7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
1/18
1.0 PENGENALAN
Tugasan yang telah diberikan ini merujuk kepada bagaimana seorang guru melihat
dari segi pengurusan bengkel kemahiran hidup di sekolah rendah. Tugasan ini telah
dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan ruang kerja di dalam bengkel, penyusunan
alatan dan bahan serta langkah-langkah keselamatan yang diamalkan ketika berada di dalam
bengkel. Melaui tugasan ini, saya telah memilih sebuah sekolah di daerah Petaling Perdana
sebagai bahan kajian untuk tugasan ini. Sekolah yang saya maksudkan di sini adalah Sekolah
Kebangsaan Bukit Kuchai, Puchong. Sekolah ini mempunyai 588 orang murid dan 41 orang
guru.
Di bawah panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai, ia diterajui
oleh En. Mohd Fazli Bin Mat Din. Pengurusan panitia Kemahiran Hidup di sekolah ini
diuruskan bersama oleh 4 orang guru yang mendapat pendidikan khusus berkaitan
matapelajaran ini. Matapelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran Hands
On di mana semua murid tahap dua di sekolah tersebut perlu menjalankan kerja amali bagi
setiap topik yang telah dipecahkan. Aktiviti ini pastinya akan dijalankan di bilik khas yang
dikenali sebagai Bengkel Kemahiran Hidup. Aktiviti seperti ini memerlukan murid
melakukannya di dala ruang atau meja kerja yang telah ditetapkan. Seperti sedia maklum
semasa kerja ini dijalankan ia akan melibatkan penggunaan alatan yang banyak, bahan dan
perkasasan yang pelbagai bagi memastikan kerja amali yang ditetapkan dapat diselesikan
dengan betul dan tetap.
1.1 PENGURUSAN RUANG KERJA
Di bawah pecahan Kemahiran Hidup sekolah rendah, ia terdiri daripada 4 bahagian
pecahan ruang. ia adalah ruang pengajaran dan pembelajaran, ruang penyimpanan alatan,
ruang penyimpanan bahan dan ruang pameran. Secara umumnya, di dalam sebuah bengkel
yang efisen ia memerlukan ruang atau tempat yang sesuai untuk melaksanakan proses kerja.
Di dalam bengkel Kemahiran Hidup sekolah rendah yang lengkap dan kondusif ia
memerlukan ruang yang sesuai dengan jenis kerja yang akan dilakukan. Di sekolah ini,
keluasan bagi bengkel kemahiran hidup di sini adalah secara kasarnya 30mx35m.
Saiz bengkel di sekolah ini adalah sesuai kerana ia mampu menempatkan bilangan
murid lebih 30orang murid. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan murid bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain. Lantai di dalam ruang ini dapat dilihat dari bahan yang
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
2/18
tahan lasak, mudah dibersihkan, tidak menampung habuk dan tidak licin. Tingkap di dalam
bengkel ini adalah tingkap yang besar dan memudahkan pengudaraan dengan baik.
Kebersihan bahagian ini di bawah perhatian pihak kebersihan sekolah. Bengkel ini
diletakkan dengan pintu yang besar dan sesuai menjadi laluan keluar dan masuk dengan cepat
seandai berlakunya kebakaran di dalam bengkel ini. Di dalam bengkel di sekolah ini, ruang
utama yang diberikan penekanan ialah ruang pengajaran dan pembelajaran. Ia dilengkapi
dengan meja dan bangku yang disusun mengikut kumpulan yang kecil. Setiap kali proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan guru-guru ini akan memastikan bahawa peredaran
udara baik, ruang laluan tidak terhalang dan kadar pencahayaan yang baik berlaku di dalam
bengkel ini. Di samping itu juga, ruang ini dilengkapi dengan kelengkapan sinki dan paip. Ia
kerap dibersihkan oleh guru-guru ini, selepas digunakan oleh murid mereka untuk
memastikan bahawa kemudahan ini dapat berfungsi dengan baik. ( Rujuk Rajah 1 di bawah)
(Rajah 1 di bawah menunjukkan ruang pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel)
Ruang yang kedua terpenting di dalam bengkel ini adalah ruang untuk menyimpan
alatan tangan. Alatan-alatan tangan ini telah dilabelkan mengikut jenis-jenisnya. Di dalam
bengkel ini enam bahagian penyimpanan alatan iaitu di atas panel alatan, di dalam laci, di
dalam cabinet, kotak alatan, kotak-kotak dan di dalam almari. Di samping itu juga, kompenan
elektronik dan elektrik dilabelkan mengikut susunan yang betul dan tepat. Setiap alatan ini
akan dibersihkan dahulu sebelum disimpan semula ke tempat asalnya. (Rujuk rajah 2 & 3 di
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
3/18
bawah)
(Rajah 2 menunjukkan alatan disimpan pada panel alatan)
(Rajah 3menunjukkan alatan yang disimpan pada rak yang dihasilkan oleh guru)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
4/18
Ruang ketiga yang diberikan keutamaan adalah bagaimanakah pihak pengurusan
bengkel memberi penekanan terhadap penyimpanan bahan. Bengkel Kemahiran Hidup
sekolah ini hanya dilengkapi dengan cabinet rak penyimpanan atau almari. Di sekolah ini
guru-guru telah menggunakan tempt ini untuk menyimpan bahan-bahan yang dibeli sebelum
digunakan semasa proses kerja. Bahan-bahan yang disimpan di dalam ruang ini adalah seperti
bahan projek, bahan keemasan dan agen pembersih. Contoh bahan pojek ialah kayu beroti,
papan, papan lapis, kepingan aluminium, paku, skru, wayar dan mentol. terdapat juga
bahagian lain yang ditempatkan untuk menyimpan bahan keemasan seperti syelek, cat
minyak dan cat semburan. Begitu juga dengan, agen pembersih seperti thinner, minyak tanah
dan sabun. (Rujuk rajah 4 & 5 di bawah)
( Rajah 4 menunjukkan bahawa alatan kecil disimpan di dalam kotak simpan kecil)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
5/18
( Rajah 5 menunjukkan alatan yang disimpan di dalam kabinet penyimpanan mengikut
bahagian dan jenis)
Ruang yang terakhir yang amat perlu diberikan perhatian ialah ruang pameran hasil
murid. Di dalam ruang ini, semua projek dan hasil kerja murid yang terbaik boleh diletakkan
di ruang pameran ini. satu ruang pameran hasil kerja murid. Hasil kerja murid ini diletakkan
di bahagian tengah untuk diperlihatkan kepada umum. Bengkel ini telah disediakan oleh
guru mereka satu ruang pameran hasil kerja murid-murid ini. Akan tetapi sekolah ini
mempunyai satu masalah yang besar iaitu ruang pamerannya telah dijangkiti oleh anai-anai.Segala hasil kerja murid telah dijangkiti oleh anai-anai, maka hasil untuk gambar tidak boleh
dipamerkan. Cadangan saya untuk masalah ini adalah menyediakan ubatan yang sesuai untuk
setiap mengatasi masalah anai-anai pada setiap selepas cuti persekolahan.
1.2 PENYUSUNAN ATAU PENYIMPANAN ALATAN, MESIN DAN BAHAN
Bengkel ini telah memperuntukkan satu ruang yang berasingan untuk meletakkan
peralatan tangan. Tempat simpanan alatan di setiap sekolah adalah berbeza-beza antara satu
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
6/18
sekolah dengan sekolah yang lain. Ini adalah mengiku kesesuaian tempat dan sekolah
tersebut. Antara contohnya ialah panel alatan. Panel alatan ini digunakan untuk menyimpan
serta mempamerkan alatan tangan.Di samping itu juga, di dalam bengkel ini, terdapat papan
panel hendaklah digantung di tempat yang mudah dilihat dan diambil oleh murid. Alatan-
alatan ini telah diasingkan oleh pihak pengurusan bengkel dengan cara membuat pengasingan
dari segi jenis, bentuk dan saiz yang telah ditetapkan. Setiap alatan ini pastinya dilabelkan
untuk memudahkan murid memilih alatan yang diperlukan oleh mereka. Alatan ini akan
disenggara oleh pihak pengurusan panitia setiap kali selepas digunakan. (Rujuk Rajah 6 di
bawah)
(Rajah 6 menunjukkan alatan tangan disimpan pada panel alatan tangan)
Manakala bagi alatan-alatan kecil seperti paku, skru dan bowl ia telah disimpan kedalam rak alatan kecil. Ia diletakkan berhampiran dengan Panel rak alatan tangan untuk
memmudahkan murid mengambil bahagian alatan kecil ini. Seperti panel alatan juga, rak
alatan tangan juga digunakan oleh guru-guru di sini untuk menyimpan alatan dan perkakas
yang kecil mengikut jenis. Setiausaha dan ahli jawatankuasa panitia Kemahiran Hidup di
sekolah ini mengambil langkah bijak dengan melabelkan setiap rak yang digunakan mengikut
jenis alatan yang digunakan. (Rujuk Rajah 7 di bawah).
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
7/18
(Rajah 7 menunjukkan kompenan alatan kecil disimpan di dalam rak alatan tangan)
Manakala untuk bahagian perkebunan, alatan yang terlibat diletakkan di atas kabinet
untuk mengelakkan sebarang kecederan yang tidak diduga. Alatan seperti bekas untuk
menyemai anak benih, penyiram, cangkul kecil dan sudip tangan diletakkan di atas kabinet
tersebut. Alatan ini amatlah bahaya diletakkan tanpa pengawasan dari guru. Guru-guru di sini
senantiasa memantau setiap alatan yang terdapat di atas kabinet ini. Alatan ini hanya boleh
diambil oleh guru untuk proses kerja murid kerana ia diletakkan ditemapat yang terdedah dan
mungkin boleh menyebabkan berlakunya kecuaian jika tidak diawasi. Setiap alatan ini akan
dikira dan disemak oleh guru yang menggunakannya untuk diisi ke dalam rekod penggunaan
alatan. Ia juga trut dilabelkan di atas rak kabinet ini untuk meningkatkan lagi tahap
penguasaan murid dan sebagai satu langkah menjadikan bengkel di sekolah ini lebih
bersistematik. (Rujuk Rajah 8 di bawah)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
8/18
(Rajah 8 menunjukkan alatan perkebunan diletakkan di atas rak kabinet)
Di samping itu juga, terdapat pelbagai bahan yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Bahan-bahan di dalam sukatan
Kemahiran Hidup sekolah rendah terdiri daripada bahan jahitan, elektronik dan lain-lain lagi.
Secara amnya bahan-bahan ini terdiri daripada beberapa jenis antaranya ialah bahan habis
guna, bahan mudah terbakar dan bahan beracun. Akan tetapi di dalam situasi ini, saya melihat
bahawa bengkel ini telah menyediakan satu sahaja ruang penyimpanan bahan-bahan ini iaitu
di dalam rak penyimpanan atau almari. Bahan-bahan ini dicampur di dalam satu almari yang
sama, dan ia cuma diasingkan lapisannya. Cadangan saya untuk mengatasi masalah ini adalah
pihak pengurusan panitia ini perlu menyediakan satu ruang yang berbeza-beza untuk setiap
bahan-bahan ini bagi mengelakkan ia bercampur dan tidak boleh digunakan lagi (Rujuk
Rajah 9 di bawah)
( Rajah 9 menunjukkan bahan-bahan ini dicampur dalam satu almari dan berlainan bahagian)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
9/18
1.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG DIAMALKAN
Bengkel yang kondusif merupakan satu bengkel kemahiran hidup yang selamat dan
sesuai diduduki oleh murid. Oleh itu setiap bengkel kemahiran hidup di sekolah telah
ditetapkan peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua. Tujuan utama peraturan ini
dilaksanakan adalah bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Di samping itu juga, ia bertujuan mengelakkan situasi yang tidak diingini
ketika di dalam bengkel iaitu kemalangan. Ia juga dapat melancarkan proses kerja amali yang
bakal dilaksanakan oleh murid. Melalui peraturan juga, ia dapat membantu guru
mengemaskini bekalan alatan dan bahan yang diperlukan oleh guru dari satu masa ke masa
yang lain. Peraturan juga dapat dilihat sebagai satu garis panduan untuk kita memantau
perjalanan setiap alatan yang berada di dalam bengkel tersebut seada alatan tersebut mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.
Semua pengguna bengkel kemhiran hidup perlu memahami peraturan keselamatan
bengkel supaya bengkel menjadi suatu tempat yang selamat dan selesa. Ia juga dapat
meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru. Secara amnya, peratura keselamatan bengkel kemahiran hidup boleh dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu keselamatan umum, keselamatan diri, keselamatan fizikal dan
langkah-langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan. Antara contoh peraturan umum
yang di titik beratkan kepada murid ialah :
a) Jika mereka masuk ke dalam bengkel kemahiran hidup perlu mendapat keizinan
daripada guru matapelajaran tersebut atau dari Ketua Panitia.
b) Jika murid masuk ke dalam bengkel kemahiran hidup mereka tidak dibenarkan
sama sekali untuk membawa beg mereka masuk ke dalam bengkel.
c) Murid-murid perlu membuka pintu dan tingkap semasa proses kerja untuk
memudahkan proses pengudaraan berlaku.
d) Mereka perlu menggunakan alatan yang sesuai dengan betul dan sistematik.
Di dalam peraturan kedua pula ia melibatkan bagaimana murid itu mematuhi
peraturan yang telah untuk dirinya dan rakan-rakan yang lain. Contoh peraturan
keselamatan diri pula ialah :
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
10/18
a) murid perlu senantiasa mematuhi pertauran yang telah ditetapkan oleh guru dari
satu masa ke masa yang kain.
b) murid-murid tidak dibenarkan sama sekali memakai perhiasan diri ketika di dalam
bengkel.
c) murid perlu memakai kasut getah yang berutup dan pakaian yang kems adan
lengkap untuk melaksanakan prosedur kerja.
d) murid perlu memahami dengan betul sebelum memulakan kerja dan mendapat
bimbingan guru sekiranya mereka mendapat sebarang keraguan.
Manakala bagi pecahan peraturan yang ketiga pula ia melibatkan peraturan fizikal di
dalam bengkel tersebut. Antara peraturan fizikal yang diberi perhatian oleh semua Ketua
Panitia di sekolah rendah pula ialah:
a) Ketua Panitia dan guru mata pelajaran perlu memastikan bahawa semua peralatan
dan mesin perlu berada di dalam keadaan baik sebelum digunakan oleh murid dan guru.
b) Guru Kemahiran Hidup perlu mematuhi bahawa setiap alatan perlu digunakan
dengan betul dan sesuai bagi sesuatu kerja yang dijalankan.
c) Guru yang terakhir atau Ketua Panitia perlu memastikan bahawa semua suis dalam
OFF selepas digunakan dan tanggalkan dari punca kuasa sebelum meninggalkan bengkel.
d) Seorang Ketua Pantia yang peka terhadap ahli pengurusan bengkel dengan
menyediakan alat pemadam api dan kotak cemas yang lengkap.
Pecahan peraturan keselamatan yang terakhir ialah langkah-langkah keselamatan di
dalam bengkel iaitu:
a) Sebelum
- Patuhi arahan guru
- Fahami panduan kerja yang ditetapkan
b) Semasa
- Jangan menghala alatan kepada rakan atau diri sendiri.
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
11/18
c) Selepas
- Murid dan guru perlu menyimpan semula dan menyusun dengan baik dan kemas pada panel
alatan yang telah ditetapkan.
- Pastikan semua punca kuasa tersebut dalam kedudukan OFF.
- Laporkan semua kehilangan dan kerosakan alatan tersebut dalam kedudukan yang
sepatutnya.
Di dalam hal ini, satu garis panduan keselamatan telah dirangka dan telah
dilaksanakan di setiap bengkel kemahiran hidup di setiap sekolah rendah. Aspek keselamatan
perlu diutamakan sebelum, semasa atau selepas menjalankan kerja amali ini di bengkel
kemahiran hidup. Di sekolah ini, pengurusan bengkel kemahiran hidup sepenuhnya di bawah
tanggungjawab Ketua Panitia iaitu En Mohd Fazli B. Mat Din. Berpandukan kepada slogan
UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras dan amalan agar setiap kerja yang
dilakukan oleh murid dilaksanakan dalam keadaan yang betul dan selamat. Sejurus dengan
hal itu, pihak pengurusan Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai telah
menetapkan bahawa pengurusan keselamatan bengkel yang baik dapat mengelakkan
kemalangan dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah ini telah merangka satu etika keselamatan bagi
mengelakkan kemalangan dengan cara pelbagai cara. Antaranya ialah :
a) meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan yang terdapat
di dalam bengkel. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pemahaman dan ilmu
murid mengenai bahayanya mereka tanpa pengetahuan ketika di bengkel.
b) mengatur langkah aktiviti dengan baik dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Di
dalam satu aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru, kumpulan murid ini amat perlu mematuhi
prosedur kerja agar apa yang mereka laksanakan lebih sistematik dan tersusun.
c) mengawasi murid semasa melakukan akiviti. Guru yang dedikasi merupakan guru yang
senantiasa peka dengan murid. Ketika murid melaksanakan aktiviti ini, pemantauan dari guru
penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan masalah.
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
12/18
d) memastikan murid mematuhi arahan guru dan peraturan bengkel. Murid-murid perlu
mendapatkan keizinan guru mata pelajaran untuk memasuki bengkel kemahiran hidup dan
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Di samping itu juga sekolah ini amat menitik beratkan aspek keselamatan dalam
pelbagai cara, antaranya ialah:
1) Meletakkan papan peraturan keselamatan bengkel di hadapan pintu masuk ke dalam
bengkel.
2) Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian yang sesuai semasa proses kerja
dilaksanakan oleh guru dan murid.
3) Meletakkan alat pemadam api yang berfungsi di dalam bengkel.
4) Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap dengan alatan dan ubatan yang sesuai.
Untuk mencapai tahap pengurusan bengkel yang sistematik, pihak panitia kemahiran
hidup di sekolah ini telah melakukan pelbagai perkara bagi memastikan keselamatan di
bengkel terus berada dalam keadaan yang terbaik. Antaranya ialah meletakkan paparan
utama iaitu UTAMAKAN KESELEMATAN. Paparan ini dipamerkan dalam tulisan
huruf besar di hadapan dinding hadapan kelas. Ia diletakkan di hadapan kelas untuk mudah
dilihat oleh guru dan murid dengan jelas. Paparan ini juga dihasilkan oleh pengurusan pihak
panitia kemahiran hidup pada tahun 2011. Ia merupakan kunci utama ketika sesi pengajaran
atau kerja amali dilaksanakan oleh murid.
Pengurusan bengkel kemahiran hidup sekolah ini memegang kunci utama bagi aspek
keselamatan dengan memberi penekanan terhadap bagaimana murid itu perlu menitik
beratkan aspek keselamatan diri dan fizikal mereka ketika di dalam bengkel. (Rujuk rajah 1
di bawah)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
13/18
(Rajah 1 menunjukkan paparan utama di hadapan dinding utama di dalam bengkel kemahiran
hidup Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai, Puchong)
Selain daripada paparan utama UTAMAKAN KESELAMATAN di hadapan
bengkel kemahiran hidup bagi sekolah ini terdapat juga penekanan samping yang penting
iaitu latihan kebakaran. Sekolah ini telah mendedah murid-murid mereka dengan
menyediakan latihan kebakaran pada setiap tahun. Latihan kebakaran ini di bawah bimbingan
Unit Hal Ehwal Murid SKBK. Latihan kebakaran dijalankan untuk murid pada awal
pertengahan tahun. Latihan kebakaran ini dijalankan untuk semua kelas dan murid yang
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
14/18
menggunakan bengkel kemahiran hidup. Satu pelan laluan dan peraturan semasa berlakunya
kecemasan telah dipamerkan di hadapan pintu masuk bengkel. Laluan ini telah ditetapkan
untuk setiap kelas yang sedang menjalani proses pengajaran di dalam bengkel atau di mana-
mana bilik khas di sekolah ini. (Rujuk Rajah 2 di bawah)
(Rajah 2 menunjukkan bagaimanakah murid akan melalui laluan kecemasan jika terdapat
kebakaran)
Bengkel sekolah ini juga telah satu kit pertolongan cemas yang lengkap dengan
peralatan dan bahan yang diperlukan. Setiausaha panitia kemahiran hidup sekolah ini (En.
Mohd Amihussin B. M. Idris) akan memeriksa peti ini dari semasa ke semasa untuk
memastikan bahawa bekalan yang diperlukan senantiasa mencukupi. Kit ini diletakkan di
dalam bengkel sebagai langkah keselamatan seandainya berlaku kemalangan kecil atau
kecederaan yang tidak diduga. Pihak pengurusan bengkel ini meletakkan kit peti pertolongan
cemas ini di tempat yang sesuai dan diletakkan di dinding untuk mudah diambil. Bahan yang
terdapat di dalam kit pertolongan cemas ini adalah pembalut gulung, kain tekap, kain tiga
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
15/18
segi (anduh), kapas, plaster pelekat, garam ammonia, gunting kecil, pin keselamatan, ubat-
ubatan, ubat pembasmi kuman, ubat kuning dan losen biru. (Rujuk rajah 3 di bawah,).
( Rajah 3 menunjukkan bahawa sebuah kit pertolongan cemas yang terdapat di dalam bengkel
Kemahiran Hidup di sekolah ini)
Di dalam bengkel ini telah diletakkan dengan sebuah alat pemadam api. Alat
pemadam api ini senantiasa diperiksa oleh guru kemahiran Hidup untuk memastikan bahawa
ia senantiasa berfungsi juga diperlukan. Pihak sekolah senantiasa berhubung dengan pihakyang berkuasa untuk mendapat pengesahan dari pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini.
Setiap guru kemahiran hidup telah diberikan pendedahan oleh pihak yang bertanggungjawab
untuk menggunakan alat pemadam api ini. Alat pemadam api ini adalah sebagai satu langkah
keselamatan yang amat dititik beratkan oleh pihak sekolah. Alat pemadam ini diletakkan di
tepi dinding di dalam bengkel sebagai langkah berjaga-jaga. (Rujuk rajah 4 di bawah)
(Rajah 4 menunjukkan alat pemadam api yang digunakan di dalam bengkel kh)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
16/18
Di samping itu juga, pihak panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan
Bukit Kuchai ini juga menyediakan buku pencatatan seandainya berlakunya kemalangan atau
kecederaan kecil berlaku semasa proses kerja dijalankan.
Secara keseluruhannya, prosedur keselamatan bengkel kemahiran hidup
Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai ini adalah di dalam keadaan yang lengkap dan selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Manakala dalam peraturan umum bagi
bengkel ini juga terdapat dan jelas ditunjukkan di dalam bengkel ini. Di dalam bengkel ini,
telah diletakkan panduan keselamatan dan peraturan di dalam bengkel kemahiran hidup. Di
samping itu juga, panduan grafik peraturan keselamatan dan keselamatan am juga ditampal di
hadapan pintu masuk. ini menunjukkan bahawa pihak panitia Kemahiran Hidup sekolah ini
amat mementingkan keselamatan murid di dalam bengkel. Secara amnya, peraturan
keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana
bengkel KH yang teratur dan selamat tanapa berlakunya kemalangan atau kecederaan. Secara
amnya, guru-guru di sekolah ini amat memberikan penekanan terhadap aspek keselamatan
dengan menekan nilai dan unsur utama dalam penggunaan bengkel. Murid-murid juga
diarahkan agar memahami dan menampal peraturan ini di dalam buku aktiviti mereka. Di
samping itu juga, peraturan kemasukkan murid ke dalam bengkel akan di soal oleh guru pada
setiap proses pengajaran yang di laksanakan di dalam bengkel. (Rujuk rajah 5 & 6)
(Rajah 5 di bawah menunjukkan panduan keselamatan dan peraturan di dalam bengkel)
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
17/18
(Rajah 6 menunjukkan peraturan asas dan keselamatan am juga ditampal di hadapan pintu)
Di dalam bengkel ini juga, telah diletakkan cara bagaimanakah seorang murid
itu perlu berpakaian dalam keadaan yang telah ditetapkan mengikut prosedur bengkel kerana
ini merupakan salah satu dari aspek keselamatan. Aspek pakaian tidak boleh dipandang
remeh kerana sebarang kecedaraan atau kemalangan boleh bermula dari cara pemakaian
murid yang tidak mengikut ketetapan yang dicadangkan oleh pihak yang sepatutnya.Guru-
guru Kemahiran Hidup di sekolah ini tidak dibenarkan menggunakan bengkel kemahiran
hidup jika terdapat murid-murid mereka tidak memakai kasut tetapi memakai selipar. Ia jugadapat saya lihat bahawa, pihak pengurusan panitia kemahiran hidup sekolah ini
mementingkan pengurusan bengkel yang sistematik dan selamat. Murid-murid yang
menggunakan bengkel ini juga diletakkan di dalam kumpulan yang senantiasa dipantau oleh
guru-guru mereka. Ketika penggunaan atau pelaksanaan proses kerja di dalam bengkel ini
dijalankan, guru-guru di sini melihat bahawa segala aspek yang melibatkan murid-murid
mereka tidak boleh dipandang remeh. Keselamatan murid jika berada di dalam bengkel
ketika itu adalah tanggungjawab utama guru tersebut.
7/31/2019 Jwpn Soalan 2 Kh
18/18
1.4 PENUTUP
Matlamat utama pembentukkan bengkel ini, adalah untuk melahirkan
murid-murid yang peka dan dapat menjadi pelapis kepada pakar saintis dan teknologi pada
masa kini. Sejajar dengan itu juga, segala aspek yang berkaitan dengan tahap peningkatan
pengurusan bengkel kemahiran hidup di sekolah ini amatlah dititik berat dan diberi
keutamaan dalam misi sekolah ini menjadi yang cemerlang dan terbaik di dalam era
teknologi. Cadangan saya untuk peningkatan pengurusan bengkel kemahiran hidup sekolah
ini ialah mewujudkan satu web site atau portal yang menerangkan tentang sejauh manakah
perjalanan matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah ini. Di samping itu juga, segala
maklumat baru yang diperolehi dari pengurusan bengkel ini dapat dikongsi oleh tenaga
pendidik lain di dalam bidang teknologi vokasional di seluruh Negara.
(3302 patah perkataan)