GARIS PANDUAN
Program Hafazan Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
Unit Pengurusan Asrama Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi Asrama (SPKIA)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 2
1Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.1.1 Murid asrama menghabiskan 70% dalam setahun tinggal di
asrama berjauhan daripada keluarga / ibubapa. Sepanjang
tempoh itu tugas mendidik adalah menjadi tanggungjawab pihak
pengurusan sekolah. Pembangunan sahsiah merupakan tunjang
kepada kemenjadian murid dalam aspek kerohanian dan
keagamaan.
1.1.2 Waktu kritikal ini perlu diisi dengan program kerohanian dan
keagamaan seperti menghafaz surah-surah pilihan, wirid selepas
solat, doa-doa harian dan lain-lain.
1.1.3 Sehubungan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
menyedari betapa pentingnya program ini dilaksanakan di semua
asrama harian. Melalui program ini diharapkan murid-murid
memililki asas keagamaan yang kukuh setelah keluar dari alam
persekolahan. Sekiranya kita tidak membekalkan murid-murid ini
dengan asas yang kukuh dibimbangi akan menghasilkan generasi
yang kurang mempunyai kefahaman dan penghayatan Islam dalam
kehidupan.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 3
1.2 Matlamat
1.2.1 Melahirkan murid asrama yang mempunyai sahsiah terpuji,
mengamalkan penghayatan Islam yang kukuh dan mempunyai
keyakinan hidup bermasyarakat apabila keluar dari alam
persekolahan.
1.2 Objektif
1.2.1 Murid dapat menghafaz dan menguasai sekurang-kurangnya
Modul Tahap 1 bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
1.2.2 Murid dapat mengetahui maksud dan terjemahan surah/wirid/doa
yang dihafaz.
1.2.3 Murid mampu memimpin bacaan doa, wirid dan tahlil.
1.2.4 Murid mampu melaksana dan mengimamkan solat berjamaah
serta solat jenazah.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 4
2Kaedah Pelaksanaan
2.1 Pendahuluan
2.1.1 Bagi menjayakan program yang amat memberi manfaat kepada
semua murid asrama harian, program hafazan ini dirangka dan
disusun untuk memberi impak yang maksimum kepada
penghasilan murid yang bersahsiah terpuji dan mampu
diketengahkan apabila bersama komuniti dan masyarakat
setempat.
2.1.2 Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan dan cara pelaksanaan
Program Hafazan Murid Asrama Harian. Panduan ini menyentuh
taarif, kumpulan sasaran, strategi pelaksanaan, agihan dan kaedah
penilaian.
2.2 Taarif
2.2.1 Program Hafazan Murid Asrama Harian ialah program yang
menumpukan kepada penguasaan membaca dan menghafaz
perkara-perkara asas seperti wirid harian selepas solat, doa-doa
yang ma’thur dan surah-surah pilihan sepanjang tahun.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 5
2.3 Kumpulan Sasaran
2.3.1 Murid beragama Islam yang tinggal di asrama sekolah harian di
bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.3.2 Asrama Sekolah Rendah - Murid Tahap 2 (Tahun 4 hingga
Tahun 6)
2.3.3 Asrama Sekolah Menengah - Murid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6
2.4 Strategi Pelaksanaan
2.4.1 Tempoh Pelaksanaan
Murid Asrama Harian sekolah menengah dan sekolah rendah akan
mengikuti Program Hafazan Murid Asrama Harian sepanjang
tahun. ( Januari hingga November )
2.4.2 Peruntukan Waktu
Waktu yang diperuntukan bagi pelaksanaan program ini boleh
diselaraskan mengikut perancangan sekolah. Namun begitu
melalui Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bertajuk
Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah Murid Di Asrama
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 6
Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, rujuk KP(BPSH-
SPKIA)703/17(18) bertarikh 3 April 2014 yang menetapkan Solat
Maghrib, Isyak dan Subuh hendaklah dilaksanakan secara
berjemaah dan melalui surat tersebut juga diwujudkan masa kualiti
untuk murid asrama iaitu hari Sabtu tidak pulang bermalam dari
jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi, maka pihak sekolah
diminta untuk memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan
pengisian program ini. Cadangan waktu hafazan ialah seperti di
bawah :
a. Selepas solat berjemaah Maghrib sementara menunggu Isyak
b. Selepas solat berjemaah Subuh
c. 15 minit sebelum tidur
d. Waktu kualiti asrama (8.00 pagi – 11.00 pagi) setiap Sabtu
tidak pulang bermalam
e. Waktu Senggang Murid (sepanjang masa)
2.4.3 Proses Bacaan dan Hafazan
a. Menggunakan Modul mengikut tahap yang disediakan oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
b. Proses semakan bacaan dan hafazan akan dibimbing oleh
guru, guru pendidikan Islam, guru luar yang dilantik,
ketua/naqib usrah dan dalam kalangan murid turus yang
berkemampuan.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 7
c. Penilaian dan perekodan hendaklah dilaksanakan
menggunakan format dan buku rekod yang disediakan.
Kaedah penilaian hendaklah mengikut prosedur yang
ditetapkan.
d. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang
diharapkan dalam tempoh yang ditetapkan, murid akan
dikekalkan pada tahap dan modul yang sama.
2.5 Peranan Pengurusan
Tumpuan utama dasar Transformasi Asrama Harian adalah penglibatan
menyeluruh pihak sekolah, asrama, ibubapa dan masyarakat dalam
pembangunan murid di asrama hendaklah dijadikan sebagai asas dalam
perancangan pelaksanaan program ini. Pelaksanaan program ini
hendaklah dilakukan melalui satu jawatankuasa yang dilantik dan bukan
diletakkan kepada hanya satu pihak sahaja.
2.5.1 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab
i. Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana Program.
ii. Memberikan taklimat khusus kepada semua guru, personel
asrama, waris dan komuniti berkaitan program.
iii. Memastikan program ini dilaksanakan dengan penglibatan
semua guru.
iv. Memantau pelaksanaan program.
v. Mengesahkan laporan dan perekodan yang dibuat oleh
penyelaras program.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 8
2.5.2 Penyelaras
i. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana
peringkat asrama.
ii. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan
Program Hafazan Murid Asrama Harian.
iii. Menyediakan perancangan dan jadual kerja serta peranan
dan fungsi JK serta guru-guru lain.
iv. Menyelaras tugasan guru, guru Pendidikan Islam, guru luar
yang dilantik, ketua/naqib usrah dan murid turus yang
dilantik membimbing bacaan dan hafazan.
v. Menyediakan rekod dan pelaporan pencapaian.
2.5.3 Guru Pembimbing (SEMUA GURU, guru Pendidikan Islam, guru
luar yang dilantik, ketua/naqib usrah dan murid turus yang dilantik )
i. Membantu dan membimbing murid.
ii. Mengenal pasti kelemahan murid dan mencatat dalam
rekod pencapaian.
iii. Membuat pengesahan, pencapaian dan penguasaan
hafazan.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 9
2.5.4 Jawatankuasa Pelaksana Program
Jawatankuasa Pelaksana Modul Hafazan Murid Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Naib Pengerusi 1 : GPK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 2 : GPK Pentadbiran Penyelaras (S/U) : Ketua Panitia Pendidikan Islam Pen. Penyelaras : Guru Pendidikan Islam AJK : Guru Pembimbing
Guru Bimbingan & Kaunseling (B&K) Warden Penyelia Asrama Waris / Ibubapa
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 10
3Modul Hafazan
MODUL HAFAZAN SEKOLAH RENDAH
Modul ini disusun sebagai panduan kepada murid dan penilai. Murid akan
merujuk modul ini bagi menentukan kandungan hafazan dan aras hafazan
mereka. Penilai akan merujuk modul ini sebagai instrumen untuk menilai tahap
penguasaan hafazan murid tersebut. Modul ini mengandungi TIGA tahap yang
disusun berdasarkan aras penguasaan murid :
BIL MODUL KANDUNGAN CATATAN
1 TAHAP1
Surah Hafazan
(Surah 1, 99 hingga 114)
Wirid dan doa asas
Azan dan Iqamah
Rujuk RT1
2 TAHAP 2
Surah Hafazan
(Surah 86 hingga 98)
Wirid dan doa
Jawab Azan dan Iqamah
Rujuk RT2
3 TAHAP 3
Surah Hafazan
(Surah 78 hingga 85)
Wirid dan doa
Doa selepas Azan dan Iqamah
Rujuk RT3
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 11
RT1
MODUL HAFAZAN TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH
BIL. BULAN PERKARA
1. JANUARI Surah al-Fatihah & Al-Naas.
Wirid dan doa asas selepas solat fardu.
2. FEBRUARI Surah al-Falaq & al-Ikhlas.
Wirid dan doa asas selepas solat fardu.
3. MAC Surah al-Masad & al-Nasr.
Wirid dan doa asas selepas solat fardu.
4. APRIL Surah al-Kaafirun & al-Kauthar.
Wirid dan doa asas selepas solat fardu.
5. MEI Surah al-Maa’uun & al-Quraisy.
Wirid dan doa asas selepas solat fardu..
6. JUN Surah al-Fiil & al-Humazah.
Azan dan Iqamah.
7. JULAI Surah al-‘Asr & al-Takathur.
Azan dan Iqamah.
8. OGOS Surah al-Qari’ah.
Azan dan Iqamah.
9. SEPTEMBER Surah al-‘Aadiyaat.
Azan dan Iqamah.
10. OKTOBER Surah al-Zalzalah.
Azan dan Iqamah.
11. NOVEMBER Muraja’ah.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 12
RT2
MODUL HAFAZAN TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH
BIL. BULAN PERKARA
1. JANUARI Surah al-Bayyinah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
2. FEBRUARI Surah al-Qadr & al-‘Alaq.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
3. MAC Surah al-Tiin & al-Syarh.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
4. APRIL Surah al-Dhuha & Al-Lail.
Jawab azan dan iqamah.
5. MEI Surah al-Shams.
Jawab azan dan iqamah.
6. JUN Surah al-Balad.
7. JULAI Surah al-Fajr.
8. OGOS
Surah al-Ghasyiah.
9. SEPTEMBER Surah al-A’la.
10. OKTOBER
Surah al-Tariq.
11. NOVEMBER Muraja’ah.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 13
RT3
MODUL HAFAZAN TAHAP 3 SEKOLAH RENDAH
BIL. BULAN PERKARA
1. JANUARI Surah al-Buruj.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
2. FEBRUARI Surah al-Inshiqaq.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
3. MAC Surah al-Mutaffifin.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
4. APRIL Surah al-Infitar.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
5. MEI Surah al-Takwir.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
6. JUN Surah ‘Abasa.
Doa selepas Azan dan Iqamah.
7. JULAI Surah al-Nazi’at .
Doa selepas Azan dan Iqamah.
8. OGOS Surah al-Nazi’at .
Doa selepas Azan dan Iqamah.
9. SEPTEMBER Surah al-Naba’.
Doa selepas Azan dan Iqamah.
10. OKTOBER Surah al-Naba’.
Doa selepas Azan dan Iqamah.
11. NOVEMBER Muraja’ah.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 14
MODUL HAFAZAN SEKOLAH MENENGAH Modul ini disusun sebagai panduan kepada murid dan penilai. Murid akan
merujuk modul ini bagi menentukan kandungan hafazan dan aras hafazan
mereka. Penilai akan merujuk modul ini sebagai instrument untuk menilai tahap
penguasaan hafazan murid tersebut. Modul ini mengandungi LIMA tahap yang
disusun berdasarkan aras penguasaan murid :
BIL MODUL KANDUNGAN CATATAN
1 Tahap1
Surah Hafazan (Surah 1, 93 hingga 114)
Wirid dan doa asas
Lafaz azan dan iqamah
Rujuk MT1
2 Tahap 2
Surah Hafazan (Surah 78 hingga 92)
Tahlil dan doa
Jawab azan dan iqamah
Doa selepas azan dan iqamah
Rujuk MT2
3 Tahap 3
Surah Hafazan (Surah 45, 56 dan 76)
Lafaz niat Solat jenazah
Doa dalam solat jenazah
Doa-doa pilihan
Rujuk MT3
4 Tahap 4
Surah Hafazan (Surah 61, 62, 63 dan 71)
Doa tambahan selepas solat fardhu
Doa-doa pilihan
Rujuk MT4
5 Tahap 5 Surah Hafazan
(Surah 36, 44 dan 67)
Doa-doa pilihan
Rujuk MT5
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 15
MT1
MODUL HAFAZAN TAHAP 1 SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL. BULAN PERKARA
1. JANUARI Surah al-Fatihah/Al-Nas/Al-Falaq.
Lafaz azan dan iqamah.
2. FEBRUARI
Surah al-Ikhlas/ al-Masad/ Al-Nasr.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
3. MAC
Surah al-Kafirun/ al-Kauthar.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
4. APRIL
Surah al-Ma’un/Quraisy.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
5. MEI
Surah al-Fil/al-Humazah.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
6. JUN
Surah al-‘Asr/ al-Takathur / al-Qari’ah.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
7. JULAI Surah al-Zalzalah /al-‘Aadiyaat.
8. OGOS Surah al-Bayyinah / al-Qadr.
9. SEPTEMBER Surah al-‘Alaq / al-Tin.
10. OKTOBER Surah al-Inshirah.
11. NOVEMBER Surah al-Dhuha.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 16
MT2
MODUL HAFAZAN TAHAP 2 SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL. BULAN PERKARA
1. JANUARI
Surah al-Lail/ al-Shams.
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
2. FEBRUARI
Surah al-Balad/ al-Fajr.
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
3. MAC
Surah al-Ghasyiah/ al-Tariq
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
4. APRIL
Surah al-A’la/ al-Buruj
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
5. MEI Surah al-Inshiqaq
Tahlil & Doa
6. JUN Surah al-Mutaffifin
Tahlil & Doa
7. JULAI Surah al-Infitar
Tahlil & Doa
8. OGOS Surah al-Takwir
Tahlil & Doa
9. SEPTEMBER Surah ‘Abasa
Tahlil & Doa
10. OKTOBER Surah al-Nazi’at
Tahlil & Doa
11. NOVEMBER Surah al-Naba’
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 17
MT3
MODUL HAFAZAN TAHAP 3 SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL. BULAN PERKARA
1. JANUARI Surah al-Waqi’ah ayat 1 – 24
Lafaz niat Solat Jenazah
2. FEBRUARI Surah al-Waqi’ah ayat 25 – 50
Doa dalam Solat Jenazah
3. MAC Surah al-Waqi’ah ayat 51 – 74
Doa dalam Solat Jenazah
4. APRIL Surah al-Waqi’ah ayat 75 – 96
Doa dalam Solat Jenazah
5. MEI
Surah al-Sajdah ayat 1 – 15
Doa-doa pilihan.
6. JUN
Surah al-Sajdah ayat 16 – 30
Doa-doa pilihan.
7. JULAI
Surah al-Insan ayat 1 – 15
Doa-doa pilihan.
8. OGOS
Surah al-Insan ayat 16 – 31
Doa-doa pilihan.
9. SEPTEMBER
Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
10. OKTOBER
Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
11. NOVEMBER
Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 18
MT4
MODUL HAFAZAN TAHAP 4 SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL BULAN PERKARA
1 JANUARI Surah Nuh ayat 1-10
Doa tambahan selepas solat fardhu.
2 FEBRUARI Surah Nuh ayat 11-20
Doa tambahan selepas solat fardhu.
3 MAC Surah Nuh ayat 21-28
Doa tambahan selepas solat fardhu.
4 APRIL Surah al-Saff ayat 1-7
Doa tambahan selepas solat fardhu.
5 MEI Surah al-Saff ayat 8-14
Doa tambahan selepas solat fardhu.
6 JUN Surah al-Jumuah ayat 1-11
Doa tambahan selepas solat fardhu.
7 JULAI Surah al-Munafiqun ayat 1-11
Doa-doa pilihan.
8 OGOS Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
9 SEPTEMBER Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
10 OKTOBER Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
11 NOVEMBER Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 19
MT5
MODUL HAFAZAN TAHAP 5 SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL BULAN PERKARA
1. JANUARI Surah al Mulk ayat 1-15
Doa-doa pilihan.
2. FEBRUARI Surah al Mulk ayat 16-30
Doa-doa pilihan.
3. MAC Surah Yasin ayat 1-20
Doa-doa pilihan.
4. APRIL Surah Yasin ayat 21 – 40.
Doa-doa pilihan.
5. MEI Surah Yasin ayat 41 – 60.
Doa-doa pilihan.
6. JUN Surah Yasin ayat 61 – 83
Doa-doa pilihan.
7. JULAI Surah al Dukhan ayat 1 – 20
Doa-doa pilihan.
8. OGOS Surah al Dukhan ayat 21-45
Doa-doa pilihan.
9. SEPTEMBER Surah al Dukhan ayat 46-59
Doa-doa pilihan.
10. OKTOBER Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
11. NOVEMBER Muraja’ah
Doa-doa pilihan.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 20
4Panduan & Kaedah Hafazan
4.1 Pendahuluan
Menghafaz al-Quran merupakan aktiviti yang dikira sebagai ibadah, oleh
itu penjagaan dan perhatian kepada adab-adab bersama al-Quran amat
dititik beratkan. Di antara adab dan kaedah menghafaz al-Quran yang
perlu diikuti oleh semua murid ialah:
4.2 Sebelum Menghafaz:
1. Niat menghafaz untuk mencari keredhaan Allah.
2. Membaca doa dan taawudz.
3. Memiliki Al-Quran rasm Uthmani dan berkekalan
menggunakannya.
4. Sentiasa menunaikan solat fardhu di awal waktu.
5. Sentiasa menunaikan solat sunat tahajjud.
6. Yakin bahawa Allah sentiasa memberi rahmat kepada orang yang
menghafaz al-Quran.
7. Memilih tempat yang sesuai dan sunyi daripada sebarang
gangguan.
8. Pastikan diri dalam keadaan segar, tidak letih, tidak penat dan
terlalu runsing.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 21
4.3 Semasa menghafaz:
1. Mengetahui surah-surah, wirid dan doa yang akan dihafaz.
2. Mengulangi bacaan sekurang-kurangnya sepuluh kali bagi
melancarkannya.
3. Memulakan hafazan setelah lancar bacaan.
4. Bertalaqqi dan bermusyafahah (bersemuka dan membaca
dihadapan guru) bagi memastikan tidak berlaku kesalahan baris,
waqaf ibtida’ dan hukum hakam tajwid.
5. Gunakan penunjuk atau jari untuk menunjuk setiap huruf dan
kalimah yang dibaca.
6. Setelah lancar ayat pertama, pindah kepada ayat yang kedua.
7. Sebelum berpindah kepada ayat yang ketiga ulang semula ayat
yang pertama dan kedua.
8. Gunakan alat bantuan seperti kaset, CD dan sebagainya untuk
memantapkan bacaan dan hafazan.
9. Rehat sebentar ketika penat.
10. Mengulang hafazan setiap kali selepas solat fardhu lima waktu.
Kaedah Menghafaz
Langkah Kaedah
LANGKAH 1 Mengetahui Surah/Wirid/Doa yang hendak dihafaz
LANGKAH 2 Mengulangi bacaan surah/ayat sekurang-kurangnya 10 KALI
LANGKAH 3 Mulakan Hafazan
LANGKAH 4 Bertalaqqi dan bermusyafahah
LANGKAH 5 Setelah lancar ayat pertama baru pindah kepada ayat kedua
LANGKAH 6 Sebelum berpindah kepada ayat ke tiga, ulang semula ayat yang pertama dan kedua sebanyak 10 KALI
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 22
4.4 Selepas menghafaz:
1. Memperdengarkan bacaan kepada guru (tasmi’)
2. Sentiasa mengulangi ayat yang telah dihafaz.
3. Membaca ayat-ayat yang dihafaz ketika solat.
4. Sentiasa mematuhi perintah Allah.
5. Menghindari diri dari perkara-perkara maksiat.
6. Menghafaz secara tadabbur iaitu menghayati maksud, hukum dan
pengajaran yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
7. Sentiasa berdoa semoga hafazan dapat dikekalkan.
5Penilaian & Pelaporan
5.1 Penilaian
Pelaksanaan Program Hafazan ini memerlukan tiga jenis penilaian yang
perlu dilakukan oleh pihak pengurusan asrama iaitu :
5.1.1 Pra Penilaian
i. Pra penilaian bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan hafazan setiap murid sebelum mengikuti modul
yang disediakan (TOV). Pihak pengurusan asrama
mengenalpasti surah, doa dan wirid yang telah dihafaz oleh
murid, seterusnya menetapkan tahap murid tersebut.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 23
ii. Murid akan diminta untuk menghafaz doa/wirid/surah yang
terkandung di dalam Tahap 1 (Samada Rendah atau
Menengah) di hadapan guru. Sekiranya murid tersebut
dapat menghabiskan semua hafazan yang ditetapkan
dalam tahap tersebut, maka murid boleh beralih ke Tahap 2.
Begitulah seterusnya sehingga murid tersebut sampai
kepada tahap di mana murid belum menguasai kesemua
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam tahap tersebut. Dari
situ murid akan mula mengikuti program ini sebagai TOV
masing-masing.
5.1.2 Penilaian Berterusan
i. Penilaian ini merupakan penilaian untuk mengesahkan
seseorang murid tersebut telah berjaya menghafaz sesuatu
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam mana-mana tahap
mereka berada.
ii. Penilaian ini dilaksanakan sepanjang masa dan
pengesahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana guru yang
berkemahiran. Murid boleh berjumpa dengan mana-mana
guru untuk memperdengarkan hafazan mereka dan
mendapatkan pengesahan daripada guru tersebut. Guru
akan merekod pengesahan menggunakan format Rekod
Hafazan Murid Asrama (Lampiran 5 atau Lampiran 6).
iii. Murid akan dibekalkan dengan Borang Pencapaian Individu
(Lampiran 3 atau Lampiran 4) sebagai rekod dan rujukan
murid.
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 24
5.1.3 Penilaian Akhir
Apabila seseorang murid telah menghabiskan hafazan semua
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam sesuatu tahap, penyelaras
program hendaklah memasti dan merekodkan data pencapaian
murid mengikut tahap yang ditetapkan untuk membolehkan murid
meneruskan hafazan ke tahap berikutnya.
5.2 Pelaporan
Satu laporan ringkas hendaklah disediakan menggunakan format
(LAMPIRAN 1A) yang ditetapkan untuk dihantar kepada PPD/JPN dan
digabungkan menjadi Laporan Negeri sebelum diserahkan (LAMPIRAN
1B) kepada BPSH untuk disediakan laporan program peringkat
kebangsaan.
Terdapat dua kali penghantaran laporan iaitu :
5.2.1 Laporan Awal Tahun (TOV)
(Laporan hendaklah sampai ke BPSH, KPM pada/sebelum 15
Februari setiap tahun)
5.2.2 Laporan Akhir Tahun (Status Pelaksanaan)
(Laporan hendaklah sampai ke BPSH, KPM pada/sebelum 15
Disember setiap tahun)
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 25
6Glosari
Bil Istilah Maksud
1 Matsur Lafaz doa yang diambil dari al-Quran atau hadis yang shahih.
2 Naqib usrah Ketua yang dilantik bagi mengetuai kumpulan kecil perbincangan ilmiah dan keagamaan
3 Murid turus Murid contoh yang mempunyai bacaan yang betul dan baik serta boleh dijadikan ikutan
4 Azan Seruan dengan lafaz yang tertentu bagi mengetahui masuknya waktu solat fardhu
5 Iqamah Lafaz tertentu bagi mengetahui solat akan didirikan
6 Wirid Amalan harian dari ayat al-Quran dan zikir yang ditetapkan oleh seseorang bagi dirinya
7 Taawudz Lafaz “ Auzubillahi minas syaitanir rajim “
8 Rasm Uthmani Kaedah Penulisan mushaf al-Quran yang dipersetujui di zaman Uthman ibnu Affan
9 Bertalaqqi Bersemuka dan berhadap dengan guru
10 Bermusyafahah Memerhati dan meniru gerak bibir guru bagi sebutan yang betul
11 Waqaf Ibtida’ Kaedah memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan
12 Tajwid Ilmu mengetahui tempat keluar dan sifat huruf dan apa yang mesti daripada sifat mendatang
13 Tasmi’ Kaedah memperdengarkan bacaan hafazan kepada guru
14 Tadabbur Memahami makna, memikir dan mengambil manfaat daripada isyarat dan peringatan al-Quran
15 Murajaah Kaedah mengulang kaji hafazan
16 Halaqah Kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang ketua/naqib
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 26
Panel Penggubal
Penasihat : ABDULLAH BIN MAD YUNUS
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi : HJ. MOHAMED YAMIN BIN MOHAMED YUSOF A.M.N Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
Setiausaha : HAJI BAHRIN BIN HAJI MASDUKI Ketua Unit Pengurusan Asrama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
Penolong Setiausaha : PUAN JURAIDAH BINTI JALALUDDIN Penolong Pengarah Unit Pengurusan Asrama, BPSH Kementerian Pendidikan Malaysia
Ahli Panel
EN. MUHAMAD SHAFIE BIN HJ. ISMAIL Ketua Unit KKQ
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
EN. SAIFUL BAHRIN BIN ABU Pengetua SMKA Dato’ Hj. Abu Hasan Hj. Sail, N.Sembilan
HJH. ROHANI BT ATAN Pegawai Asrama
JPN Negeri Sembilan
HJ. MOHAMAD BIN SAMAON Pegawai Asrama JPN Johor
PN. HASMAH BINTI ISMAIL Pegawai Asrama
JPN P. Pinang
EN. ROSLI BIN KABIL Pegawai Asrama JPN Selangor
EN. ABDULLAH BIN SHAFIE GPK Hal Ehwal Murid
SMKA Arau, Perlis
EN. AZMAN BIN JANUDIN Guru Besar SK Seri Mendapat, Melaka
PN. BAYAH BINTI AHMAD GPK Hal Ehwal Murid
SMK Bukit Selambau, Kedah
PN. AZIMAH BINTI OMAR Guru Penolong (Warden) SMK Ismail Petra, Kelantan
EN. MOHD AFANDI BIN MOHD KASSIM Guru Penolong (Ulul Albab)
SMKA Kedah, Kedah
EN. HAIRUL HISYAM BIN ADAM Guru Penolong (Ulul Albab) SMKA Kuala Lumpur, KL
EN. ZAMRI BIN MUSTAFA Guru Penolong (Warden)
Sekolah Model Khas Baling, Kedah
PN. ZAUYAH BINTI ISMAIL Guru Penolong (Warden) SMK Sultanah Bahiyah, Kedah
EN. MOHD ZUBAIDI BIN ZAKARIA Guru Penolong (Warden)
SK Panglima Awang, Kedah
EN. MOHD SHAFIZAM BIN SHAFIE Guru Penolong (Warden) SMK Permatang Tok Jaya, P. Pinang
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 27
PN. HAFSAH BT. IBRAHIM
Guru Penolong (Warden) SMK Sg. Acheh, P. Pinang
CIK SHALEHAH BINTI DAHARI@ZAHARI Guru Penolong (Warden) SMK Raja Tun Uda, P. Pinang
EN. MOHD SYARIZAL BIN ROSLAN Guru Penolong (Warden)
SK Talang, Perak
EN. SUHAIRUDIN BIN IBRAHIM Guru Penolong (Warden) SMK Simpang Beluru, Perak
EN. MOHD KAMARUZAMAN BIN MAT Guru Penolong (Warden)
SMK Simpang Beluru, Perak
EN. MOHD NAZRI BIN MOHD RADZI Guru Penolong (Warden) SK Batu Bertangkup, Perlis
PN. NUR SYAMSINAR BINTI MOHD ZAPOR Guru Penolong (Warden)
SMK Raja Perempuan Muda Tg. Fauziah, Perlis
CIK MARIAH BINTI YUSUF Guru Penolong (Warden) SMK Syed Ahmad, Perlis
EN. MOHD HANIF BIN ABDUL AZIZ Guru Penolong (Warden)
SK Tengkawang, Terengganu
EN. MOHD ASRI BIN MAT HASSAN Guru Penolong (Warden) SMKA Dato’ Hj. Abbas, Terengganu
Urusetia
EN. MUHAMAD ZAIMI BIN OMAR Penyelia Asrama
SMK Taman Jelutong, Kedah
EN. NORAZLAN BIN YUSOF Penyelia Asrama SK Pulau Tuba, Langkawi, Kedah
EN. MOHD NAIM BIN AHMAD Penyelia Asrama
SMKA Kedah, Kedah
PN. ROSMIZA BINTI ZAINOL ABIDIN Penyelia Asrama SMK Datuk Syed Ahmad, Kedah
[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 28
Senarai Lampiran
BIL ITEM
LAMPIRAN 1 Format Laporan Awal dan Akhir Tahun PHMAH (1A dan 1B)
LAMPIRAN 2 Panduan Penilaian Borang Surah-Surah Hafazan Wirid Dan Doa Selepas Solat
LAMPIRAN 3 Borang Pencapaian Individu Hafazan Murid Asrama Sekolah Rendah
LAMPIRAN 4 Borang Pencapaian Individu Hafazan Murid Asrama Sekolah Menengah Harian
LAMPIRAN 5 Rekod Hafazan Murid Asrama Sekolah Rendah
LAMPIRAN 6 Rekod Hafazan Murid Asrama Sekolah Menengah Harian
LAMPIRAN 7 Teks Wirid dan Doa Murid Asrama Sekolah Rendah
LAMPIRAN 8 Teks Wirid dan Doa Murid Asrama Sekolah Menengah Harian
LAMPIRAN 9 Panduan dan Bacaan Solat Jenazah
LAMPIRAN 10 Tahlil dan Doa
LAMPIRAN 11 Doa-Doa Pilihan