AluanYang mulia Saudara Pengerusi;Yang dikasihi Yang Dipertua
DPN, Timbalannya dan anggota sekteriat DPN;Yang dimuliakan Timbalan
dan Naib-naib Presiden, barisan pimpinan JKP, Ketua Wanita, barisan
pimpinan Sayap Wanita IKRAM Pusat, ahli-ahli DPN, barisan pimpinan
Negeri-negeri dan Daerah-daerah dan para tetamu jemputan yang
dikasihi.Ikhwah dan akhwat yang mulia,
PendahuluanHari ini sekali lagi kita bertemu dalam Perhimpunan
Tahunan IKRAM (PTI) untuk kali keduanya. Perhimpunan ini
direncanakan agar semua ahli IKRAM, khususnya yang datang pada hari
ini dapat bermuayasyah, memperteguh ikatan ukhuwah, mempererat
hubungan perjuangan, mendengar perutusan-perutusan daripada barisan
pimpinan, pencerahan terhadap situasi perjuangan kita masa kini,
pencerahan terhadap beberapa isu yang memerlukan pertukaran
pandangan sesama kita untuk memahaminya dan kemudian menanganinya
dengan sebaik-baiknya.Kepada para tetamu jemputan yang hadir
bersama kita pada hari ini, kita mengharapkan dapat
meningkatkanengagement, perbincangan, bertukar-tukar pandangan dan
pengalaman dengan mereka, agar semua tetamu dapat memahami visi dan
misi IKRAM, ikut serta mendukung usaha-usaha IKRAM bagi
menjayakannya agar negara kita dapat diangkat menjadi sebuah Negara
Rahmah terhadap manusia sejagat dan dunia
Situasi dunia masa kiniAnalisis Global (politik, ekonomi,
ideologi dan sistem)Barat yang diterajui Amerika Syarikat (US) dan
dengan sikap membisu, mungkin juga persekongkolan kuasa-kuasa lain
dunia, dewasa ini terus melakukan kezaliman terhadap manusia dan
dunia, bertindak kejam, tetapi pada masa yang sama sedang
kebingungan dan sedang meraba-raba. Mereka pada hakikatnya perlu
kepada Islam untuk membantu mereka menyelamatkan diri lantaran
Islam berupaya membimbing mereka berhadapan dengan dunia dan
kehidupan, juga lantaran kedudukan umat Islam sebagai saksi, contoh
ikutan dan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap penghunia alam
semesta.Peradaban barat yang pernah menyinar dengan keindahan
penemuan-penemuan ilmiahnya masa lampau serta pernah menundukkan
dunia seluruhnya dengan hasil-hasil ciptaan ilmu-ilmu tersebut,
dewasa ini sedang bankrap, bahkan membunuh dirinya. Asas-asas
politiknya sedang dirobohkan oleh tindakan-tindakan kuku besi para
diktator. Asas-asas ekonominya sedang diranapkan pelbagai kemelut.
Asas-asas kemasyarakatannya sedang diruntuhkan oleh pelbagai
prinsip yang ganjil dan liar dan tentangan-tentangan yang meletus
di pelbagai tempat. Ia menyebabkan manusia kebingungan dan tersesat
jalan dalam upaya untuk mengatasinya.Imam Hasan al-Banna
Senario GlobalSenario global masa kini memberikan gambaran
menyeluruh terhadap perkembangan dunia khususnya alam Islam serta
pencerahan tentang di manakah umat Islam dalam menterjemahkan
konsep rahmah yang menjadi harapan kita semua. Mungkin
peristiwa-peristiwa di Timur Tengah boleh dijadikan titik tolak
penilaian lantaran ia menjadi tumpuan dan fokus seluruh masyarakat
antarabangsa. Tafsiran-tafsiran yang seringkali tidak jujur dan
berat sebelah mendapat tempat istimewa dan popular di dada akhbar
arus perdana dan saluran penyiaran media gergasi barat yang cuba
mencorakkan pandangan masyarakat antarabangsa. Media barat ini
sekarang telah dicabar oleh saluran media bebas dan
wartawan-wartawan amatur yang diperkasakan dengan kemudahan
teknologi maklumat yang canggih yang telah berjaya menghidangkan
liputan yang lebih seimbang serta memaparkan realiti yang berlaku
di lapangan pada saat atau waktu kejadian.Keadaan ini memberi
kelebihan kepada umat Islam. Ia menjadi pemangkin kepada beberapa
perubahan utama yang positif sejak sekurang-kurangnya suku abad
yang lalu, ketika mana umat Islam di Asia Barat telah diadu domba
dan dipecah perintah sehingga wujud sempadan-sempadan antarabangsa
tanpa sebarang kewajaran sedikit pun demi memisahkan umat Arab
kepada negara-negara bangsa yang celaru identiti. Surat menyurat
(Syarif) Hussein McMahon (1914-15), Persetujuan Sykes-Picot (1916),
Perjanjian Paris (1919) dan Mandat British ke atas Palestin (1922)
adalah antara perjanjian yang membelenggu bangsa Arab di luar
kehendak mereka. Pemecahan dan peminggiran umat Arab adalah batu
asas kepada tegaknya negara haram Israel yang sempurna
pengisytiharannya pada tahun 1948. Perancangan Imperialis barat
berterusan dari British-Peranchis kepada US-Soviet pada pasca
perang Dunia ke Dua sehinggalah pada tahun 1980an apabila seluruh
Dunia Islam dari Afrika Utara sehingga Teluk Farsi dipantau oleh
kuasa unipolar US. Perubahan lanskap politik dan dinamika
perimbangan kuasa ini boleh dibahagikan kepada tiga fasa.Fasa
pertama ditandakan oleh keadaan yang bergolak sejak 1980 dari
Perang Iran-Iraq, campur tangan langsung US di Lubnan, Serangan
Iraq ke atas Kuwait, OperasiDesert Storm,tuduhan ke atas Iraq
memiliki WMD(weapons of mass destruction), sekatan ekonomi ke atas
Iraq, pencerobohan ke atas Iraq, serangan ke atas WTC (World Trade
Centre,US) dan pencerobohan US ke atas Afghanistan adalah dinamika
yang disusun atur oleh US untuk menghalang mana-mana unsur yang
boleh menggugat kestabilan Asia Barat yang akan menjejaskan
kepentingan strategik US yang paling utama iaitu Israel.Fasa kedua
menyaksikan perubahan yang memberi harapan baru kepada perjuangan
pembebasan Palestin. Intifadah yang berlaku pada Disember 1987
benar-benar memerangkap Israel dalam keadaan luar jangka. Buat
pertama kali, penentangan rakyat Palestin berlaku dalam bentuk
gelombang kebangkitan massa yang dipelopori oleh rakyat Palestin
termasuk wanita dan kanak-kanak. Israel terpaksa berdepan dengan
keberanian rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu. Intifadah
ini merupakani inisiatif yang direbut oleh HAMAS pada saat yang
tepat sehingga memaksa Israel mencari rakan perdamaian/perundingan
pada Fatah (fraksi terbesar PLO) sekali gus merubah persamaan
perjuangan antara pejuang-pejuang Palestin.Keadaan ini telah
memaksa Amerika membuat eksperimen berisiko iaitu melaksanakan
program demokrasi yang julung kali diadakan di Asia Barat ekoran
kegagalannya di Algeria. Pilihan raya legislatif yang pertama di
Palestin menyaksikan kemenangan HAMAS dan memberi ruang yang amat
luas kepada HAMAS menawarkan program politiknya. Pengkhianatan US
dan Israel ke atas hak rakyat Palestin dalam menyempurnakan proses
demokrasi dengan mengenakan sekatan ekonomi dan kepungan ke atas
Gaza telah memberikan ruang yang lebih luas kepada HAMAS untuk
memacu sokongan melalui program advokasi/ pencerahan massa. Ia
berjaya membentuk pandangan umum yang positif terhadap legitimasi
perjuangan Palestin.Namun harga yang dibayar oleh penduduk Gaza
amat besar apabila tiga serangan biadap secara besar-besaran
dilancarkan pada akhir tahun 2008, 2012 dan yang terakhir pada
tahun 2014. Kesemua serangan ini berakhir dengan kemenangan moral
dan strategik kepada penduduk Gaza. Israel semakin terdesak kerana
ia adalah kekalahan kesekian kalinya setelah pengunduran dari
Lubnan selatan pada tahun 2000 dan diikuti dengan kekalahan mereka
kepada Hizbullah pada tahun 2006. Fasa kedua memberi harapan baru
kepada Dunia Islam yang terpukul dengan kemusnahan besar yang
menimpa Iraq dan Afghanistan selepas kelegaan seketika kekalahan
Soviet yang menamatkan riwayat Empayar Komunis yang bermula dengan
Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.Fasa ketiga daripada pergolakan
ini bermula dari satu titik yang tidak diduga iaitu di Tunisia. Ia
mencetuskan bantahan umat Arab di negara masing-masing.
KejayaanRevolusi Jasminedisusuli dengan kemenangan Thaurah di Medan
Tahrir dan tumbangnya Muammar Gaddafi di Libya dan Ali Abdullah
Saleh di Yaman. Siri-siri kebangkitan rakyat ini mencetuskan pula
kebangkitaan rakyat Syria. Fasa 3 ini mencerahkan harapan dunia
Islam khususnya di Timur Tengah untuk menghirup udara kebebasan
dari pemerintahan autokratik dan memiliki suara untuk memilih
pemimpin daripada kalangan rakyat. Pemisahan bangsa Arab oleh
garis-garis yang dicipta melaui Sykes-Picot 1916 dan perjanjian
Paris mungkin menyaksikan episod pengakhiran.Fasa ketiga ini adalah
fasa penentu. Meskipun ia bukan penamat kepada satu perjuangan yang
panjang untuk membebaskan umat Islam daripada penindasan
berpanjangan, namun ia merupakan satu persimpangan yang cukup
penting dalam catatan sejarah umat masa hadapan. Pemilihan Presiden
Morsi melalui proses demokrasi yang sah benar-benar menyesakkan
Israel dan penajanya US. Tidak pernah US berasa begitu terancam
sebelum ini. Perubahan kuasa politik di Mesir adalah berita buruk
kepada Israel dan US. Ia bukan sekadar retorik berapi-api Gamal
Abdul Nasser yang dipadamkan dengan serangan mengejut Perang Enam
Hari yang menyaksikan kekalahan buruk Mesir, bahkan pencerobohan
dan penaklukan Masjid al Aqsa.Presiden Morsi akan memadamkan semua
pencapaian Israel dan bukan sahaja akan membebaskan Mesir dari
cengkaman perjanjian Camp David yang melumpuhkan ekonomi dan
politik Mesir bahkan akan berusaha bagi memerdekakan Palestin.
Ancaman yang nyata ini menyebabkan terbentuknya satu pakatan yang
melibatkan Israel, US, Arab Saudi dan UAE untuk menjayakan
programTamarruddan mengangkat Jeneral Fatah as-Sisi menerajui
kerajaan kudeta yang tidak sah dengan menggulingkan Presiden Morsi.
Ia disusuli dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang
membantah rampasan kuasa di medan Rabiah dan tempat lain sehingga
menyaksikan tidak kurang 5,000 orang rakyat Mesir syahid dibunuh
oleh rejim kudeta.Cubaan untuk menggagalkan kebangkitan rakyat ini
juga berlaku di Tunisia. Tetapi Dr Rasyid Ganoushi dari Parti An
Nahdah telah menggunakan kebijakan tertentu bagi menghalang
berlakunya rampasan kuasa oleh kelompok liberal yang diterajui oleh
kesatuan sekerja dan media. Kuasa rakyat berjaya dikekalkan
meskipun An Nahdah melakukan tolak ansur yang menguntungkan
perubahan di Tunisia untuk jangka panjang. Turki juga berhadapan
dengan cubaan untuk menggagalkan Recep Tayyib Erdogan oleh kononnya
pencinta alam sekitar di medan Taksim. Namun cubaan-cubaan ini
berakhir dengan kedudukan Erdogan semakin mantap dengan menduduki
jawatan Presiden dan mantan Menteri Luar Dr Ahmet Davutoglu
menjawat jawatan Perdana Menteri, satu gandingan yang mantap dan
dinamik.Kebangkitan rakyat di Syria pula sudah memasuki tahun
keempat dengan peperangan tidak menampakkan tanda akan berakhir.
Rejim Bashar Assad yang didukung Iran , Hizbul Syaitan di Lubnan
dan militia Syiah Iraq yang telah terkepung kini mungkin mendapat
ruang untuk bernafas apabila wujudnya perkembangan baru di Iraq dan
Syria iaitu ISIL atau ISIS (Deish dalam sebutan Arab). Kewujudan
ISIL ini tidak begitu mendapat perhatian sehinggalah mereka berjaya
menawan bandar-bandar utama di utara Iraq. Bilangan mereka yang
sedikit dapat mengalahkan tentera rejim Nouri al Maliki yang
berundur dari kedudukan mereka dan memberi laluan kepada kumpulan
bersenjata ISIS. Mereka kemudiannya mengisytiharkan khilafah Islam
dan membentuk IS (Islamic State) serta menuntut semua
memberibaiahatau kesetiaan kepada Khalifah di Mosul.Tindakan mereka
telah ditolak oleh Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh
Syeikh Dr Yusuf Qaradawi. Tindakan mereka yang jelas melampau
dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas tawanan, membunuh
orang awam sewenang-wenangnya, membunuh wartawan dan pekerja
kemanusiaan memberikan gambaran yang salah tentang jihad dan Islam
itu sendiri. Perbuatan mereka membunuh pekerja kemanusiaan Alan
Henning dari United Kingdom, seorang pembawa teksi yang menyertai
misi kemanusiaan di Syria untuk menghantar beberapa buah ambulan
kepada rakyat Syria telah menyebabkan kemarahan masyarakat barat
dan meningkatkan Islamofobia.Tindakan ISIS menyerang
pejuang-pejuang FSA (Pejuang Pembebasan Syria) menimbulkan tanda
tanya atas kewujudan mereka dan objektif mereka. Perkembangan
terkini ialah ISIS telah menawan beberapa pekan penting di sempadan
Turki. Amerika yang selama ini tidak bertindak ke atas Rejim Bashar
Assad yang telah membunuh 200 ribu rakyat Syria, menerusi pengunaan
bom kimia dan bombarrelke atas rakyat Syria dengan kesan yang amat
dahsyat tiba-tiba dengan pantas melakukan serangan udara ke atas
kedudukan ISIS. Tindakan berpilih oleh US ini seperti yang
disuarakan oleh PM Turki, Dr Ahmet Davutoglu membayangkan ada
agenda terselindung daripada serangan tersebut.Perkembangan yang
berlaku di Syria dan Iraq adalah kesan langsung daripada tindakan
kejam oleh kumpulan-kumpulan Syiah yang ditaja oleh Iran. Kezaliman
militia Syiah (Maish) ke atas rakyat Sunni Iraq telah mencetuskan
kebangkitan rakyat melalui gagasanHerak Syabi fiIraq. Kerajaan
Nouri al Maliki yang bertindak ganas terhadap rakyat Sunni telah
memberi laluan kepada kumpulan bersenjata ISIS untuk menguasai
kawasan-kawasan Sunni dan melakukan pelbagai bentuk kezaliman dan
penindasan kepada penduduk Iraq di sana, sebenarnya telah
mengganggu proses kebangkitan rakyat Iraq dari cengkaman kerajaan
Syiah Nouri al Maliki tajaan US yang bersekongkol dengan
Iran.Gerakan militan Syiah yang terbaru ialah apabila puak
al-Houthi telah mengambil alih kuasa di Yaman. Peranan Ikhwanul
Muslimin (IM) yang sangat berpengaruh terutama di Universiti Iman
perlu dibendung oleh bekas penyokong Ali Abdullah Saleh. Mereka
telah berpakat dengan Syiah, US, Emirat (UAE), Saudi dan Iran untuk
menghapuskan peranan IM di Yaman. US merancang agar IM bangkit
memberikan tentangan bersenjata. Namun congakan US meleset. IM
tidak terpancing dengan perancangan licik pakatan jahat yang
diterajui oleh US. Iran telah mengambil kesempatan daripada
perancangan US yang gagal ini untuk merampas kuasa di Yaman. US
yang sepatutnya menyusun langkah untuk menguasai Yaman sekiranya
berlaku konflik bersenjata di antara Syiah dan IM, telah berputih
mata. Strategi mereka gagal kerana umpan mereka tidak mengena.
Namun Syiah Houthi juga akan berhadapan dengan kesukaran kerana
penduduk Yaman yang bermazhab Sunni tidak akan membiarkan Syiah
Houthi menguasai Yaman.Di Libya pula, revolusi berdarah telah
tercetus sebagai sebahagian daripada fenomena kebangkitan rakyat
dunia Arab bagi menggulingkan bekas pemerintah diktator mereka
kolonel Muammar al-Ghadafi telah tidak disenangi oleh pihak musuh.
Sesudah pembunuhannya, negara dan rakyat Libya terus berhadapan
dengan berbagai-bagai komplot untuk menggagalkan revolusi mereka,
mengekalkan suasana krisis, pertempuran antara berbagai-bagai
kumpulan bersenjata yang mendapat sokongan dan pembiayaan
kuasa-kuasa luar, serantau atau antara bangsa yang tidak mahu
melihat negara Libya baru yang sejajar dengan aspirasi rakyatnya
dapat dibangunkan menerusi pendekatan damai, demokrasi dan
permuafakatan sesama rakyat Libya.Perkembangan mutakhir ini
mengambil bentuk pertarungan bersenjata antara kumpulan bersenjata
aliran Islam daripada kalangan rakyat Libya dan pendukung-pendukung
rejim lama yang diketuai Jeneral bersara Khalifah Haftar yang
disokong secara langsung oleh rejim kudeta Mesir dan pemerintah
Emirat.Di sebelah timur alam Islami, kita dapati perkembangan
usaha-usaha dakwah yang bermakna dan perjuangan Islam tulen dan
menyeluruh sedang berlangsung dalam fasa-fasa yang berbeza.
Kemajuan-kemajuan yang ketara sedang berlaku walaupun mendepani
pelbagai kemelesetan daripada pihak pedukung Islam lain yang
pelbagai. Kemajuan-kemajuan sedang berlaku di Indonesia, koalisi
parti-parti pembangkang pimpinan Jeneral (B) Prabowo yang
dibangunkan menerusi inisiatif pimpinan Partai Keadilan Sejahtera
(PKS) dan rakan-rakan insya-Allah akan dapat membendung
kemungkinan-kemungkinan buruk yang mendepani perjuangan umat di
sana pada masa hadapan walaupun mereka telah tewas dalam pilihan
raya presiden Indonesia baru-baru ini.Menerusi koalisi di atas
mereka dapat menguasai lebih daripada 65% ahli MPR, satu keadaan
yang membolehkan mereka memenangi kerusi pimpinan MPR, speaker,
komisi-komisi dalam MPR yang akan memantau kerja-kerja Presiden,
kabinet dan pemeritah pusat Indonesia. Mereka juga telah berjaya
meminda undang-undang pilihan raya 2004 yang dulunya menuntut
dilaksanakan pilihan raya langsung bagi memilih setiap gabenor
propinsi-propinsi seluruh Indonesia, walikota-walikota dan
datuk-datuk bandar yang menelan kos sejumlah RM5 bilion. Berasaskan
undang-undang baru tersebut, mereka semua akan dipilih oleh dewan
parlimen wilayah/propinsi sahaja. Ia akan mejimatkan kos sebesar
RM5 bilion tersebut di atas. Juga menerusi koalisi ini, 31 daripada
34 propinsi negara Indonesia akan dikuasai oleh mereka.
Propinsi-propinsi tersebut memiliki 50% hasil sumber propinsi dan
yang selebihnya diambil pemerintah pusat, kecuali Propinsi Aceh
yang mana pembahagiannya adalah 60% untuk propinsi dan 40% diambil
kerajaan pusat.
Lintas pandangPerkembangan Islam di peringkat antarabangsa
memberikan gambaran menyeluruh tentang situasi ummah. Pergolakan
yang berlaku di Timur Tengah atau Asia Barat dewasa ini,
kebangkitan perlawanan ummah yang berterusan terhadap rejim kudeta
di Mesir, rejim Nusairi di Syria, kejayaan Hamas mengekang usaha
Israel untuk membakar hangus bumi Gaza, perlawanan sengit
pejuang-pejuang Islam Libya mendepani campur tangan rejim kudeta
Mesir, kerajaan Emirat dan sekutu mereka Jeneral (B) Khalifah
Haftar di sana, tindakan parti Islah di Yaman berundur dari
pertarungan bersenjata dengan kumpulan syiah al-Hauthi, kesemuanya
telah meletakkan perjuangan gerakan Islam pada satu fasa baru. Ia
menandakan bahawa gerakan Islam sudah bersedia mencorakkan harapan
baru kepada kebangkitan umat (Arab Spring) dan kepimpinan dunia
secara umum.Reaksi dan tindak balas dari rejim-rejim Arab di
peringkat serantau dan persekongkolan dengan rejim zionis dan kuasa
besar sudah pun dijangka untuk menghalang dan membantutkan proses
pengislahan yang menyeluruh bermula dengan sistem pemerintahan,
dengan penggulingan rejim-rejim diktator di sana. Kudeta di Mesir,
campur tangan di Libya, perkembangan terbaru di Yaman dan
pergolakan yang berpanjangan di Syria serta kehadiran kumpulan
bersenjata ISIS di Iraq dan Syria adalah sebahagian daripada
perancangan untuk menghalang perubahan lanskap politik yang memihak
kepada umat Arab dan bersifat lebih madani (bercorak sivil dan
demokratik), terutamanya ketika ia diterajui oleh pergerakan
IM.Inilah sedikit gambaran mengenai senario global yang sedang
berlaku di Alam Islam sebelum kita memberikan tumpuan kepada umat
Islam di ASEAN dan Malaysia.
ASEAN: Kewujudan Komuniti Ekonomi 2015Negara kita sebagai
sebahagian daripada negara-negara anggota Asean terlibat sama dalam
usaha-usaha memperkukuh gagasan ASEAN. Pada tahun hadapan (2015)
direncanakan kewujudan Komuniti Ekonomi Asean ASEAN sebagai sebuah
organisasi serantau yang dibangunkan bagi meningkatkan keupayaan
negara-negara anggota di Asia Tenggara bagi mendepani
cabaran-cabaran persaingan diperingkat serantau dan antara bangsa,
mengukuhkan kerjasama sesama anggota dalam berbagai-bagai bidang,
mengekalkannya sebagai sebuah rantau yang aman, merdeka, maju dan
berdaulat.Mendepani perkembangan ini, kita sebagai sebuah gerakan
Islam akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan serantau yang
strategik untuk merebut pelbagai peluang yang terbuka, apa-apa
manfaat bagi umat serta menangani pelbagai cabaran yang mendepani
usaha-usaha tersebut agar kita tidak terpinggir daripada
perkembangan yang sedang berlaku atau yang seumpamanya pada masa
hadapan.Yang kita inginkan daripada perkembangan-perkembangan ini
dan seumpamanya ialah: kedudukan umat bertambah baik, bahaya ke
atasnya tertangkis, Islam semakin dapat diterima, memainkan peranan
mencorakkan perjalanan masyarakat Asean berbilang bangsa, agama dan
budaya serta rantau ini bergerak dan berkembang ke arah kerjasama,
kemajuan dan perdamaian.
Rumusan 1: Pernyataan Dasar IKRAM1. Menentang konspirasi barat
memecahkan dunia Arab dan mewujudkan Israel di bumi Palestin.2.
Menyokong umat Arab menentang penguasaan barat dan US terhadap
dunia Arab.3. Menyokong hak umat Islam bangsa Arab memilih
pemimpin-pemimpin negara mereka sendiri secara bebas dan
demokratik.4. Menentang semua rejim diktator yang melakukan
kekejaman dan pencerobohan terhadap hak asasi manusia di
negara-negara Arab.5. Mengecam campur tangan US di Timur Tengah,
pendirian dan polisi mereka mendukung Israel, memperkuat
dominasinya, melemahkan dan melumpuhkan umat Arab dan umat Islam di
sana.6. Menyokong hak rakyat Palestin membebaskan bumi Palestin.7.
Menentang campur tangan Iran di Iraq, Syria, Lubnan, negara-negara
Teluk dan Yaman.8. Menentang campur tangan Saudi, Emirat dan Iran
di Yaman dan Mesir.9. Menentang campur tangan rejim kudeta Mesir
dan pemerintah Emirat di Lybia.10. Menyokong rakyat Libya membentuk
kerajaan dan negara mereka sendiri tanpa campur tangan asing.11.
Menentang rejim kudeta Mesir dan menyokong hak rakyat Mesir memilih
pemimpin dan membentuk kerajaan mereka secara bebas dan
demokratik.12. Menentang serangan Israel terhadap Gaza, kekejaman
mereka di Tebing Barat dan bumi Palestin.13. Menentang tindakan
kejam kumpulan ISIS di Iraq dan Syria. Mereka tidak mewakiliummatan
wasatantetapi mengancam perkembangan Islam yang sebenar.14.
Menyokong kestabilan negara Indonesia, permuafakatan rakyatnya
membangunkan negara secara bebas dan demokratik tanpa campur tangan
asing,15. Menyokong ASEAN membangunkan rantau ASEAN yang maju,
progresif, bersatu, bekerjasama, terbuka dan bebas.
Situasi negara (Malaysia) masa kiniApa yang tidak
kena?Pemerintahan yang mengamalkan politik kepartian yang sempit,
tidak mampu mengatasi jenayah korupsi, penyalahgunaan kuasa,
ketirisan bajet Kerajaan Persekutuan, keadilan sosial yang meleset
dan pengagihan kekayaan yang tidak adil. Rakyat pula berhadapan
dengan fenomena kemiskinan yang semakin mencengkam, jurang
pendapatan yang tambah meluas, kerosakan sosial dan akhlak yang
semakin tenat, keruntuhan institusi-institusi keluarga yang semakin
meningkat, perpaduan rakyat yang kembali terancam.Kerajaan yang ada
juga tidak berupaya meletakkan umat di posisi yang kuat dan mantap,
mengangkatnya lebih maju dalam semua bidang sama ada bidang
politik, ekonomi, sosial, penguasaan ilmu, kepakaran-kepakaran
bidang, teknologi maju dan canggih, bidang perusahaan dan
perkhidmatan dan lain-lain. Dalam realiti, yang terjadi umat masih
jauh ketinggalan dalam penguasaan bidang-bidang tersebut diatas.
Peluang yang ada tidak dimanfaatkan dan akhirnya tidak dapat
menjana kemajuan-kemajuan yang sepatutnya untuk umat lantaran
kelemahan kerajaan sedia ada.Keadaan ini memerlukan pembaikan yang
menyeluruh, perubahan yang mendasar yang boleh dilakukan oleh
gabungan organisasi-organisasi masyarakat madani yang kuat, berdaya
maju, mampu memimpin umat dan masyarakat atau gabungan parti-parti
politik yang kuat, berdaya saing, memiliki keupayaan untuk menang
PRU, menguruskan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara
dengan lebih baik lagi.
Senario PolitikSebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen, pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun
bagi tujuan memilih ahli-ahli parlimen dan kerajaan. Sehingga kini
sudah 13 PRU dilakukan, semuanya dimenangi parti pemerintah sedia
ada yaitu Parti Perikatan yang kemudiannya mengambil bentuk baru,
Parti Barisan Nasional (BN). Walaupun demikian, dalam PRU12 BN
telah mula kehilangan majoiriti 2/3 kerusi parlimen dan dalam PRU13
ia telah kehilangan undi popular pula yang telah beralih kepada
parti pembangkang PR (Pakatan Rakyat) walaupun BN masih kekal
memerintah lantaran lebihan kursi parlimen yang telah mereka
menangi. Suasana baru ini memungkinkan semak imbang yang lebih baik
antara parti pemerintah dan parti pembangkang berlaku dalam
persidangan berkala parlimen atau di luarnya masa kini dibandingkan
pada masa lalu.
Fokus IKRAM untuk pembaikan adalah pengukuhan sistem
dwi-partiPertubuhan IKRAM Malaysia dalam hal ini beriltizam untuk
memanfaatkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di
Malaysia. Cara menfaatkannya ialah dengan memperkasakan semak
imbang (check and balance) yang berkesan menerusi sistem dua parti
yang utuh. Dalam konteks Malaysia, perlu wujud dua gabungan parti
yang sama kuat, sama mampu bersaing secara sihat, bersih dan adil
dan saling mampu memerintah, berupaya menjadi pemerintah.
Persaingan ini akan mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses
demokrasi dan menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut.
Kita perlu kepada sistem dua parti yang memberi ruang kepada semua
pihak untuk mencabar penyalahan guna kuasa. (Power
corrupts;Absolute power corrupts absolutely). Oleh itu, monopoli
kuasa oleh mana-mana pihak perlu ditentang.Pimpinan IKRAM merasa
bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan situasi politik negara
ke arah situasi politik yang lebih baik, lebih sihat dan adil yang
akan mewujudkam ruang yang luas dan berkekalan bagi pembaikan
perjalanan negara menuju negara rahmah untuk manusia dan alam
semesta. Untuk menjayakan hasrat tersebut pihak pimpinan akan
sentiasa memantau keadaan dan perkembangan politik negara dan
dunia, bertindak proaktif ke arah perkembangan-perkembangan
tersebut agar umat tidak terpinggir, Islam akhirnya dapat
dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya. Memimpin manusia dan
dunia.Secara ringkas dan jelas, tanpa berselindung, kita ingin
menegaskan kepada semua, kita akan mempersiapkan diri untuk
menghadapi semua kemungkinan yang akan terjadi, agar umat memiliki
pembela nasibnya yang tulen, pejuang cita-citanya yang manusiawi
dan murni.
Isu-isu umat dan Islam di Malaysia(Bagaimana
menanggapinya)Dewasa ini kita di Malaysia berhadapan dengan
pelbagai isu yang menghantui fikiran umat, kerajaan yang memerintah
tidak berupaya meletakkan umat di posisi yang kuat dan mantap,
mengatasi pelbagai isu yang sedang berlaku seperti: Gerakan
pelampauKumpulanyang diterajui golongan militan, mereka yang
terpengaruh dengan kenaikan golongan ini di Timur Tengah
terutamanya kumpulan ISIS di Syria dan Iraq. Perpecahan
UmatPerpecahan umat yang sedang berlaku sebagai kesan dari
perbezaan fahaman politik, kedudukan kemasyarakatan dan pencapaian
ekonomi yang berbeza, tahap pendidikan dan lingkungan kehidupan
yang bebeza, pengaruh luar yang menyerang negara termasuk pengaruh
budaya asing yang dibawa masuk orang luar. Keadaan ini amat
berbahaya kepadasurvivalmasyarakat Islam di Malaysia seperti apa
yang dinyatakan Allah menerusi beberapa ayat dari kitabnya:
Kelemahan kedudukan ekonomi dalam negara.Ia satu kelemahan yang
amat ketara di mana nilai aset yang dikuasaiumat selain daripada
aset milik GLC hanya 1.75% aset dalam negara, selebihnya dikuasai
GLC 15 %, peniaga pengusaha Cina dan pelabur-pelabur asing.
Kebanyakan peluang-peluang ekonomi terserah kepada golongan Ali
Baba, kumpulan opportunis yang tidak mampu melaksanakan sendiri
projek-projek ekonomi tersebut, akhirnya serah saja kepada
taukeh-taukeh sedia ada yang sudah kaya raya untuk melaksanakan
semua projek-projek tersebut. Gejala sosialdi kalangan belia dan
remaja yang semakin memburukIa satu isu yang tidak mampu
diselesaikan oleh pemerintah dan masyarakat lantaran kedua-dua
institusi ini telah semakin melemah kesan daripada perkembangan
sosio-budaya, institusi dan diri yang semakin mencabar, daya tahan
yang semakin rapuh, pengaruh lingkungan yang semakin menyesakkan
minda dan jiwa. Apa yang biasa kita temui ialah pergaulan bebas
tanpa batas, bimbingan keluarga yang amat lemah, institusi keluarga
yang goyah, atau runtuh berkecai, pendidikan agama yang amat tipis,
masyarakat yang tidak peka dan menyantuni mereka sekurang-kurangnya
dengan nasihat dan tunjuk ajar. Gerakan Syiahdan ajaran-ajaran
sesatIa satu fenomena baru dan lama yang telah tidak ditangani
dengan bersungguh-sungguh dan berkesan bagi mengatasinya. Sebagai
akibatnya, ia terus aktif menyebarkan dakyahnya ke pelbagai tempat
di seluruh negara, mengorbankan mangsa yang terdiri daripada
pelbagai golongan atau kumpulan yang kekosongan jiwa dan minda,
kekurangan ilmu dan kefahaman yang boleh membawa mereka menemui
Islam yang sebenar. Isu-isu perlembagaanPenafsiran perlembagaan
negara (peruntukan tentang: Islam, hak keistimewaan kaum Bumiputera
dan kedudukan institusi raja-raja Melayu). Ia merupakan isu
sensitif yang boleh merangsang kebencian, pergaduhan, perasaan
tidak puas hati, perkauman, curiga, berpuak-puak yang akan
mengancam kesetabilan negara dan kerukunan hubungan
kemasyarakatan.Kebijaksanaan yang tinggi serta kesabaran yang
panjang perlu ada untuk merungkai isu ini selain dialog langsung,
permuafakatan dalam suasana harmoni serta saling hormat menghormati
antara semua pihak yang terlibat. Meletakkan kepentingan rakyat,
kesejahteraan hidup mereka, serta kestabilan politik negara dan
kelangsungansurvivalnya akan banyak membantu semua pihak
bekerjasama menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya, pendekatan
sama-sama menangwin-win) akan banyak membantu dalam merungkai isu
sensitif ini.
Gagasan: Malaysia Menuju Negara Rahmah yang ingin kita
jayakanCiri-cirinya:a) Fasa transisiMalaysia, di dalamnya Islam
mencorak perjalanan negara dan kehidupan rakyat, Ulama di hadapan,
Kepimpinan baru sebagai contoh, Parlimen dan Istana yang
pro-syariah, Kehakiman yang adil dan bebas, Media yang bebas dan
bertanggungjawab, Perkhidmatan awam yang professional, berkecuali
dan berakhlak, pasukan keselamatan profesional dan pro-syariah,
ekonomi berlandaskan syariah, dan Pembangunan sains dan teknologi
untuk manusia.b) Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di peringkat
nasional. Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai Baldatun
Tayyibatun Warabbun Ghafur. Negara yang berdiri atas asas Hakimiah
Allah SWT Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang
adil, tidak melakukan pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar,
mungkin pernah melakukan maksiat yang kecil sahaja, mendaulatkan
syariat sepanjang pemerintahannya. Negara yang menjunjung perintah
Allah dan Rasul-Nya. Negara yang melaksanakan tuntutan syariah.
Negara yang meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada
pemerintahan dan pentadbiran. Negara yang menaungi semua rakyatnya
atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaaan manusia sejagat.
Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya tanpa
mengira agama dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat dan
maqasid syariah. Negara yang mengamalkan pemerintahan yang
didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi
ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut
lunas-lunas perlembagaan. Negara yang memastikan risalah dan dakwah
Islam ditegakkan dan menjadikannya ciri utama kepada kelangsungan
pentadbirannya. Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta
meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat penting dalam
kewujudannya.Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak
siyasah syariyyah yang menuntut pengurusan kehidupan rakyat dan
pentadbiran negara sejajar dengan tuntutan-tuntutan syariah,
unjuran-unjuran syariah bagi maksud menegakkan Islam dalam negara
dan kehidupan manusia serta menertibkan perjalanan dunia berasaskan
bimbingannya.Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan
ulama-ulama ummah yang tersohor sewaktu berbicara tentangsiyasah
syariyyahatau maksud daripada penegakan pemerintahan dan negara
Islam: Maknanya: Siyasah syariyyahialah pengurusan seorang pemimpin
yangadil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua
rakyat sejajardengan kehendak-kehendak syariah. Maknanya: Penegakan
agama dan pengurusan (perjalanan) negaradengan (bimbingan) agama
(Islam).
IKRAMLintasan sejarah IKRAMPertubuhan IKRAM Malaysia lahir hasil
daripada gabungan semua agensi dan institusi yang telah dibangunkan
sebelumnya oleh ahli-ahli IKRAM sebelum ia dimunculkan secara
rasmi. Ia merupakan usaha-usaha gabungan lulusan seberang laut yang
telah memperolehi pendedahan dakwah dan tarbiah semasa belajar di
sana. Usaha-usaha tersebut telah mereka lanjutkan ke dalam negara
sesudah pulang dan berkerja dan berkeluarga. Usaha-usaha mereka
banyak tertumpu dalam relung dakwah, tarbiah ahli dan amal bersama
masyarakat. Ia akhirnya berkembang luas mencakupi berbagai-bagai
bidang baru yang amat mencabar.Hasil daripada usaha-usaha tersebut,
lahirlah berbagai-bagai institusi dan agensi yang digunakan untuk
mengurus aktiviti-aktiviti mereka yang pelbagai itu dengan cara
yang lebih tersusun, lebih berkesan dan cekap sehinggalah ke satu
tahap mereka merasakan keperluan mewujudkan sebuah organisasi induk
yang memayungi semua.Organisasi induk tersebut akhirnya telah dapat
ditubuhkan dan memperolehi status legalnya pada tahun 2009. Itulah
IKRAM, sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang telah
dibangunkan sebagai wahana perjuangan bagi menegakkan cita-cita
umat hidup sepenuhnya di bawah naungan panji-panji at-tauhid,
bimbingan Islam.Peranannya:Merubah, memperbaiki, menyempurnakan,
menyatukan dan membina, menyampaikan risalah, membangun ummah,
membina kekuatan, memenangi kekuasaan sebagai wasilah bagi
penegakan Islam yang syumul sebagai satuorderyang adil untuk
manusia dan dunia.Bagi IKRAM, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
di peringkat global dan setempat menyediakan cabaran baru ke arah
perlaksanaan syariat yang sempurna di Malaysia. Islam sebagai agama
fitrah adalah satu sistem yang mengambil kira kepelbagaian kaum dan
agama.SahifahMadinah(Perlembagaan Madinah) adalah contoh hidup
dalam sejarah bagaimana sistem pemerintahan Islam itu berjalan
dalam sebuah masyarakat majmuk di mana hak dan tanggungjawab
anggota masyarakatnya dipersetujui secara rundingan (syura). Tidak
ada pihak di kalangan bukan Islam merasakan diri mereka diketepikan
atau dinafikan hak dalam sebuah pemerintahan yang adil dan saksama.
Bahkan model Piagam Madinah ini terus menjadi rujukan dalam
membangunkan masyarakat pelbagai bangsa di Andalus, Baghdad,
Damsyik, Baitul Maqdis dan Istanbul. Bahkan dengan semangat yang
sama, masyarakat majmuk di seluruh dunia Islam dibangunkan dengan
model-model operasional di India dan di alam Melayu.Inilah cabaran
yang akan ditangani oleh IKRAM dengan pendekatan yang positif
meskipun dalam suasana yang negatif yang cuba dibentuk oleh
pelbagai isu-isu perkauman dan keagamaan yang diketengahkan kepada
masyarakat. Sebahagian daripada keresahan yang dibangkitkan oleh
umat Islam dan bukan Islam memang berasas sedang sebahagian isu
sengaja dibangkitkan untuk memenuhi agenda sempit politik golongan
yang merasakan kuasa mereka sudah terhakis dan mereka semakin
terpingir. Dalam semua kemelut dan keserabutan yang dibangkitkan
berkaitan hak umat Islam dan hak bukan Islam dan isu-isu antara
agama, akan ditangani melalui saluran pemuafakatan dan musyawarah.
Garis-garis kasar panduan bertindak IKRAM tetap dalam
rangkaengagement.IKRAM yakin di dalam sebuah negara seperti
Malaysia, pendekatan dialog bukan sahaja terbaik bahkan anjuran
Al-Quran dalam surah An-Nahl ayat 125:Firman Allah SWT:Serulah ke
jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya
Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat
dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Inilah asas kepada
penglibatan IKRAM dalam pelbagai gabungan yang melibatkan
pihak-pihak yang mewakili umat Islam dan bukan Islam. Dengan
terbentuknya jaringan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam
seperti GBM (Gabungan Bertindak Malaysia), maka isu-isu Islam dan
bukan Islam di Malaysia dapat dibincang secara langsung dan
berterus terang. Pendirian Islam dalam pelbagai isu dapat
dikongsikan supaya apa-apa persepsi yang salah yang timbul daripada
tindakan umat Islam dapat diperbetulkan. Segala salah faham yang
berpunca daripada liputan media atau prejudis yang tidak benar
terhadap Islam dapat diluruskan. Penglibatan IKRAM dalam masyarakat
madani dalam isu-isu yang berlegar dalam kalangan rakyat Malaysia
memberi peluang untuk meluaskan isu-isu umat Islam seperti isu
kudeta Mesir dan isu serangan Israel ke atas Gaza ke dalam
perhatian mereka agar kita dapat menarik sokongan masyarakat bukan
Islam, masyarakat berbilang bangsa dan agama demi solidariti
bersama penduduk Gaza atas dasar kemanusiaan sejagat.Isu perkauman,
prejudis agama dan sentimen anti-Persekutuan telah mendorong IKRAM
untuk bersama membentuk satu pergerakan Negara-Ku yang melibatkan
beberapa NGO dan tokoh-tokoh masyarakat. Pergerakan Negara-Ku
bertujuan untuk mengembalikan keharmonian hubungan sesama rakyat
atas falsafah Rukun Negara, perjanjian penubuhan Negara Malaysia
dan Perlembagaan Persekutuan. Keharmonian dan semangat muhibbah
yang terbina selama ini tercalar akibat sikap curiga dan kesangsian
yang terus ditanam terutama dalam kalangan generasi muda. Bukan
sahaja ia boleh merungkai perpaduan yang menjadi asas penting
kepada pembangunan negara, bahkan boleh menjejaskan usaha-usaha
pengislahan, pemupukan kesefahaman dan dialog antara agama dan kaum
sebagai wahana penting kepada penyebaran Islam dalam masyarakat
majmuk. IKRAM terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmah dan
kata-kata nista daripada rakan-rakan badan-badan Islam sendiri yang
menilai secara negatif terhadap penglibatan IKRAM dalam pergerakan
Negara-Ku. IKRAM beranggapan penglibatannya dalam Negara-Ku adalah
dalam rangka mengajak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini
supaya lebih bersikap positif kepada Islam.Ada yang mencabar IKRAM
supaya mengemukakan hujah-hujah syarak. Bukankah mengajak kepada
Islam dengan hikmah dan nasihat yang baik serta berhujah dengan
lebih baik dengan mereka (bukan Islam) adalah hujah syarak yang
paling relevan untuk terlibat dalam Negara-Ku? Bagaimana lagi ini
boleh dilakukan selain berada dalam satu platform yang memberi
ruang kepada interaksi dan dialog bagi menghadapi sentimen
perkauman dan kecurigaan agama yang semakin meruncing?IKRAM tidak
akan membiarkantrendpolarisasi kaum semakin jelas di negara ini.
Lantaran ia tidak akan membawa natijah yang menguntungkan dalam
proses pembinaan negara. Ia meliarkan golongan bukan Islam daripada
orang melayu yang melihat mereka sebagai ancaman dengan
mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara dan menyudutkan mereka
dengan stigma kaum pendatang dan penceroboh. Apakah mungkin kaum
bukan Melayu/bukan Islam membangunkan negara ini dengan jiwa raga
mereka apabila merela terus digelar pendatang dan penceroboh
sedangkan negara ini adalah tanah tumpah darah mereka? Kesannya
kepada dakwah Islam sudah tidak perlu dinilai lagi.IKRAM sama
sekali tidak akan menggunakan pendekatan pujuk rayu apatah lagi
paksaan untuk menyeru kepada dakwah Islam. Bukan sahaja dakwah
Islam memerlukan suasana bebas dan hormat, bahkan perlaksanaan
syariat itu sendiri perlu berlaku dalam suasana aman, bebas dan
saling menghormati. Jika suasana tegang dalam masyarakat berbilang
kaum akibat daripada isu-isu perkauman dan keagamaan terus
disemarakkan, maka salah faham akan terus berlaku terhadap usaha
dakwah bahkan akan mematikan usaha dakwah yang dilakukan oleh semua
pihak dalam masyarakat. Oleh itu, imej Islam sebagai agama damai
dan agama dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amaran
dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti
dibanteras.IKRAM menyedari bahawa usaha-usaha untuk mengarus
perdanakan dakwah di negara ini memerlukan penggemblengan tenaga di
semua peringkat masyarakat. Semua portfolio JKP (Jawatankuasa Pusat
IKRAM) bergerak menurut Perancangan IKRAM (PI) yang diletakkan
bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia bersama ke arah kebaikan
Islam dan menyokong perlaksanaan Islam dalam kehidupan
bermasyarakat dan bernegara. IKRAM sentiasa meletakkan kerja-kerja
amal dakwah sebagai tunggak kepada PI yang dirangka setiap empat
tahun. Hidayah Centre yang merupakan agensi dakwah kepada bukan
Islam sejak sebelum penubuhan IKRAM lagi berusaha untuk mengekalkan
keharmonian kaum agar proses dialog antara agama dapat berlaku
dalam suasana harmoni dan saling menghormati.IKRAM yakin dengan
kecenderungan manusia kepada agama fitrah ini dan dengan itu
meletakkan sasaran 80% rakyat Malaysia beragama Islam menjelang
satu tempoh yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika Islam is the
fastest growing religion in the westdengan rekod kemasukan Islam
yang melibatkan ribuan masyarakat barat di satu satu tempat dan di
satu satu masa seperti di Germany, maka fenomena yang sama tidak
mustahil berlaku di negara ini. Oleh itu, imej Islam sebagai agama
damai dan agama dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan,
amaran dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti
dibanteras.Jawatankuasa Masyarakat Madani, Pembangunan Ummah dan
Khidmat Masyarakat kesemuanya melaksanakan sasaran strategik
berdasarkan PI yang bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia
bersama ke arah kebaikan Islam dan menyokong perlaksanaan Islam
dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.Peranan wanita sangat
penting dalam sebuah negara. Maka dengan itu, IKRAM mengiktiraf
penglibatan wanita melalui Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM. Wanita
IKRAM meletakkan sasaran untuk memperkasakan wanita dengan ilmu
kontemporari dan fiqh semasa di samping meningkatkan kecerdasan
intelek dan emosi agar wanita menyumbang secara signifikan ke arah
pembinaan keluarga dan masyarakat seutuhnya.Golongan muda juga
berperanan penting dalam masyarakat. Kerana itu beberapa portfolio
penting diterajui oleh golongan muda seperti Jawatankuasa
Pembangunan Mahasiswa dan Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan
Belia. Di samping itu, IKRAM juga berusaha untuk menyantuni belia
merentasi kaum, agama, status sosial dan pendidikan melalui
agensinya GEMA. Pembangunan mahasiswa luar negara juga tidak
dilupakan dengan diwujudkan di bawah Pejabat Presiden iaitu Biro
Seberang Laut yang diketuai oleh Timbalan Presiden. IKRAM berhasrat
mahasiswa luar negara boleh memimpin perubahan menuju Negara Rahmah
setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air. Mahasiswa dalam
bidangdeeniyyahpula dipersiapkan oleh Jawatankuasa Ulama untuk
menjadi pelapis dan seterusnya bakal-bakal ulama yang progresif dan
menjadi rujukan umat dalam pelbagai isu yang rumit dan mencabar
dewasa ini. Jawatankuasa Pendidikan pula diamanahkan untuk
menyediakan satu generasi yang akan memastikan kesinambungan
amal-amal dakwah melalui agensi MUSLEH yang menguruskan SRI dan SMI
(Rangkaian sekolah rendah dan menengah Islam) di seluruh negara.
Tunggak kepada semua amal-amal pengislahan ini adalah ahli-ahli
IKRAM sendiri. Dengan itu pembinaan ahli melalui sistem
pentarbiahan yang syumul dikendalikan oleh Jawatankuasa Tarbiah
Pusat. Misi Jawatankuasa Tarbiah ialah berusaha secara berterusan
membina dan membentuk duat yang memenuhi piawaian IKRAM serta mampu
menggerakkan dakwah secara aktif melalui manhaj tarbiah yang
syumul. Jawatankuasa Tarbiah berhasrat untuk menyemai kesungguhan
kepada semua ahli IKRAM untuk menyebarkan risalah suci ini kepada
semua orang di semua tempat dan pada setiap masa.IKRAM juga
meletakkan kepentingan yang utama kepada kecekapan pentadbiran dan
pengurusan. Jawatankuasa Pentadbiran yang digerakkan oleh Pejabat
Setiausaha Agung berusaha untuk melancarkan lagi pengurusan dan
pentadbiran jentera IKRAM di semua peringkat. Kursus Kesetiausahaan
yang diadakan baru-baru ini yang dihadiri oleh Setiausaha dan
Penolong Setiausaha Negeri, Wanita Negeri, Daerah dan Wanita Daerah
telah banyak membantu para setiausaha untuk memainkan peranan yang
sewajarnya bagai memastikan enjin IKRAM sentiasa bergerak lancar
dan efisien. Namun, kita bukan sahaja menekankan isu pengurusan
secara yang difahami oleh organisasi biasa, kerana:Kita sedang
mengurus sebuah perjuangan, bukan sekadar mengurus pejabat.Dalam
aspek pentadbiran, Pertubuhan IKRAM Malaysia sekarang ini diterajui
oleh kepimpinan baharu yang telah dipilih untuk sesi 2014-2018 yang
terdiri daripada 22 ahli JKP, bersamanya jawatan Presiden yang
mengandungi berbagai-bagai biro dan 111 ahli DPN dan 3 orang ahli
Badan Timbang Tara. Bersempena dengan itu, IKRAM juga telah
memperolehi bangunan baru iaitu Kompleks IKRAM yang menempatkan
pusat pentadbirannya. Ini adalah pencapaian yang besar pada tahun
ini. Kompleks ini dibeli melalui sumbangan ahli-ahli IKRAM serta
IKRAM Negeri dan Daerah. Kami ingin mengucapkanjazakumullahukhairan
kathirakepada semua yang telah menyumbang dan membantu dalam
pembelian kompleks ini. Dengan hampir semua agensi, portfolio dan
kakitangan berada dalam satu bangunan, beserta kemudahan-kemudahan
yang lebih baik, kita mengharapkan kecekapan danoutputdakwah kita
akan meningkat, insya-Allah.Jawatankuasa Penerangan dan Media pula
akan berusaha untuk mewujudkan saluran hebahan rasmi IKRAM di semua
peringkat bagi membina dan membentuk pemikiran masyarakat,
meningkatkan imej IKRAM sebagai jurubicara umat, juga sebagai
penyebar maklumat yang tepat dan terkini. Setakat ini, antara
pencapaiannya ialah IKRAM telah mempunyai portal sendiri -
ikram.org.my. Begitu juga portal Malaysia Harmoni dan facebook
Pertubuhan IKRAM Malaysia. Pelancaran TV IKRAM adalah satu lagi
pencapaian IKRAM yang akan melonjakkan usaha dan amal-amal Islam di
dalam masyarakat.Kedudukan kewangannya berimbangan sehingga kini,
dengan segala pengurusan akiviti-aktiviti IKRAM dapat ditampung
dengan baik walaupun ia berhadapan dengan keadaan defisit berkala.
Sumbangan KIMB (Koperasi Islah Malaysia Berhad) menunjukkan
prestasi yang amat baik dalam tahun-tahun kebelakangan ini.Untuk
Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat pula, satu institusi
kemanusiaan nasional yang baru telah dibangunkan iaitu Humanitarian
Care Malaysia (MyCARE) yang memayungi beberapa institusi sedia ada
iaitu Aqsa Syarif, IKRAM4Syria (i4S), Salam Iraq, Rose2Rose (R2R),
Projek-projek Khas dan Institusi R&D seperti PACE (Palestine
Centre of Excellence) dan NICE (Nusantara Centre of Excellence).
Bagi dalam negeri pula, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat sedang
menggerakkan i-Bantu sebagai institusi khidmat masyarakat serta
memanfaatkan institusi-institusi sedia ada seperti PAKSI-IKRAM,
Raudhatus Sakinah (RS) dan IKRAM Health.Jawatan Kuasa Pusat (JKP)
sebagai barisan kepimpinan secara umumnya berperanan mengerakkan
Jawatankuasa (JK) masing-masing dalam relung-relung amal yang telah
diperuntukkan, fokus kepada bidang-bidang tersebut bagi menjayakan
PI dalam bidang-bidang mereka, mengaktifkan usaha-usaha untuk
mengerakkan operasi yang perlu dilakukan bagi mencapai
sasaran-sasaran strategik yang telah ditetapkan.
Asas pemikiran dakwah IKRAM Dakwah yang benar dimulai oleh para
Rasul dan Anbia`. Dakwah Islam mensasarkan penyampaian hidayah
kepada seluruhmanusia di seluroh pelusuk dunia. Semua manusia
memiliki potensi untuk menjadi muslim atau kufur,faktor diri dan
linkunganlah yang akan mendorong mereka membuat pilihan. Dakwah
bertujuan menegakkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah
sertaubudiyahmanusia dan makhluk-makhluknya. Dakwah sebenar membawa
manusia beriman kepada Islam sahaja dan kufur kepada selainnya.
Misi dakwah Islam dapat dilaksanakan menerusi langkah-langkah yang
bijaksana, nasihat menasihati juga dailog yang terbaik. Misi dakwah
Islam dapat dipikul dengan lebih sempurna menerusi pendekatan amal
jamai, amal organisasi yang tersusun. Tugas pendakwah ialah
berusaha melaksanakan dakwah dengan cara yang terbaik, hidayah pula
hanya dengan izin Allah SWT.
Asas asas Syara kewujudan IKRAM1. Al-Quran ..Dan demikianlah
(sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi
adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasul
(Muhammad SAW) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.2. Hadis" "Maksud hadis:Akan sentiasa ada wujud
sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas
mendepani musuh, tidak memudaratkan perjuangan mereka walau
dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi)
sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap
sedemikian.
Pengharapan IKRAMNegara ini kembali mempertahankan keharmonian
antara kaum dan agama yang menjadi ciri negara Malaysia semenjak
kelahirannya (kemerdekaan). Rakyat di negara ini tidak bertindak
atas dasar prejudis kaum, agama atau bertindak dalam kerangka
pemikiran kesukuan, sebaliknya sentiasa memikirkan bagaimana
keharmonian boleh ditegakkan melalui prosesengagementatau
permuafakatan serta kerjasama.Firman Allah SWT dalam surah
Al-Maidah ayat 2: Maksud ayat: Dan hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan. Dan Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
amat pedih siksaan-Nya.Firman Allah Taala lagi dalam surah Ali
Imran ayat 159:Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari
Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut
kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang
mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan
juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepada-Nya.Umat Islam di negara ini mengambil
sikapwasataatau kesederhanaan di bawah rahmat dan petunjuk Allah
demi memimpin seluruh rakyat ke arah Negara Rahmah yang
didambakan.Umat Islam terus menunjukkan sikap berdamai dan mengajak
kepada dialog ke atas apa-apa perselisihan dan percanggahan,
termasuklah dalam isu-isu yang melibatkan kedudukan Islam dan
pentafsirannya dari segi undang-undang dan pentadbiran
negara.Pendukung-pendukung IKRAM terus mempamerkan kemuliaan akhlak
dan keluhuran budi dalam menegakkan hukum dan prinsip-prinsip
Islam.
Ahli-ahli IKRAM? Pendukung dakwahCabaran-cabaran di hadapan
ialah:a) Meningkatkan keupayaan ahlib) Memperkuatkan IKRAMc)
Menggerakkan ahlid) Menggerakkan masyarakatSemuanya disempurnakan
berasaskan PI, menerusi inisiatif ahli sebagai peribadi atau
sebagai ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia, semuanya bersiap sedia
untuk dimobilisasi, mendukung pelaksanaan PI pada setiap
masa.Menerusi usaha-usaha perjuangan ini, semua kita terlibat
menyampaikan risalah sebaik-baik dan sesempurna mungkin,
membangunkan sebaik-baik umat,ummatan wasatan,bekerja keras
membangun keupayaan-keupayaan yang akan dapat menjana
kekuatan-kekuatan yang akan dimiliki IKRAM, kekuatan-kekuatan yang
akan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi memenangi kekuasaan
pemerintahan.Ayuh!Marilah semua kita berusaha bersungguh-sungguh,
menyingsing lengan, memerah keringat menyempurnakan tanggungjawab,
melaksanakan tugasan-tugasan yang akan menghantar IKRAM kepada
kejayaan yang didambakan: membangun Malaysia sebagai Negara Rahmah
menerusi pengabdian kepada Allah dan kecintaan kepada Rasul-Nya
dalam bentuk: Penyampaian risalah Pembangunanummatan wasatan
Penjanaan kekuatan-kekuatan dan Pemenangan kekuasaan untuk Islam
dan UmmahJayakan menerusi perjuangan yang dipandu dan dipelopori
IKRAM .Keberhasilan: (Risalah, Ummah, Shaukah dan Sultah)Ikhwah dan
akhwat yang dikasihi,
Rumusan 2: Pernyataan Dasar IKRAM1. IKRAM akan berusaha
memperbaiki keadaan dalam negara Malaysia menerusi pendekatan aman,
dakwahbil husna, pendekatan demokratik.2. IKRAM menyokong
usaha-usaha penyatuan rakyat berbilang kaum menerusi dialog,
permuafakatan,engagementdengan semua.3. IKRAM menentang politik
kepartian sempit politik perkauman yang memecah belah dan
melemahkan rakyat.4. IKRAM mendukung sistem politik dwiparti,
pengukuhan polisi semak dan imbang.5. IKRAM meyokong pertukaran
pemerintahan, peralihan kuasa secara aman menerusi pilihan raya
yang bersih, bebas, adil dan demokratik.6. IKRAM menentang
penyalahgunaan kuasa, pemusatan kuasa dalam tangan pemerintah, urus
tadbir negara yang tidak profesional, tidak bijaksana dan cekap.7.
IKRAM menyokong usaha-usaha institusi masyarakat madani
memperkasakan peranan mereka, membangunkan negara sivil, demokratik
yang menghormati hak-hak rakyat.8. IKRAM menyokong usaha-usaha
penyatuan umat, memperkasakan peranan Islam dalam negara, pembelaan
nasib majoriti rakyat dalam perkongsian pembangunan dan kemakmuran
ekonomi negara.9. IKRAM menyokong usaha-usaha pemeliharaan alam
sekitar secara lestari untuk manfaat semua generasi.
Akhirnya dalam kesempatan ini, saya ingin menegaskan kepentingan
kita berusaha untuk meningkatkan keupayaan ahli-ahli IKRAM,
memperkuat organisasi IKRAM, menggerakkan ahli ke medan amal, dalam
pelbagai relung-relungnya dan masyarakat bersama-sama dengannya.
Dengan usaha-usaha tersebut, kita semua akan dapat menjana kejayaan
untuk IKRAM, kemenangan untuk Islam, kemuliaan untuk umat, negara
kita menjadi Negara Rahmah, Syariah didaulatkan dan Maqasidnya
ditegakkan.Sekian,wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum
wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh AhmadPresidenPertubuhan IKRAM
Malaysia
1 Muharram 1436 H25 Oktober 2014 M
[Artikel] Malaysia Menuju negara Rahmah- Mampukan IKRAM?Pertama
kali penulis mendengar tema bagi Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI)
2014 yang berlangsung pada 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharam
1436H bertemakan Malaysia Menuju Negara Rahmah yang berjaya
menghimpunkan 2500 aktivis dan penggerak serta ahli-ahli IKRAM di
seluruh Malaysia, hati penulis berasa terpanggil untuk mnghayati
dan menggarap maksud sebenar di sebalik tema yang bagi pandangan
kerdil penulis merupakan satu tema yang membawa satu misi dan visi
yang besar dalam gerak kerja IKRAM.Menariknya, di saat masyarakat
semakin diracuni pemikirannya dengan sogokan yang berunsurkan
perkauman, prejudis terhadap agama dan bangsa oleh segelintir
kumpulan yang dilihat cuba memporak-perandakan keharmonian
masyarakat majmuk di Malaysia, dengan alasan ingin menegakkan syiar
agama dan mempertahankan hak-hak bangsa, IKRAM tampil dengan
lantang menegaskan prinsip-prinsip pegangan IKRAM yang sentiasa
mengimpikan islam berperanan sebagai agama dialog dan agama yang
membawa rahmah kepada semua.
Perancangan bersistematik yang dianjurkn oleh IKRAM dalam misi
untuk membawa Malaysia menuju negara rahmah patut diberi pujian dan
disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama,
fahaman politik mahupun ideologi. IKRAM semakin lantang dalam
menyuarakan pandangan, sehinggakan mampu membawa corak pemikiran
baharu di kalangan masyarakat hari ini apabila wujudnya misi untuk
menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah.Usaha murni IKRAM dalam
mencorak pemikiran baharu ini, mampu mengubah persepsi masyarakat
yang semakin berselirat dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang
tidak tepat, serta kefahaman yang tidak jelas terhadap agama dan
bangsa. Langkah ini ternyata merupakan satu percaturan matang yang
dilihat mampu membina satu anjakan paradigma, disaat negara sedang
bergolak dengan pelbagai konspirasi dan masalah perselisihan
kefahaman. Disamping itu juga, usaha ini mampu menyemai benih kasih
sayang dan suasana mawaddah diantara ahli masyarakat yang berbilang
kaum di Malaysia.
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). (Surah al-Hujurat :
13)Sepertimana firman Allah s.w.t dalam keterangan ayat diatas,
jelas menunjukkan bahawa agama Islam itu mengunjurkan kasih-sayang
sesama makhluk tanpa mengira bangsa agar manusia itu saling
berkenal-kenalan, beramah mesra di antara satu sama lain. Ayat ini
jelas menerangkan konsep permuafakatan yang sepatutnya berlaku
dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Maka,
seharusnya, konflik perkauman, agama dan bangsa tidak wajar
dicetuskan dalam masyarakat hari ini, terutamanya oleh umat
Islam.Negara Rahmah dari kacamata IKRAMSetelah menghadam beberapa
noktah penting dalam teks ucapan dasar, yang disampaikan oleh
presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad sempena PTI 2014
baru-baru ini, penulis begitu tertarik untuk mengulas beberapa
perkara yang menjelaskan dengan terperinci tentang model sebuah
negara rahmah yang menjadi hasrat dan impian IKRAM.Antara ciri
negara rahmah mengikut pandangan IKRAM adalah negara yang disebut
di dalam Al-Quran sebagai "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur".
Islam itu merupakan agama rahmatan lilalamin. Rahmah buat seluruh
makhluk tanpa ada batasan. Ini jelas disebut dalam al-Quran dalam
surah Al-Anbiya, ayat 107 yang bermaksud;Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekelian alam. (Al-Anbiya: 107)Negara rahmah ini bukanlah idea
baru dari IKRAM, malahan, seruan rahmah ini telah lama tercatat
dalam Al-Quran sebagaiBaldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur iaitu
negara yg baik dan diampunkan Tuhan . Misi utama IKRAM adalah untuk
mendaulatkan syariah di negara ini supaya Malaysia menjadi seperti
yg disebut dalam Al-Quran iaitu negara yang membawa
kedamaian,keberkatan dan kerahmatan untuk seluruh umat.Demi
mencapai misi utama ini, IKRAM bertindak meletakkan dasar-dasar
yang jitu ke arah negara rahmah supaya semua ahli bekerja ke arah
itu dan masyarakat dapat sama-sama menyokong dan membantu membawa
Malaysia menuju negara rahmah.Selain itu, ciri negara rahmah itu
adalah negara yg meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada
pemerintahan dan pentadbirannya. Ini antara ciri yang menekankan
betapa pentingnya pemeliharaan kepada perkara asas maqasid syariah
dalam konteks perjuangan menegakkan agama yang merangkumi nilai
nyawa(Hifzu ad Hayah),agama(Hifzu ad Deen), intelektual(Hifzu
al-Aqli),keturunan(Hifzu an-Nasab)dan harta(Hifzu al-Mal).Asas
Maqasid Syariah ini harus diambil perhatian dan dititikberatkan
dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara bagi
memastikan perjalanan sesebuah negara itu berlaku dalam keadaan
adil, harmoni dah penuh rahmah.Ciri yang dijelaskn diatas, amat
bersinambungan dengan ciri negara rahmah yang seterusnya, iaitu
menghasilkan sebuah negara yang menaungi semua rakyatnya atas
prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan manusia sejagat. Ciri ini
sangat penting dalam melahirkan sebuah negara rahmah kerana konsep
adil dan kesamarataan merupakan antara elemen terpenting yang perlu
difahami dan diteliti dengan sejelasnya oleh tampuk pimpinan
sesebuah negara. Kefahaman yang rapuh terhadap konsep adil dan
saksama ini antara punca utama berleluasanya ketidakadilan dan
diskriminasi dalam sistem pemerintahan yang akhirnya akan
mencetuskan rasa ketidakpuasan hati dan rasa teraniya dikalangan
masyarakat khususnya rakyat marhean.Ciri negara rahmah yang turut
menarik perhatian penulis adalah negara yang mengamalkan
pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan
serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih
kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan.Penulis amat bersetuju
dengan ciri yang dikemuka oleh IKRAM kerana ini merupakan asas yang
perlu dipahatkan dalam jiwa setiap pemimpin hari ini. Konsep syura
dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan dapat mengelakkan
keputusan yang lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan juga
mencegah segala tindakan berat sebelah yang diambil tanpa
memikirkan kemaslahatan bersama.Ciri ini juga mampu mempertahankan
hak-hak rakyat dalam menyuarakan pandangan dan pendapat dalam
memilih pemimpin disamping dapat menggalakkan sikap terbuka para
pemimpin dalam meraikan penglibatan rakyat dalam takbir urus
negara.Kesimpulannya, sepertimana harapan IKRAM supaya Malaysia
kembali mempertahankan keharmonian antara kaum dan agama, penulis
juga mengharapkan perkara yang sama serta ingin mengajak semua
muslimin dan muslimat diseluruh negara supaya memainkan peranan
dalam menunjukkanqudwah hasanahiaitu contoh teladan yang baik
terutamanya kepada kaum bukan islam disamping mengamalkan sikap
wasata atau bersederhana demi memimpin Malaysia menuju negara
rahmah yang kita
dambakan.http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysia-menuju-negara-rahmah-mampukah-ikram-nik-khatijah-nik-mudTulisan
oleh: Nik Khatijah Nik Mud
Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI)
2014 yang telah berlangsung di Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah,
SJK(C) Chee Wen, Subang Jaya pada 25 Oktober 2014, Sabtu lalu
bersamaan 1 Muharram 1436 Hijrah.PTI yang diadakan secara tahunan
ini dianggap sesuatu yang unik dan istimewa buat para ahli dan
penggerak Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kerana pada perhimpunan
inilah ahli IKRAM dari seluruh negara berjumpul dengan semangat
persaudaraan, bersama-sama mendengar dan menghayati amanat pimpinan
IKRAM terutamanya Ucapan Dasar Presiden.PTI 2014 yang merupakan
kali kedua penganjurannya tahun ini bertemakan Malaysia Menuju
Negara Rahmah yang juga merupakan intipati penting Ucapan Dasar
Presiden.Aspirasi Kesederhanaan (Wasatiyyah)Dalam Ucapan Dasarnya,
Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menegaskan betapa
pentingnya untuk kita semua menentang fahaman dan gerakan pelampau
dan ekstremis, baik yang berasal dari luar negara mahupun yang
sedang berakar dalam negara ini. Hal ini secara asasnya merupakan
seruan Islam itu sendiri yang konsisten menegaskan prinsip
kesederhanaan dalam pendekatannya.Memetik firman-Nya dari Surah
Al-Baqarah ayat 143:Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu
(umat Islam), umat yang pertengahan (adil) agar kamu menjadi saksi
atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi
atas (perbuatan) kamuAtas dasar inilah IKRAM, tanpa berselindung
menyatakan tentangan kepada kumpulan pelampau biarpun kumpulan
tersebut mengaku kononnya mewakili Islam sekalipun. Malah, kumpulan
pelampau seperti Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) merupakan
suatu ancaman yang besar kerana bukan sahaja mereka melakukan
kezaliman kepada Muslim dan bukan Muslim malah juga mewajarkan
tindakan mereka atas nama Islam.Tidak dinafikan bahawa terdapatnya
percubaan menanam ideologi ekstrem ini dalam kalangan orang muda.
Sememangnya golongan muda ini golongan yang bersemangat dalam
perjuangan, apatah lagi jika ditawarkan syahid atas jalan-Nya.
Namun begitu, spektrum perjuangan Islam sebenarnya lebih luas dan
pemahaman pada perjuangan Islam itu sendiri perlu diperkukuh
terlebih dahulu agar semangat pemuda ini dipandu hikmah dan
kebijaksanaan seperti mana berbunyi ungkapan terkenal, Semangat
pemuda [adalah seiringan dengan] kebijaksanaan orang
terdahulu.Maka, IKRAM sebagai pertubuhan dakwah menyedari cabaran
dalam mentarbiah anak muda khususnya anak muda IKRAM sendiri bagi
menanam pemahaman Islam yang syumul dan mantap agar tidak terjebak
dengan gerakan ekstremis.Agenda inklusifIKRAM juga sentiasa komited
dalam menterjemahkan seruan Islam sebagai rahmat buat semua. Malah
secara fundamentalnya, inilah yang merupakan antara sebab mesej
Islam ini diturunkan dan disebarkan melalui Nabi Muhammad:Dan
tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107)Dengan kata
lain, misi rahmat Islam ini bukanlah untuk dimanfaatkan untuk orang
Islam sahaja malah untuk semua golongan kaum dan agama.Malangnya,
lewat ini, ada golongan tertentu yang berkepentingan peribadi
sering sahaja bermain api dengan isu perkauman dan agama. Ada juga
yang ungkit-mengungkit tentang asal-usul masing-masing.Masalah ini
lambat laun jika tidak ditangani dengan bijak dan hikmah, bukan
sahaja akan merugikan penyebaran mesej rahmat ini, malah menjauhkan
lagi manusia daripada dakwah Islam.Untuk mencapai hasrat ini, IKRAM
terus progresif mengorak langkah dalam memimpin umat dan rakyat
Malaysia dalam gabungan pertubuhan masyarakat madani seperti
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku. Meskipun
dilemparkan kata-kata nista, fitnah dan tohmahan daripada golongan
muslim sendiri, trend polarisasi kaum dan agama yang menafikan
mesej rahmat Islam tidak boleh dikompromi lagi.Banyak pihak hari
ini cuba menguar-uarkan kononnya mereka mewakili Muslim namun saban
hari membawa mesej kebencian dan label-melabel yang jauh sekali
daripada prinsip asas dakwah Islam. Malah penglibatan IKRAM ini
dipersoal kepatuhan syaraknya. Mungkin kita perlu mengimbau ayat
125 dari Surah An-Nahl:Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan
berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara
yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.Tanyalah kembali diri sendiri; bukankah mengajak dengan
nasihat yang baik itu sendiri hujah syarak yang paling relevan
untuk terlibat dalam gabungan masyarakat ini?Kita sudah terlalu
lama menanam syak wasangka gara-gara kegagalan kita untuk mengenali
satu sama lain dek kerana ada antara kita yang membesar dalam
komuniti kaum tertentu sahaja. Walaubagaimanapun hal ini tidak
boleh dijadikan alasan untuk kita terus mencurigai dan memfitnah.
Gerakan Islam-lah yang perlu ke hadapan dalam memulihkan kembali
hubungan masyarakat yang makin retak ini.IKRAM kini yang telah
berusia lima tahun akan terus aktif dengan semangat persaudaraan
membawa Malaysia menuju negara rahmah kerana akhirnya, keredaan
Allah akan mampu menjadi realiti jika dakwah Islam ini diteruskan
di samping memperjuang keadilan buat semua.Penulis ialah ahli
Sekretariat Politik IKRAM Siswa Nasional