SEJARAH AWAL BOLA
Manusia bermain bola sejak beribu-ribu tahun dahulu, dipercayai
bahawa orang-orang Indian Amerika Selatan telah mencipta bola
elestik yang pertama ribuan tahun dahulu.
Berdasarkan sejarah, bola dahulu diperbuat daripada kulit
haiwan, pundi haiwan ataupun tengkorak manusia,menurut lagenda pada
zaman pertengahan dahulu sebilangan penduduk kampung akan menendang
tengkorak disepanjang laluan ke kampung yang bersebelahan kemudian
menendang masuk ke dalam kotak di kampung berkenan, tindakan itu
akan dibalas dengan cara yang sama oleh kampung yang
bersebelahan.
Semasa dinasti Ts'in dan Han Dynasties (255 BC-220 AD),
orang-orang cina bermain 'tsu chu' iaitu permainan bola yang mana
bola diperbuat dari kulit haiwan, mereka menjaringkan gol melalui
jaring yang diikat antara dua tiang.
Orang Greek dan Roman juga bermain bola sejak ribuan tahun
dahulu, mereka menggunakan kaki atau membawa dengan tangan.
Sejarah Bola Getah
Pada tahun 1855 Charles Goodyear mencipta bola getah pertama
yang boleh dikembungkan, gambar menunjukkan bola ciptaan beliau di
National Soccer Hall of Fame, Oneonta, NY, USA.The First World Cup
Soccer Ball
Uruguay 1930 : "Tiento"
Gambar menunjukkan "Tiento" salah satu daripada dua bola yang
digunakan pada final piala dunia yang pertama, bola ini diambil
dari pasukan Uruguay. Perlawanan akhir piala dunia 1930 menemukan
Argentina dan Uruguay, pada mulanya mereka tidak dapat memutuskan
untuk mengunakan bola siapa terlebih dahulu,jadi mereka bersepakat
untuk mengunakan bola dari pasukan Argentina pada separuh masa
pertama dan seterusnya mengunakan bola dari pasukan Uruguay pada
separuh masa kedua. Argentina mendahului dengan 2-1 pada separuh
masa pertama, tapi pada separuh masa kedua kemenangan berpihak
kepada Uruguay 4-2 dengan mengunakan bola mereka.
UNDANG-UNDANG BOLA SEPAKUNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN
Permukaan Padang1) Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan
semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan.2) Warna
permukaan artifisal mesti berwarna hijau.3) Bagi permukaan
semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan
antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung
dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa,
permukaannya mesti memenuhi kehendak FIFA Quality Concept for
Artificial Turf atau International Artificial Turf Standard kecuali
persetujuan khas diberi oleh FIFA.
Tanda-tanda Padang1) Padang permainan mestilah berbentuk segi
empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah
sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.2) Dua
garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang
pendek adalah garisan gol.3) Padang permainan dibahagikan kepada
dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan
antara dua garisan tepi.4) Pusat padang hendaklah ditanda di
pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10
ela) ditanda mengelilinginya.5) Semua garisan tidak melebihi 12
sentimeter (5 inci) lebarnya.Ukuran
1) Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.2)
Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) dan maksimum 120m
(130 ela).
3) Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela dan maksimum 90m
(100 ela).
4) Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12
sentimeter (5 inci) lebarnya.
Perlawanan Antarabangsa1) Panjang: minimum 100m (110 ela)
maksimum 110m (120 ela).
2) Lebar: minimum 64m (70 ela) dan maksimum 75m (80 ela).
Kawasan Gol1) Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan
gol, 5.5 meter(6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol.
Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh
5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan
garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan
garisan gol ialah kawasan gol.
Kawasan Penalti1) Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan
garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang
gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang
permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu
garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh
garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.2) Di
dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12
ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan
sama jarak darinya. 3) Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela)
dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.
Tiang Bendera1) Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5
meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera
ditempatkan pada setiap penjuru.2) Tiang bendera boleh juga
ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1
meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang
bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.
Tiang dan Palang Gol1) Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di
pertengahan setiap garisan gol.Ianya mengandungi dua tiang tegak
yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di
bahagian atasnya dengan palang melintang.2) Jarak di antara
tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian
bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).3) Kedua-dua
tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu
tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya
dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan
bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan
sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol.4) Tiang dan palang gol
mesti berwarna putih.
Keselamatan
Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh
ubah dibenar digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.
Padang Permainan
Bendera Penjuru
Ukuran Metrik
Ukuran Imperial
Petunjuk:I. the field of play padang permainan
II. goal line garisan gol
III. goal area kawasan gol
IV. penalty mark tanda penalty
V. penalty area kawasan penalty
VI. penalty arc lengkuk penalty
VII. halfway line garisan tengah
VIII. touch line garisan tepi
IX. centre mark pusat padang
X. corner flag post tiang bendera penjuru
XI. corner arc lengkuk penjuru
XII. flag post optional tiang bendera tidak wajib
XIII. compulsory wajibUNDANG-UNDANG 2 BOLA
Kualiti dan Ukuran Bola1) berbentuk sfera2) diperbuat daripada
kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai3) lilitannya tidak lebih
dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)4)
beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410
g (14 auns) pada permulaan permainan.5) tekanan udara bersamaan
dengan 0.6 1.1 atmosfera (600 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5
paun/in2 15.6 paun/in2).
Penggantian Bola yang Rosak
Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:1) perlawanan
diberhentikan2) perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di
tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang
8-Keadaan Tertentu).
Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak
mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan
penalti atau lontaran ke dalam:1) perlawanan dimulakan semula
seperti sepatutnya.
Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran
Pengadil.
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola
untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah
kawlan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari
berikut:
Logo the official FIFA APPROVED
Logo the offi cial FIFA INSPECTED
Logo the INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD
Logo sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji
dengan rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi
teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan
minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan
khusus kepda setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B.
Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk
kepada kelulusan FIFA.
Pertandingan ahli-ahli gabungan juga boleh menetapkan kegunaan
bola yang mempunyai mana-mana satu dari tiga logo ini.Keputusan
2
Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan
pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang
iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang
pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat
yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan
bilangan tanda-tanda tersebut.UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN
Pemain-pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan
mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi
penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu
dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.
Perlawanan-perlawanan RasmiSehingga maksimum tiga pengganti
boleh digunakan di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan
di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan.
Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang
boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.
Perlawanan-perlawanan Lain
Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam
pengganti boleh digunakan.
Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar
boleh digunakan dengan syarat:1) Pasukan-pasukan berkenaan mencapai
persetujuan tentang bilangan maksimumnya;2) Pengadil diberitahu
sebelum perlawananJika pengadil tidak diberitahu, atau tiada
persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam
penggantian dibenarkan.
Semua Perlawanan
Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan
kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak
dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan
tersebut.
Prosedur Penggantian
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat
berikut mestilah dipatuhi:1) pengadil diberitahu sebelum sebarang
cadangan penggantian dibuat.2) pengganti hanya masuk setelah pemain
yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari
Pengadil.3) pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan
padang dan semasa pemberhentian permainan.4) penggantian adalah
sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan.5) dari
masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu
tamat menjadi pemain.6) seorang pemain yang telah digantikan tidak
boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya.7)
semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil,
sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak.Pertukaran Penjaga
Gol
Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol,
dengan syarat:1) pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.2)
pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.
Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang
permainan tanpa kebenaran pengadil:1) permainan diberhentikan
(walaupun permainan tidak diberhentikan dengan segera, jika
pengganti tidak mengganggu permainan)2) pengadil berikan amaran
kepada kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan dia keluar
dari padang.3) jika pengadil telah memberhentikan permainan,
permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di
tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma)
Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran
Pengadil sebelum pertukaran dibuat:1) permainan diteruskan.2)
pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning
sebaik saja bola di luar permainan.
Untuk kesalahan-kesalahan lain:1) pemain-pemain berkenaan diberi
amaran dan ditunjuk kad kuning.2) permainan dimulakan semula dengan
sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola
berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan Sepakan Percuma)
Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar
Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan
permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari
pengganti-pengganti yang dinamakan.
Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada
sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak
boleh digantikan.
UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN
Keselamatan
Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang
peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain
lain (termasuk apa jua barang kemas).
Peralatan Asas
Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah:1)
jersi atau baju berlengan Jika pakaian dalaman digunakan, warna
lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi atau
baju. 2) seluar pendek jika seluar pendek thermal digunakan,
warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya.3)
stoking
4) alas kaki5) Shinguard6) dilitupi keseluruhannya oleh
stokin.7) dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta
sesuai 8) boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah.
Warna
Kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan
pasukannya dan juga Pengadil dan Penolong Pengadil.setiap penjaga
gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari
pemain-pemain lain, Pengadil dan Penolong Pengadil.
Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Untuk Pelanggaran Undang-undang ini:1) permainan tidak perlu
diberhentikan.2) pemain yang bersalah diarah keluar oleh Pengadil
untuk membetulkan peralatannya.3) pemain tersebut perlu keluar
padang sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah
membetulkan peralatannya sebelum itu.4) pemain yang dikehendaki
keluar padang untuk membetulkan peralatannya tidak dibenarkan masuk
semula tanpa kebenaran Pengadil.5) pengadil akan memeriksa
peralatan pemain sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang.6)
pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar
permainan.
Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana
kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula)
padang tanpa kebenaran Pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad
kuning.
Memulakan Semula PermainanJika permainan diberhentikan oleh
Pengadil untuk memberi amaran:
perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus
oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa Pengadil
memberhentikan permainan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan
Percuma).
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang
mengandungi slogan atau pengiklanan. Peralatan asas yang wajib
mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik, agama atau
peribadi.
Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau
pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan.
Pasukan pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya
mengandungi kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil
tindakan oleh Penganjur Pertandingan atau FIFA.
UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL
Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa
penuh untuk menguatkuasa Undang-undang Permainan berkaitan dengan
perlawanan yang dia ditugaskan.
Kuasa dan TugasPengadil:
1) menguatkuasakan Undang-undang Permainan2) mengawal perlawanan
dengan kerjasama Penolong-penolong Pengadil dan di mana berkaitan
dengan Pegawai Keempat.3) memastikan mana-mana bola yang digunakan
memenuhi syarat-syarat Undang-undang 2.4) memastikan peralatan
pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4.5) bertindak sebagai
penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.6) mempunyai budi
bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan
untuk sebarang pelanggaran Undang-undang.7) memberhenti, menangguh
atau menamatkan perlawanan kerana sebarang bentuk gangguan luar.8)
berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain
cedera parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang
permainan.9) meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan,
jika pada pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan.10)
memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang
permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima
isyarat dari Pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu
telah berhenti.11) meneruskan permainan apabila pasukan yang mana
kesalahan dilakukan ke atasnya akan memperolehi advantej dari
situasi itu dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang
dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.12) menghukum kesalahan
yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu kesalahan
pada masa yang sama.13) mengambil tindakan disiplin ke atas pemain
kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar. Dia tidak perlu
mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian
sebaik saja bola di luar permainan.14) mengambil tindakan ke atas
pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak bertanggungjawab dan
mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari padang permainan
dan kawasan sekitarnya.15) bertindak atas nasihat Penolong-penolong
Pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya.16) jangan
membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang
permainan.17) mulakan semula permainan setelah ianya
diberhentikan.18) mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan
laporan perlawanan yang mengandungi maklumat tentang tindakan
disiplin diambil ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan
insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas
perlawanan.
Keputusan Pengadil
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang
berkaitan dengan permainan adalah muktamad.
Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari
kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat
Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan
semula atau menamatkan perlawanan itu.
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Seorang Pengadil (atau jika berkaitan, Penolong Pengadil atau
Pegawai Keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana:
sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau
penontonsebarang kerosakan ke atas harta benda sebarang kerugian
yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan
serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya
berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur
biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan
sesuatu perlawanan.
Keputusan ini meliputi:1) keputusan tentang keadaan padang
permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang boleh atau
tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan.2) keputusan
untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab.3)
keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang
digunakan semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol,
tiang penjuru atau juga bola.4) keputusan untuk memberhentikan atau
tidak memberhentikan permainan kerana gangguan penonton atau
sebarang masalah di dalam kawasan penonton.5) keputusan untuk
memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk
membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk
rawatan.6) keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang
cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.7) keputusan
untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai
kelengkapan atau alat tertentu8) keputusan (selagi itu menjadi
tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesiapa
jua (termasuk pasukan atau pegawai-pegawai stadium, pegawai-pegawai
keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di
persekitaran kawasan padang permainan.9) sebarang keputusan lain
yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam
menjalankan tugasnya untuk mematuhi syarat-syarat FIFA, Konfederasi
Persatuan Kebangsaan atau Liga atau Peraturan-peraturan di bawah
mana perlawanan itu dimainkan.
Keputusan 2
Untuk kejohanan atau pertandingan di mana seorang Pegawai
Keempat dilantik, peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis
panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak
Antarabangsa, yang terkandung di dalam publikasi ini. UNDANG-UNDANG
6 PENOLONG PENGADIL
Tugas-tugas
Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk
kepada keputusan Pengadil, ialah untuk memberi isyarat:1) Apabila
keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan.2) Pasukan mana
yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke
dalam.3) Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di
kedudukan ofsaid.4) Apabila ada permintaan untuk penggantian.5)
Apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan
Pengadil.6) Apabila kesalahan dilakukan di mana Penolong Pengadil
lebih hampir dengan insiden dari Pengadil (ini termasuk, dalam
keadaan-keadaan tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam
kawasan penalti).7) Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol
telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah
melintasi garisan itu.
Bantuan
Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal
perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka
boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15
meter.
Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak
sepatutnya Pengadil boleh melucutkan Penolong Pengadil itu dari
tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.
UNDANG-UNDANG 7 JANGKAMASA PERMAINAN
Tempoh Permainan
Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang
sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara
Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang
persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk
mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan
cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah
mematuhi Peraturan Pertandingan.
Rehat Separuh Masa-Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh
masa.-Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15
minit.Peruntukan Masa Terbuang
Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk
jumlah masa yang terbuang melalui: penggantian
menilai kecederaan pemain
mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk
rawatan
membuang masa
sebab-sebab lain
Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara
Pengadil.
Sepakan PenaltiJika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau
dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian
adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.
Pembatalan PerlawananPerlawanan yang dibatalkan akan dimainkan
semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.
UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN
Pra Perlawanan1) Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang
menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada
separuh masa pertama.2) Pasukan lawannya akan membuat sepak mula
untuk permulaan perlawanan.3) Pasukan yang menang lentingan syiling
akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan.4)
Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar
tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.
Sepak Mula
Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan
semula permainan.1) pada permulaan perlawanan2) selepas gol
dijaringkan3) pada permulaan separuh masa kedua4) pada permulaan
setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)
Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.Prosedur
1) semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri.2) pihak
lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada
sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di
dalam permainan.3) bola diletak tidak bergerak di tanda tengah.4)
Pengadil memberi isyarat.5) bola dikira dalam permainan sebaik saja
ia disepak dan bergerak ke hadapan.6) penyepak tidak boleh
memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh
pemain lain.
Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat
oleh pihak lawannya.
Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh
pemain lain:-sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan
yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan Sepakan Percuma).
Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:
-sepak mula dibuat semula
Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan
selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam
permainan, untuk apa jua sebab yang tidak disebut di mana-mana
bahagian Undang-undang Permainan.
Prosedur
Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa
permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan
sementara di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di
atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat
paling hampir di mana bola berada semasa permainan
diberhentikan.
Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.
Kesalahan dan Hukuman
Bola dijatuhkan semula jika;1) disentuh oleh pemain sebelum ia
mencecah tanah2) terkeluar dari padang permainan setelah ia
mencecah tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.
UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN
Bola di luar permainan
Bola berada di luar permainan apabila:1) keseluruhannya telah
melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di
udara.2) permainan telah diberhentikan oleh Pengadil.
Bola di dalam permainan
Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila:1) ia
melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan
berada di dalam padang permainan.2) ia melantun dari pengadil atau
penolong pengadil ketika mereka berada di dalam padang
permainan.
UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN
Jaringan Gol
Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol,
di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat
tiada pelanggaran Undang-undang Permainan dilakukan sebelum itu
oleh pasukan yang menjaringkan gol.
Pasukan Menang
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa
perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan
bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan
dikira seri.
Peraturan-peraturan PertandinganApabila peraturan-peraturan
pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang
setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut, yang
telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan
1) Jaringan gol di tempat lawan2) Masa tambahan;3) Sepakan dari
tanda penalti.
UNDANG-UNDANG 11 OFSAID
Kedudukan Ofsaid
Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di
kedudukan ofsaid.Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid
jika:-berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola
dan pemain lawan yang kedua terakhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:1) berada di
kawasan padang permainannya sendiriatau2) berada separas dengan
pemain lawan yang kedua terakhir atau3) dia berada separas dengan
dua pemain lawan terakhir
Kesalahan
Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika
bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat
Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:1) mengganggu
permainan atau2) mengganggu pemain pihak lawan atau3) memperoleh
keuntungan dengan berada di kedudukan ituTiada KesalahanOfsaid
tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:1) sepakan gol2)
lontaran ke dalam 3) sepakan penjuru
Pelanggaran dan Hukuman
Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma
tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana
kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan
Percuma)
UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK
BERSOPAN
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum
seperti berikut:
Sepakan Percuma TerusSepakan percuma terus diberi kepada pasukan
pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh
kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh Pengadil sebagai
cuai, gegabah atau melibatkan daya yang berlebihan:
1) menendang atau cuba menendang pemain lawan2) membentes atau
cuba membentes pemain lawan3) menerjah ke pemain lawan4) merempuh
pemain lawan5) memukul atau cuba memukul pemain lawan6) menolak
pemain lawan7) menakel pemain lawan
Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika
seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:1)
memegang pemain lawan2) meludah pemain lawan3) memegang bola dengan
sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan
penaltinya)
Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku. (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma)Sepakan Penalti
Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di
atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya,
tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola itu berada di
dalam permainan.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika
penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari
empat kesalahan berikut:1) mengambil lebih dari enam saat semasa
mengawal bola dengan tangannya sebelum melepaskan dari
kawalannya.2) memegang bola semula dengan tangan setelah bola
dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain.3)
menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh
rakan kepadanya.
4) memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari
lontaran ke dalam oleh rakannya.
Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan
jika seorang pemain, pada pendapat Pengadil:1) bermain dengan cara
yang berbahaya2) menyekat pergerakan pemain lawan3) menghalang
penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya4) melakukan
kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang mana
permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar
pemain.
Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan
Percuma)Tindakan Disiplin Kad kuning ditunjukkan kepada pemain atau
pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi
amaran Kad merah ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti
atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar. Hanya
pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan saja
boleh ditunjukkan kad merah dan ditunjukkan kad kuning. Pengadil
berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke
padang permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas
tiupan wisel penamat.
Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar,
di dalam di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap
pemain lawan, rakannya, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang
lain, dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang
dilakukan.
Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan
salah satu dari tujuh kesalahan berikut: bersalah kerana kelakuan
tidak bersemangat sukan membantah dengan perkataan atau perbuatan
sentiasa melanggar Undang-undang Permainan melambat-lambat
memulakan semula permainan gagal beredar ke jarak yang dikehendaki
apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru atau
sepakan percuma atau lontaran ke dalam masuk atau masuk semula
padang permainan tanpa kebenaran Pengadil dengan sengaja
meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil
Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan
ditunjukkan kad kuning jika melakukan salah satu dari tiga
kesalahan berikut: bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
membantah dengan perkataan atau perbuatan melambat-lambat memulakan
semula permainan
Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar
Pemain diperintah keluar dan ditunjukkan kad merah jika dia
melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut: bersalah kerana
bermain dengan amat kasar. bersalah kerana berkelakuan ganas.
meludah pemain lawan atau orang lain. menggagalkan jaringan gol
pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan
sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang
berada di dalam kawasan penalti sendiri). menggagalkan peluang
jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang menuju ke arah
gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan
sepakan percuma atau sepakan penalty. menggunakan bahasa yang
menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan/atau
geraklaku. menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.
Pemain yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran
padang permainan dan kawasan teknikal.
UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA
Jenis-jenis Sepakan Percuma Sepakan percuma adalah sama ada
terus atau tidak terus. Sepakan Percuma Terus
Bola Masuk ke Gol jika dari sepakan percuma terus, bola disepak
terus ke dalam gol lawan, gol dikira. jika dari sepakan percuma
terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru
diberi kepada pasukan lawan.
Sepakan Percuma Tidak Terus
IsyaratPengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan
mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas. Dia mengekalkan
kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola
disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari permainan.
Bola Masuk ke Gol Jaringan gol dikira hanya jika bola disentuh
oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol. Jika dari sepakan
percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan,
sepakan gol diberi. jika dari sepakan percuma tidak terus bola
disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada
pasukan lawan.Prosedur
Untuk kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah
statik apabila dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk
kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain. Kedudukan
Sepakan Percuma Sepakan Percuma Di Dalam Kawasan Penalti
Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan.
semua pemain pihak lawan berada sekurang 9.15 m (10 ela) dari
bola.
semua pemain pihak lawan berada di luar kawasan penalti sehingga
bola di dalam permainan. bola dikira dalam permainan sebaik saja
ianya disepak terus melepasi kawasan penalti.
sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat
dari mana-mana tempat di dalam kawasan itu.
Sepakan percuma tidak terus untuk pasukan menyerang: semua
pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari
bola sehingga bola di dalam permainan, kecuali mereka berada di
atas garisan gol di antara tiang-tiang gol bola dikira dalam
permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak sepakan percuma
tidak terus yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari
atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol, ditempat
yang paling hampir di mana kesalahan berlaku.
Sepakan Percuma Di Luar Kawasan Penalti semua pemain pihak lawan
berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola
di dalam permainan. bola dikira di dalam permainan sebaik saja
ianya disepak dan bergerak sepakan percuma adalah dibuat di tempat
kesalahan berlaku atau di tempat bola berada apabila kesalahan
berlaku (mengikut kesalahan)
Pelanggaran dan Hukuman
Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada
hampir dengan bola dari jarak yang dikehendaki: sepakan dibuat
semula
Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam
kawasan penaltinya, bola tidak disepak terus ke dalam permainan:
sepakan dibuat semula
Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada
penjaga golJika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak
menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum bola
dimainkan oleh pemain lain.
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan,
sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang
13 Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan
sengaja memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh
oleh pemain lain
sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu
dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti diberi jika kesalahan
berlaku di dalam kawasan penalti penyepak. Sepakan percuma yang
dibuat oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol
menyentuh bola itu kali kedua (kecuali dengan tangannya), sebelum
bola disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus diberi
kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan
berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol dengan
sengaja memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh
oleh pemain lain:
sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan
berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan ). sepakan
percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan
berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan ).
UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI
Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah
satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma
terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam
permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.
Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan
dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa
tambahan.
Posisi Bola dan Pemain-pemain
Bola: mesti diletakkan di tanda penalti.
Pemain yang membuat sepakan penalti: mesti dikenal pastiPenjaga
gol bertahan: mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak,
di antara tiang-tiang gol sehingga bola disepak
Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti: di dalam
padang permainan di luar kawasan penalti di belakang tanda penalti
sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari tanda penaltiProsedur
Pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat setelah
semua pemain berada di tempat menurut Undang-undang Pemain yang
membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan dia mesti
tidak memainkan bola kali kedua sehingga bola disentuh oleh pemain
lain bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke
hadapan
Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau
masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk
membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol
adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan
di bawah palang gol: bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol
dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol
Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah
disempurnakanUNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM
Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula
permainan.
Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang
akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi
garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara
Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.
Prosedur
Semasa melontar bola ke dalam, pelontar:1) menghadap ke padang
permainan2) sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi
atau di luar garisan tepi3) menggunakan kedua-dua tangannya4)
melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya5) melontar
dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi ituSemua pemain
lawan mesti berada tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di mana
lontaran ke dalam itu dibuat.
Bola dikira di dalam permainan sebaik saja ia masuk ke dalam
padang permainan.Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh
bola sekali lagi sehingga ianya telah disentuh oleh pemain
lain.
UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL
Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula
permainan.Sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola yang
akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang, melintasi
garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak
dijaringkan mengikut Undang-undang 10.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya
terhadap gol pasukan lawan.
Prosedur1. Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan
gol oleh pemain pasukan bertahan2. Semua pemain lawan berada di
luar kawasan penalti sehingga bola berada di dalam permainan3.
Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya disentuh
oleh pemain lain4. Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya
disepak terus melepasi kawasan penaltiPelanggaran dan Hukuman
Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti: sepakan
dibuat semulaSepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada
penjaga golJika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak
menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya
disentuh oleh pemain lain:
-sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan
dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan
sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain.
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan
dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam
kawasan penalti penyepak itu.UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU
Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula
permainan.
Sepakan penjuru diberi apabila keseluruhan bola, yang akhir
sekali disentuh oleh pemain bertahan, melintasi garisan gol, sama
ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut
Undang-undang 10.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya
terhadap gol pasukan lawan.
Prosedur
Bola mesti diletakkan di dalam lengkuk penjuru pada tiang
bendera penjuru terdekat.
Bendera penjuru mesti tidak boleh dialihkan Semua pemain lawan
mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga
bola berada di dalam permainan Bola mesti disepak oleh pemain
pasukan menyerang Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya
disepak dan bergerak Penyepak mesti tidak memainkan bola kali kedua
sehingga ianya telah disentuh oleh pemain lain
Pelanggaran dan Hukuman
Sepakan penjuru yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga
golJika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh
bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh
oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada
pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan
sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan
dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13
Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti adalah diberi jika
kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak ituPROSEDUR
UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN
Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan
dari tanda penalti adalah cara-cara untuk menentukan pasukan
pemenang di mana peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu
pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berakhir dengan
seri.
Jaringan Gol Di Tempat Lawan
Peraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana
pasukan-pasukan bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di
tempat lawan, dan jika jaringan gol adalah sama selepas perlawanan
kedua, maka gol yang dijaringkan di padang pasukan lawan akan
dikira berganda.
Masa Tambahan
Peraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian
tempoh masa yang sama, tiap-tiap sebahagian tidak melebihi 15 minit
untuk dimainkan. Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah
dipatuhi.
Sepakan Dari Tanda Penalti
Prosedur1. Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat.2. Pengadil
membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang
lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama
atau sepakan kedua.3. Pengadil membuat catatan berkaitan
sepakan-sepakan yang dibuat.4. Tertakluk kepada keadaan-keadaan
yang diterangkan di bawah, kedua-dua pasukan akan membuat lima
sepakan.5. Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan
itu.6. Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu
pasukan telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya
walaupun jika kedua-duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan
itu, maka sepakan dari tanda penalti itu tidak perlu diteruskan.7.
Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh
kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan,
sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah
satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan
setelah jumlah sepakan yang sama dibuat.8. Penjaga gol yang cedera
semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak berupaya untuk
meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh
pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat
bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan
pertandingan.9. Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain
yang berada di dalam padang permainan pada tamat perlawanan,
termasuk masa tambahan jika ada, dibenarkan membuat sepakan dari
tanda penalti itu.10. Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain
berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan
sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua.11.
Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga
gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti
dibuat.12. Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai
perlawanan dibenarkan berada di atas padang permainan semasa
sepakan dari tanda penalti dibuat.13. Semua pemain mestilah berada
di dalam bulatan tengah padang kecuali, pemain yang sedang membuat
sepakan dan kedua-dua penjaga gol.14. Penjaga gol yang sepasukan
dengan penyepak mesti berada di dalam padang permainan, di luar
kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang
bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.15. Kecuali
dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan
keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah dikuatkuasakan
semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.16. Apabila suatu pasukan
menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang lebih dari
pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan bilangan pemainnya
untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestilah memberitahu
Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan. 17. Sebelum
sepakan dari tanda penalti dibuat Pengadil hendaklah memastikan
kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di
dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang dikehendaki
membuat sepakan.
KAWASAN TEKNIKAL
Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan
yang lain, seperti saiz dan lokasinya, dan nota-nota berikut
dikeluarkan untuk panduan am. Kawasan teknikal menganjur keluar 1
meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat duduk khas dan menganjur
ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari garisan tepi. Adalah
digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini. Bilangan
orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal dinyatakan
di dalam peraturan pertandingan. Mereka yang berada di dalam
kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum permulaan perlawanan
selaras dengan peraturan pertandingan. Hanya seorang saja pada
satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan taktik dan dia mestilah
kembali ke tempatnya selepas memberi arahan tersebut. Jurulatih dan
pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan kawasan
teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau
doktor memasuki padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk
menilai kecederaan pemain.
Jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal
mestilah berkelakuan penuh tanggungjawab.
PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL SIMPANAN
1. Pegawai Keempat boleh dilantik di bawah peraturan
pertandingan dan menjalankan tugas jika salah seorang daripada tiga
pegawai perlawanan tidak dapat meneruskan tugasnya, kecuali seorang
penolong pengadil simpanan dilantik. Dia akan membantu Pengadil
pada setiap masa. 2. Sebelum pertandingan dimulakan, pengelola akan
menyatakan dengan jelasnya, jika Pengadil tidak dapat meneruskan
tugasnya, sama ada Pegawai Keempat mengambil alih tugas sebagai
Pengadil perlawanan atau sama ada Penolong Pengadil Kanan mengambil
alih sebagai Pengadil dengan Pegawai Keempat menjadi Penolong
Pengadil.3. Pegawai Keempat membantu tugas-tugas pentadbiran
sebelum, semasa dan selepas perlawanan seperti yang dikehendaki
oleh Pengadil.4. Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan
prosedur penggantian semasa perlawanan.5. Dia mempunyai kuasa untuk
memeriksa peralatan pemain gantian sebelum mereka masuk ke dalam
padang permainan. Jika peralatan mereka tidak mematuhi kehendak
Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu Pengadil.6. Dia
menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu
ditukarkan semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan
Pengadil, dengan itu mengurangkan kelewatan dengan kadar minimum.7.
Dia mesti memberi petunjuk kepada Pengadil jika ada pemain yang
tersalah diberi amaran kerana tersilap indentiti, atau apabila
pemain tidak diperintah keluar setelah kelihatan diberi kad kuning
kedua, atau apabila kelakuan ganas berlaku di luar penglihatan
Pengadil dan Penolong Pengadil. Walau bagaimanapun Pengadil masih
berkuasa untuk membuat keputusan di atas semua maklumat yang
berkaitan dengan permainan.8. Selepas perlawanan, Pegawai Keempat
mesti mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan
tentang sebarang salahlaku atau insiden lain yang Pengadil dan
Penolong Pengadil tidak melihatnya. Pegawai Keempat mestilah
menasihat Pengadil dan Penolong-penolongnya tentang sebarang
laporan yang dibuat.9. Dia mempunyai kuasa untuk memberitahu
Pengadil sebarang kelakuan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana
penghuni kawasan teknikal.10. Seorang penolong pengadil simpanan
boleh juga dilantik di bawah peraturan pertandingan. Tugasnya hanya
untuk mengambil alih tugas penolong pengadil yang tidak dapat
meneruskan tugasnya atau untuk mengganti pegawai keempat, seperti
diperlukan.
RUJUKAN
http://pengadilfam.blogspot.com/2009/01/angle-of-view.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peraturan_Perlawanan_%28bola_sepak%29http://www.slideshare.net/gtabbas/topik-1-bola-sepakhttp://www.harimaumalaya.com/forum/index.php?/topic/417-perbezaan-undang-undang-futsal-fifa-dan-amf/http://www.fifa.com/worldfootball/lawsofthegame.htmlhttp://en.wikipedia.org/wiki/Offside_%28association_football%29http://www.wordiq.com/definition/Offside_law_%28football%29REFLEKSI
Assalamualaikum,
Dalam ruangan refleksi ini,ingin saya berkongsi akan masalah
atau kesulitan yang telah saya hadapi semasa menyiapkan tugasan
ini.
Antara masalah yang saya hadapi ialah kekurangan bahan-bahan
rujukan bagi menyiapkan kerja kursus ini.Saya telah mencari segala
bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan Institut Perguruan Kota
Bharu,namun maklumat atau rujukan yang saya dapat masih lagi tidak
mencukupi kerana guru pelatih yang lain juga sibuk menyiapkan
tugasan yang sama seperti saya.
Melalui gerko bola sepak ini,saya telah mendapat pelbagai
manfaat yang cukup berharga untuk diri saya sebagai bakal seorang
guru. Segala ilmu terutamanya dalam bidang pengurusan telah saya
pelajari. InsyaALLAH segala ilmu ini akan saya manfaatkan apabila
bergelak nsebagai seorang guru kelak.
Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran dan kesungguhan yang
dizahirkan,dapat juga saya menyiapkan folio yang telah diberikan
dalam masa yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini,ingi saya
mengukapkan ribuan terima kasih kepada individu yang turut
menghulurkan kerjasama samada secara langsung ataupun tidak
langsung..
Sekian,terima kasih.
46