Kejadian Empat Musim
Apakah ia kejadian empat musim?
• Kejadian empat musim adalah fenomena cuaca yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu di bumi
• Kawasan ini akan mengalami kejadian empat musim melibatkan musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk
• Fenomena ini berlaku kerana pergerakan bumi mengelilingi matahari
• Kejadian empat musim berlaku secara berterusan selama setahun di mana setiap musim berlaku sekitar tempoh 3 bulan
• Kejadian empat musim boleh dibahagi kepada dua kejadian utama iaitu ekuinoks dan solstis
Ekuinoks Solstis
- Ekuinoks ialah kejadian dimana matahari tegak di garisan khatulistiwa
- Solstis ialah kejadian matahari tegak di garisan sartan ataupun jadi
- Kejadian ekuinoks melibatkan dua musim iaitu musim bunga dan musim luruh
- Kejadian solstis melibatkan dua musim iaitu musim panas dan musim sejuk
- Jumlah waktu siang dan malam adalah sama panjang di semua kawasan
- Kebanyakan kawasan mengalami jumlah waktu siang dan malam yang berbeza-beza kecuali kawasan berhampiran khatulistiwa
Contoh negara yang mengalami empat musim
Amerika syarikat Jepun
Negara-negara Eropah
China
Selatan Australia Argentina
Ekuinoks musim bunga
Ekuinoks musim bunga • Berlaku pada 22 Mac
• Matahari tegak di garisan khatulistiwa
• Jumlah waktu siang dan malam sama panjang di semua tempat di dunia
• Musim bunga di hemisfara utara, musim luruh di hemisfara selatan
Solstis musim panas
Solstis
Solstis musim panas • Berlaku pada 21 Jun
• Matahari tegak di garisan sartan
• Jumlah waktu siang lebih panjang di hemisfera utara
• Jumlah waktu siang lebih pendek di hemisfera selatan
• Musim panas di Hemisfera Utara dan musim sejuk di Hemisfera Selatan
Ekuinoks musim luruh
Ekuinoks musim luruh
• Berlaku pada 23 September
• Matahari tegak di garisan khatulistiwa
• Jumlah waktu siang dan malam sama panjang di semua tempat di dunia
• Musim luruh di hemisfara utara, musim bunga di hemisfara selatan
Solstis Musim Sejuk
Solstis
Kawasan di
hemisfera selatan
lebih banyak
menghadap
matahari
Solstis musim sejuk • Berlaku pada 21 Disember
• Matahari tegak di garisan jadi
• Jumlah waktu malam lebih panjang di hemisfera utara
• Jumlah waktu malam lebih pendek di hemisfera selatan
• Musim sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
Perhatikan jadual ringkas ini, bolehkan anda fahami maksudnya?
Bulan Musim Kejadian Tegak di garisan
3 B E K
6 P S S
9 L E K
12 S S J
Salah satu fenomena unik yang hanya berlaku di kawasan kutub utara dan kutub selatan ialah keadaan siang selama 24 jam dan keadaan malam selama 24 jam.
Pada musim panas, matahari akan kelihatan sepanjang hari selama 24 jam manakala pada musim sejuk, matahari tidak akan kelihatan selama 24 jam di kawasan tersebut…
Dapatkan kamu bayangkan bagaimanakah cara hidup masyarakat di kawasan tersebut?
Video
1. Kejadian matahari tengah malam di Alaska
2. Waktu malam yang panjang di musim sejuk di Alaska
3. Perbezaan waktu siang dan malam pada dua musim yang berbeza
Kesan kejadian empat musim
• Kejadian empat musim menyebabkan sesetengah kawasan mengalami jumlah siang dan malam yang tidak sama panjang
• Jumlah siang dan malam ini bergantung kepada kedudukan hemisfera dan musim yang berlaku
• Lazimnya, kejadian empat musim selalu merujuk kepada kejadian di hemisfera utara
Bagaimana kejadian ini memberi pengaruh yang besar kepada gaya hidup dan persekitaran setempat?
Musim bunga membantu menggalakkan industri pelancongan di negara tersebut. Suasana dingin dan pemandangan bunga yang indah menggalakkan pelancong datang melawat ke sini
Industri mengeksport bunga juga turut bertambah ketika musim bunga
Di Jepun, masyarakatnya menyambut sambutan Festival Musim Bunga ketika musim ini. Masyarakat akan keluar beriadah sambil menikmati
pemandangan bunga sakura
Video
Festival musim bunga di Jepun
Musim panas adalah musim yang sangat sesuai untuk aktiviti luar. Masyarakat setempat akan keluar menikmati panas matahari pada
musim panas
Aktiviti perkhemahan atau ‘summer camp’ biasa dilakukan pada waktu ini. Suhu yang sesuai menyebabkan aktiviti riadah dan aktiviti luar
rancak berjalan pada musim panas
Pada musim luruh, pokok akan menggugurkan daunnya.. Pokok menggugurkan daun untuk mengelakkan kehilangan air pada
musim sejuk..
Aktiviti luar semakin berkurangan kerana suhu kembali sejuk dan sederhana
Aktiviti memungut hasil tanaman juga sering dilakukan pada masa ini. Musim luruh adalah persiapan bagi menghadapi musim sejuk di mana
kebanyakan aktiviti pertanian biasanya terhenti seketika
Pada musim sejuk, kebanyakan aktiviti terhenti kerana suhu yang sejuk. Aktiviti seperti pertanian tidak dapat dijalankan.
Aktiviti luar tertumpu kepada aktiviti yang melibatkan salji seperti meluncur salji.
Ribut salji yang tebal kadangkala menyebabkan sistem pengangkutan terjejas dan aktiviti harian penduduk terganggu
Kebanyakan aktiviti tertumpu di dalam rumah kerana suhu yang sejuk sehingga di bawah paras beku
• Kebanyakan negara di dunia menyambut Hari Krismas 25 Disember, pada musim sejuk…
• Namun, ada beberapa negara di dunia yang menyambutnya pada musim panas, dapatkah kamu nyatakan negara-negara
tersebut?
Uji Minda
Rashid sekeluarga ingin bercuti untuk menikmati pemandangan musim bunga pada cuti sekolah bulan September. Apakah negara yang boleh dilawati oleh Rashid sekeluarga?
A. Jepun
B. Sweden
C. Amerika Syarikat
D. Selatan Australia