AMALAN YANG BAIK SEMASA MENGGUNAKAN JALAN RAYA
Keselamatan diri perlu diutamakan.
Oleh itu, amalan yang baik PERLU DIAMALKAN semasa menggunakan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan
Berjalan dalam satu barisan di sebelah kanan supaya kita dapat melihat kenderaan dari arah hadapan.
Memakai topi keledar dan mengikatnya dengan kemas semasa membonceng motosikal. Ini dapat mengelakkan kecederaan di kepala jika terjatuh.
Beratur menaiki bas sekolah merupakan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Amalan ini boleh mengelakkan daripada terjatuh dan tercedera.
Berbasikal secara selamat di jalan raya. Lampu dan brek mestilah berfungsi dengan baik. Amalan ini boleh mengelakkan kita daripada kemalangan.
Aktiviti kumpulanFokus kepada ciri-ciri basikal yang selamat dan pakaian penunggang basikal
-Locengyang
berfungsi dengan
baik
-Brek yang berfungsi dengan
baik
-Tayar yang mempunya
i bunga agar tidak
licin
-Ketinggian tempat
duduk yang sesuai
Pakaian penunggang basikal
Memakai topi keledar dan baju pantulan cahaya
Memakai pad perlindungan