POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
C3010
KEJURUTERAAN JALAN RAYA
TUGASAN 1
DKA 3A
TAJUK:
JENIS – JENIS JENTERA PEMADAT
KUMPULAN 3
NUR ASIKIN AHMAD 20DKA08F1002
MOHD NAZIH BIN ISMAN 20DKA08F1015
SITI SYUHAIDAH MOHD BUJANG 20DKA08F1016
NURIZZATI RAJAIE 20DKA08F1019
MOHD ZAMRI AWI 20DKA08F1020
MOHD HOSZAIREY JALUDIN 20DKA08F1027
AZRINA ABDUL RAHAMAN 20DKA08F1031
HARTINI ABANG 20DKA08F1034
NAMA PENSYARAH: CIK NORSIDA BINTI MORSIDI
TARIKH HANTAR: 06 OKTOBER 2009
Senaraikan jenis – jenis jentera pemadatan dan kegunaannya berserta gambar jentera tersebut:
JENTERA PEMADATAN:
1. PENGGELEK PNEUMATIK
2. PENGGELEK BERODA KELULI
3. PENGGELEK PENGGETAR
4. PENGHENTAK GETAR DAN PLET PEMADAT
5. JENTERA PEMADAT
6. JENTERA PENGHENTAK
PENGGELEK PNEUMATIK
a. Biasanya mempunyai dua hingga lapan roda di hadapan dan empat hingga lapan roda di belakangnya.
b. Ia dipasang sebegitu, supaya roda belakang melalui ruang antara roda hadapan.
c. Jentera ini digunakan secara meluas untuk melarik tanah.
d. Ia memadatkan serta memampatkan permukaan dengan lebih baik kerana ia mempunyai kesan uli yang baik.
PENGGELEK BERODA KELULI
a. Penggelek beroda keluli boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, tiga roda ( 5-14 tan ), tamdem (dua gandar) ( 3-14 tan) dan tiga gandar (10-20 tan)
b. Penggelek beroda keluli yang biasa digunakan dalam pemadatan tanah ialah dari jenis tiga roda dan tandem dua gandar.
PENGGELEK PENGGETAR
a. Mengandungi satu atau dua roda keluli bergaris pusat di antara 3 hingga 5 kaki dan lebarnya 4 hingga 6 kaki.
b. Terdiri daripada jenis tarik atau kuasa sendiri.
c. Kesan pemadatan diperoleh melalui getaran dinamik terhadap bahan yang dipadatkan.
PENGHENTAK GETAR DAN PLET PEMADAT
a. Kebanyakkan adalah dari jenis pemegang tangan (hand held).
b. Ia digunakan di tempat-tempat yang sempit, seperti untuk memadatkan parit, tebing curam dan untuk membaiki lubang di jalan raya.
JENTERA PEMADAT
Antara jentera pemadat yang sering digunakan di tapak bina adalah seperti di dalam jadual berikut:
Jentera Pemadat Fungsi
Pemadat roda licin Digunakan untuk melakukan pemadatan tanah berbutir kasar bergred baik dan tanah berbutir yang tidak bersifat plastik.
Pemadat bergetar Digunakan untuk memadatkan tanah berbutir kasar sahaja
Pemadat kaki kambing Digunakan untuk tanah yang bersifat liat.
Jentera pemadat
Jentera penghentak