2
BAHAGIAN I: PERMULAAN 1. Definisi / Erti kata
BAHAGIAN II: TATATERTIB AM 2. Syarat-syarat Am 3. Arahan Am 4. Arahan-Arahan khusus 5. Bergabung dengan mana-mana persatuan, parti politik tanpa kebenaran pihak kolej
universiti 6. Menganjur dan Mengurus Pendermaan 7. Mengadakan aktiviti dengan orang luar tanpa kebenaran kolej universiti 8. Menerbit, mengedar, ada dalam miliknya dokumen dan sebagainya 9. Tanggungjawab Pelajar terhadap harta benda kolej universiti 10. Tuduhan atas kesalahan sivil dan syariah 11. Kegagalan mematuhi arahan BAHAGIAN III: RUPA DIRI, PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN 12. Rupa diri (Pelajar lelaki) 13. Arahan atas rupa diri, pemakaian dan penampilan Pelajar lelaki 14. Rupa diri (Pelajar perempuan) 15. Arahan atas rupa diri pemakaian dan penampilan Pelajar perempuan 16. Galakan menutup aurat
BAHAGIAN IV: KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KOLEJ UNIVERSITI (A) PERPUSTAKAAN
17. Peraturan Am Perpustakaan 18. Arahan Am Perpustakaan 19. Peraturan-peraturan meminjam 20. Pembaharuan pinjaman 21. Pembaharuan Edaran bahan-bahan koleksi am 22. Pembaharuan bahan-bahan edaran terhad 23. Kuasa kakitangan Perpustakaan 24. Tanggungjawab Pelajar ke atas keadaan bahan yang dipinjam 25. Denda untuk bahan-bahan koleksi am dan bahan-bahan edaran terhad 26. Kehilangan buku perpustakaan 27. Bahan-bahan bukan koleksi am tidak dibenarkan bawa keluar tanpa kebenaran 28. Meminjam bahan-bahan bukan bacaan atas budi bicara kakitangan perpustakaan
(B) Makmal
29. Peraturan Makmal 30. Arahan-Arahan 31. Kuasa kakitangan Makmal
(C) Kelas dan Bilik Kuliah
32. Penggunaan Bilik Kuliah mesti mengikut peraturan dan dengan kebenaran kolej
universiti
3
(D)
Asrama
33. Penempatan di Asrama 34. Arahan bertukar bilik 35. Mematuhi arahan untuk berpindah bilik 36. Memasuki atau berada dalam bilik Pelajar lain 37. Melakukan kerosakan kepada Asrama 38. Berada di luar kawasan Asrama pada waktu yang dibenarkan 39. Keluar dan masuk ke kolej universiti pada hari minggu dan pada hari cuti Am 40. Bermalam di luar Asrama 41. Pulang bercuti semester 42. Tanggungjawab Pelajar di Asrama 43. Arahan di Asrama
(E) Tatatertib Lalu Lintas
44. Kelulusan untuk Pelajar memiliki dan membawa kenderaan di kampus 45. Pihak berkuasa Kolej universiti diberi kuasa untuk mengambil tindakan 46. Had Laju 47. Kenderaan hendaklah dipandu hanya atas laluan bagi kenderaan 48. Memandu kenderaan di atas lorong dan sebagainya 49. Meletak Kenderaan di Tempat Yang Dilarang 50. Membonceng 51. Arahan lalulintas hendaklah dipatuhi 52. Mengemukakan lesen memandu apabila diminta 53. Halangan kepada aliran lalulintas 54. Pemakaian peraturan-peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau pindaanya dalam
kampus
BAHAGIAN V: PROSEDUR TATATERTIB 55. Proses tindakan undang-undang 56. Mengeluarkan Notis Kesalahan 57. Merekod Kesalahan Pelajar 58. Merampas Bahan Arahan/Bahan Bukti 59. Mengambil keterangan Aduan / Saksi 60. Menjalankan Siasatan Atas Aduan 61. Menyediakan Laporan Untuk Tindakan Lembaga Tatatertib 62. Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTPKU) 63. Kuasa Pengerusi JTPKU menentukan kes prima facie 64. Tindakan JTPKU 65. Kegagalan tampil menghadiri sesi perbicaraan kehadapan JTPKU 66. Saksi/dokumen-dokumen daripada tertuduh 67. Perbicaraan tanpa memanggil tertuduh 68. Edaran keputusan perbicaraan 69. Kehadiran pihak berkenaan untuk prosedur tatatertib 70. Pengumuman keputusan perbicaraan 71. Hukuman Tatatertib 72. Pembayaran Denda / Kompaun 73. Keluar dari kawasan kolej universiti setelah disingkir 74. Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar Kolej universiti (JRTPKU) 75. Memfail rayuan dan penangguhan hukuman 76. Tindakan atas rayuan 77. Kehadiran Pelajar yang merayu
4
78. Keputusan JRTPKU 79. Pengumuman Keputusan Rayuan 80. Tatatertib Sivil, Jenayah dan Syariah BAHAGIAN VI: PENGUATKUASAAN PERATURAN KOLEJ UNIVERSITI 82.
Kuasa Pegawai / kakitangan kolej universiti
83. Rupa Diri dan Pemakaian dan Penampilan JADUAL I
Senarai peralatan yang dibenarkan dan Yuran Pendaftaran
JADUAL II Senarai kesalahan ringan dan kadar kompaun JADUAL III Senarai kesalahan yang dibicarakan oleh JTPKU LAMPIRAN 1
Carta Alir Proses Pengendalian Kes Tatatertib Pelajar
LAMPIRAN 2 Notis Panggilan Perbicaraan LAMPIRAN 3 Notis Keputusan Perbicaraan LAMPIRAN 4 Notis Keputusan Rayuan
5
BAHAGIAN 1 : PERMULAAN Kolej Universiti Poly-Tech MARA KUALA LUMPUR (KUPTMKL) dengan ini membuat peraturan berikut yang disebut sebagai Panduan dan Peraturan Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA KUALA LUMPUR Pindaan 2016
1. Definisi / Erti Kata
Dalam peraturan ini perkataan – perkataan mempunyai maksud seperti berikut melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki maksud yang lain; ‘aktiviti rasmi’ aktiviti akademik dan bukan akademik yang dikendalikan oleh pihak berkuasa kolej universiti ‘asrama’ ertinya mana-mana tempat tinggal dengan apa jua nama disebut yang disediakan oleh pihak kolej universiti untuk Pelajar; ‘asrama pelatih klinikal’ ertinya asrama pelatih semasa menjalani latihan klinikal; ‘bersekedudukan’ ertinya perbuatan tinggal bersama seperti suami isteri tanpa bernikah; ‘dadah’ ertinya apa-apa jenis dadah atau bahan yang pada masa itu disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952; ‘felo’ ertinya pegawai kumpulan eksekutif sepenuh masa yang dilantik oleh Kolej Universiti Poly-Tech MARA sebagai warden asrama ‘Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar Kolej universiti (JRTPKU)’ ertinya Jawatankuasa yang dilantik menurut Perkara 75 (a) ‘kakitangan’ ertinya mana-mana individu kumpulan sokongan yang dilantik berkhidmat secara sementara, kontrak atau tetap di bawah perkhidmatan Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. ‘kampus’ ‘kampus’ ertinya kawasan atau kawasan-kawasan bersama dengan bangunan atau struktur-struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh kolej universiti sebagai bangunan pentadbiran dan akademik serta asrama; atau 30 meter daripada bangunan kolej universiti bagi kolej universiti yang tidak berpagar;
6
‘kad Pelajar’ ertinya kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kolej universiti kepada Pelajar; ‘kaunselor’ ertinya seseorang yang dilantik sebagai pegawai bimbingan dan kaunseling; ‘kawasan Arahan’ ertinya mana-mana bahagian atau kawasan kampus yang dilarang masuk pada bila-bila masakecuali dengan kebenaran pihak kolej universiti;
‘kenderaan’ ertinya semua jenis kenderaan bermotor termasuk basikal ; ‘kesalahan jenayah’ ertinya apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undangMalaysia ‘kolej universiti’ ertinya mana-mana Kolej Universiti Poly-Tech MARA KUALA LUMPUR; ‘khalwat’ ertinya perbuatan berada di tempat yang sunyi atau tertutup bagi pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang boleh menimbulkan syak untuk melakukan perkara sumbang ‘Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTPKU)’ ertinya Jawatankuasa yang dilantik menurut Perkara 55 (a) ‘Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTPKU)’ ertinya Jawatankuasa yang dilantik menurut Perkara 66 ‘mentor’ ertinya seseorang pegawai/kakitangan yang dilantik untuk menasihat dan membimbing Pelajar; ‘majlis rasmi’ waktu operasi rasmi di kampus Kolej Universiti Poly-Tech MARA ‘pakaian rasmi untuk Pelajar lelaki’ ertinya rupa diri dan pakaian yang dibenarkan seperti di Perkara 12 ‘pakaian rasmi untuk Pelajar perempuan’
7
ertinya rupa diri dan pakaian yang dibenarkan seperti di Perkara 14 ‘pakaian sukan’ ertinya baju-T, seluar trek dan kasut sukan atau pakaian bersesuaian yang sopan; ‘Presiden’ ertinya ketua eksekutif atau sesiapa pun dengan gelaran apa pun yang memegang jawatan tertinggi / ketua eksekutif di bawah Perlembagaan Kolej universiti ‘makmal’ ertinya merujuk kepada suatu tempat atau kawasan khusus bagi menjalankan aktiviti latihan amali dan penyelidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi program tertentu ‘pegawai’ ertinya mana-mana individu dalam kumpulan perkhidmatan pensyarah dan eksekutif yang dilantik berkhidmat secara sementara, kontrak atau tetap di Kolej Universiti Poly-Tech MARA ‘pelajar’ ertinya seseorang yang telah berdaftar untuk mengikuti pengajian dengan Kolej Universiti pengarah’ ertinya Ketua Eksekutif / Pegawai berjawatan tertinggi di mana-mana kampus cawangan Kolej Universiti Poly-Tech MARA ‘Pengerusi JTPKU’ ertinya seseorang yang dilantik oleh Presiden / Pengarah untuk mempengerusikan mesyuarat JTPKU ‘Pengerusi JRTPKU’ ertinya seseorang yang dilantik oleh Presiden / Timbalan Presiden untuk mempengerusikan JRTPKU
‘penyelia asrama’ ertinya kakitangan yang dilantik oleh Kolej Universiti sebagai penyelia asrama secara sepenuh masa ‘Pornografi’ ertinya apa-apa bahan sama ada dalam bentuk tulisan, gambar, lukisan atau audio visual yang bertujuan utk membangkitkan nafsu seks. ‘prosedur tatatertib’ ertinya mana-mana prosedur mengikut Buku Panduan ini;
8
‘pihak berkuasa kolej universiti’ ertinya seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi mewakili pihak kolej universiti; ‘rokok’ ertinya bahan asas sama ada daripada tembakau atau dalam bentuk elektronik ‘studio’ ertinya tempat atau bilik kalis bunyi yang dibuat khusus untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ‘surcaj’ ertinya harga sebenar yang dibayar oleh pihak kolej kepada pembekal terhadap sesuatu barangan atau peralatan ‘tanda lalulintas’ ertinya apa-apa isyarat atau amaran yang digunakan untuk makluman , panduan atau arahan kepada pengguna lalulintas; ‘Undang-undang’ ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang digazetkan oleh Parliament atau Dewan Undangan Negeri; ‘wad simulasi’ ertinya tempat atau bilik pesakit yang direka bentuk atau dibuat mirip kepada atau hampir dengan wad yang sebenar bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran ‘wad komuniti’ ertinya pusat perkhidmatan kesihatan mirip kepada klinik harian ‘Warden’ ertinya kakitangan yang dilantik oleh Kolej Universiti sebagai warden asrama secara sepenuh masa ‘Felo Warden’ ertinya kakitangan yang dilantik oleh Kolej Universiti sebagai warden asrama secara separuh masa
9
BAHAGIAN II : TATATERTIB AM 2. Syarat-syarat Am
Pelajar mestilah:
(a) Memiliki dan membawa kad Pelajar pada setiap masa; (b) Mempamerkan kad Pelajar, di bahagian dada, pada masa rasmi dan dalam
majlis rasmi; 3. Arahan Am
Pelajar adalah tidak dibenarkan:
(a) melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang
(b) melanggar mana-mana undang-undang agama dan budaya sesuatu masyarakat sama ada di dalam atau di luar kampus;
(c) menjalankan urusannya, sama ada di dalam atau di luar kampus dengan apa-apa yang
boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik kolej universiti atau nama baik mana-mana daripada Pelajar, kakitangan, pegawai atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau moral kesopanan atau tatatertib;
(d) menggendala atau dengan apa-apa cara mengganggu atau menyebabkan tergendala
atau dengan apa-apa terganggu, apa-apa aktiviti yang dijalankan atas arahan atau dengan kebenaran pihak berkuasa kolej universiti;
(e) menahan atau menghalang atau menyebabkan ditahan, dihalang atau diganggu mana-
mana pegawai atau mana-mana orang yang bertindak atas arahan atau kebenaran pegawai (termasuk Pelajar) daripada menjalankan kewajipan atau tugasnya;
(f) mencedera atau membunuh dengan apa-apa cara atau menyebabkan dicedera atau
dibunuh mana-mana pelajar, kakitangan kolej universiti atau orang awam di dalam atau di luar kolej universiti;
(g) menahan atau menghalang atau menyebabkan ditahan atau dihalang mana-mana
Pelajar dari menghadiri apa-apa aktiviti akademik dan majlis rasmi kolej universiti atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan penahanan atau penghalangan itu.
(h) menganjur, mengapi atau menyertai pemulauan apa-apa aktiviti akademik dan majlis
rasmi kolej universiti ; (i) merosakkan dengan apa-apa cara atau menyebabkan kerosakan , mana-mana harta
benda milik kolej universiti, kakitangan atau pelajar; (j) mengubah, menggendala, mengalih atau merosakkan apa-apa benda, objek, barang
atau apa jua pun, melakukan sesuatu perbuatan atau menyebabkan sesuatu perbuatan dilakukan dengan tujuan untuk menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan sesuatu halangan, kesusahan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang;
10
(k) melanggar peraturan atau gagal mematuhi mana-mana arahan atau kehendak kakitangan kolej universiti mengenai penggunaan kemudahan di kolej universiti;
(l) melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kebersihan premis dan kawasan kolej
universiti; (m) mengguna atau menyebab digunakan mana-mana bahagian kampus atau mana-mana
bangunan di dalam kampus atau tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama oleh pihak kolej universiti;
(n) memasuki mana-mana bahagian kampus yang telah ditetapkan sebagai kawasan Arahan
atau kawasan Arahan terhad; 4. Arahan-arahan khusus
Pelajar adalah tidak dibenarkan:
(a) menganjur, mengurus, mengendali atau membantu dalam menganjur, mengurus, mengendali atau menyertai semua bentuk perjudian di dalam atau di luar kampus;
(b) meminum, mengedar atau ada dalam simpanannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa minuman keras atau bekas simpanannya dalam kampus;
(c) merokok, mengedar atau ada dalam simpanannya atau di bawah jagaannya apa-apa jenis rokok atau bekas simpanannya seperti dinyatakan dalam “Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009”;
(d) memiliki dadah atau ada di bawah jagaannya atau mengedar atau meminum atau
menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam tubuh badannya dengan jalan suntikan atau dengan apa-apa jua cara kecuali dibawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar dibawah Akta Perubatan;1971 dan “Ordinan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaannya”;
(e) memiliki atau ada di dalam simpanannya atau mengedar atau menonton atau
mendengar dengan sengaja apa-apa bahan pornografi di dalam atau di luar kampus; (f) mengunjungi mana-mana tempat maksiat seperti pub, disko, rumah urut, pusat
perjudian dan tempat-tempat lain yang boleh disifatkan sebagai tempat maksiat; (g) melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral seperti berkhalwat, berzina,
perlakuan seks luar tabii, bersekedudukan atau sebarang salah laku sedemikian; (h) melakukan atau menyertai atau menganjurkan dalam apa-apa bentuk aktiviti yang
mendera secara fizikal, mental atau emosi seperti membuli, memukul, memaki hamun, memulaukan, mengugut atau perbuatan-perbuatan lain yang boleh disifatkan sebagai aktiviti mendera kepada mana-mana Pelajar;
(i) memiliki atau ada di bawah jagaan atau mengedar apa jua yang boleh disifat atau
digunakan sebagai senjata yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian di dalam atau di luar kampus;
(j) membawa masuk atau ada di dalam simpanannya atau mengguna alat-alat elektrik atau
elektronik tanpa kelulusan pihak berkuasa kolej universiti (Rujuk Jadual I) (k) berkahwin tanpa kelulusan pihak berkuasa kolej universiti
11
(l) Bersubahat dengan mana-mana pihak untuk melanggar peraturan-peraturan dan
Arahan-Arahan yang ditetapkan oleh kolej universiti
5. Bergabung dengan mana-mana persatuan / kesatuan, pertubuhan atau menyertai parti politik dan sebagainya tanpa kebenaran kolej universiti
(a) Tiada seseorang Pelajar, persatuan/kesatuan, badan atau kumpulan Pelajar boleh
dengan apa sahaja alasan, menjadi ahli atau bergabung dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan pekerja atau pertubuhan luar kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak berkuasa kolej universiti;
(b) Tiada sesuatu persatuan, badan atau kumpulan Pelajar dengan apa cara dibenarkan
bersekutu dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan atau mana-mana orang tanpa kebenaran bertulis dari pihak berkuasa kolej universiti;
(c) Tiada seseorang Pelajar, badan atau kumpulan Pelajar kolej universiti boleh
menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh disifatkan sebagai menyokong, bersimpati atau menentang mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa kolej universiti;
(d) Sekiranya seseorang Pelajar telah mendapat kebenaran untuk bergabung / menyertai
persatuan/kesatuan, parti politik, badan atau pertubuhan, Pelajar tersebut mestilah memaklumkan keahlian atau jawatan yang disandang di dalam mana-mana kumpulan atau persatuan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan kolej universiti;
(e) Seseorang Pelajar yang telah menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan
sebelum mendaftar diri sebagai Pelajar kolej universiti, Pelajar tersebut hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak kolej universiti untuk meneruskan penglibatannya dalam pertubuhan atau persatuan tersebut, dan sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak kolej universiti, Pelajar tersebut hendaklah menggugurkan semua keahliannya serta merta.
6. Menganjur dan Mengurus Pendermaan
Tiada seseorang atau kumpulan Pelajar di dalam atau di luar kumpulan boleh mengutip atau menyebabkan pengutipan atau menganjurkan apa jua kutipan derma tanpa kebenaran bertulis pihak kolej universiti.
7. Mengadakan aktiviti dengan orang luar tanpa kebenaran kolej universiti Pelajar dilarang:
(a) menganjur atau menghadiri apa-apa aktiviti atau perhimpunan awam, kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak berkuasa kolej universiti;
(b) menganjur atau menghadiri mana-mana aktiviti yang melibatkan orang luar di dalam
atau di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis pihak berkuasa kolej universiti; (c) menganjur atau melibatkan diri dalam apa-apa bentuk aktiviti yang melibatkan Pelajar
baru kecuali aktiviti-aktiviti rasmi yang diaturkan pihak kolej universiti.
12
8. Menerbit, mengedar, ada dalam miliknya dokumen dan sebagainya
Tiada seorang Pelajar secara individu mahupun berkumpulan yang melebihi seorang boleh menerbit atau ada dalam miliknya apa-apa dokumen, sepanduk, plakad, poster, lambang atau lain-lain alat sama ada secara fizikal (hard copy) mahu pun secara maya (soft copy) dan cara yang boleh menggalakkan dan provokasi ke arah perbuatan melanggar tatatertib, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran terhadap peraturan ini.
9. Tanggung jawab Pelajar terhadap harta benda kolej universiti
(a) Setiap Pelajar bertanggungjawab atas keselamatan harta benda kolej universiti. Mana-mana Pelajar yang merosakkan atau menyebabkan kerosakan atas harta benda atau kawasan kolej universiti atau mana-mana barang atau kemudahan telah melakukan kesalahan disiplin. Kolej universiti berhak menuntut gantirugi berdasarkan harga pasaran semasa tanpa memanggil Pelajar tersebut untuk perbicaraan;
(b) Sekiranya tiada sebarang pengakuan atau kerjasama dari Pelajar, tertakluk kepada
perenggan (a) pihak kolej universiti berhak mendakwa kerosakan daripada semua penghuni di unit kediaman yang sama.
10. Tuduhan atas kesalahan sivil dan syariah
(a) Seseorang Pelajar yang ditahan atas tuduhan kesalahan sivil atau syariah di Malaysia atau di luar negara boleh dibicarakan serta diambil tindakan oleh JTPKU tanpa perlu menunggu keputusan perbicaraan mahkamah. Bentuk hukuman adalah bergantung kepada pertimbangan oleh JTPKU.
(b) Seseorang Pelajar boleh disingkir daripada kolej universiti serta merta sekiranya disabitkan
terbukti bersalah dari segi undang-undang jenayah; 11. Kegagalan mematuhi arahan
Seseorang Pelajar hendaklah sentiasa memberi kerjasama dan/atau mematuhi arahan pegawai Kolej Universiti. Keengganan Pelajar berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah peraturan ini.
BAHAGIAN III : RUPA DIRI, PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR LELAKI
12. Rupa diri, pemakaian dan penampilan
Pelajar lelaki mestilah:
(a) berpakaian kemas, sopan dan bersih pada setiap masa; (b) memakai pakaian rasmi yang sesuai apabila menghadiri aktiviti akademik dan majlis
rasmi di dalam atau di luar kolej universiti;
(c) Pemakaian jaket korporat diwajibkan mengikut cawangan masing-masing.
(d) Berpakaian rasmi semasa berurusan dengan pihak kolej universiti. (e) Memasukkan kemeja ke dalam seluar kecuali baju batik dan baju F-1;
13
(f) Memakai pakaian sukan yang sesuai. (g) Memakai kasut serta berstoking apabila menghadiri aktiviti akademik dan majlis rasmi
di dalam atau di luar kolej universiti.
(h). Berpenampilan kemas dan rapi sekiranya menyimpan misai atau janggut. 13. Sahsiah rupa diri, pemakaian dan penampilan Pelajar lelaki
Pelajar tidak dibenarkan :
(a) Bertatu / mengukir gambar pada anggota badan
(b) Menyimpan rambut yang tidak kemas [Rujuk Lampiran II (B)]; (rambut kemas & disikat rapi)
(c) Mewarnakan rambut (d) Memakai subang, rantai leher, subang hidung, rantai/gelang tangan atau sebagainya
kecuali atas sebab-sebab berkaitan dengan agama; (e) Memakai kain pelikat/sarong, sandal atau selipar atau kopiah atau serban kecuali
dalam asrama atau semasa menghadiri majlis-majlis keagamaan; (f) Memakai pakaian yang bertampal atau pakaian-pakaian yang mempunyai gambar atau
perkataan yang menjelikkan, lucah dan/atau mempersenda sesuatu agama/kaum; (g) memakai singlet atau baju tidak berlengan atau seluar pendek kecuali dalam bilik
asrama; (h) Memakai baju-T kecuali yang berkolar; (i) Memakai seluar jeans kecuali jeans (panjang) yang sesuai, yakni bukan berpotongan
’slim fit’, skinny, tidak lusuh atau koyak atau bertampal dan tiada sebarang gambar atau lakaran yang mencolok mata pada jeans;
(j) Memakai seluar yang lusuh, berwarna-warni, bertampal, ketat atau koyak; (k) Berhias diri menyerupai perempuan.
PELAJAR PEREMPUAN
14. Rupa diri, pemakaian dan penampilan
Pelajar mestilah:
(a) berpakaian kemas, sopan dan bersih pada setiap masa; (b) memakai pakaian rasmi apabila menghadiri aktiviti akademik dan majlis rasmi di dalam
atau di luar kolej universiti;
(c). Pemakaian jaket korporat diwajibkan mengikut cawangan masing-masing;
14
(d). berpakaian rasmi semasa berurusan dengan pihak kolej universiti;
(e). Pemakaian jaket pada hari yang ditetapkan hendaklah dipadankan dengan baju kurung,
berkasut warna gelap, atau blaus warna cerah beserta seluar panjang (tailored).
(f). Memakai pakaian sukan yang sesuai; (g). Memakai kasut atau sandal yang bersesuaian apabila menghadiri aktiviti akademik dan
majlis rasmi di dalam atau di luar kolej universiti; (kecuali selipar jepun / selipar tandas / terompah). [Rujuk Lampiran II(B)];
15. Sahsiah rupa diri, pemakaian dan penampilan Pelajar perempuan
Pelajar tidak dibenarkan :
(a) berpakaian jarang, ketat atau mengikut bentuk badan atau pakaian yang mempunyai gambar atau perkataan-perkataan yang menjelikkan, lucah dan/atau mempersendakan sesuatu agama/kaum
(b) memakai kain berbelah atau blaus atau baju-t yang berpotongan terdedah; (c) memakai skirt melainkan skirt labuh yang mencecah buku lali; (d) memakai baju tidur, seluar pendek, baju-t tidak berlengan atau blaus tidak berlengan
kecuali di dalam bilik asrama; (e) memakai baju-t, blaus lengan pendek, segala jenis jeans, topi atau bandana semasa
menghadiri aktiviti akademik dan majlis rasmi atau apabila berurusan dengan pihak kolej universiti;
(f) bersolek atau berdandan rambut secara keterlaluan; (g) mewarnakan rambut; (h) memakai barang-barang kemas atau perhiasan yang keterlaluan melainkan atas sebab-
sebab berkaitan dengan agama dan budaya; (i) menghias diri menyerupai lelaki.
16. Galakan menutup aurat
Seseorang Pelajar sangat digalakkan berpakaian menutup aurat.
BAHAGIAN IV : KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KOLEJ UNIVERSITI
(A) PERPUSTAKAAN
Penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan adalah dinyatakan seperti berikut:
15
17. Peraturan Am perpustakaan
Pelajar mestilah:
(a) menunjukkan kad Pelajar untuk masuk ke perpustakaan; (b) berpakaian kemas dan sesuai mengikut kod pakaian peraturan-peraturan ini; (c) menunjukkan buku-buku, fail-fail dan sebagainya kepada kakitangan yang bertugas di
kaunter semasa meninggalkan perpustakaan; (d) meninggalkan buku-buku dan barang-barang kepunyaan peribadi pada rak yang
disediakan. 18. Arahan Am Perpustakaan
Pelajar adalah tidak dibenarkan:
(a) membawa masuk barang-barang milik peribadi diantaranya beg, buku , payung, topi keledar dll;
(b) membawa masuk makanan dan minuman; (c) bercakap menggunakan telefon bimbit. Sebarang panggilan dan penerimaan panggilan
hendaklah dibuat di lobi perpustakaan. Gunakan fungsi amaran senyap untuk sebarang panggilan masuk;
(d) membuat bising atau mengganggu ketenteraman pengguna lain, berkelakuan tidak
sopan dan mencurigakan; (e) menggunakan sebarang aplikasi telefon bimbit yang boleh mengganggu ketenteraman
pengguna lain. 19. Peraturan-peraturan meminjam
(a) Pelajar mestilah:
(i) menunjukkan kad Pelajar apabila meminjam bahan-bahan dari perpustakaan; (ii) memeriksa dan melaporkan kerosakan atau kecacatan kepada bahan-bahan
yang hendak dipinjam.
(b) Segala bahan yang dipinjam mestilah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan;
(a) Buku-buku di bawah koleksi am boleh dipinjam selama empat belas (14) hari termasuk
hari cuti; (b) Pelajar dibenarkan meminjam tidak lebih dari lima (5)buah buku di bawah koleksi am; (c) Buku-buku di bawah koleksi Edaran Terhad hanya dibenarkan untuk rujukan
diperpustakaan sahaja seperti yang dinyatakan dalam peraturan perpustakaan.
16
20. Pembaharuan Pinjaman
Pembaharuan pinjaman dibenarkan jika bahan-bahan tersebut tidak ditempah oleh peminjam lain.
21. Pembaharuan Edaran Bahan-bahan Koleksi Am
(a) Buku-buku di bawah koleksi am boleh diperbaharui selama empat belas (14) hari termasuk hari-hari cuti am.
(b) Pembaharuan buku-buku boleh dibuat dua (2) kali berturut-turut iaitu apabila membuat
pembaharuan sebuah buku boleh dipinjam selama empat puluh dua (42) hari sekiranya tidak ditempah oleh peminjam yang lain.
22. Pembaharuan bahan-bahan edaran terhad
(a) Buku-buku dibawah koleksi edaran terhad boleh diperbaharui pinjaman atas budibicara
pihak perpustakaan; (b) Denda akan dikenakan sekiranya Pelajar gagal memulangkan buku-buku yang dipinjam.
23. Kuasa Kakitangan Perpustakaan
(a) Kakitangan perpustakaan berhak menggantung keahlian pengguna yang didapati
menyalahgunakan harta benda perpustakaan atau tidak mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan;
(b) Kakitangan mempunyai kuasa mengarah Pelajar-Pelajar yang menyebabkan gangguan
untuk meninggalkan premis perpustakaan. 24. Tanggung jawab Pelajar ke atas keadaan bahan-bahan yang dipinjam
Peminjam-peminjam adalah bertanggungjawab ke atas bahan-bahan dalam pinjamannya. Mana-mana bahan yang hilang, cacat atau rosak mesti diganti atau denda akan dikenakan dengan harga dua (2) kali ganda dari harga yang sebenar.
25. Denda untuk bahan-bahan koleksi am dan bahan-bahan edaran terhad (a) Pelajar-Pelajar yang memulangkan buku-bukukoleksi am dan edaran terhad selepas
tarikh pemulangan yang ditentukan akan dikenakan denda yang berikut:
(i) membayar lima puluh (RM 0.50) sen sehari untuk setiap buku yang dipulangkan selepas tarikh pemulangan yang ditentukan;
(ii) membayar RM1.00 bagi kelewatan lapan (8) jam yang pertama dan tambahan
RM1 bagi setiap tambahan lapan (8) jam. 26. Kehilangan Buku Perpustakaan
(a) Mana-mana denda berikut akan dikenakan ke atas peminjam yang menghilangkan buku
perpustakaan;
(i) menggantikan buku yang sama atau edisi terbaru dan membayar wang proses RM25;
17
(ii) membayar harga buku mengikut harga semasa pasaran beserta wang proses RM25.
(b) Sekiranya buku tidak dinyatakan harga atau sudah tiada di pasaran, maka harganya
akan ditentukan dari harga pembelian asal melalui rekod perolehan dengan kenaikan 10% setahun tertakluk kepada had maksima 100%.
(c) Sekiranya harga buku berkenaan tidak dapat ditentukan, peminjam perlu membayar
kadar berikut:
(i) Buku Tempatan - membayar anggaran harga dengan maksimum RM100 dan wang proses RM25;
(ii) Buku Luar Negara - membayar anggaran harga dengan maksimum RM300 dan
wang proses RM25.
(d) Pembayaran yang telah dibuat ke atas bahan yang hilang / rosak tidak boleh dituntut selepas tempoh 1 (SATU) bulan ianya dibuat
(d) Anggaran harga ditentukan melalui buku yang lain oleh pengarang yang
sama, atau judul yang sama /hampir sama oleh pengarang yang berlainan. Penetapan harga ini diputuskan oleh Ketua Perpustakaan.
27. Bahan-bahan bukan koleksi am tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran
Bahan-bahan rujukan, edaran terhad, majalah, akhbar, alat-alat pandang dengar dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran kakitangan perpustakaan.
28. Meminjam bahan-bahan bukan bacaan atas budi bicara kakitangan perpustakaan
Peminjaman bahan-bahan bukan bacaan yang lain adalah atas budibicara “Ketua Perpustakaan”. Selain daripada peraturan-peraturan di atas, Pelajar juga terikat dengan lain-lain peraturan seperti yang ditetapkan oleh perpustakaan dari masa ke semasa.
(B) MAKMAL 29. Peraturan Makmal
Pelajar boleh memohon/menempah untuk menggunakan makmal di luar daripada waktu akademik rasmi. Tertakluk kepada kelulusan permohonan, Pelajar mestilah:
(a) mengisi borang tempahan penggunaan makmal sebelum menggunakan makmal;
(b) memakai kad Pelajar sepanjang masa menggunakan makmal;
(c) menggunakan peralatan makmal mengikut peraturan yang ditentukan;
(d) membaca arahan keselamatan penggunaan peralatan dan bahan sebelum memulakan tugasan.
(e) mendapatkan bantuan kakitangan makmal sekiranya menghadapi sebarang masalah dengan penggunaan peralatan makmal;
(f) melaporkan kepada kakitangan makmal dengan segera sekiranya peralatan makmal tidak berfungsi;
18
(g) sentiasa senyap dan mematuhi etika yang ditetapkan semasa berada di dalam makmal
(h) berpakaian yang bersesuaian
(i) memastikan semua peralatan makmal dalam keadaan bersih selepas digunakan sebelum meninggalkan makmal;
(j) sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporkan segera kepada kakitangan makmal;
(k) mengetahui / meneliti peraturan dan arahan keselamatan semasa berada di makmal;
(l) mengutamakan kebersihan semasa melakukan tugasan; dan
(m) membuang sisa (toksik, bio bahaya atau lain-lain) yang telah digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Nota: Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus makmal/studio yang ditetapkan oleh setiap kolej universiti. Peraturan-peraturan khusus ini boleh dipinda, ditambah, dikemaskinikan atau dimansuhkan oleh Pengurusan KUPTM tertakluk kepada keperluan semasa.
30. Arahan-arahan lain
Pelajar tidak dibenarkan:
(a) mengubah kedudukan asal peralatan atau membawa keluar peralatan makmal; (b) membawa makanan dan minuman ke dalam makmal; (c) mengguna peralatan dan perisian makmal kecuali untuk tujuan berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran; (d) menggunakan telefon bimbit atau sebarang aplikasi telefon bimbit yang boleh
mengganggu kenteteraman pengguna makmal lain. 31. Kuasa kakitangan makmal
Kakitangan makmal mempunyai kuasa untuk mengarah mana-mana pengguna yang didapati menyebabkan gangguan atau tidak mematuhi peraturan-peraturan makmal untuk meninggalkan premis makmal.
(C) BILIK / DEWAN KULIAH 32. Penggunaan bilik / dewan kuliah mesti mengikut peraturan dan dengan kebenaran Kolej
universiti (a) Penggunaan mana-mana bilik / dewan kuliah mesti menepati peraturan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa kolej universiti; (b) Seseorang Pelajar tidak dibenarkan mengguna mana-mana bilik / dewan kuliah semasa
bilik / dewan tersebut kosong melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa kolej universiti.
19
(D) ASRAMA 33. Penempatan di asrama
a. Semua Pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama untuk dua (2) semester tertakluk kepada kekosongan asrama atau atas budi bicara pihak Kolej universiti.
b. Pelajar yang ingin tinggal di luar asrama atau tinggal bersama dengan keluarga hendaklah membuat permohonan bertulis dan kelulusan tertakluk atas budi bicara pihak kolej universiti dan dengan kebenaran ibu bapa / penjaga.
c. Asrama Pelajar perempuan adalah kawasan Arahan kepada Pelajar lelaki atau orang
luar dan sebaliknya, kecuali atas kebenaran pihak berkuasa kolej universiti atas sebab-sebab yang munasabah.
34. Kebenaran bertukar bilik
a. Jika seseorang Pelajar ditempatkan di sesebuah bilik, Pelajar tersebut dilarang berpindah ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulis dari pihak kolej universiti.
35. Mematuhi arahan untuk berpindah bilik
a) Pelajar mesti mematuhi arahan untuk mengosongkan atau berpindah bilik sekiranya diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa kolej universiti
36. Memasuki atau berada dalam bilik Pelajar lain
a) Sesiapa pun tidak dibenarkan bermalam di bilik yang didaftarkan oleh seseorang Pelajar kecuali Pelajar itu sendiri. Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi kakitangan kolej universiti dengan maksud menjalankan tugas kewajipan atau tanggungjawab atau sesiapa berada di dalamnya mengikut sesuatu kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak kolej universiti;
b) Dan selanjutnya dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai
melarang seseorang Pelajar daripada memasuki bilik seseorang menetap dari jantina yang sama untuk lawatan bagi maksud sosial biasa.
37. Melakukan kerosakan kepada asrama
(a) Seseorang Pelajar dilarang melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa benda atau lekapan di dalamnya;
(b) Seseorang Pelajar boleh dikenakan surcaj di atas kehilangan atau kerosakan kepada
peralatan 38. Berada di luar asrama pada waktu yang dibenarkan
Seseorang Pelajar penghuni sarama tidak dibenarkan berada di luar asrama selepas waktu yang dibenarkan pihak kolej universiti.
20
39. Keluar dan masuk kolej universiti pada hari minggu dan pada hari cuti am
Seseorang Pelajar penghuni asrama tidak dibenarkan bermalam di luar asrama tanpa kebenaran pihak kolej universiti kecuali pada cuti hujung minggu dan cuti umum;
40. Bermalam di luar asrama
Seseorang Pelajar penghuni asrama yang ingin bermalam di luar asrama mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak kolej universiti.
41. Pulang bercuti Semester
Semasa pulang bercuti semester penghuni asrama tidak dibenarkan meninggalkan apa-apa barang kepunyaan mereka di dalam bilik kecuali selepas mendapat kebenaran oleh pihak Kolej Univerisiti.
42. Tanggungjawab Pelajar di asrama
Seseorang Pelajar mestilah:
(a) memulangkan kunci bilik ke Pejabat Asrama / Bahagian HEP (khususnya pentadbiran asrama) apabila meninggalkan kolej universiti pada setiap hujung semester atau tamat pengajian;
(b) mematikan suis peralatan elektrik dan menutup pili air sebelum meninggalkan bilik di
asrama; (c) melaporkan dengan segera kepada jururawat kolej universiti / penyelia asrama / felo
warden sekiranya didapati mana-mana Pelajar menghidap atau disyaki menghidap penyakit berjangkit;
(d) bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik. (e) Bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan barang-barang hak milik peribadi
masing-masing; (f) memastikan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan yang
baik; (g) mematuhi semua arahan atau peraturan bertulis kolej universiti berkaitan asrama dari
semasa ke semasa, 43. Arahan di Asrama Seseorang Pelajar tidak dibenarkan :
(a) meninggalkan barang-barang berharga di dalam asrama; (b) menginap di asrama; semasa cuti pertengahan semester, cuti semester atau bila-bila
masa yang ditentukan oleh pihak berkuasa kolej universiti; (c) mengalih /memindah /mengubah mana-mana alat, perabut atau kemudahan-
kemudahan lain yang disediakan;
21
(d) mengubah atau memasang dan menambah mangga atau kunci di mana-mana bilik; (e) menampal atau menyangkut atau melukis atau mempamerkan apa-apa yang boleh
menyebabkan kerosakkan ke atas bilik asrama atau kawasan asrama; (f) membawa masuk atau memiliki atau mengguna mana-mana peralatan elektrik atau
elektronik yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa kolej universiti; (g) berbuat bising atau menimbulkan sebarang kekecohan pada bila-bila masa; (h) membawa masuk atau memelihara haiwan di asrama; (i) menggantung atau menyidai pakaian di koridor atau di tempat awam atau mana-mana
tempat dalam kawasan asrama kecuali di tempat yang ditentukan oleh pihak berkuasa kolej universiti.
(E) TATATERTIB LALU LINTAS 44. Kelulusan untuk Pelajar memiliki dan membawa kenderaan di kampus
(a) Seseorang Pelajar yang ingin membawa atau memiliki apa-apa kenderaan di dalam
kampus mestilah memohon dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak kolej universiti;
(b) Permohonan itu hendaklah dibuat oleh Pelajar secara bertulis dengan menyatakan jenis
kenderaan dan disertai dengan perkara-perkara berikut :-
(i) kebenaran bertulis (surat) dari ibu / bapa / penjaga; (ii) satu salinan geran kenderaan semasa; (iii) satu salinan polisi insuran; (iv) satu salinan pelekat cukai jalan; (v) satu salinan lesen memandu pemohon yang sah; (vi) satu salinan kad pengenalan pemohon;
(c) Pelekat kenderaan yang dikeluarkan oleh pihak kolej universiti hendaklah sentiasa
dipamerkan pada kenderaan supaya mudah dilihat; (d) Pihak berkuasa Kolej universiti berhak menolak apa-apa permohonan atau menarik
balik kelulusan di bawah peraturan ini pada bila-bila masa tanpa mengemukakan sebarang alasan.
45. Pihak berkuasa Kolej universiti diberi kuasa untuk mengambil tindakan
Pihak berkuasa kolej universiti boleh mengenakan hukuman serta merta ke atas mana-mana Pelajar dan/atau kenderaan yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas kolej universiti;
22
46. Had Laju Had laju lalu lintas di dalam kawasan kolej universiti adalah tidak melebihi 40kmj. Tiada seseorang Pelajar boleh memandu sesebuah kenderaan dalam kampus melebihi had laju yang ditetapkan.
47. Kenderaan Hendaklah Dipandu Hanya Di Laluan kenderaan
Pelajar hendaklah memandu kenderaan di bahagian jalan yang digunakan sebagai laluan bagi kenderaan. Tiada sesebuah kenderaan boleh dipandu oleh seseorang Pelajar di atas siar kaki berturap, bahu jalan, tepi rumput, lorong pejalan kaki atau lain-lain tempat sama ada di sisi laluan bagi kenderaan atau selainnya yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan khas untuk laluan bagi kenderaan ;
48. Meletak Kenderaan di Tempat Yang Dilarang
Tiada seseorang Pelajar tidak boleh boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tempat dengan apa-apa cara yang boleh menyebabkan halangan atau kesusahan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain.
49. Penggunaan Ruang Letak Kenderaan Yang Ditentukan
Jika sesuatu ruang letak kenderaan diperuntukkan bagi sesebuah kenderaan tertentu, mana-mana Pelajar dilarang meletak kenderaan yang lain dalam ruang letak kenderaan itu.
Pelajar adalah dilarang meletak atau menyimpan motorsikal/basikal di dalam rumah/asrama/dorm yang disediakan
50. Membonceng
(a) Seseorang Pelajar yang memandu motorsikal/basikal tidak boleh membawa lebih dari seorang pembonceng ;
(b) Pembonceng mestilah dari jantina yang sama.
51. Arahan Lalu Lintas Hendaklah Dipatuhi
Seseorang Pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh pihak kolej universiti dan/atau pihak berkuasa;
52. Mengemukakan Lesen Memandu Apabila Diminta
Seseorang Pelajar yang memandu sesebuah kenderaan hendaklah membawa lesen memandu yang masih sah tempoh tamat dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau pindaan-pindaannya dan mengemukakannya untuk diperiksa oleh pihak berkuasa kolej universiti apabila dikehendaki berbuat demikian.
53. Halangan Kepada Aliran Lalu lintas
Seseorang Pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang lancar dan teratur di dalam kampus.
23
54. Pemakaian peraturan-peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau pindaannya dalam kampus
Peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau pindaannya dan semua perundangan kecil yang dibuat dibawahnya hendaklah dipakai bagi Pelajar di dalam kampus seolah-olah jalan-jalan di dalam kampus adalah jalan awam dalam Malaysia dan kesalahan di bawah Akta tersebutnya itu adalah kesalahan-kesalahan tatatertib berhubung dengan Pelajar dan boleh dikenakan hukuman sebagai kesalahan tatatertib dan oleh yang demikian tiap-tiap Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan itu di dalam kampus;
BAHAGIAN V : PROSEDUR TATATERTIB 55 Proses tindakan undang-undang
Mana-mana Pelajar yang melanggar peraturan dan melakukan kesalahan jenayah berat boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut sistem perundangan negara.
56 Mengeluarkan notis kesalahan Pihak kolej universiti mempunyai hak untuk mengedarkan notis kesalahan terhadap mana-mana Pelajar yang didapati melanggar peraturan seperti yang telah ditetapkan dalam buku panduan ini.
57 Merekod kesalahan Pelajar Pihak berkuasa kolej universiti berhak untuk merekodkan kesalahan Pelajar menggunakan medium berikut:
(i) Apa-apa bentuk rakaman yang diambil daripada CCTV atau kamera (ii) Apa-apa bentuk rakaman yang diambil ketika sesi siasatan dalaman (iii) Apa-apa bentuk rakaman yang diserahkan kepada pihak kolej oleh pihak ketiga (iv) Pengakuan bertulis pesalah kepada pihak berkuasa KUPTM
58 Merampas Bahan Arahan / Bahan Bukti
(a) Pihak berkuasa kolej universiti berhak merampas sebarang bentuk bahan Arahan /
bahan bukti yang dibawa atau digunakan untuk / ketika / selepas kesalahan dilakukan (b) Semua rampasan tersebut akan disimpan oleh pihak kolej universiti dan tidak akan
dipulangkan semula kepada pelajar walau dalam apa keadaan sekalipun. (c) Pihak berkuasa kolej universiti berhak melupuskan bahan Arahan / bahan bukti
sekiranya difikirkan perlu.
59 Mengambil keterangan aduan / saksi (a) Pihak berkuasa kolej universiti layak menerima / mengambil / merekodkan apa-apa
aduan mengenai salah laku Pelajar
24
(b) Aduan rasmi hendaklah dibuat secara bertulis kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (c) Pihak berkuasa kolej universiti berhak memanggil mana-mana saksi untuk diambil
keterangan mengenai salah laku Pelajar. Saksi juga tidak boleh diganggu oleh sesiapa sepanjang siasatan dijalankan. Pihak berkuasa kolej universiti berhak menjatuhkan hukuman berat kepada mana-mana Pelajar sekiranya didapati menggangu saksi
60 Menjalankan siasatan atas aduan
Setelah menerima aduan rasmi, pihak kolej universiti akan: (a) Melantik seorang atau lebih pegawai penyiasat yang terdiri daripada mana-mana
pegawai HEP. (b) Pegawai penyiasat akan membuka kertas siasatan dan merekodkan semua bukti dan
kenyataan daripada tertuduh serta saksi.
61 Menyediakan laporan untuk tindakan Jawatankuasa Tatertib Pelajar
Pegawai penyiasat hendaklah menyediakan laporan penuh (lampiran 2) dan menyerahkan laporan serta fail kertas siasatan kepada setiausaha JTPKU untuk tidakan selanjutnya.
62 Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTPKU) (a) Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTPKU) dianggotai oleh lima (5) orang yang dilantik
oleh Pengarah.
(b) Timbalan Naib Canslor Hal Ehwal Pelajar bertindak sebagai Pengerusi JTPKU .
(c) Korum untuk prosedur tatatertib terdiri daripada tiga (3) orang ahli JTPKU termasuk Pengerusi;
(d) Bidang kuasa JTPKU adalah seperti berikut :
(i) Menentukan kod kesalahan berdasarkan kategori kesalahan tatatertib
(ii) Menjalankan prosiding perbicaraan
(iii) Menjatuhkan hukuman
(e) Semua perbicaraan tatatertib akan dihadiri oleh korum JTPKU, satu (1) orang
pemerhati : sama ada kaunselor atau mentor yang tidak mempunyai hak mengundi atau membuat apa-apa penyataan atau memberi pendapat semasa perbicaraan berjalan kecuali untuk memastikan perbicaraan tersebut dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
63 Kuasa Pengerusi JTPKU menentukan kes prima facie
Setelah menerima laporan, Pengerusi JTPKU berkuasa menentukan sama ada kes tersebut adalah kes prima facie ke atas Pelajar dan ada bukti untuk mengadakan perbicaraan.
25
64 Tindakan JTPKU
Jika pada pendapat Pengerusi JTPKU kes tersebut adalah prima facie, mana-mana tindakan berikut akan dibuat:
(a) membuat siasatan tanpa atau dengan memanggil tertuduh atau saksi; (b) memulakan prosedur perbicaraan tatatertib.
65 Kegagalan tampil menghadiri sesi perbicaraan kehadapan JTPKU
(a) Jika pada pendapat JTPKU seseorang Pelajar telah melakukan suatu kesalahan
tatatertib dalam Jadual III, pihak JTPKU hendaklah secara bertulis memanggil Pelajar itu hadir di hadapannya pada suatu tarikh dan masa yang ditentukan oleh pihak JTPKU;
(b) Notis untuk menghadirkan diri hendaklah dihantar kepada Pelajar tidak kurang dari
tujuh (7) hari bekerja dari tarikh perbicaraan tatatertib diadakan dengan menyatakan semua tuduhan-tuduhan dan melampirkan bukti-bukti yang ada atau notis diserahkan serta merta kepada Pelajar bergantung kepada kes yang dilaporkan dan dipersetujui oleh Pengerusi JTPKU untuk mengadakan perbicaraan segera;
(c) Jika notis tidak dapat disampaikan kepada Pelajar, notis tersebut akan ditampal di
biliknya (jika Pelajar tinggal di asrama) atau di papan kenyataan kolej universiti atau dihantar ke alamat rumahnya dan hendaklah direkodkan oleh Setiausaha JTPKU mengenai tarikh, masa dan cara penyampaian notis berkenaan;
(d) Jika tertuduh gagal hadir di hadapan JTPKU mengikut kehendak di bawah perenggan (a)
atau (c) dia hendaklah serta merta berkaitan dengan itu digantung dan penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga Pelajar menawar untuk hadir di hadapan JTPKU pada tarikh dan masa yang ditentukan oleh JTPKU
(e) Jika penggantungan yang berkaitan dengan (d) didapati perlu, JTPKU berkuasa untuk
menjatuhkan hukuman-hukuman berikut :
(i) penggantungan daripada asrama (jika Pelajar tinggal di asrama); (ii) penggantungan daripada ke semua kemudahan kolej universiti;
66 Saksi / dokumen-dokumen daripada tertuduh
Pihak JTPKU boleh menyoal tertuduh itu atau mana-mana daripada saksi-saksinya dan memeriksa mana-mana dokumen atau bahan yang dikemukakan tertuduh juga boleh memaklumkan nama-nama saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen pembelaan dirinya selewat-lewatnya dalam tempoh satu(1) hari bekerja sebelum hari perbicaraan.
67 Perbicaraan tanpa memanggil tertuduh
Sekiranya notis telah diserahkan mengikut perenggan 58 dan Pelajar enggan /gagal/ cuai untuk menghadirkan diri pada tarikh perbicaraan, maka perbicaraan tatatertib boleh dijalankan tanpa kehadiran tertuduh.
68 Edaran keputusan perbicaraan
26
Jika seseorang Pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Pengerusi JTPKU boleh menghantar satu salinan keputusan perbicaraan tatatertib itu kepada ibu bapa atau penjaga Pelajar dengan salinan keputusan dilampirkan ke dalam fail peribadi Pelajar, mentor dan Pengarah Kolej universiti.
69 Kehadiran pihak berkenaan untuk prosedur tatatertib
Tiada seseorang boleh hadir dalam sesuatu perbicaraan kecuali :
(a) ahli-ahli JTPKU; (b) Pelajar yang terhadapnya perbicaraan tatatertib diambil; (c) seseorang saksi semasa ia memberi keterangan atau apabila dikehendaki JTPKU; dan (d) mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh JTPKU kerana sesuatu sebab yang khas.
70 Pengumuman keputusan perbicaraan
Selepas mendengar saksi-saksi itu dan memeriksa dokumen-dokumen atau bahan-bahan lain yang dikemukakan dihadapannya, JTPKU hendaklah memaklumkan secara bertulis keputusannya dalam kes itu kepada Pelajar tidak lebih daripada tiga (3) hari bekerja dari tarikh keputusan perbicaraan dibuat.
71 Hukuman Tatatertib
Seseorang Pelajar yang didapati bersalah atas mana-mana kesalahan tatatertib akan dikenakan mana-mana satu atau gabungan hukuman-hukuman yang berikut:
(a) Notis amaran; (b) Membayar denda tidak melebihi RM500 untuk setiap kesalahan; (c) Penggantungan daripada mana-mana atau ke semua kemudahan kolej universiti selama
tempoh yang ditetapkan; (d) Penggantungan daripada kolej universiti selama tempoh yang ditetapkan; (e) Disingkirkan daripada kolej universiti dan/atau (f) Mana-mana satu hukuman yang JTPKU anggap sesuai.
72 Pembayaran Denda / Kompaun
(a) Denda/kompaun mesti dijelaskan di Bahagian Kewangan Kolej universiti dalam tempoh lima
(5) hari bekerja dari tarikh notis hukuman / denda dikenakan. Seseorang Pelajar yang gagal menjelaskan denda dalam tempoh tersebut akan dikenakan denda tambahan RM5 sehari dan tidak melebihi RM500 maksimum
73 Keluar dari kawasan kolej universiti setelah disingkir
Sekiranya seseorang Pelajar disingkir atau digantung dari kolej universiti, ia hendaklah keluar dari kawasan kolej universiti dalam masa empat puluh lapan (48) jam setelah ia menerima notis berkenaan. Pihak kolej universiti berhak menghantar Pelajar pulang sekiranya difikirkan perlu.
27
74 Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTPKU)
(a) Pendaftar bertindak sebagai Pengerusi JRTPKU (b) Lembaga Rayuan Pelajar (JRTPKU) dianggotai oleh lima (5) orang yang dilantik oleh @
Presiden;
(c) Semasa ketiadaan Pengerusi untuk mempengerusikan JRTPKU, ahli mesyuarat boleh melantik seorang Pengerusi dari kalangan ahli JRTPKU
(d) Korum untuk prosedur rayuan terdiri daripada tiga(3) orang ahli JRTPKU termasuk
Pengerusidan tidak termasuk Setiausaha. (e) Mana-mana ahli JTPKU tidak dibenarkan menjadi ahli JRTPKU.
(f) Seseorang ahli JRTPKU tidak boleh membicarakan kes yang sama yang telah beliau
bicara/putuskan semasa menjadi ahli JTPKU 75 Memfail rayuan dan penangguhan hukuman Rayuan
(a) Jika seseorang Pelajar tidak puas hati dengan keputusan JTPKU, ia boleh membuat rayuan bertulis dan menyatakan dengan jelas alasan-alasan rayuan itu kepada Pengerusi JRTPKU dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh beliau menerima keputusan perbicaraan menurut perenggan 62;
(b) Dalam kes tersebut, pelaksanaan hukuman digantung sehingga JRTPKU mengumumkan
keputusannya. (c) Mesyuarat JRTPKU hendaklah bersidang dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada
tarikh rayuan Pelajar diterima (d) Pelajar hendaklah dimaklumkan tarikh mendengar rayuan tidak kurang dari tiga (3) hari
bekerja dari tarikh pendengaran. Jika permohonan untuk rayuan tidak diterima dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh surat
dikeluarkan oleh JTPKU, hukuman yang telah ditetapkan oleh JTPKU akan berkuatkuasa; 76 Tindakan atas rayuan
Setelah menimbang alasan-alasan rayuan itu, JRTPKU boleh mengambil mana-mana tindakan berikut:
(a) menjatuhkan hukuman yang lebih berat; (b) menolak rayuan itu dan mengekalkan keputusan JTPKU; (c) meringankan hukuman; dan (d) menggugurkan kes dan membatalkan hukuman asal oleh JTPKU
28
77 Kehadiran pelajar yang merayu
Sekiranya diminta, Pelajar yang merayu hendaklah hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar rayuan. Pihak JRTPKU boleh membuat keputusan tanpa kehadiran Pelajar yang merayu.
78 Keputusan JRTPKU
Keputusan JRTPKU adalah muktamad kecuali hukuman yang melibatkan penyingkiranPelajar dari kolej universiti di mana Pelajar boleh mengemukakan rayuan akhir kepada Naib Canselor
79 Pemakluman Keputusan Rayuan
Pengerusi JRTPKU akan memaklumkan secara bertulis keputusan rayuan kepada Pelajar dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh surat keputusan dibuat dan mengemukakan satu salinan kepada pengerusi JTPKU, ibu bapa, mentor, penaja / penganjur dan fail peribadi Pelajar.
80 Tatatertib Sivil, Jenayah dan Syariah
a) Jika mana-mana Pelajar dilaporkan oleh pihak berkuasa dengan mana-mana kesalahan di
bawah undang-undang sivil atau undang-undang syariah negara atau negeri bermastautin, maka Pelajar boleh dibicarakan oleh JTPKU;
b) Hukuman yang boleh dikenakan oleh JTPKU adalah sebagaimana yang diperuntukkan pada
perenggan (68).
BAHAGIAN VI : PENGUATKUASAAN PERATURAN KOLEJ UNIVERSITI 81 KUASA PEGAWAI/KAKITANGAN KOLEJ UNIVERSITI
Semua pegawai dan kakitangan kolej universiti dibenarkan menasihati dan/atau menyoal mana-mana Pelajar yang disyaki atau didapati telah melanggar mana-mana peraturan. Pegawai dan kakitangan dibenarkan mengeluarkan notis kompaun. Pengawal Keselamatan Kolej universiti/Swasta berkuasa mengambil tindakan mencegah dan diberi kebenaran dalam keadaan-keadaan tertentu, untuk menahan dan menyoal mana-mana Pelajar-Pelajar yang tidak mematuhi peraturan.
82 RUPA DIRI DAN PAKAIAN
Rupa diri dan pakaian seperti yang digambarkan dibawah mesti dipatuhi semasa aktiviti akademik dan semasa menghadiri majlis rasmi kolej universiti.
31
JADUAL I SENARAI PERALATAN YANG DIBENARKAN BERSERTA YURAN PENDAFTARAN
Bil Peralatan (Setiap Unit/ Bilik) Yuran Pendaftaran (RM)
1. Komputer Riba 10.00
2. Komputer Peribadi 20.00
3. Lampu belajar 10.00
4. Kipas mudah alih 20.00
5. Pembakar roti elektrik (satu unit untuk setiap bilik/rumah/apartment) 20.00
6. Pencukur elektrik 10.00
7. Pengecas bateri 10.00
8. Pengering rambut 20.00
9. Seterika 20.00
10. Cerek Elektrik (Kettle) 10.00
11. Lain-lain peralatan yang bersesuaian (dengan kebenaran Pegawai Unit Kediaman) 20.00
NOTA:
i. Yuran ini adalah untuk tempoh satu semester/penggal atau kurang daripadanya.
ii. Peralatan yang tidak berdaftar akan dirampas dan akan menjadi hak milik kolej universiti jika tidak dituntut dalam masa tiga (3) bulan.
iii. Senarai dan kadar yuran di atas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
iv. Pihak kolej universiti akan memaklumkan secara bertulis kepada Pelajar sekiranya ada
perubahan pada peraturan ini.
32
JADUAL II SENARAI KESALAHAN RINGAN DAN KADAR KOMPAUN
KOD KESALAHAN KOMPAUN (RM)
K01 Memiliki atau menggunakan peralatan elektrik yang tidak didaftarkan (perampasan) 30.00
K02 Memiliki atau menggunakan peralatan elektrik yang tidak dibenarkan (perampasan) 80.00
K03 Menyebabkan tandas tersumbat (setiap Pelajar) 50.00
K04 Makan atau minum di perpustakaan, makmal, wad simulasi dan studio 20.00
K05 Menyidai baju di tempat-tempat yang tidak dibenarkan 20.00
K06 Gagal menyimpan/meletak kasut, selipar di tempat-tempat yang disediakan 20.00
K07 Membazir air atau elektrik (setiap Pelajar) 20.00
K08 Menjejaskan kebersihan kampus 30.00
K09 Lewat menghadiri aktiviti akademik atau majlis rasmi 20.00
K10 Tidak menghadiri majlis rasmi yang dianjurkan oleh kolej universiti 100.00
K11 Tidak mematuhi peraturan rupa diri (untuk setiap kesalahan) 50.00
K12 Melekatkan notis, poster di dalam kampus tanpa kebenaran 20.00
K13 Mengganggu ketenteraman awam 30.00
K14 Bertukar bilik tanpa kebenaran (termasuk pindah ke bilik asal) 30.00
K15 Meletak kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan 20.00
K16 Menambah kunci mangga di pintu bilik/rumah/apartment) tanpa kebenaran (setiap bilik)
30.00
K17 Menambah atau mengubahsuai barangan elektrik di asrama tanpa kebenaran (perampasan)
50.00
K18 Membenarkan orang luar masuk kawasan asrama tanpa kebenaran 100.00
33
KOD KESALAHAN KOMPAUN (RM)
K19 Membawa masuk atau memelihara haiwan di kampus 50.00
K20 Pulang ke asrama selepas waktu yang dibenarkan 50.00
K21 Membenarkan orang luar / bukan pelajar asrama bermalam di asrama 100.00
K22 Tidak memulangkan kunci bilik/rumah 50.00
K23 Memiliki dan/atau membawa kenderaan di kampus tanpa kelulusan pihak kolej universiti
50.00
K24 Bermalam di luar asrama tanpa kebenaran 100.00
K25 Tinggal di asrama semasa cuti semester/penggal tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa kolej universiti
100.00
K26 Merokok dan/atau memiliki rokok di dalam kampus atau asrama 100.00
K27 Melakukan kesalahan lalu lintas di kampus 30.00
K28 Memiliki dan /atau bermain bunga api/mercun atau sebagainya di dalam kawasan kampus
100.00
K29 Berpindah ke luar asrama tanpa kelulusan 50.00
K30 Tidak mematuhi peraturan akademik 30.00
K31 Merosakkan harta benda kolej universiti (Jumlah bayaran akan dikredit dalam akaun operasi)
Surcaj
NOTA.
i. Di samping kompaun yang disenaraikan di atas, Pelajar boleh dikenakan bayaran ganti rugi
berdasarkan kos sebenar membaiki atau membeli sebagai gantirugi apa-apa kerosakan peralatan yang dilakukan atau membayar sebahagian kos pengendalian program yang tidak dihadiri.
ii. JTPKU berkuasa mengklasifikasikan mana-mana kesalahan yang tidak tersebut di atas. iii. Peralatan yang tidak berdaftar akan dirampas dan akan menjadi hak milik kolej universiti
jika tidak dituntut dalam masa tiga (3) bulan.
iv. Surcharge ialah kos yang perlu dibayar oleh Pelajar sekiranya tidak menghadiri aktiviti akademik atau bukan akademik yang telah dirancang dan melibatkan pihak luar di mana Pelajar telah mengesahkan kehadiran atau secara sukarela mendaftarkan nama untuk menghadiri aktiviti berkenaan atau diarahkan menghadiri aktiviti berkenaan (atas sebab-sebab tertentu) sebagaimana pengiraan berikut :
34
Surcharge = Kos keseluruhan aktiviti/bilangan Pelajar yang sepatutnya menghadiri aktiviti berkenaan
Contoh : RM5,000/50 PELAJAR = RM100
Oleh itu surcharge untuk seorang Pelajar yang tidak menghadiri aktiviti berkenaan berjumlah RM100 seorang.
JADUAL III SENARAI KESALAHAN YANG DIBICARAKAN OLEH JTPKU
KOD KESALAHAN
T01 Menjadi ahli pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan
T02 Berkelakuan tidak sopan (mendatangkan mudarat kepada kepentingan kesentosaan/ nama baik kolej universiti)
T03 Berada di kawasan Arahan kolej universiti
T04 Berkelakuan biadap terhadap pegawai/kakitangan kolej universiti yang bertugas
T05 Mengutip derma/dana tanpa kebenaran pihak kolej universiti
T06 Mengendalikan aktiviti tanpa kebenaran pihak kolej universiti
T07 Mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran pihak kolej universiti
T08 Menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan tanpa kebenaran pihak kolej universiti
T09 Merosakkan harta benda kolej universiti atau Pelajar dan hak milik persendirian pegawai/kakitangan kolej universiti
T10 Berbohong kepada pegawai/kakitangan kolej universiti
T11 Melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kerosakan atau kehilangan harta benda kolej universiti
T12 Gagal mematuhi arahan rasmi bertulis oleh pegawai atau kakitangan kolej universiti
T13 Gagal menyelesaikan hutang akibat kesalahan-kesalahan dan kompaun yang telah dikenakan
35
T14 Menghalang pegawai/kakitangan kolej universiti daripada menjalankan tugas-tugas rasmi
T15 Mengeluarkan kata-kata makian/kesat kepada pegawai / kakitangan kolej universiti
T16 Menulis atau memberi maklumat kepada media tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej universiti
T17 Bersekedudukan / berkhalwat / berzina/ mengandung atau melahirkan anak luar nikah/ seks luar tabii
T18 Minum dan memiliki atau apa sahaja minuman keras di dalam kampus dan asrama
T19 Provokasi isu-isu sensitif yang menyebabkan kekacauan dan perpecahan kumpulan etnik dan agama
T20 Menunjuk perasaan dan melanggar ketenteraman awam
T21 Bergaduh atau memeras ugut
T22 Berjudi
T23 Ada dalam miliknya atau memiliki atau menyedut atau memasukkan ke dalam tubuh badannya apa jua dadah yang dilarang
T24 Mencederakan Pelajar atau kakitangan
T25 Menyimpan dan/atau mengedar bahan pornografi
T26 Menyimpan senjata berbahaya dan salah dari sisi undang-undang negara
T27 Mencabul kehormatan orang lain
T29 Membuli, mengugut Pelajar atau kakitangan kolej universiti
T30 Mencuri harta benda kolej universiti, Pelajar atau milik peribadi pegawai/kakitangan kolej universiti.
T31 Menipu
T32 Terlibat dengan jenayah sivil /syariah
36
T33 Melakukan kesalahan dalam Jadual II secara berulang
Nota.
1. JTPKU berkuasa mengklasifikasikan mana-mana kesalahan yang tidak disebut Jadual I, II dan III. 2. JTPKU berkuasa mengklasifikasikan hukuman di bawah mana-mana kategori bagi kesalahan di
dalam kategori Arahan Am ( Bahagian II Peraturan 3) dan Arahan Khusus (Bahagian II Peraturan 4)
37
2. Laporan Kepada
pengerusi LTPK
3. Pengerusi LTPK
tentukan kes prima
facie
1. Pelajar
melanggar
peraturan
4a. Notis kepada
pelajar
menyatakan
pertuduhan dan
tarikh bicara
4b. Pelajar bebas
daripada
pertuduhan
5. Perbicaraan
8. Notis kepada
pelajar maklumkan
tarikh bicara
rayuan
6b. Hukuman
dikuatkuasakan
Ya
Ada Tiada
6a. Notis Makluman
Keputusan
7. Pelajar
Merayu
Tidak
Rayuan Ditolak
Rayuan Diterima
Bersalah Tidak Bersalah
9. Perbicaraan
Rayuan
CARTA ALIR PROSES TINDAKAN TATATERTIB PELAJAR
LAMPIRAN 1
38
LAMPIRAN 2
NOTIS PERBICARAAN
JAWATANKUASA TATATERTIB PELAJAR
Rujukan Kami : Tarikh : Tuan/Puan NOTIS PANGGIL PERBICARAAN 1. Satu laporan memaklumkan kesalahan tatatertib tuan/puan telah diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTPKU) pada _______________. Berdasarkan dokumen dan siasatan yang dibuat, maka Pengerusi JTPKU mendapati wujud kes prima facie terhadap tuan/puan berdasarkan pertuduhan berikut:- Bahawa tuan/puan pada __________(masa dan tarikh)_______________ di ____________(tempat)______________ telah _______ (nyatakan perbuatan) _____________________________________________________ PERATURAN YANG DILANGGAR 2. Perbuatan tuan/puan seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan di atas merupakan satu kesalahan di Panduan dan Peraturan Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA yang diperincikan seperti berikut:-
Bil Pertuduhan Kesalahan Kod
HUKUMAN JIKA DISABITKAN KESALAHAN 3. Sekiranya tuan/puan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, maka tuan/puan boleh dihukum mana-mana satu atau gabungan hukuman berikut 70:-
(a) amaran; (b) membayar denda tidak melebihi RM600 untuk setiap kesalahan; (c) penggantungan daripada mana-mana atau kesemua kemudahan-kemudahan
kolej universiti selama tempoh yang ditetapkan; (d) penggantungan daripada kolej universiti selama tempoh yang ditetapkan; (e) disingkirkan daripada kolej universiti;
39
HARI PERBICARAAN 4. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah diminta untuk menghadiri perbicaraan kes tuan/puan seperti berikut:-
(a) Tarikh : (b) Masa : (c) Tempat :
5. Bersama Notis ini dilampirkan salinan dokumen-dokumen berikut untuk membantu tuan/puan dalam perbicaraan tersebut:-
(a) Panduan dan Peraturan Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA (b) Laporan kesalahan tuan/puan (c) ______________________________________________
6. Tuan/puan juga boleh memanggil saksi dan/atau mengemukakan dokumen-dokumen semasa perbicaraan tersebut. 7. Sekiranya tuan/puan perlu diwakili oleh seseorang, maka ianya hanya boleh dilakukan dengan persetujuan bertulis Pengerusi JTPKU KEENGGANAN/KEGAGALANKECUAIAN UNTUK MENGHADIRI PERBICARAAN 8. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya tuan/puan gagal/enggan/cuai untuk menghadiri perbicaraan ini maka:-
(a) JTPKU boleh membuat meneruskan perbicaraan, membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman terhadap tuan/puan pada tarikh tersebut; dan
(b) Tuan/puan akan digantung dari asrama dan/atau kesemua kemudahan kolej
universiti BERKUATKUASA SERTA MERTA. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan/puan. Terima Kasih. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej universiti. s.k 1. Ahli JTPKU
2. Mentor 3. Kaunselor 4. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 5. Ibu bapa / Penjaga
40
LAMPIRAN 3
NOTIS KEPUTUSAN PERBICARAAN
JAWATANKUASA TATATERTIB PELAJAR Rujukan Kami : Tarikh : Tuan/Puan, KEPUTUSAN PERBICARAAN TATATERTIB 1. Satu perbicaraan telah diadakan pada _________________ terhadap tuan/puan berdasarkan pertuduhan berikut:- Bahawa tuan/puan pada __________(masa dan tarikh )_______________ di ____________(tempat)______________ telah _______ (nyatakan perbuatan) _____________________________________________________ KEPUTUSAN 2. Setelah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan serta keterangan-keterangan saksi pada tarikh perbicaraan tersebut (sekiranya ada), maka Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dengan ini mendapati bahawa tuan/puan BERSALAH/TIDAK BERSALAH terhadap pertuduhan yang dikemukakan. HUKUMAN 3. Oleh yang demikian Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dengan ini:-
Memberi amaran terhadap tuan/puan supaya tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut
Tuan/puan dikehendaki membayar denda tidak melebihi RM____ untuk setiap kesalahan tuan/puan
41
Tuan/puan adalah dengan ini digantung dari (kemudahan kolej universiti) atau digantung dari kolej universiti)___________________ selama _____________;
Disingkirkan daripada kolej universiti.
RAYUAN 4. Tuan/puan boleh mengemukakan rayuan bertulis terhadap hukuman ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej universiti dalam masa TIGA (03) HARI bekerja dari tarikh surat ini dikeluarkan. 5. Sekiranya tuan/puan membuat rayuan bertulis dalam tempoh di atas, maka hukuman ini akan digantung sehingga JRPK mengumumkan keputusannya. 6. Sekiranya tuan/puan tidak membuat rayuan bertulis dalam tempoh di atas maka hukuman ini akan berkuatkuasa serta merta. 7. Hukuman ini perlu dijadikan pengajaran dam semoga ini memberi keinsafan kepada tuan/puan supaya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan seumpamanya pada masa akan datang. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan/puan. Terima Kasih. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej universiti. s.k.: 1. Timbalan Naib Canselor Akademik (Merangkap Pengerusi JRTPKU) 2. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
3. Kaunselor 4. Penyelia Asrama 5. Ibu bapa /penjaga 6. Mentor 7. Fail Peribadi Pelajar 8. Kewangan
42
LAMPIRAN 4
NOTIS PANGGIL PERBICARAAN
JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB PELAJAR Rujukan Kami : Tarikh : Tuan/Puan, NOTIS PANGGIL PERBICARAAN RAYUAN 1. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej universiti (JRPK) pada ______________ telah menerima rayuan bertulis tuan/puan terhadap satu hukuman Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej universiti (JTPKU) yang dijatuhkan pada ______________. HARI PERBICARAAN 2. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah diminta untuk menghadiri perbicaraan kes rayuan tuan/puan seperti berikut:-
(a) Tarikh : (b) Masa : (c) Tempat :
3. Bersama Notis ini dilampirkan salinan dokumen-dokumen berikut untuk membantu tuan/puan dalam perbicaraan tersebut:-
(a) Panduan dan Peraturan Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA (b) Notis hukuman JTPKU terhadap kesalahan tuan/puan (c) ______________________________________________
KEENGGANAN/KEGAGALANKECUAIAN UNTUK MENGHADIRI PERBICARAAN 4. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya tuan/puan gagal/enggan/cuai untuk menghadiri perbicaraan ini maka JRPK boleh meneruskan perbicaraan dan membuat keputusan samada:-
(a) Menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap tuan/puan; (b) Menolak rayuan dan mengekalkan keputusan; (c) Meringankan hukuman atau (d) Menggugurkan kes dan membatalkan hukuman asal.
43
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan/puan. Terima Kasih. Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej universiti. s.k 1. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej universiti 2. Penasihat Akademik / Mentor 3. Kaunselor 4. Unit Kemasukan dan rekod Pelajar 5. Penaja 6. Ibu Bapa 7. Fail Peribadi
44
LAMPIRAN 5
NOTIS KEPUTUSAN RAYUAN
JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB PELAJAR Rujukan Kami : Tarikh : Tuan/Puan, KEPUTUSAN RAYUAN 1. Satu perbicaraan rayuan telah diadakan pada _________________ berdasarkan satu hukuman Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej universiti (JTPKU) yang dijatuhkan terhadap tuan/puan pada ______________. KEPUTUSAN 2. Setelah meneliti keterangan-keterangan pada tarikh perbicaraan tersebut, maka Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dengan ini membuat keputusan seperti berikut:-
Meminda hukuman JTPKU seperti berikut:-
1. 2.
Mengekalkan hukuman JTPKU
Mendapati tuan/puan TIDAK BERSALAH dan membatalkan keputusan dan hukuman yang dijatuhkan oleh JTPKU pada ________________
3. Keputusan Jawatankuasa Rayuan ini adalah muktamad.