BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU
KATA MAJMUK DAN KATA GANDA
Dibentangkan oleh :
Nur Kamilah bt Kamarul ZamanAin Syafiqah bt Abdullah
Asmira bt MudaNur Atikah bt Ibrahim
KATA MAJMUK
Kata Majmuk
• Proses pemajmukan• Proses pemajmukan ialah proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Kata majmuk terbahagi kepada tiga kelompok
Mendukung maksud kiasanMendukung maksud kiasan
Rangkaian kata bebasRangkaian kata bebas
Istilah khusus dalam ilmiahIstilah khusus dalam ilmiah
Rangkaian kata bebas
Contoh:
• gambar rajah
• biru laut
• air hujan
• jalan raya
• nasi minyak
• terima kasih
Rangkaian kata bebas
• Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya
• Perdana Menteri
• Duta Besar
• Raja Muda
• Setiausaha
Istilah khusus dalam ilmiah
• kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
Contohnya:
• garis pusat
• mata pelajaran
• pita suara
Mendokong maksud kiasan
• Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa
Contohnya:
• kaki ayam• buah hati• makan angin• pilih kasih
Bentuk kata majmuk yang telah mantap
• Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
• Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan.
Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:
• antarabangsa• apabila• bagaimana• beritahu• bumiputera• olahraga• Pesuruhjaya• tandatangan• tanggungjawab
Rumahtanggakakitangankerjasamapesuruhjayajawatankuasa
Suruhanjaya
Pilihanraya
Matahari
Sukarela
dukacita
Maharajaserikandimaharani
mahasiswawarganegara
citarasacitrawarnasukaneka
Penggandaan kata majmuk
• Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh :
• Alat- alat tulis
• Jalan– jalan raya
• Menteri- menteri besar
• Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contoh :
• anak emas- anak emas
• Kaki bangku- kaki bangku
• Ayam tambatan- ayam tambatan
• Buah hati- buah hati
• Buah tangan- buah tangan
Pengimbuhan kata majmuk
• Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
• i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
• Contohnya;
campur aduk → bercampur aduklitar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alihtemu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya bercantum.
Contohnya :
campur aduk → mencampuradukkandaya serap → kedayaserapangaris pusat → mengarispusatkansatu padu → menyatupadukantunjuk ajar → menunjukajarkan
KATA GANDA
Kata ganda
• 1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
• 2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Gandaan penuh
Gandaan separa
Gandaan berentak
Kata ganda penuh
• Melibatkan pengulangan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan bentuk.
• Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
• Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
• Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,
Contohnya
Gandaan kata nama
Gandaan kata kerja
Gandaan adjektif/sifat
Buku- buku Baring-baring Manis- manis
Lembu- lembu Pandang- pandang
Besar- besar
Murid- murid Jalan- jalan Awal-awal
Penggandaan separa• Melibatkan suku kata pertama kata dasar
bagi kata nama dan sebahagian daripada kata dasar yang berimbuhan bagi kata kerja dan kata adjektif.
Contohnya ; lelangit, berlari - lari, tolong - menolong, besar - besaran, kecil-kecilan.
Gandaan separa kata nama
Gandaan separa kata kerja
Gandaan separa adjektif/sifat
lelangit Berlari-lari Kecil-kecilan
kekura Tolong-menolong
Besar- besaran
lelabi Berjalan-jalan Kebiru-biruan
Kata ganda berentak• Kata ganda bersajak atau berima ialah
kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
• (a) persamaan bunyi di pangkal:
lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, batu-batan,kayu-kayan,bukit-bukau dan sebagainya.
• (b) persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, sayur-mayur, kuih-muih cirit-birit, saudara-mara, tunggang-langgang, lauk-pauk dan sebagainya.
• (c) penyesuaian bunyi seluruhnya:
compang-camping, dolak-dalik,hiruk-pikuk, gunung-ganang,huru-hara,mundar-mandir ,huyung-hayang, kusut-masai dan sebagainya.