1
JPPKK - SEBUTHARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF
PENDAWAIAN DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK KERJA-KERJA BERKAITAN DI
POLITEKNIK METrO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
A. ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Kenyataan Tawaran
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat :
i. Yang berdaftar dengan : CIDB & mempunyai Perakuan Pendaftaran
Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan
Kerajaan (SPKK) yang masih sah
ii. Gred : G1
iii. Kawasan : Kuantan sahaja
iv. Kategori : E04 / E06 / E10 / E11 / E16 / E32 / E34
v. Kod Bidang : 140101 / 140201 / 140301 / 140302
yang masih sah laku dan berkuatkuasa semasa tawaran adalah dipelawa untuk
menyertai sebutharga kerja-kerja baik pulih dan naik taraf sistem penyaman udara
serta peralatan yang berkaitan di Politeknik METrO Kuantan (PMKu), Pahang
Darul Makmur.
1.1 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan
Kementerian Kewangan Malaysia sentiasa sah.
1.2 Tarikh Tutup
1.2.1 Tarikh Tutup tawaran sebutharga ialah pada 29 Jun 2020 bersamaan
hari Isnin pada jam 12:00 Tengahari
1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN
1.3 Dokumen Sebutharga
Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebutharga berserta lampiran-
lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
No SebutHarga – PMKU/SH/400-11/20(13)
2
www.pmku.edu.my atau datang sendiri ke Kaunter Lobi Utama, Bangunan
Politeknik METrO Kuantan pada hari dan waktu bekerja.
Lampiran 1 Senarai Semak
Lampiran 2 Borang Tawaran Harga
Lampiran 3 Jadual Pematuhan Spesifikasi
Lampiran 4 Surat Akuan Pembida
Lampiran 5 Surat Perwakilan Kuasa
1.4 Penyerahan Dokumen Sebutharga
1.4.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran
Sebutharga (Lampiran 1, 2, 3 dan 4) yang telah lengkap diisi hendaklah
diserahkan secara serahan tangan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2,
Lorong Sri Dagangan II
25000 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(u/p: Urusetia Sebutharga)
1.5 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan Dokumen Tawaran
Sebutharga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN
2. Syarat-syarat Am
Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan
apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma
di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan
dipertimbangkan.
2.1 Pembiayaan
Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan
dan penghantaran Dokumen Sebutharga. Pihak PMKu tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses
penyediaan Dokumen Sebutharga
2.2 Keperluan Penyertaan Sebutharga
2.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi
komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber
manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga
sendiri.
2.2.2 Keputusan sebutharga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk
kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia
3
2.3 Tempoh Sah Laku
2.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebutharga adalah 60 hari daripada tarikh
tutup sebutharga.
2.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,
PMKu boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan
dan jawapan akan dilakukan secara bertulis
2.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan
atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk
melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.
2.4 Harga Tawaran
Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan
hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang
berkaitan. Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap
dan tidak boleh dipinda selepas sebutharga ditutup dan akan berkuatkuasa
selama dalam tempoh sahlaku sebutharga.
2.5 Spesifikasi, Skop dan Standard Kualiti Kerja
Penyebutharga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop
dan standard kualiti kerja bagi penyelenggaraan di dalam Lampiran 2 supaya
tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.
2.6 Pesanan Tempatan
2.6.1 PMKu akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan
kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui
dalam tempoh sahlaku sebutharga.
2.6.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai
telah dibuat di antara pihak PMKu dengan penyebutharga.
2.7 Pembetulan Kesilapan
2.7.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebutharga oleh
penyebutharga selepas dokumen sebutharga dihantar adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
2.7.2 Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan
perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira
2.8 Integrity Pact
Penyebut harga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau
memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat
4
yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan
Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat
Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran 4 dan Surat Perwakilan Kuasa
adalah seperti di Lampiran 5.
2.9 Penamatan Persetujuan
PMKu berhak menamatkan sesuatu persetujuan.
i. Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga dan dengan tiada
apa-apa tindakan selanjutnya PMKu boleh terus menamatkan persetujuan;
atau
ii. Jika Penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat
yang terdapat dalam persetujuan ini; atau
iii. Jika Penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila
Penyebutharga itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada
bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau
perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu
penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang,
atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul
keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat
sesuatu perintah penggulungan; atau
iv. Jika PMKu mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebutharga
atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya
(sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebutharga) melakukan
perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan
Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak PMKu untuk mendapatkan balik
ganti rosak
2.10 Pertanyaan
Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen
sebut harga boleh merujuk kepada:
Mengenai Skop dan Spesifikasi
1. Pn.Adilen @ Lucia bt Suil (09-565 9002) 2. Pn.Nur Atiqah bt. Mat Zin (09-565 9007)
Mengenai Dokumen Sebutharga
1. En. Shahrul Sazli Shah bin Abu Hurairah (09-565 9091)
2. Pn. Lilawati binti Rahmat (09-565 9024)
2.11 Peringatan
Penyebutharga hendaklah memastikan maklumat yang dikemukakan adalah
lengkap. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan menyebabkan
cadangan tawaran sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
B. SKOP PERKHIDMATAN
5
1. Keterangan Projek
Projek yang dinyatakan di dalam skop perkhidmatan ini adalah Projek Kecil yang
dibiayai di bawah PRE PRIHATIN dan telah mendapat kelulusan berbelanja
daripada Kementerian Kewangan Malaysia, no.rujukan KK/BPB/(6.01)202/2/2-1
JD4(26), bertarikh 31 Mei 2020.
2. Kerja Menyelenggara
Penyebutharga yang berjaya hendaklah melakukan kerja-kerja baikpulih dan
naiktaraf pendawaian dan kelengkapan elektrik serta kerja-kerja berkaitan di
Politeknik METrO Kuantan (PMKu)
3. Spesifikasi Penyelenggaraan
Membuat Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Pendawaian Dan Kelengkapan
Elektrik Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Dapur Latihan Pastri, Aras G, Politeknik
METrO Kuantan
Bil Kerja Penyelenggaraan Unit Kuantiti
1 Kerja-kerja pendawaian elektrik dan pemasangan Lot 1
2 Kelengkapan elektrik dan aksesori Lot 1
3 Ujilari dan pentauliahan Lot 1
4. Tanggungjawab Kontraktor
4.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi Serta
Pergerakan Pekerja Bagi Projek Pembinaan Dalam Tempoh PKP/PKPB/PKPD
atau mana-mana SOP atau peraturan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.
4.2 Dalam melaksanakan projek kecil, kontraktor yang telah dilantik
bertanggungjawab mematuhi syarat-syarat berikut:
4.2.1 Kontraktor dikehendaki untuk membuat akuan rasmi bahawa pihaknya
tidak akan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor lain atau
menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja/Surat Setuju
Terima tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada
PMKu. Tindakan penamatan kontrak dan pembatalan pendaftaran akan
diambil ke atas kontraktor yang melanggar peraturan ini;
4.2.2 Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari
daripada tarikh Inden Kerja/Surat Setuju Terima dikeluarkan dan
mematuhi Manual Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri (MKN). Sekiranya kontraktor gagal
6
memulakan kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden
Kerja/Surat Setuju Terima boleh dibatalkan oleh PMKu dan tindakan
tatatertib akan diambil terhadap kontraktor;
4.2.3 Kontraktor perlu memastikan kerja yang dilaksanakan hendaklah
mematuhi butiran dalam Surat Tawaran/Ringkasan Sebut Harga dan
syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Tawaran/Dokumen Sebut
Harga dan arahan PMKu;
4.2.4 Kontraktor hendaklah memastikan pekerjanya mempunyai perlindungan
di bawah PERKESO (warganegara/penduduk tetap) atau perlindungan
insuran Workmen’s Compensation untuk semua pekerja dengan
mengemukakan salinan Nombor Kod Pendaftaran PERKESO atau
perlindungan insuran yang mana berkaitan kepada Agensi Kerajaan
sebelum memulakan kerja. Walau bagaimanapun, bagi tujuan
memulakan kerja, nota perlindungan dan resit bayaran premium adalah
mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi
insurans selepas tempoh sah nota perlindungan, tanpa sebarang sebab
yang munasabah, PMKu berhak mengambil tindakan sewajarnya;
4.2.5 Kontraktor boleh menuntut semula pembayaran yang dilakukan untuk
pembelian insuran yang berkaitan dengan memasukkan butiran dalam
tuntutan pembelian insuran berserta dokumen- dokumen sokongan.
Amaun tuntutan insuran tersebut hendaklah sama dengan senarai
kuantiti [Bill of Quantity (BQ)];
4.2.6 Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang- undang
yang berkuat kuasa. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos
dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat
berkenaan;
4.2.7 Kontraktor dikehendaki menyiapkan projek dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek dalam masa yang
ditetapkan dan kegagalan memenuhi tanggungan kecacatan akan
menjejaskan peluang kontraktor untuk mendapat projek Kerajaan di
masa hadapan;
4.2.8 Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bina. Kontraktor
adalah disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan
sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan
barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara- cara perhubungan dan
laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala
maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal
keadaan yang mempengaruhi dan menjejas kos projek. Sebarang
tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi
kehendak ini tidak akan dipertimbangkan;
4.2.9 Kontraktor bertanggungjawab memastikan kerja elektrik yang
dilaksanakan di samping mematuhi semua undang-undang, peraturan
dan pekeliling serta undang-undang kecil yang diluluskan oleh PBT;
7
4.2.10 Kontraktor dikehendaki mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans
Kerja bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk tempoh tanggungan
kecacatan berpandukan Jadual 2 seperti berikut:
4.2.11
Jadual 2
Harga Kontrak Had Liabiliti
< RM50,000 RM10,000
RM50,001 – RM100,000 RM25,000
RM100,001 – RM200,000 RM50,000
RM200,001 – RM500,000 RM100,000
4.2.12 Kontraktor hendaklah mengambil gambar SEBELUM, SEMASA dan
SELEPAS projek dilaksanakan.
5. Tempoh Perlaksanaan Perkhidmatan
kontraktor yang berjaya hendaklah membuat kerja-kerja penyelenggaraan yang
dicadangkan dalam tempoh DUA (2) bulan daripada tarikh Pesanan Tempatan.
6. Pelanjutan Tempoh Siap Kerja
Sekiranya kontraktor yang berjaya tidak dapat melaksanakan kerja-kerja mengikut
spesifikasi yang ditetapkan di atas dalam tempoh yang ditetapkan, kontraktor boleh
memohon pelanjutan tempoh siap kerja tertakluk kepada syarat-syarat yang
dinyatakan di dalam surat tawaran.
7. Kegagalan Kontraktor menyiapkan kerja dan Penamatan Pelantikan
Kontraktor.
PMKu berhak membatalkan Inden Kerajaan/SST sekiranya kontraktor yang telah
diberi surat amaran, berada dalam keadaan berikut:-
i. kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan;
ii. kemajuan kerja terlalu perlahan tanpa sebab yang munasabah;
iii. penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja tanpa sebab yang
munasabah;
iv. tidak mematuhi arahan Agensi Kerajaan tanpa alasan yang munasabah; dan
v. apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
8. Tempoh Tanggungan Kecacatan
8.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi projek kecil PRE PRIHATIN adalah
seperti di Jadual 3 seperti berikut:
Jadual 3
Nilai Projek Tempoh Tanggungan Kecacatan
Sehingga RM100 ribu 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap
Melebihi RM100 ribu 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap
8
8.2 Apabila diarahkan oleh PMKu, kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki
apa-apa kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua
kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau
barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati spesifikasi.
9. Pemeriksaan
PMKu sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa bekalan dan
kerja-kerja sepanjang tempoh projek berlangsung dan kontraktor hendaklah
memberi kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki.
10. Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
10.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap pematuhan semua Standard
Operating Procedure (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP).
10.2 Pematuhan terhadap SOP adalah tidak boleh dikompromi dan seharusnya
dipatuhi.
10.3 Semua pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja ini haruslah dipastikan sihat
dan tiada gejala berkaitan Covid-19. Tiada pekerja yang dibenarkan
memasuki premis ini sekiranya terdapat gejala berkaitan.
10.4 Kontraktor dan pekerja hendaklah mematuhi SOP saringan kesihatan yang
ditetapkan oleh Jabatan dan hendaklah sentiasa disaring. Saringan
kesihatan di Klinik/ Hospital adalah diperlukan untuk memastikan pekerja
sihat dan tidak bergejala. Kos saringan kesihatan adalah menjadi
tanggungjawab kontraktor. Kos berkenaan adalah tidak termasuk dengan
nilai sebutharga yang ditawarkan oleh kontraktor.
9
LAMPIRAN 1
SENARAI SEMAKAN
SILA TANDAKAN ( / ) BAGI SETIAP PERKARA YANG DIPENUHI
(SUSUN MENGIKUT SENARAI SEMAKAN INI)
Bil. Perkara/Dokumen Untuk
ditanda oleh Syarikat
Untuk ditanda oleh
Jawatankuasa Pembuka
Sebut Harga 1. Senarai semak ini (telah dipenuhi) –
Lampiran 1
2
Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan
Lengkap (termasuk nilai tawaran dan
tempoh siap ) dan Ditandatangani –
Lampiran 2
3 Jadual Pematuhan Kepada Spesifikasi –
Lampiran 3
4 Surat Akuan Pembida – Lampiran 4
5 Surat Perwakilan Kuasa – Lampiran 5
6 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari
Kementerian
Kewangan (MOF)
7 Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari
BPKU (Kerja)
8 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM)
9 Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor
(PPK) dari CIDB
10 Salinan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK)
Dari CIDB
11 Cadangan Penyelenggaraan/
Penyenggaraan/ pelan/ lukisan pelan/
(jika perlu)
12 Senarai Kakitangan Teknikal (jika
berkaitan)
13 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi
Tiga (3) Bulan Terakhir
10
14 Profil Syarikat dan pengalaman kerja yang
berkaitan dengan sebutharga yang
ditawarkan.
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut Harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Cop Kontraktor:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ………… (jika ada) Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
LAMPIRAN 2
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Sebut Harga Bil ........
……………………………………..
……………………………………..
……………………………………..
……………………………………..
Tuan,
Sebut Harga untuk ...................................................………………..
.....................................................................…………………..
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga, Syarat-syarat Sebut Harga untuk Kerja, Spesifikasi
Kerja dan Lukisan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan
menyiapkan Kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia:
...................................................................…………………..
.........................................(RM...................)
2. Saya bersetuju menyiapkan Kerja ini dalam masa ............ minggu dari tarikh mula kerja seperti yang ditetapkan
oleh Pegawai Inden
Bertarikh pada .......haribulan.............20....
…………………………………….. ………………………….………….
(Tandatangan Kontraktor) (Tandatangan Saksi)
Nama Penuh:.............................................. Nama Penuh:……………….…...................
No. K/P:...................................................... No. K/P:........................................................
Alamat: ........................................................ Alamat: .........................................................
.......................................................... ........................................................
.......................................................... ........................................................
Atas sifat:.......................................................
............................................... Cop Kontrat
BORANG TAWARAN HARGA
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BAIKPULIH DAN NAIK TARAF PENDAWAIAN DAN
KELENGKAPAN ELEKTRIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK
METrO KUANTAN (PMKu), KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
BIL HURAIAN KERJA UNIT KUANTITI
KADAR HARGA
(RM)
JUMLAH
(RM)
A KERJA AWALAN PERMULAAN DAN SYARAT-SYARAT AM
1 Kerja-kerja awalan dan pengurusan dan pengawasan, penghantaran peralatan, tenaga kerja dan bahan-bahan kerja serta insuran (Contractor All Risk). a) Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 (PERKESO) b) Insurans Tanggungan Awam c) Insurans Kerja
Pukal 1
2 Membekalkan orang kompeten untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki kelengkapan elekrtik yang bermasalah serta kerja-kerja yang berkaitan Pukal 1
3 Menyediakan dokumen seperti berikut: a) menyediakan gambar
SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS projek dilaksanakan (TIGA (3) salinan)
b) Laporan kemajuan pelaksanaan projek
c) Site Diary
Pukal 1
JUMLAH KECIL (RM)
B KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK BARU DAN LAIN-LAIN BERKAITAN
1 Persiapan tapak: Kerja-kerja menanggal lampu lama, pendawaian lama serta kerja-kerja membaikpulih permukaan siling sedia ada, mengalih sinki sedia ada, mengalih kedudukan paip air panas dan air sejuk, menebuk dinding untuk menyediakan saluran paip air sisa buangan serta kerja-kerja berkaitan
Pukal 1
2 Mendawai point lampu dengan menggunakan kabel 1.5mm di dalam UPVC konduit secara terbenam lengkap dengan suis 10AMP
Point 12
3 Mendawai point lampu kecemasan dengan menggunakan kabel 1.5mm di dalam UPVC konduit secara permukaan / terbenam lengkap dengan suis 10AMP
Point 2
4 Mendawai point kipas ekzos dengan menggunakan kabel 1.5mm PVC di dalam UPVC konduit secara permukaan/terbenam lengkap dengan suis 10 AMP
Point 2
5 Mendawai point soket alir keluar 13 AMP dengan menggunakan kabel 2.5 mm PVC di dalam UPVC konduit secara permukaan/terbenam dengan S.S.O 13 AMP berkembar 2
Point 10
6 Mendawai point isolator dengan menggunakan kabel bersaiz 6mm PVC di dalam UPVC konduit atau trunking secara permukaan/terbenam lengkap dengan isolator 32 AMP TPN
Point 4
7 Membentang kabel submain bersaiz 4x25 mm PVC untuk kabel fasa dan neutral dan 1x16mm untuk kabel pembumian di dalam PVC trunking atau G.I trunking dari suis utama (MSB) ke ruang dapur pastri serta kerja-kerja berkaitan
Meter 70
JUMLAH KECIL (RM)
C KERJA-KERJA PEMASANGAN KELENGKAPAN DAN AKSESORI ELEKTRIK YANG BARU
1 Membekal serta memasang lampu jenis modula siling permukaan / terbenam dan gantung lengkap dengan ram dan pembalik aluminium parabolic penuh jenis: 2x18w (modul 600mm x 600 mm)
Nos 10
2 Membekal serta memasang lampu jenis modula siling permukaan / terbenam dan gantung lengkap dengan ram dan pembalik aluminium parabolic penuh jenis: 2x36w (modul 600mm x 600 mm)
Nos 2
3 Membekal serta memasang kipas ekzos jenama KDK jenis lekapan siling bersaiz 10 inci serta kerja-kerja berkaitan
Nos 2
4 Membekal serta memasang lampu kecemasan jenama PNE 9W tube atau LED jenis permukaan serta kerja-kerja berkaitan
Nos 3
5 Kerja-kerja pemasangan peti fius agihan dengan kelengkapan dalaman seperti MCB 40 AMP 3P 6KA jenama maxguard, pemutus litar bocor ke bumi 100 AMP/100MA 4 pole jenama maxguard dan MCCB 100 AMP 3 pole dan neutral dengan beban pemutus 25KA – 35KA, 100 AMP lengkap dengan suis kecemasan dengan mengikut kedudukan yang sesuai serta kerja-kerja berkaitan.
Lot 1
6 Ujilari dan pentauliahan, membersihkan semua kawasan kerja setelah selesai serta kerja-kerja berkaitan
Pukal 1
JUMLAH KECIL (RM)
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
JUMLAH KESELURUHAN TERMASUK SST (RM)
LAMPIRAN 3
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BAIKPULIH DAN NAIK TARAF PENDAWAIAN DAN
KELENGKAPAN ELEKTRIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK
METrO KUANTAN (PMKu), KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
BIL BUTIRAN KERJA PEMATUHAN YA / TIDAK
1 Kerja-kerja awalan dan pengurusan dan pengawasan, penghantaran peralatan, tenaga kerja dan bahan-bahan kerja serta insuran (Contractor All Risk). a) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO) b) Insurans Tanggungan Awam c) Insurans Kerja
2 Membekalkan orang kompeten untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki kelengkapan elekrtik yang bermasalah serta kerja-kerja yang berkaitan
3 Menyediakan dokumen seperti berikut: a) menyediakan gambar SEBELUM, SEMASA dan
SELEPAS projek dilaksanakan (TIGA (3) salinan) b) Laporan kemajuan pelaksanaan projek c) Site Diary
4 Persiapan tapak: Kerja-kerja menanggal lampu lama, pendawaian lama serta kerja-kerja membaikpulih permukaan siling sedia ada, mengalih sinki sedia ada, mengalih kedudukan paip air panas dan air sejuk, menebuk dinding untuk menyediakan saluran paip air sisa buangan serta kerja-kerja berkaitan
5 Mendawai point lampu dengan menggunakan kabel 1.5mm di dalam UPVC konduit secara terbenam lengkap dengan suis 10AMP
6 Mendawai point lampu kecemasan dengan menggunakan kabel 1.5mm di dalam UPVC konduit secara permukaan / terbenam lengkap dengan suis 10AMP
7 Mendawai point kipas ekzos dengan menggunakan kabel 1.5mm PVC di dalam UPVC konduit secara permukaan/terbenam lengkap dengan suis 10 AMP
8 Mendawai point soket alir keluar 13 AMP dengan menggunakan kabel 2.5 mm PVC di dalam UPVC konduit secara permukaan/terbenam dengan S.S.O 13 AMP berkembar 2
9 Mendawai point isolator dengan menggunakan kabel bersaiz 6mm PVC di dalam UPVC konduit atau trunking secara permukaan/terbenam lengkap dengan isolator 32 AMP TPN
10 Membentang kabel submain bersaiz 4x25 mm PVC untuk kabel fasa dan neutral dan 1x16mm untuk kabel pembumian di dalam PVC trunking atau G.I trunking dari suis utama (MSB) ke ruang dapur pastri serta kerja-kerja berkaitan
11 Membekal serta memasang lampu jenis modula siling permukaan / terbenam dan gantung lengkap dengan ram dan pembalik aluminium parabolic penuh jenis: 2x18w (modul 600mm x 600 mm)
12 Membekal serta memasang lampu jenis modula siling permukaan / terbenam dan gantung lengkap dengan ram dan pembalik aluminium parabolic penuh jenis: 2x36w (modul 600mm x 600 mm)
13 Membekal serta memasang kipas ekzos jenama KDK jenis lekapan siling bersaiz 10 inci serta kerja-kerja berkaitan
14 Membekal serta memasang lampu kecemasan jenama PNE 9W tube atau LED jenis permukaan serta kerja-kerja berkaitan
15 Kerja-kerja pemasangan peti fius agihan dengan kelengkapan dalaman seperti MCB 40 AMP 3P 6KA jenama maxguard, pemutus litar bocor ke bumi 100 AMP/100MA 4 pole jenama maxguard dan MCCB 100 AMP 3 pole dan neutral dengan beban pemutus 25KA – 35KA, 100 AMP lengkap dengan suis kecemasan dengan mengikut kedudukan yang sesuai serta kerja-kerja berkaitan.
16 Ujilari dan pentauliahan, membersihkan semua kawasan kerja setelah selesai serta kerja-kerja berkaitan
LAMPIRAN 4
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
(Tajuk dan Nombor Sebut Harga)
Saya,
mewakili
Pendaftaran
nombor K.P yang
nombor
dengan ini mengisytiharkan
bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO KUANTAN atau
mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO
KUANTAN atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga
seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas;
2.3 disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574); dan
2.4 tindakan tatatertib lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut
Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran
Yang Benar,
(Tandatangan)
………………………………….
Nama dan No. KP :
Cop Kontraktor
LAMPIRAN 5
(Kepala Surat Syarikat)
SURAT PERWAKILAN KUASA
Tarikh:
PENGARAH
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2
Sri Dagangan II
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tuan,
SEBUTHARGA UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BAIKPULIH DAN NAIK TARAF
KELENGKAPAN MEKANIKAL (PENYAMAN UDARA) SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI
POLITEKNIK METrO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI – PMKU/SH/400-11/20(10)
Syarikat kami, ……………………………………………………(Nama Syarikat), Nombor Pendaftaran
Syarikat ............................., dengan ini mewakilkan kuasa
kepada ………………………………………………… (Nama Wakil Syarikat), nombor Kad
Pengenalan …………………………………., untuk menandatangani segala dakumen-dokumen yang
berkaitan dengan sebutharga ini bagi pihak syarikat.
Yang benar,
Tandatangan Pengarah Syarikat :
Nama Pengarah :
No. Kad Pengenalan :
Alamat dan Cop Syarikat