2011/2012
MASALAH PENDENGARAN
TAJUK TUGASAN :HURAIKAN CIRI-CIRI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH
PENDENGARAN. BINCANGKAN APAKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MEMBANTU MEREKA DI DALAM BILIK DARJAH.
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR 109679
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Isi Kandungan
1. Pengenalan ........................................................................................................... m/s 32. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah pendengaran ............................... m/s 4
2.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan ........................................................... m/s 42.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi ............................................................. m/s 52.3 Lewat bertutur ................................................................................................ m/s 62.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari dari bercakap ................................. m/s 72.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual .................................................... m/s 72.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti melibatkan komunikasi lisan ........ m/s 82.7 Pertuturan sukar difahami ............................................................................... m/s 82.8 Sering berkhayal ............................................................................................. m/s 92.9 Sukar mengikut arahan lisan .......................................................................... m/s 92.10 Sering bertanya dan meminta arahan lisan diulang suara ......................... m/s 102.11 Kerap meminta bantuan apabila melibatkan aktiviti lisan ........................ m/s 112.12 Memberi perhatian kepada penutur ......................................................... m/s 112.13 Gagal menjawab soalan lisan dengan sesuai ............................................ m/s 122.14 Tidak boleh atau sukar mengawal suara ................................................... m/s 122.15 Masalah tatabahasa yang lemah ................................................................ m/s 132.16 Gangguan kesihatan .................................................................................. m/s 142.17 Suka berada hampir dengan sumber bunyi ............................................... m/s 142.18 Masalah menentukan arah bunyi .............................................................. m/s 15
3. Langkah-langkah membantu kanak-kanak masalah pendengaran ....................... m/s 163.1 Langkah-langkah membantu mengikut kategori kepekakan .......................... m/s 16
3.1.1 Alat bantu dengar ............................................................................... m/s 173.1.2 Implan koklea ..................................................................................... m/s 173.1.3 Terapi pertuturan ................................................................................ m/s 183.1.4 Terapi pendengaran ............................................................................ m/s 183.1.5 Penggunaan bahasa isyarat ................................................................ m/s 18
3.2 Pengelolaan di dalam bilik darjah .................................................................. m/s 194. Kesimpulan ........................................................................................................... m/s 235. Rujukan ................................................................................................................ m/s 246. Lampiran .............................................................................................................. m/s 25
2011/2012 Page 2
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
1. Pengenalan
Pendengaran merupakan deria penting dan sumber asas bagi seseorang manusia itu
untuk berkomunikasi atau berhubung dalam menyampaikan maklumat atau sesuatu
maksud secara lisan. Dengan adanya pendengaran yang baik, maka sesuatu urusan
penyampaian lisan itu akan menjadi lebih mudah tanpa melalui halangan tertentu dan
sebaliknya bagi individu yang mengalami masalah pendengaran, kesukaran ini akan
memberi impak yang negatif dalam kehidupannya.
Menurut Aznan (2010), pekak merujuk kepada individu yang tidak boleh mendengar
bunyi di sekeliling mereka walaupun dengan bantuan alat bantuan pendengaran dan tahap
kehilangan pendengaran setiap individu berbeza-beza. Secara umumnya pula, masalah
pendengaran ini boleh dihadapi oleh semua lapisan peringkat umur samada bayi, remaja,
dewasa mahu pun warga tua. Seseorang individu dapat membentuk pertuturan dan
memahami sesuatu perkataan itu berdasarkan sejauh mana kebolehannya mendengar. Ini
mengambil kira proses memahami dan membezakan maksud perkataan atau bunyi yang
didengar melalui terjemahan otak dan sebelum tindakan susulan dibuat berdasarkan
kejelasan pendengarannya.
Bagi menjelaskan lagi keadaan masalah pendengaran ini, ianya berlaku disebabkan
apabila kehilangan jenis sensori – neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada
peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh kemahiran berbahasa (di
bawah 2 – 3 tahun). Selain itu kehilangan konduktif akibat kerosakan pada telinga tengah
dan dalam juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran. Oleh itu, kanak-
kanak bermasalah pendengaran mempunyai 3 rangkap kecacatan iaitu disebabkan mereka
tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertutur dan tidak dapat pula berfikir seperti
kanak-kanak normal (Chua, 1992), dan boleh membawa kesan negatif jika tiada tindakan
susulan diambil.
Masalah pekak dan kehilangan daya pendengaran bukan sahaja memberi kesan
kekurangan dalam input sensori, tetapi juga gangguan dalam interaksi serta hubungan di
antara orang dewasa dengan kanak-kanak. Oleh hal ini, adalah dikhuatiri sekiranya
masalah pendengaran ini berlaku kepada golongan kanak-kanak kerana memberi ancaman
2011/2012 Page 3
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
buruk khususnya aspek perkembangan bahasa, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut
hingga mencapai dewasa.
2. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah pendengaran
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran sebenarnya jika dilihat secara
fizikal tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang normal. Ini kerana
gangguan kelainan itu datangnya hanya dari bahagian telinga yang berfungsi sebagai
deria untuk mendengar.
Hasil kajian pakar pediatrik juga menunjukkan tidak semua kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran tergolong dalam kumpulan pekak sepenuhnya tetapi
masih lagi mempunyai sisa-sisa pendengaran. Baki sisa pendengaran itu yang akhirnya
digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan seharian meskipun tidak banyak
membantu mereka. Oleh kerana itu, maka beberapa ciri telah dikenal pasti bagi mengesan
kanak-kanak bermasalah pendengaran supaya langkah-langkah sewajarnya dapat
dilakukan bagi membantu mereka.
2.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan
Berdasarkan sumber pakar pediatrik, seseorang kanak-kanak yang mempunyai
masalah pendengaran dapat dikesan dari peringkat awal lagi melalui kelainan
tindakan dan ransangan seorang bayi yang baru lahir. Secara normalnya, kebanyakan
bayi yang lahir akan menangis apabila selamat saja dilahirkan tetapi ini berbeza
dengan bayi yang bermasalah pendengaran. Perbezaan ketara ini mungkin disebabkan
kesan sampingan terhadap ibu bayi dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas
proses kelahiran berlaku.
Kelainan ini mungkin berlaku disebabkan faktor beberapa jangkitan yang dialami
oleh si ibu semasa mengandung. Terdapat kemungkinan besar besar lain juga yang
boleh menyebabkan anak dalam kandungan berisiko mendapat gangguan
pendengaran ialah apabila si ibu terdedah kepada sebaran bahan kimia di persekitaran
yang akhirnya memudaratkan bayi yang dikandung. Pun begitu, harus diingat bahawa
masalah pendengaran kanak-kanak seawal bayi juga boleh jadi berpunca dari sumber
genetik atau baka yang kurang sihat dari ibu bapa kanak-kanak sendiri. Pengesanan
masalah pendengaran juga boleh dilihat semasa proses kelahiran bayi tersebut samada
2011/2012 Page 4
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
disebabkan masa kelahiran bayi terlalu lama, bayi tidak cukup bulan dan penggunaan
peralatan seperti forcep untuk memudahkan kelahiran bermasalah ini. Kesan-kesan
ini akhirnya memberi kecederaan kepada bayi khususnya di bahagian telinga
berdasarkan hentakan kuat atau pun masalah kekurangan oksigen semasa proses
kelahiran berlangsung.
Kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas juga sebenarnya bukan saja boleh
memberi risiko tinggi kepada bayi untuk mengalami masalah pendengaran, tetapi
turut memberi kesan negatif di bahagian saraf dan otak bayi. Disebabkan kelainan
tingkahlaku bayi yang ditunjukkan iaitu tidak menangis selesai sahaja dilahirkan
dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kecenderungan masalah pendengaran
ini berlaku.
2.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi
Pengesanan masalah pendengaran terhadap bayi dan kanak-kanak juga boleh dikesan
dengan sejauh mana mereka bertindak balas dan memberi ransangan khususnya
terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan. Ini amat penting bagi menilai dan membuat
pemerhatian asas sekaligus memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai
daya deria pendengaran yang kuat dan mampu memberi respon kepada sesuatu situasi
yang berlaku.
Secara umumnya seorang bayi yang normal dapat memberi perhatian apabila adanya
sumber bunyi di sekeliling contohnya apabila dipanggil atau di acah oleh orang lain.
Respon dari bayi ini kebiasaannya akan berpaling dan memberi perhatian terhadap
sumber bunyi dan disusuli deria lain iaitu mata akan menuruti pergerakan objek dari
mana sumber bunyi acahan itu datang. Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 2
hingga 6 tahun, tahap kepekaan bunyi sekeliling sangat membantu mereka
terutamanya dalam aspek perkembangan bahasa bersesuaian dengan umur mereka.
Kanak-kanak normal pada peringkat umur sebegini biasanya lebih aktif dan peka
terhadap sesuatu bunyi bersesuaian dengan tahap perkembangan otak kanak-kanak
pada masa itu. Bagi kanak-kanak normal, mereka akan berpaling ke arah bunyi yang
menarik perhatian mereka seperti apabila nama mereka dipanggil dan ini
menunjukkan respon positif dari pendengaran mereka.
2011/2012 Page 5
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Tingkahlaku ini berbeza dengan bayi dan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran
kerana kebiasaanya mereka kurang peka terhadap bunyi yang terhasil disekeliling dan
memerlukan bunyian secara berulang-ulang sehingga dapat menarik perhatian. Ini
dapat diperhatikan melalui tindak balas kanak-kanak tersebut samada ketika situasi
yang bising dan senyap apabila nama mereka dipanggil contohnya. Bagaimanapun
haruslah diingat bahawa tahap pendengaran seorang individu dengan individu lain
sangat berbeza, tetapi kemungkinan untuk kita melihat perbezaan seorang kanak-
kanak yang benar-benar bermasalah pendengaran itu dapat dikesan di peringkat ini.
2.3 Lewat bertutur
Kita mengetahui bahawa komunikasi secara lisan merupakan elemen yang paling
mudah dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan digunakan semasa
proses sosialisasi seorang individu itu dan juga proses pembelajaran. Dalam situasi
ini, adalah menjadi satu kesukaran buat kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk
memperkembangkan aspek bahasa melalui pertuturan. Kesukaran ini datangnya dari
kanak-kanak itu untuk menerima bunyi-bunyian dengan betul dan lebih tepat.
Akhirnya ini akan menyukarkan mereka untuk menyebut kembali perkataan atau ayat
yang digunakan sebelumnya seperti yang diutarakan oleh Abdullah Yusoff (2004).
Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk
memahami pertuturan berpunca daripada pendengaran mereka terhadap perkataan-
perkataan atau ayat yang diujarkan tidak jelas.
Kebiasaanya kanak-kanak yang mencapai umur 12 hingga 24 bulan mula bercakap
dan membentuk bahasanya sendiri iaitu mamam atau akan (bermaksud makan) tito
(bermaksud tidur). Namun bagi kanak-kanak yang bermasalah pendengaran,
perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu dan lewat daripada kebiasaan dan
ini menggangu pertumbuhan mental mereka. Hal ini perlu diambil serius melalui
pemerhatian pertuturan mereka bagi menyusun tindakan susulan untuk mengelakkan
kanak-kanak ini dapat menguasai bahasa lisan.
Ini menjelaskan kepada kita bahawa aspek pertuturan dan perkembangan bahasa
kanak-kanak ini telah disekat oleh masalah ketidakupayaan organ deria telinga
2011/2012 Page 6
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
berfungsi dengan baik. Kesukaran ini juga akhirnya membataskan diri kanak-kanak
ini untuk belajar dan bersosial sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
2.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari daripada bercakap
Seperti ciri yang yang telah dijelaskan sebelumnya, kegagalan penguasaan bahasa
oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ini juga menyebabkan mereka lebih
cenderung untuk menggunakan bahasa isyarat mengikut pemahaman mereka sendiri
untuk menyampaikan maksud. Ini ada kaitannya dengan faktor kebolehan lewat
pertuturan menyebabkan mereka tidak dapat menyampaikan maksud secara lisan
tetapi berkomunikasi dengan penggunaan anggota badan seperti jari dan sebagainya.
Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan menunjukkan istilah
lapar melalui isyarat tangan dengan meletakkan tapak tangan ke bahagian perut atau
menunjukkan isyarat seperti menyuap makanan ke mulut. Berbeza dengan kanak-
kanak normal yang akan menyampaikan maksud lapar mereka dengan bahasa lisan.
Ini menunjukkan perbezaan ketara dari aspek penguasaan bahasa dan cara
komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran ini jauh bebeza dengan kanak-anak
normal.
Kekerapan kanak-kanak ini cenderung menggunakan jari contohnya, semasa
menyampaikan sesuatu komunikasi dengan meletakkan bahasa lisan sebagai medium
nombor dua dalam komunikasi. Semua ini dapat dilihat melalui proses pemerhatian
teliti dalam aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.
2.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual
Pendengaran adalah asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi secara lisan.
Dalam hal ini, kebolehan kanak-kanak memperkayakan istilah penggunaan bahasa
adalah sangat bergantung kebolehan mereka mendengar, memahami pegertiannya dan
seterusnya menuturkan apa yang didengarnya.
Namun begitu, ini berbeza dengan kelompok kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran kerana beberapa fungsi organ tertentu dalam telinga gagal berfungsi
2011/2012 Page 7
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
dengan baik. Lanataran itu ianya memberikan kesan yang negatif kepada kanak-
kanak tersebut semasa bersosial khasnya ketika sesi interaksi perbualan. Bagi
menjelaskan kenyataan ini, mereka kebiasaannya kurang dan gagal memberi
perhatian apabila berbual. Masalah ini disebabkan kurangnya tumpuan mereka
terhadap sesuatu perbualan komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang
kurang jelas akibat getaran gelombang suara yang diterima lemah. Lantaran itu, maka
tidak hairanlah apabila mereka kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk
mengikuti sesi perbualan yang berlangsung.
2.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang melibatkan komunikasi lisan
Ciri-ciri ini adalah mempunyai hubungkait dengan faktor yang terdahulunya iaitu
apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian apabila berbual. Dengan tahap
kebolehupayaan mereka mendengar lemah, kanak-kanak ini lebih suka bersikap pasif
dalam setiap perbualan dengan cara mendiamkan diri dan cuba untuk menjauhkan diri
dari menyertai kumpulan yang sedang berbual.
Bagi kanak-kanak normal, situasi perbualan merupakan satu kaedah bagi mereka
untuk mempelajari sesuatu perkatan bermakna bersesuaian dengan tahap umur
mereka. Mengikut Kreshan & Terrel (1983), menjelaskan bahawa proses memperoleh
dan menguasai bahasa sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun.
Namun perbezaan ketara di sini ialah jelas menunjukkan bagaimana kanak-kanak
bermasalah pendengaran ini mengasingkan diri mereka dan tidak menunjukkan
ransangan minat terhadap aktiviti komunikasi lisan.
2.7 Pertuturan sukar difahami
Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk
menerima dan memahami arahan dan pertuturan lisan. Ini bermakna mereka sekaligus
mengalami masalah pertuturan dengan penggunaan bahasa bagi sesuatu perkataan
dan istilah itu tidak betul, tepat dan jelas bunyi dan maksudnya. Kesukaran
berinteraksi secara lisan ini juga akhirnya member kesan negatif apabila mereka
berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak normal.
2011/2012 Page 8
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Masalah pertuturan dari aspek linguistik bahasa Melayu merupakan satu bentuk
bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa
pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah makna dan kelas kata
sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Kesukaran ini dapat dibuktikan apabila wujudnya
kata akar, berimbuhan, majmuk dan berganda yang menyukarkan kanak-kanak ini
untuk menguasai bahasa pertuturan sekaligus mengelirukan kefahaman dan
penggunaan sesuatu perkataan itu.
Masalah pertuturan ini berlaku kerana kerana mereka cenderung menggunakan kata
akar yang yang maksudnya berubah apabila dimasukkan kata imbuhan dan
sebagainya seterusnya menukar maksud sesuatu ayat itu menjadikan pertuturan
mereka tidak difahami oleh kanak-kanak normal. Ciri-ciri ini juga boleh dikaitkan
dengan faktor terdahulu yang telah dinyatakan seperti lebih banyak menggunakan
bahasa badan atau isyarat tangan untuk berinteraksi dan tidak menunjukkan minat
semasa aktiviti lisan dijalankan.
2.8 Sering berkhayal
Disebabkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk
mendengar sesuatu perkataan, ayat atau arahan dengan jelas dan tepat, risiko untuk
mereka berkhayal adalah sangat tinggi. Ini kerana gelombang bunyi persekitaran di
sekeliling kanak-kanak tersebut diterima dalam bentuk yang rendah dan hal ini
menyebabkan mereka tidak mempedulikan komunikasi lisan yang berlaku.
Pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk berasa khayal kerana tumpuan yang
sepatutnya diberikan terhadap situasi persekitaran contohnya semasa proses
komunikasi secara berkumpulan tidak dapat diterima. Ini membuatkan mereka tidak
mengambil sikap tidak mahu menyertai aktiviti perbincangan dengan lebih aktif dan
mengambil sikap pasif dan menyendiri semasa sidang interaksi lisan itu berlaku.
2.9 Sukar mengikut arahan lisan
Ketidakmampuan bahagian telinga menerima gelombang dengan baik terutamanya di
bahagian-bahagian dalam telinga menyebabkan mereka sukar menerima bahasa
2011/2012 Page 9
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
pertuturan dengan jelas. Rentetan dari ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya,
permasalahan masalah pendengaran ini sekaligus menyukarkan kanak-kanak ini
menerima arahan lisan dengan tepat dan membataskan interaksi dan tindak balas
mereka terhadap sesuatu arahan yang diberikan.
Ini menyebabkan setiap arahan, tugasan, ayat mahu pun perkataan sering disalah
maksudkan oleh kanak-kanak ini. Contohnya apabila arahan yang diberikan oleh
seorang penutur kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu, “ kau pandai
main gitar”, tetapi akan disalah terima pendengarannya menjadi, “gigi kau besar”.
Kesukaran membuat pengecaman maksud arahan dan ayat bukan sahaja
membantutkan proses pembelajaran mereka, tetapi memberi kesan buruk terhadap
aspek sosial dan emosi kanak-kanak tersebut.
2.10 Sering bertanya dan meminta arahan lisan diulang suara
Oleh kerana bahagian tertentu dalam telinga kanak-kanak bermasalah pendengaran
ini mengalami gangguan kurang peka terhadap gelombang bunyi, maka ini
menyebabkan mereka akan sering bertanya dan meminta arahan lisan yang diberikan
diulang suara semula. Permasalahan ini adalah berturutan dari ciri-ciri yang telah
dimaklumkan sebelumnya. Ini memaksa kanak-kanak yang mengalami masalah ini
sering kali bertanya semula meminta arahan yang diberi diulang suara sehingga
mereka yakin arahan yang diterima itu tepat dan mengikut kehendak si penuturnya.
Beberapa situasi penting juga turut mempengaruhi kanak-kanak ini untuk menerima
arahan-arahan yang diberi dengan lebih jelas khususnya melibatkan keadaan
persekitaran yang bising, memungkinkan pengulangan soalan itu akan diminta secara
kerap oleh mereka. Hal ini menjelaskan bahawa gangguan bunyi lain dipersekitaran
sebenarnya akan memburukkan lagi isyarat penerimaan arahan yang diterima oleh
mereka. Ini kerana mereka terpaksa pula mengasingkan maklumat atau arahan yang
diterima disebalik bunyi persekitaran yang mengganggu penerimaan gelombang
bunyi yang diterima oleh telinga mereka.
Sebagai contohnya, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan meminta si
penutur mengulang suara seperti, ”tolong ulang balik apa yang dikatakan tadi”, atau
2011/2012 Page 10
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
pun setidak-tidaknya mereka akan memberi tindak balas pertanyaan dan pengulangan
suara seperti’ “aaaaa..?”. ini menjelaskan kepada kita bahawa gangguan dan
ketidakfungsian sepenuhnya pendengaran mereka ini menyebabkan mereka
memerlukan pengulangan arahan dengan lebih kerap lagi.
2.11 Kerap meminta bantuan jika melibatkan aktiviti lisan
Oleh kerana gangguan masalah ini menjejaskan tahap pendengaran kanak-kanak yang
terlibat, ini menyebabkan mereka sangat cenderung meminta bantuan kanak-kanak
atau individu yang hampir dengan mereka khususnya ketika melibatkan aktiviti lisan.
Dengan kata lainnya mereka akan cuba meminta bantuan pihak luar untuk cuba
menyelesaikan masalah lisan yang mereka hadapi.
Sebagai contohnya semasa aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan aktiviti soal
jawab yang mana soalan itu dituju terus kepada pengidap masalah pendengaran.
Kesukaran mereka menerima bunyi dengan jelas membantutkan usaha mereka sendiri
untuk cuba menjawab soalan secara sendirian disebabkan sikap tidak yakin mereka
terhadap gelombang bunyi apa yang mereka terima adalah sama atau berbeza dengan
yang dimaksudkan oleh penuturnya.
2.12 Memberi perhatian kepada muka penutur
Akibat kekurangan kepekaan telinga mereka menerima gelombang bunyi dalam
setiap arahan dan maklumat yang diberi semasa proses interaksi secara lisan, mereka
akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada muka penutur semasa penutur
bercakap. Ciri-ciri ini terlihat disebabkan mereka cuba untuk memahami kehendak
penutur berdasarkan agakan dan bacaan gerak bibir si penutur. Pun begitu ciri-ciri ini
kebiasaannya bergantung berdasarkan keadaan situasi dan berdasarkan pengalaman
mereka terhadap situasi dan kehendak yang disampaikan.
Hasil daripada saki baki pendengaran yang mereka masih ada, mereka akan cuba
untuk meneliti maklumat dan arahan berdasarkan mimik muka dan bacaan bentuk
mulut yang diberikan dengan tepat. Maka tidak hairanlah sekiraya dalam aktiviti
perbincangan contohnya, mereka akan memberi perhatian kepada muka penutur
dengan tepat tanpa mempedulikan keadaan persekitaran.
2011/2012 Page 11
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2.13 Gagal menjawab soalan lisan dengan sesuai
Seperti ciri-ciri yang telah dijelaskan sebelumnya, kekurangan dan ketidakfungsian
sepenuhnya bahagian atau organ pendengaran dalam telinga menyebabkan kesulitan
dan kepayahan penghidap untuk berkomunikasi secara lisan dan lebih berkesan. Hal
ini membawa kepada kegagalan kanak-kanak ini untuk menjawab soalan lisan yang
diberikan dengan jawapan yang sesuai dan bermakna.
Hal ini berlaku kerana mereka sangat bergantung kepada saki baki pendengaran yang
masih ada dan tidak mustahil apabila komunikasi yang dijalankan, mereka hanya
mendengar perkataan yang hampir sama samada di awalan dan akhir sesuatu ayat dan
perkataan yang diberi. Contohnya kanak-kanak normal bertanya, “tolong hidupkan
suis kipas”, tetapi malangnya kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan
menjawab, “mana lipas?”. Keadaan ini adalah disebabkan berlakunya pertembungan
perkataan yang awal atau hujungnya hampir sama bunyi nya iaitu “kipas” dan
“lipas”. Ini akan menyulitkan mereka sendiri untuk mengkategori maksud yang cuba
disampaikan oleh penutur disebabkan saki baki pendengaran yang tinggal tidak tepat
bunyinya.
2.14 Tidak boleh atau sukar mengawal suara
Ketidakfungsian atau kegagalan telinga mendengar isyarat dan gelombang bunyi
dengan tepat ini juga turut mempengaruhi cara kawalan vokal suara kanak-kanak
penghidap yang terlibat. Ini disebabkan saki baki pendengaran yang masih ada
semasa proses komunikasi lisan diterima dalam bentuk yang perlahan menyebabkan
mereka akan memberi tindak balas lisan dengan suara yang yang perlahan dan kuat
supaya kanak-kanak normal yang asalnya tadi menerima butir lisan darinya dengan
lebih jelas.
2011/2012 Page 12
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila seseorang kanak-kanak normal itu
berkomunikasi dengan kawalan suara yang normal dan sesuai dengan persekitaran
tetapi akan dibalas dengan suara yang agak tinggi dari kanak-kanak bermasalah
pendengaran. Kegagalan mereka mengawal suara ini sebenarnya jelas menunjukkan
mereka tidak dapat menyesuaikan bunyi dan persekitaran dengan betul.
2.15 Masalah tatabahasa yang lemah
Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya, ianya banyak mengukuhkan
lagi bukti bahawa penguasaan bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran
adalah sangat terhad. Mereka juga sebenarnya sangat bergantung kepada sisa-sisa
pendengaran yang tinggal seterusnya menyebabkan butir bahasa yang mereka
nyatakan sendiri secara lisan tidak betul dan tepat penggunaannya.
Berdasarkan kajian dan laporan yang dinyatakan oleh Teng Shin Min (1986), Mohd
Hashim Omar (1985), Abdullah Yusoff (1992, 1993, 1995, 1996), dan Gog & Teh
(1990, 1993) telah mengesahkan keadaan keadaan kanak-kanak pekak mempelajari
bahasa Melayu sebagai satu tugasan yang sukar kerana bahasa Melayu adalah bahasa
kedua bagi mereka. Ini kerana mereka hanya tahu dan faham untuk menggunakan
perkataan akar sahaja sedangkan apabila berlaku penambahan imbuhan atau
perkataan tersebut digandakan ianya membawa maksud yang jauh berbeza dari
perkataan yang asal.
Keadaan ini menjelaskan dan mengukuhkan lagi bahawa perbendaharaan kata murid
bermasalah pendengaran ternyata sangat lemah dari sudut tatabahasanya. Keadaan ini
akan menjadi lebih sulit sekiranya mereka menyampakan sesuatu maksud itu secara
lisan kerana gabungan ayat tersebut menjadi celaru dan sukar difahami oleh individu
normal. (Rujuk lampiran di muka surat 26)
2011/2012 Page 13
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2.16 Gangguan kesihatan
Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko
mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini
mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian
telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian
tersebut.
Gangguan kesihatan ini biasanya berlaku di bahagian dalam telinga itu sendiri
sehingga pengidap masalah pendengaran itu sendiri akan mengadu sakit di bahagian
tersebut dan bagi sesetengah kes, kebiasaanya terdapat cecair keluar dari telinga
mereka. Pun begitu, terdapat juga situasi yang berlaku melibatkan bahagian rongga
hidung seperti masalah selsema, dan masalah tonsillitis di bahagian tekak.
Bagi sebahagian kes pula, masalah pendengaran ini turut berpunca dari penyakit
sistematik seperti kencing manis, darah tinggi, hiperkolestrol, masalah buah pinggang
dan sebahagian penyakit yang seumpamanya. Bagaimanapun jenis-jenis penyakit ini
hampir pasti tidak melibatkan kanak-kanak kerana risiko ini bertumpu kepada
kumpulan atau individu yang lebih dewasa seperti golongan warga tua.
2.17 Suka berada hampir dengan sumber bunyi
Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko
mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini
mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian
telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian
tersebut.
2011/2012 Page 14
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Oleh kerana tahap kepekaan telinga mereka menerima isyarat dengan lebih jelas,
maka tidak hairanlah sekiranya jika kita dapat melihat ada beberapa situasi seperti ciri
di atas ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ini disebabkan oleh
keinginan mereka menerima isyarat itu secara berterusan tanpa halangan atau
gangguan yang dapat menggugat kejelasan gelombang suara yang diterima.
2.18 Masalah menentukan arah bunyi
Pendengaran memainkan peranan yang penting khususnya bagi memudahkan
seseorang itu mengecamkan akan sesuatu bunyi dan maksud bunyi itu dengan tepat.
Namun nikmat deria untuk mendengar (telinga) ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya
oleh mereka yang mengalami masalah pendengaran. Ini akan menyebabkan seseorang
kanak-kanak itu lambat untuk bertindak terhadap sesuatu interaksi mahu pun ketika
situasi kecemasan.
Sebagai contohnya di sini, kelemahan ketara yang dapat dilihat terhadap kanak-kanak
bermasalah pendengaran ialah mereka sukar untuk menentukan arah bunyi samada
melalui lisan atau pun dengan penggunaan bahan elektronik lain seperti pembesar
suara contohnya. Bagi beberapa situasi tertentu, mereka akan mengambil masa untuk
mengecamkan sesuatu bunyi itu terlebih dahulu sebelum mencari dari mana arah
bunyi itu datang. Contohnya apabila nama kanak-kanak bermasalah pendengaran itu
dipanggil oleh guru, dia akan mengambil sedikit masa untuk mengecamkan maksud
panggilan dan mencari dari mana datangnya arah bunyi gelombang suara itu.
2011/2012 Page 15
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
3. Langkah - langkah membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran
Tidak semua kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah itu dapat menerima dan
menguasai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) di sekolah itu dengan
sempurna. Ini kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai perbezaan bukan sahaj dari segi
tahap perkembangan mental, tetapi aspek halangan-halangan tertentu yang menyebabkan
mereka gagal memenuhi matlamat pendidikan itu sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat dari
aspek kekurangan dan ketidakupayaan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu
contohnya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbezaan dan kekurangan ini
menyebabkan beberapa kaedah pengajaran perlu dibuat penambahbaikan bersesuaian
dengan tahap masalah mereka.
3.1. Langkah - langkah membantu mengikut kategori kepekakan
Terdapat beberapa kategori kepekakan sebagai garis panduan untuk mengambil
langkah - langkah yang sesuai bagi membantu kanak -kanak bermasalah
pendengaran. Kategori kepekakan ini terbahagi kepada 4 kategori.
Kategori kepekakan yang pertama ialah kepekakan sedikit iaitu mild. Tahap
kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 20 - 45 dB. Mereka yang tergolong
dalam kategori ini mengalami masalah untuk mendengar pertuturan dan perbualan
yang perlahan. Namun begitu, mereka mampu untuk membentuk pertuturan atau
bahasa yang normal sekiranya mendapat intervensi awal yang berkesan. Selain itu,
mereka juga perlu menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai.
Kategori kepekakan yang kedua ialah kepekakan sederhana atau moderate.
Tahap kehilangan pendengaran pula ialah 46 - 70 dB. Kebiasaannya mereka ini
mengalami masalah pertuturan terutama yang melibatkan gangguan bunyi latar yang
kuat. Risiko untuk mereka mengalami masalah perkembangan pertuturan dan bahasa
2011/2012 Page 16
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
sangat tinggi sekiranya tidak mendapat intervensi awal yang berkesan serta tidak
menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai.
Kategori kepekakan yang seterusnya ialah kepekakan teruk ataupun severe.
Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 71 - 90 dB. Dalam kategori
ini, individu tersebut tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal. Oleh itu,
bagi membantu proses komunikasi mereka memerlukan bantuan visual untuk mereka
memahami pertuturan. Bantuan visual adalah seperti membaca gerak bibir penutur
dan menggunakan bahasa isyarat tangan.
Kategori kepekakan yang terakhir ialah kategori sangat teruk iaitu profound.
Tahap kehilangan kepekakan bagi kategori ini ialah melebihi 91 dB. Dalam kategori
ini, individu mempunyai masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Selain itu,
mereka cenderung untuk mengalami masalah bahasa dan pertuturan yang sangat
teruk. Oleh hal yang demikian, mereka menggunakan bantuan visual bagi
memudahkan komunikasi namun memerlukan pendekatan yang berkesan.
3.1.1 Alat bantu dengar
Alat bantu dengar ialah suatu peralatan yang digunakan bagi membantu
penghasilan gelombang bunyi menjadi lebih kuat melalui penggunaan mikrofon
di telinga. Ianya berfungsi apabila gelombang atau isyarat diterima melalui
getaran elektrik dan bunyi dikuatkan oleh komponen amplifier yang terus
dipasang hampir dengan saraf atau organ pendengaran.
Dewasa ini terdapat pelbagai jenis alat bantu dengar boleh didapati di pasaran
dan kebanyakan pengguna yang menggunakan alatan ini masih lagi mempunyai
baki sisa pendengaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai digunakan untuk
menjadikan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan jelas.
Bagaimanapun penggunaan alatan ini sebenarnya masih tidak dapat membantu
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kerana alatan ini masih gagal untuk
menapis bunyi luar yang mengganggu dan tidak dikehendaki dari didengar oleh
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga boleh terdorong untuk berasa lebih
malu kerana menggunakan peralatan itu meskipun sebagai satu keperluan
mereka untuk mendengar dengan lebih jelas.
3.1.2 Implan koklea
Sebagai pilihan alatan lain dalam membantu individu atau kanak-kanak
2011/2012 Page 17
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
bermasalah pendengaran selain alat bantu dengar, implan koklea atau dikenali
sebagai telinga bionik telah diperkenalkan. Alatan yang dipasang secara
pembedahan kecil dibahagian telinga terlebih dahulu ini digunakan untuk
meransang saraf auditori dan koklea dengan getaran elektrik. Berbeza dengan
alat bantu dengar yang berfungsi untuk menguatkan bunyi, implan kolea ini
mempunyai pemrosesan pertuturan dan transmitter yang boleh menapis sedikit
sumber bunyi luar yang tidak dikehendaki dan memberi kejelasan kepada
pengguna.
3.1.3 Terapi pertuturan
Terapi pertuturan ialah satu bentuk senaman muka, kawalan pernafasan dan
suara yang terdiri daripada komponen utama dalam penghasilan komunikasi
lisan. Terapi ini melibatkan kaedah latihan surprasegmental yang menekankan
aspek suara dan pernafasan.
Terapi pertuturan ini sangat menekankan aspek latihan pertuturan yang
melibatkan latihan pandangan mata dan tumpuan perhatian. Ini disebabkan
kadar tumpuan kanak-kanak sangat pendek dan hal ini membuatkan keperluan
untuk menggunakan deria mata sebagai satu unsur penting dalam membantu
pendengaran mereka sendiri.
3.1.4 Terapi pendengaran
Terapai pendengaran ialah kesinambungan dari terapi pertuturan di mana
terdapat beberapa aktiviti dalam terapi ini yang cuba untuk memfokuskan
kanak-kanak bermasalah penglihatan terhadap sisa pendengaran yang ada
dengan lebih jelas. Terapi ini akan dapat lebih berfungsi lagi sekiranya
seseorang kanak-kanak itu menggunakan alat bantu dengar atau pun telah
memasang implan koklea.
Sesi terapi pendengaran ini sangat memfokuskan aspek mengesan bunyi,
membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan memahami bunyi. Empat ciri
utama ini sangat dititik beratkan bagi membantu kanak-kanak mendapat
maklumat atau maksud sesuatu bunyi dengan jelas dan tepat.
3.1.5 Penggunaan bahasa isyarat
Kebanyakan kanak-kanak atau individu bermasalah pendengaran secara tidak
langsung turut mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara lisan. Lantaran
2011/2012 Page 18
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
itu maka kebanyakan mereka sangat bergantung kepada deria dan anggota
badan lain untuk berkomunikasi. Sejajar dengan itu, maka wujudlah bahasa
natif orang pekak, ejaan jari, sign exact English, kod tangan bahasa Melayu,
pertuturan KIU, American sign language dan bahasa isyarat Malaysia.
Perolehan kepenggunaan ini sebenarnya sebagai langkah bagi membantu
mereka yang bermasalah seumpama ini dapat berkomunikasi sama seperti
kanak-kanak normal yang lain.
3.2. Pengelolaan di dalam bilik darjah
Langkah awal perlu diambil bagi mengatasi masalah pendengaran pelajar. Hal ini
kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif dalam perkembangan bahasa dan
pertuturan kanak - kanak atau pelajar tersebut. Masalah ini bukan sahaja merencat
perkembangan bahasa kanak - kanak tersebut malah perkembangan sosial, psikologi,
komunikasi dan juga vokasional mereka. Mereka yang dapat mendengar suara yang
kuat kebiasaannya mengalami perkembangan pertuturan yang sedikit terbantut. Maka,
mereka perlulah diajar untuk bercakap dan mendengar dengan baik. Selain itu,
mereka boleh diajar berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas memainkan peranan yang sangat penting terhadap
perkembangan ini.
Sekiranya berada di dalam kelas guru perlu menitikberatkan beberapa perkara
untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Guru boleh mengajar mereka
menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis, bercakap dan melatih
pelajar mendengar bunyi - bunyi di persekitaran mereka. Namun begitu, perkara
pertama yang perlu guru lakukan ialah mengambil perhatian kanak - kanak untuk
memastikan mereka bersedia dan tahu bahawa guru sedang bercakap dengan mereka.
Sekiranya perhatian kanak - kanak ini terganggu mereka akan mudah meradang dan
tidak berminat untuk belajar.
Selain itu, guru perlu menempatkan murid di kedudukan dan posisi yang
membolehkan mereka mudah melihat dan mendengar dengan baik, jelas dan tepat.
Hal ini bagi menghindarkan berlakunya ketidaksedaran kepada murid sekiranya guru
sedang berinteraksi dengan mereka. Murid juga perlulah duduk di kedudukan yang
membolehkan mereka melihat bibir, wajah dan isyarat tangan guru dengan jelas
supaya mereka lebih mudah untuk memahami pengajaran guru. Ini juga turut berkait
2011/2012 Page 19
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
dengan ciri-ciri murid bermasalah pendengaran di mana mereka sering gagal untuk
mengecamkan dari mana sumber atau gelombang bunyi itu datang. Penentuan
kedudukan murid ini boleh membantu mengekalkan tumpuan murid seterusnya aka
mengelakkan mereka tercicir semasa p & p.
Semasa bercakap guru hendaklah menghadap pelajar dan tidak membelakangi
mana - mana pelajar. Ini dapat mengelakkan murid dari gagal menerima gelombang
suara tersebut dengan mudah dan tanpa halangan. Seperti dalam penjelasan ciri-ciri
tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang telah dijelaskan seelumnya, masalah ini
mungkin akan menyebabkan murid tidak menunjukkan minat dalam sesi p & p dan
menyebabkan murid berkhayal di dalam kelas. Oleh itu, adalah wajar bagi seorang
guru untuk memahami keperluan permasalahn murid dengan mewujudkan pertuturan
komunikasi secara terus sekaligus dapat menarik tumpuan murid.
Pengelolaan murid bermasalah pendengaran ini sebenarnya berpusatkan
kepada cara tona, rima suara dan komunikasi lisan seorang guru itu dalam
menentukan dan mengekalkan tumpuan murid. Oleh itu, suara yang digunakan oleh
guru semasa bertutur juga mestilah bernada biasa tetapi terang dan jelas serta isyarat
yang digunakan tepat dan bermakna. Hal ini sangat membantu murid yang masih
mempunyai sisa pendengaran ditahap mild dan murid yang mempunyai kemampuan
untuk menggunakan peralatan alatan pendengaran. Dengan cara ini, murid akan
menggunakan baki sisa pendengaran yang ada untuk cuba memahami bahasa lisan
tersebut disamping memperkayakan istilah bahasa sekaligus mengekalkan tumpuan
murid.
Penataan cahaya dalam sesi p & p bukan sahaja keperluan yang perlu
dipraktikkan oleh guru untuk mengajar kelas biasa untuk mewujudkan suasanan kelas
yang lebih kondusif. Ini juga amat dititikberatkan semasa sesi pengajaran murid
bermasalah pendengaran. Jelasnya di sini bahawa seseorang guru perlu memastikan
bkedudukan posisinya sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar. Ini bertujuan
untuk membolehkan murid tersebut menggunakan teknik membaca gerak bibir si
penutur (guru) semasa komunikasi lisan berlangsung. Oleh itu, guru hendaklah cuba
mengelakkan diri dari menghalang bibir mahupun fizikal tangan dengan sebarang
objek semasa bercakap, berkomunikasi dan membaca di hadapan pelajar serta
sentiasa berdiri di suatu tempat sahaja semasa bercakap. Halangan ini akan
menyukarkan murid untuk memahami pertuturan guru dan maksud isyarat yang cuba
disampaikan.
2011/2012 Page 20
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Berdasarkan langkah-langkah di atas di samping merujuk kepada permasalahan
murid, ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan seorang guru itu untuk kekal
berdiri di suatu tempat semasa komunikasi lisan dalam bentuk arahan diberikan.
Teknik ini mungkin tidak digalakkan bagi seorang guru yang mengajar murid kelas
normal. Tetapi dalam situasi ini, murid bermasalah pendengaran sangat memerlukan
kedudukan yang tetap supaya dapat menerima hala isyarat bunyi yang betul tanpa
perlu mencari dan menetapkan arah pendengaran itu.
Sekiranya guru menggunakan bahasa isyarat, guru digalakkan menggunakan
kod isyarat yang biasa digunakan dan mudah difahami. Ini dapat membantu murid
mempelajari dan memperkayakan istilah bahasa selain dapat memahami sesuatu
perkataan atau isyarat dengan tepat. Penggunaan kod ini hendaklah selaras dengan
situasi semasa dan memudahkan komunikasi murid itu sendiri di masa akan datang.
Teknik bahasa isyarat, dan penggunaan bahasa tubuh sangat membantu mereka bukan
sahaja dalam sesi p & p, tetapi semasa mereka bersosial.
Guru juga boleh menggunakan ayat -ayat atau rangkai kata untuk mengajar
mereka di dalam kelas. Ini sangat penting dalam proses memperkayakan bahasa
murid dan dapat diadaptasi oleh mereka samada di dalam kelas atau semasa aktiviti
sosial mereka. Sekiranya guru mengajar sesuatu perkataan baru, berilah contoh ayat
bagi perkataan tersebut serta tuliskan maknanya. Sebagai contoh, bagi memastikan
murid dapat mengingati perkataan baru yang diajar, guru boleh membuat satu kolum
khas untuk menulis perkataan - perkataan baru yang dipelajari dalam minggu tersebut
di hadapan kelas.
Dewasa ini, kita telah banyak melihat proses revolusi penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) yang dapat membantu kaedah pengajaran dengan lebih berkesan
dan ini bukan saja melibatkan murid normal, tetapi juga murid bekerpeluan khas
khususnya bermasalah pendengaran Penggunaan medium BBM oleh guru terhadap
murid bermasalah pendengaran ini hendaklah dimaksimumkan bagi membantu murid
memperolehi pembelajaran bermakna sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran.
Oleh itu, dari penggunaan kad imbasan berupa isyarat, perkataan mudah kepada
peralatan teknologi yang lebih moden iaitu penggunaan alatan visual dan audio
seperti penggunaan komputer riba, LCD, dan beberapa perisian yang terdapat di
pasaran hendaklah digunakan sepenuhnya. Penggunaan aplikasi ini nyata bukan
sahaja dapat memudahkan guru dalam pengajaran, tetapi apa yang lebih penting ialah
murid mengikuti proses p & p dan objektif pengajaran tercapai.
2011/2012 Page 21
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
Sebagai kesimpulan pengajaran, isi pengajaran diringkaskan dan guru boleh
membuat edaran kepada pelajar untuk memudahkan mereka. Isi - isi penting
pengajaran direkodkan dan dicatat di suatu sudut khas di dalam kelas seperti contoh
ditulis di suatu sudut khas di papan hitam kelas sebagai peringatan kepada pelajar.
Walaubagaimanapun, galakan daripada guru itu sangat penting. Guru boleh memberi
galakkan supaya murid bertanya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran serta guru
perlu memberi galakkan supaya pelajar sentiasa memberi tumpuan penuh kepada sesi
pembelajaran dan pengajaran.
2011/2012 Page 22
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
4. Kesimpulan
Sebagai konklusi, bermula dari umur kurang daripada 3 bulan ibubapa seharusnya peka
dengan sebarang keganjilan, perubahan atau ketidaknormalan anak supaya pelbagai
langkah yang perlu dapat dilakukan bagi membendung masalah mereka. Kekurangan yang
dimiliki oleh anak bukan bermakna mereka membawa malang dan perlu dibiarkan tanpa
perhatian.
Dewasa ini, pelbagai kajian telah dilakukan oleh para ilmuwan bagi membantu mereka
yang mengalami masalah pendengaran. Selain itu, para penyelidik juga telah mencipta
pelbagai alat bantu pendengaran untuk memudahkan mereka yang mengalami masalah
pendengaran.
Di samping itu, sejak tertubuhnya Akta Pendidikan Khas, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Program Pendidikan Khas bagi membantu
golongan yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Oleh hal yang demikian, mereka
yang mempunyai masalah pembelajaran akan disalurkan ke program pendidikan yang
sesuai dengan ketidakupayaan pelajar tersebut. Pelajar - pelajar ini akan mendapat hak
sebagai pelajar sejajar dengan pelajar - pelajar normal.
2011/2012 Page 23
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
5. Rujukan
Buku
1. Chua, T. (1991). Methods of Teaching Deaf Children in Singapore and Malaysia.
Singapore: Institute of Education, Singapore.
2. Jamila KA. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
3. Kehilangan Pendengaran dan Bayi Anda Langkah Selanjutnya. (2007). NSW
Department of Health.
Jurnal
1. Jurnal Bahasa
2. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia
Majalah
1. Abdullah Yusof & Che Rabiah Mohamed (2002) Proses Pendengaran dan Implikasi
Kecacatannya Terhadap Berbahasa. Dewan Bahasa, Ogos.
2. Aznan Che Ahmad (2010) Masalah Pendengaran. Buletin Pendidikan Khas, April.
Laman Web
1. http://www.searchinpdf.com/Tajuk:-Penggunaan-Alat-bantuan-Pendengaran-di-kalangan-
murid-murid-...
2011/2012 Page 24
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2. https://www.slideboom.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN
4. Lampiran
2011/2012 Page 25
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 26
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 27
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 28
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 29
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 30
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 31
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 32
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 33
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 34
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 35
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 36
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 37
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 38
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 39
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 40
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 41
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 42
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 43
PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN
2011/2012 Page 44