FORMAT CADANGAN PENYELIDIKAN
Borang permohonan Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff boleh
dimuat turun di laman web LESTARI atau di perolehi daripada
Pejabat Am LESTARI mengikut waktu pejabat.
Latar diri dan cadangan penyelidikan (maksimum 2 muka surat)
perlu dikemukakan kepada Sekretariat Zamalah Datin Miriam
Mohd. Yusoff melalui mel-e atau pos kepada alamat di bawah
sebelum atau pada 30 April 2011.
Sekretariat
Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-89214144/4149
Faks: 03-89255104
Mel-e: [email protected]
(u.p.: Puan Nurul Safaniza Che Ani) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
SKIM ZAMALAH
DATIN MIRIAM
MOHD. YUSOFF Cadangan penyelidikan perlu mengandungi perkara-perkara
berikut:
Tajuk (Title)
Pengenalan (Introduction)
Ulasan Literatur (Literature review)
Kerangka penyelidikan (Research framework)
Soalan kajian (Research questions)
Objektif (Objectives)
Kaedah dan pendekatan (Methods and approach)
Hasil penyelidikan yang dijangkakan (Research output)
Penemuan ilmu baru (Potential new knowledge)
Implikasi kepada polisi (Implication on policy)
Faedah kepada masyarakat (Benefit to society)
Jadual perlaksanaan penyelidikan (Research schedule)
Pemohon yang berjaya mendapat Skim Zamalah Datin
Miriam Mohd. Yusoff akan diberikan tempoh satu (1)
tahun dan akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan
tempoh berdasarkan laporan kemajuan atau prestasi
yang memuaskan dan calon perlu menerbitkan 2 jurnal
atau 4 prosiding berwasit/bab dalam buku sebelum ta-
mat pengajian. Tempoh lanjutan baru adalah untuk satu
(1) tahun.
-Pemohon boleh memuat turun borang permohonan
lanjut tempoh di laman web LESTARI atau mendapatkan
salinannya di Pejabat Am LESTARI.
-Tempoh lanjutan yang dibenarkan adalah sehingga
semester ke enam (6) bagi calon PhD.
-Borang yang lengkap perlu dihantar ke LESTARI beserta
laporan kemajuan semester. Sekiranya pelajar didapati
tidak memenuhi syarat iaitu laporan kemajuan atau
prestasi penyelidikan tidak memuaskan, maka Skim
Zamalah ini boleh ditamatkan.
-LESTARI akan mengeluarkan laporan pembayaran
lanjut tempoh jika semua syarat pelanjutan dipenuhi.
-Laporan pembayaran lanjut tempoh akan dihantar
kepada Penyelia Utama, Ketua Pusat Penyelidikan,
Bendahari dan pelajar.
-Mekanisma pemantauan pretasi pelajar adalah seperti
berikut:
Pembentangan laporan kemajuan kepada
Jawatankuasa Khas Skim Zamalah;
Kelulusan oleh Jawatankuasa Khas Skim Zamalah.
LANJUTAN TEMPOH
-Skim ini akan ditamatkan jika pelajar tersebut tidak
memenuhi syarat iaitu:
Laporan kemajuan didapati tidak memuaskan.
Tempoh pengajian telah melebihi enam (6)
semester bagi PhD.
PENAMATAN SKIM
CARA MEMOHON
Fuad/feb2011
DARI MEJA PENGARAH
PENGENALAN
Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff diwujudkan
untuk membina keupayaan penyelidik muda yang
cemerlang di Malaysia sebagai generasi pelapis yang
bakal meneraju inisiatif ke arah mencapai taraf negara
maju pada tahun 2020 dan untuk memperkukuhkan
keupayaan dan kebolehan rakyat Malaysia mencapai
hasrat pembangunan seimbang dalam bidang ekonomi
dan sosial tanpa menjejaskan alam sekitar dan sumber
asli negara.
OBJEKTIF
Menggalakkan penyelidikan peringkat Doktor Falsafah
dalam bidang sains, dasar dan governans kelestarian di
Malaysia.
BIDANG PENGAJIAN
Bidang pengajian untuk dana ini adalah ’Governans
untuk Kelestarian’. Pengkhususan untuk bidang ini
adalah seperti berikut:
Perancangan Bandar Lestari
Kekompleksan Bandar ”Urban Complexity”
Masyarakat dan Pembandaran
Pengurusan Sisa Bandar
Industri dan Pembandaran
Sumber Asli dan Alternatif untuk Pembangunan
Lestari
Infrastruktur Hijau untuk Kelestarian Bandar
Sains dan Kajian Dasar
Kajian Wilayah Serantau Asia-Pasifik
Kelestarian Governans
Environmental Diplomacy
Water Security
Food Security
Zamalah ini terbuka kepada Warganegara Malaysia
sahaja. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pelajar Doktor
Falsafah. Pemohon mesti mempunyai kelulusan akademik yang
cemerlang di Peringkat Sarjana Muda dengan PNGK
melebihi 3.60. Untuk peringkat Doktor Falsafah, calon-
calon yang mempunyai Ijazah Sarjana secara kerja
kursus perlu juga mempunyai PNGK melebihi 3.60,
manakala calon yang mempunyai Sarjana secara
penyelidikan perlu lulus dengan baik. Pemohon yang mendaftar sebagai pelajar Doktor
Falsafah adalah untuk pengajian sepenuh masa sahaja
dan Penyelia Utama mesti terdiri daripada kakitangan
akademik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
(LESTARI), UKM. Pemohon yang menjawat jawatan tutor di mana-mana
IPTA di Malaysia dan kakitangan kerajaan tidak layak
memohon skim ini. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menerima
sebarang sumber pembiayaan lain. Pelajar yang berjaya mendapat Skim Zamalah LESTARI
akan menikmati keistimewaan zamalah untuk tempoh
satu (1) tahun dan akan dipertimbangkan untuk
dilanjutkan tempoh tersebut berdasarkan laporan
kemajuan atau prestasi yang memuaskan. Sekiranya pelajar didapati tidak memenuhi syarat iaitu
laporan kemajuan atau prestasi penyelidikan tidak
memuaskan, maka Skim Zamalah ini boleh ditamatkan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
Calon yang telah berjaya menerima zamalah ini akan
mendapat kemudahan seperti berikut:
Elaun bulanan: Doktor Falsafah - RM3,000.00
Pengecualian yuran pengajian.
Calon yang berjaya boleh memohon untuk
menghadiri persidangan bagi membentang kertas
kerja diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
TEMPOH ZAMALAH
Tempoh zamalah ini adalah untuk:
Doktor Falsafah - 6 Semester sahaja
PROSES PEMILIHAN
Calon perlu mengemukakan cadangan dan
kemajuan penyelidikan yang lengkap mengikut
format yang disediakan dan dihantar bersama
borang permohonan skim zamalah ini. Cadangan
penyelidikan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia
atau Bahasa Inggeris.
Setelah tapisan dilaksanakan calon-calon yang
disenarai pendek akan dipanggil untuk
membentangkan cadangan dan kemajuan
penyelidikan yang dinilai oleh panel-panel penilai
yang dilantik.
Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk
sesi temuduga oleh LESTARI.
Surat tawaran bersama-sama surat akuan
penerimaan akan dihantar kepada pemohon yang
berjaya.