METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN
WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Alamat Tetap:
94, KG KUBANG MENERONG,
PADANG SIDING, 02600,
ARAU, PERLIS. Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Nama Penyelia: PM DR AZHAR BIN MUHAMMAD
Tarikh : 16 MEI 2011
METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN
WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Wan Nurulhuda binti Wan Jusoh
Tarikh : 16 Mei 2011
iii
Dedikasi
Ya Allah
“Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya
sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku,
Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Mak dan Ayah tersayang
Chek binti Man dan Wan Jusoh bin Wan Ahmad
yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anaknya. Tanpa kalian
siapalah diriku ini.
Saudara kandungku yang dikasihi,
Abang Din, Kak Nani, Abang Khairul, Abang Lie dan Adik Nadia
Yang menghiasi setiap hariku dengan pelbagai telatah dan kerenah semenjak lahirku,
kalian penyeri dalam hidupku
Penyelia yang dihormati,
PM Dr Azhar bin Muhammad
Yang sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar , syukran jazilan.
Para pensyarah daripada Fakulti Tamadun Islam dan juga Fakulti Pendidikan,
Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan saban waktu
Sahabat seperjuangan
SPI 2007-2011
Yang sering bersama tika susah dan senangku sepanjang di kampus
persatuan PMI
Yang senantiasa memberikan semangat dan sokongan kepadaku
Dan semua yang bergelar
muslim
Moga hasil ini ada sedikit manfaat buat kalian
iv
PENGHARGAAN
بسم اهلل الرمحن الرحيم
Alhamdulillah, setinggi syukur ke hadrat Illahi, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.
Syukur yang tidak terhingga kepada Illahi atas nikmat sihat dan masa lapang
yang diberikan-Nya penyelidik berjaya juga menyiapkan projek sarjana
muda ini sehingga titik yang terakhir. Tiadalah daya upaya buat penyelidik
kecuali dengan rahmat dan kasih sayang-Nya semata.
Sekalung penghargaan buat mak dan ayah tercinta, yang tidak putus-
putus mendoakan kejayaan dan kebahagian anaknya. Setinggi penghargaan
juga ditujukan buat penyelia projek, PM Dr Azhar bin Muhammad atas
segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang proses menyiapkan
projek ini.
Turut dihargai, sahabat-sahabat seperjuangan (SPI 07-11) yang
saling bahu membahu memberikan sokongan dan dorongan untuk terus
berjaya bersama-sama.
Akhirnya, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam proses penyediaan laporan projek sarjana muda ini. Semoga
Allah memberkati dan merahmati kita semua. InsyaALLAH.
Jadilah si kelip-kelip
yang bercahaya tika datangnya senja
yang bersinar tika kegelapan malam menyapa
hingga hujung nyawa
tak segan menunjukkan laluan kepada manusia..
v
ABSTRAK
Luqman Al-Hakim cukup terkenal sebagai seorang yang memiliki hikmah dan
kebijaksanaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat metodologi pendidikan
Luqman Al-Hakim kepada anaknya dari segi kaedah dan aspek pendidikan dengan
memfokuskan pada ayat 12 hingga 19 di dalam Surah Luqman. Di samping itu,
kajian dijalankan kepada pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia untuk melihat pengaplikasian kaedah dan aspek
pendidikan yang ditekankan oleh Luqman Al-Hakim. Pengkaji menjalankan kaedah
kajian perpustakaan, analisis tafsiran ayat yang dikaji dan mengedarkan soal selidik.
Penafsiran maksud ayat dilakukan dengan merujuk kepada pelbagai kitab tafsir.
Hasil kajian mendapati bahawa Luqman Al-Hakim menggunakan kaedah nasihat dan
menekankan tiga aspek penting dalam pendidikan anaknya iaitu aqidah, ibadah dan
akhlaq. Manakala, hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science for Windows version 15.0 secara deskriptif dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α =
0.903. Secara keseluruhan hasil kajian soal selidik menunjukkan majoriti responden
mengaplikasikan aspek pendidikan aqidah, ibadah dan akhlaq kepada anak mereka
dengan purata min sebanyak 4.20. Di akhir kajian, penulis mencadangkan beberapa
pendekatan pendidikan anak selaras yang ditekankan oleh Luqman Al-Hakim di
dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan
untuk penyelidikan akan datang.
vi
ABSTRACT
Luqman al-Hakim is known as one who has the wisdom and discretion. Therefore, this study
is to look at the educational methodology of Luqman Al-Hakim to his son in terms of method
and aspects of education with a focus on verse 12 up to 19 in Surah Luqman. In addition,
studies carried out to a lecturer in the Foundation of Education Department, Faculty of
Education, University of Technology Malaysia to see the application of methods and aspects
of education that is emphasized by Luqman Al-Hakim. Researcher carrying out the method of
literature review, analysis, interpretation of the verse under review and also distribute
questionnaires. Interpretation of the meaning of the ayah made with reference to various
tafsir. The study found that Luqman al-Hakim using the advice and emphasize three
important aspects in the education of children which are faith, worship and manners. The
questionnaire was analyzed using Statistical Package for Social Science for Windows version
15.0 descriptively and presented by means of tabulation. The value of the reliability of the
questionnaire was α = 0.903. Overall survey results show a majority of respondents to apply
the methodical aspects of faith, devotion and behaviour for their children with an average
means of 4.20.Finally, some suggestions were forwarded about children education in line
with the aspect stressed by Luqman Al-Hakim through ayah 12 till 19 in Surah Luqman. The
research concluded by forwarding a few suggestions for further studies.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS
TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiiii
BAB I PENGENALAN
1.I Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Kesimpulan 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Pengenalan Surah Luqman
2.2.1 Asbab Nuzul
10
12
viii
2.2.2 Hubungan surahLuqman
dengan Surah sebelumnya.
2.2.3 Luqman Al-Hakim di sisi
Ulama’
2.2.4 Terjemahan ayat 12-19 Surah
Luqman
13
15
15
2.3 Pendidikan Anak
2.3.1 Tanggungjawab ibubapa
terhadap anak-anak
2.3.2 Peringkat Pendidikan Anak
2.3.3 Proses Pendidikan Islam
18
20
25
26
2.4 Metodologi Pendidikan dalam Islam 29
2.5 Kajian Lepas 39
2.6 Kesimpulan 44
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 45
3.3 Tempat Kajian 48
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49
3.5 Instrumen Kajian 49
3.6 Kajian Rintis 51
3.7 Analisis Data 51
3.8 Jangka Masa Kajian 53
3.9 Kesimpulan 53
BAB IV DATA DAN ANALISIS
4.1 Pendahuluan 54
4.2 Analisis Data (Ayat Fokus)
4.2.1 Huaraian dan analisis ayat 12
4.2.2 Huraian dan analisis ayat 13
4.2.3 Huraian dan analisis ayat 14
4.2.4 Huraian dan analisis ayat 15
54
55
57
59
61
ix
4.2.5 Huraian dan analisis ayat 16
4.2.6 Huraian dan analisis ayat 17
4.2.7 Huraian dan analisis ayat 18
4.2.8 Huraian dan analisis ayat 19
64
66
68
70
4.3 Analisis Data (Soal Selidik)
4.3.1 Analisis Bahagian A
4.3.1.1 Maklumat Umur Responden
4.3.1.2 Maklumat Jantina
Responden
4.3.1.3 Maklumat tempoh
berkhidmat responden
4.3.1.4 Maklumat bilangan anak
4..3.1.5 Maklumat umur anak
4.3.2 Analisis Bahagian B, C dan D
71
72
73
73
74
74
75
75
4.4 Kesimpulan 97
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 98
5.2 Perbincangan
5.2.1 Bahagian Analisis Tafsir
5.2.2 Bahagian Analisis Soal Selidik
99
106
5.3 Rumusan 110
5.3 Cadangan 110
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 111
5.5 Kesimpulan 112
BIBILIOGRAFI 113
LAMPIRAN
x
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK
HALAMAN
3.6.2 Pengelasan Skala Likert 50
3.7.1 Skala Item 52
3.7.2 Tahap Skor Min 52
4.1 Latar Belakang Responden mengikut umur 73
4 2 Latar belakang responden mengikut jantina 73
4. 3 Latar belakang responden mengikut tempoh berkhidmat 74
4.4 Latar belakang responden mengikut bilangan anak. 74
4.5 Latar belakang responden mengikut purata umur anak 75
4.6 Taburan skor bagi item B1 76
4.7 Taburan skor bagi item B2 77
4.8 Taburan skor bagi item B3 77
4.9 Taburan skor bagi item B4 78
4.10 Taburan skor bagi item B5 78
4.11 Taburan skor bagi item B6 79
4.12 Taburan skor bagi item B7 79
4.13 Taburan skor bagi item B8 80
4.14 Taburan skor bagi item B9 80
4.15 Taburan skor bagi item B10 81
4.16 Taburan skor bagi item C1 81
4.17 Taburan skor bagi item C2 82
4.18 Taburan skor bagi item C3 82
4.19 Taburan skor bagi item C4 83
4.20 Taburan skor bagi item C5 83
4.21 Taburan skor bagi item C6 84
4.22 Taburan skor bagi item C7 84
4.23 Taburan skor bagi item C8 85
4.24 Taburan skor bagi item C9 85
xi
4.25 Taburan skor bagi item C10 86
4.26 Taburan skor bagi item D1 86
4.27 Taburan skor bagi item D2 87
4.28 Taburan skor bagi item D3 87
4.29 Taburan skor bagi item D4 88
4.30 Taburan skor bagi item D5 88
4.31 Taburan skor bagi item D6 89
4.32 Taburan skor bagi item D7 89
4.33 Taburan skor bagi item D8 90
4.34 Taburan skor bagi item D9 90
4.35 Taburan skor bagi item D10 91
4.36 Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi
pendidikan asas aqidah anak-anak menurut surah
Luqman.
91
4.37 Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi
pendidikan asas ibadah anak-anak menurut surah
Luqman.
93
4.38 Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi
pendidikan asas akhlak anak-anak menurut surah
Luqman.
95
5.1 Skor min untuk setiap bahagian
108
xii
SENARAI SINGKATAN
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
SAW Sallahu ‘Alaihi Wasallam
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
SPSS Statistical Package For Social Science
SS Sangat Setuju
S Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Soal selidik
2 Surat kebenaran mendapatkan maklumat
3 Surat kebenaran PSZ
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan merupakan suatu perkara penting yang menjadi asas kepada
penentuan jalan hidup seseorang. Cara didikan yang diterima oleh seseorang itu
pastinya akan mencorakkan cara berfikir dan tingkah lakunya. Oleh itu pendidikan
merupakan suatu aspek yang amat penting dan perlu diberikan perhatian khusus agar
seseorang itu dapat dibentuk menjadi insan yang sebaik-baiknya. Pendidikan atau
disebut tarbiyyah di dalam bahasa Arab merupakan satu elemen yang bukan sahaja
melibatkan fizikal bahkan turut menekankan aspek-aspek lain seperti rohani dan
akal. Ia merupakan gabung jalin setiap unsur yang terdapat pada diri manusia yang
seterusnya akan memberikan kesan pada tingkah dan perlakuan seseorang.
Pendidikan agak berbeza dengan pengajaran. Pengajaran adalah suatu
konsep menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang yang mendengarnya, seperti
seorang guru yang mengajar di dalam bilik darjah. Namun pendidikan adalah
sesuatu yang datang dari hati dan disampaikan juga melalui hati agar lekat di hati
orang yang mendengarnya.
Masyarakat Melayu amat terkenal dengan pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Pepatah ini merujuk kepada proses pendidikan itu hendaklah
dimulai semenjak awal lagi. Diibaratkan batang rebung yang masih muda, jika
dilentur dan dibentuk dengan baik pasti ia akan membesar mengikut bentuk yang
2
telah dipilih itu. Namun sekiranya rebung tersebut sudah tua dan menjadi buluh,
maka pastilah sukar untuk dilenturkan lagi kerana batangnya sudah mengeras. Jika
dipaksa secara keterlaluan mungkin akan menyebabkan patah. Begitulah juga
dengan pendidikan yang perlu diterapkan kepada anak-anak. Mereka hendaklah
dididik semenjak mereka kecil lagi. Didikan yang tepat pastinya akan menghasilkan
generasi yang berdaya saing dan mempunyai jati diri yang utuh.
Anak-anak merupakan anugerah dan amanah yang telah diberikan oleh
Allah kepada insan yang bergelar ibu dan bapa. Anak yang dilahirkan dalam
keadaan yang fitrah dan suci murni ibarat kain putih yang bersih tanpa sebarang
kotoran. Maka menjadi tanggungjawab ibubapalah untuk mencorakkan dan
memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka. Kasih sayang keluarga
inilah yang sebenarnya dapat menjadikan pendidikan itu lebih berkesan kerana anak-
anak amat rapat dengan ibubapa masing-masing dan sentiasa bersama mereka.
Di dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang mengisahkan nasihat-nasihat
dan teguran seorang bapa kepada anaknya. Teguran dan nasihat si bapa ini
merupakan suatu didikan yang sangat utuh untuk membina sahsiah dan peribadi
anaknya. Surah ini dinamakan surah Luqman sempena nama bapa yang telah
dikurniakan oleh Allah hikmah dan kebijaksanaan. Terdapat beberapa suruhan dan
larangan yang disampaikan kepada anaknya dengan harapan segala yang
disampaikan itu akan dituruti anaknya sekaligus melindungi anak daripada terjebak
ke arah kebinasaan. Pesanan disampaikan dengan penuh kasih sayang dan langsung
tidak mengharapkan balasan daripada anak. Inilah yang disebut sebagai pendidikan
dari hati ke hati.
1.2 Latar Belakang Masalah
Remaja merupakan aset yang paling berharga untuk negara. Mereka
merupakan generasi pelapis yang dilihat bakal menerajui kepimpinan negara pada
suatu masa nanti. Namun, kebelakangan ini timbul pelbagai isu negatif yang
3
mengaitkan remaja dengan pelbagai aktiviti yang tidak menyenangkan. Kes
pembuangan bayi sebagai contohnya telah memperlihatkan betapa teruknya
kebejatan sosial yang telah melanda remaja di negara ini. Itu tidak dikira dengan kes
melarikan diri dari rumah dan meninggalkan ibubapa semata-mata terpengaruh
dengan rakan taulan. Gejala lepak dan sebagainya pula telah lama melanda para
remaja kita.
Terdapat banyak pihak yang saling tunding menunding dalam hal ini.
Kelambakan kes yang melibatkan remaja ini sering cuba disabitkan kesalahannya
kepada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru-guru, pihak media dan juga
kerajaan. Pelbagai langkah diatur dan dilaksanakan bagi membendung segala
masalah ini namun tiada yang dilihat dapat memberikan hasil yang benar-benar
berkesan. Ini disebabkan pembaikan itu hanya dilakukan apabila sesuatu masalah itu
telah pun berlaku.
Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam proses pentarbiyyahan
anak-anak. Ia hendaklah dimulai dari awal kelahiran seorang anak sehinggalah
mereka meningkat dewasa. Pendidikan pertama yang perlu diberikan adalah dengan
mengenalkan anak-anak kepada Pencipta yang Maha Kuasa yakni Allah. Khaliq
yang telah menetapkan peraturan hidup melalui syariat-Nya agar manusia dapat
hidup dengan aman dan tenteram. Konsep pendidikan ini ada disebut di dalam surah
Luqman melalui kaedah dialog antara seorang bapa kepada anaknya.
Justeru itu, penelitian yang khusus terhadap kaedah atau metodologi
pendidikan anak-anak yang telah diperkenalkan oleh Allah menerusi surah Luqman
ini sewajarnya diberikan perhatian agar kaedah ini dapat diaplikasikan di dalam
pendidikan anak-anak pada masa kini. Hal ini dikatakan berpunca daripada beberapa
faktor. Namun, faktor utama yang sering ditekankan adalah faktor asuhan oleh
ibubapa.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah sosial yang berlaku di kalangan mayarakat negara ini dilihat semakin
meruncing. Dengan statistik masalah sosial yang semakin meninggi dari tahun ke
tahun menunjukkan betapa seriusnya masalah yang telah melanda negara.
Menurut penulis laman web mutiaraislam.wordpress.com, saudara Lokman
Mohd Hashim (2009) mengatakan bahawa salah satu faktor utama yang mendorong
masalah sosial di kalangan remaja adalah kegagalan asuhan oleh ibubapa sendiri.
Beliau menyebutkan bahawa:
“Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca
keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan
dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan
oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup,
sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak
kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan
ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri
tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.”
(mutiaraislam.wordpress.com:17 April 2011, 10.16pm)
Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya asuhan dan didikan yang
bertepatan oleh ibubapa kepada anak-anaknya.
Selain itu, Norhamimah Md Amin (2003:23) dalam laporan projek sarjana
mudanya memetik laporan akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 Oktober 1998
sebagai melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati
keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral
di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut.
5
Sehubungan itu, amatlah wajar untuk ibubapa mencari satu kaedah asuhan
anak-anak yang sebenarnya untuk mengelakkan perkara-perkara ini daripada
berterusan. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai metode pendidikan yang
dianjurkan di dalam surah Luqman dan aspek-aspek (disiplin ilmu) yang diberikan
penekanan terhadapnya.
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah:
1.4.1 Mengenal pasti kaedah atau metodologi pendidikan anak dalam Islam
berdasarkan surah Luqman.
1.4.2 Menjelaskan aspek-aspek penting yang perlu diterapkan dalam pendidikan
anak-anak berdasarkan surah Luqman.
1.4.3 Mengenal pasti kecenderungan staf-staf Universiti Teknologi Malaysia dalam
mengaplikasikan kaedah pendidikan anak berdasarkan surah Luqman.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang ditimbulkan adalah:
1.5.1 Apakah metodologi pendidikan anak-anak yang diajarkan di dalam surah
Luqman?
1.5.2 Apakah aspek-aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam proses
pendidikan anak seperti yang terdapat dalam surah Luqman?
6
1.5.3 Sejauh manakah staf-staf Universiti Teknologi Malaysia mengetahui
metodologi pendidikan anak yang terdapat di dalam surah Luqman dan
adakah mereka mengaplikasikannya?