Undang-undang dan peraturan permainan. Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Iaitu fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch. Fast pitch softball Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Undang-undang dan peraturan permainan.
Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang
dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita
yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi
sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul
yang dikenali sebagai bet.
Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan
yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba
mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik
(base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai
home plate
Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa.
Iaitu fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch.
Fast pitch softball Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola
dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya
lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama
dari posisi glove.
Modified pitch softball Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah
untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch.
Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan
peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strikezone, jarak antara base, masa
permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara
fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.
Slow pitch softball Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola.
Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola
tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering
dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.
PERALATAN :
Bola sofbal.
Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji
bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip
berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.
Glove.
Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap
bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari,
sedangkan mitt tidak).
Kayu pemukul
Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang
diperuntukkan untuk sofbal. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk
dalam peraturan Softball International Federation (SIF).
Batter Helmet
Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa
berada di dalam padang permainan.
Pakaian Pelindung Sementara
pakaian pelindung (protective gear) untuk seorang penangkap bola (catcher),
Lapangan sofbol berbentuk bujur sangkar. Dibagi menjadi daerah fair (fair territory) dan
daerah foul (foulterritory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bagian,
Infield, dan outfield.
Di dalam daerah infield terdapat 4 marka yang disebut base. Base diberi nombor
berlawanan dengan arah jarum jam, dimulai dari base awal yang disebut home plate,
diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk bujur
sangkar dengan sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan
tanah. Sudut dari keempat base membentuk bujur sangkar yang disebut diamond.
Di belakang home plate terdapat batasan yang disebut backstop sejauh 7,62 dan 9,14
meter di belakang home plate.
Jarak lintasan antar base yang ditentukan Lintasan Fast Pitch Lintasan Slow Pitch 60
kaki (18,29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19,81 m)
Jarak melempar (pitching) fast pitch yang ditentukan
Dewasa Di bawah 18 tahun , Di bawah 15 tahun
43 kaki (13,11 m) 46 kaki (14,02 m) 40 kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m) 40
kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m)
Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan
Dewasa Di bawah 18 tahun Di bawah 15 tahun 50 kaki
(14,02 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m) 50
kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m)
Peraturan :
Pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 9 pemain2 : penangkap (catcher)1 : pembaling
(pitcher)3 : pemain bes pertama (first baseman)4 : pemain bes kedua (second
baseman)6 : pemain shortstop5 : pemain bes ketiga (third baseman)7 : pemadang kiri