UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI
RINGKASAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASIKawasan Operasi Kawasan
Operasi Koperasi ialah Negeri Selangor kecuali Daerah Hulu Selangor
Fungsi Fungsi utama Koperasi ialah Pengguna Aktiviti mewujudkan
pasaraya, pasar mini, kantin sekolah, restoran, kedai buku dan
lain-lain. menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman,
penternakan, perikanan, bioteknologi dan industri asas tani;
menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan
membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa,
mencagar, memajak, mengadai dan memiliki harta alih dan harta tak
alih; melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan;
mengadakan subsidiari dengan kelulusan Suruhanjaya; menyertai
usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain;
mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat
agung.Kelayakan Menjadi Anggota Keanggotaan Koperasi ini terbuka
kepada mana-mana individu yang menjadi waris mutlak, iaitu anak
kepada pasangan Allahyarham Haji Abdul Mohid Bin Haji Mohd Aris
(No. KP: 0537066) dan Allahyarhamah Hajjah Majenah Binti Saari (No.
KP: 0537067), pasangan kepada waris mutlak tersebut, keturunan
mereka, pasangan kepada keturunan mereka dan saudara-mara kepada
pasangan keturunan mereka; warganegara Malaysia; telah mencapai
umur lapan belas tahun; bermastautin atau mempunyai hartanah atau
bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan bukan seorang yang
terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang
boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah
dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu
tahun. Fi Masuk setiap permohonan untuk menjadi anggota hendaklah
disertakan dengan Fi masuk sebanyak RM10.00 Modal Syer setiap
anggota hendaklah melanggan RM100.00 syer sebagai sumbangan minimum
dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
penerimaannya sebagai anggota.Tahun Kewangan tahun kewangan
Koperasi ini bermula pada satu haribulan September dan berakhir
pada tiga puluh satu haribulan Ogos setiap tahun.
LAPORAN MESYUARAT AGUNG
MESYUARAT AGUNG PERMULAAN
PERKARA : Mesyuarat Agung Permulaan KoperasiTEMPAT : Galeri
Sementa, Batu 4, Jalan Kapar, Klang Selangor Darul EhsanTARIKH :
17hb Oktober 2009MASA : 02:00 petangGaleri Sementa
Hadir dalam mesyuarat Agung Permulaan ini ialah seramai 50 orang
bakal anggota, turut hadir ialah Pegawai SKM dari cawangan Klang
iaitu En Saiful Azhari dan En Mohamad Hishamuddin Kassim.
Majlis telah dipengerusikan oleh penganjur mesyuarat En Suhaimi
Bin Shahmin.
Keputusan dalam mesyuarat adalah seperti dibawah :- Ahli
Pengerusi Majlis
1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat : Mohd Azaly Bin Md Lazim
telah dilantik dengan sebulat suara untuk mempengerusikan mesyuarat
ini atas cadangan Azhar Bin Ishak yang disokong oleh Mohd Azham Bin
Mohd Lazim.
2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi : Tujuan Koperasi ini
ditubuhkan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dikendalikan olehnya
telah diterangkan kepada mesyuarat oleh Mohd Azaly Bin Md Lazim.
Berikutan itu atas cadangan Zamri Bin Saad yang disokong oleh
Saipul Bahri Bin Shahmin bersetuju dengan sebulat suara menubuhkan
sebuah kopreasi dengan tanggungan berhad yang dinamakan Koperasi
Keluarga Mohid Selangor Berhad.
3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi :Undang-undang kecil
Koperasi yang dicadangkan untuk dipakai bagi koperasi ini
sebagaimana yang telah dikelilingkan kepda bakal-bakal anggota
telah diterangkan oleh Mohd Azaly Bin Md Lazim atas cadangan mohd
Azham Bin Mohd Lazim yang disokong oleh Azidah Binti Md Lazim,
mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima Undang-undang Kecil
Koperasi itu dengan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagaimana
diperuntukkan didalamnya.
4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi : Atas cadangan
Saipul Bahri Bin Shahmin yang disokong oleh Mazalan Bin Rajang
mesyuarat bersetuju sebulat suara membuat permohonan kepada
Suruhanjaya bagi didaftarkan Koperasi ini dan Undang-undang
Kecilnya.
5. Membentang dan Meluluskan Belanjawan : Bagi tujuan melicinkan
pengurusan dan pentadbiran koperasi ini, atas cadangan Suhaimi Bin
Shahmin dan disokong oleh Mazalan Bin Rajang, mesyuarat bersetuju
meluluskan belanjawan berjumlah RM200 ribu.
6.Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi : Atas cadangan
Saipul Bahri Bin Shahmin yang disokong oleh Badrul Hisham Bin
Shahmin, mesyuarat bersetuju meluluskan had maksimum keterhutangan
koperasi ini sebanyak RM30 juta.
7. Meluluskan Perlantikan Panel Juruaudit Luar : Atas cadangan
Mazalan Bin Rajang yang disokong oleh Masniwati Binti Shahmin,
mesyuarat bersetuju sebulat suara meluluskan satu panel juruaudit
luar iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
8. Pemilihan Anggota Lembaga : Mesyuarat dengan sebulat suara
bersetuju memilih nama-nama berikut menganggotai Lembaga Koperasi
ini dan memberi kuasa menandatangani permohonan untuk mendaftarkan
Koperasi Keluarga Mohid Selangor berhad dan Undang-undang Kecilnya
:-- Mohd Amin Bin Ali- Mahmod Khairi Bin Shahmin- Mohamad johari
Bin Shahmin- Saipul Bahri Bin Shahmin- Badrulhisham Bin Shahmin-
Mohd Azham Bin Mohd Lazim- Mohd Azaly bin Md Lazim- Suhaimi Bin
Shahmin- Nor Azita Binti Md Lazim- Zamri Bin Saad- Badrulzaman Bin
Shahmin- Azhar Bin Ishak
Barisan Anggota Yang Akan Meneraju Koperasi Keluarga Mohid
Selangor Berhad dari kiri Suhaimi Bin Shahmin, Badrul Hisham Bin
Shahmin, Azhar Bin Ishak, Mohd Azaly Bin Md Lazim, Mohd Amin Bin
Ali, Nor Azita Bt Md Lazim, Mahmod Khairi Bin Shahmin, Mohamad
Johari Bin Shahmin, Saipul Bahri Bin Shahmin dan Zamri Bin
Saad.
9. Fungsi Koperasi :Fungsi utama Koperasi Keluarga Mohid
Selangor Berhad ialah Pengguna. Namun begitu, fungsi dan matlamat
utama akan di kembangkan lagi untuk meningkatkan kepentingan
ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad juga merancang untuk
memasuki arena perniagaan didalam dan luar negara bagi memacu
koperasi menjadi kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing dan
progresif.Majlis memotong kek sempena perasmian penubuhan Koperasi
Keluarga Mohid Selangor Berhad dari kiri Pauziyah Bt Abdul Manap,
Ismail Bin Abdul Muid, Asmah Bt Abdul Muit, Shahmin Bin Abd Aziz,
Mohd Amin Bin Ali, Jalimah Bt Abd Mohid dan Jaliyah Bt Abdul
Muhit.
MISI
Mewujudkan anggota yang berkualiti dan bertanggugjawab.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian dan
pulangan kepada pelaburan dengan adil dan saksama.
Memperkukuhkan dan memantapkan sistem perakaunan dan kewangan
bagi meningkatkan pendapatan dan meminima kos perbelanjaan.
Memperkukuhkan aktiviti pelaburan bagi meningkatkan pendapatan
dan pulangan.
Mewujudkan sumber manusia yang berkualiti dan
berprofessionalisma tinggi dalam suasana pekerjaan yang
harmoni.
Menawarkan mutu barangan yang tinggi mengikut citarasa pelanggan
dan memberi perkhidmatan yang memuaskan.
Bertanggungjawab kepada pembangunan sosio ekonomi demi
kesejahteraan masyarakat.
VISI
Kearah sebuah organisasi yang memperjuangkan ekonomi Keluarga
berteraskan Islam , mengutamakan kualiti dan kukuh dalam aspek
keanggotaan, kewangan, pelaburan dan sumber manusia.
Momentum keyakinan komitmen berterusan Optimis dengan hala tuju
memenuhi harapan Hidup maju berwawasan Iltizam, adil dan beramanah
Darah keturunan yang bermaruah
MAKLUMAT KOPERASI
Nama KoperasiNo. Pendaftaran KoperasiTarikh PenubuhanAlamat
Berdaftar
No. TelefonNo. FaxEmailLaman WebEquitiBankJumlah AnggotaFungsi
UtamaKawasan Operasi: Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad:
B-4-0782: 4 haribulan Februari 2010: No 91A, Jalan Cokmar 1,
Mutiara Bukit Raja,Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor Darul
Ehsan: 03-33433715: 03-33422715: [email protected]:
http://www.mohids.com: 100% Bumiputera: CIMB Islamic: 50 orang:
Pengguna: Negeri Selangor Kecuali Daerah Hulu Selangor