1
DOKUMEN SEBUT HARGA MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
MSWP (SH) 1/2018
____________________________________________
PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN
PENCETAK A3 (HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP) BAGI TEMPOH TIGA
(3) TAHUN
____________________________________________ PERINGATAN PENTING KESILAPAN MENGISI BORANG TAWARAN ATAU MELANGGAR MANA-MANA ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN
SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MEMBUAT TAWARAN
2
KANDUNGAN
KENYATAAN SEBUT HARGA
LAMPIRAN A (SENARAI SEMAK)
BAHAGIAN I
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
ITEM PERKARA MUKA SURAT
1 ARAHAN AM 7
2 BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA 7-8
3 SKOP PROJEK 8-9
4 KEPERLUAN / SPESIFIKASI MINIMUM TEKNIKAL SISTEM 9
5 KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA 9-10
6 KANDUNGAN SEBUT HARGA 10
7 PENYERAHAN SEBUT HARGA 10-12
8 KOS SEBUT HARGA 12
9 HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 12
10 HAK KEBENARAN MSWP UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK 13
SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA
11 DEMONSTRASI DAN BENCHMARK 13
12 PERJANJIAN KONTRAK 13
13 PENERIMA SEBUT HARGA 14
14 PERALATAN SAMPINGAN 14
15 JADUAL PELAKSANAAN 14
16 PASUKAN PENGURUSAN PROJEK 14
17 TEMPOH JAMINAN 15
18 KHIDMAT SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN 15-16
19 PELAN UJIAN PENERIMAAN 16
20 PENERIMAAN SEMENTARA 16
21 PENERIMAAN AKHIR 16-17
22 JADUAL BAYAR 17
23 MANUAL DAN DOKUMENTASI 18
24 BON PELAKSANAAN 18
25 TEMPOH KONTRAK 18
26 TARIKH TUTUP 18
BAHAGIAN II: JADUAL SPESIFIKASI PERKAKASAN
BORANG I: JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI 20-23
3
BAHAGIAN III: SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
1. SAMPUL TEKNIKAL 25
2. SAMPUL KEWANGAN 26
BAHAGIAN IV: BORANG-BORANG
BORANG II : JADUAL HARGA 28-29
BORANG III : SOAL SELIDIK PROFIL SYARIKAT 30
BORANG IV : JADUAL PENGALAMAN PENYEBUT HARGA 31
BORANG V : SENARAI AHLI PASUKAN 32
BORANG VI : BORANG AKAUN SEBUT HARGA 33-34
BORANG VII : BORANG AKUAN PEMBIDA 35
BORANG IX : SURAT JAMINAN PEMBEKAL 36-37
4
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
1. Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat tempatan berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf bumiputera dalam kod bidang 210101,
210102, 210103, 210104 dan 210105 untuk membuat tawaran bagi sebut harga
seperti berikut:
NO. SEBUT HARGA: MSWP (SH) 1/2018
PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER
DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY DUTY)
UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP) BAGI
TEMPOH TIGA (3) TAHUN
2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi mulai 17 Oktober 2018 (Rabu) hingga
30 Oktober 2018 (Selasa) melalui laman web Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
di www.wipers.gov.my.
3. Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke
dalam Peti Sebut Harga yang ditetapkan di Majlis Sukan Wilayah
Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah,
Presint 2, 62100 Putrajaya tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada
30 Oktober 2018 (Selasa). Sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
4. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan tidak bertanggungjawab di atas kelewatan
dokumen sebut harga yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran
yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan.
5. Keputusan tawaran sebut harga dan syarikat yang berjaya akan disiarkan di
dalam Laman Web Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di www.wipers.gov.my.
Penyebut Harga boleh menyemak status tawaran dalam tempoh di antara 1
bulan selepas tarikh tutup sebut harga.
5
LAMPIRAN A
SENARAI SEMAK
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30)
UNIT KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY
DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP) BAGI
TEMPOH TIGA (3) TAHUN
(SEBUT HARGA BIL: MSWP (SH) 1/2018)
Sila kemukakan dokumen yang disenaraikan sebagai sebahagian dokumen sebut harga
Bil. Perkara Tandakan Pengesahan
Penyebut harga: Nyatakan ‘Disertakan’/
’Tidak Disertakan’
Kegunaan
MSWP (Ya/Tidak)
1.
Borang I (Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal)
2.
Borang II (Jadual Harga)
3.
Borang III (Soal Selidik Profil
Syarikat)
4.
Borang IV (Jadual Pengalaman
Pembekal)
5.
Borang V (Senarai Ahli Pasukan
Projek)
6.
Borang VI (Borang Akuan Sebut Harga)
7.
Borang VII (Surat Akuan Pembida)
8.
Borang IX (Surat Jaminan Pembekal)
9.
Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF) (No. Pendaftaran: )
10. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai
pembekal bumiputera
(No. Pendaftaran: ) Jika ada (tidak diwajibkan)
11.
Profail Syarikat
12. Borang 24 dan 49 (Akta Syarikat/Perakuan Pendaftaran
Perniagaan (Ordinan)/Salinan Sijil
Pendaftaran Syarikat (SSM)
13. Lain-lain jika ada (sila catatkan)
7
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
ARAS 2, BLOK 1, MENARA SERI WILAYAH
PRESINT 2, 62100 PUTRAJAYA
(Penyebut harga-penyebut harga)
___________________________
___________________________
___________________________
___________________________
Tuan/Puan,
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30)
UNIT KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY
DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP) BAGI
TEMPOH TIGA (3) TAHUN
NOMBOR SEBUT HARGA: MSWP (SH) 1/2018
1. ARAHAN AM
1.1 Sebut harga adalah pelawa dari penyebut harga-penyebut harga yang
berkelayakan bagi Perkhidmatan Secara Sewaan Tiga Puluh (30) Unit
Komputer Desktop Dan Satu (1) Unit Mesin Pencetak A3 (Heavy Duty)
Untuk MSWP Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.
1.2 Penyebut harga yang dipelawa adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan
arahan-arahan yang terdapat dalam dokumen ini. Arahan-arahan dan
syarat-syarat yang dinyatakan hendaklah disifatkan sebagai syarat
kontrak. Sebut harga yang tidak mengikut syarat-syarat yang
dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
8
2. BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA
2.1 Perkhidmatan Secara Sewaan Tiga Puluh (30) Unit Komputer Desktop Dan
Satu (1) Unit Mesin Pencetak A3 (Heavy Duty) Untuk MSWP Bagi Tempoh
Tiga (3) Tahun seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen ini.
2.2 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan Jadual Pelaksanaan Projek
dan aktiviti lain yang terlibat dalam bentuk Gantt-Chart. Penyebut harga
hendaklah memastikan bahawa tempoh pelaksanaan projek adalah
mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh MSWP.
2.3 Penyebut harga hendaklah memastikan bahawa tempoh pelaksanaan
projek ini adalah selama tiga (3) tahun dari tarikh surat setuju terima
yang dikeluarkan oleh MSWP.
2.4 Sebarang kelewatan yang dihadapi dalam tempoh perkhidmatan,
penyebut harga hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pihak
MSWP dengan penjelasan yang sewajarnya untuk pertimbangan
sewajarnya.
2.5 Penyebut harga tidak boleh mencatatkan nama syarikat di mana-mana
pun dalam dokumen Cadangan Teknikal. Kegagalan Penyebut harga
mematuhi syarat ini boleh menyebabkan tawaran penyebut harga ditolak.
2.6 Penyebut harga hendaklah mengemukakan senarai kakitangan sokongan
teknikal yang terlibat bersama sijil kelayakan berkaitan dan pengalaman
seperti di BORANG V.
3. SKOP PROJEK
3.1 Skop projek utama adalah bagi Perkhidmatan Secara Sewaan Tiga Puluh
(30) Unit Komputer Desktop Dan Satu (1) Unit Mesin Pencetak A3 (Heavy
Duty) Untuk MSWP Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun mengikut spesifikasi
teknikal minimum dan lain-lain kelengkapan seperti dinyatakan dalam
sebut harga.
3.2 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan Jadual dan Pelan
Pelaksanaan Projek terperinci serta lengkap dan memastikan tempoh
pelaksanaan projek adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh
MSWP.
3.3 Penyebut harga hendaklah menyempurnakan pembekalan dan
pemasangan kesemua perkakasan berkenaan dalam tempoh satu (1)
minggu.
9
3.4 Spesifikasi bagi perkakasan yang diperlukan adalah dinyatakan di dalam
Borang I. Penyebut harga yang menawarkan spesifikasi yang lebih
rendah daripada spesifikasi minimum yang ditetapkan akan ditolak.
3.5 Perkakasan / peralatan komputer desktop dan mesin pencetak (heavy
duty) yang ditawarkan hendaklah berjenama asal / asli dan bukannya
klon.
3.6 Penyebut harga dikehendaki memberikan satu perakuan yang
menyatakan bahawa perkakasan yang ditawarkan adalah memenuhi
spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan. Perakuan ini hendaklah
dikemukakan kepada MSWP bersama-sama dengan Sebut Harga yang
dikemukakan.
3.7 Semua peralatan yang dibekalkan untuk digunakan akan diuji mengikut
prosedur yang ditetapkan MSWP. Penyebut harga hendaklah
menyediakan sokongan kepakaran untuk ujian-ujian tersebut di atas.
4. KEPERLUAN / SPESIFIKASI MINIMUM TEKNIKAL
4.1 Penyebut harga dikehendaki memenuhi spesifikasi utama yang
dinyatakan di BORANG I Cadangan penyelesaian menyeluruh yang
dicadangkan hendaklah diterangkan dengan lengkap dan terperinci.
4.2 Dokumen Sokongan / ‘brochures’ hendaklah disertakan sebagai maklumat
tambahan.
4.3 Cadangan sebut harga hendaklah mengandungi tiga (3) perkara utama
seperti berikut:
a. Perkakasan;
b. Perisian; dan
c. Perkhidmatan
5. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA
5.1 Sebut Harga adalah dipelawa kepada semua penyebut harga yang
berdaftar denagn Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah laku
di bawah kod bidang 210101, 210102, 210103, 210104 dan 210105.
10
5.2 MSWP berhak untuk membatalkan pelantikan penyebut harga sekiranya
perkhidmatan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan atau tawaran yang
dipersetujui seperti dalam dokumen sebut harga.
6. KANDUNGAN SEBUT HARGA
6.1 Penyebut harga perlu mengisi dan menghantar dokumen dengan
memasukkannya ke dalam Peti Sebut Harga mengikut susunan seperti di
bawah:
6.1.1 Sesalinan sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
Malaysia;
6.1.2 Surat rasmi dari syarikat yang mengambil bahagian dengan
keterangan mengenai nombor telefon, faksimili dan nama
pegawai untuk dihubungi;
6.1.3 Borang Akuan Sebut Harga yang ditandatangani;
6.1.4 Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal seperti di BORANG
I;
6.1.5 Jadual Harga seperti di BORANG II;
6.1.6 Jadual Pengalaman (track record) Pembekal dalam
perkhidmatan ini seperti di BORANG IV; dan
6.1.7 Senarai Ahli Pasukan Projek seperti di BORANG V;
6.1.8 Lain-lain kenyataan yang boleh menyokong tawaran seperti
laporan pemberitahuan dan risalah mengenai perkhidmatan
sayrikat.
7. PENYERAHAN SEBUT HARGA
7.1 Tawaran hendaklah diberikan kepada semua butiran yang dinyatakan
pada Jadual Spesifikasi.
7.2 Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri
(sealed) iaitu:
7.2.1 Sampul surat pertama (Sampul A) sebanyak dua (2) set salinan
mengandungi :-
11
Salinan pendaftaran Syarikat;
Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini;
Salinan sijil-sijil Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan;
Jadual Harga (BORANG II);
Surat Jaminan Pembekal (BORANG IX); dan
Keterangan Mengenai Pembekal.
Serta tandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat
dengan perkataan “SAMPUL KEWANGAN”.
7.2.2 Sampul surat kedua (Sampul B) sebanyak dua (2) set
salinan mengandungi :-
Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (BORANG I);
Jadual Pengalaman Penyebut Harga (BORANG IV);
Senarai Ahli Pasukan Projek (BORANG V); dan
Katalog dan Risalah sekiranya berkaitan dan surat
sokongan pengilang.
Serta ditandakan disudut sebelah atas kiri sampul surat
dengan perkataan “SAMPUL TEKNIKAL”.
Kedua-dua sampul surat ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu
sampul surat yang berlakri (sealed) dan dilabel “SEBUT HARGA BAGI
PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT
KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3
(HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
(MSWP) BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN”
(SEBUT HARGA BIL: MSWP (SH) 1/2018)
7.3 Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang
disediakan di:-
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah
Presint 2, 62100 Putrajaya
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan)
7.4 MSWP tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak
langsung, jika berlaku kelewatan, kehilangan atau lain-lain sebut harga
yang dihantar. Sebut Harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan.
12
7.5 Penyebut harga adalah dilarang untuk mencatatkan atau melabelkan
nama syarikat di mana-mana Jadual Spesifikasi dan Pematuhan Teknikal,
Jadual Pelaksanaan, risalah dan katalog yang dikembarkan.
7.6 Penyebut harga mestilah menanggung sendiri semua kos berkaitan
dengan penyediaan dan penghantaran sebut harga. MSWP tidak akan
bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.
7.7 Setiap penyebut harga tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan
(alternative offer) bagi mana-mana butiran yang dimasukan. Jika terdapat
tawaran pilihan, MSWP akan menolak kesemua tawaran yang
dikemukakan.
8. KOS SEBUT HARGA
8.1 Penyebut harga mestilah menanggung sendiri semua kos berkaitan
dengan penyediaan dan penghantaran sebut harga. MSWP tidak akan
bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.
9. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU
9.1 Harga yang ditawarkan hendaklah dalam RINGGIT MALAYSIA
(RM). Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan dalam
angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga serta merupakan
harga bersih (termasuk semua diskaun dan kos tambahan) bagi setiap
item dan berdasarkan kepada format yang disediakan.
9.2 Harga hendaklah termasuk semua kos menghantar, memasang dan
menguji dan insuran perkakasan tersebut.
9.3 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku di dalam
tempoh tidak kurang dari Sembilan Puluh (90) hari dari tarikh tutup
sebut harga.
13
10. MSWP BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK SEBAHAGIAN
ATAU SEMUA SEBUT HARGA
10.1 MSWP tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang terendah
atau mana-mana sebut harga yang diterima.
10.2 MSWP juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan
cadangan dalam tawaran sebut harga.
10.3 Keputusan MSWP adalah muktamad dan MSWP tidak akan teragak-agak
untuk memberi apa-apa alasan bagi penolakan mana-mana sebut harga.
11. DEMONSTRASI DAN BENCHMARK
11.1 MSWP boleh untuk mengadakan lawatan tapak ke premis penyebut harga
bagi tujuan penilaian atau demonstrasi prototaip berdasarkan kepada
keputusan Jawatankuasa Sebut Harga MSWP dengan notis singkat.
11.2 Penyebut harga perlu menyediakan keperluan berkaitan bagi tujuan
demonstrasi prototaip, perisian dan system yang dicadangkan.
12. PERJANJIAN KONTRAK
12.1 Penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat perjanjian
kontrak dengan MSWP bagi “Sebut Harga bagi Perkhidmatan Secara
Sewaan Tiga Puluh (30) Unit Komputer Desktop Dan Satu (1) Unit Mesin
Pencetak A3 (Heavy Duty) Untuk MSWP Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun”.
(Sebut Harga Bil: MSWP (SH) 1/2018) Denda akan dikenakan dalam
kontrak jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak. Berdasarkan
perjanjian kontrak, penerimaan MSWP disertai dengan pengesahan
pembekal yang berjaya akan terikat dengan kontrak di antara MSWP
dengan penyebut harga tanpa mengambil kira perjanjian kontrak
disediakan / dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.
12.2 Penyebut harga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko berkenaan
kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual sebahagiannya
mestilah menurut status, peraturan atau melalui undang-undang dan
keperluan mana-mana kebenaran.
14
13. PENERIMAAN SEBUT HARGA
13.1 MSWP akan memberi notis bertulis kepada penyebut harga yang berjaya
apabila sebut harganya di setuju terima. Notis ini boleh mengandungi
syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syarat-syarat yang
dilampirkan bersama ini dan sekiranya demikian sebut harga ini tidaklah
boleh dipertimbangkan sehingga syarat tambahan ini dipersetujui oleh
penyebut harga yang berjaya.
14. PERALATAN SAMPINGAN
14.1 Penyebut harga boleh mencadangkan aksesori tambahan yang boleh
digunakan bagi menyempurnakan konfigurasi sistem atau yang
dicadangkan atau memberikan penyelesaian menyeluruh. Item ini mesti
dinilaikan dengan harga yang berasingan. Bagaimanapun, MSWP berhak
untuk mencadangkan sama ada aksesori tambahan ini perlu dibeli dan
melihat kepada keperluan yang berkaitan.
15. JADUAL PELAKSANAAN
15.1 Penyebut harga dikehendaki menyediakan satu Jadual Pelaksanaan
Pembekalan perkakasan yang terperinci dan lengkap bagi tujuan
penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliah bagi peralatan dan
perisian yang dicadangkan kepada MSWP.
15.2 Penyebut harga juga dikehendaki mengemukakan kaedah pelaksanaan
dan pasukan projek.
16. PASUKAN PENGURUSAN PROJEK
16.1 Pasukan projek perlu terdiri daripada personel yang mahir dalam
perkhidmatan yang ditawarkan secara penuh masa sepanjang proses
penghantaran, pemasangan, konfigurasi dan penyelesaian menyeluruh
projek. Kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-
kurangnya 3 tahun.
16.2 Penyebut harga hendaklah mengemukakan carta organisasi dan
tanggungjawab setiap kakitangan yang terlibat dalam projek ini dan
maklumat untuk dihubungi.
15
17. TEMPOH JAMINAN
17.1 Perkakasan dan perisian komputer yang dibekalkan hendaklah dilitupi
dengan tempoh jaminan iaitu tiga (3) tahun (onsite, part, labour)
dari tarikh Surat Setuju Terima Tawaran dikeluarkan oleh MSWP.
17.2 Penyebut harga dikehendaki memberi perkhidmatan penyenggaraan
pencegahan dan pembaikan ke atas set komputer desktop dan mesin
pencetak A3 (heavy duty) yang disewa selama tempoh tiga (3) tahun dari
tarikh Surat Setuju Terima Tawaran dikeluarkan oleh MSWP.
17.3 Dalam tempoh jaminan ini semua khidmat baikpulih, penyenggaraan,
penggantian peralatan yang rosak dan kos buruh hendaklah diberi
secara onsite percuma. Penyebut harga yang menawarkan tempoh
jaminan yang lebih lama dan syarat-syarat yang lebih baik akan diberi
keutamaan.
17.4 Sebarang kerosakan kepada perkakasan dan perisian hendaklah
ditanggung oleh penyebut harga daripada segi peralatan, perkhidmatan,
pertukaran, kewangan dan lain-lain yang bersangkutan. Setiap komponen
/ item perkakasan yang disahkan rosak dan perlu diselenggara tanpa
dikenakan sebarang kos / harga lain / baru.
17.5 Sekiranya peralatan komputer tidak dapat berfungsi pada tahap yang
ditetapkan dalam spesifikasi, peralatan tersebut hendaklah dibaiki dalam
tempoh dua (2) hari bekerja.
17.6 Pembekal hendaklah menggantikan komputer yang rosak dalam tempoh
dua puluh empat (24) jam dengan unit gantian jika masa pembaikan
melebihi masa dua puluh empat (24) jam. Alat ganti setara atau unit
pinjaman seumpama perlu disediakan dalam tempoh tersebut.
18. KHIDMAT SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN
18.1 Sebarang kerosakan kepada peralatan dan perisian semasa tempoh
jaminan hendaklah ditanggung oleh pihak pembekal daripada segi
peralatan, perkhidmatan, pertukaran, kewangan dan lain-lain yang
bersangkutan. Alat ganti sementara (on-loan item) peralatan yang rosak,
hendaklah disediakan sehingga peralatan dibaiki atau diganti.
18.2 Sokongan adalah daripada pembekal dan pihak pengilang.
18.3 Jika diperlukan, pembekal adalah dikehendaki menyedia dan memberikan
khidmat penyenggaraan dan sokongan selepas tamat tempoh jaminan
16
dengan pihak MSWP berasaskan suatu perjanjian penyenggaraan yang
akan ditentukan kemudian. Walau bagaimanapun, MSWP mempunyai hak
untuk memilih sebarang pembekal lain untuk memberikan khidmat
penyenggaraan.
18.4 Penyebut harga hendaklah mengemukakan maklumat terperinci
maklumbals berhubung penyenggaraan dan perkhidmatan sokongan
terlibat untuk kegunaan MSWP.
19. PELAN UJIAN PENERIMAAN
19.1 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan Pelan Ujian Penerimaan
(Acceptance Test) yang akan dijalankan di MSWP termasuk pengujian
item aplikasi sistem keseluruhan dan fungsi.
20. PENERIMAAN SEMENTARA
20.1 Penyebut harga dikehendaki membenarkan MSWP menjalankan ujian ke
atas peralatan dan perisian yang dibekalkan untuk tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh siap pemasangan. MSWP akan memberi pengesahan
penerimaan sementara sekiranya peralatan tersebut berfungsi dengan
sepenuhnya dan sistem down time tidak melebihi 5%. Sistem down time
bermaksud tempoh apabila peralatan tidak dapat berfungsi kerana sistem
breakdown.
20.2 MSWP mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian penerimaan
sementara sekiranya terdapat sebarang peralatan yang tidak berfungsi
kerana kesilapan / kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja
(workmanship) atau kecacatan pada peralatan.
21. PENERIMAAN AKHIR
21.1 MSWP akan menggunakan peralatan dan perisian yang dipasang untuk
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan sementara. Dalam
tempoh tersebut, pembekal bertanggungjawab membetulkan sebarang
kelemahan yang dikesan. MSWP akan mengeluarkan sijil pengesahan
penerimaan akhir sekiranya dalam tempoh berkenaan peralatan tersebut
berfungsi dengan sepenuhnya dengan sistem downtime tidak melebihi
1%.
17
21.2 Sekiranya peralatan dan perisian tersebut gagal memenuhi ciri-ciri yang
dikehendaki walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh
pembekal dalam tempoh yang telah dinyatakan, MSWP berhak
mendapatkan gantian. Sekiranya peralatan dan perisian tersebut perlu
diganti dengan yang lain, penyebut harga hendaklah menanggung segala
kos yang terlibat.
21.3 MSWP mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian sekiranya
terdapat sebarang perisian yang tidak berfungsi kerana kesilapan atau
kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (workmanship) atau
kecacatan pada system aplikasi tersebut.
22. JADUAL BAYARAN
22.1 Jadual bayaran bagi perkhidmatan penyewaan komputer desktop dan
mesin pencetak A3(heavy duty) adalah seperti berikut:
i. Semasa bulan pertama (tahun pertama) : Nilai sewaan untuk
tahun pertama (12
bulan)
ii. Semasa bulan ke 25 (tahun kedua) : Nilai sewaan untuk
tahun kedua (12
bulan)
iii. Semasa bulan ke 36 (tahun ketiga) : Nilai sewaan untuk
tahun ketiga (12
bulan)
22.1.1 Semua harga pada jadual harga mestilah dalam Ringgit
Malaysia dan mestilah dinyatakan dalam angka yang tepat bagi
unit harga dan jumlah harga (termasuk lain-lain kerja yang
berkaitan)
22.1.2 Pembayaran untuk setiap fasa tidak akan dikeluarkan sehingga
fasa sebelumnya disempurnakan dan diluluskan oleh MSWP.
22.1.3 MSWP akan mengeluarkan sijil penerimaan bertulis selepas
lima (5) hari pengesahan daripada MSWP.
18
23. MANUAL DAN DOKUMENTASI
23.1 Penyebut Harga yang berjaya perlu menyediakan manual operasi /
penggunaan perkakasan untuk rujukan personel teknikal IT dan
pengguna semasa pengendalian dan penyenggaraan.
24. BON PELAKSANAAN
24.1 Penyebut Harga yang berjaya, jika perlu adalah dikehendaki
mengemukakan Bon Pelaksanaan dengan kadar peratus yang ditetapkan
mengikut Perjanjian Setuju Terima seperti di bawah:
24.1.1 Nilai lebih dari RM50,000.00 sehingga RM500,000.00, Bon
Pelaksanaannya adalah sebanyak 2.5% ke atas jumlah harga
tawaran. Manakala, bagi nilai lebih RM500,000.00 Bon
Pelaksanaan sebanyak 5% dikenakan ke atas jumlah harga
tawaran.
24.1.2 Bon Pelaksanaan hendaklah di dalam bentuk jaminan bank.
24.2 Bon pelaksanaan akan dipulangkan kepada penyebut harga selepas dua
belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh kontrak dengan syarat
MSWP berpuashati bahawa syarat-syarat kontrak telah dipenuhi.
24.3 Penyebut harga yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan MSWP
dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak
penyebut harga tersebut melanggar syarat-syarat kontrak (break of
contract) dan disabitkan kesalahan.
25. TEMPOH KONTRAK
25.1 MSWP berhak menentukan tarikh permulaan kontrak dan tarikh tamat
kontrak.
26. TARIKH TUTUP
26.1 Tarikh tutup sebut harga adalah jam 12.00 tengahari pada 30 Oktober
2018 (Selasa). Sebut harga-sebut harga hendaklah dikemukakan kepada
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pada atau sebelum waktu dan tarikh
tersebut. Sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
20
BORANG I
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER
DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
(SEBUT HARGA MSWP BIL: MSWP (SH) 1/2018 )
1. Penyebut harga dikehendaki mengisi ruang kosong di bawah dengan lengkap beserta catatan / keterangan
lain. Penyebut harga dikehendaki mengisi semua spesifikasi.
2. Semua butir-butir di dalam Borang ini dikehendaki diisi dengan betul dan lengkap. Kemudahan lampiran
tambahan, jika ruang tidak mencukupi.
Bil. Spesifikasi Minimum Teknikal Taraf (W/U) (Wajib- W) (Umum-U)
Pematuhan (Ya / Tidak)
Keterangan Terperinci (Wajib diisi)
1. Pembekal dikehendaki untuk melaksanakan perkhidmatan penyewaan, penghantaran, pemasangan, instalasi, pentauliahan tiga puluh (30) unit komputer serta perisian bagi item di bawah dan satu unit mesin pencetak A3 (heavy duty) di setiap lokasi yang ditetapkan
W
2. Tempoh Penyewaan: Tiga (3) Tahun W
3. Lokasi Penghantaran dan Pemasangan: i. Pembekal yang berjaya WAJIB membuat penghantaran dan pemasangan mengikut alamat seperti di bawah: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya (Pemasangan sebenar di tempat pengguna pada alamat yang sama akan ditentukan) ii. Penghantaran bekalan dan pemasangan hendaklah disertakan dengan ‘delivery order’ yang perlu ditandatangani oleh wakil MSWP. iii. Minimum seorang wakil dari pembekal yang berjaya DIWAJIBKAN HADIR semasa penghantaran dan untuk pengesahan dan penerimaan di alamat tersebut di atas.
W
4.
Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah Dalam Dokumen Perolehan Kerajaan: i. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 1964)
ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak
W
21
yang ditawar atau diberi suapan akan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 1964) iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 1964) iv. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 1964)
5. Spesifikasi : 30 unit Komputer Desktop W
5.1 Model dan jenama : sila nyatakan W
5.2 Tahun pembuatan (baharu 2017 ke atas): Sila nyatakan
W
5.3 Processor: Intel Core i5-8400 Processor (6 Cores/9MB/6T/up to 4.0GHz/65W); or better
W
5.4 Operating System: Microsoft 10 Pro (64bit) English
W
5.5 Pembekal dikehendaki untuk membekalkan Perisian: Microsoft Office 2016 Standard (Open Value) daripada Syarikat Prestariang Systems Sdn Bhd. Perisian ini akan menjadi hakmilik MSWP selepas
tamat tempoh sewaan.
W
5.6 Minimum Memory 4GB (1x4GB) 2666MHz DDR4 Memory
W
5.7 Minimum Hard Drive 1TB 7.2k RPM W
5.8 Optical Drive: 8x DVD+/-RW 9.5mm Optical Disk Drive
W
5.9 Minimum Monitor 19” with LED backlit LCD Monitor
W
5.10 Pembekal dikehendaki membekalkan USB Keyboard dan USB Optical Mouse
W
5.11 Komputer peribadi ini hendaklah mempunyai video card, Sound Card And Audio: High Definition Audio (all ports are stereo), internal speaker, Microphone and headphone front ports and built in speaker
W
5.12 Connectivity Ethernet (RJ-45) and Integrated Gigabit Ethernet LAN
W
5.13 Connectivity Intel@wireless W
5.14 Licensed Antivirus – Client Security Complete Endpoint (Local Customer Care and Malware unit based in Malaysia). Perisian antivirus ini akan menjadi hak milik MSWP selepas tamat tempoh sewaan
W
22
5.15 Hardware Support 3 Yr ProSupport NBD Onsite Service and 8 x 5 technical support and Assistance
W
5.16 Komputer peribadi yang dibekalkan hendaklah menyokong teknologi hijau (Green Technology)
W
6. Spesifikasi : 1 unit Mesin Pencetak A3(Heavy Duty)
W
6.1 Model / Jenama (Nyatakan) W 6.2 Functions: Print, copy, scan, fax W 6.3 Print Technology : Laser/PageWide
Technology W
6.4 Print Speed : Black/Color A4: Up to 55 ppm (GO) A4 : Up to 35ppm (ISO)
W
6.5 Processor Speed : 1.5 GHz W 6.6 Print Quality Black (Best): Up to 1200
x 1200 rendered dpi (when printing from a computer)
W
6.7 Print Quality Color (Best): Up to 2400 x 1200 optimized dpi color
W
6.8 First page out black (A4, ready):As fast as 7.75 sec
W
6.9 First page out color (A4, ready):As fast as 8.25 sec
W
6.10 Duty Cycle (Monthly, A4) Up to 100,000 pages (A4)
W
6.11 Monthly Page Volume: 2500 to 15,000
W
6.12 Cartridge Page Yield (ISO Standard): Black - 10,000 / 20,000 , Color - 8,000/16,000
W
6.13 Print Connectivity : 2 Hi-Speed USB 2.0 Host1 Hi-Speed USB 2.0 Device1 Ethernet 10/100/1000 Base-T network2 RJ-11 modem port/phone line802.11 b/g/n - dual band Station NFCBluetooth SmartWiFi Direct (wireless 802.11b/g/n – dual band NFC Bluetooth Smart, WiFi Direct – WiFi SKUs only)
W
6.14 Three (3) year warranty: Next Business Day Onsite Service
W
6.15 Energy Efficiency ENERGY STAR® qualified
W
7. Pembekal perlu mengemukakan Risalah/Katalog mengenai komputer dan mesin
pencetak yang ditawarkan
W
8. Pemasangan dan pentauliahan: i. Pemasangan dan pengujian set
komputer di MSWP ini tanpa dikenakan sebarang caj
ii. Pentauliahan kerja-kerja yang telah selesai dilaksanakan akan dibuat oleh pihak MSWP
W
9. Perkhidmatan dan sokongan:
i. Tempoh jaminan adalah tiga (3) tahun (termasuk onsite, part, labour) dan
termasuk sokongan telefon percuma (Waktu pejabat 7.30 pagi hingga 5.30 petang)
W
23
ii. Tempoh tindakbalas (respond time) adalah 4 jam dan tindakan di lokasi
dalam masa 24 jam jika masalah tidak dapat diselesaikan melalui talian telefon
10. Unit gantian (Loaner unit) jika berlaku kerosakan: Unit gantian wajib disediakan jika peralatan yang disewa rosak dan dalam proses pembaikan tanpa sebarang caj.
W
11. User Acceptance Test (UAT): Kerja yang dilaksanakan perlu disahkan melalui surat akuan penerimaan & surat akuan pengujian. Sila nyatakan
W
12. Pembekal hendaklah membuat penyenggaraan
secara berkala sebanyak 1 kali setahun bagi setiap peralatan komputer desktop dan mesin pencetak (heavy duty) yang disewa.
W
13. Pengalaman: Penyebut harga perlu menyenaraikan pengalaman bagi pembekalan komputer desktop yang telah dilaksanakan
W
14. Pembekal dikehendaki menyediakan Carta Gantt atau Jadual pelaksanaan
W
15. Lain-lain maklumat tambahan: Penyebut harga dikehendaki mengemukakan tawaran mengikut format dokumen spesifikasi teknikal ini. Apa-apa kenyataan hendaklah disokong dengan bukti dokumen. Penyataan yang mengelirukan dan tidak lengkap boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan
W
25
SENARAI SEMAK TEKNIKAL (CHECKLIST)
SEBUT HARGA: MSWP (SH) 1/2018
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER
DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Arahan kepada Penyebut harga:
1. Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disediakan.
2. Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di luar
sampul ‘SAMPUL TEKNIKAL’.
3. Nama syarikat tidak dibenarkan untuk dicetak di mana-mana helaian
di dalam Sampul Teknikal.
SAMPUL TEKNIKAL
1) Cadangan Teknikal daripada Penyebut Harga Jadual Pematuhan
Spesifikasi Teknikal seperti di Borang I
2) Jadual Pelaksanaan (Disediakan oleh penyebut harga)
3) Jadual Pengalaman Penyebut harga seperti di Borang IV
4) Senarai Ahli Pasukan Projek di Borang V
5) Katalog dan risalah berkaitan dan surat sokongan pengilang (jika ada)
26
SENARAI SEMAK KEWANGAN (CHECKLIST)
SEBUT HARGA: MSWP (SH) 1/2018
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER
DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Arahan kepada Penyebut Harga:
1. Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disediakan.
2. Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di luar sampul
‘SAMPUL KEWANGAN’.
SAMPUL KEWANGAN
1) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal dengan Kementerian
2) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal Bumiputera dengan
Kementerian Kewangan, jika ada
3) Salinan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir
4) Surat rasmi daripada syarikat yang mengambil bahagian dengan
keterangan mengenai sebut harga
5) Surat jaminan Penyebut Harga seperti di Borang IX
6) Keterangan mengenai Penyebut harga
7) Jadual harga seperti di Borang II
8) Surat Akuan Pembida seperti di Borang VII
9) Borang Akuan Sebut Harga seperti di Borang VI
28
BORANG II: JADUAL HARGA
a) HARGA PERKAKASAN / PERISIAN TAHUN PERTAMA
BIL ITEM JUMLAH UNIT
SEWAAN (a)
HARGA SEWAAN SEUNIT
(b)
JUMLAH HARGA SEWAAN (RM) (c) = (a) x (b)
A PERKAKASAN DAN PERISIAN
- Set komputer desktop dan mesin pencetak (heavy duty)(termasuk
perisian antivirus, Microsoft office dan operating system) - Mesin pencetak (heavy duty)
B PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN
- Penyenggaraan set komputer desktop dan mesin pencetak A3
(heavy duty) sewaan
- Perlindungan Insuran set
komputer desktop dan mesin pencetak
JUMLAH SEBULAN
JUMLAH KESELURUHAN (SETAHUN)
b) HARGA PERKAKASAN / PERISIAN TAHUN KEDUA
BIL ITEM JUMLAH UNIT
SEWAAN (a)
HARGA SEWAAN SEUNIT
(b)
JUMLAH HARGA SEWAAN (RM) (c) = (a) x (b)
A PERKAKASAN DAN PERISIAN
- Set komputer desktop dan mesin
pencetak (heavy duty)(termasuk perisian antivirus, Microsoft office dan operating system) - Mesin pencetak (heavy duty)
B PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN
- Penyenggaraan set komputer
desktop dan mesin pencetak A3
(heavy duty) sewaan
- Perlindungan Insuran set
komputer desktop dan mesin pencetak
JUMLAH SEBULAN
JUMLAH KESELURUHAN (SETAHUN)
29
c) HARGA PERKAKASAN / PERISIAN TAHUN KETIGA
BIL ITEM JUMLAH UNIT
SEWAAN
HARGA SEWAAN SEUNIT
JUMLAH HARGA SEWAAN (RM)
A PERKAKASAN DAN PERISIAN
- Set komputer desktop dan mesin pencetak (heavy duty)(termasuk
perisian antivirus, Microsoft office dan operating system) - Mesin pencetak (heavy duty)
B PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN
- Penyenggaraan set komputer
desktop dan mesin pencetak A3 (heavy duty) sewaan
- Perlindungan Insuran set
komputer desktop dan mesin pencetak
JUMLAH SEBULAN
JUMLAH KESELURUHAN (SETAHUN)
d) KEDAR SEWAAN TAHUN PERTAMA HINGGA TAHUN KETIGA
ITEM
JUMLAH KOS (RM)
a) Harga Tahun Pertama
b) Harga Tahun Kedua
c) Harga Tahun Ketiga
JUMLAH SEMUA HARGA SEWAAN (RM)
30
BORANG III
SOAL SELIDIK PROFIL SYARIKAT
Arahan: Semua butir-butir dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah
dilengkapkan oleh penyebut harga dengan betul dan tepat. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebut harga ditolak dan
tidak dipertimbangkan. Gunakan lampiran lain jika perlu. (kepilkan salinan
borang akaun pemilikan yang berkenaan).
Butir-Butir Syarikat 1. No. Pendaftaran Syarikat :………………………… Tarikh Tamat :………………………. 2. No. Pendaftaran Kem. Kewangan Malaysia: ………………….Tarikh Tamat: ……………. 3. Taraf Syarikat: Bumiputera / Bukan Bumiputera 4. Peratus Modal : ……… % Bumiputera / …… % Bukan Bumiputera ……. % Lain-lain ..….% 5. Tempoh sah Pengiktirafan Syarikat Bumiputera: ………………. Hingga …………….. 6. Jenis Syarikat: Perseorangan: Perseorangan/Perkongsian/Sdn. Bhd./Lain-lain: ……………… ……………………(Nyatakan)
Butir-Butir Modal 1. Modal Dibenarkan: RM ……………………….. 2. Modal Dibayar : RM …………………………
Pemegang Saham Senarai Pemegang-pemegang Saham Bil. Nama/Jawatan No. K/P % Pegangan 1. .………………………………………………………… ……………………… ………………….. 2. …………………………………………………………. ………………………. ………………….. 3. ………………………………………………………… ………………………. ………………….. 4. ……………………………………………………….. . ……………………….. ………………….
31
BORANG IV
JADUAL PENGALAMAN PEMBEKAL
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER
DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
(SEBUT HARGA MSWP BIL: MSWP (SH) 1/2018)
Sila nyatakan kerja dalam tangan atau projek yang masih dikendalikan yang melibatkan nama organisasi,
jenis kerja / bekalan dan tarikh bekalan. Ringkan seperti jadual di bawah (sila senaraikan pengalaman
bermula daripada tahun 2014 ke atas dan bernilai RM 150,000 ke atas sahaja).
Bil Jabatan/Agensi Jenis Bekalan Nilai (RM) Tarikh Bekalan
Pegawai Rujukan Jabatan (Contact Person)
32
BORANG V
SENARAI AHLI PASUKAN PROJEK
Penyebut harga hendaklah mengemukakan maklumat berkenaan ahli-ahli pasukan
projek ini dengan lengkap (keperluan minima adalah dua (2) orang)
Bil. Nama Personel Kelulusan Tempoh Pengalaman
Bekerja Dalam Bidang
ICT
Tempoh Pengalaman
Dalam Bidang Berkaitan
Peranan dan Tanggungjawab
Dalam Projek ini
1.
2.
3.
4.
33
BORANG VI
BORANG AKUAN SEBUT HARGA
Kepada:
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara seri Wilayah
Presint 2, 62100 Putrajaya
Tuan,
NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA: MSWP (SH) 1/2018
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30)
UNIT KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY
DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA
(3) TAHUN
Merujuk kepada iklan tuan berkenaan perkara di atas, dan tertakluk kepada Arahan dan
Syarat-syarat kepada Penyebut harga pihak yang bertandatangan di bawah
menawarkan perkhidmatan sepertimana sebahagian yang terkandung dalam kontrak,
bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan pelbagai kadar yang ditetapkan oleh
pihak yang bertandatangan di bawah berserta senarai harga yang disertakan bersama
sebut harga.
Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata
dalam Arahan dan Syarat-syarat kepada Penyebut harga , spesifikasi dan jadual harga,
dan bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang
dibekalkan dari semasa ke semasa.
Dan selanjutnya, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk menyiapkan
pembekalan dan penghantaran dan bekerja mengikut Arahan dan Syarat-syarat kepada
Penyebut harga yang diberikan.
Sebagaimana yang telah difahami, pihak tuan boleh menerima atau menolak sebut
harga kami tanpa apa-apa alasan. Sebut harga ini akan sentiasa sah selama sembilan
puluh (90) hari dari tarikh penyerahan sebut harga.
Dan selanjutnya, pihak bertandatangan di bawah bersetuju sekiranya pihak tuan
menerima sebut harga ini untuk menyediakan Perjanjian Kontrak Rasmi dalam masa
tiga puluh (30) hari dari tarikh pos atau dihantar tangan sepertimana yang tertakluk
dalam Klausa 9 Arahan dan Syarat-syarat kepada Penyebut harga.
34
Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan
dalam sebut harga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebut
harga.
Tempoh sahlaku sebut harga (minimum sembilan puluh (90) hari): _______________
________________ Tempoh siap kerja / penghantaran sehingga penerimaan akhir
adalah tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh setuju terima sebut harga MSWP: ____
_________________________
Tandatangan ________________ Tandatangan ________________
Penyebut harga: Saksi kepada
Penyebut harga:
Nama dan alamat syarikat Nama dan alamat syarikat
__________________________ _________________________
__________________________ _________________________
__________________________ _________________________
__________________________ _________________________
Tarikh: ____________________ Tarikh: ___________________
35
BORANG VII
SURAT AKUAN PEMBIDA
BAGI
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN TIGA PULUH (30)
UNIT KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN PENCETAK A3 (HEAVY
DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA
(3) TAHUN
(SEBUT HARGA MSWP BIL: MSWP (SH) 1/2018 )
Saya ___________________________ nombor Kad Pengenalan ___________________ yang
(Nama Wakil Syarikat)
mewakili ______________________nombor pendaftaran _____________________________
(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
Dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini
tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Majlis Sukan
Wilayah Persekutuan (MSWP) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan kuasa bagi
saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan
berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut perolehan Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut
harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.
Yang benar,
____________________
Nama :
No. K/Pengenalan:
Tarikh :
Cop Syarikat
36
BORANG IX
SURAT JAMINAN PEMBEKAL
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah
Presint 2, 62100 Putrajaya
Tuan,
Tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat sebut harga yang berkembar, saya yang
menurunkan tandatangan di bawah ini dengan ini mengambil bahagian sebut harga dan
menawarkan untuk SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SECARA SEWAAN
TIGA PULUH (30) UNIT KOMPUTER DESKTOP DAN SATU (1) UNIT MESIN
PENCETAK A3 (HEAVY DUTY) UNTUK MAJLIS SUKAN WILAYAH
PERSEKUTUAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN, Aras 2, Blok 1, Menara Seri
Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya yang dinyatakan di dalam jadul kontrak
termasuklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian kontrak yang
mana dikembalikan bersama dengan tawaran sebut harga ini (No. Sebut harga:
MSWP (SH) 1/2018).
2. Saya menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta
mematuhi dan terikat dengan semua syarat-syarat kontrak dan skop kerja
yang ada di dalam jadual sebut harga dan juga bersetuju di atas harga yang
ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran kepada perkhidmatan
yang mana telah dipesan oleh MSWP.
3. Dengan ini juga telah difahami bahawa MSWP berhak menerima atau menolak
sebarang sebut harga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau
sama dengan sebut harga-sebut harga yang lain. Saya juga bersetuju untuk menerima
ke semua atau sebahagian dari skop kerja yang ditawarkan dan sedia mengikut
kehendak dan pertimbangan MSWP. Saya juga bersetuju bahawa harga sebut harga
yang saya beri ini akan laku (valid) dan tidak ditarik balik dalam tempoh sembilan puluh
(90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya sebut harga saya diterima, saya akan
mengikat perjanjian kontrak serta memberi cagaran keselamatan dalam tempoh tiga
puluh (30) hari dari tarikh terima surat tawaran dari MSWP.
37
5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua
dokumen yang digunakan untuk sebut harga ini adalah yang sebenar yang
terdapat di dalam Dokumen Sebut Harga.
Nama Penyebut Harga: _________________________
__________________________
Tandatangan
Penyebut harga
Alamat : ____________________________ Cop Penyebut Harga
____________________________
____________________________
Tarikh : ____________________________
Nama Saksi : ____________________________ ________________________
Alamat : ____________________________ Tandatangan Saksi
_____________________________
_____________________________
Tarikh : ____________________________