HBML 4403
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2015
HBML 4403
KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU
0
NAMA : TAN GUAN LIONG
NO MATRIKULASI :671024035097001
NO KAD PENGENALAN : 671024035097
NO TELEFON :012 9580350
EMEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW Kelantan
TUTOR : Cecelia Anak Aka Sing
HBML 4403
ISI KANDUNGAN
TOPIK MUKA SURAT
Isi kandungan 1
1.0 Pengenalan 2
Definisi dan Konsep Komunikasi 2-3
Langkah-langkah Komunikasi 4-5
Pandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi 5
Komunikasi Bertulis 5-9
2.0 Kepentingan Komunikasi Bertulis 10
3.0 Ciri-ciri komunikasi berkesan 10-13
4.0 Pidato 13-14
5.0 Risalah Pertandingan Pidato 16-17
6.0 Ciri-ciri pemidato hebat 18
7.0 Implikasi Aktiviti Pidato Bahasa Melayu 18-19
8.0 Kesimpulan 20
9.0 Bibliografi 21
1
HBML 4403
1.0 Pengenalan
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk
lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan
seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang.
Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis
melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga
melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya
persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik.
Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan
bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak
melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.
Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format
yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,
kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan.
Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan
menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga
merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu
jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh
bertanggungjawab.
1.1 Definisi dan Konsep Komunikasi
Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bererti berkongsi
sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk
mewujudkan satu persefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses
pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan
menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson
(1969). Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan
penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang
diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan
2
HBML 4403
emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai
persamaan makna.
1.2 Bentuk komunikasi
Jadual 1: bentuk komunikasi
3
HBML 4403
1.3 Langkah-langkah Komunikasi
Jadual 2: langkah-langkah komunikasi
1.4 Pandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi ;
Jadual 3: pandangan tokoh mengenai komunikasi
4
Pengirim membentuk
idea
Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam
satu mesej
Mesej akan melalui satu saluran komunikasi
Maklum balas dihantar kepada pengirim
Penerima mendekodkan mesej tersebut
HBML 4403
1.5 Komunikasi Bertulis
Jenis-jenis komunikasi bertulis
Saya fokuskan kepada 3 jenis komunikasi bertulis sahaja untuk perbincangan.
1.5.1 Memo
Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis dalam
jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai
surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang disampaikan
dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau
organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai
catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat
pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam
bentuk borang.
Tujuan memo
Memberi maklumat dan fakta
Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan
Ciri Memo
Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas
Terus kepada maksud
Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat
Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,
perkara, tandatangan dan sebagainya.
Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada
surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.
5
Jenis-jenis Komunikasi Bertulis
Teks ucapanMinit mesyuaratMemo
Pekeliling Surat kiriman Surat khabar
HBML 4403
1.5.2 Bentuk Memo
Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat
rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini
terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan
kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka.
1.5.3 Memo Bentuk Borang
Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam borang.
Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada ruang yang telah
disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu.
1.5.4 Memo Bentuk Terbuka
Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat tetapi ada antara
jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.
1.5.5 Bahasa Memo
Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat
rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu,
bahasa yang digunakan seharusnya:
• ringkas, padat dan jelas
• Lembut dan berdiplomasi
• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca
• Tidak menimbulkan prasangka.
• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.
1.5.6 Langkah Menulis Memo
Merancang:
• Tujuan penulisan memo tersebut
• Mengenal pasti siapakah sasaran
• Apa yang diharapkan
• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut
Menulis
• Menepati tujuannya
• Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut
6
HBML 4403
• Satu isi satu perenggan
Menyemak
• Maklumatnya adakah tepat dan betul
• Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
• Konstruktif
1.6 Minit Mesyuarat
Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-perkara
yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana akan
dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan
yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret
tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha
yang dilantik dan beliau juga bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada
ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk
semakan Pengerusi dalam masa tiga hari.
Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat
selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu yang
mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat.
Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan tertentu, antaranya:
Bertukar-tukar fikiran antara ahli
Mendapatkan idea-idea baharu
Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak
Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan untuk
bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara.
Dalam hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkan perkara yang berlaku
dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan keputusan perbincangan, dan tindakan
susulan yang perlu diambil oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang
menyertai mesyuarat.
7
HBML 4403
1.6.1 Jenis Minit Mesyuarat
Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada beberapa
jenis:
1.6.2 Mesyuarat Jawatankuasa
Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan membuat
keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu yang menjadi ahli
kepada jawatankuasa tersebut.
1.6.3 Mesyuarat Agong
Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku perlantikan ahli
jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang
dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut
akan dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang
berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada
keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar
mempunyai hak untuk bersuara,
membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu. Melalui
mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi boleh
dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli.
1.6.4 Mesyuarat Khas
Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus daripada ahli-ahli
dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar diadakan untuk membuat
keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan
keputusan diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu tidak
merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.
1.6.5 Mesyuarat Agung Luar Biasa
Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya diadakan atas
desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah
sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan
majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan di luar
8
HBML 4403
tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk
mendapatkan keputusan majority bagi satu isu sahaja.
1.6.6 Ciri Minit Mesyuarat
jadual 4:ciri-ciri minit mesyuarat
9
Tulen
Ringkas dan padat.
Tidak direka-reka.
Bukan bentuk laporan.
Kandungannya adalah rekod hasil perbincangan dan keputusan
bersama ahli mesyuarat.
Lengkap
Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan
Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat
tersebut.
Tepat
Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara
yang di bincangkan dalam mesyuarat.
Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan
dan bukanlah pandangan pencatat.
Sahih
Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-
maklumat yang berkaitan.
Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan
minit mesyuarat.
Berstruktur
Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan
perlu kelihatan kemas dan teratur.
Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor
dan mengikut urutan.
HBML 4403
2.0 Kepentingan Komunikasi Bertulis
a. Kepentingan dalam aspek kemasyarakatan
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang
memiliki tingkah laku yang tertentu.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi
tingkah laku seseorang ialah aspek budaya.
b.Kepentingan dalam aspek akademik
Kemahiran ini amat penting dalam hubungan dengan pensyarah khususnya apabila
berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugas kursus. Mahasiswa perlu menguasai
teknik penulisan akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan kerja
kursus yang diberikan oleh pensyarah.
c. Kepentingan dalam aspek kerjaya
Anda mesti belajar menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik. Dapat
merangka curriculum vitae yang menarik dan lengkap untuk diri anda. Anda hendaklah
sentiasa beretika ketika berkomunikasi.
3.0 Ciri-ciri komunikasi berkesan
Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi penulisan kadang-kadang
menyebabkan mesej yang hendak disampaikan sukar difahami,Bagi memastikan ianya akan
lebih berkesan, sesuatu penulisan itu perlu menepati ciri-ciri berikut;
penghantar hendaklah memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas,
teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan menyatakan apa yang hendak dinyatakan
dengan jelas dan yakin, pasti dengan kepentingan mesej itu,
mendapatkan perhatian penerima,
menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai,
sensitif kepada maklumbalas pihak lain,
kenalpasti gangguan,
kurangkan gangguan.
10
HBML 4403
Komunikasi yang berkesan juga berlaku apabila Mesej yang disampaikan difahami dengan
tepat dan jelas oleh penerima, Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar
dan penerima.
3.1 Ciri-ciri Teks Yang Berkesan
Bahasa gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau
tatabahasa iaitu kepatuhan atau ketepatan dengan tatabahasa.
3.2 Contoh teks penulisan komunikasi yang berkesan
Memo (Lampiran A)
Dari segi kaedah penulisan memo tidak terikat dengan kaedah penulisan surat rasmi. Memo
boleh ditulis dalam bentuk borang atau surat, ini bergantung kepada jabatan masing-masing.
Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat
rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Biasanya memo
ditulis dengan ringkas dan padat, lembut dan berdiplomasi. Contohnya:
Bersama-sama ini dikembalikan drat memo berkenaan. Drat ini kurang memuaskan dari segi
ejaan dan tatabahasa. Tuan diminta menulis semula dengan membetulkan ejaan dan
tatabahasa yang telah ditanda sebelum memo ini diedarkan.
Bahasa yang digunakan di atas agak keras dan kurang berdiplomasi. Dengan menggunakan
bahasa yang sedemikian, ia akan menyentuh perasaan pembaca atau penerimanya. Memo
tersebut boleh ditulis seperti yang berikut:
Bersama-sama ini dkembalikan drat memo berkenaan. Drat ini telahpun disemak dan
dikesan terdapat sedikit kesllapan ejaan dan latabahasa seperti yang telah ditandai.
Saya berharap tuan dapat membaikinya sebelum mengedarkannya.
Di dalam penulisan memo juga banyak mengelakkan daripada menimbulkan sikap negatif
kepada pembaca, tidak menimbulkan prasangka dan tidak membuat teguran secara negatif.
Berikut adalah beberapa langkah penulisan memo yang bertepatan dengan ciri-ciri
komunikasi yang berkesan:-
- Merancang:
11
HBML 4403
• Tujuan penulisan memo tersebut
• Mengenal pasti siapakah sasaran
• Apa yang diharapkan
• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut
- Menulis
• Menepati tujuannya • Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut • Satu isi satu perenggan
- Menyemak
• Maklumatnya adakah tepat dan betul
• Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
• Konstruktif
3.3 Surat Pekeliling (Lampiran B)
Surat pekeliling adalah bertujuan untuk menjelaskan sesuatu,mempunyai tujuan dan mereka
yang menerimanya perlu mengambil tindakan yang dinyatakan. Surat pekeliling dikatakan
sebagai komunikasi penulisan yang berkesan kerana ia di edarkan untuk pengetahuan umum
dan untuk di ambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu. Surat pekeliling biasanya akan
menerangkan segala maklumat yang pelu di ambil tindakan dan mereka yang menerimanya
akan terus bertindak seperti yang dinyatakan di dalam surat.
Kesimpulannya Komunikasi penulisan yang mengakibatkan penggunaan bahasa yang
gramatis, lebih mudah difahami dan sangat berkesan terutamanya dalam bentuk memo dan
surat pekeliling. Memo dikatakan penulisan berkesan kerana gaya bahasa yang ringkas dan
mudah difahami dan lebih menumpukan kepada isi yang hendak disampaikan. Manakala
surat pekeliling pula diedarkan untuk tindakan sesuatu pihak.
3.4 Keberkesanan juga dapat dilihat seperti ayat di bawah
“Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh,
masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka pintu.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis,
dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan
penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggugjawab terhadap
12
HBML 4403
dirinya dan adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada
tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata
ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu
Fatimah. Dia baik kat Ramli.”
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang
disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.
Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal, adiknya
yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi
yang bertaburan di atas lantai.
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-
timangan. (Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)
Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti teks berkenaan yang mempunyai ciri-ciri
yang berkesan dalam menyampaikan maksud. Terutamnya dalam memberikan kata nasihat
dalam bentuk pujukan.contohnya,“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta.
Pelajaranlah harta buatmu, nak.”
contoh kata-kata pujian
“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”
contoh kata panggilan yang sesuai
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-
timangan.
Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan kepada aspek
penyampaian isi dan kandungan dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan
berkesan, dan bukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya penyampaian
komunikasi mudah dan dapat difahami dengan jelas.
4.0 Pidato
13
HBML 4403
Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini
seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,menganalisis dan berhujah
dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan
pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang
menarik dan meyakinkan.
Definisi pidato,Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha
menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan serta
mempengaruhi pendengar.
Tujuan
1) Memberi penerangan:menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara
penting.
2) Memberitahu:perkara yang baru.
3) Memberi keyakinan: meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik
4) Mempengaruhi:Memberi penekanan dan perhatian
Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan
seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik
simpati.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab
Gaya Penyampaian
Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih
apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang
terlalu serius.
Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.
14
HBML 4403
Gaya dan Intonasi
Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.
Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian
Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi
5.0 Risalah Pertandingan Pidato
15
HBML 4403
5.1 FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri ,sekolah dan negeri masing-masing.
Bahagian Pertama
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.
Bahagian Kedua
Peserta akan dijemput untuk menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja urus setia. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di meja urus setia tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Kertas catatan dan alat tulis disediakan oleh urus setia. Selepas satu minit masa persediaan, peserta diminta menyampaikan pidato secara spontan
5.2 Syarat-syarat Pertandingan
Peserta diberi masa selama LAPAN (8 minit )untuk berpidato Bahagian Pertama, dan LIMA (5 minit) untuk berpidato Bahagian Kedua.
Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian pertandingan.
Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberikan markah.
Peserta pidato spontan tidak dibenarkan membawa alat tulis,kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.
Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk dipilih sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
16
HBML 4403
Peserta pidato diwajibkan menggunakan seragam sekolah atau pakaian kebangsaan.
Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
Peraturan Pemarkahan
5.3 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama5.3 .1 Idea / Isi ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.
5.4 Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 4 markah
Data / contoh – 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah
(9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk
= 30 markah).
5.5 Bahasa ( 20 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
5.6 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak memberi salam / kata-kata aluan / menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.
5.7 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
5.8 Isi ( 40 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.
17
HBML 4403
Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk
= 40 markah).
5.9 Bahasa ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan
5.10 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )
Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.
5.11 Panduan Kepada Panel Hakim
Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel
hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.
Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota / teks,
menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat
kesimpulan (semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang.
Panel hakim perlu membuat keputusan menggunakan sistem juri.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
18
HBML 4403
6.0 Ciri-ciri Pemidato Hebat
1.Isi kandungan yang kukuh
Pastikan berbaloi dan penuh dengan isi kandungan yang dapat menjawab setiap persoalan
pendengar.Sentiasa berkongsi sesuatu yang khalayak mungkin rasakan ia nilai-nilai yang
berguna untuk hidup mereka.
2.Unsuralawakajenaka
Seseorang yang anda boleh kongsi ketawa memang akan disukai.Pemidato yang baik akan
mencari jalan untuk membuat khalayaknya tersenyum seawal ucapan bermula.Tidak perlulah
menjadi pelawak memadai sekadar memperkatakan sesuatu yang humor dan mencuit hati.
3.Mesejatersusun
Susun nota atau catatan ucapan untuk memudahkan anda.Jangan sampaikan hujah anda
dalam keadaan kelam kabut,ianya tidak boleh dimaafkan.Pendengar sepatutnya dapat
menerima mesej dan mengingstinya dengan mudah dan memberi makna mendalam
4.Mudahadiadekati
Pemidato sebaiknya datang awal dan bertemu tetamu ketika mereka sampai.Ini mampu
memberi impresi terbaik kerana khalayak suka pemidato yang boleh didekati.Janganlah
seseorang pemidato itu masuk dan keluar pentas secara tergesa-gesa.
5.Jujurapadaadiriasendiri
Jadilah diri sendiri dan berlaku jujur dengan khalayak.Jangan tiru gaya orang lain.Anda
adalahaandaaasli.
6.Semulaajadi
Beriaekspresiayangasemulajadi(natural),tidakadibuat-buat.
7.Bersemangat
Lebih bersemangat mesej disampaikan,maka lebih besar peluang ia akan terus diingati atau
diamalkan.Berucap mampu memindah tenaga hanya melalui perkataan.Sesuatu yang
diperjuangkan pemidato akan mudah difahami bila dinyatakan dengan penuh semangat.
19
HBML 4403
7.0 Implikasi Aktiviti Pidato Bahasa Melayu
Pidato memberi beberapa impak kepada diri seseorang yang bergelar pemidato di bawah ini saya huraikan beberapa impak dan juga kesan positif kepada pemidato.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pemidato dapat memperkembangkan potensi individu dari segi daya pemikiran dan sahsiah seseorang pelajar.
Perkembangan daya pemikiran pelajar dapat dilihat melalui kepetahan berhujah dan juga kebijaksanaan memanipulasi isi yang relevan berkait dengan sesuatu tajuk. Pelajar dapat meningkatkan daya pemikiran, daya pemikiran ini dapat dipupuk apabila seseorang pidato menghasilkan hujah-hujah yang disampaikan kepada para audien. Pemidato biasanya akan memberikan beberapa fakta berkaitan dengan tajuk secara cepat dan spontan, situasi ini akan membantu merangsangkan minda dan otak belajar secara lebih kreatif dan kritis dalam menyatakan sesuatu hujah secara bijaksana dan berkesan.
Di samping itu pidato juga dapat mengembangkan sahsiah diri dan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui penyertaan dalam bidang pidato pelajar dapat membina keyakinan diri dan mampu untuk berucap dikhalayak ramai tanpa rasa segan takut dan gementar serta lebih berkeyakinan keadaan ini secara tidak langsung akan dapat membina keyakinan serta sahsiah diri.
Pemidato yang hebat dapat berpidato dengan fakta-fakta yang betul dan isi yang jelas dan tepat. Pada keseluruhannya isi pidato yang disampaikan akan lebih menjurus kepada kebenaran yang jelas dan jitu maka setiap isi tersebut akan diaplikasikan oleh pelajar secara tidak langsung dan mampu menjadi amalan yang seterusnya akan digunakan dalam membina sahsiah diri yang cemerlang dengan nilai-nilai diri yang terdapat di dalam setiap penghujahan. Keadaan ini akan lebih menyerlahkan lagi apabila seseorang pelajar itu menyertai pertandingan pidato sama ada di peringkat sekolah, negeri dan juga negara, pemidato akan lebih komited untuk menjadi pemidato terbaik dan seterusnya akan menyerlahkan lagi perkembangan sahsiah mereka di dalam kehidupan seharian dan akan mematangkan setiap tindakan mereka dan semestinya berkait rapat dengan pemantapan sahsiah diri.
Impak segara yang dapat dilihat melalui pidato ialah dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri yang positif di kalangan pelajar melalui tajuk-tajuk yang relevan dangan kenegaraan dan sayangkan tanahair. Pelajar akan berhujah bagaimana untuk menjadi manusia yang sayangkan kepada negara dan tanahair serta semangat patiotisme yang tinggi, isu-isu sebegini akan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap patriotisme dikalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali impak yang jelas dapat dikongsi bersama melalui pidato ialah para
20
HBML 4403
pelajar akan dapat menjana daya saing secara positif dalam semua bidang bersama dengan rakan-rakan mereka melalui pembacaan dan penghujaan isi-isi tajuk yang diberikan dan secara tidak langsung pemikiran mereka akan semakin matang dan dapat melahirkan sebuah pelajar dan generasi yang berdaya saing dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
8.0 Kesimpulan
Kemahiran berkomunikasi sama ada secara lisan dan bertulis mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berdaya maju.Kesimpulannya, aktiviti pidato yang diceburi oleh pelajar di sekolah mampu memberi impak yang positif dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan, berdaya saing, berfikiran terbuka serta mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta mampu melahirkan generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pidato ini dapat dirancang dan dijayakan dengan berkesan di semua sekolah di seluruh Malaysia.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya memberi beberapa insentif bagi melahirkan pemidato-pemidato yang berbakat di peringkat sekolah dengan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.
.
3371 PATAH PERKATAAN
21
HBML 4403
9.0 Bibliografi
Izwan Munir, Zakiah Azam, Ng Chan Heng, 2004, Khazanah Bahasa: karangan Bahasa
Malaysia SPM, Selangor, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Juhana Salim, Rashidi Adam, 2003, Revisi Prioriti SPM Karangan KBSM, Selangor, Sasbadi
Sdn. Bhd.
Md Izzuddin Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff , 2005 , Berucap dengn yakin ,Selangor ,
MALIMDO PRINTERS , Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1, Selangor, Oxford
Fajar Sdn.Bhd.
Supyan Hussin , 2003 , Kecemerlangan dalam pengucapan awam , Kuala Lumpur , Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.Modul Bahasa Melayu Komunikatif 1 ( WAJ3115)
TESL Sekolah Rendah, Institut Pendidikan Guru, Jun 2011
Internet
http://id.wikipedia.org/wiki/Pidato
www.tutor.com.my/.../kesantunan_berbahasa.htm
www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf -
http://sitiadora.blogspot.com/2011/03/pengucapan-awam-public-speaking.html Tarikh muat turun : 10 Julai 2015.
http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/11/pengucapan-awam-1.html Tarikh muat turun : 11 Julai 2015
http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengucapan-awam.html Tarikh muat turun: 16 Julai 2015
22