KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK
Nuarrual Hilal bin Md. DahlanKolej Undang-undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Topik-Topik Pengenalan Dewasa Kontrak Oleh Kanak-Kanak Salahnyataan Mengenai Umur Pemulihan Semula/Restitusi Berakal Sempurna Tidak Hilang Kelayakan
1. Pengenalan Seksyen 10(1) AK:
‘Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal’
Contoh 1 A berjanji kepada B untuk menjual tanahnya
di Changlun seluas satu ekar dengan harga RM 50,000.00. Ini dipersetujui oleh B
Kontrak A adalah sah Kontrak A boleh jadi tidak sah sekiranya:
1. A dipaksa oleh B agar menjual tanah tersebut dengan harga RM 50,000 sedangkan harga pasaran adalah RM 200,000, sekiranya tidak B akan mencederakan A; atau2. A dipaksa oleh B untuk menjual tanahnya itu tanpa apa-apa balasan dari B; atau
3. Tanah A di Changlun adalah tanah simpanan melayu. Tiada mana-mana tanah simpanan melayu boleh dijual kepada orang-orang yang bukan melayu. Sekiranya A adalah orang melayu dan B bukan melayu, sedangkan tanah A tersebut adalah tanah simpanan melayu, maka penjualan tanah A kepada B adalah tidak sah
Seksyen 11 AK:‘Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk’
Contoh 2 Seperti contoh 1 Kontrak antara A dan B akan menjadi
tidak sah/batal sekiranya:1. A dan B berumur kurang daripada 18
tahun. Umur 18 tahun adalah umur dewasa – Akta Umur Dewasa 1971; atau,
2. A adalah orang yang kurang waras – orang gila – tidak sempurna akal;atau,
3. Tanah A adalah tanah simpanan melayu. B bukan melayu. Penjualan tanah simpanan melayu kepada bukan melayu – batal
2. Dewasa Menurut Akta Umur Dewasa 1971,
seseorang itu dikatakan sebagai telah dewasa sekiranya telah mencapai umur 18 tahun.
Contoh 3 Seperti contoh 1 Penjualan tanah A kepada B akan
batal sekiranya A masih lagi berumur 17 tahun
3. Kontrak oleh Kanak-Kanak
Menurut seksyen 11: kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak (umur kurang dari 18 tahun) BATAL
Kes: Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat Seorang kanak-kanak telah pindah milik
(jual) tanahnya kepada orang lain. Selepas pindah milik itu selesai kanak-kanak itu memohon melalui wakilnya agar pindah miliknya itu dibatalkan. Mahkamah: pindah milik itu batal kerana pihak yang berkontrak berumur kurang dari 18 tahun
Pengecualian
Kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah sah sekiranya kontrak itu adalah:
Kontrak Perkahwinan Kontrak Keperluan Hidup Kontrak Biasiswa Kontrak Insurans
Kontrak Perkahwinan Kontrak perkahwinan yang dibuat oleh
kanak-kanak adalah sah Sekiranya kanak-kanak itu selepas
menjadi dewasa mungkir atau enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu, pihak yang satu lagi itu itu boleh mengambil tindakan undang-undang ke atasnya – tindakan pelaksanaan spesifik @ gantirugi @ perintah deklarasi
Contoh 4 Pada 1/1/1980, A seorang kanak-kanak
lelaki berumur 10 tahun telah memasuki perjanjian dengan B, seorang kanak-kanak perempuan, bahawa A apabila mencecah umur 30 tahun akan mengahwini B
Pada 2/1/2000, A setelah menjadi dewasa tertarik kepada C seorang gadis di kampungnya. A enggan untuk berkahwin dengan B
B boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas A dengan memohon perintah mahkamah agar A mematuhi perjanjiannya(pelaksanaan spesifik) atau gantirugi
Kes Rajeswary & Anor lwn Balakrishnan & Ors A dan B adalah dari kaum Hindu Ceylon A telah ditunangkan dengan B dan satu
perjanjian telah dibuat Semasa perjanjian itu, A dan B masih lagi
kanak-kanak Kemudian A enggan berkahwin dengan B B minta agar A bayar ganti rugi dan minta
balik hadiah yang telah diberikan kepada A A enggan patuh atas alasan: semasa
kontrak itu dibuat A masih lagi kanak-kanak
Mahkamah: Kontrak yang dibuat oleh A sah walaupun masih kanak-kanak
Kontrak Keperluan Hidup Seksyen 69 AK ‘Jika seorang yang tidak berdaya
membuat kontrak, atau sesiapa yang dianya terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu’
Ciri-Ciri Seksyen 69 AK Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-
kanak; Kanak-kanak atau tanggungan kanak-
kanak dibekalkan dengan keperluan hidup; Keperluan tersebut mestilah yang sesuai
dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut;
Kanak-kanak akan bertanggungan hanya sekiranya mempunyai harta;
Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak atau tanggungan kanak-kanak hanya boleh dikenakan harga yang munasabah
Contoh 5 A seorang doktor membekalkan ubatan
kepada B seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit lelah dan asma
Nilai ubatan yang dibekalkan kepada B bernilai puluhan ribu ringgit
Ubatan yang diberikan oleh A kepada B adalah satu keperluan B
B terikat untuk membayar jumlah bayaran yang diminta oleh A
Tindakan A dengan membekalkan ubatan yang diperlukan adalah sebagai balasan sekiranya B membayar nilai ubatan tersebut kepada A
Kes-kes Nash lwn Inman A, yang masih lagi belum dewasa (kanak-
kanak) seorang pelajar universiti telah dibekalkan pakaian mahal oleh B
Pakaian ini adalah keperluan hidup A B menuntut bayaran atas perbekalan yang
diberikan kepada A. A enggan bayar Mahkamah:B gagal dalam tuntutannya
terhadap A. Ini adalah kerana A telah mendapat keperluan secukupnya menurut keadaan hidupnya. Perbekalan yang diberikan oleh B bukan merupakan ‘keperluan hidup’ A
Kerajaan Malaysia lwn Gucharan Singh & Ors
A seorang pelajar yang masih belum dewasa mendapat biasiswa dari kerajaan Malaysia – suatu kontrak telah dimasuki oleh A dan kerajaan Malaysia, di mana selepas A menyelesaikan pengajiannya A dikehendaki untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun
Apabila A tamat pengajiannya, A berkhidmat dengan kerajaan tetapi hanya untuk 3 tahun setengah sahaja
A enggan untuk berkhidmat selama 10 tahun.
Mahkamah: A terikat dengan kontrak dahulu. Walaupun A semasa itu seorang kanak-kanak (belum dewasa), disebabkan biasiswa adalah keperluan hidup A bagi membolehkan A mengikuti pengajiaannya, A terikat dengan kontrak tersebut
Doyle lwn White City Stadium, Ltd A seorang kanak-kanak telah bersetuju untuk
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Kawalan Tinju bagi membolehkan A mendapat keahlian profesional dan lesen peninju.
Pada suatu perlawanan tinju A telah melanggar satu peraturan Lembaga itu. Bayaran deposit yang dipegang oleh Lembaga itu telah dirampas oleh Lembaga itu menurut peraturan yang telah dibuat dan dipersetujui oleh A
A menuntut bayaran deposit itu dan menyatakan bahawa kontrak yang dimasukinya dengan Lembaga itu adalah tidak sah kerana A masih lagi kanak-kanak
Mahkamah: Lembaga itu berhak untuk merampas deposit tersebut dan kontrak itu adalah sah kerana peraturan yang dibuat dan keahlian profesional serta lesen peninju itu adalah keperluan A
Kontrak Biasiswa Definisi Perjanjian Biasiswa – seksyen 2
Akta Kontrak (pindaan) 1976 ‘perjanjian biasiswa’ ertinya apa-apa
kontrak atau perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan dengan seseorang (siswa) mengenai apa-apa biasiswa, hadiah, bantuan, dermasiswa, pinjaman, anjuran, atau perlantikan ke sesuatu kemudahan lain, sama ada diberi secara langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-mana orang atau badan lain atau mana-mana kerajaan di luar Malaysia bagi maksud pelajaran atau pengajian daripada apa-apa jenis’
Contoh 7 A adalah pegawai kerajaan di pejabat
tanah Sibu, Sarawak melanjutkan pelajaran ke UUM
selama 3 tahun secara sepenuh masa
Di sepanjang pengajiannya A mendapat cuti dengan separuh gaji
Bentuk kemudahan ‘cuti dan separuh gaji’ itu dianggap sebagai BIASISWA
Contoh 8 Seperti contoh 7, A juga dianggap
sebagai menerima biasiswa sekiranya dia:
A. mendapat hadiah dari kerajaan Sarawak; atau,
B. mendapat dermasiswa dari kerajaan Kedah;atau,
C. mendapat pinjaman PTPTN; atau, D. mendapat hadiah dan bantuan
pengajian dari the ‘British Chevening Award’ suatu bentuk bantuan pelajaran dari UK
Seksyen 4(a) AK (pindaan) 1976: ‘ Walau apa jua yang berlawanan
yang terkandung dalam Akta ibu, tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa siswa yang membuat perjanjian itu belum berumur dewasa’
Contoh 9 Seperti contoh kes Kerajaan
Malaysia lwn Gucharan Singh & Ors
Seksyen 5(a) AK (pindaan) 1976 ‘Jika sekiranya sesuatu perjanjian biasiswa telah
dimungkiri oleh seseorang siswa jika sesuatu jumlah wang ada disebutkan dalam perjanjian itu amaun yang kena dibayar dalam hal kemungkiran itu, walau apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ibu, maka siswa dan penjamin itu bersesama dan masing-masing bertanggungan membayar dan pihak berkuasa yang berkenaan adalah berhak dibayar kesemua jumlah wang yang disebutkan itu sama ada atau tidak kerosakan atau kerugian sebenarnya telah disebabkan oleh kemungkiran itu, dan tiada apa-apa potongan boleh dibuat dari jumlah yang disebutkan itu oleh kerana apa-apa bahagian tempoh perkhidmatan yang dilaksanakan oleh siswa itu apabila tamat kursus pengajiannya’
Contoh 10 A adalah pelajar tahun 1 kursus BBA, UUM A mendapat biasiswa Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) A telah memasuki perjanjian dengan JPA B dan C bapa-bapa saudara A menjadi
penjamin Biasiswa JPA berjumlah RM 18,000.00 A dikehendaki bekerja dengan kerajaan
selama 7 tahun selepas menamatkan pengajiaannya di UUM
Setelah tamat pengajian A mungkir untuk bekerja dengan kerajaan tetapi telah memasuki firma swasta di Kuala Lumpur
A dikehendaki membayar RM 18,000 kepada kerajaan kerana kemungkirannya itu
Sekiranya A gagal bayar, B dan C sebaliknya, masing-masing perlu membayar RM 18,000 kepada kerajaan kerana mereka adalah penjamin
Ini adalah kerana tanggungan B dan C berbentuk ‘secara bersesama dan masing-masing bertanggungan membayar’ – s. 5(a)
Kontrak Insuran Akta Insurans 1963(disemak pada tahun
1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanak-kanak boleh membuat kontrak insurans untuk menginsurankan diri dan harta daripada apa-apa kontigensi. Seorang kanak-kanak adalah dibenarkan membuat kontrak insurans sekiranya ia berusia 10 tahun ke atas. Walaupun begitu keizinan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 16 tahun ke bawah
Contoh 11 A seorang kanak-kanak berumur 11
tahun telah memasuki satu kontrak insuran kemalangan dengan Syarikat Kurnia Insurans Berhad
A mengalami kemalangan selepas itu Syarikat Kurnia Insurans perlu membayar
pampasan ke atas kecederaan yang dialami oleh A
Kontrak insurans yang dimasuki oleh A dan Sykt. Kurnia adalah sah
Walau bagaimanapun, disebabkan umur A kurang daripada 16 tahun A perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapanya sebelum A memasuki perjanjian insurans dengan Sykt. Kurnia
4. Salah Nyataan Mengenai Umur
Persoalan: A berumur 17 tahun. A mempunyai wang
berjumlah RM 100,000.00 A hendak membeli sebuah motosikal berkuasa
besar Harley Davidson berharga RM 100,000.00 A memasuki perjanjian untuk membeli
motosikal itu. A bayar RM 10,000 dahulu dan berjanji akan membayar baki sebulan kemudian
A menipu dan menyatakan bahawa dia berumur 19 tahun
A menunjukkan akaun banknya kepada penjual motosikal itu bagi membuktikan bahawa A mempunyai wang yang banyak
Selepas 1 bulan, A gagal untuk membayar RM 90,000 lagi
Penjual mengambil tindakan undang-undang ke atas A
A membela bahawa A berumur 17 tahun semasa perjanjian itu dimasuki
Bolehkah peniaga itu mengatakan bahawa dia percaya bahawa umur A adalah 19 tahun sepertimana yang didakwa oleh A. Sekiranya peniaga itu tahu bahawa A hanya berumur 17 tahun, sudah tentu peniaga itu tidak akan berurusniaga dengan A?
Apakah kesan kontrak tersebut?
Kes Nateson lwn Thanaletchumi & anor Mahkamah: Kanak-kanak yang telah
mempengaruhi atau memperdayakan orang lain untuk berkontrak dengannya dengan melakukan salah nyataan mengenai umurnya, tidak dihalang daripada membatalkan kontrak tersebut atas alasan ia masih kanak-kanak semasa kontrak tersebut dimasuki.
Mohamad Syedol Arifin lwn Yeok Ooi Gark
Seorang pemberi pinjaman telah membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak yang diberi pinjaman.
Mahkamah: Tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kanak-kana yang menipu mengenai umurnya
R Leslie Ltd lwn Sheil Mahkamah: Kanak-kanak tidak
boleh dituntut untuk membayar balik pinjaman yang didapati melalui salah nyataan umurnya
Contoh 12 Bagi menjawab persoalan di atas,
berdasarkan kes-kes adalah jelas peniaga itu tidak boleh mengambil tindakan ke atas A
Kontrak yang dimasuki oleh A adalah batal. Demi keadilan, A perlu pulangkan balik motosikal itu kepada peniaga tersebut dan peniaga itu perlu pulangkan RM 10,000 kepada A. Sebaliknya, peniaga itu tidak boleh menuntut RM 90,000 lagi dari A – sekysen 66 AK
Oleh itu peniaga perlu berhati-hati apabila berurusniaga – dia perlu dapatkan pengesahan mengenai umur kanak-kanak itu dengan memintanya memberikan surat beranak dan kad pengenalannya
5. Pemulihan Semula/Restitusi Seksyen 66 AK: ‘Bila suatu perjanjian itu didapati batal,
atau bila suatu kontrak menjadi batal, sesiapa jua yang telah menerima sebarang faedah daripada perjanjian atau kontrak sedemikian, adalah terikat untuk memulangkannya atau memberi pampasan untuknya, kepada orang dari siapa ia menerima faedah itu’
Contoh 13 Seperti contoh 11
Seksyen 37 Akta Relif Spesifik 1950(ARS): ‘Apabila memutuskan penamatan
kontrak, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relif itu diberi membuat apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan’
Seksyen 40 ARS:‘Apabila memutuskan pembatalan sesuatu instrumen, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relif itu diberi membuat apa-apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan’
Contoh 14 Sila lihat contoh 11 dahulu
Kes Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat A seorang kanak-kanak telah menjual
tanahnya kepada B. B bayar harga belian kepada A
Penjualan tanah tersebut telah didaftarkan di pejabat tanah. Nama B dimasukkan ke dalam geran tanah
A kemudian memohon agar penjualan tanah itu dibatalkan atas alasan A masih lagi kanak-kanak
Mahkamah: kontrak jual beli tanah A dan B batal. Walau bagaimanapun, B tidak mendapat kembali wangnya yang telah dibayar oleh A
PADA PENDAPAT SAYA: B BOLEH MENDAPATKAN KEMBALI WANGNYA. INI ADALAH KERANA DEMI KEADILAN DAN MENURUT SEKSYEN 66 AK DAN S. 37 DAN 40 ARS
Leha Jusoh lwn Awang Johari Hashim A seorang kanak-kanak A membeli tanah dari B dan telah
membayar harga belian A menduduki tanah tersebut Mahkamah Persekutuan: Kontrak jual
beli tanah antara A dan B adalah batal. A perlu kosongkan dan tinggalkan tanah itu dan B perlu pulangkan bayaran yang diterima dari A
6. Berakal Sempurna Seksyen 12(1) AK ‘Seseorang adalah dikatakan berakal
sempurna untuk membuat kontrak jika, pada masa ia membuat kontrak itu, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya’
Contoh 15 A ingin membeli tanah dusun dengan
harga RM 10,000 di Felda Guar Napai A jumpa dengan B pemilik dusun itu A memasuki perjanjian dengan B A faham bahawa apabila A bayar
kepada B, RM 10,000, A akan dapat tanah dusun B. Sekiranya A gagal bayar B berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas A bagi mendapatkan RM 10,000 atau meminta ganti rugi dari A dan menghalau A dari menjadi pemilik dusun itu
A dikatakan sebagai mempunyai akal sempurna
Seksyen 12(2): ‘Seseorang yang lazimnya tak
berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna, boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna’
Contoh 16 A telah mendapat pengesahan doktor
bahawa A mengalami penyakit ‘Major Depression’
Kesan penyakit ini, A tidak boleh berfikiran waras dan apabila penyakit ini berlaku, A akan mengamuk dan bergaduh – A perlu mendapatkan pil ubatan bagi meredakan tekanan yang dialaminya
Semasa A waras dan sihat, A memasuki satu kontrak – kontrak yang dimasukinya itu sah – seksyen 12(2)
Seksyen 12(3): ‘Seseorang yang lazimnya berakal
sempurna, tetapi sekali sekala tak berakal sempurna, tidak boleh membuat kontrak bila ia tak berakal sempurna’
Contoh 17 Seperti contoh 16 tetapi di sini, A
memasuki kontrak semasa ia mengalami tekanan hebat dan mengamuk
Kontrak A batal dan tidak sah – seksyen 12(3)
Beban Pembuktian A mengalami penyakit mental A memasuki satu perjanjian beli
rumah dengan harga RM 100,000 A bayar RM 100,000 kepada pemaju A dapat rumah Kontrak A itu menjadi kontrak BOLEH
BATAL – kerana A tidak sempurna akal Maksud boleh batal adalah pemaju
yang menerima RM 100,000 itu boleh membatalkan atau tidak membatalkan kontrak itu atas pilihannya sendiri
Kes Imperial Loan lwn Stone Mahkamah: Kontrak yang dibuat
oleh orang tidak sempurna akal itu tidak boleh batal atas opsyennya sekiranya pihak yang satu lagi mempercayai bahawa beliau membuat kontrak dengan orang yang sempurna akal
Che Som bt Yip & Ors lwn Maha Pte Ltd & Ors
Mahkamah: pihak bank yang tidak mengetahui ia berurusan dengan pihak plaintif yang tidak sempurna akal semasa plaintif menandatangani perjanjian gadaian. Oleh itu kontrak di antara kedua-dua pihak adalah sah
Contoh 18 Latif adalah seorang yang mengalami
tekanan perasaan akibat ‘major depression’ oleh doktor
Latif adalah orang yang tidak waras dan tidak sempurna akal
Apabila datang penyakit mentalnya, Latif akan bertindak secara agresif dan tidak mengetahui apakah kesan tindakannya serta menyusahkan orang lain
Pada suatu hari, Latif walaupun seorang yang tidak sempurna akalnya, ingin memohon pinjaman peribadi berjumlah RM 30,000 dari Bank Rakyat Malaysia Berhad
Latif telah menandatangani surat perjanjian. Dengan kata lain Latif dan Bank Rakyat telah memasuki perjanjian
Latif dikehendaki membayar RM 500 sebulan selama 7 tahun atas pinjaman RM 30,000 nya itu dari Bank Rakyat
Bank Rakyat tidak mengetahui bahawa Latif adalah yang tidak waras dan tidak sempurna akalnya
Kontrak yang dimasuki oleh Latif dan Bank Rakyat itu sah selagi mana Bank Rakyat itu tidak menyatakan sebaliknya atau dengan kata lain Bank Rakyat tidak menganggap bahawa kontrak itu boleh membawa masalah kepadanya.
Kes Asia Commercial Finance(M) Bhd
lwn Yap Bee Lee & Ors Mahkamah: Defendan yang tidak
sempurna akal itu, ingin membatalkan kontraknya dengan pihak plaintif, defendan hendaklah membuktikan bahawa ia tidak sempurna akal dan plaintif menyedari mengenai ketidakwarasan defendan semasa kontrak itu dimasuki
Siapa Perlu Buktikan Bahawa Seseorang itu Tidak Sempurna Akalnya dan Boleh Batalkan Kontrak Beban membuktikan seseorang itu tidak
sempurna akal adalah pada pihak yang ingin membatalkan kontrak itu
Bukti itu mestilah: A. Menunjukkan bahawa seseorang itu
tidak sempurna akal semasa berkontrak; dan,
B. pihak lain yang berkontrak dengannya mengetahui bahawa ia tidak sempurna akal ketika kontrak dimasuki
Contoh 19 Seperti contoh 18 tadi Di sini sekiranya Bank Rakyat
mahu membatalkan kontrak yang telah dimasukinya dengan Latif, Bank Rakyat perlu membuktikan bahawa Latif adalah seorang yang tidak sempurna akalnya semasa kontrak ditandatangani oleh Latif dan Bank Rakyat mengetahui bahawa Latif adalah seorang yang tidak sempurna akalnya semasa kontrak itu ditandatangani
Bagaimana Cara Membuktikannya?
Biasanya perlu ada laporan perubatan yang menyatakan bahawa Latif itu adalah seorang yang tidak sempurna akal atau melalui maklumat-maklumat yang diperoleh berdasarkan sumber-sumber yang sah dan dipercayai
7. Tidak Hilang Kelayakan
Seksyen 11 AK: ‘Setiap orang adalah layak membuat
kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang di mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk’
Contoh 20 Hazmi seorang dewasa dan sempurna
akalnya ingin membeli sebuah rumah berharga RM 130,000.00
Hazmi memasuki satu kontrak jual beli rumah dengan pemaju
Hazmi meminjam daripada CIMB Bank Bhd Kontrak yang dimasuki oleh Hazmi adalah
sah kerana ia adalah seorang yang dewasa, ia seorang yang sempurna akalnya dan tiada apa-apa faktor yang boleh menyebabkan ia hilang kelayakan daripada berkontrak
Kontrak yang dimasuki oleh Hazmi boleh jadi BATAL sekiranya ia kehilangan kelayakan untuk berkontrak
Contohnya Hazmi adalah seorang yang gila semasa kontrak itu ditandatangani atau Hazmi adalah seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah kerana mengedar dadah
SEKIAN