25 KEKELIRUAN UMAT ISLAM DAN WARGA TENTERA TENTANG IDEOLOGI DAESH @ ISIS Naratif yang paling utama disebarkan oleh Daesh @ ISIS adalah berkenaan penegakan sebuah Khilafah Islamiyah. Daesh @ ISIS mengatakan bahawa umat Islam perlu menyokong perjuangan mereka untuk menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah dan sesiapa yang tidak berbaia’ah menyokong atau menyertai perjuangan mereka dikira berdosa serta menjadi murtad. Adakah perkara ini benar? Memahami naratif-naratif Daesh @ ISIS adalah perkara yang amat penting kerana inilah punca yang menyebabkan masih ada segelintir umat Islam dan anggota ATM cenderung menyokong atau bersimpati dengan perjuangan Daesh @ ISIS. Malah disebabkan ketidak fahaman serta kekeliruan umat Islam tentang naratif Daesh @ ISIS menyebabkan mereka menganggap bahawa perjuangan Daesh @ ISIS untuk menegakkan Khilafah Islamiyah itu sebagai satu tuntutan agama tanpa menyedari bahawa agama Islam hanyalah dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan, merekrut pengikut, menggalakkan umat Islam berhijrah ke Khilafah Islamiyah ciptaan mereka dan seterusnya mewajibkan umat Islam berbai’ah kepada Abu Bakar Al Baghdadi selaku Khalifah bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Polemik tentang Daulah Islamiyah atau Khilafah Islamiyah sebenarnya ber- punca dari penafsiran tentang doktrin dan usaha untuk mengaitkannya dengan realiti umat Islam kontemporari. Kedua-dua perkara ini yang mence- tuskan pelbagai konsep, pandangan, kaedah, matlamat serta gagasan yang hen- dak dibawa oleh pelbagai golongan yang menjadikan Islam sebagai asas perjuan- gan mereka. Bagi sesetengah ahli masyarakat, Islam adalah merupakan agama yang mengintergrasikan keseluruhan aspek kehidupan termasuklah kaedah berpolitik. Konsep Khilafah Islamiyah atau bentuk