BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk 10
Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa
· Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan,
simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon)
· Teknik Permainan Bahasa
· Teknik Latih Tubi
· Teknik Bercerita
Sinopsis
Teknik pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran
perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran
dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara teknik yang
sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa adalah:
· Teknik Drama
· Teknik Permainan Bahasa
· Teknik Latih Tubi
· Teknik Bercerita
· Teknik Main Peranan
· Teknik Simulasi
Teknik-teknik pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses
pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan
demikian proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa
terjemahan dan terus.
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro.
Kerangka konsep
(Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa) (Teori
Huraian Bahasa:Nahu TradisionalStrukturalTransformasi
GeneratifTeori Fungsional)
(Teori Pemerolehan
Bahasa:BehaviorismeKognitifMentalisFungsional)
(Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan
Pembelajaran BAHASA MELAYU)
(Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid,
Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah,
Aktiviti, Situasional dan Permainan)
Teknik Pengajaran Bahasa
· Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang
direalisasikan di dalam bilik darjah
· Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya.
· Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu
muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang
mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.
· Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik
boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
· Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk
pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih perlu sejajar dengan kaedah
yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
1. Teknik drama
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik main peranan
6. Teknik simulasi
7. Teknik inkuiri
8. Teknik perbahasan
9. Teknik kuiz
10. Teknik sumbangsaran
11. Teknik soal jawab
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog
Tujuan teknik
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan rasa ingin tahu
10.1 Teknik Drama
Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan
yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau
persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak.
Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan
klimaks serta kesimpulan.Antara teknik drama ialah mimos,arca,
improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin,
mestamu, dikon.
· Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
· Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan sebagainya) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
· Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
· Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
· Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai
salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
· Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
Teknik drama:
1. Mimos 2. Arca3. Improvisasi4. Main peranan5.Simulasi6. Teater
bercerita7. Pentomin8. Mestamu9. Dikon
1. Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan
ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi
pelakon tanpa dialog.Penonton membuat laporan tentang apa yang
dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul
dan idea yang tersusun selepas aktiviti.
Bahan untuk aktiviti :Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita
petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.
Contoh aktivti mimos :
i.Individu
Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.
a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.b)
Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau
silat.
ii. Berpasangan
Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi
pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin
(mengikut aksi pelakon)
a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.b) Anda sedang memujuk
seorang rakan yang sedang merajuk.
2. Arca
Patung yang menyerupai seseorang
Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta
kameraBayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu
berkhayalGambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang
dihasilkan dalam karya sastera
3. Improvisasi Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang
mengisahkan kejadian , keadaan/situasi dalam kehidupanseharian.
Contoh aktiviti :
Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal
berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di
atas kerusi malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi
sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya
yang pergi untuk menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi
perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan
semua wang untuk perkahwinan anaknya kelak.
4. Main peranan Murid melakonkan satu watak daripada satu
suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi.
Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan
laras bahasa yang sesuai.
Contoh situasi:a) Situasi menziarahi orang sakitb) Situasi di
pejabat sekolah.
5. Simulasi Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat
dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah. Situasi
dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang
dilakukan murid.
Contoh aktiviti :a) Memandu kapal terbangb) Menerima rawatan di
wad kecemasan
6. Teater berceritaTeknik drama bercorak cerita yang dilakonkan
secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.Guru
mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.Pelakon boleh
membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik. Apabila
pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat
boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi
yang disebut oleh pencerita.
7. Pentomin
Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid
lain yang mengiringi lakonan tersebut. Memberi peluang kepada murid
untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.
Contoh aktiviti :Peristiwa malam kemerdekaan negara
8. Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Gunakan melodi
lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak
atau puisi yang dipelajari. Murid lebih mudah mengingati
sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun,
syair, gurindam dan
seloka.
9. Dikon
Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. Seorang atau
beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk sajak.
10.2 Teknik Permainan Bahasa
· Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari
bahasa melalui teknik permainan.
· Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada
pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat diagnostik.
· Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
· Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan
melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu
:
· merangsang interaksi verbal pelajar
· menambah kefasihan dan keyakinan
· menyediakan konteks pembelajaran
· bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
· bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
10.3 Teknik Latih Tubi
· Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari.
· Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping
menjamin ketekalannya.
· Teknik latih tubi sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu
· Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting.
· Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar,
melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam
situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
· Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
· Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek
kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
i. Sebutan (accent)
Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul
termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
ii. Tatabahasa (grammer)
Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum tatabahasa daripada
semua aspek.
iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)
Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut
konteks dalam situasi tertentu.
iv. Kefasihan (fluency)
Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.
v. Kefahaman (comprehension)
Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
· Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
· Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan
berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
· Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi
kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
10.4 Teknik Bercerita
· Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
· Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan.
· Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan pelajar.
· Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada
peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu
diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
· Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
· Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
· Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat
murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang
hendak disampaikan.
· Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
· Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
· Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
· Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
· Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat
sebagai bahan bantu.
10.5 Teknik Main Peranan
· Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah
atau peristiwa yang dianggap penting.
· Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
· Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau
penghafalan skrip. Pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan.
· Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.
10.6 Teknik Simulasi
· Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan
hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
semula.
· Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran
belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
· Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat,
cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan.
· Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan
masalah.
· Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan
dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan
menulis.
· Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber
motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Tugasan:
Berdasarkan satu hasil pembelajaran yang dipilih daripada
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, jelaskan bagaimana anda dapat
melaksanakan pengajaran dengan menggunakan satu teknik pengajaran
bahasa di bawah;
· Teknik Drama
· Teknik Permainan Bahasa
· Teknik Latih Tubi
· Teknik Bercerita
Tajuk 11
Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu
· Kemahiran Belajar Cara Belajar
· Kemahiran Kajian Masa Depan
· Kemahiran Berfikir
Sinopsis
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) kemahiran yang diajarkan dalam
bilik darjah, dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan
dalam senario dunia yang global. KBT yang dimaksudkan ialah
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran
kontekstual.
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang
pengaplikasian kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga kemahiran bernilai tambah
yang dimuatkan dalam tajuk ini:
· Kemahiran Belajar Cara Belajar
· Kemahiran Kajian Masa Depan
· Kemahiran Berfikir
Hasil Pembelajaran
Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
(Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Belajar Cara
BelajarKemahiran Kajian Masa DepanKemahiran Berfikir)Kerangka
Konsep
(Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu )
Fikirkan:
Fahami maksud Kemahiran Bernilai Tambah dan pelaksanaannya dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
(Mengapa Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu? Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebagai guru anda perlu
tahu khususnya kemahiran kajian masa depan dan kemahiran berfikir
untuk memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu,
masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Hal ini akan membolehkan
mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis. )Kemahiran
Bernilai Tambah
Umumnya terdapat tiga kemahiran bernilai tambah dalam tajuk ini,
iaitu :
· Kemahiran Belajar.Cara Belajar
· Kemahiran Kajian Masa Depan
· Kemahiran Berfikir
l
11.1Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)
· Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan
· Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering
berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
· Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru
atau tanpa guru.
Rasional Belajar Cara Belajar
Diperkenalkan atas beberapa sebab
· Masa di bilik darjah terhad
· Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga
terhad
· Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
· Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar
waktu
persekolahan
· Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari
sesuatu
· Sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran
belajar
seumur hidup dalam kalangan murid
Objektif Belajar Cara Belajar
· Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru
· Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan
bahan
lain sebagai sumber pembelajaran
· Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap
pembelajaran sendiri
· Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke
situasi
lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan
Peranan Guru
· Menentukan objektif pembelajaran
· Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran
murid
· Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan
pengajaran dan
pembelajaran
· Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
· Berbincang dengan murid
· Menilai secara formatif dan sumatif dan merekodkan pencapaian
murid
· Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
Peranan Murid
· Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
· Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan
seterusnya
· Menetapkan matlamat dan diharapkan dapat menjayakannya
· Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu
dicapai
atau tidak
· Merancang pembelajaran secara terperinci
· Melaksanakan perancangan
· Melaporkan kemajuan pencapaian
· Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja
projek, dan
penguasaan kosa kata
· Membuat refleksi dan menilai pencapaian
· Memberikan ganjaran atas kejayaan sendiri
Kemahiran Belajar
· Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk
menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam
peperiksaan dan kehidupan.
· Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran
- Mendengar
- Membaca
- Mencatat nota
- Menulis
- Mengingat
i. Kemahiran Mendengar
· Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia
· Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana
melibatkan kefahaman
dan pemprosesan maklumat yang didengar
· Kemahiran mendengar melibatkan
· Perkara yang didengar
· Sebab perlu mendengar
· Penyampai yang didengar
· Cara mendengar dengan berkesan
· Cara meningkatkan kemahiran mendengar
ii. Kemahiran Membaca
· Penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta
tentang
sesuatu perkara
· Proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara
pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca
· Empat jenis gaya bacaan:
1. Skimming / Luncuran
· Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan
pantas
tentang sesuatu bahan atau maklumat
· Bertujuan untuk membuat pandangan umum tentang dokumen dengan
segera
· Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan
sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan pergerakan mata
yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang
dibaca
2. Scanning / Imbasan
· Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam daripada skimming
· Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu
sebagai
jawapan kepada sesuatu persoalan
· Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara mendalam, membaca
kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan
konsep yang dinyatakan.
·
3. Bacaan Intensif
· Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci
· Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen
yang dibaca
· Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi
· Mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna
perkara
yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semua
maklumat dengan mendalam.
· Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat
4. Bacaan Laju
· Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca
dengan
laju dan mampu memahami dengan serentak perkara yang dibaca
· Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam
sesuatu bahan
bacaan
· Penguasaan bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan
masa
yang terhad secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk
memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat
iii. Kemahiran Mencatat Nota
· Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada
bahan yang dibaca,
dilihat atau didengar
· Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti
kuliah, ceramah,
penerangan, temu duga, dan membaca buku
· Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai
bahan rujukan
iv. Kemahiran Menulis
1. Kemahiran Menulis Laporan
· Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan
- Memilih topik sekiranya tidak diberikan
- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
- Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
-Membuat nota
- Menyediakan kerangka laporan
- Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber
- Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik
- Menyemak draf
- Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
- Menerbitkan laporan
2. Kemahiran Menulis Cepat
· Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan
kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang
lain
· Kriteria menulis cepat
- Kelajuan menulis
- Tulisan yang boleh dibaca
- Kandungannya difahami
· Kebaikan menulis cepat
- Dapat menulis lebih banyak maklumat
- Dapat menjimatkan masa
- Dapat mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat
v. Kemahiran Mengingat
· Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik
· Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa
lama
Jenis Ingatan
· Ingatan jangka pendek
- maklumat tersimpan sebentar sahaja
· Ingatan jangka panjang
- maklumat yang kekal dalam ingatan
Proses Ingatan
· Terdapat tiga langkah proses ingatan
1. mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan
(enkoding)
2. menyimpan maklumat
3. mengingat kembali maklumat (decoding)
Cara mengingat
· Mereka cerita
· Mencipta irama atau lagu
· Membuat catatan
· Membuat lakonan
· Membuat senarai semak
· Mencipta akronim
· Membuat rantaian atau berlawan
· Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf, dan peta minda
· Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon)
· Mengulang
· Melatih tubi
11.2Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)
· Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa
lampau, masa kini, dan masa depan.
· Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang
maksimum
· Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan
keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan
· Bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia
menghadapi cabaran dan perubahan
· Akan membantu generasi akan datang menyedari bahawa masa depan
pasti berubah, dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka boleh
merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat
Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima
serta boleh menangani perubahan
· Masa depan sukar diramalkan, justeru kita perlu tahu cara
meramalkan masa depan supaya boleh menangani perkara yang akan
dihadapi
Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (Empat
prinsip)
1. Prinsip Perubahan
· Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi,
industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu
tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan
merancang
2. Prinsip Pandangan Jauh
· Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil
langkah-langkah
pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih
berlaku,
seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada
krisis
tersebut
.
3. Prinsip Perancangan Strategik
· Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan
mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh hal yang demikian,
bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan
secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini
4. Prinsip Pengupayaan
· Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan
tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran
perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara
penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan
dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.
Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
· Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan
tentang hal-hal masa depan
· Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
· Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa
depan
· Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa
depan
· Membina sikap dan nilai tentang masa depan
Faedah kepada murid
· merangsang murid berfikir
· menyemai semangat optimistik tentang masa depan
· menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang
ilmu
· berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal
· menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan
· menyemai keyakinan diri untuk menghadapi masalah dan membuat
keputusan
· murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan
idea dan
pandangan tentang sesuatu tema
Faedah kepada guru
· pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
· guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan
peranan sebagai peneroka yang aktif
· pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, audio, kinestatik,
dan komunikasi berpusatkan murid boleh digunakan.
· iklim dalam bilik darjah seronok, dan menarik dengan suasana
kreatif serta persekitaran yang boleh merangsang murid untuk
belajar
Perancangan seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Kajian Masa
Depan
Aspek yang perlu diambil kira
· perancangan yang strategik
· isu dan tema yang relevan
· berpusatkan murid
· aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang
hayat
· peranan guru sebagai fasilitator
11.3Kemahiran Berfikir (KB)
· Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
· Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis
· Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea,
menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam
kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan
· Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas,
manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses
berfikir
11.3 Kemahiran Berfikir
1. Kemahiran Berfikir secara Kritis
1.1 Menganalisis secara Kritis
Menganalisis Idea
· membandingkan dan membeza
· mengelas
· meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
· membuat urutan
Menganalisis Hujah
· mencari sebab dan kesimpulan
· mengusul periksa andaian
1.2 Menilai secara Kritis
Menilai Maklumat
· Menentukan kebolehpercayaan sumber
Menilai Inferens
· menerangkan sebab
· membuat ramalan
· membuat generalisasi
· menaakul melalui analogi
· membuat penaakulan bersyarat
·
2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Menjana Idea-Idea Alternatif
· Menjana kemungkinan-kemungkinan
Mencantum Idea-Idea
· Mencipta metafora
Proses Berfikir
(a)Membuat Keputusan
(b)Menyelesaikan Masalah
· Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori yang
utama, iaitu
1. Kemahiran Berfikir secara Kritis
2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kritis
· Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk
menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
· Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi
berfikir yang asas
untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan
mendalam
· Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang sedia
ada sahaja
dan tidak menghasilkan idea-idea baharu
Kemahiran Berfikir secara Kreatif
· Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan
minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang
baharu, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan
· Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi
berfikir yang asas
untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu,
estetik, dan
membina.
· Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai
sudut. Cara ini
digunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan,
idea dan tindakan
Proses Berfikir
· Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk
memilih satu
pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk mencapai
tujuan atau objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria
tertentu.
· Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda untuk
mencari
idea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi
kekurangan atau halangan yang ada bagi mencapai objektif yang
dihasratkan
· Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan
masalah
berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif
· Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran
dan
pembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah
Model Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
Secara Kritis
- mencirikan
- membanding dan membeza
- mengumpul dan mengelas
- membuat urutan
- menyusun mengikut
keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecondongan
- menilai
- membuat kesimpulan
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
- menjana idea
- menghubung kait
- membuat inferens
- meramal
- membuat hipotesis
- mensintesis
- mengitlak
- membuat gambaran
mental
- menganalogi
- mereka cipta
Membuat Keputusan
dan
Menyelesaikan Masalah
Objektif Mengajar Kemahiran Berfikir
· Dunia memerlukan manusia yang lebih canggih pemikiran, iaitu
manusia yang memiliki kemahiran berfikir pada peringkat tinggi,
bijaksana dan berfikiran cemerlang.
· Sebagai usaha membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran
kognitif dan metakognitif
· Untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran pelajar-pelajar
berfikir pada tahap tinggi, melalui isi-isi pelajaran dalam
subjek-subjekyang diajarkan di sekolah-sekolah
· Untuk mencapai kemahiran berfikir dalam proses “broad
thinking” seperti penyelesaian masalah, pengkonsepsian dan membuat
keputusan.
· Menyediakan pelajar-pelajar yang mahir berfikir secara
menyeluruh
· Menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran-kemhairan
kognitif tahap tinggi dalam interaksi mereka dengan bahan-bahan
pembelajaran, guru dan sebagainya
Arahan:
· Sila baca dan fahami tentang kemahiran bernilai tambah yang
dimuatkan dalam tajuk ini.
· Setelah anda menguasai kemahiran bernilai tambah yang
dibincangkan, rancang satu pengajaran yang menerapkan
kemahiran-kemahiran tersebut, seterusnya di amalikan dalam sesi
tutorial.
· Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang
faham tentang kemahiran ini dan buat rujukan lanjutan.
Tajuk 12
Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
· Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
· Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Sinopsis
Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang
dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang
dibincangkan dalam tajuk ini ialah:
· Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
· Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
Hasil Pembelajaran
3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Kerangka konsep
(Kemahiran TMKKemahiran Kecerdasan Pelbagai) (Kemahiran Bernilai
Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)
Kemahiran Bernilai Tambah
(Sebagai guru yang berjaya, anda perlu tahu cara menyerapkan
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Anda perlu memilih dan menentukan kemahiran bernilai tambah
yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar.)
Nota ringkas:
12.1Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
· Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
· Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan
komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima
e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan
harian, dan mengakses maklumat melalui internet.
Objektif TMK dalam pembelajaran
· Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran
· Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang
pelbagai keupayaan
· Meningkatkan motivasi murid
· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning)
· Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh
· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang
lama atau terlalu mahal untuk diperoleh
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar
· Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan
cara biasa
· Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
· Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum
· Meningkatkan kemahiran TMK
12.2Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
· Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik,
muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan
naturalis.
· Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi
kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai
dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
i. Kecerdasan Verbal- Linguistik
· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir
menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan
sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan.
· Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta
suka pada makna yang kompleks
· Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain
· Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan
memberi ucapan
ii. Kecerdasan Logik- Matematik
· Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan
seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual dan abstrak.
· Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik
dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap
· Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis
iii. Kecerdasan Muzik
· Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta
irama yang terdapat di persekitaran
· Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik
· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah
rentak dan tempo dengan mudah
· Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik,
dan berpuisi dengan iringan muzik
iv. Kecerdasan Kinestetik
· Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea
dan perasaan, serta menyelesaikan masalah.
· Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan
gerak geri, dan perimbangan tubuh badan
· Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari,
gimrama dan lakonan
v. Kecerdasan Visual-Ruang
· Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan
garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
secara grafik
· Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak
menghubungkaitkan antara objek dan ruang
· Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar
jalan cerita
vi. Kecerdasan Intrapersonal
· Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan
kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan
persamaan atau perbezaan persepsi individu.
· Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta
mengawal kemarahan dan kesedihan
· Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis
puisi tentang diri sendiri
vii. Kecerdasan Interpersonal
· Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat
orang lain
· Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah
· Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan
perbincangan
viii. Kecerdasan Naturalis
· Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan
galian
· Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat di sekeliling
· Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna
· Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca,
mengkaji serta mengkategorikan flora dan fauna
Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
· Petunjuk kepada potensi murid
· Mempelbagaikan cara penilaian
· Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
· Membangunkan bakat dan kebolehan murid
· Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid
· Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
· Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan
kecerdasan
· Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras
dengan FPK
dan keperluan murid
Arahan:
· Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan
Pelbagai
· Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas
tutorial anda.
· Anda dikehendaki bersedia untuk melaksanakan tugasan
tersebut
24