik akan mengakibatkan pelajar
kurang tumpuan dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan
dengan lancar. Yazrina (1997 dalam Siti Zarida, 2002) membuat kajian tentang
kelebihan pelajar menggunakan aplikasi multimedia. Kelebihannya membawa satu
perubahan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, memudahkan proses
mengendalikan latihan pembelajaran serta mengawal kos untuk latihan. Bahan
pembelajaran yang disampaikan oleh pendidik dalam kelas secara tradisional ditukar
kepada yang berkonsepkan aplikasi multimedia yang interaktif.
Dengan demikian, CD ROM interaktif yang akan dihasilkan dapat membantu
menarik minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tajuk Sistem Kardiovaskular secara
6
berkesan. Para pelajar juga akan menjadi lebih aktif untuk terus menerima isi
pelajaran. Pelajar akan cenderung mengajukan soalan-soalan kepada guru kerana
ingin tahu sesuatu maklumat setelah tertarik dengan isi pelajaran yang
dipersembahkan menggunakan CD interaktif. Pelajar juga dapat meneroka sendiri
perisian tersebut dengan sendiri tanpa had. Secara tidak langsung dapat
menghasilkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terarah pelajar dan mengikut
kadar pembelajaran kendiri.
Di samping itu, penggunaan CD interaktif ini juga dapat membantu guru di
dalam penyediaan ABBM untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
ABBM yang baik dapat menarik perhatian pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan yang demikian akan memudahkan guru untuk menyampaikan
sesuatu maklumat yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Matlamat Kajian
Untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang mudah dan mesra pengguna
melalui CD ROM interaktif mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi
tajuk Sistem Kardiovaskular. CD ROM interaktif ini adalah untuk meningkatkan
pemahaman serta menimbulkan minat pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebagai
alternatif kepada kaedah pengajaran tradisional. Aktiviti pengajaran yang lebih
kepada sumber bergrafik ini seharusnya digunakan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lebih lancar dan memberi kesan terhadap pelajar serta akan
menimbul keseronokkan untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan dan menguji satu pendekatan
baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan bagi tajuk Sistem Kardiovaskular melalui CD ROM
interaktif. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:
i. Merekabentuk dan membina satu perisian multimedia untuk dijadikan bahan
pembelajaran kepada pelajar.
ii. Untuk mewujudkan satu bahan pembelajaran bagi pelajar yang mempunyai
ciri-ciri interaktif, mesra pengguna, mudah dan menarik.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini adalah untuk mendapatkan jawapan beberapa soalan seperti di
bawah:
i. Adakah rekabentuk CD ROM interaktif dapat membantu untuk
meningkatkan pemahaman Pelajar Sekolah Menengah terhadap mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tajuk Sistem
Kardiovaskular?
ii. Adakah maklumat dan isi kandungan yang terdapat dalam CD ROM
interaktif tersebut memenuhi kehendak pelajar?
iii. Adakah penggunaan CD ROM interaktif ini mendapat sambutan dan
diterima di kalangan Pelajar Sekolah Menengah?