Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini
memberikan sumbangan berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan
untuk membantu golongan ini? Sejak akhir-akhir ini isu kebajikan
Orang Kurang Upaya (OKU) telah menjadi satu topik perbincangan yang
hangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Golongan OKU juga perlu
dibela oleh seluruh anggota masyarakat kerana mereka tidak mampu
melakukan aktiviti fizikal kerana kecacatan yang dialami itu.
Sehubungan itu, institusi kerajaan, sawasta dan orang awam mestilah
menyusun strategi atau usaha untuk membantu golongan OKU memajukan
diri mereka supaya tidak tersisih dalam arus globalisasi kini. Pada
masa yang sama mereka juga dapat memberi sumbangan untuk
membangunkan ekonomi Negara ini. Antara usaha untuk membantu OKU
ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang
tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih
OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan.
Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana
pendapatan keluarga walaupun cacat. Oleh itu, sokongan daripada
pihak kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat
latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK)
di bawah pengawasan Felda di seluruh Negara berjaya melatih
kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah kemahiran
yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdekari dan
menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara
kita. Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk
menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU.
Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di
luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan
pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak
kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini
akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib
hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan
ilmu yang dimiliki itu. Di samping itu, pihak swasta pula tidak
boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk
berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana
golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk
memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang
bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani
dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang
normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah
mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang
tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu,
peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk membantu mereka
mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.
1
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini
adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu,
pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui
Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan
dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9
kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim
Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber
Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu
mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu,
bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan
golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada
pertolongan daripada orang lain.
Kesimpulanya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada
kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang
lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak
terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu
menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak
bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan
tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti. Bak
kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh
masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
2
USAHA-USAHA MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA(OKU) Idea untuk
perenggan pengenalan.
1. Memberi maksud Orang Kurang Upaya 2. Kenapa jadi Orang Kurang
Upaya ? Sejak dilahirkan dan kesan kemalangan atau penyakit
tertentu 3. Kesukaran yang dilalui oleh OKU 4. Contoh OKU yang
berjaya dalam kehidupan - Allahyarham Prof Dr Ismail Salleh
(cendekiawan ulung dalam bidang ekonomi walaupun buta). 5.
Peribahasa yang oleh digunakan - sudah jatuh ditimpa tangga, sibuta
kehilangan tongkat 6. Lirik lagu Namun Kupunya Hati (Fredie
Fernandez) - berkisar kehidupan orang cacat. 7. Mengapa OKU perlu
dibantu dalam pelbagai aspek?
Isi 1 : Kerajaan melatih orang-orang cacat dalam pelbagai
bidang. Bidang apa ? - membaiki kenderaan, membaiki peralatan
elektrik, menghasilkan makanan seperti kek, keropok, perabot dan
kraf tangan, menjilid buku Di mana mereka boleh dilatih ? - Pusat
Giat Mara, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, universiti
tempatan, Pusat latiha dan pemulihan orang cacat (JARO) - dilatih
secara sepenuh masa sehingga mahir - diberi peluang menjalani
latihan amali dengan syarikat-syarikat yang berdaya maju Siapa
tenaga pengajar mereka ? - Pensyarah, tutor, guru yang
berpengetahuan dan berpengalaman - mereka dilatih dalam bidang
kerja sosial dan kaunseling supaya dapat menyesuaikan diri dengan
orang cacat yang berperasaan sensitif. Apa kemudahan yang OKU boleh
dapat sepanjang latihan ? - diberi elaun dalam bentuk wang ringgit,
ditaja makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan
pembelajaran, kenderaan khas dan lain-lain. Peruntukan disalurkan
oleh kerajaan melalui agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,
MARA dan sebagainya.
3
Kenapa mereka perlu dilatih dengan kemahiran tertentu ? -
apabila mereka menjadi terlatih, mereka boleh memilih untuk bekerja
makan gaji atau memulakan perniagaan sendiri.- mereka tidak akan
menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup ahli keluarga
(jika sudah berumah tangga). - setelah mantap dalam bidang
pekerjaan mahupun berjaya menguruskan perniagaan, mereka akan duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna
sifatnya - namun demikian OKU perlu menunjukkan daya usaha yang
tinggi dan semangat yang cekal sebelum dapat membuka mata orang
lain bak kata peribahasa..."digilap baru ditayang, dicanai baru
diuji dan dimamah baru ditelan". Masukkan peribahasa Cina - jika
kita memberi seorang nelayan seekor ikan, nelayan itu dapat makan
untuk sehari. Jika kita menunjukkan cara memancing ikan kepada
nelayan itu, dia akan dapat hidup untuk jangka masa yang lebih
lama. Analoginya - OKU yang diberi bantuan dalam bentuk wang
ringgit dan makanan akan terus menghadapi kesukaran untuk hidup
pada hari berikutnya. Jika mereka diberi latihan kemahiran yang
sesuai, mereka akan menggunakan kemahiran itu untuk "mencari makan"
seterusnya.
4
RE: Usaha Kerajaan Negeri Terengganu Membantu Pelajar Kurang
Upaya Merujuk kepada surat NST (All out to help disabled students)
pada 2hb Mac 2009,
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia (Standards Users)
berasa amat bangga diatas tindakan Kerajaan Negeri Terengganu untuk
memperuntukkan bantuan kewangan tanpa had untuk mambantu pelajar-
palajar kurang upaya. Usaha ini harus dijadikan teladan oleh mereka
yang ingin membantu golongan kurang upaya (OKU) dan bukannya hanya
dengan memberikan kerusi roda percuma dan mendapatkan publisiti
murah. Dalam kebanyakkan kes, kerusi roda yang diberikan tidak
sesuai untuk kecacatan yang dialami. Persatuan Pengguna Pengguna
Standard (Standards Users), telah mendapat peluang untuk bekerja
dengan Jawatankuasa Standard Industri Jepun atau Japanese
Industrial Standards Committee (JISC), hasil kerjasama dengan
Jabatan Standard Malaysia. Standards Users sangat kagum dengan
tahap kebolehcapaian yang dinikmati oleh OKU dan golongan tua di
negara Jepun. Secara relatif, golongan OKU dan orang tua lebih
berdikari dan dapat menjaga diri mereka. Golongan OKU di Malaysia
kerap kali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka bahawa mereka
tidak mahu bergantung semata- mata kepada derma dan kebajikan dan
menjadi subjek kedermawanan sepanjang hidup mereka. Golongan ini
bersedia untuk berkerja untuk menyara diri dan menyumbang kepada
ekonomi negara seperti orang lain. Tetapi, apakah yang menjadi
penghalang kepada mereka? Penghalangnya ialah persekitaran yang
tidak mesra OKU. Sistem pengangkutan dan jalan raya tidak mesra
OKU. Walaupun Kuala Lumpur adalah bandar metropolitan, namun hanya
terdapat sebahagian kecil sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan
yang mesra OKU. Kemudahan tersebut juga kebanyakannya untuk mereka
yang mempunyai masalah penglihatan dan sesetengah lokasi untuk
mereka dengan masalah pergerakan dan yang menggunakan kerusi roda.
Kebanyakkan bangunan awam malah juga di Kuala Terengganu walaupun
harus mengikut UndangUndang Kecil Bangunan atau (Uniform Building
By- Laws atau UBBL) tetapi adalah tidak mesra OKU. Mengikut kanun
34A, UBBL, pambinaan bangunan haruslah mengikut Standard Malaysia
atau MS 1183 Specifications for Fire Precautions in the Design and
Construction of Buildings Code of Practice for Means of Escape for
Disabled People dan MS 1184:2002 Code of Practice on Access for
Disabled Perons to Public Buildings. Namun begitu, standard-
standard ini tidak dipatuhi. Sesetengah bangunan mempunyai
rekabentuk untuk OKU yang tidak berfungsi. Sebagai contoh, landasan
untuk kerusi roda terlalu curam dan boleh membahayakan OKU yang
menggunakan kerusi roda dan tulisan Braille pada butang lif yang
tidak mempunyai bantuan pendengaran untuk menunjukkan tingkat.
Laluan ke tandas OKU juga terhalang . Terdapat sesetengah tandas
OKU yang digunakan sebagai stor untuk menyimpan peralatan
sanitasi.
5
UBBL yang kita ada sekarang tidak menyatakan perlunya pematuhan
kepada MS 1331, Code of Practice for Access for Disabled People
Outside Buldings. Standard ini mengariskan keperluan asas
rekabentuk kemudahan luar rumah untuk kebolehcapaian OKU. Kami
berharap agar peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu akan
mengambil kira cara untuk mempertingkatkan kebolehcapaian OKU. Ia
adalah satu langkah jangka panjang yang lebih efektif yang
benar-benar dapat membantu OKU untuk menjalani kehidupan normal
bersama sama rakyat yang berupaya. Pematuhan terhadap standard
Malaysia untuk rekabentuk mesra OKU yang terdapat dalam UBBL akan
merupakan langkah pertama untuk memastikan OKU diberikan
penyelesaian jangkamasa panjang dan lebih bermakna daripada
memberikan derma yang hanya akan memberikan faedah sekali sahaja.
Kita harus ingat jika mengikut statistik Pertubuhan Bangsa- Bangsa
Bersatu, 10% dari populasi dunia mengalami masalah kurang upaya
maka Malaysia mempunyai 2.7 juta OKU. Oleh itu membantu OKU
berdikari memberikan kebaikan dari segi kos perbelanjaan kerajaan
dengan memberikan penyelesaian jangak panjang. Ia juga memastikan
keperluan golongan OKU dijaga untuk memudahkan kehidupan mereka
supaya dapat menyara hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Ini
akan berlaku HANYA jika kemudahan tersebut boleh dicapai oleh
mereka.
Datuk Marimuthu Nadason
6
Kerajaan menyediakan sebanyak RM2.63 juta bantu OKU mulakan
perniagaan
Shahrizat Abdul Jalil bermesra bersama sebahagian OKU yang
menerima Peralatan Teman 1Azam OKU pada Majlis KARISMA OKU di
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di
Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 3 Jan. Seramai 526 Orang Kurang Upaya
(OKU) menerima bantuan barangan permulaan perniagaan berjumlah
RM2.63 juta menerusi program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
Teman 1Azam OKU. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bantuan
tersebut bagi membantu para OKU mengembangkan lagi perniagaan
mereka dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan.
Menurutnya, bantuan berupa peralatan perniagaan dan wang tunai itu
diharap dapat meringankan beban OKU yang ingin meluaskan lagi
perniagaan dalam pelbagai cabang termasuk mengusahakan kedai makan
dan minuman. Jika kita beri bantuan RM300 sebulan, ia memang tidak
mencukupi dan jika kita mahu tambah bantuan kepada RM500 kerajaan
kena tambah peruntukan RM2.4 bilion. Sekarang ini kita beri joran
untuk mereka pancing ikan dan bukannya dalam bentuk ikan sematamata
kerana selain kementerian ini, Kementerian Sumber Manusia turut
memberikan geran untuk membantu OKU memulakan perniagaan, katanya
kepada pemberita di sini, hari ini Hadir sama, Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr.
Noorul Ainur Mohd. Nur dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Datuk Hadzir Md. Zin. Menurut Shahrizat, bantuan
tersebut mampu melonjakkan potensi OKU untuk meningkatkan taraf
hidup mereka selain mengurangkan kebergantungan bantuan sara hidup
bulanan kepada kerajaan. Credit Utusan Online
7
Published On: Tue, May 3rd, 2011 Perak Hari Ini | By ainzyda
Kerajaan tidak sisih golongan OKU: Najib Share This
Tags
Satu lagi usaha kerajaan dalam memastikan rakyat di negara ini
terus menikmati pembangunan dan kemajuan tanpa sedikitpun rasa
disisihkan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan pusat menerusi Bajet 2011 telah
memperuntukkan lebih RM 218 juta khas untuk membantu golongan OKU
di negara ini dalam usaha untuk memastikan mereka tidak terkecuali
dari kemajuan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
memberitahu peruntukkan itu disalurkan khas bagi Program Bantuan
Kurang Upaya dimana ia boleh dimanfaatkan lebih 80,000 golongan OKU
di negara ini.
Katanya, kerajaan pusat sudah tentu prihatin dengan nasib-nasib
golongan OKU justeru usaha-usaha awal perlu dilakukan termasuk
langkah pencegahan dan mengenalpasti kecenderungan dari berlaku
masalah kanak-kanak istimewa.
Kadang-kadang kita mesti faham disebabkan kealpaan yang sedikit,
ia boleh membawa masalah kepada kanak-kanak terutamanya sehingga
menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit yang boleh dikategorikan
sebagai istimewa.
Inilah yang dikatakan ilmu yang patut ada pada ibu bapa dimana
mungkin disebabkan demam sedikit anak-anak kita akhirnya cacat di
masa hadapan. tambah Najib dalam ucapannya di Majlis Pelancaran
Kempen Intervensi Awal Mencegah belakunya Kecacatan kepada
kanak-kanak.
Menurut beliau lagi, kerajaan juga sedar akan kepentingan kempen
intervensi awal yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta
maklumat tepat mengenai isu yang mungkin kurang diberi perhatian.
8
Kita maklum bahawa intervensi awal adalah antara langkah
berstruktur yang mampu membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak serta memberikan sokongan terhadap
keluarga. Malah tambah Najib, selaras dengan gagasan 1Malaysia,
kerajaan sesekali tidak akan mengenepikan kemampuan dan kebolehan
mana-mana bakat rakyat dari golongan OKU dan sekaligus akan
mengoptimumkan potensi mereka. Selain itu katanya, kerajaan juga
mengalu-alukan usaha Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan
kempen-kempen khas dalam mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami
intervensi.
9
Sabtu Februari 02, 2008 "Kerajaan Berjiwa Rakyat" pentingkan
kebajikan golongan OKU NIBONG TEBAL: Kerajaan hari ini, Jumaat
mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta untuk pengurusan dan
aktiviti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menjaga kebajikan
mereka. Mengumumkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berkata, melalui mesyuarat kabinet baru-baru ini,
kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60.1 juta bagi program
pengurusan OKU. Manakala RM20.9 juta lagi adalah peruntukan khas
untuk aktiviti bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi
kerja-kerja amal membantu OKU, kata beliau. Abdullah berkata, ini
membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah "Kerajaan
Berjiwa Rakyat" dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat
terutamanya golongan OKU. Ketika melancarkan Program Semai Bakti
Fasa Kedua anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteriisteri
Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, beliau berkata, ini
merupakan sebahagian usaha kerajaan meringankan bebanan sara hidup
rakyat. Abdullah berkata kerajaan berusaha meringankan kesusahan
anggota keluarga yang mempunyai anak OKU dengan mengambil kira
perbelanjaan harian mereka selain memberikan pelbagai subsidi
termasuk harga minyak dan barangan keperluan lain. Program
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) itu adalah program untuk membantu
OKU dan keluarga mereka dalam sesebuah kawasan. Abdullah berkata,
disebabkan terlalu banyak subsidi, ada pihak yang mendakwa rakyat
mempunyai mentaliti subsidi tetapi itulah cara kerajaan meringankan
bebanan rakyat. Katanya, daripada peruntukan itu, kerajaan telah
meningkatkan bantuan untuk sewa premis PDK iaitu daripada RM500
sebulan kepada RM3,000 sebulan manakala peruntukan utiliti sebanyak
RM1,000 sebulan. Selain itu, kerajaan juga meningkatkan lagi
peruntukan untuk aktiviti-aktiviti OKU daripada RM5,000 sebelum ini
kepada RM30,000 manakala elaun khas kepada OKU ditambah daripada
RM50 kepada RM150 sebulan. Bagi pekerja-pekerja di PDK pula, elaun
mereka dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan selain
mewujudkan elaun khas untuk penyelia PDK sebanyak RM1,200 sebulan.
Setiap PDK juga diberikan peruntukan sebanyak RM50,000 (one off)
bagi membeli peralatan pemulihan untuk kegunaan OKU dan peruntukan
sebanyak RM2 juta bagi membina bangunan PDK bagi kawasan-kawasan
yang tidak ada premis tetap PDK. BERNAMA
10
Kerajaan Terus Bantu OKU 4 December 2011 112 views No
Comment
KUALA LUMPUR, 4 Dis Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata usaha kerajaan
bagi kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah terhenti,
malah sentiasa dipertingkatkan supaya mereka menikmati kehidupan
lebih selesa. Katanya, kerajaan serius membantu OKU supaya golongan
itu dapat berdikari seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka
kepada yang lebih baik. Bercakap dalam forum khas bertajuk Karisma
OKU: Melonjak Potensi yang diadakan sempena sambutan Hari OKU
peringkat Kebangsaan di Wisma Bernama, di sini, Shahrizat berkata
RM24 juta diperuntukkan kerajaan kepada 11 institusi yang
menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Selain itu, katanya, RM56 juta
diperuntukkan pula kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
merangkumi faedah kepada 18,943 OKU di seluruh negara. Forum
tersebut yang disiarkan secara langsung melalui BernamaTV dari
Wisma Bernama memberi peluang kepada lebih 200 OKU berinteraksi
lebih sejam bersama Menteri itu yang menjadi salah seorang ahli
panel. Seorang lagi ahli panel, Presiden Gabungan Persatuan Orang
Kurang Upaya Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar berkata walaupun
negara semakin maju namum pandangan segelintir masyarakat mengenai
keupayaan OKU masih rendah. OKU perlu diberi peluang yang sama,
seperti orang lain ini kerana kami juga adalah rakyat yang sah.
Sedih kerana sehingga kini tidak ramai OKU yang dapat memainkan
peranan sepatutnya untuk golongan ini berdikari dan menjadi
penyumbang produktiviti negara, katanya. Mah Hassan, seorang
peguam, berkata banyak pihak masih tidak menyedari kepentingan dan
peranan OKU kerana ada di kalangan mereka yang terus meminggirkan
golongan berkenaan. Forum itu turut melibatkan Ahli Majlis
Kebajikan OKU Anthony Arokia dan Presiden Persatuan Orang Pekak
Malaysia Mohamad Sazali Shaari. Presiden Persatuan Jurubahasa
Isyarat Malaysia Wan Zuraidah Abu, menjadi jurubahasa isyarat dalam
forum. Terdahulu, Shahrizat menyampaikan sumbangan RM450,000 kepada
15 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) untuk menjayakan sambutan
Hari OKU Peringkat Negeri Hadir sama di forum tersebut Pengurus
Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Bernama Datuk
Yong Soo Heong. BERNAMA
11
ARKIB : 17/05/2011 2 Kerajaan komited pertingkat prasarana OKU
KUALA LUMPUR 16 Mei - Kerajaan komited mempertingkatkan semua
prasarana bagi keperluan orang kurang upaya (OKU) selaras dengan
usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini termasuk menaik taraf kemudahan
pengangkutan awam seperti stesen transit aliran ringan (LRT),
stesen bas dan komuter agar lebih mesra OKU. Menurut beliau, untuk
itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) bagi memastikan perancangan tersebut berjalan lancar.
"Mesyuarat hari ini telah membentangkan beberapa laporan dan saya
berpuas hati dengan kemajuan dan perancangan yang dilakukan oleh
beberapa anggota tetap. "Ini termasuk Kementerian Pengangkutan
dalam menyediakan prasarana terutama pengangkutan awam untuk OKU
bagi memastikan keselesaan mereka," katanya. Beliau berkata
demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya (OKU), di sini hari ini.
Majlis yang ditubuhkan di bawah Akta OKU itu dianggotai beberapa
kementerian bertujuan menentukan dasar dan polisi untuk membantu
golongan berkenaan. Sehingga kini, bilangan OKU yang mendaftar di
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah berjumlah 325,189 orang
berbanding 283,512 tahun lepas. Shahrizat berkata, dalam memastikan
masa depan golongan tersebut terjamin, pihaknya akan mewujudkan
pasukan khas bagi meneliti secara terperinci isu yang menjadi
halangan kepada kemajuan pendidikan khas dan intervensi awal yang
akan diketuai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur
Mohd. Nur. Beliau berkata, pihaknya akan mengesyorkan kepada
Kementerian Pelajaran langkah-langkah positif yang boleh diambil
untuk membantu meningkatkan keupayaan golongan OKU bermula dari
bangku sekolah. Malah, tegasnya, kementerian juga akan bekerjasama
dengan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan lebih ramai OKU
diserapkan dalam alam pekerjaan memandangkan ada dalam kalangan
mereka yang mempunyai potensi dan kelayakan akademik. "Bagaimanapun
cabaran paling getir adalah untuk mengubah pemikiran majikan,
keluarga dan OKU itu sendiri supaya lebih positif terhadap potensi
mereka," katanya.
12
Sementara itu, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Kementerian Pengangkutan, Mustapha Zainuddin berkata, pihaknya akan
mengeluarkan pelekat yang mempunyai nombor siri sebagai pengenalan
kepada kenderaan OKU bermula pertengahan Jun depan selain garis
panduan reka bentuk bas yang lebih mesra OKU. Buat masa ini,
pihaknya telah menaik taraf 100 bas selain 12 stesen komuter dan
lima stesen LRT di sekitar Lembah Klang.
13
Usaha Kerajaan Bagi Kebajikan OKU Tidak Pernah Terhenti -
Shahrizat Rakyat Didahulukan | Rakyat Didahulukan Written by Raja
on Sunday, 04 December 2011 17:43
KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata usaha kerajaan
bagi kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah terhenti,
malah sentiasa dipertingkatkan supaya mereka menikmati kehidupan
lebih selesa. Katanya, kerajaan serius membantu OKU supaya golongan
itu dapat berdikari seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka
kepada yang lebih baik. Bercakap dalam forum khas bertajuk 'Karisma
OKU: Melonjak Potensi' yang diadakan sempena sambutan Hari OKU
peringkat Kebangsaan di Wisma Bernama, di sini, Shahrizat berkata
RM24 juta diperuntukkan kerajaan kepada 11 institusi yang
menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Selain itu, katanya, RM56 juta
diperuntukkan pula kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
merangkumi faedah kepada 18,943 OKU di seluruh negara. Forum
tersebut yang disiarkan secara langsung melalui BernamaTV dari
Wisma Bernama memberi peluang kepada lebih 200 OKU berinteraksi
lebih sejam bersama Menteri itu yang menjadi salah seorang ahli
panel. Seorang lagi ahli panel, Presiden Gabungan Persatuan Orang
Kurang Upaya Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar berkata walaupun
negara semakin maju namum pandangan segelintir masyarakat mengenai
keupayaan OKU masih rendah. "OKU perlu diberi peluang yang sama,
seperti orang lain ini kerana kami juga adalah rakyat yang sah.
"Sedih kerana sehingga kini tidak ramai OKU yang dapat memainkan
peranan sepatutnya untuk golongan ini berdikari dan menjadi
penyumbang produktiviti negara," katanya. Mah Hassan, seorang
peguam, berkata banyak pihak masih tidak menyedari kepentingan dan
peranan OKU kerana ada di kalangan mereka yang terus meminggirkan
golongan berkenaan. Forum itu turut melibatkan Ahli Majlis
Kebajikan OKU Anthony Arokia dan Presiden Persatuan Orang Pekak
Malaysia Mohamad Sazali Sha'ari. Presiden Persatuan Jurubahasa
Isyarat Malaysia Wan Zuraidah Abu, menjadi jurubahasa isyarat dalam
forum. Terdahulu, Shahrizat menyampaikan sumbangan RM450,000 kepada
15 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) untuk menjayakan sambutan
Hari OKU Peringkat Negeri.
14
Hadir sama di forum tersebut Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul
Hassan dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong.
- BERNAMA
15
Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya
(1/1) mutiara: Sukan Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan
bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang
upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan
orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah.
Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/
Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi
ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk
kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan
Antarabangsa disediakan. Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan Untuk
menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan
kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya
ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan
kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan. Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan
kelas khas kepada kanakkanak cacat pengelihatan, pendengaran dan
bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah
khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa.
Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan
pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan
kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan
Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan
mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan. Kemudahan Akses
di Bangunan Awam Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam
menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya
kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan
dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil
inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai
kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya
bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan
Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka
Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam yang mana
telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam
1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang
upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses
kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah ram dan railings,
laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka
bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan
sebagainya.
16
Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Kerajaan juga
memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada
majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun
1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai
bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18
tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi
membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan
ibubapa yang kurang upaya; Sebagai galakan berterusan bagi
memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada
potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan
telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada
pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada
pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995
Kemudahan Pengangkutan Awam Jabatan sentiasa menggalakkan
syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi
kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah
syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada
golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia
memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri,
Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi
semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL
memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah
memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.
Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan Orang kurang upaya
dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk
bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan. Pengecualian
Bayaran Dokumen Perjalanan Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran
ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan
(passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya. Kemudahan
Peluang Pekerjaan Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan
kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1%
peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan
orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan
Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun
1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan
Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang
merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan,
pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang
kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk
pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di
sektor swasta. 17
Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di
mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ) Kemudahan Membeli
Kereta Dan Motorsikal Nasional Kerajaan memberi pengecualian cukai
jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal
nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan
tidak berkeupayaan memandu. Bagi orang kurang upaya yang
berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen
berikut:*Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya; *Kad Pengenalan; *Lesen
Memandu yang sah; * Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis
dll. Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan
memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat
Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka.
Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
*Lesen memandu - pihak kedua; *Kad Pengenalan - pihak kedua;
*Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
*Kad Pengenalan; *Kad Pengenalan OKU; * Maklumat Kenderaan Model,
No.Enjin, No.Chasis dll. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas
semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
Pencen Terbitan Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan
kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
18
Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan Jabatan Kebajikan
Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang
upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan
diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan
yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya
anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.
Kemudahan Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat juga
membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang
ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan
geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000 Sumbangan Kepada
Program-Program OKU Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan
sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan
yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya
selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat
penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan
Masyarakat Negara. Kemudahan Telekom Syarikat Telekom Malaysia
telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang
upaya seperti berikut:*Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada
golongan kurang upaya. *Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan
sebarang caj *Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan
pindahan secara percuma. Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun
dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan
bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon
perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan
peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.
19
Takaful Malaysia Berhad
Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi
Perlindungan bagi:-
*Kemalangan; * Kematian - urusan pengkebumian; * Keilapan Kekal
(kurang upaya/disability) akibat penyakit; * Keilapan Kekal akibat
kemalangan; * Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan: *Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat; *Berdaftar dengan mana-mana persatuan. mutiara: 1.
Pengecualian Cukai Jalan. OKU Fizikal. Kereta,van, motosikal buatan
tempatan sahaja Kementerian Pengangkutan Jabatan Pengangkutan Jalan
2. Kemudahan pengangkutan awam * Tambang konsesi * MAS 50%
penerbangan domestik * KTM 50% bagi semua kelas * Transnasional 50%
Kementerian Pengangkutan/ Syarikat Prasarana Negara 3. Program
Pendidikan Khas - Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas 4. Program
Pendidikan Integrasi - Kementerian Pelajaran 5. Elaun RM150.00
sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah - Kementerian
Pelajaran
20
6. Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA - Kementerian
Pengajian Tinggi 7. Kod amalan akses bagi OKU:* Bangunan baru wajib
ada ram dan railings * Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda *
Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai * Tempat letak kereta,tandas
khas dan sebagainya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/
Majlis Kerajaan Tempatan 8. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai
pendapatan. * Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih
dan mengambil pekerja OKU * Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada
pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18
tahun * Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat
khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU. * Mulai 2005
pelepasan cukai diri sebanyak RM 6000 kepada OKU dan kepada
pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500. Kementerian Kewangan/
Lembaga Hasil 9. Kadar sewa rumah yang rendah DBKL 10. Potongan
harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara 11.
Pengecualian bayaran rawatan perubatan : * Bayaran wad kelas 3 *
Bayaran pakar * Bayaran ubat *Hanya hospital kerajaan Kementerian
Kesihatan 12. Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan * Pasport
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen 21
13. Kemudahan peluang pekerjaan * Pekeliling Perkhidmatan Bil.
10/1988 * Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2008 : dasar 1% peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya *
Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online Kementerian Sumber
Manusia/Jabatan Tenaga Kerja 14. Geran galakan perniagaan OKU *
Telah berniaga * Usia 18 tahun keatas * Individu dan berkelompok *
Geran berbentuk one-off Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga
Kerja
15. Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan -
Kementerian Kewangan 16. Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
* OKU Fizikal sahaja * Ada lesen memandu yang khas * Kereta
nasional sahaja * Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10
tahun kecuali dengan kebenaran Kem. Kewangan * Sebuah kereta setiap
10 tahun Kementerian Kewangan 17. Pencen terbitan * Anak penjawat
awam yang telah meninggal dunia JPA Bahagian Pencen 18. Waktu
berkerja anjal * Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan
kebajikan dan keperluan anak OKU Jabatan Perkhidmatan Awam 19.
Kemudahan Telekom 22
* Bayaran sewa bulanan dikecualikan * Panggilan 103 operator
tidak dikenakan caj * Panggilan menunggu atau pindahan secara
percuma * 19 tahun keatas,atas nama sendiri * Bawah 18 tahun atas
nama keluarga * Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan
Kem. Tenaga, Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia
20. 50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia
(OUM)
21. Bantuan Am -
Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat
22. Elaun Pekerja Cacat 23. Geran Pelancaran -
24. Bantuan alat tiruan/sokongan - Jabatan Kebajikan Masyarakat
25. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti - Jabatan Kebajikan Masyarakat
26. Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKMM - Jabatan Kebajikan
Masyarakat 27. Bengkel Terlindung Jabatan Kebajikan Masyarakat
28. Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU - Jabatan
Kebajikan Masyarakat 29. Khidmat nasihat dan kaunseling - Jabatan
Kebajikan Masyarakat 30. Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB)
akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 Sebulan - Jabatan Kebajikan
Masyarakat 31. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan
mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan - Jabatan
Kebajikan Masyarakat 32. Pengecualian bayaran :* Bayaran membuat
MyKad * Bayaran carian daftar kelahiran dan kematian Jabatan
Pendaftaran Negara
23
Sumber maklumat :
http://www.jkmnj.gov.my/utama/index.php?option=com_content&view=article&id=63%3Akeistime
waan-oku&catid=1%3Alatest-news&Itemid=66
24