. » Karya bersesuaian dengan budaya dan agama, beri pilihan kepada pembaca
Oleh Hafizah Iszahanid [email protected]
ekitar 50 tahun sebelum ini, sukar untuk menemui karya kreatif dalam bahasa Inggeris di negara
+ ini termasuk mencari buku penulis tanah air yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
Keadaan itu merugikan sastera dan negara kerana pemikiran dibentuk melalui penulisan, selain karya kesusasteraan juga mewakili budaya dan zaman.
Jika dilihat, Malaysia sebagai negara sudah banyak kali 'diinggeriskan' apabila diangkat sebagai latar cerita oleh novelis luar, misalnya paling terkenal ialah I
. Pirati Della Malesia atau The Pirate of Malaya tulisan pengarang Itali, Emilio Salgari pada tahun 1883.
Watak utama novel itu ialah Sandokan yang digambarkan sebagai lanun terhebat di Laut Cina Selatan hingga digelar sebagai Harimau Malaya.
Naskhah lain termasuklah karya Han Suyin, iaitu And The Rain My Drink diterbitkan di Britain pada tahun 1956, sekali gus mencatat sejarah apabila pada dekad itu, barulah kita menemui pengarang Malaysia menulis dalam bahasa Inggeris.
Senario berubah, dapat pengiktirafan Bagaimanapun, senario itu semakin berubah apabila sejak alaf baharu, karya pengarang Malaysia bukan saja diterbitkan di luar negara, bahkan mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Rani Manicka yang muncul dengan The Rice Mother pada tahun 2002 serta berjaya meraih Hadiah Penulis Komanwel2002.
Selain itu, dua penulis Malaysia, Tash Aw dan Tan Twan Eng muncul dengan karya mereka yang berada dalam senarai saringan Hadiah Man B~oker pada tahun 2005
II Soya selitkan ilmu yang berguna termasuk akhlak Islam yang sentiasa diterapkan da/am masyarakat seperti mengutamakan redo ibu bapa, selain memasukkan pengalaman sendiri sebagai Muslim ketika merantau di negara yang majoriti rakyatnya bukan orang Islam"
Noor Rodhiah Abdul Rahman, Penulis novel Inggeris
dan 2007, manakala Twan Eng turut memenangi Man Asia dan Hadiah Fiksyen Sejarah Walter Scott.
Di negara ini, terdapat beberapa penerbit tempatan yang menerbitkan naskhah berbahasa Inggeris misalnya Silverfish dan Buku Fixi, selain Monsoon Book yang beribu pejabat di Britain tetapi membuka cawangannya di Singapura.
Terkini, sebuah lagi syarikat penerbitan tempatan yang berbuat demikian ialah Jemari Seni Sdn Bhd OS) yang sebelum ini dikenali dengan riovel berbahasa Melayu. Antara novel terlaris terbitan JS termasuklah 5 Tahun 5 bulan dan Versus tulisan Hlovate.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif JS, Mariah . Mustafa, berkata penerbi-
tan novel berbahasa Inggeris bermula tahun lalu sebagai memberi lebih banyak peluang kepada pembaca untuk mernilih bahan bacaan.
Pasaran Inggeris dikuasai karya asing "Kebanyakan pembaca di negara ini dwibahasa. Jika naskhah bahasa Me
l. layu didominasi oleh ~. pengarang tempatan, ,,!.:. pasaran bahasa Inggeris . masih lagi dikuasai
karya asing yang sebahagiannya membawa budaya yang tidak sesuai dengan budaya tempatan," katanya.
Mariah berkata, walaupun baru setahun menerbitkan novel Inggeris, JS berjaya menghasilkan empat ta
juk, iaitu After The Storm dan One Minute to Midnight karya Di
yar Harraz; One Fine Day (RodieR) dan ter
baharu, Bits of Heaven (Aishah Mandidy).
"Setakat ini, jualan naskhah berbahasa Inggeris
menggalakkan. Malah,
dua judul terawal, ~ After The Storm dan One Fine Day berada dalam senarai 10 buku terlaris Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-BH 2015," katanya.
Sementara itu, RodieR atau nama
sebenarnya Noor Rodhiah Abdul Rahman
berkata, sebelum menghasilkan One Fine Day, beliau
terlebih dulu muncul dengan novel berbahasa Melayu, iaitu
Nyanyian Hati dan Cooper K terbitan JS.
Masukkan C\iaran Islam, berdakwah "Saya mula menulis novel Inggeris kerana melihat ia sebagai peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar bagi saya.
"Beza antara One Fine Day dengan pengarang Barat yang paling ketara adalah saya memasukkan ajaran Islam. Seperti novel saya yang lain, walaupun bertemakan cinta, saya cuba selitkan elemen ajaran Islam yang sebenar kerana ingin berdakwah dengan cara yang saya kuasai.
"Saya selitkan ilmu yang berguna termasuk akhlak Islam yang sentiasa diterapkan dalam masyarakat seperti mengutamakan reda ibu bapa, s~lain memasukkan pengalaman sendiri sebagai Muslim ketika merantau di negara yang majoriti rakyatnya bukan orang Islam," katanya.
Noor Rodhiah menyifatkan kepuasan menulis dalam bahasa Inggeris atau Melayu sebagai sarna kerana tujuannya menulis adalah berkongsi ilmu dan pengalaman.
"Mungkin, menulis dalam bahasa Inggeris lebih mencabar keupayaan saya untuk menguasai bahasa itu sehingga banyak yang saya kena bela jar dan ulang kaji balik," katanya.