UITM CAWANGAN JOHOR Bil 2 / 2019 http://www.facebook.com/PKKUiTM/ http://careercounselling4u.uitm.edu.my Disediakan oleh Pn Suzainah Rahmat Kaunselor merupakan salah seorang Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Johor dan merangkap Penasihat kompeni Delta Kesatria UiTM Kampus Pasir Gudang. Pertama, Program Military Camp's Tour melibatkan para komander dari Persatuan Kompeni Delta UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dan komander dari UiTM Seremban 3 pada 22 & 23 Mac 2019. Program ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut: : 1. Menjalinkan hubungan silaturahim antara Komander UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dan Komander UiTM Seremban 3 dan Kampus Rembau. 2. Menambahkan pengetahuan para Komander dalam memahami dan menghayati tentang sejarah dan pengorbanan Tentera Malaysia,memupuk dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang sifat cinta akan Negara Terima Kasih kepada semua kakitangan Pihak Penganjur kerana memberi peluang kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang sebagai sukarelawan pertahanan untuk menabur bakti kepada Masyarakat. Program Kedua, tanggal 22 April 2019, Kursus Asas Pertahanan Diri (KAPD) melibatkan Ahli Persatuan Kompeni Delta Semestar 2 &4, iaitu Komander Kesatria Junior & Senior UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang . Program ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut : Pelajar UiTM Pasir Gudang dapat menguasai asas pertahanan diri sekiranya ditimpa situasi cemas. Dapat meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal serta mental para pelajar UiTM Pasir Gudang. Pelajar akan lebih peka dengan keadaan persekitaran yang boleh menyebabkan situasi cemas berlaku