EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
SYMBIOSIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TARIKH:
19 & 20 OKTOBER 2013
TEMPAT:
GUNUNG LEDANG, JOHOR
ANJURAN:
SOCIETY OF UTM BIOSCIENCES STUDENT (SymBIOSiS)
dan
BIOMEDICAL STUDENT SOCIETY (BIOMEHS)
FAKULTI BIOSAINS DAN KEJURUTERAAN PERUBATAN
(FBME)
dengan kerjasama
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JOHOR BAHRU
SENARAI ISI KANDUNGAN
1.0 Senarai Komuniti Pengurusan
1.1 Bidang Tugas Komuniti Pelaksana
1.2 Laporan Penuh Setiausaha
1.3 Laporan Ketua-Ketua Unit
1.3.1 Laporan Unit Makanan
1.3.2 Laporan Unit Pengangkutan
1.3.3 Laporan Unit Peralatan Dan Penempatan
1.3.4 Laporan Unit Pendaftaran
1.4 Lampiran
1.4.1 Minit-Minit Mesyuarat
1.4.2 Laporan Kewangan
1.4.3 Gambar-Gambar Ketika Program Berlangsung
1.4.4 Salinan Kertas Kerja
1.4.5 Salina Surat Kelulusan
1.0
SENARAI KOMUNITI PENGURUSAN
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
PENAUNG
Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), UTM
PENASIHAT
Prof. Dr. Jasmy Bin Yunus
Dekan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, UTM
PENASIHAT PERSATUAN PELAJAR
Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop
Timbalan Dekan Akademik
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan,UTM
PRESIDEN SymBIOSiS
Ahmad Ridhzuan Bin Siam
012-3552676
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
PENGARAH PROGRAM
Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki
014-6168691
TIMBALAN PENGARAH
Nur Fatien Atieqa Binti Mohd Jamal
013-4834968
SETIAUSAHA
Fateh Nasoha Binti Ayob
BENDAHARI
Nurul Atiqah Binti Othman
AJK PERALATAN DAN PENEMPATAN
Mohamad Zadil Hayat Bin Rusli
AJK PENGANGKUTAN
Noor Asyraf Bin Noor Azman
AJK MAKANAN
Wan Fatin Amira Binti Wan Mohd Zawawi
AJK PENDAFTARAN
Muhammad Saifullah Bin Osman
1.1
BIDANG TUGAS KOMUNITI
PELAKSANA
Pengarah Program
Menyelia secara keseluruhan.
Menyiapkan kertas kerja.
Mendapatkan kelulusan dari pihak atasan.
Timbalan Pengarah
Membantu Pengarah Program.
Memastikan setiap unit melaksanakan tugasan yang diberikan.
Setiausaha
Penyediaan laporan selepas program.
Menyediakan surat-surat rasmi.
Mencatat minit mesyuarat setiap mesyuarat.
Bendahari
Menyiapkan anggaran belanjawan.
Menguruskan urusan keluaran tunai.
Menguruskan bil-bil atau resit rasmi.
Menyediakan akaun belanjawan setelah tamat program.
Unit Makanan
Mengurus keperluan makanan dan minuman sepanjang tempoh program dijalankan.
Menyelenggarakan makanan dan minuman mengikut masa yang ditetapkan kepada peserta.
Membuat tempahan makanan.
Unit Pendaftaran
Menyiapkan borang penyertaan.
Menguruskan penyertaan peserta.
Unit Teknikal
Menyenaraikan peralatan yang diperlukan oleh unit-unit lain.
Menyediakan peralatan yang diperlukan.
Unit Pengangkutan
Mengambil senarai peserta, surat kelulusan dan tentatif.
Mengisi permohonan tempahan bas secara online.
Berada di waktu yang ditetapkan untuk menguruskan perjalanan bas.
1.2
LAPORAN PENUH
SETIAUSAHA
LAPORAN PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
Tarikh : 19 & 20 Oktober 2013
Tempat : Gunung Ledang, Johor
Anjuran : Symbiosis dan Biomehs dengan kerjasama Sekretriat Rakan Muda
Laporan oleh : Fateh Nasoha Binti Ayob
Society of UTM Biosciences Student (SymBIOSiS) dan Biomedical Student Society
(BIOMEHS) dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah menganjurkan program
berteraskan aktiviti mendaki iaitu Ekspedisi Gunung Ledang FBME 2013 pada 19 dan 20
Oktober 2013 yang bertempat di Gunung Ledang, Johor.
Tambahan pula, objektif utama program ini adalah untuk menerapkan semangat kerjasama
berpasukan dan interaksi menyeluruh. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih
ketahanan mental dan fizikal bagi menempuhi segala cabaran kerjaya hidup kelak. Sebelum
aktiviti mendaki ini berlangsung, pelbagai persediaan diambil kira termasuk penyediaan latihan
fizikal, peralatan perkhemahan serta pengangkutan ke Gunung Ledang.
Jumlah peserta yang mengikuti program Ekspedisi Gunung Ledang ini adalah seramai 17 orang
yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan tahun bagi setiap bidang. Sepanjang program ini
berjalan, tiada masalah atau halangan yang dihadapi kecuali hujan lebat buat berapa ketika.
Walaubagaimanapun, tentatif berjalan mengikut aktiviti yang ditetapkan dan yang paling penting
kami tiba di puncak Gunung Ledang untuk melihat matahari terbit. Kegembiraan yang terbit
daripada wajah peserta sukar digambarkan dan sememangnya menjadi satu pengalaman unik
untuk berjaya mendaki Gunung Ledang apatah lagi sebagai pelajar UTM semestinya tidak mahu
melepaskan peluang ini.
Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa kerjasama amat penting bagi menjalankan
program yang mencabar daya ketahanan mental dan fizikal seperti ini. Tanpa kerjasama dan
sikap saling tolong-menolong yang mapan, program seperti ini tidak akan berjaya dan mencapai
objektif yang dikehendaki.
1.3
LAPORAN PENUH KETUA UNIT
UNIT MAKANAN
LAPORAN GERAK KERJA
Bil Tarikh Perkara Tindakan
Sebelum
1. 15 Oktober 2013
Berbincang tentang menu makanan
yang sesuai berserta kuantiti.
Menyediakan bajet makanan.
Unit makanan
2. 18 Oktober 2013 Membeli makanan dan minuman pek.
Mengagihkan makanan kepada peserta.
Semasa
1. 19 dan 20 Oktober
2013 Penyediaan makanan untuk peserta.
Mengemas sampah dan sisa-sisa
makanan minuman.
Unit makanan dan
peserta
Selepas
1. 23 Oktober 2013 Membuat laporan khas unit Unit makanan
PERMASALAHAN
Unit makanan tidak mengalami begitu banyak masalah. Cuma apabila tiba masa untuk
memasak makan, cuaca hujan lebat sedikit mengganggu keteraturan penyediaan makanan untuk
setiap peserta. Walaubagaimanapun, makanan dan minuman cukup diagihkan kepada setiap
peserta malah melebihi untuk para peserta menambah lagi makanan. Secara ringkas,
perancangan unit makanan berjalan dengan lancer sepanjang program berlangsung.
CADANGAN
Menyediakan stove dan bekas makanan yang lebih supaya mudah untuk para peserta
makan dan mempunyai bekalan stove yang banyak untuk bersedia daripada stove basah serta
kehabisan gas.
UNIT PENGANGKUTAN
LAPORAN GERAK KERJA
Bil. Tarikh Perkara Tindakan
Sebelum
1.
12 Oktober 2013
Meminta Surat Kelulusan, Tentatif dan
Senarai Peserta dalam bentuk soft copy.
Memohon penempahan bas melalui
system online.
Unit
Pengangkutan,
Unit Pendaftaran,
Pengarah Program
2. 17 Oktober 2013 Mengumumkan masa dan tempat untuk
menaiki bas.
Unit Pengangkutan
Semasa
1. 19 & 20 Oktober
2013 Memastikan jumlah peserta cukup untuk
menaiki bas.
Bersedian di tempat menunggu bas.
Unit Pengangkutan
Selepas
1. 27 Oktober 2013 Membuat laporan unit. Unit Pengangkutan
PERMASALAHAN
Unit Pengangkutan tidak mengalami sebarang masalah berkenaan permohonan bas dari
Unit Harta Bina UTM. Cuma kelewatan sesetengah peserta menjadikan masa untuk sampai di
Gunung Ledang terlebih sedikit berbanding di dalam tentatif asal. Secara keseluruhan, perjalanan
unit pengangkutan berjalan dengan lancar walaupun terlewat sedikit daripada jadual asal.
CADANGAN
Peserta sepatutnya tiba awal di tempat berkumpul bas sekurang-kurangnya 10 minit
sebelum bertolak. Hal ini perlu ditegaskan untuk mengelakkan jadual pergerakan program
terganggu dan peserta telah diingatkan akan perjalanan program pada hari tersebut dengan lebih
jelas.
UNIT PERALATAN DAN PENEMPATAN
LAPORAN GERAK KERJA
Bil Tarikh Perkara Tindakan
Sebelum
1. 15 Oktober 2013
Menyenaraikan barang dan peralatan yang
diperlukan.
Unit Peralatan
dan
Penempatan
2. 17 Oktober 2013 Peminjaman barang dari Sekretariat Rakan
Muda.
Membeli barang yang diperlukan dari unit lain.
Semasa
1. 19 & 20 Oktober
2013 Memastikan semua peralatan dalam keadaan
baik untuk diguna semasa program dijalankan.
Mengemas peralatan selepas digunakan.
Unit Peralatan
dan
Penempatan
Selepas
1. 23 Oktober 2013 Pemulangan barang-barang yang dipinjam
kepada Sekretariat Rakan Muda.
Membuat laporan unit.
Unit
Peralatan
dan
Penempatan
PERMASALAHAN
Unit Peralatan dan Penempatan mengalami masalah semasa program dijalankan di Kem
Kolam Gajah, Gunung Ledang. Masalah utama adalah kekurangan ground dan flyer (tempat
berteduh) yang tidak mencukupi. Ini kerana hujan yang lebat menyebabkan peserta terpaksa
duduk di bawah teduhan yang sempit dan sukar untuk unit makanan untuk memasak di dalam
ruang yang kecil dan tidak efisien. Permasalahan ini boleh dibaiki untuk kebaikan program
berbentuk ini pada masa hadapan.
CADANGAN
Kami mencadangkan agar penambahan ground dan flyer yang mencukupi serta tali yang
kuat untuk mengikat ground dan flyer dengan lebih stabil. Khemah juga disarankan untuk
dibawa untuk menyimpan barang yang tidak kalis air.
UNIT PENDAFTARAN
LAPORAN GERAK KERJA
Bil Tarikh Perkara Tindakan
Sebelum
1. 28 September 2013
Borang penyertaan dibuat. Unit
pendaftaran
2. 2 Oktober 2013 Hebahan dibuat berkenaan program
Mula mengambil nama peserta yang
berminat.
3. 18 Oktober 2013 Merumuskan senarai nama peserta buat
kali terakhir.
Semasa
1. 19 & 20 Oktober 2013 Pendaftaran peserta.
Mengutip yuran penyertaan.
Unit
pendaftaran
Selepas
1. 24 Oktober 2013 Membuat laporan khas unit Unit
pendaftaran
PERMASALAHAN
Penyertaan amat kurang memberangsangkan kerana jangkaan peserta adalah 30 orang
tetapi hanya 17 orang peserta yang mengikuti program ini. Ini kerana mungkin kurangnya
pendedahan dengan jelas tentang program ini serta tiada unit multimedia dan unit publisiti untuk
membuat hebahan secara meluas. Di samping itu, kebanyakan mereka yang berminat menarik
diri di saat terakhir kerana masalah kewangan dan hal peribadi walaupun angkanya sudah hampir
mencecah 30 orang yang mahu pergi. Secara ringkas, penyertaan peserta tidak seperti yang
diharapkan.
CADANGAN
Kami mencadangkan agar diwujudkan unit multimedia dan unit publisiti supaya dapat
menarik lebih lagi jumlah peserta untuk menyertai program berbentuk outdoor ini. Tambahan
pula, hebahan perlulah menggunakan pelbagai jenis media dan perlu dihebahkan lebih awal
sebelum tarikh program berlangsung supaya mereka dapat mengatur jadual aktiviti dengan lebih
awal.
1.4.1
MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT BERTULIS MAJLIS TERTINGGI/BIRO/PERSATUAN/PROGRAM
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
MESYUARAT(MEETING) Mesyuarat Akhir
BIRO(BUREAU)/PERSATUAN
(SOCIETY)/PROGRAM
(PROGRAMME)
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
TARIKH(DATE)/
HARI(DAY)
18/10/2013 Jumaat
MASA(TIME) 8.30 malam
LOKASI(VENUE) Arked K9
AGENDA MESYUARAT
(MEETING AGENDA) Taklimat ringkas perjalanan program
Pembahagian barang PERBINCANGAN
(DISCUSSION) AGENDA 1 :
TAKLIMAT RINGKAS
1. Pengarah Program Oleh: Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki
2. Perjalanan program disebut semula mengikut tentative yang ditetapkan.
3. Sesi perkenalan dengan peserta yang bakal terlibat dan
pencerahan program bagi yang kurang jelas.
AGENDA 2 :
PEMBAHAGIAN BARANG
1. Barang diagihkan dengan sama rata kepada setiap
peserta.
2. Barang yang diagihkan termasuk makanan dan peralatan
yang akan digunakan nanti.
3. Sesi terakhir sebelum bertolak pada esok pagi.
KESIMPULAN
(CONCLUSION) Setiap unit berkumpul dan rumusan terakhir untuk
perjalanan program esok hari. Segala peralatan dan makanan diyakini cukup sebelum
program berlansung.
1.4.2
LAPORAN KEWANGAN
Wang Masuk Wang Keluar
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
Peruntukan HEMA Tiada
Tabung Persatuan 0.00 Baju
Makanan
Minuman
Peralatan
Penajaan -
Sumbangan -
USR -
Jumlah Pendapatan 1360.00 Jumlah Perbelanjaan 1360.00
Untung 0.00
1.4.3
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
BERLANGSUNG
Pemandangan awan di puncak Gunung Ledang
Wajah gembira saudara Bad di atas puncak Gunung Ledang
Pemandangan hutan dari puncak Gunung Ledang
Keakraban saudara Costas dan Jack di puncak
Wajah penat bercampur gembira peserta
Para peserta bergambar bersama bunting yang dilukis
Batu penanda aras tinggi di puncak Gunung Ledang Peserta bergambar di batu penanda aras tinggi
Saudara Zaid berselera menjamah snek di atas puncak
Para peserta berehat selepas penat mendaki
Saudara Adan dan Ikmal yang banyak membantu program
1.4.4
SALINAN KERTAS KERJA
KERTAS KERJA
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
(TANPA PERUNTUKAN)
TARIKH
19 & 20 OKTOBER 2013
TEMPAT
GUNUNG LEDANG, JOHOR
ANJURAN
SOCIETY OF UTM BIOSCIENCES STUDENT (SymBIOSiS)
dan
BIOMEDICAL STUDENT SOCIETY (BIOMEHS)
FAKULTI BIOSAINS DAN KEJURUTERAAN PERUBATAN
(FBME)
dengan kerjasama
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JOHOR BAHRU
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KELULUSAN
MAKLUMAN
KERTAS KERJA
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
Disediakan oleh Disahkan oleh Diluluskan oleh
Tandatangan
Nama
Muhammad Naqib
Amirul Bin Mohd
Zaki
Professor Madya Dr.
Fahrul Zaman Bin
Huyop
Prof. Dr.Mohd
Ismail Bin Abd Aziz
Jawatan
Pengarah Program
Timbalan Dekan
Akademik Fakulti
Biosains dan
Kejuruteraan
Perubatan
Timbalan Naib
Canselor
(Hal Ehwal
Mahasiswa dan
Alumni (HEMA)
Tarikh
IPTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NAMA PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
JENIS PROGRAM
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG
MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
MATLAMAT DAN
OBJEKTIF PROGRAM
1. MENERAPKAN SEMANGAT KERJASAMA
BERPASUKAN DAN INTERAKSI MENYELURUH
2. MELATIH KETAHANAN MENTAL DAN
FIZIKAL BAGI MENEMPUHI SEGALA CABARAN
KERJAYA HIDUP KELAK
ANJURAN
SOCIETY OF UTM BIOSCIENCES STUDENT
(SYMBIOSIS), DAN BIOMEDICAL STUDENT
SOCIETY (BIOMEHS),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JOHOR BAHRU
TARIKH DAN
TEMPAT
19 & 20 OKTOBER 2013
GUNUNG LEDANG
JOHOR
ANGGARAN KOS TANPA PERUNTUKAN
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti mendaki gunung bukan perkara asing dalam penglibatan mahasiswa
mahasiswi di UTM khususnya. Program yang memperlihatkan pelbagai nilai kerjasama banyak
diterapkan dalam ekspedisi mendaki gunung sekaligus mengupas kemahiran kendiri dan
mengasah ketajaman mental serta kekuatan fizikal bagi mengharungi segala cabaran yang bakal
ditempuhi.
Bagi mencapai visi dan misi UTM , kami sedaya upaya cuba membantu para
mahasiswa untuk keluar daripada kepompong pemikiran yang kurang menyelami aktiviti kelab
mahupun kolej supaya turut sama menyertai program bertunjangkan ilmu kendiri dan
pemantapan mahasiswa holistik. Selain itu, program ini juga dapat mengembangkan tahap
pemikiran dan pandangan mahasiswa di samping mengaplikasikan teori yang telah dipelajari
terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang berada di luar jangkaan.
Tambahan pula, program ini memberi peluang kepada mahasiswa UTM supaya
dapat menyelami keindahan alam sekitar dengan lebih dekat dan meningkatkan motivasi diri
untuk keluar dari zon selesa mahasiswa seterusnya melahirkan mahasiswa yang berkebolehan
dalam pelbagai aspek.
1.0 TUJUAN
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan bagi menjalankan
program ini dengan jayanya. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk memberitahu pihak
atasan fakulti tentang aktiviti baharu yang dijalankan pihak kelab.
2.0 NAMA PROGRAM
“EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013”
3.0 TEMA PROGRAM
MENCABAR JATI DIRI MELENGKAP PERSONALITI KENDIRI
4.0 OBJEKTIF
i) Menerapkan semangat kerjasama berpasukan dan interaksi menyeluruh
ii) Melahirkan mahasiswa yang matang dalam mengetahui mengendalikan
pembelajaran dan penyelidikan
iii) Melatih ketahanan mental dan fizikal bagi menempuhi segala cabaran
kerjaya hidup kelak
iv) Melahirkan mahasiswa yang berfikiran terbuka dan peka kepada keadaan
persekitaran
v) Meningkatkan motivasi diri untuk keluar daripada zon selesa mahasiswa
5.0 PENGANJUR
Society Of Utm Biosciences Student (SymBIOSiS), dan Biomedical Student
Society (BIOMEHS), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama
Sekretariat Rakan Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru., Universiti
Teknologi Malaysia.
6.0 TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM
Tarikh : 19 & 20 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Gunung Ledang, Johor
PENYERTAAN
Seramai 20 orang mahasiswa yang akan menyertai program ini. Mereka terdiri
daripada mahasiswa Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan (FBME), Universiti Teknologi
Malaysia
7.0 BENTUK PROGRAM
Program ini berbentuk ekspedisi mendaki gunung yang dapat melahirkan
mahasiswa yang mempunyai daya tahan diri yang mantap serta melahirkan mahasiswa yang
berkeyakinan tinggi dalam menghadapi kehidupan.
8.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM (JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran A
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran B
10.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C
11.0 SOKONGAN
Pihak Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan (FBME), Universiti
Teknologi Malaysia. menyokong penuh program ini bagi memastikan agar para mahasiswa
mendapat informasi dan iput yang berguna untuk diaplikasikan pada masa akan datang.
12.0 PENUTUP
Dengan wujudnya program seumpama ini,semoga para mahasiswa dapat
menambah informasi yang berguna tentang konsep pembelajaran di dalam mahupun di luar
UTM. Selain itu, diharapkan agar input yang diperoleh dapat digunakan secara optimum.
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
PENAUNG
Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), UTM
PENASIHAT
Prof. Dr. Jasmy Bin Yunus
Dekan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, UTM
PENASIHAT PERSATUAN PELAJAR
Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop
Timbalan Dekan Akademik
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan,UTM
PRESIDEN SymBIOSiS
Ahmad Ridhzuan Bin Siam
012-3552676
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
PENGARAH PROGRAM
Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki
014-6168691
TIMBALAN PENGARAH
Nur Fatien Atieqa Binti Mohd Jamal
013-4834968
SETIAUSAHA
Fateh Nasoha Binti Ayob
BENDAHARI
Nurul Atiqah Binti Othman
AJK PERALATAN DAN PENEMPATAN
Mohamad Zadil Hayat Bin Rusli
AJK PENGANGKUTAN
Noor Asyraf Bin Noor Azman
AJK MAKANAN
Wan Fatin Amira Binti Wan Mohd Zawawi
AJK PENDAFTARAN
Muhammad Saifullah Bin Osman
LAMPIRAN B
ANGGARAN BELANJAWAN
1. Yuran Peserta RM 1200
2. Makanan RM 450
3. Peralatan dan penginapan RM100
4. Upah Guider RM300
5. Jersi RM350
JUMLAH RM 1200
LAMPIRAN C
TENTATIF PROGRAM
19 Oktober 2013 (Sabtu)
7.30 pagi : Berkumpul dan pendaftaran peserta di Arked K9-K10
8.00 pagi : Bas mula bertolak ke Gunung Ledang, Johor
10.30 pagi : Tiba di base camp, Gunung Ledang, Johor.
11.00 pagi : Taklimat mendaki oleh Guider
11.30 pagi : Bergerak ke Campsite Kolam Gajah, Gunung Ledang.
4.00 petang : Tiba di Campsite Kolam Gajah, Gunung Ledang
-rehat, makan, solat dan tidur
-campfire dan aktiviti kumpulan
20 Oktober 2013 (Ahad)
1.00 pagi : Permulaan pendakian
6.30 pagi : Sampai di puncak
-menghayati keindahan flora dan fauna
-aktiviti di atas puncak
9.00 pagi : Turun ke Campsite Kolam Gajah
-penerangan mengenai flora dan fauna daripada pegawai campsite
-aktiviti mengenai flora dan fauna
11.30 pagi : Sampai di Campsite Kolam Gajah
-aktiviti berkumpulan 1
-aktiviti berkumpulan 2
1.30 petang : Persiapan diri dan solat
2.00 petang : Turun ke tapak perhentian bas
3.30 petang : Bas bertolak ke UTM
6.00 petang : Sampai di UTM
Disediakan oleh:
…………………………………….
(Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki)
Pengarah Program
Disemak oleh:
…………………………………….
(Ahmad Ridhzuan Bin Siam)
Presiden Persatuan SymBioSiS
Disokong oleh:
…………………………………….
(Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop)
Timbalan Dekan Akademik
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
1.4.5
SALINAN SURAT KELULUSAN