ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 3
KONSEP SYARIAH 4
PENGERTIAN KONSEP SYARIAH 5
TUJUAN SYARIAT 6
DASAR SYARIAT ISLAM 7
PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANG ISLAM 7
SUMBER-SUMBER SYARIAH 8
KONSEP ASAS SYARIAT ISLAM 9
KAEDAH MENOLAK KERUGIAN DAN BAHAYA 10
KAEDAH MENGHALANG KESUKARAN 11
KONSEP MASLAHAT 12
ELEMEN MASLAHAT 13
KEMASLAHATAN DAN BAHAGIANNYA 14
MASLAHAT DHARURIYAH 14
MASLAHAT HAJIYAT 18
MASLAHAT TAHSINIYAT 19
KEUTAMAAN TINGKAT KEMASLAHATAN 21
KONSEP MASLAHAH 22
KEHUJAHAN BERKAITAN DENGAN MASALIH MURSALAH 25
KESIMPULAN 28
BIBLIOGRAFI 29
1
1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T
diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya
yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus, Falsafah Perundangan Islam dalam tajuk Konsep Asas Syariat
Islam dan Konsep Maslahah tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan,
rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas
bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustaz Shahrul Hizam Bin Mokhtar. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang
memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam
pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan
dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang
sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi
insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis
termampu.
2
2.0.PENGENALAN
Syariat Islam dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan setiap individu, masyarakat
dan sebagainya. Tanpa adanya syariat, pasti kehidupan akan musnah disebabkan tidak adanya
sistem yang wujud digunakan. Syariat Islam ini merupakan satu kepentingan pada setiap
individu yang bernama muslim. Secara global, tujuan syarak dalam menetapkan hukum-
hukumnya adalah untuk kemaslahatan manusia seluruhnya baik kemaslahatan didunia yang
fana ini mahupun di hari yang baqa kelak. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalan surah al-
Anbiya ayat 107 yang berbunyi :
107. dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 159 yang berbunyi :
159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan
mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau
telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
Jelasnya setiap syariat Islam yang diturunkan itu mempunyai maslahat masing-masing dan
hikmah yang tersendiri.
3.0.KONSEP SYARIAH
3
Secara etimologinya, syariah bererti jalan ketempat pengairan atau jalan yang bersih yang
selalu dilalui atau tempat lalu air di sungai. Erti yang akhir ini digunakan mengikut orang
Arab sampai masa kini. Kata-kata syariah banyak disebutkan didalam al-Quran yang mana
masing-masing mempunyai pengertian yang hampir sama. Umpamanya dalam surah al-
Maidah ayat 48 yang berbunyi :
48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli
Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau
mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan
(tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau
Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama
Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah
disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman
dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan
memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.
4.0.PENGERTIAN KONSEP SYARIAT
Konsep mengikut pengertian kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud sebagai
idea am atau idea yang mendasari sesuatu atau rancangan.1 Manakala syariat pula berasal
1)Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Kuala Lumpur 2007, Halaman
4
daripada perkataan Arab yang bererti peraturan atau undang-undang iaitu peraturan mengenai
tingkah laku yang mengikat, harus dipatuhi dan dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya.
Menurut istilah (terminologi), kata syariat dapat diterangkan dengan dua pengertian iaitu
pengertian yang bersifat umum dan pengertian yang bersifat khusus. Menurut pengertian
bersifat umum, syariat Islam membawa maksud seluruh ketentuan ajaran agama Islam yang
bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini bererti syariat mencakup seluruh ajaran agama Islam
yang meliputi bidang akidah, akhlak dan amaliah. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan
oleh Allah SWT dalam al-Quran. Manakala syariat mengikut pengertian khusus bererti
ketentuan-ketentuan atau peraturan-peraturan agama Islam yang hanya mencakupi bidang
alamiah dari ummat Islam dan tidak termasuk didalam bidang akidah dan akhlak. Pengertian
syariat ini adalah mengikut kamus istilah Fiqh.2 Manakala Islam pula membawa maksud
sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan ianya berasal daripada
perkataan salama yang membawa maksud sejahtera. Pengertian konsep asas syariat Islam
secara menyeluruh ialah, panduan dan penetapan kepada perundangan Islam. Kehidupan
setiap individu muslim mahu tidak mahu tidak akan mampu untuk melarikan diri daripada
berlandaskan syariat Islam kerana tanpa syariat yang ditetapkan kehidupan pasti akan porak
poranda dan musnah. Hal ini jelas menunjukkaan betapa pentingnya syariah dalam kehidupan
seseorang. Ianya bersifat keperluan bagi menjamin kemaslahatan hidup didunia mahupun
diakhirat. Syariat memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian dan seterusnya.3
5.0.TUJUAN SYARIAT
Allah menurunkan manusia ke permukaan bumi sebagai khalifah yang diperlengkapi dengan
peraturan-peraturan yang sempurna yang akan menyelamatkan mereka dari segala bentuk
penindasan. Peraturan tersebut dikenali sebagai syariah. Selagi manusia mahu berjalan diatas
prinsip Islam yang benar pastinya mereka akan berolah kejayaan di dunia mahupun di
akhirat. Tujuan umum pembuatan syariat dan hukum adalah untuk merealisasikan maslahat
816.2)Kamus Istilah Fiqh, M.Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafi’ah Am, Advance Publication, Percetakan IWC SDN.BHD., Selangor Darul Ehsan, Halaman 343.3)Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dusuki Bin Haji Ahmad, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Percetakan Adabi SDN.BHD., Kuala Lumpur 1988, Halaman 142.
5
bagi manusia dalam kehidupan, baik dengan mendapatkan manfaat bagi mereka, atau dengan
menolak bahaya dari diri mereka. Dalil-dalil syarak yang menguatkan makna di atas
diantaranya ialah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang berbunyi:
107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Sehingga yang dimaksudkan maqasid syariah adalah makna-makna dan tujuan-tujuan yang
ditekankan dalam syariat pada seluruh hukum-hukumnya atau sebahagian besarnya. Ianya
juga boleh diertikan sebagai tujuan dari pembuat syariat dalam setiap hukum dari hukum-
hukumnya. Diantara tujuan syariat ialah :
Untuk menunjukkan bahawa ajaran dan ketentuan Allah itu lebih tinggi dan luhur
nilainya dibandingkan pemikiran manusia.
Melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Untuk mempersatukan pandangan hidup manusia agar semuanya berada pada jalan
yang benar dan mempersatukan dalam segala sikap serta perbuatan.
Untuk kesejahteraan dan keselamatan hidup manusia.
Menjamin kesejahteraan hidup didunia dan di akhirat.
Menjaga kepentingan setiap individu manusia.4
6.0.DASAR SYARIAT ISLAM
Islam dibawa dan disyariatkan adalah untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu :
Mendidik individu.
Matlamat dan maksud tujuan perundangan Islam ialah untuk mendidik individu itu
sendiri supaya menjadi insan yang berguna seterusnya sebagai model dan ikutan
kepada orang lain. Contohnya, mensyariatkan sembahyang. Antara tujuan
disyariatkan sembahyang adalah untuk mendidik manusia daripada sifat keji dan
maksiat.
4)Kamus Istilah Fiqh, M.Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafi’ah Am, Advance Publication, Percetakan IWC SDN.BHD., Selangor Darul Ehsan, Halaman 343-344.
6
Menegakkan keadilan.
Dasar perundangan Islam adalah untuk menegakkan keadilan terhadap individu dan
masyarakat. Konteks itu keadilan dibina adalah untuk mengambil hak daripada orang
zalim dan memberikan hak kepada yang dizalimi.
Menjaga kemaslahatan.
Maksud perundangan juga adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kepentingan
individu serta masyarakat umum. Yang mana setiap yang disyariatkan adalah untuk
menjaga kemaslahatan setiap masyarakat. Ianya bukan untuk kepentingan peribadi
atau atas dasar hawa nafsu.5
7.0.PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
Undang-undang syariah dapat diklasifikasikan kedalam dua bahagian utama iaitu ibadat dan
muamalat.
Bahagian ibadat.
Ibadat ialah perbuatan ataupun amalan yang berkaitan dengan hak Allah SWT. Tujuan
ibadat adalah mendekatkan diri seseorang individu Muslim dengan Allah SWT.
Contoh ibadat adalah seperti sembahyang, zakat, puasa dan menunaikan haji.6
Bahagiam muamalat.
Muamalat adalah hukum yang berkaitan dengan perbuatan yang berlaku diantara
sesama manusia. Ianya boleh dikatakan sebagai peraturan yang mengatur cara hidup
manusia seperti jual beli, nikah, kahwin, perwarisan dan lain-lain. Muamalat dapat
dibahagian kepada beberapa bahagian antaranya ialah :
Undang-undang keluarga.
Merupakan undang-undang berkaitan dengan perhubungan keluarga,
perkahwinan, hak-hak dan kewajipan dalam hubungan rumah tangga.
Undang-undang sivil.
5)Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Mahmood Zuhdi b.Abdul Majid, Penerbitan Universiti Malaya Kuala Lumpur, Cetakan Keenam, 2004, Halaman 12.6)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publication & Distributor SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 108.
7
Undang-undang yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang seperti jual
beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan, persyarikatan dan sebagainya.
Undang-undang jenayah.
Iaitu undang-undang yang berhubung dengan kesalahan jenayah yang
dilakukan oleh manusia yang menyebabkan ia wajar menerima hukuman.
Undang-undang acara sivil dan jenayah.
Undang-undang berhubung dengan kehakiman, pendakwaan, tuntutan, dan
cara pembuktian dengan penyaksian, ikrar, sumpah dan seterusnya.
8.0.SUMBER-SUMBER SYARIAH
Dalil-dalil syarak yang menjadi panduan kepada pensyariatan syariat Islam ialah :
Dalil-dalil yang disepakati iaitu al-Quran, sunnah, ijmak.
Dalil-dalil syarak yang dipertikaikan iaitu istishan, masalih mursalah, istishan, ‘urf,
syaru man qablana, qaul sahabi dan sadu’ zara’i.7
9.0.KONSEP ASAS SYARIAT ISLAM
Konsep asas syariat Islam mengandungi dua aspek utama iaitu :
Mempunyai hikmah dan I’llah hukum.
Setiap hukum yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmah tersendiri dan
hukuman tersebut diturunkan bukanlah hanya sekadar diperturunkan. Secara
umumnya hukuman yang diturunkan itu adalah untuk menjaga kepentingan setiap
individu yang berbentuk umumiah. Hukum yang diturunkan juga mempunyai illah
masing-masing bagi menjamin kesejahteraan kehidupan didunia mahupun menuju ke
7)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publication & Distributor SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 108-111.
8
akhirat. Ini menunjukkan konsep asas syariat Islam itu jelas menunjukkan bahawa
agama Islam itu merupakan satu agama yang unik berbanding agama-agama yang
lain. Setiap apa yang dilaksanakan dan disyariatkan pasti mempunyai hikmah dan
‘illah yang tersendiri yang mana kadangkala hikmah tersebut tidak dapat dijangkau
oleh pemikiran manusia itu sendiri.
Mementingkan kemaslahatan dan menolak kemudharatan.
Seiringan dengan apa yang disyariatkan oleh Islam itu sendiri yang mana mestilah
mengambil maslahah dan menolak segala kemudharatan. Jelasnya konsep asas
perlaksanaan syariat Islam itu adalah untuk menolak segala kemudharatan yang mana
Islam itu sendiri menegah umatnya untuk menghampiri kebinasaan. Setiap perkara
yang memberi manfaat dan kemaslahatan mestilah diambil dan dilaksanakan dan
setiap perkara yang mengandungi kemudharatan mestilah ditinggalkan dan
dihapuskan. Contohnya arak. Pengharaman berlaku disebabkan ianya membawa
kemudharatan terhadap peminumnya yang mana ianya boleh menjejaskan kewarasan
akal serta menyebabkan individu tersebut separa sedar. Hal ini akan membawa kepada
kemudharatan yang boleh menyebabkan kemusnahan tidak sahaja pada diri sendiri
tetapi juga kepada setiap apa yang berada disekeliling. Hal tersebut menyebabkan
pengharaman arak. Ini menunjukkan syariat Islam itu mengambil maslahah dan
menolak kemudharatan.8
10.0.KAEDAH DALAM MENOLAK KERUGIAN ATAU BAHAYA
Daf'u ad-dhoror bermaksud menolak bahaya atau kerugian mempunyai beberapa kaedah
dalam pelaksanannya. Para ulama mengkaji dan membahas masalah ini begitu panjang dalam
kitab-kitab ushul fiqh. Berikut ini adalah penjelasannya secara sederhana :
Bahaya itu dicegah sesuai dengan kemampuan (Ad-dhorori yud'fau biqodril imkan).
Ertinya dalam syariat Islam sentiasa ada langkah pencegahan untuk menolak bahaya
yang akan terjadi. Contohnya, disyariatkannya jihad untuk mencegah kerosakan dari
serangan musuh. Kemudian syariat hak Syuf'ah bagi tetangga dan rakan kongsi dalam
perniagaan.
8)Filsafat Hukum Islam, Prof.Dr.H.Ismail Muhammad Syah, S.H., Penerbit Bumi Askara Jakarta, Cetakan Kedua Februari 1992, Halaman 70-71.
9
Bahaya itu harus segera dihapuskan (Ad-dhorori yuzal). Ertinya bahaya tidak
dibiarkan begitu saja. Contohnya, disyariatkannya berubat (at-tadawi) ketika sakit,
dan bolehnya membunuh haiwan-haiwan yang berbahaya.
Bahaya tidak boleh diatasi dengan menyebabkan bahaya lain yang sama (Ad-dhorou
la yuzzal bi mitslihi). Contohnya, tidak boleh mengambil barang seseorang untuk
menyelamatkan barang miliknya.
Menanggung bahaya yang paling ringan (Yartakibu akhoffu dhororoin li ittiqo
asyaddhuhuma). Contohnya berdiam diri dan tidak mencegah kemungkaran di
hadapan atau secara terus kerana jika dilakukan akan membahayakan jiwanya,
kemudian bolehnya membelah perut wanita hamil yang telah meninggal untuk
mengeluarkan janin yang dirasakan masih hidup.
Menanggung bahaya yang bersifat khusus dari yang bersifat umum (Yatahammal ad-
dhoror al-khoos lidaf'il ad-dhoror al-'aam). Contohnyanya, disyariatkannya menahan
atau mengurung doktor yang bodoh atau mufti yang gila bagi mencegah bahaya bagi
masyarakat umum. Selain itu, begitu juga dibolehkan menjual barang milik
'penimbun' untuk mencegah kekacauan dalam masyarakat. Begitu pula,
dibolehkannya penetapan harga barang (at-tas'iir) ketika harga mula naik berlebihan.9
Mencegah kerosakan lebih didahulukan dari mendapatkan manfaat (Dar'ul mafasid
aula min jalbi al manafa'i. Dalam masalah ini Rasulullah SAW bersabda :
“Apa-apa yang aku larang bagimu, maka jauhilah dan apa-apa yang aku perintahkan
padamu maka jalanilah sesuai dengan kemampuanmu " (HR Muslim dari Abu
Hurairah)
Contoh : Khamr meskipun ada manfaat ekonomi, tetapi dilarang kerana ada kerosakan
dan bahaya yang dihasilkan. Begitu pula, larangan membuka jendela untuk
mendapatkan manfaat udara segar, jika jendela itu mengarah ke ruangan rumah
tetangga yang ada isteri dan anak perempuannya ianya amat ditegah dan dilarang.
11.0.KAEDAH MENGHILANGKAN KESUKARAN
9)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Pustaka Salam SDN.BHD., Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 178-180.
10
Raf'u al-Kharoj atau menghilangkan kesulitan dalam Islam juga mempunyai kaedah-kaedah
tertentu. Secara sederhana, perbahasannya adalah sebagaimana berikut :
Kesulitan menghasilkan Kemudahan (Al masyaqqoh tajlibu at-taysir). Contohnya,
semua rukhsah yang disyariatkan sebahagian besar kerana adanya kesulitan dan
kesukaran, seperti dalam keadaan bermusafir dan sakit. Begitu pula sebab lain seperti,
keadaan terpaksa (al-ikroh), terlupa (an-nisyan), tidak tahu sebuah hukum (al-jahl),
umum al-balwah dan lain-lain lagi.
Kesukaran secara syarak harus dihilangkan. Contohnya, diterima kesaksian satu orang
wanita sahaja dalam hal-hal yang berhubungan dengan aurat dan aib wanita. Begitu
pula dicukupkan dengan secara zann dalam menentukan arah kiblat jika memang
kehilangan arah yang pasti.
Maslahat hajiyat boleh menjadi dharuriyat dalam hal-hal tertentu yang dilarang.
Contohnya, berbagai macam jual beli masa kini yang mengandungi sedikit unsur
syubhat dan ghoror (ketidak jelasan), awalnya dilarang dalam keadaan ini kecuali
yang mendesak untuk kepentingan umum. Tentu sahaja hal ini memerlukan
pengkajian lebih mendalam lagi.10
12.0.KONSEP MASLAHAT
Menurut al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya “Ilmu usul al-Fiqh”, majoriti
ahli usul menjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal.
Bagaimanapun, Imam Malik lebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah.
Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini sebagai al-
Istislah. Sehubungan dengan itu, para ulama` berbeza pandangan dalam mendefinisikan
maksud maslahah. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Abd Hamid Mutawwali dalam
karangannya “al-Syariah al-Islamiyyah Kamasdar Asasi li al Dustur” menjelaskan dari segi
terminologi maknanya, pandangan Imam al-Ghazali lebih bertepatan dan bersesuaian dengan
konsep yang digunapakai. Beliau menjelaskan bahawa pengertian makna tersebut merujuk
kepada perkara-perkara yang boleh memelihara dan memartabatkan objektif syara` (al-
10)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Pustaka Salam SDN.BHD., Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 178-180.
11
dharuriyyat al-khams). Justeru itu, apa-apa unsur negatif mengikut tafsiran agama yang
menjadi penghalang ke arah mencapai objektif syara` dikategorikan sebagai keburukan
(mafsadah). Kemungkinan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan oleh manusia
dianggap satu perkara yang baik, namun ia dianggap sebaliknya oleh syara`. Sebagai contoh,
perbuatan minum arak dan berjudi di kalangan bangsa Arab Jahiliah dianggap satu perbuatan
yang mulia di sisi mereka dan tidak mendatangkan keburukan. Bagaimanapun, tafsiran ini
berbeza di sisi syara` dengan menjelaskan perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa. Oleh
yang demikian, tafsiran memelihara kepentingan syara` perlu mengambilkira asas-asas yang
dalam kerangka perundangan Islam di samping pemahaman manusia. Tegasnya, maslahah
adalah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan daripada unsur-
unsur kemudharatan. Menurut Muhammad `Iwadz al-Hazayimah dan Mustafa Ahmad Najib
dalam kitab bertajuk “al-Madkhal Ila Dirasah al-Tashri` al-Islami” pada asasnya, syara`
mengklasifikasikan maslahah kepada tiga komponen yang utama yang terdiri daripada
maslahah dharuriyah, maslahah tahsiniyat dan maslahah hajiyat yang mempunyai peranan
masing-masing.11
13.0.ELEMEN MASLAHAT
1. Maslahat Duniawi / Kepentingan Urusan Kehidupan :
Dikenalpasti dan disesuaikan mengikut terjemahan akal yang thiqah (yang boleh
terima kesahihannya), pengalaman dan urf' (Adat). Ulama Usul Fiqh yang telah
bersependapat serta berpandangan adalah sepertimana yang tertera diatas, mereka
adalah Imam Malik B. Anas ( 179 H), Imam Al-Juwayni As-Syafie ( 478 H), Imam
As-Sarakhasi Al-Hanafi ( 490 H) , Imam Abu Hamid Al-Ghazali ( 505 H), Imam
Izuddin B Abd Salam ( 660 H) & Imam Ibn Taymiah Al-Hanbali ( 728 H) yang mana
maslahah duniawi adalah untuk kepentingan setiap masyarakat dan buka individu
tertentu sahaja serta bukan untuk hawa nafsu.
11)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 112.
12
2. Maslahat Ukhrawi / Kepentingan Urusan Akhirat:
Tidak boleh dipastikan kecuali melalui nas Al-Quran atau Hadith sahaja. Adapun
para Fuqaha telah meletakkan beberapa kaedah bagi mengenalpasti maslahat
Ukhrawi dan Duniawi, antara lain ;
Memerhati dan meneliti nas Al-Quran dan Hadith yang jelas Kehendak ayat
tersebut.
Mengenalpasti maslahat dan Maqasid Syariah menerusi dalalah ayat perintah dan
larangan.
Penelitian terhadap 'ilat hukum dan seterusnya menentukan Maqasid Syariah.
Kajian menyeluruh (istiqra) terhadap hukum-hukum yang telah sedia ada dan
dalil-dalil hukum syara dan seterusnya menentukan Maqasid Syariah (Kehendak
Syara').
Mengambil kefahaman para sahabat hasil pemahaman mereka terhadap dalil-dalil.
Menggunakan akal hasil percubaan, pengalaman dan Urf (adat) yang tidak membatasi
Maqasid Syariah.12
14.0.KEMASLAHATAN DAN BAHAGIANNYA
Maslahat dalam pandangan syarak terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, maslahat dharuriyah
(keharusan), maslahat hajiyat (keperluan) dan tahsiniyah (kebaikan atau keindahan).
Penjelasan singkatnya sebagai berikut :
14.1.MASLAHAT DHARURIYAH
Perkara al-Daruriy merupakan perkara asasi atau keperluan utama untuk memenuhi serta
melaksanakan kemaslahatan dunia dan agama. Al-Imam Asy-Syatibi menerangkan maqasid
dharuriyah ialah maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan di
akhirat. Erti kata lain, ianya ialah maslahat yang mana kehidupan manusia bergantung
kepadanya baik kehidupan duniawi mahupun kehidupan beragama. Maslahat ini harus ada
dan wujud. Jika hilang atau rosak maslahat ini, maka akan terganggu keteraruran hidup setiap
individu, serta menyebabkan tersebarnya kemusnahan dan kerosakan. Maslahat dharuriyah
12)http://www.elemenmaslahat.com.my
13
terbagi menjadi lima jenis iaitu penjagaan atas agama, jiwa, akal, harta, keturunan yang mana
masing-masing mempunyai sebab pensyariatan tersendiri. Antaranya :
14.1.1.PENJAGAAN ATAS AGAMA (HIFDZ AD-DIN)
Islam memandang agama sebagai maslahat pokok manusia, maka penjagaannya adalah
sebuah keharusan. Maka di dalam Islam juga disyariatkan berjihad ketika agama mula
diperangi. Demikian pula Islam memandang mereka yang murtad, tidak menjaga agamanya,
adalah seorang yang halal darahnya, dan diancam dengan keabadian di neraka. Firman Allah
SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9 yang berbunyi :
13
9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-
orang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa
Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.14
14.1.2.PENJAGAAN ATAS JIWA ( HIFDZ AN-NAS )
Islam memuliakan nyawa seorang manusia, menganggap bahwa menghilangkan nyawa
seseorang adalah kejahatan besar, yang sama dengan menghilangkan seluruh nyawa manusia.
Islam juga menjaga jiwa seseorang dengan memberikan ancaman hukuman qisas bagi
seorang yang menghilangkan nyawa seseorang. Islam juga melarang seseorang daripada tidak
menghargai nyawanya sendiri. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 29 yang
berbunyi :
13)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 104-105.14)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 104-105.
14
29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan
perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.15
14.1.3.PENJAGAAN ATAS AKAL ( HIFDZ AL-AQL )
Islam memuliakan akal manusia, meminta mereka mengoptimalkan penggunaannya untuk
kemaslahatan manusia. Islam melarang daripada melakukan aktiviti yang merosak dan
menghilangkan akal seperti, minum khamr. Lebih dari itu Islam juga memberikan hukuman
kepada setiap orang yang berkaitan dalam setiap aktiviti produksi, distribusi dan juga
konsumsi khamr. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90 yang berbunyi :
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :
" Terlaknat sepuluh orang dalam khamr : yang memerasnya, yang meminta diperaskan, yang
membawanya, yang dibawakan kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang
15)Perbahasan Usul al-Ahkam, Ust.Abdul Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Jun 2001, Halaman
15
mendapat harganya, yang membeli dan yang membelikan baginya " (HR Ibnu Majah dan
Tirmidzi)16
14.1.4.PENJAGAAN ATAS KEHORMATAN DAN KETURUNAN ( HIFZUL AL-IRD
WA AN-NASAB )
Islam tegas memuliakan kehormatan dan garis keturunan. Maka syariat Islam jelas-jelas telah
melarang mendekati zina. Bagi para pelaku zina diancam hukuman yang berat, kerana ianya
merosakkan kehormatan seseorang. Lebih khusus pezina yang sudah berkahwin, diancam
hukuman mati (rejam) kerana merosakkan kehormatan rumah tangga sekaligus
mencampuradukkan nasab. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2 yang berbunyi :
perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.17
14.1.5.PENJAGAAN ATAS HARTA ( HIFZUL MAL )
Islam mengakui milik seseorang individu atas hartanya dan menghargainya. Maka islam
melarang memperolehi harta dari yang lainnya kecuali dengan cara dan kaedah yang sah,
baik, dan saling meredhai. Islam juga tidak ragu-ragu untuk menjatuhkan hukuman potong
tangan bagi mereka yang mencuri dalam jumlah besar. Firman Allah SWT dalam surah al-
Maidah ayat 38 yang berbunyi :
16)Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise Cetakan Pertama Jun 2001, Halaman 246.17)Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise Cetakan Pertama Jun 2001, Halaman 246-247.
16
38. Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.18
14.2.MASLAHAT HAJIYAT
Ianya perkara dan keperluan manusia yang mereka hajati atau keperluaan untuk memudahkan
urusan hidup dan akhirat mereka serta menghilangkan kesempitan. Ianya ialah maslahat yang
mana manusia memerlukannya untuk mendapatkan kemudahan bagi mereka serta
menghilangkan kesukaran dalam kehidupan mereka. Jika maslahat ini hilang atau tidak
wujud, ianya tidak merosakkan kehidupan seseorang individu, akan tetapi menjadikan
kehidupan menjadi sukar dan berat. Contoh maslahat ini dalam masalah ibadah :
disyariatkannya rukhsah (keringanan) untuk solat qasar dan jamak bagi orang yang
bermusafir. Begitu juga kebolehan berbuka puasa bagi orang yang sakit dan musafir ketika
puasa Ramadhan. Selain itu maslahat ini berlaku juga dalam konsep muamalat. Contoh dalam
muamalat ialah diharuskan akad yang diperlukan oleh manusia dan demi kemaslahatan
mereka seperti, jual salam, sewa menyewa, pelaburan, syarikat dan upah mengupah. Antara
lain juga disyariatkan talak bagi pasangan yang tidak serasi. Selain itu perkara yang berkaitan
dengan hukuman juga turut berlaku. Contohnya ialah, digugurkan hukuman hudud sebab ada
syubhat dengan membayar diyat dan kaffarah terhadap keluarga pembunuh yang membunuh
tidak sengaja atau hak memberi keampunan bagi wali mangsa terhadap penjenayah.
Dalil syarak dalam maslahah ini ialah dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat
185 yang bermaksud :
18)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 106.
17
19
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh
itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan
sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
14.3.MASLAHAT TAHSINIYAT
Ianya dikenali juga sebagai maslahah kamaliyat. Hukum kepada maslahah ini adalah untuk
kembali kepada memperbaiki keadaan hidup manusia supaya menjadi sesuai dengan maruah,
akhlak yang mulia dan adapt yang baik. Jika maslahah ini wujud, ianya akan menambah
kehormatan dan kelengkapan iaitu berhubungan dengan adat-adat yang baik dan
kesempurnaan akhlak. Jika tidak terpenuhi tidak mengganggu kehidupan dan tidak
menyebabkan kesulitan, namun akan dianggap kurang sesuai bagi setiap orang yang berakal.
Contohnya dalam masalah ibadah. Disyariatkannya thaharah (bersuci) bagi badan, pakaian
dan tempat solat sebelum solat. Dianjurkannya memakai pakaian yang baik ketika hendak 19)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 114.
18
pergi ke masjid, serta melaksanakan berbagai bentuk solat dan puasa sunat. Contoh lain
adalah dalam masalah muamalat iaitu larangan jualan atas jualan orang lain, larangan jualan
secara tipu. Contoh dalam skop akhlak dan keperibadian ialah, wanita diharamkan keluar
rumah dan merayau-rayau dijalan dengan mendedah aurat serta segala bentuk yang
membawa kearah fitnah.20
Dalil syarak mengenai maslahat tahsiniyah ini adalah sebagaimana firman Allah SWT dalam
surah al-Maidah ayat 6 yang berbunyi :
6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua
belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah
kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka
bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam
pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah
kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua
belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan
20)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 114-116.
19
(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur.21
Rasulullah SAW juga bersabda dalam beberapa hadits :
"Sesungguhnya Allah maha Indah Menyukai keindahan ", "Sesungguhnya Allah itu Maha
Terpuji dan tidak menerima kecuali yang terpuji / baik ", serta hadits : " Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ".22
15.0.KEUTAMAAN TINGKAT KEMASLAHATAN
Berdasarkan ketiga-tiga kemaslahatan tersebut, ianya menduduki tingkat kemaslahatan yang
berbeza-beza mengikut kepentingan dan sudut keutamaannya sendiri. Dimana tingkat
keperluan dhururiyah menduduki kedudukan yang paling tinggi kerana semua maslahat yang
lain tidak akan dapat dipenuhi jika maslahah peringkat ini tidak dipenuhi. Imam al-Ghazali
menyatakan menjaga kemaslahatan yang diiktibar itu adalah termasuk didalam kemaslahatan
dharuriyah. Lima kemaslahatan tersebut ialah menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta. Ia adalah kemaslahatan yang paling kuat dan merupakan kepentingan asasi. Selepas
kemaslahatan tersebut, diikuti pula dengan kemaslahatan hajiyat. Dimana hukum hajiyat
disyariatkan adalah untuk menyempurnakan keperluan dharuriyah iaitu memenuhi keperluan
manusia. Ianya bertujuan untuk memberi kelengkapan hidup dalam diri setiap manusia. Ianya
bagi menjamin kehidupan kearah yang lebih elok dan lebih baik. Manakala tahap yang paling
rendah sekali ialah kemsalahatan tahsiniyat. Iaitu maslahat yang dikenali juga sebagai
maslahat kamaliyat. Ianya merupakan maslahat kesempurnaan. Kemaslahatan tahsiniyat
adalah untuk melengkapi kemaslahatan hajiyat. Kemaslahatan tahsiniyat adalah untuk
bertujuan bagi kemewahan hidup dan menyempurnakan kehidupan setiap individu. Namun
21)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 116.
22)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 116.
20
pada hakikatnya ketiga-kita maslahat tersebut saling melengkapi antara satu dengan yang lain
dan saling berkaitan.23
16.0.KONSEP MASLAHAH
1. Maslahah Muktabarah.
Iaitu maslahah yang diakui oleh syarak yang ada ada kaitan dengan hukum-hakam
syarak seperti untuk menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Pensyariatan
jihad untuk menjaga agama, qisas untuk menjaga nyawa, hudud arak untuk menjadi
akal, hudud zina dan qazaf untuk menjaga kehormatan, dan hudud sirqah untuk
menjaga harta. Maslahah dalam kategori ini bermaksud maslahah yang diterima oleh
syara` untuk mencapai yang dharuriy (kepentingan manusia) yang merangkumi semua
objektif syara’.
2. Maslahah Mulghah.
Iaitu maslahah yang diingkari oleh syarak (ilgha) atau erti kata lain maslahah yang
tidak diambil kira oleh syarak. Jika maslahah muktabarah ianya diakui oleh syarak,
tetapi maslahah mulghah ini adalah sebaliknya iaitu, ianya tidak diiktiraf oleh syarak.
Sebagai contohnya, adanya kemashlahatan untuk menyamakan harta perwarisan di
antara anak lelaki dan perempuan, syara' tidak mengakuinya sebagaimana firman
Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 11 yang berbunyi :
24
23)Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise Cetakan Pertama Jun 2001, Halaman 249.24)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.
21
11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta
itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari
harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si
mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya,
maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa
orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.
(pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si
mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu
tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya
kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing
seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Contoh maslahah yang lain adalah memakan riba yang mana menambah kekayaan
dari wang riba, maka syariat telah mengingkari berdasarkan nas pengharaman riba
25
275. orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang
25)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.
22
kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
"Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah
menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang
telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman
itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa
Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.
Maka tidak layak untuk menjadikan muamalat riba ini sebagai salah satu cara untuk
perlaburan harta dan penambahannya. Contoh yang lain adalah tidak ikut serta dalam
peperangan jihad kerana ingin menjaga dirinya dari kemalangan dan kebinasaan.
Sedangkan syara' telah mengingkari hal sebegini.
3. Maslahah Mursalah.
Kemaslahatan-kemaslahatan yang terlepas dari dalil (tidak ada dalil mengakui dan
menolaknya). Ianya adalah kemasalahatan-kemaslahatan yang tidak disebut oleh nas
syarak secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nas-nas syarak
secara umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk
mendatangkan kemaslahatan dan menyingkirkan kemudharatan. Inilah yang dijadikan
dalil ketika tidak ditemui dalil secara khusus bagi menghukum satu permasalahan.
Hanya sebahagian ulama shaja yang mengambil Mashalih al-Mursalah sebagai dalil,
tetapi membatasinya pada maslahat yang sesuai dengan Maqasid syar’ie (tujuan-
tujuan syara') sahaja. Seperti perkataan al-Khawarizmi :
"Yang dimaksud dengan maslahat adalah memelihara tujuan syara' iaitu
menyingkirkan kerosakan dari makhluk". 26
Masalih murasalah juga merupakan keadaan atau sifat yang relevan untuk dijadikan
asas hukum yang memberi implikasi kebaikan dan menghindarkan kemudharatan
serta tiada nas yang menyokong sama ada ia diterima atau ditolak. Meskipun begitu,
sebahagian daripada ulama’ menamakan konsep ini sebagai al-Istislah. Sebagai
26)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.
23
contoh, pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf pada zaman Saidina Abu Bakar
yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Saidina Umar menjalankan
pentadbiran negara berasaskan maslahah (kepentingan umum) seperti membentuk
jabatan-jabatan kerajaan, membina penjara. Begitu juga Saidina Ali mewajipkan
memberi pampasan gantirugi oleh pihak tukang yang menerima tempahan membuat
sesuatu sekiranya berlaku apa-apa kecacatan ke atas barang buatannya atas dasar
kepentingan umum (maslahah) yakni meliputi kepentingan semua bahagian
masyarakat.27
17.0.KEHUJAHAN BERKAITAN DENGAN MASALIH MURSALAH
Para ulama` mempunyai persepsi yang tersendiri dalam menerima pakai teori masalih al-
mursalah sebagai asas dalam pembinaan hukum. Menurut Mohd Saleh Haji Ahmad dalam
karangannya Pengantar Syariat Islam” Sekiranya diteliti dalam perbincangan kitab-kitab fiqh,
perbahasan konsep ini sebagai sumber hukum terbahagi kepada tiga aliran mazhab. Iaitu :
Aliran pertama berpendirian al-Masalih Mursalah tidak boleh dijadikan hujah secara
mutlak. Golongan yang berpandangan sedemikian terdiri daripada pendapat jumhur
al-Shafi`iyyah, al-Hanafiyyah, ahli Zahiri dan sebahagian ulama’ mazhab Maliki.
Aliran kedua yang terdiri daripada al-Imam al-Ghazali dan al-Baidhawi dari golongan
mazhab Shafi`i berpandangan kehujahan al-Masalih Mursalah sebagai instrumen
hukum digunapakai apabila memenuhi tiga elemen berikut :
Maslahah hanya boleh diaplikasikan pada tahap darurat dan bukannya pada
tahap hajat. Sebagai contoh, kemudahan rukhsah dalam ibadat bagi situasi
tertentu yang diizinkan syara` seperti kesukaran (masyyaqah) ketika
menunaikan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya.28
Qat`iyyah bukan Zanniyah.
Bentuk kulliyyah (keseluruhan) dan bukan berbentuk Juziyyah (sebahagian).
Menurut Sheikh Abu al-Nur dalam kitabnya “Usul Fiqh” menjelaskan
maslahah dalam kategori ini bermaksud sesuatu perkara yang ditetapkan oleh
kaedah pembinaan hukum sebagai maslahah dan tidak menimbulkan
27)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.28)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 57-58.
24
keraguan. Begitu juga dengan maslahah yang bersifat kulliyyah bermaksud
maslahah yang memberi faedah kepada kepentingan awam dan bukannya
bersifat individu. Dalam teks perundangan fiqh, contoh yang diberikan bagi
kategori kedua dan ketiga seperti apabila orang kafir menjadikan tawanan
orang Islam sebagai benteng perisai bagi melindungi diri mereka. Dalam
situasi ini, membunuh orang Islam yang diperalatkan oleh tentera musuh
sebagai benteng perisai bersifat qati`yah. Ini kerana, jika tentera Islam tidak
berbuat demikian sekiranya kemenangan berada di pihak musuh maka lebih
ramai lagi umat Islam akan dibunuh. Dalam kes ini memelihara umat Islam
dari dibinasakan secara keseluruhannya dikategorikan sebagai maslahah yang
bersifat kulliyyah.
Aliran ketiga pula dipelopori oleh Imam Malik dan satu riwayat dari Imam Shafi`i.
Pemakaian teori Masalih al-Mursalah tertakluk kepada beberapa kriteria yang telah
ditetapkan. Syarat-syarat yang dipersetujui seperti maslahah tersebut bersifat pasti dan
bukannya andaian atau sangkaan (waham). Dalam masa yang sama tidak terdapat
mana-mana nas yang membatalkannya. Di samping itu, maslahah yang hendak
dilaksanakan tersebut perlu berasaskan kepada kepentingan umum dan bukannya atas
dasar individu. Sehubungan dengan itu, maslahah tersebut bersifat rasional dan
realistik dan juga boleh berfungsi menghapuskan kemudharatan dan kesukaran yang
pasti. Daripada perbezaan pendapat di atas dapat dirumuskan dua aliran mazhab
menyokong pemakaian teori masalih al-mursalah sebagai sumber hukum dalam
perundangan Islam meskipun terdapat perbezaan dari aspek syarat-syarat untuk
menguatkuasakannya. Apa yang jelas perbezaan ini hanya melibatkan perbezaan
pemahaman dan pentafsiran dari segi hirarki keutamaan maslahah. Sebagai contoh,
Imam al-Ghazali menerimapakai konsep masalih mursalah pada tahap daruriyyah dan
bagi Imam Malik meletakkan pemakaian teori tersebut pada tahap hajiyyah.29
Secara keseluruhannya, maslahah bertujuan untuk menghasilkan kebaikan dan
menghindarkan keburukan. Dalam membahaskan tentang maslahah ini, sudah semestinya
tidak dapat lari dari dikaitkan dengan “`illah” iaitu asas yang digunapakai dalam membuat
kesimpulan hukum. Sebagai contoh, inisiatif yang dibuat oleh Sayyidina Abu Bakr
29)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 52-58.
25
mengumpulkan al-Quran. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan awam disebabkan beliau
bimbang hilangnya ayat suci dari muka bumi ekoran mengingatkan banyak berlaku kematian
di kalangan para penghafaz al-Quran seramai 70 orang di medan perang dalam peperangan
al-Yamamah tersebut.30
18.0.KESIMPULAN
Sebagai natijah kepada perbincangan topik ini, syariat islam merupakan agama yang terakhir
membawa sinar harapan kepada seluruh manusia dalam membantu mengatur dan menyusun
sistem kehidupan yang lebih sempurna. Ketika manusia meneruskan survival kehidupan
30)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 59.
26
mereka yang penuh dengan cabaran, doktrin maslahah dilihat sebagai sebahagian daripada
alternatif perundangan Islam yang penting untuk berfungsi dalam pentas dunia moden. Realiti
ini menjadikan sumber perundangan Islam bersifat dinamis dalam menjamin kemaslahatan
manusia. Meskipun begitu, dalam menerimapakai doktrin maslahah, para fuqaha’ perlu
mengikut hirarki sumber perundangan Islam supaya kepentingan umum yang difahami
manusia tidak berlaku kontradiksi dengan sumber asas perundangan Islam. Secara umumnya
dapat difahami bahawa doktrin maslahah dapat membantu memperkayakan sumber
pembendaharaan fiqh yang sedia ada dalam menjawab pelbagai persoalan semasa kehidupan
manusia yang meliputi aspek sosial, ekonomi, politik, perubatan, sains dan teknologi,
pertahanan dan sebagainya. Konsep syariat Islam ini dapat menjamin kesejahteraan hidup
didunia dan di akhirat. Syariat Islam yang diperintahkan itu juga membawa kemudahan dan
menghilangkan kseukaran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185
yang berbunyi :
185.Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran.
Hal ini menunjukkan bahawa setiap apa yang disyariatkan oleh Allah SWT mempunyai
rukhsah yang tersendiri. Selain itu juga setiap syariat itu mempunyai hikmah dan illah
tersendiri. Hikmah tersebut adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan bagi mencapai
maqasid syariah dan jawapan sebagai pertanyaan mengapa sesuatu hukum diturunkan.
19.0.BIBLIOGRAFI
1. Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat
Zin, Pustaka Salam SDN.Bhd., Ilham Abati Enterprise, Edisi Pertama Cetakan
Pertama Jun 2001.
27
2. Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications &
Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003.
3. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @
Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Pustaka Salam SDN.BHD., Cetakan Pertama
Oktober 2000.
4. Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Mahmood Zuhdi b.Abdul Majid, Penerbitan
Universiti Malaya Kuala Lumpur, Cetakan Keenam, 2004.
5. Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid !, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cerakan Kedua 2001.
6. Filsafat Hukum Islam, Prof.Dr.H.Ismail Muhammad Syah, S.H., Penerbit Bumi
Askara Jakarta, Cetakan Kedua, Februari 1992.
7. Kamus Istilah Fiqh, M.Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafi’ah Am, Advance
Publication, Percetakan IWC SDN.BHD., Selangor Darul Ehsan.
8. Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dusuki Bin Haji Ahmad, Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia, Percetakan Adabi SDN.BHD., Kuala Lumpur 1988.
9. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD.,
Kuala Lumpur 2007.
10. http://www.elemenmaslahah.com.my
28