1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tatabahasa merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang mempelajari dan
mengkaji mengenai bahasa. Tatabahasa juga merupakan bidang ilmu yang
mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2006), tatabahasa didefinisikan sebagai pengetahuan atau
pembelajaran tentang pembentukan dan proses pembinaan ayat seperti penyusunan
kata dalam ayat dan penggolongan kata dalam sesuatu ayat. Ilmu ketatabahasaan
sangat penting dalam mana-mana bahasa yang terdapat di dunia kerana ilmu ini
mampu menjadikan bahasa itu menjadi lebih mantap dan dominan mengikut
peredaran zaman.
Tinjauan terhadap bidang tatabahasa ini kebiasaannya dilakukan dari dua segi.
Segi pertama merupakan proses perkataan yang dibentuk daripada bunyi-bunyi
bahasa. Segi kedua ialah perkataan yang disusun menjadi satu ayat lengkap. Dalam
kajian ilmu linguistik, proses perkataan yang dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa
dikenali sebagai bidang morfolgi. Manakala, perkataan yang disusun menjadi satu
ayat lengkap dikenali sebagai bidang sintaksis.
Menurut Abdullah Hassan (2006), morfologi merupakan satu bidang ilmu yang
mengkaji bentuk perkataan. Dalam bidang kajian ini, para ahli bahasa amat
menitikberatkan dua unsur yang terdapat dalam bidang ini, iaitu morfem dan kata.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (1997), sintaksis didefinisikan sebagai satu
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Sintaksis
bukan sahaja mengkaji ayat, tetapi hukum-hukum yang menentukan bagaimana ayat
disusun.
2
2.0 FRASA
2.1 Definisi Frasa
Asmah Hj. Omar (1982), menerangkan dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa,
frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendah
daripada klausa.
Rajah 1.1: Tingkatan Nahu
Pendefinisian frasa mestilah bergantung kepada teori yang mendasari hujah.
Dalam konteks ini, frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat atau tetingkat
sintaksis sesuatu bahasa. Frasa juga merupakan satu komponen atau tunjang
terpenting dalam bidang sintaksis. Selain itu, frasa juga memainkan peranan atau
fungsi-fungsi tertentu dalam binaan sesuatu ayat.
Merujuk kepada Azhar Bahari (2009), frasa berpotensi untuk berkembang dan
diperluas. Frasa boleh juga terdiri daripada satu perkataan dan dapat dikembangkan
menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Lihat rajah di bawah:
Frasa Nama
Kucing
Seekor kucing
Seekor kucing jantan
Seekor anak kucing jantan
KLAUSA
FRASA
KATA
MORFEM
3
Melalui seorang Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Sepanjang Zaman, Asraf
(2008) dalam buah fikiran beliau, Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, frasa
merupakan sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang berfungsi sebagai
subjek dan predikat serta menjadi objek dalam sesuatu ayat. Dalam tatabahasa
bahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa lazim, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN). Melalui Asraf juga, sesebuah
ayat semestinya mempunyai subjek dan predikat. Lihat rajah di bawah:
Ayah seorang guru.
Subjek Predikat
Ayah Seorang guru
Habibah dan Hasnah (2010) mentakrifkan frasa sebagai satu unit yang terdiri
daripada satu susunan lengkap yang mempunyai sekurang-kurangnya dua
perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan dan
lebih.
Frasa
Kucing
Seekor kucing
Seekor anak kucing
Seekor anak kucing jantan
Abdullah Hassan (2008), dalam catatan beliau yang berbunyi, Tatabahasa
Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, frasa ialah satu unsur yang menjadi
sebahagian daripada ayat. Beliau juga berpendapat bahawa frasa terdiri daripada
satu perkataan ataupun satu kumpulan perkataan yang digabungjalinkan mengikut
rumus tatabahasa bahasa Melayu bagi membawa sesuatu makna. Dalam hal ini,
dapat kita lihat bahawa, frasa boleh bertindak sebagai pelengkap dalam sesuatu ayat
yang boleh membawa sesuatu makna sama ada ayat itu pendek mahupun panjang.
Seekor anak kucing jantan Frasa
Frasa
Frasa
Rajah 1.2: Binaan Frasa
4
Dalam catatan Nik Safiah Karim (2008), frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan
ataupun satu perkataan serta berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan dan
lebih.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994) menyebut bahawa dalam bahasa
Melayu, satu perkataan boleh membentuk frasa. Biasanya, terdapat dua perkataan
ataupun lebih dalam frasa serta boleh membentuk ayat.
Ong Ching Guan (2009) pula berpendapat dalam bukunya, Kuasai Struktur
Ayat Dalam Bahasa Melayu, menyebut frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah
antara satu dengan yang lain bagi sesuatu kata atau kata-kata yang boleh membina
ayat.
Merujuk Sulaiman Masri (2006), frasa merupakan kumpulan perkataan yang
membentuk unit ayat. Satu daripada perkataan boleh menjadi satu frasa apabila
dapat berfungsi sendiri dan menduduki fungsi binaan ayat.
Tuntasnya, melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat saya simpulkan
bahawa frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi untuk dikembangkan atau
diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang mendatangkan makna.
5
2.2 Jenis Frasa
2.2.1 Pengenalan
Nama jenis frasa ditentukan oleh nama-nama perkataan yang menjadi inti frasa.
Sekiranya perkataan yang menjadi inti frasa itu kata nama, maka frasa itu disebut
sebagai frasa nama. Sekiranya perkataan yang menjadi inti frasa itu kata kerja, maka
frasa itu disebut sebagai frasa kerja. Sekiranya perkataan yang menjadi inti frasa itu
terdiri daripada kata adjektif, maka frasa itu dikenali sebagai frasa adjektif. Sekiranya
perkataan yang menjadi inti frasa itu terdiri daripada kata sendi, maka frasa itu
disebut sebagai frasa sendi.
Rajah 1.3: Jenis-jenis Frasa Bahasa Melayu
Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada konstituen utama
iaitu subjek dan predikat. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), konstituen
ialah unsur bahasa yang merupakan satu juzuk atau bahagian daripada satuan
bahasa yang lebih besar dalam pembinaan sesuatu ayat. Unsur-unsur yang
membentuk dua konstituen utama atau pola utama dalam pembinaan ayat-ayat
dasar bahasa Melayu seperti berikut:
Rajah 1.4: Konstituen Utama Ayat Dasar Bahasa Melayu
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Frasa
Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi
6
Contoh:
SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT
Ali pelajar FN + FN
Cikgu Anuar mengajar saya FN + FK
Ibu baik FN + FA
Dia dari Pahang FN + FSN
Rajah 1.5: Subjek dan Predikat
7
2.3 Frasa Nama
2.3.1 Pengenalan
Frasa nama (FN) ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Dalam binaan ayat bahasa Melayu, terdiri daripada dua konstituen, iaitu subjek dan
predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar
bahasa Melayu terdiri daripada:
Rajah 1.6: Konstituen Utama Ayat Dasar Bahasa Melayu
Dalam pola ayat dasar atau konstituen di atas, frasa nama berfungsi sebagai
subjek. Frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam konstituen FN + FN. Hal
ini boleh dilihat berdasarkan contoh di bawah:
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama
Ibu doktor.
Ibu budak itu doktor.
Ibu budak itu doktor gigi.
Kuala Lumpur ibu negara Malaysia.
Bandaraya Kuala Lumpur ibu negara Malaysia.
Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelas dilihat bahawa frasa nama boleh terdiri
daripada satu perkataan sahaja walaupun ataupun beberapa perkataan yang terdiri
daripada kata nama.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
8
Perkataan-perkataan yang boleh hadir dalam frasa nama daripada jenis
perkataan-perkataan seperti berikut:
Rajah 1.7: Jenis Perkataan-perkataan Nama.
Frasa Nama
Gelaran
Ganti Nama
Penunjuk
Kata Tanya
Kata Arah
Kata Bilangan
Penjodoh Bilangan
Nama Am
Nama Khas
Ganti Nama
9
2.3.2 Fungsi Frasa Nama
Dalam bahasa Melayu, terdapat lima fungsi frasa nama. Fungsi-fungsi bergantung
kepada kedudukannya dalam sesuatu ayat. Fungsi frasa nama ialah:
Rajah 1.8: Fungsi-fungsi Frasa Nama.
Dalam semua konstituen bahasa Melayu, frasa nama bertindak sebagai
subjek. Hal ini boleh dilihat melalui perkataan yang dicondongkan berdasarkan
contoh di bawah:
Subjek Predikat
Anisah bekerja sebagai akauntan di Bank Negara Malaysia.
Rahman dilantik sebagai Ketua Pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak.
Air dalam bendang berkocak bagaikan dilantar batu ke dalamnya.
Selain bertindak sebagai subjek dalam ayat, frasa nama juga berfungsi
sebagai predikat. Frasa nama yang bertindak sebagai predikat, merupakan frasa
nama yang mempunyai pola ayat jenis FN + FN. Hal tersebut dapat dilihat melalui
perkataan yang dicondongkan berdasarkan contoh di bawah:
Subjek Predikat
Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dia guru sekolah agama.
Malaysia negara yang aman damai.
Subjek Predikat Objek dalam frasa kerja
Pelengkap dalam frasa
kerja
Kata nama dalam frasa
sendi
10
Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai objek dalam frasa kerja. Hal ini
boleh dilihat melalui perkataan yang dicondongkan berdasarkan contoh di bawah:
Subjek Frasa Kerja + Objek
Ayah memangkas dahan-dahan pokok yang rendang.
Emak menyiang ikan yang dibeli di pasar pagi tadi.
Syafiq menaiki bas ke sekolah pada setiap hari.
Selain itu, frasa nama turut berfungsi sebagai pelengkap kepada frasa kerja.
Dalam hal ini, frasa nama menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif sahaja.
Hal ini boleh dirujuk melalui perkataan yang dicondongkan berdasarkan contoh di
bawah:
Subjek Predikat + Pelengkap
Bukit-bukau menjadi rata.
Abang menjadi pegawai di kementerian.
Mangsa kekejaman Zionis hanya berumahkan khemah sahaja.
Akhir sekali, frasa nama juga dapat menjadi unsur dalam frasa sendi nama.
Hal ini dapat dilihat melalui contoh berikut:
Subjek Frasa Kerja + Objek
Ayah dirawat di hospital.
Emak membeli ikan di pasar.
Syafiq menaiki bas ke sekolah.
Kesimpulannya, frasa nama juga mempunyai lima fungsi yang saling
melengkapi dalam sesuatu binaan ayat. Frasa nama berfungsi sebagai menjadi
subjek, menjadi predikat, menjadi objek dalam frasa kerja, menjadi pelngkap dalam
frasa kerja dan menjadi kata nama dalam frasa sendi nama. Frasa nama juga bukan
sahaja menjadi subjek dan predikat dalam sesuatu ayat, malahan mempunyai fungsi
lain dalam sesuatu ayat yang dibina dengan menggunakan pola ayat dasar yang
betul.
11
2.3.3 Binaan Frasa Nama
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun deretan
perkataan. Merujuk kepada Habibah dan Hasnah (2010), jika frasa nama dibentuk
oleh sederetan perkataan, terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan
itu terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu,
sementara perkataan lain merupakan penerang. Jenis kedua ialah mempunyai dua
unsur inti di dalamnya. Hal ini turut disebut dalam Tatabahasa Dewan. Oleh itu,
binaan frasa nama adalah terdiri daripada:
Rajah 1.9: Binaan Frasa Nama Bahasa Melayu
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994), mendefinisikan inti sebagai unsur
yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,
sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
Misalnya, dalam frasa nama bapa lelaki itu intinya ialah bapa, sementara lelaki dan
itu merupakan penerang-penerang yang menerangkan bapa. Berikut merupakan
contoh-contoh frasa nama yang mempunyai unsur inti + penerang dan inti + inti:
Frasa Nama Predikat
Inti Penerang
Guru Bahasa Melayu itu sungguh mesra.
Abang budak perempuan itu sungguh kacak.
Kelakuan baik selalu mendapat pujian.
Encik Mohamad pensyarah baru di institut kami.
Rajah 2.0: Contoh Frasa Nama Inti + Penerang
Inti + Penerang
Inti + Inti
12
Frasa Nama Predikat
Inti Inti
guru besar sangat garang.
ibu bapa perlu lebih tegas.
pinggan mangkuk diletakkan di atas para.
pemuda pemudi harapan negara.
Rajah 2.1: Contoh Frasa Nama Inti + Inti
Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, frasa nama yang
mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh
terbentuk daripada jenis-jenis binaan seperti berikut:
Rajah 2.2: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Penerang.
Dalam hubungan inti + penerang nama, binaan frasa nama dalam hubungan
ini semua konstituen terdiri daripada kata nama, dengan intinya terdiri daripada kata
nama dan penerangnya juga terdiri daripada kata nama. Kata nama yang mengisi
unsur penerang boleh terdiri daripada 13 jenis kata nama dalam binaan frasa jenis ini.
Antaranya ialah:
Inti + Penerang Nama
Inti + Penerang Bukan Nama
13
Kata Nama Contoh
Inti Penerang Nama
Keturunan orang Melayu
Jenis beg Kulit
Penyambut pam Air
Kegunaan kayu Pengukur
Kelamin ayam Jantan
Tempat anak Johor
Arah simpang Jalan
Anggota badan gelang Kaki
Tenaga penggerak dapur Gas
Hal atau perkara surat Kebenaran
Milik rumah Saya
Khas negeri Johor
Panggilan atau gelaran Haji Khalid
Rajah 2.3: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Penerang Nama
Selain itu, frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima
penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama, terdiri daripada
penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan bukan terdiri daripada kelas atau
golongan kata nama. Hal ini terdiri daripada:
Penerang Bukan Nama Contoh
Inti Penerang Bukan Nama
Penentu hadapan kesemua Pekerja
Penentu belakang orang Itu
Kata kerja mesin Jahit
Kata adjektif anak Muda
Frasa sendi nama bungkusan dari bandar
Bilangan ordinal tempat Ketiga
Rajah 2.4: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Penerang Bukan Nama
14
Dalam binaan frasa nama jenis inti + inti, tidak mempunyai sebarang unsur
penerang kerana makna yang terkandung dalam binaan ayat frasa ini sudah
didukung atau disertakan oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh hal yang demikian,
binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai makna penerang. Dalam hal ini,
terdapat dua jenis binaan frasa nama inti + inti, iatu berteraskan makna yang
disertakan oleh deretan perkataan, iaitu:
Rajah 2.5: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Inti
Merujuk kepada buku Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, inti +
inti dengan maksud sama erti ialah perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam
binaan frasa nama sedemikian membawa makna sama erti. Hal ini boleh dilihat
melalui rajah di bawah:
Frasa Nama
Inti Inti
tubuh badan
onak duri
ribut taufan
wang ringgit
Rajah 2.6: Jenis Binaan Frasa Nama Inti + Inti Dengan Maksud Sama Erti
Inti + inti dengan maksud sama erti
Inti-inti dengan maksud lawan erti
15
2.3.4 Susunan Konstituen Frasa Nama
Terdapat satu hukum yang perlu dipatuhi dalam pembinaan frasa nama. Hukum
tersebut berfungsi sebagai penyusun kedudukan konstituen-konstituen. Dalam hal ini,
hukum tersebut dikenali sebagai Hukum D – M.
Menurut Nik Safiah Karim et. al (2008), D – M bermaksud diterangkan (D) dan
menerangkan (M). Merujuk kepada hukum ini, unsur yang diterangkan hadir pada
kedudukan yang pertama. Manakala, unsur yang menerangkan adalah unsur yang
semestinya hadir dalam kedudukan kedua. Hal ini dapat dilihat dalam rajah contoh di
bawah:
Frasa Nama
Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang)
pisang Goreng
nasi Goreng
dewan Makan
telekung Mini
Rajah 2.7: Hukum D – M.
Namun begitu, masih ramai lagi yang membuat kesilapan dalam penentuan
Hukum D – M ini. Hal ini terjadi berikutan aspek kebiasaan dalam pertuturan dan
tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam hukum ini. Mereka sering kali
keliru dengan pisang goreng dan goreng pisang. Kebanyakannya menyebut goreng
pisang berbanding pisang goreng. Hal ini demikian kerana goreng pisang merupakan
perbuatan menggoreng pisang. Manakala, pisang goreng merupakan kata nama
yang merujuk kepada jenis makanan atau menu.
Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang terkecuali daripada Hukum
D – M. Dalam hal ini, unsur yang menjadi penerang akan berada di hadapan unsur
yang diterangkan. Hal ini demikian kerana berlakunya kebiasaan dalam sebarang
16
penggunaan khususnya untuk jawatan-jawatan serta tempat. Perkara ini boleh
dirujuk kepada rajah contoh yang disertakan di bawah:
Frasa Nama
Penerang Inti
perdana menteri
timbalan menteri
ibu pejabat
naib presiden
Rajah 2.8: Kekecualian Hukum D – M
Justifikasinya, hakikat inti frasa nama terdiri daripada kata nama. Namun
begitu, frasa nama juga boleh terbina daripada unsur kata kerja dan kata adjektif.
17
2.4 Frasa Kerja
2.4.1 Pengenalan
Merujuk kepada Tatabahasa Dewan, frasa kerja (FK) merupakan binaan yang boleh
terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya terdiri daripada kata kerja.
Sebagai contoh:
Subjek Frasa Kerja
Ahmad Menang
Kami melawat rakan sakit di hospital
Rajah 2.9: Frasa Kerja
Frasa kerja terdiri daripada dua kata kerja. Terdapat dua jenis kata kerja
dalam bahasa Melayu, iaitu:
Rajah 3.0: Jenis Kata Kerja
Dalam hal ini, kata kerja tak transitif boleh hadir dengan pelengkap dan tidak
berpelengkap. Kata kerja tak transitif juga boleh hadir secara tunggal atau dengan
disertai satu atau sederetan perkataan. Kata kerja transitif pula perlu dan mesti diikuti
disertai dengan sesuatu objek atau pelengkap serta unsur-unsur yang lain. Hal ini
boleh dirujuk kepada rajah contoh yang disertakan:
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Tak Transitif
18
Subjek Frasa Kerja
Kamil kalah.
Adik sedang main.
Hujan turun dengan renyai.
Mereka makan lauk itu.
Rajah 3.1: Contoh Ayat Frasa Kerja
Merujuk kepada buku Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah,
Abdullah Hassan mengklasifikasikan perkataan-perkataan yang boleh hadir dalam
frasa kerja. Perkataan-perkataan tersebut terdiri daripada:
Semua jenis kata kerja
(makan, bersimpuh, menjalar, diketuk)
Kata bantu
(akan, sedang, mesti, pernah, telah)
Rajah 3.2: Perkataan Yang Boleh Hadir Dalam Frasa Kerja
19
2.4.2 Binaan Frasa Kerja
Menurut Abdullah Hassan (2006), frasa kerja terbina daripada lima unsur yang tetap,
iaitu:
Rajah 3.3: Unsur Binaan Frasa kerja
Beliau menyimpulkan bahawa unsur binaan frasa ini dapat disusun dalam
sebuah susunan berikut:
Kata bantu
Kata kerja
transitif atau
kata kerja tak
transitif
sebagai inti.
Objek atau
pelengkap
Keterangan
atau adverba
Rajah 3.4: Susunan Unsur Binaan Frasa Kerja.
Menurut Ong Ching Guan (2009) serta Habibah dan Hasnah (2010), frasa
kerja dapat dikelaskan kepada dua jenis, iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi
objek. Dalam konteks ini, kata kerja dalam frasa jenis ini tidak perlu disertakan
sesuatu frasa nama sebagai pelengkap atau objek untuk melengkapkannya supaya
menjadi sebuah ayat. Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Hal
ini boleh dilihat berdasarkan ayat contoh berikut yang mengandungi frasa kerja tanpa
objek:
i. Kamil kalah.
Kata bantu Kata kerja Objek
Pelengkap Keterangan
20
ii. Adik sedang main.
iii. Hujan turun dengan renyai.
Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa kata kerja yang tidak
mempunyai pelengkap objek, harus disertakan frasa nama sebagai objek pelengkap
kata kerja dalam ayat tersebut.
Seterusnya, frasa kerja yang mengandungi objek. Dalam hal ini, kata kerja
perlu disambut dan disertai dengan objek bagi melengkapkan kata kerja dalam ayat.
Frasa kerja yang sedemikian juga mengandung kata kerja transitif dan objek boleh
disertai keterangan.
Subjek Frasa Kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
Mereka makan lauk itu
Kakak membaca majalah
Dia menghidangkan setalam makanan
Peneroka menebang pokok dengan mesin
gergajinya
Rajah 3.5: Ceraian Ayat Frasa Kerja
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa kata kerja yang diikuti oleh frasa nama
menjadi pendukung kepada kata kerja sebelumya.
Oleh itu, frasa kerja wujud dalam konstituen predikat. Frasa kerja juga
terbahagi kepada dua. Frasa kerja terdiri daripada:
Rajah 3.6: Jenis-jenis Frasa Kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
21
Frasa kerja transitif terdiri daripada perbuatan atau perlakuan yang dilakukan
oleh pelakunya kepada kata nama yang lain. Kata nama yang dikenakan perbuatan
itu dikenali sebagai objek kepada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Oleh itu,
semua ayat yang mempunyai kata kerja transitif, mesti mempunyai objek yang
bertindak sebagai pelengkap dan penerang penyata perbuatan tersebut.
Kebiasaanya, kata kerja transitif dalam bentuk tunggal atau terbitan. Bentuk terbitan
dapat dikenali dengan imbuhan transitif yang digunakan, iaitu per-, -kan dan –i.
Manakala bagi kata kerja transitif bentuk tunggal amat sukar dikenal pasti, namun
kelazimannya mempunyai imbuhan me-, me-kan dan me-i.
Frasa Kerja Transitif Tunggal Frasa Kerja Transitif Terbitan
Menafikan Perbarisan
Menemui Tuangkan
Meniduri Bajai
Menyapa Perlakuan
Rajah 3.7: Frasa Kerja Transitif Tunggal dan Terbitan
Seterusnya, frasa kerja tak transitif juga mempunyai inti. Inti frasa kerja tak
transitif adalah kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif
berpelengkap. Dalam hal ini, terdapat dua jenis kata kerja dalam frasa kerja.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang dapat berlaku
sendirinya sebagai inti frasa kerja tanpa sebarang objek atau pelengkap ayat.
22
2.5 Frasa Adjektif
2.5.1 Pengenalan
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau
lebih yang mengandung kata adjektif sebagai intinya. Dalam susunan frasa ini, kata
inti amat memainlan peranan yang penting dalam pembinaan frasa adjektif. Dalam
konteks ini, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan berfungsi sebagai unsur
keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Rajah 3.8: Fungsi Frasa Adjektif
Berikut merupakan contoh-contoh ayat kepada fungsi-fungsi frasa adjektif.
Subjek (FN) Predikat (FA)
Adiknya bijak
Warna tudungnya kehijau-hijauan
Suara qari itu merdu sekali
Rajah 3.9: Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Fungsi Frasa Adjektif
Predikat
Unsur keterangan dalam predikat
Unsur penerang
23
Subjek Predikat
Frasa Kerja Penerang
Dia berlari pantas
Budak lelaki itu tidur sangat nyenyak
Rakannya datang terlalu kerap
Rajah 4.0: Frasa Adjektif Sebagai Unsur Keterangan Dalam Predikat
Subjek Predikat
Frasa Nama Penerang
Samad pelajar pintar
Kucing haiwan jinak
Dato’ Ridza usahawan kaya
Rajah 4.1: Frasa Adjektif Sebagai Unsur Penerang
24
2.5.2 Binaan Frasa Adjektif
Binaan frasa adjektif boleh dilihat dalam pelbagai sudut. Binaan frasa adjektif dapat
dikelaskan kepada tiga, iaitu:
Rajah 4.2: Binaan Frasa Adjektif
Jumlah perkataan dalam frasa merupakan binaan frasa adjektif yang
mempunyai inti frasa adjektif. Bahagian ini pula dapat dikelasifikasikan kepada dua
jenis, iaitu:
Rajah 4.3: Jenis Jumlah Perkataan Dalam Frasa
Binaan Frasa Adjektif
Jumlah perkataan dalam frasa
Kata penguat
Kata bantu
Binaan satu perkataan
Binaan dua perkataan
25
Binaan satu perkataan boleh terdiri daripada satu kata adjektif sahaja. Dengan
kata lain, binaan ini boleh menggunakan kata tunggal. Selain itu, kata adjektif boleh
hadir dalam bentuk kata terbitan yang berimbuhan serta kata ganda. Hal ini boleh
dilihat dalam rajah di bawah:
Satu Kata Adjektif Kata Terbitan dan Kata Ganda
Pelajar-pelajar itu rajin Lukisan saya tidak secantik lukisan dia
Hati saya cemas Perangai lelaki itu agak gila-gila
Sementara itu, frasa adjektif daripada binaan dua perkataan terdiri daripada
dua jenis, iaitu:
Rajah 4.4: Jenis Frasa Adjektif Binaan Dua Perkataan
Binaan kata adjektif + kata adjektif terdapat tiga jenis. Dalam hal ini, binaan ini
terdiri daripada kata adjektif sahaja. Pertama ialah dua kata adjektif yang memberi
penekana kepada unsur keserasian dan keserupaan makna. Contohnya:
Riang gembira Baik buruk
Jenis yang seterusnya ialah dua kata adjektif yang takrifannya membawa
makna berlawanan. Misalnya:
Sedikit banyak Tua muda
Kata adjektif + kata adjektif
Kata adjektif + kata nama
26
Akhir sekali, deretan dua kata adjektif, perkataan kedua digunakan kerana
unsur rima atau keindahan bunyi. Misalnya:
Tinggi lampai Gemuk gedempol
Kaya raya Panjang lebar
Dalam binaan kata adjektif + kata nama, binaan ini boleh disertakan dengan
kata nama selepas kata adjektif. Oleh itu, terdapat dua jenis binaan untuk kata
adjektif + kata nama, iaitu frasa adjektif yang membawa maksud kesamaan.
Contohnya ialah:
Kuning langsat Biru kundang
Kedua ialah frasa adjektif yang membawa takrifan kiasan. Contohnya ialah:
Rabun ayam Tua keladi
Frasa adjektif juga boleh terdiri daripada kata kata adjektif yang disertai kata
penguat. Dalam hal ini, terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu kata pengaut hadapan,
kata pengaut belakang dan kata penguat bebas. Berikut merupakan rumusan
kepada binaan frasa adjektif yang terbina daripada kata penguat:
Rajah 4.5: Rumusan Kata Penguat Dalam Frasa Adjektif
Kata Penguat Dalam Frasa
Adjektif
Kata penguat hadapan hadir
di hadapan kata adjektif
Kata penguat belakang
yang hadir selepas kata
adjektif Kata penguat bebas, sama
ada di hadapan atau selepas kata adjektif
27
Akhir sekali, frasa adjektif juga boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai
kata bantu. Contohnya ialah:
Sudah tua Masih mentah
Belum lama Harus bijak
28
2.6 Frasa Sendi Nama
2.6.1 Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008), frasa sendi nama ialah
binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama atau satu frasa nama.
Kedua-dua frasa ini menjadi pelengkap kepada kata sendi nama. Contohnya:
Di dalam rumah Di atas pagar
Ke rumah itu Dalam pasu bunga
Frasa sendi nama juga merupakan tergolong dalam empat frasa yang menjadi
predikat ayat. Walau bagaimanapun, frasa sendi nama bukanlah bersifat endosentrik
iaitu frasa yang mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhannya.
Manakala, frasa sendi nama pula bersifat eksosentrik, iaitu tidak mempunyai satu
unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Dalam frasa sendi nama juga
mempunyai dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan diikuti kata nama.
Rajah 4.6: Unsur Wajib Dalam Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Kata Nama
Dua unsur wajib dalam Frasa Sendi Nama
29
2.6.2 Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan yang mutlak. Binaan
yang mutlak itu ialah:
Rajah 4.7: Binaan Frasa Sendi Nama
Dalam binaan kata sendi nama + kata nama, kata sendi nama hadir di
hadapan frasa nama. Contohnya:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di sekolah
dari pejabat pos
Bagi jenis binaan kata sendi nama + (kata arah) + frasa nama, kata arah boleh
hadir secara pilihan atau bebas, antara kata sendi nama dengan frasa nama dalam
satu binaan ayat. Oleh hal yang demikian, kata arah ditulis dalam kurungan bagi
menandakan kedudukannya bebas. Contoh bagi binaan di atas ialah:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama
ke selatan Semenanjung Malaysia
Kata sendi nama + frasa nama
Kata sendi nama + (kata arah) + frasa nama
Kata sendi nama + (kata arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
30
Akhir sekali, binaan frasa sendi nama berbentuk kata sendi nama + (kata arah)
+ frasa nama + (frasa keterangan), frasa keterangan boleh hadir secara pilihan
selepas frasa nama. Contohnya ialah:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama Frasa Keterangan
di timur Korea pada bulan lalu
dari luar kedai itu dengan anaknya
31
2.7 Kesimpulan
Secara tuntasnya, berdasarkan daripada pendefinisian dan pentakrifan para tokoh
bahasa, dapat disimpulkan frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan
yang berpotensi untuk diperluas menjadi satu perkataan atau lebih.
Melalui kajian frasa, dapat dirangkumkan, frasa mempunyai empat jenis, iaitu
frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN).
Frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif merupakan frasa yang tergolong dalam
kalangan frasa endosentrik, iaitu frasa yang mempunyai satu unsur inti yang dapat
mewakili keseluruhan frasanya. Manakala, frasa sendi nama pula dikenali sebagi
frasa eksosentrik, iaitu frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat
mewakili keseluruhan frasanya.
Frasa nama mempunyai dua jenis binaan, iaitu inti + inti dan inti + penerang.
Binaan inti + inti mempunyai dua jenis, iaitu inti + inti maksud sama erti dan inti + inti
maksud lawan erti. Manakala, inti + penerang juga mempunyai dua jenis, iaitu inti +
penerang nama dan inti + penerang bukan nama.
Seterusnya, frasa kerja pula mempunyai tiga jenis binaan, iaitu frasa kerja tak
transitif, frasa kerja transitif dan frasa kerja dengan kata bantu. Frasa kerja tak
transitif pula terbahagi kepada tiga, iaitu frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap,
frasa kerja tak transitif berpelengkap dan frasa kerja tak transitif dengan kata nama
sebagai pelengkap. Bagi frasa kerja transitif, terbahagi kepada dua, frasa kerja
dengan satu objek dan frasa kerja dengan dua objek. Akhir sekali, frasa kerja
dengan kata bantu. Frasa kerja jenis ini mempunyai dua pecahan, iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam.
Frasa adjektif pula mempunyai tiga binaan, iaitu jumlah perkataan dalam frasa,
kata penguat dan kata bantu. Jumlah perkataan dalam frasa adjektif dipecahkan
kepada binaan satu perkataan, binaan dua perkataan dan binaan kata adjektif + kata
nama. Untuk kata penguat dalam frasa adjektif, terbahagi kepada tiga, iaitu kata
penguat hadapan yang hadir di hadapan kata adjektif, kata penguat belajang yang
32
hadir di belakang kata adjektif dan kata penguat bebas yang boleh hadir di hadapan
dan di belakang kata adjektif.
Akhir sekali ialah frasa sendi nama. Frasa sendi nama mempunyai tiga binaan
sahaja, iaitu kata sendi nama + frasa nama, kata sendi nama + (kata arah) + frasa
nama dan kata sendi nama + (kata arah), frasa nama + (frasa keterangan).
33
3.0 ANALISIS FRASA BERDASARKAN 20 AYAT BINAAN SENDIRI
3.1 Frasa Nama
1. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
2. Ibu bapa tidak wajar menyalahkan pihak sekolah.
Subjek: Gunung Kinabalu
Predikat: gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Binaan frasa nama dalam ayat ini
ialah "Inti + penerang nama tempat"
Binaan frasa nama jenis "Inti + penerang nama tempat" dalam ayat
ini ialah "Gunung Kinabalu".
Unsur inti dalam binaan frasa nama "Gunung Kinabalu" ialah "gunung".
Unsur penerang kepada binaan frasa nama "Gunung Kinabalu" ialah
"Kinabalu", iaitu penerang nama tempat.
Gunung Kinabalu gunung
tertinggi di Asia Tenggara.
Subjek: Ibu bapa
Predikat: tidak wajar menyalahkan pihak sekolah.
Binaan frasa nama dalam ayat ini ialah "Inti + inti".
Binaan frasa nama jenis "Inti + inti dengan maksud lawan erti" dalam
ayat ini ialah "Ibu bapa".
Unsur inti kepada binaan frasa nama "Ibu bapa" ialah "ibu" dan "bapa".
Manakala, unsur penerang kepada binaan frasa nama "Ibu bapa" dalam
ayat ini ialah "pihak sekolah", iaitu penerang jenis nama.
Ibu bapa tidak wajar
menyalahkan pihak sekolah.
34
3. Sepasang kasut getah terletak di bawah rak.
4. Banjir teruk melanda kawasan timur Semenanjung Malaysia.
Subjek: Sepasang kasut getah
Predikat: terletak di bawah rak.
Binaan frasa nama dalam ayat ini ialah "Inti + penerang nama jenis"
Binaan frasa nama jenis "Inti + penerang nama jenis" dalam ayat ini
ialah "kasut getah".
Unsur inti dalam binaan frasa nama "kasut getah" ialah "kawasan".
Manakala, unsur penerang kepada binaan frasa nama "kasut getah" dalam ayat ini ialah "getah", iaitu
penerang nama jenis.
Sepasang kasut getah terletak di
bawah rak.
Subjek: Banjir teruk melanda
Predikat: kawasan timur Semenanjung Malaysia.
Binaan frasa nama dalam ayat ini ialah "Inti + penerang nama arah".
Binaan frasa nama jenis "Inti + penerang nama arah" dalam ayat ini
ialah "kawasan timur".
Unsur inti kepada binaan frasa nama "kawasan timur" ialah "kawasan".
Manakala, unsur penerang kepada binaan frasa nama "kawasan timur"
dalam ayat ini ialah "timur", iaitu penerang nama arah.
Banjir teruk melanda
kawasan timur Semenanjung
Malaysia.
35
5. Adik dapat tempat pertama dalam acara lari pecut 100 meter semalam.
6. Bulan terang pada malam ini.
Subjek: Adik dapat tempat pertama
Predikat: dalam acara lari 100 meter semalam.
Binaan frasa nama dalam ayat ini ialah "Inti + penerang bilangan
ordinal".
BInaan frasa nama jenis "Inti + penerang bilangan ordinal" dalam ayat ini ialah "tempat pertama".
Unsur inti kepada binaan frasa nama "tempat pertama" ialah "tempat".
Manakala, unsur penerang kepada binaan frasa nama "tempat pertama" dalam ayat ini ialah "pertama", iaitu
penerang bilangan ordinal.
Adik dapat tempat pertama
dalam acara lari 100 meter
semalam.
Subjek: Bulan teang
Predikat: pada malam ini.
Binaan frasa nama dalam ayat ini ialah "Inti + penerang kata adjektif".
Binaan frasa nama jenis "Inti + penerang kata adjektif" dalam ayat ini
ialah "Bulan terang".
Unsur inti dalam binaan frasa nama "Bulan terang" ialah "Bulan".
Manakala, unsur penerang kepada binaan frasa nama "Bulan terang" ialah "terang", iaitu penerang kata
adjektif.
Bulan terang pada malam
ini.
36
3.2 Frasa Kerja
1. Mereka akan beransur pulih selepas mendapat rawatan.
2. Suhailah memandu kereta BMW yang mahal itu.
Subjek: Mereka akan beransur pulih
Predikat: selepas mendapat rawatan.
beransur pulih: kata kerja transitif berpelengkap.
pulih: pelengkap jenis kata adjektif dan menjadi penyambut kata kerja.
Subjek: Suhailah
Predikat: memandu kereta BMW yang mahal itu
memandu kerta BMW: kata kerja tak transitif berpelengkap.
kereta BMW: objek yang menjadi penyambut kata kerja dan pelengkap jenis kata nama.
37
3. Kakak menghidangkan bapa sepinggan kuih melaka.
4. Hamidah pandai mengarang surat.
Subjek: Kakak
Predikat: menghidangkan bapa sepinggan kuih melaka.
menghidangkan bapa: kata kerja transitif berpelengkap dua objek.
bapa: objek tepat
sepinggan kuih melaka: objek sipi
objek yang menjadi penyambut kata kerja dan pelengkap jenis kata nama.
Subjek: Hamidah pandai
Predikat: mengarang surat.
mengarang surat: kata kerja transitif berpelengkap.
surat: pelengkap jenis kata nama dan menjadi penyambut kata kerja.
38
5. Pengemis itu tidur berbantalkan bungkusan kain.
Subjek: Pengemis itu
Predikat: tidur berbantalkan bungkusan kain.
tidur berbantalkan bungkusan kain: kata kerja tak transitif berpelengkap.
bungkusan kain: objek yang menjadi penyambut kata kerja dan pelengkap jenis kata nama.
39
3.3 Frasa Adjektif
1. Perangai wanita itu kebarat-baratan.
2. Kulit wanita itu berwarna kuning langsat.
Perangai wanita itu : Subjek Kebarat-baratan : Predikat
Subjek dan predikat
Berdasarkan ayat di atas, frasa adjektif dalam ayat tersebut daripada binaan jumlah perkataan dalam frasa jenis binaan satu perkataan.
Kebarat-baratan : Frasa adjektif yang digandakan. : Kata dasarnya ialah barat.
Frasa adjektif
Analisis frasa
Kulit wanita itu : Subjek Berwarna kuning langsat : Predikat
Subjek dan predikat
Berdasarkan ayat di atas, frasa adjektif dalam ayat tersebut daripada binaan jumlah perkataan dalam frasa jenis binaan kata adjektif + kata nama yang membawa maksud keserupaan dan kesamaan.
Kuning langsat : Frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif yang diikuti kata nama.
Frasa adjektif
Analisis frasa
40
3. Isi buah durian itu agak manis.
4. Anak antelop itu lincah sungguh.
Isi buah durian itu : Subjek Agak manis : Predikat
Subjek dan predikat
Berdasarkan ayat di atas, frasa adjektif dalam ayat tersebut daripada binaan kata penguat jenis kata penguat hadapan yang hadir di hadapan kata adjektif.
Analisis frasa
Agak manis : Frasa adjektif yang terdiri daripada binaan kata penguat hadapan diikuti kata adjektif
Frasa adjektif
Anak antelop itu : Subjek Lincah sungguh : Predikat
Subjek dan predikat
Berdasarkan ayat di atas, frasa adjektif dalam ayat tersebut daripada binaan kata penguat jenis kata penguat bebas yang hadir selepas kata adjektif.
Analisis frasa
Lincah sungguh : Frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif diikuti kata penguat bebas.
Frasa adjektif
41
5. Pokok yang ditanam ayah sudah besar.
Pokok yang ditanam ayah : Subjek Sudah besar : Predikat
Subjek dan predikat
Berdasarkan ayat di atas, frasa adjektif dalam ayat tersebut daripada binaan kata bantu yang berada di hadapan kata adjektif.
Analisis frasa
Sudah besar : Frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata bantu.
Frasa adjektif
42
3.4 Frasa Sendi Nama
1. Pagi tadi Kak Bedah pinjamkan dulangnya buat seketika.
2. Kami akan berbincang tentang program besar itu.
Subjek : Pagi tadi
Predikat:
Kak Bedah pinjamkan dulangnya
buat seketika.
Kata sendi nama: buat
Kata adjektif: seketika
Frasa sendi nama ayat tersebut
daripada binaan
Kata Sendi Nama + Kata Adjektif
buat seketika :
Keterangan frasa kerja tak transitif berpelengkap.
Pagi tadi Kak Bedah pinjamkan dulangnya
buat seketika.
Subjek :
Kami akan berbincang
Predikat :
tentang program besari itu.
Kata sendi nama: tentang
Kata nama: program
Frasa sendi nama ayat tersebut
daripada binaan
Kata Sendi Nama + Kata Nama
tentang program besar itu :
Keterangan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Kami akan berbincang tentang program besar itu.
43
3. Abang meletakkan peti duit di atas almari itu pada malam tadi.
4. Emak menanam cili di belakang reban ayam
Subjek :
Abang meletakkan peti duit di atas
almari.
Predikat :
pada malam tadi.
Kata sendi nama: di
Kata arah: atas
Frasa nama: almari
Frasa keterangan: pada malam tadi
Frasa sendi nama ayat tersebut
daripada binaan
Kata Sendi Nama + Kata Adjektif
di atas almari itu :
Keterangan frasa kerja tak transitif berpelengkap.
Abang meletakkan peti duit di atas almari itu pada
malam tadi.
Subjek :
Emak menanam cili
Predikat :
di belakang reban ayam.
Kata sendi nama: di
Kata arah: belakang
Frasa nama: reban ayam
Frasa sendi nama ayat tersebut
daripada binaan
Kata Sendi Nama + Kata Arah +
Frasa Nama
di belakang reban ayam :
Keterangan frasa kerja tak transitif berpelengkap.
Emak menanam cili di belakang reban
ayam.
44
5. Fakhai pandai sejak dahulu lagi.
Subjek :
Fakhai pandai
Predikat :
sejak dahulu lagi.
Kata sendi nama: sejak
Frasa Nama: dahulu lagi.
Frasa sendi nama ayat tersebut
daripada binaan
Kata Sendi Nama + Frasa Nama
sejak dahulu lagi :
Keterangan frasa adjektif
Fakhai pandai sejak dahulu lagi.
45
4.0 GOLONGAN KATA
4.1 Pengenalan
Istilah golongan kata adalah sama ertinya dengan istilah jenis kata yang ditulis oleh
Za’ba dalam Pelita Bahasa Melayu. Istilah ini telah diguna pakai di sekolah-sekolah
dalam pengajaran bahasa Melayu sehingga tahun 1980-an.
Selain itu, terdapat prinsip-prinsip yang digunakan bagi menggolongkan
perkataan. Kebanyakan prinsip tersebut dapat dijelaskan dengan melihat sejarah
perkembangan yang tersusun rapi mengikut turutan kronologi dalam penggolongan
perkataan.
Dalam buku Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
(2006), Abdullah Hassan memetik ulasan yang diberikan oleh W. Marsden melalui
buku The Grammar of the Malayan Language: with an Introduction and Praxis (1812),
iaitu Marsden telah membahagikan perkataan-perkataan bahasa Melayu kepada tiga
kumpulan. Kumpulan kata tersebut terdiri daripada:
Rajah 4.8: Pecahan Kumpulan Kata Menurut W. Marsden
Kata Namaan (substantives)
Kata Kerjaan (verbals)
Kata Partikel (particles)
46
Merujuk pula kepada Tatabahasa Dewan (2008), golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat, iaitu:
Rajah 4.9: Pecahan Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif juga disebut sebagai golongan kata
utama kerana menjadi inti bagi frasa-frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja
dan frasa adjektif. Kata tugas pula dikelompokkan ke dalam satu kelompok golongan
kata secara kolektif. Walaupun tiada sebarang perubahan dan penambahan yang
berlaku pada jumlah golongan utama, namun penambahan dan perubahan berlaku
dalam golongan kata tugas. Oleh itu, kata tugas pada asalnya mempunyai 14 kata,
kemudian menjadi 16 jenis kata.
Kata
Nama
Kerja
Adjektif
Tugas
47
4.2 Kata Nama
Menurut Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008), kata nama
diinterpretasikan sebagai sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam
binaan frasa nama. Lazimnya, kata nama menamakan tempat, benda dan konsep.
Kata nama pula boleh dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri
semantik perkataannya, iaitu:
Rajah 5.0: Pecahan Golongan Kata Nama
Kata Nama khas mendukung makna rujukan khusus kepada sesuatu nama
seperti orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat
dan sebagainya yang seumpama dengannya. Dalam penulisan kata nama khas,
huruf awal perkataan akan ditulis dengan huruf besar. Dalam kata nama khas juga,
boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:
Rajah 5.1: Pecahan Subgolongan Kata Nama Khas
Kata Nama Khas
Kata Nama Am
Kata Ganti Nama
Kata Nama Khas
Hidup
Tak Hidup
Manusia
Bukan Manusia
48
Kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara
atau konsep yang umum pada sifatnya. Penulisan kata nama am pada awal kata
menggunakan huruf kecil sahaja. Selain itu, kata nama am boleh dibahagikan
kepada jenis-jenis yang lebih kecil dan khusus. Pembahagian ini perlulah mendasari
ciri maknanya. Subgolongan kata nama am ialah:
Rajah 5.2: Pecahan Subgolongan Kata Nama Am
Kata Nama Am
Hidup
Manusia
Bukan Manusia
Tak Hidup
Institusi
Bukan Institusi
Abstrak Konkrit
Berbilang Tak Berbilang
49
Kata ganti nama pula ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas
dan kata nama am. Merujuk kepada Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994), kata
ganti nama ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama
orang, benda, tempat, atau perkara. Kata nama terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
Rajah 5.3: Pecahan Subgolongan Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama
Tunjuk
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
Tanya
Kata Ganti Nama Diri
Orang
Pertama Ketiga Kedua
50
4.3 Kata Kerja
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994), mengatakan kata kerja dalam bahasa
Melayu ialah perkataan yang jenunjukkan perbuatan. Dalam Tatabahasa Pedagogi
(1993), perbuatan dikenal pasti sebagai aktiviti yang terkandung dalam perkataan
seperti menulis, berlari dan keadaan yang terkandung dalam perkataan berfikir dan
tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
Rajah 5.4: Pecahan Subgolongan Kata Kerja
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek selepas kata tersebut. Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua,
iaitu:
Rajah 5.5: Pecahan Subgolongan Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap merupakan kata kerja yang boleh
berdiri dengan sendiri tanpa sebarang objek. Antara contoh kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap ialah pulang, tidur, tersenyum dan tergelak. Kemudian, kata kerja
tak transitif berpelengkap pula merupakan kata kerja yang mesti diikuti pelengkap
untuk menyempurnakan ayat bagi menyatakan maksud sesuatu. Contoh kata kerja
tak transitif berpelengkap ialah beransur, berbuat dan tinggal.
Kata Kerja Tak
Transitif
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja
Kata Kerja Tak Transitif
Tanpa Pelengkap Berpelengkap
51
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri
daripada frasa nama yang melengkapkan maksudnya. Menurut Abdullah Hassan
(1993), kata kerja transitif berlaku dengan masuknya dua kata nama. Satu kata nama
melakukan perbuatan dalam kata kerja itu, manakala kata nama yang kedua dikenai
dengan perbuatan itu. Contohnya:
Abu mengail ikan
Dalam contoh ayat di atas, perbuatan mengail dilakukan kata nama Abu.
Perbuatan mengail itu mengenai pada kata nama ikan. Oleh itu, kata kerja mengail
dikatakan sebagi kata kerja transitif.
52
4.4 Kata Adjektif
Menurut Asraf (2007), mendefinisikan kata adjektif sebagai kata yang menerangkan
sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Habibah dan Hasnah (2010),
menyatakan kata adjektif boleh didahului atau disertai oleh kata penguat. Ciri ini juga
dapat membezakan kata adjektif dengan kata nama atau kata kerja. Contohnya:
amat besar, sangat cerdik, sakit sungguh, terlalu sedikit dan sangat bijak.
Walaupun kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun
berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-
kurangnya sembilan jenis. Antaranya ialah:
Rajah 5.6: Pecahan Jenis Kata Adjektif
Sifatan atau keadaan
Warna
Ukuran
Bentuk
Waktu
Jarak
Cara
Perasaan
Pancaindera
53
Berikut merupakan penerangan kepada jenis kata adjektif serta contoh kata
adjektif.
Bil Kata Adjektif Penerangan Contoh
1. Sifatan atau keadaan Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan sifatan atau
keadaan sesuatu sebagai satu
unsur keterangan nama dalam
ayat.
Baik
Jahat
Cerdik
Pandai
Bijak
Berani
Takut
Sihat
Sakit
Lemah
2. Warna Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan warna sebagai
unsur keterangan.
Merah
Biru
Kuning
Hitam
Jingga
Hijau
Ungu
Perang
Putih
Kelabu
3. Ukuran Satu jenis perkataan yang
memberi takrifan mengenai
ukuran sesuatu sebagai unsur
keterangan.
Panjang
Pendek
Kecil
Besar
Tinggi
Rendah
Nipis
Tebal
54
4. Bentuk Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan mengenai rupa
bentuk sebagai unsur keterangan.
Bulat
Lonjong
Bujur
Bengkok
Lurus
Buncit
Kembang
Kempis
5. Waktu Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan mengenai
konsep masa sebagai unsur
keterangan.
Baharu
Lama
Segera
Lampau
Lewat
Awal
Cepat
6. Jarak Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan mengenai
konsep ruang antara dua benda
atau sesuatu keadaan sebagai
unsur keterangan.
Jauh
Dekat
Hampir
Nyaris
7. Cara Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan mengenai
kelakuan dan ragam sesuatu
sebagai unsur keterangan.
Cepat
Lincah
Cekap
Laju
Lambat
Perlahan
Pantas
8. Perasaan Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan mengenai
konsep perasaan, sebagai unsur
penerang kata nama serta harus
diikuti kata sendi nama.
Rindu
Benci
Kasih
Cinta
sayang
55
9. Pancaindera Terdiri daripada perkataan yang
memberi takrifan kepada konsep
rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh serta gabungan kelima-
lima indera manusia sebagai
penerang kepada kata nama.
1. Indera rasa
Sedap
Manis
Pahit
Pedas
2. Indera pandang
Cantik
Tampan
Kacak
Hodoh
3. Indera dengar
Merdu
Parau
Garau
Bising
4. Indera bau
Wangi
Busuk
Hanyir
Hancing
5. Indera sentuh
Halus
Kasar
Kesat
Tajam
Rajah 5.7: Pecahan Jenis Kata Adjektif
56
4.5 Kata Tugas
Dalam buku Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan (1994), kata tugas tidak
mempunyai sebarang makna. Kata ini digunakan dalam ayat untuk menjalankan
tugas tatabahasa. Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008), menyatakan
kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata adjektif
yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Walaupun tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang frasa, namun kata
tugas amat berguna dalam mendukung sebarang tugas sintaksis. Siti Hajar Abdul
Aziz (2008), mengkelaskan tugas kata tugas kepada sepuluh, iaitu:
Rajah 5.8: Pecahan Tugas Kata Tugas
Penghubung
Penerang
Penentu
Penguat
Pendepan
Pembantu
Penegas
Penafi
Pembenar
Pemeri
57
Oleh itu, berdasarkan tugas-tugas yang dikelaskan di atas, kata tugas dapat
dijeniskan kepada 16 jenis. Jenis-jenisnya ialah:
1. Kata hubung 2. Kata seru
3. Kata tanya 4. Kata perintah
5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu
7. Kata penguat 8. Kata penegas
9. Kata nafi 10. Kata pemeri
11. Kata sendi nama 12. Kata pembenar
13. Kata arah 14. Kata bilangan
15. Kata penekan 16. Kata pembenda
Rajah 5.9: Pecahan Jenis Kata Tugas
Oleh hal yang demikian, berdasrkan kriteria kedudukan dan fungsi kata tugas
dalam ayat, kesemua kata tugas tersebut yang disenaraikan dapat dikelompokkan
dalam empat kategori, iaitu:
Rajah 6.0: Pecahan Kelompok Dasar Kata Tugas
Kelompok Dasar Kata Tugas
Penyambung ayat Pascakata
Praklausa Prafrasa
58
Bil Kelompok Dasar Kata Tugas Jenis
1. Kata penyambung ayat i. Kata hubung gabungan
ii. Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung pancangan keterangan
2. Kata praklausa i. Kata seru
ii. Kata tanya
iii. Kata perintah
iv. Kata pembenar
v. Kata pangkal ayat
3. Kata prafrasa i. Kata bantu
Bantu aspek
Bantu ragam
ii. Kata penguat
Penguat hadapan
Penguat belakang
Penguat bebas
iii. Kata penegas
Menegaskan frasa predikat
Menegaskan kedua-dua bahagian ayat
iv. Kata nafi
v. Kata pemeri
vi. Kata sendi nama
vii. Kata arah
viii. Kata bilangan
Jumlah yang tentu sifatnya
Bilangan tak tentu
Maksud himpunan
Maksud pisahan
Maksud pecahan
4. Kata pascakata i. Kata penekan
ii. Kata pembenda
Rajah 6.1: Pecahan Jenis Kata Tugas Mengikut Kelompok Dasar Kata Tugas
59
4.6 Penggolongan Kata Berdasarkan Teks Pilihan “Mak Tak Marah Lagi!”.
4.6.1 Kata Nama
4.6.1.1 Kata Nama Am
Bil Kata Keterangan
1. Anak
Ayah
Emak
Ibu
Kakak
Mak
Orang
Rakyat
Ustazah
Wanita
Kata nama am hidup manusia
2. Akal
Ayam
Cili padi
Hati
Ikan kembung
Kaki
Kepala
Laut
Mata
Mengkuang
Muka
Paha
Pulau
Sawi
Tangan
Telinga
Tupai
Udara
Wajah
Kata nama am hidup bukan manusia
3. Sekolah Kata nama am tak hidup institusi
4. Anjung
Bilik
Gerai
Jalan raya
Jalan tar
Jambatan
Kampung
Kantin
Pagar
Pintu
Ruang
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
60
Rumah
Serambi
Stor
Tanah
5. Air mata
Al-Quran
Arahan
Ayat
Baki
Balasan
Bayaran
Buku
Dakapan
Darjah
Duit
Ekor
Getah
Gula-gula
Hari
Hasil
Helai
Jawapan
Keadaan
Kelibat
Kemalangan
Kepastian
Kisah
Langkah
Malam
Masa
Minggu
Nafas
Nasi
Operasi
Pakaian
Pelukan
Penjelasan
Perkara
Permintaan
Senyuman
Solat
Suara
Surah
Tambang
Telekung
Tempat kejadian
Titik
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
61
Wang
Warna
6. Faham
Hairan
Hampa
Hasrat
Ingatan
Kebimbangan
Kedatangan
Kepalang
Kepunyaan
Kesakitan
Ketakutan
Ketenangan
Lega
Lumayan
Maaf
Nekad
Simpati
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Rajah 6.2: Pecahan Golongan Kata Nama Am
62
4.6.1.2 Kata Nama Khas
Bil Kata Keterangan
1. Abang Ngah
Cikgu Zaleha
Didi
Kak Long
Mak Cik Liah
Nina
Pak Andak
Pak Lah
Tuk
Tuk Wan
Ustazah Hawa
Kata nama khas hidup manusia
2. Allah Kata nama khas hidup bukan manusia
3. Asia Tenggara
Bukit Bendera
Hospital Besar Alor Setar
Jambatan Pulau Pinang
Jumaat
Pulau Pinang
Quran
Rumah Tuk Wan
Sungai Korok
Jumaat
Sabtu
Kata nama khas tak hidup
Rajah 6.3: Pecahan Golongan Kata Nama Khas
63
4.6.1.3 Kata Ganti Nama
Bil Kata Keterangan
1. Ini
Itu
Kata ganti nama tunjuk
2. Apa
Bila
Mana
Sesiapa
Kata ganti nama diri tanya
3. Dia
Kita
Mereka
Nya
Saya
Kata ganti nama orang
Rajah 6.4: Pecahan Golongan Kata Ganti Nama
64
4.6.2 Kata Kerja
Bil Kata Keterangan
1. Ambil
Berhasrat
Berkira
Bermalam
Bernasib
Bertandang
Bertemu
Diambil
Dibacanya
Dibawa
Dicengkam
Diceritakan
Dikumpulkan
Dipinta
Diserahkan
Disuruh
Dituduh
Tengok
Tergambar
Terhenti
Tersalah
Kata kerja tak transitif berpelengkap
2. Akur
Bangun
Bayar
Bekerja
Belajar
Berbisik
Berdegup
Beredar
Berfikir
Berjanji
Berjimat
Berlagak
Bermain
Bermula
Berpura-pura
Bersalah
Bersetuju
Bersyukur
Datang
Diam
Didakap
Dijawab
Dirawat
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
65
Diundang
Faham
Kata
Keluar
Makan
Menangis
Menangis
Mencongak
Naik
Pergi
Pergi
Radang
Terkata
Terkumpul
Terlaksana
Tersenyum
3. Melawan
Meleraikan pelukannya
Meleset
Melihat laut
Memandang emak
Memasukkan beberapa helai baju
Memberikan arahan
Membuat telekung
Membuka kasut
Memecah ketenangan
Meminta emak
Mempedulikan Kak Long
Menagih simpati
Menaiki Jambatan Pulau Pinang
Menambahkan baki
Menampung sekilo ikan kembung
Menapak ke atas rumah
Mencabut stokingnya
Mencapai beg
Mencari Nina
Mencubit paha
Mencuci pinggan
Mencuri
Mendapatkan penjelasan
Mendengar suara emak
Menemui wang tunai
Mengabulkan permintaan
Mengaduh kesakitan
Mengambil sarapan
Menganggukkan kepala
Mengayuh basikal
Kata kerja transitif
66
Mengeluh hampa
Mengemas pinggan mangkuk
Mengerjakan solat
Menggeletar
Menghadap buku
Menghapuskan kebimbangan
Menghulurkan sesuatu
Mengumpulkan wang
Mengunci basikal
Menghampiri emak
Meninggalkan Didi
Menjamah nasi
Menjenguknya pada hari Jumaat
Menolong Mak Cik Liah
Menuju ke dapur
Menunaikan solat
Menunggu Nina
Menunjukkan ayat
Menyambutnya di muka pintu
Menyatakan hasrat
Menyelubungi Nina
Menyembunyikan sesuatu
Merasa gula-gula getah
Rajah 6.5: Pecahan Golongan Kata Kerja
67
4.6.3 Kata Adjektif
Bil Kata Keterangan
1. Aman
Baik
Baik hati
Bijaksana
Cuai
Cukup
Diam
Endah
Erat
Gagal
Hilang sabar
Kaya
Kebanggaan
Kenyang
Ketakutan
Lapar
Lenyap
Liar
Mati akal
Puas
Puas
Rajin
Ringan
Sedar
Sejuk
Sepandai-pandai
Tabah
Takut
Yakin
Kata adjektif sifatan atau keadaan
2. Banyak
Jauh
Jauh-jauh
Panjang
Sedikit
Sekurang-kurang
Terpanjang
Kata adjektif ukuran
3. Putih Kata adjektif warna
4. Harum
Lantang
Manis
Sakit
Sebam
Sedap
Kata adjektif pancaindera
68
Segar
Sekasar
Tajam
5. Cepat
Cepat-cepat
Cermat
Kencang
Pantas
Perlahan-lahan
Tepat
Kata adjektif cara
6. Benci
Bimbang
Gembira
Geram
Hairan
Kasih
Lega
Marah
Risau
Sayang
Sedih
Takut
Terharu
Kata adjektif perasaan
7. Awal-awal
Baharu
Cepat
Lama
Lanjut
Lepas
Sekarang
Sempat
Terakhir
Kata adjektif waktu
Rajah 6.6: Pecahan Golongan Kata Adjektif
69
4.6.4 Kata Tugas
4.6.4.1 Kata Penyambung Ayat
Bil Kata Keterangan
1. Dan
Tetapi
Kata hubung gabungan
2. Yang Kata hubung pancangan relatif
3. Bahawa
Untuk
Kata hubung pancangan komplemen
4. Agar
Apabila
Kalau
Kerana
Semasa
Setelah
Untuk
Walaupun
Kata hubung pancangan keterangan
Rajah 6.7: Pecahan Golongan Kata Penyambung Ayat
70
4.6.4.2 Kata Praklausa
Bil Kata Keterangan
1. Adakah
Apa
Bila
Di mana
Ke mana
Mana
Kata tanya
2. Nanti
Pergi
Kata perintah
3. Betul Kata pembenar
4. Akhirnya
Namun begitu
Namun demikian
Oleh sebab itu
Sementara itu
Sepatutnya
Lagipun
Kata pangkal ayat
Rajah 6.8: Pecahan Golongan Kata Praklausa
71
4.6.4.3 Kata Prafrasa
Bil Kata Keterangan
1. Akan
Boleh
Dapat
Harus
Masih
Pernah
Sedang
Setelah
Kata bantu
2. Amat
Paling
Sangat
Sekali
Kata penguat
3. Adakah
Begitulah
Juga
Lagi
Memang
Pun
Sahaja
Kata penegas
4. Bukan
Tidak
Kata nafi
5. Adalah
Ialah
Kata pemeri
6. Akan
Dalam
Dari
Daripada
Di
Ke
Kepada
Pada
Sampai
Untuk
Kata sendi nama
7. Atas
Dalam
Hadapan
Sana
Situ
Kata arah
8. Banyak
Beberapa
Dua puluh
Empat belas
Enam
Kata bilangan
72
Lapan
Lima
Satu
Satu per satu
Seberkas
Sebuah
Sehari
Sekali
Sekeluarga
Sekilo
Seminggu
Semua
Seorang
Setambun
Rajah 6.9: Pecahan Golongan Kata Prafrasa
73
4.6.4.4 Kata Pascakata
Bil Kata Keterangan
1. Biliknya
Bukannya
Dengannya
Dirinya
Esoknya
Hasratnya
Hatinya
Jantungnya
Maknanya
Matanya
Membacanya
Membantunya
Nafasnya
Padanya
Pentingnya
Rasanya
Rumahnya
Sebaliknya
Sebenarnya
Selalunya
Selanjutnya
Semuanya
Sudahnya
Tambangnya
Tangannya
Wajahnya
Kata penekan
2. Akhirnya
Kurangnya
Lamanya
Putihnya
Sakitnya
Sedapnya
Segarnya
Kata pembenda
Rajah 7.0: Pecahan Golongan Kata Pascakata
74
4.7 Kesimpulan
Justifikasinya, golongan kata tergolong dalam bidang morfologi. Golongan kata ini
boleh membezakan jenis kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.
Dalam bidang ini, kata nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata
nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Setiap daripadanya, mempunyai
pecahan yang tersendiri. Kata nama khas boleh digolongkan kepada dua, iaitu kata
nama khas hidup manusia serta hidup bukan manusia dan kata nama khas tak hidup.
Selain kata nama khas, bidang golongan kata ini boleh membahagikan kata
nama am dengan lebih jelas dan terperinci lagi. Dalam bahagian kata nama am ini,
kita boleh simpulkan kata nama am mempunyai dua bahagian, iaitu hidup dan tak
hidup. Untuk bahagian hidup, kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kata nama hidup manusia dan bukan manusia. Bahagian kedua pula ialah kata nama
am tak hidup yang merangkumi institusi dan bukan institusi. Manakala, mata nama
am bukan institusi pula boleh dikelaskan kepada dua, iaitu konkrit dan abstrak. Kata
nama am abstrak terdiri daripada berbilang dan tak berbilang.
Seterusnya, kita juga dapat mengenali bahagian dan pecahan kata adjektif.
Dahulunya kata adjektif ini dikenali sebagai kata sifat. Namun demikian,
penggunaannya masih ketara dalam kalangan ahli bahasa veteran dan dalam buku-
buku tatabahasa bahasa Melayu. Kata adjektif mempunyai sembilan bahagian, iaitu
sifatan atau keadaan, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera.
Akhir sekali, kita juga dapat mengetahui secara meluas dan mendalam
mengenai bahagian dan pecahan dasar kelompok yang terdapat dalam kata tugas.
Dalam penggolongan kata, kata tugas merupakan bahagian yang paling luas. Hal ini
demikian kerana kata tugas mempunyai 16 jenis kata dan empat dasar kelompok
kata tugas. Dasar kelompok kata tugas tersebut ialah kata penyambung ayat, kata
praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.
75
5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana saya berjaya menyiapkan tugasan
projek Bahasa Melayu 1 Akademik ini. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini,
banyak perkara yang saya lalui bersama-sama rakan kelas yang lain.
Apa-apa yang saya dapat melalui daripada proses penyiapan tugasan ini,
saya dapat merasakan kepayahan dan kesulitan dalam menganalisis frasa dan
penggolongan kata. Walaupun saya amat meminati bidang menganalisis bahasa
Melayu, namun saya tetap dapat merasakan betapa sukarnya untuk mengelaskan
kata dan menganalisis frasa berdasrkan binaan ayat sendiri. Namun begitu, proses
itu amat menyeronokkan kerana hal ini dapat meningkatkan lagi daya kefahaman
saya terhadap binaan frasa dan penggolongan kata bahasa Melayu mengikut
jenisnya.
Selain itu, saya juga amat berbesar hati kerana ramai rakan saya sudi
berkongsi ilmu dan masalah yang menimpa ketika menyiapkan kerja projek ini. Bagi
saya, senario ini wajar diketengahkan ke peringkat akar umbi kerana secara tidak
langsung, hal ini dapat memupuk semanagt kerjasama serta usaha mengelakkan
budaya plagiat dalam kalangan pelatih.
Tuntasnya, mempelajari sintaksis dan morfologi atau ilmu ketatabahasaan
bahasa Melayu amat menyeronokkan. Walau apa-apapun, minat dan kesungguhan
perlulah digembleng dan dirangkum sekali bagi menghasilkan kefahaman yang
berkualiti dan jitu.
76
6.0 BIBLIOGRAFI
________________ (1995). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
________________ (2006). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Batu Caves, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Batu
Caves, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Peguruan.
Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006).
Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Batu Caves,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar, Prof. (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asraf (2007). Siri Penataran Bahasa Dan Sastera: Petunjuk Tatabahasa Bahasa
Melayu. Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd.
Habibah Mohd. Samin, Hasnah Awang (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1
untuk PPISMP. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
77
Hasrina Baharom (2009, Disember). Mak Tak Marah Lagi!. Pelita Bahasa, Dewan
Bahasa dan Pustaka, muka surat 44 – 47.
Kho Thong Eng (2009, Disember). Tatatingkat Bandingan Kata Adjektif. Pelita
Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 19 – 21.
Lim Yock Fang, Abdullah Hassan (1994). Siri Pengajaran Bahasa Fajar Bakti: Nahu
Melayu Moden. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Muhammad Norrudin Abdul Aziz (2009). HBML 4803: Perbandingan Tatabahasa
Melayu. Kuala Lumpur, Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University
Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (1997).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin (2008). Teks STPM: Bahasa Malaysia Kertas
1 dan 2. Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ong Ching Guan (2009). Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu 1. Shah Alam,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Ra’in Shaari (2007). Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan: Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
W. Marsden (1812). The Grammar of the Malayan Language: with an Introduction
and Praxis. London, Longman.
78
7.0 SENARAI RAJAH
Rajah 1.1: Tingkatan Nahu
Rajah 1.2: Binaan Frasa
Rajah 1.3: Jenis-jenis Frasa Bahasa Melayu
Rajah 1.4: Konstituen Utama Ayat Dasar Bahasa Melayu
Rajah 1.5: Subjek dan Predikat
Rajah 1.6: Konstituen Utama Ayat Dasar Bahasa Melayu
Rajah 1.7: Jenis Perkataan-perkataan Nama.
Rajah 1.8: Fungsi-fungsi Frasa Nama.
Rajah 1.9: Binaan Frasa Nama Bahasa Melayu
Rajah 2.0: Contoh Frasa Nama Inti + Penerang
Rajah 2.1: Contoh Frasa Nama Inti + Inti
Rajah 2.2: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Penerang.
Rajah 2.3: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Penerang Nama
Rajah 2.4: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Penerang Bukan Nama
Rajah 2.5: Binaan Frasa Nama Jenis Inti + Inti
Rajah 2.6: Jenis Binaan Frasa Nama Inti + Inti Dengan Maksud Sama Erti
Rajah 2.7: Hukum D – M.
Rajah 2.8: Kekecualian Hukum D – M
Rajah 2.9: Frasa Kerja
Rajah 3.0: Jenis Kata Kerja
Rajah 3.1: Contoh Ayat Frasa Kerja
Rajah 3.2: Perkataan Yang Boleh Hadir Dalam Frasa Kerja
Rajah 3.3: Unsur Binaan Frasa kerja
Rajah 3.4: Susunan Unsur Binaan Frasa Kerja.
Rajah 3.5: Ceraian Ayat Frasa Kerja
Rajah 3.6: Jenis-jenis Frasa Kerja
Rajah 3.7: Frasa Kerja Transitif Tunggal dan Terbitan
Rajah 3.8: Fungsi Frasa Adjektif
Rajah 3.9: Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Rajah 4.0: Frasa Adjektif Sebagai Unsur Keterangan Dalam Predikat
Rajah 4.1: Frasa Adjektif Sebagai Unsur Penerang
Rajah 4.2: Binaan Frasa Adjektif
79
Rajah 4.3: Jenis Jumlah Perkataan Dalam Frasa
Rajah 4.4: Jenis Frasa Adjektif Binaan Dua Perkataan
Rajah 4.5: Rumusan Kata Penguat Dalam Frasa Adjektif
Rajah 4.6: Unsur Wajib Dalam Frasa Sendi Nama
Rajah 4.7: Binaan Frasa Sendi Nama
Rajah 4.8: Pecahan Kumpulan Kata Menurut W. Marsden
Rajah 4.9: Pecahan Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan
Rajah 5.0: Pecahan Golongan Kata Nama
Rajah 5.1: Pecahan Subgolongan Kata Nama Khas
Rajah 5.2: Pecahan Subgolongan Kata Nama Am
Rajah 5.3: Pecahan Subgolongan Kata Ganti Nama
Rajah 5.4: Pecahan Subgolongan Kata Kerja
Rajah 5.5: Pecahan Subgolongan Kata Kerja Tak Transitif
Rajah 5.6: Pecahan Jenis Kata Adjektif
Rajah 5.7: Pecahan Jenis Kata Adjektif
Rajah 5.8: Pecahan Tugas Kata Tugas
Rajah 5.9: Pecahan Jenis Kata Tugas
Rajah 6.0: Pecahan Kelompok Dasar Kata Tugas
Rajah 6.1: Pecahan Jenis Kata Tugas Mengikut Kelompok Dasar Kata Tugas
Rajah 6.2: Pecahan Golongan Kata Nama Am
Rajah 6.3: Pecahan Golongan Kata Nama Khas
Rajah 6.4: Pecahan Golongan Kata Ganti Nama
Rajah 6.5: Pecahan Golongan Kata Kerja
Rajah 6.6: Pecahan Golongan Kata Adjektif
Rajah 6.7: Pecahan Golongan Kata Penyambung Ayat
Rajah 6.8: Pecahan Golongan Kata Praklausa
Rajah 6.9: Pecahan Golongan Kata Prafrasa
Rajah 7.0: Pecahan Golongan Kata Pascakata