HBHE2103
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1.0 PENGENALAN 2 - 3
2.0 JUSTIFIKASI KES PENYAKIT
KES 1 (KERACUNAN MAKANAN) KES 2 (CIRIT BIRIT) 4 - 16 KES 3 (MALARIA) KES 4 (DEMAM DENGGI)
3.0 RANCANGAN AKTIVITI 16 - 19
4.0 KESIMPULAN 20
5.0 BIBLIOGRAFI 21
1
HBHE2103
1.0 PENGENALAN
Program Kesihatan Sekolah merangkumi semua kegiatan-kegiatan dan pengalaman-
pengalaman yang direka untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan
optima pelajar dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan
untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini serta mengenai kesihatan.
Rancangan Kesihatan Sekolah telah bermula sejak tahun 1967 lagi dengan objektif utamanya
untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.
Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan daln latihan kepada kakitangan
professional kesihatan dan anggota kesihatan professional bersekutu dalam kalangan sector
awam dan sector swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 akan dikuatkuasakan bagi memepertingkat lagi kualiti dan peluang
mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sector swasta. Setelah lebih dua
puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiring dengan
perkembangan di dalam bidang teknologi dan komunikasi. KPM telah memberi nafas baru
kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
Tujuan PBSS diwujudkan adalah untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan kesihatan
sekolah yang membolehkan peningkatan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Matlamat
PBSS adalah meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan
gaya hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, ceria dan sihat.
PBSS perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan
berkualiti.
Selain itu, dalam melaksanakan PBSS ini, penglibatan komuniti dengan pihak sekolah juga
amat penting bagi melancarkan kesepaduan program ini dengan lancer. Penglibatan komuniti
adalah satu bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang
menyokong daningin meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah, penglibatan ini berfungsi
sebagai penglibatan yang aktif dalam aktiviti kesihatan, melibatkan diri dalam bentuk tenaga
2
HBHE2103
kepakaran seperti dalam bidang kewangan. Selain itu member dorongan dan sokongan moral
kepada pelajar serta menjadi “role model” amalan cara hidup sihat.
Kerjasama ini mampu mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarkat. Ianya merupakan proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan masyarakat
memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status dan
taraf kesihatan pelajar-pelajar. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat mampu
mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit. Contohnya
penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras
dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan kajian oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati peningkatan kadar kematian bagi kanak-
kanak meningkat saban tahun. Ini adalah disebabkan penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan persekitaran mereka. Perkara ini diketengahkan oleh KPM dan dititikberatkan.
Konklusinya, terdapat pelbagai cara dan langkah yang diambil oleh guru sebagai tonggak
yang berperanan dalam hal ini. Namun sebagai guru yang prihatin , kita perlu mencari
alternative untuk membendung hal ini dengan melakukan pengkajian dengan lebih terperinci.
3
HBHE2103
2.0 JUSTIFIKASI KES PENYAKIT
Kes Pertama
A. Kes berkaitan keracunan makanan
Sumber : http://ww2.utusan.com.my/ (link)
Sejak kebelakangan ini sering kita terdengar, melihat dan membaca pelbagai isu yang
berkaitan dengan masalah keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Apa
yang kita tahu ialah bagaimana masalah ini terjadi tetapi kurang memberi perhatian pada
masalah ini. Jadi banyaklah kes keracunan makanan yang menimpa pelajar-pelajar di
sekolah. Kebanyakan kejadian keracunan makanan yang berlaku di sekolah ialah berpunca
dari makanan yang di jual di kantin, asrama dan program-program pemakanan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah.
Pelajar-pelajar sering terdedah kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan
yang tidak bersih, terdedah dan tercemar. Ini termasuklah susu yang telah dibekalkan kepada
pelajar-pelajar, ternyata sudah lama di bungkus dan adakalanya melebihi tarikh yang
dibenarkan oleh pihak tertentu. Mahupun begitu kejadian keracunan makanan ini bukan pada
4
HBHE2103
pelajar-pelajar sekolah sahaja, malahan kepada orang dewasa yang antaranya tidak menyedari
mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kearacunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang
tercemar. Kebanyakan punca-punca keracunan makanan adalah disebabkan oleh:
Kebanyakan punca keracunan makanan adalah bila adanya kemunculan bakteria dalam
makanan, proses penyediaan makanan yang kotor, makanan yang tidak dimasak dengan
sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius. Jenis
bakteria yang terdapat pada makanan ini ialah bacteria campylobacter. Tanda-tanda
keracunan berlaku dua hingga lima hari selepas makan. Selain daripada itu juga terdapat
tanda-tanda pesakit mengalami deman atau najis mengandungi darah.
Keracunan yang berpunca daripada virus pula disebabkan oleh makanan seperti
kerang dan siput-siput yang dicemari oleh air kumbahan dan sayur-sayuran mentah yang
tidak dibersihkan dengan sempurna. Malahan ada antara kita yang memasak dan memakan
siput dan kerang ini dengan tidak betul. Virus yang terdapat dalam kerang dan siput-siput ini
ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Ia adalah sejenis virus Norwalk . Pesakit
akan mengalami deman, lemah anggota badan, tidak berselera makan dan jaudis.Tanda-tanda
5
PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN OLEH:
Bakteria
Protozoa dan kulat
VirusRacun atau Toksin
Bahan-bahan kimia
HBHE2103
keracunan ini bermula dua hingga enam minggu selepas makan dan adakalanya boleh
menyebabkan kerosakan hati serta membawa maut. Biasanya makanan seperti ini juga
disediakan oleh pihak kantin dan asrama pelajar. Sikap orang ramai juga diambil kira kerana
kurang memberi perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan keracunan makanan.
Sentiasa membeli makanan yang sering terdedah semasa jualan dan memasaknya tanpa
membersih samada bahan mentah atau sayur-sayuran yang telah layu dan tercemar pada
persekitaran alam.
Sumber : https://flagellum.wordpress.com
6
HBHE2103
Kes kedua
B. Cirit-Birit (Diarrhea)
Cirit-birit atau diare merupakan keadaan di mana seseorang atau kanak- kanak yang hilang
kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa membuang najis setiap masa.
Dalam erti kata lain, sesorang itu membuang air besar lebih daripada tiga kali dan keadaan ini
mampu menyebabkan kekeringan air (najis yang keluar hanya air sahaja). Jika keadaan ini
berlarutan ia akan membahayakan pesakit itu sendiri. Kanak-kanak yang sedang menyusu,
adakala akan membuang air sehingga lemah hingga enam kali sehari tetapi najisnya biasa
sedikit dan berwarna kuning dan tidak begitu banyak air.
Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian
usus. Kandungan air meningkat 60 hingga 90%. Air sepatutnya diserap semula oleh usus.
Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap
air dan garam mineral daripada najis. Seseorang kanak-kanak boleh diserang cirit-birit
apabila dijangkiti oleh virus di saluran ususnya, ada juga kanak-kanak yang tidak sesuai
dengan susu berformula yang diberikan. Selain daripada itu juga keadaan cirit-birit mungkin
disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya alahan makanan yang sangat berlemak atau
pedas atau makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin.
7
HBHE2103
Cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor atau boleh jadi adalah simptom bagi
beberapa kondisi seperti:
alahan makanan (contohnya alahan kepada gluten atau laktosa)
kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C
yang berlebihan
berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma
dalam usus
jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-
birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat
yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar
tiroid yang terlalu aktif
penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan
enzim penghadaman
dalam beberapa kes, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus
Kuman bakteria mendatangkan cirit-birit ialah kuman E-Coli,Shingella, Camphylobacter dan
Staphylococos. Sebahagian kuman ini menghasilkan racun. Antara tanda-tanda ialah
pembuangan najis berair yang banyak secara tiba-tiba, mual, muntah, kekejangan di bahagian
perut dan mengalami demam. Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan
memberikan air yang secukupnya dan garam mineral bagi menggantikan jumlah air yang
hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap.
8
HBHE2103
Cirit-birit akibat daripada kuman yang membawa virus pula biasanya dialami oleh bayi dan
kanak-kanak. Kuman virus yang mengjangkiti kanka-kanak ialah rotavirus. Kanak-kanak
akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam, kekerapan cirit-birit
sebanyak lapan hingga sepuluh kali sehari bagi bayi yang berusia dua bulan boleh
menyebabkan kehilangan air dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan kegagalan
buah pinggang dan jantung untuk berfungsi serta menganggangu perjalanan peredaran
saluran darah. Masalah yang dialami oleh kanak-kanak seperti ini memerlukan pemerhatian
yang serius oleh doctor dan orang yang bertanggungjawab.
9
HBHE2103
Bila Perlu Mendapatkan Rawatan
Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam,
ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan
berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada
penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut
dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga. Apabila cirit-
birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau
lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan
air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.
Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk
untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit
semulajadi ialah air kelapa segar. Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia
reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau
bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang
sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan
rawatan doktor dengan segera.
10
HBHE2103
Kes ketiga
C. Malaria
MALARIA mungkin semakin pudar dari ingatan kebanyakan penduduk negara ini
berbanding denggi, mahupun chikungunya. Namun, jangan diambil remeh kerana seperti
mana-mana penyakit berjangkit, malaria cuma memerlukan satu sumber, satu pesakit (patient
zero) untuk menjadi satu wabak besar. Malaria boleh dikatakan penyakit yang seangkatan
dengan denggi, chikungunya, demam kuning, filariasis (untut), encephalitis dan juga virus
west nile dari segi penyebarannya. Kesemua penyakit tersebut disebarkan atau boleh
disebarkan melalui vektor tertentu, terutamanya nyamuk.
Walaupun spesies nyamuk dan cara pembiakan parasit malaria berbeza dengan virus denggi,
akibatnya tetap sama iaitu demam dan simptom jangkitan lain yang boleh membawa maut
kepada pesakit. Mengambil kira situasi semasa, perkara utama untuk dikongsi bersama orang
ramai bukan lagi kaedah rawatan ataupun parasit Plasmodium yang menjadi punca malaria.
Apa yang penting, kerjasama. Kerjasama dalam mengesan patient zero dengan secepat
mungkin serta mencegah penyebaran parasit tersebut dengan menyekat aktiviti vektornya,
nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk), daripada menggigit dan menyebarkan malaria
kepada manusia. ( sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp )
Memandangkan malaria mempunyai beberapa peringkat jangkitan, terdapat pilihan
pencegahan sama ada untuk mensasarkan parasit Plasmodium itu sendiri atau vektornya,
nyamuk betina Anopheles. Oleh kerana parasit tersebut mampu menyorok di dalam sel darah
merah dan sel hati, agak sukar untuk mengesan mahupun membunuhnya. Dengan itu,
langkah paling mudah dan rendah kos adalah kawalan vektor, sama seperti kawalan denggi,
11
HBHE2103
dengan mengawal habitat pembiakan mahupun menyekat nyamuk daripada menggigit dan
menyebarkan malaria kepada manusia.
Nyamuk Anopheles lebih suka bertelur dalam air yang bersih tetapi tetap boleh membiak
dalam air masin, mahupun air kotor. Larva nyamuk ini telah dikesan di dalam air paya, paya
bakau, sawah padi, tebing sungai dan juga lopak air selepas hujan atau banjir, juga pada
pokok atau mana-mana struktur yang boleh menakung air. Kawalan habitat bukan sahaja
perlu bertumpu kepada tompok air bersih, malahan mana-mana takungan air, terutamanya
selepas banjir atau di musim hujan. Penggunaan racun serangga atau kelambu pula dilihat
dapat mencegah nyamuk (Anopheles mahupun Aedes) daripada menggigit mangsa. Ini
penting untuk mengelakkan penyebaran parasit, mahupun virus, dari mangsa yang sudah
dijangkiti kepada individu sihat.
Kementerian Kesihatan mensasarkan malaria dapat dihapuskan sepenuhnya antara 2015
hingga 2018. Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai pada penghujung 2008 memaklumkan
ramalan tersebut mungkin dicapai dengan usaha pencegahan yang giat dilakukan.
Pemantauan berterusan populasi nyamuk Anopheles dan juga demam malaria di negara ini
juga dilihat membantu sehinggakan negara kini dikelaskan sebagai hampir berjaya
membasmi sepenuhnya malaria.
Ciri-ciri klinikal malaria ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis sepsis penyakit,
ketahanan badan pesakit dan kepadatan jangkitan. Kejadian yang sering berlaku kepada
pesakit malaria adalah demam berperingkat-peringkat dengan rasa sejuk kemudian panas dan
diakhiri dengan berpeluh dan rasa sihat. Pusingan tahap ini akan berlaku kepada pesakit
malaria selagi tidak mendapat rawatan yang sempurna. Tidak semua orang boleh dijangkiti
malaria kecuali mereka yang terdedah kepada gigitan nyamuk tiruk seperti tinggal di rumah
yang terdedah kepada kemasukan nyamuk, rumah yang terletak di kawasan hutan atau
berhampiran, melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu senja dengan tidak memakai baju
yang terdedah kepada gigitan nyamuk.
12
HBHE2103
Cara mencegah dari dijangkiti malaria:
* Membuat unggun api
* Memasang ubat nyamuk
* Menggunakan kelambu berubat
* Semburan berubat
* Dan memakan ubat
Malaria dapat dikesan dengan pemeriksaan darah menggunakan mikroskop. Pesakit malaria
perlu cepat dikesan supaya boleh diberi rawatan secepat mungkin. Sekiraqnya pesakit malaria
lambat dikesan dan diberikan rawatan yang sempurna, ia akan membahayakan diri sendiri
dan orang di sekeliling. Walau bagaimanapun, pencegahan dari gigitan nyamuk amatlah
penting.
Komplikasi daripada penyakit malaria boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti:
* Loya dan muntah-muntah
* Demam yang sangat tinggi
* Kelihatan pucat dan keletihan
* Kerosakan buah pinggang
* Bengkak paru-paru
* Kerosakan otak
* Meracau, pengsan dan boleh membawa maut
13
HBHE2103
Kes keempat
D. Kes Denggi
Sumber : Metro
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi
(genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah
melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan
Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit
selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala
tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di
kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu
daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae,
setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection)
dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala
oleh Aedes albopictus).
14
HBHE2103
Tanda-tanda dan Gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di
belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang
teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.
Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul
di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan
tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi
dengan tompok-tompok kulit warna yang normal .Kemungkinannya terdapat gastritis dengan
gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati,
radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung
(cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali
memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel
darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan
bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space
loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah
menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan
risiko perdarahan. Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan,
trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes
membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang
mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
1) Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter
sehari.
2) Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada
pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu.
Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
3) Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk
daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus
daun betik kepada pesakit.
15
HBHE2103
4) Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian
minum jusnya.
5) Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air
suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
6) Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak.
(sumber: http://www.celikvitamin.com/blog/punca-dan-rawatan-bagi-demam-denggi/ )
3.0 Rancangan aktiviti yang praktikal dan boleh dijalankan
Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
Program Susu Sekolah (PSS), pendidikan Pencegahan Denggi dan kempen gaya hidup sihat.
Selain itu, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah
merangka pelbagai program kesihatan sekolah bagi menangani dan mengatasi setiap masalah
yang berkait dengan kesihatan dan pekerjaan ini semua adalah dengan bantuan guru-guru
terlatih dan professional dalam mengendalikan hal seperti ini.
a) Pendidikan Kesihatan di sekolah
Program ini adalah program yang paling asas dan perlu diutamakan kerana program
ini dijalankan melalui penerapan aktiviti pembelajaran. Pendidikan Kesihatan
disatukan dengan pendidikan jasmani dan dikenali dengan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK). Nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan boleh dilihat di
dalam mata pelajaran lain seperti Biologi, Sains, Pendidikan Moral dan sebagainya.
Pendidikan tidak formal juga perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah seperti ceramah,
pameran, kempen dan pertandingan kuiz dengan kerjasa dengan Jabatan Kesihatan.
b) Program Kesihatan Pergigian
Matlamat utama perkhidmatan pergigian sekolah adalah untuk mencapai taraf
kesihatan mulut bertaraf “dentally fit” dalam kalangan murid-murid supaya dapat
menyumbang kepada kesihatan keseluruhannya. Program ini diharapkan semoga
pelajar-pelajar akan terus berusaha untuk mempertahankan status kesihatan ini
melalui tindakan serta amalan hidup yang sihat. Bahagian Pergigian, Kementerian
Kesihatan juga memberi perkhidmatan pergigian bagi murid-murid di sekolah.
16
HBHE2103
c) Program Susu Sekolah
Program ini adalah salah satu lagi usaha Kementerian Pendidikan untuk
meningkatkan taraf pemakanan di sekolah. Selain daripada memastikan murid-murid
menerima makanan yang berzat, PSS juga bertujuan untuk meningkatkan taraf
pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. Di samping itu,
program ini berobjektif memastikan makanan berkhasiat dan menggalakkan tabiat
minum susu dalam kalangan pelajar pada peringkat awal. Program PSS ini sangat
penting dalam mengawal dan menjaga taraf kesihatan murid murid dan mampu
membawa pengaruh yang besar kepada pelajar jika program ini tidak diteruskan atau
dilucutkan.
Bagi mencapai objektif sebenar dan mengatasi masalah kesihatan yang semakin melonjak
naik ini guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti yang praktikal dan sesuai dengan
persekitaran sekolah di samping menerapkan budaya pembelajaran secara berkesan kepada
pelajar-pelajar.
17
HBHE2103
Gambar 1 : Aktiviti gotong royong di bawah program sekolah bebas denggi.
Gambar 2: Aktiviti dan kempen cara hidup sihat yang dijalankan di sekolah.
18
Sekolah Bebas DenggiAktiviti meningkatkan kefahaman , kesedaran dan kemahiran dalam mencegah
dan mengawal demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti.
Kempen cara hidup sihatMengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema tahunan.
HBHE2103
Gambar 3: Kempen kantin sihat.
Gambar 4: Akvitivi gotong-royong dan kitar semula yang dijalankan di sekolah
Program-program yang diadakan ini perlulah berlaku dengan kerjasama komuniti bagi
memastikan kesihatan para pelajar terjaga di samping menjalan hubungan baik dengan
masyarakat luar. Guru-guru bersama pihak sosialisasi yang paling hampir dengan murid-
murid iaitu ibu bapa perlu bersikap bertanggungjawab dan prihatin dalam melaksanakan hal
sebegini. Kerjasama yang terjalin ini penting demi kelaksanaan program ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang.
19
Kantin Bersih dan SihatMerancang , melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, hidangan dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti.
Sekolah Bersih Mempertingkatkan dan mempromosikan kebersihan dan keceriaan sekolah.
HBHE2103
4.0 KESIMPULAN
Secara rumusannya, RKS merupakan suatu program yang bersifat realistic dan menggunakan
pendekatan yang ‘holistic’ untuk memastikan generasi akan dating mempunyai tahap
kesihatan yang tinggi dalam meneruskan agenda pembangunan Negara pada dekad akan
dating. Selain itu, pihak terlibat perlu mengkaji dan menilai semula seluruh program dan
jentera pelaksanaannya, agar selaras dengan konsep sekolah Berwawasan Sihat yang diajukan
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Peningkatan kesihatan sekolah adalah factor
terpenting dalam kemajuan masyarakat. Dari sudut pembangunan, pelajar merupakan agen
aktif yang penting kerana mereka membawa perubahan dan mereka lebih mudah menerima
pengetahuan.
Kerjasama dengan masyarakat dapat mengaktifkan lagi keadaan persekitaran yang bersih dan
terjamin untuk kanak-kanak dan membolehkan mereka menerima pelajaran dalam tempat dan
suasana yang selamat. Oleh itu, semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara
tidak langsung perlu menolak nilai pasif dan bersatu padu demi melahirkan asset Negara
yang bernilai dan bebas daripada penyakit yang berpunca dari persekitaran.
20
HBHE2103
5.0 BIBLIOGRAFI
Open Universiti Malaysia ( 2012 ) HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
Selangor :Meteor
Persatuan Pengguna Pulau Pinang , ( 2009 ) , Buku Panduan Senaman Sebagai Ubat :
Pulau Pinang.
Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Bt Yusof & Mohd. Sofian B Omar Fauzee.
(2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zarina Law bt Abdullah & Abdul Latif bin Ahmad. (2007). Pengenalan Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur, Open University Malaysia.
http://imann9969.blogspot.com/2009/11/soalan-hbhe2103-pk.html
http://cikgutunazhar.blogspot.com/2010/11/nota-padat-hbhe2103-program-
bersepadu.html
http://pakarcinta.com/blog/wp_content/upload/2011/05/gaya_hidup_ihat.jpg
http://www.infosihat.gov.my
21