Top Banner
Apakah peranan guru dalam program keselamatan awal kanak-kanak. Bincangkan kaedah- kaedah pengajaran menggunakan tunjuk cara, simulasi, lawatan dan lain-lain berkaitan keselamatan, kesihatan dan nutrisi. Keselamatan Awal Kanak-kanak Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk kepada kanak-kanak agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat. Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana- mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui tentang bahaya dan risko yang ada. Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal, kesihatan dan keselamatan dapat dirumus bahawa ketiga perkembangan ini penting dalam mewujudkan modal insan yang terbaik.
23

TUGASANKUMP-peranan Guru Dalam Program Keselamatan Awal Kanak

Nov 23, 2015

Download

Documents

tugasan kumpulan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • Apakah peranan guru dalam program keselamatan awal kanak-kanak. Bincangkan kaedah-

    kaedah pengajaran menggunakan tunjuk cara, simulasi, lawatan dan lain-lain berkaitan

    keselamatan, kesihatan dan nutrisi.

    Keselamatan Awal Kanak-kanak

    Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi

    pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya

    yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk kepada kanak-kanak

    agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

    Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang

    membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru

    semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana-

    mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui

    tentang bahaya dan risko yang ada.

    Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak di

    sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal,

    kesihatan dan keselamatan dapat dirumus bahawa ketiga perkembangan ini penting dalam

    mewujudkan modal insan yang terbaik.

  • Perkembangan Fizikal Dan Penjagaan Kesihatan

    Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan

    otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa

    perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan

    aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam

    aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan

    prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus,

    kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang

    dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek

    serta postur yang betul semasa duduk.

    Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan

    fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan

    memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya, kanak-kanak yang

    mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan

    mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri

    daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka

    termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

  • Konstruktur Yang Ditaksir

    Perkembangan Fizikal dan Estetika

    Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

    Kemahiran motor halus

    Kemahiran motor kasar

    Kemahiran menjaga kebersihan diri

    Mengamalkan tabiat pemakanan yang berkhasiat

    Kemahiran menjaga kebersihan persekitaran

    Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit

    Pengetahuan tentang sumber bahaya

    Merancang kawasan permainan luar sama pentingnya seperti membina kurikulum.

    Perancangan permainan luar yang selamat melibatkan analisis ciri-ciri tapak permainan luar.

    Perkara penting perlu dilihat dalam membina dan menyelenggara tapak permainan luar ialah

    penilaian tanah, permukaan aliran air, kepentingan kedudukannya, dapat dilihat, kemudahan

    keluar masuk.

    Keselamatan persekitaran tapak permain luar hendaklah dilihat berdasarkan ciri-ciri berikut:

    1. Kemudahan pengguna

    2. Cabaran yang selamat

    3. Kepelbagaian dan kejelasan

    4. Cabaran yang teratur

    5. Keanjalan pilihan

  • Keadaan selamat, terjamin dan bertanggungjawab merupakan faktor untuk mengekalkan

    kualiti persekitaran luar taman permainan kanak-kanak di luar bangunan. Matlamat keselamatan

    perlu seimbang dengan matlamat menyediakan dorongan dan cabaran perkembangan kanak-

    kanak dan mainan. Orang dewasa secara idealnya merancang langkah mengelakkan kemalangan

    di samping membenarkan risiko untuk mengamalkan amalan yang bersesuaian dengan kanak-

    kanak. Contohnya membenarkan kanak-kanak memanjat adalah kebaikan untuk motor kasar. Di

    sebalik amalan yang bersesuaian berkemunkinan berlaku kemalangan 'terjatuh' jika tidak ada

    yang menyelia aktiviti memanjat.

    Pendekatan proaktif langkah untuk menggelakkan kemalangan. Antara strategi proaktif:

    1. Menilai dan melaporkan tempat yang mengancam keselamatan.

    2. Merancang sistem koordinasi untuk penyeliaan orang dewasa.

    3. Merancang program kesediaan pertolongan cemas (first aid) di kalangan kanak-kanak dan

    orang dewasa (termasuk latihan dalam CPR, pertolongan cemas, langkah menggelakkan

    kemalangan).

    4. Menggalakkan komunikasi antara ibu bapa, profesional kanak-kanak dan mereka yang

    berkaitan.

    5. Membina perancangan keselamatan kawasan luar bangunan.

  • PERANAN GURU PRASEKOLAH

    a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa

    yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.

    b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru

    prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada

    kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.

    c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan

    persekitaran yang baru di prasekolah.

    d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang

    berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

    e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan

    yang berlaku di rumah mereka.

  • Kaedah Pengajaran Awal Kanak-kanak

    Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan

    pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu

    terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Di antara

    kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi,

    lawatan dan sebagainya.

    Kaedah Pengajaran Simulasi

    Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi

    membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,

    kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan

    memudahkan kreativiti.

    Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan

    sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan

    latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

    dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri

    aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara

    penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang

    ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang

    berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

    Dua jenis kaedah simulasi yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam

    bilik darjah ialah sosiodrama dan main peranan. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti

    lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu

  • situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana

    sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada

    kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan

    membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang di

    berikan oleh guru.

    Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan

    pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan

    kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan

    pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di

    bayangkan tadi dengan secara spontan.

    Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan

    oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang

    ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan

    dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa

    yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini

    merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang diberikan hendaklah pendek

    sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik

    darjah.

  • Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.

    Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru

    haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-

    1- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau

    lisan di dalam kelas.

    2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan

    watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

    3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin

    aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

    4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang

    dipilih untuk terlebih dahulu.

    5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

    6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar

    menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu

    7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara

    penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

    8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu

    pelajaran.

  • Tujuan-tujuan simulasi.

    Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti

    lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan

    yang tepat.

    Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis: semasa menjalankan aktiviti

    lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk

    menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.

    Untuk membina sikap positif: memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu

    dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf

    yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.

    Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan

    berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan

    sikap orang lain.

    Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah: misalnya, untuk

    menjelaskan konsep drmokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-

    pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

    Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran: simulasi meruakan suatu teknik mengajar

    tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan

    kemahiran bahasa dengan berkesan.

  • Perlaksanaan aktiviti simulasi.

    Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat sebelum simulasi,

    peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

    Peringkat sebelum simulasi.

    Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak

    dicapai.

    Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.

    Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.

    Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.

    Pengukuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan

    pengayaan.

    Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan.

    Peringkat perlaksanaan simulasi.

    Adakan set induksi untik menarik minat murid. Bacakan arahan dengan jelas.

    Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.

    Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.

    Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.

    Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.

    Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.

    Di akhir simulasi penilaian dijalankan.

  • Peringkat selepas simulasi.

    Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.

    Menulis laporan tentang maslah itu.

    Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.

    Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.

    Perlaksanaan sesi main peranan.

    Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringkat sebelum sesi main

    peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan.

    Peringkat sebelum main peranan.

    Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.

    Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.

    Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan.

    Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek

    yang perlu diberi perhatian.

    Peringkat semasa sesi main peranan.

    Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas.

    Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang

    tertentu.

  • Peringkat selepas sesi main peranan.

    Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas

    (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan

    dengan baik dan siapa pula yang pasif.

    Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: Menganalisis kesan main peranan,

    Membaiki kelemahan jika ada, Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,

    Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran.

    Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main

    peranan .

    Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.

    Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid.

    Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.

    Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.

    Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.

    Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada.

    Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka

    membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.

    Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat.

    Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan

    dan jika perlu.

    Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon.

    Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.

  • Kelebihan simulasi.

    Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa

    kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran

    pertuturan mereka dan memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara

    spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan

    gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.

    Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan

    kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap

    negatif dan membina sikap positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar

    bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, bakat lakonan murid

    dapat diasah.

    Kelemahan simulasi.

    Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada

    pengelaman berlakon.

    Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan

    penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan

    oleh pelakon-pelakon.

    Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara

    langsung dan faedah-faedah berlakon.

    Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.

  • Kaedah Pengajaran Lawatan

    Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi

    kesempatan kepada kanak-kanak untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain

    dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di

    samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai

    moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah

    seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC,

    tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.

    Tujuan-tujuan lawatan

    Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman sebenar

    tentang keadaan di kilang, ladang atau pelabuhan dan sebagainya.

    Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati,menyelidik dan merekod.

    Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan merekod.

    Meningkatkan daya ingatan pelajar-peajar tentang apa yang didengar,dibaca dan

    dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.

    Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.

    Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam

    pembelajaran dan pengajaran.

    Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

    Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan masyarakat di luar.

    Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.

    Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai di

    luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan daripada mereka.

  • Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai tiga fasa iaitu sebelum,

    semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu dicapai.

    Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang

    hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri

    perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada

    kanak-kanak. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa kanak-kanak.

    Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada kanak-kanak. Guru hendaklah sentiasa

    memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama kanak-kanak

    membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru

    menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat.

    Kebaikan-kebaikan Lawatan

    Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.

    Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.

    Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.

    Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

    Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang diajar oleh guru.

    Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari di bilik

    darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.

    Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati, menganalisis dan membuat laporan.

    Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar terhadap pengajaran

    dan pembelajaran.

  • Kelemahan-kelemahan Lawatan

    Tanggungjawab membawa pelajar-pelajar ke tempat lawatan amat berat.

    Masalah disiplin mudah timbul.

    Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.

    Sekiranya persediaan kurang baik,lawatan tidak mungkin mencapai objektif-objektif

    pelajaran. Oleh itu,masa serta tenaga terbuang.

    Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak membawa

    faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat menghiburkan pelajar-pelajar sahaja.

    Kebenaran daripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak mudah diperoleh

    kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran.

    PROGRAM AKTIVITI HARIAN

    Susunan aktiviti harian prasekolah perlulah mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu,

    kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid kesepaduan komponen secara seimbang,

    keseimbangan aktiviti luar kelas dan keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti

    individu.

    Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan cadangan-cadangan berikut seperti rutin,

    perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat , dan aktiviti penamat.

    Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap hari

    mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Contoh rutin yang biasa dilakukan ialah seperti berikut

    di mana guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid menyambut murid dengan mesra

  • ketika mereka datang ke prasekolah, murid menyusun kasut dan beg, guru mengambil

    kedatangan murid, guru memeriksa kebersihan murid, murid membersih diri selepas

    makan, guru mengadakan perhimpunan pada awal pagi dan murid mematuhi peraturan di dalam

    dan luar bilik darjah

    Perbualan pagi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan

    murid seterusnya dapat menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid. Contoh

    aktiviti perbualan pagi ialah, murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru

    (show and tell), guru menerangkan peraturan dan disiplin bilik darjah, guru menerangkan aktiviti

    yang akan dijalankan pada hari itu.

    Aktiviti kelas merupakan satu kaedah yang melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru

    menyampaikan maklumat semasa perbualan pagi , guru menerang atau memberi maklumat, guru

    bercerita, membuat aktiviti fizikal di dalam atau luar kelas, membuat aktiviti penamat pada akhir

    pembelajaran dan membuat lawatan di sekitar sekolah. Aktiviti kumpulan merupakan satu

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada kumpulan kecil bagi

    menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan

    lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara koloboratif dalam kumpulan masing-

    masing. Selain itu murid-murid boleh bertukar aktiviti selepas tempoh yang telah ditetapkan jika

    perlu namun bagi murid yang belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti yang lain, harus

    dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut bagi mengelakkan murid tersebut mengalami

    kesulitan sekiranya bergerak ke aktiviti yang lain.

  • Antara contoh aktiviti kumpulan ialah main bongkah, membuat kolaj, membentuk doh

    dan bermain cantuman puzzle serta penerokaan. Aktiviti individu boleh diadakan di mana murid

    menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Selain itu murid boleh menjalankan

    aktiviti bebas di pusat pembelajaran yang diminati jika tugas dalam aktiviti kumpulan sudah

    selesai seterusnya murid mendapat perhatian secara personal daripada guru bagi pemulihan dan

    pengukuhan. Antara contoh aktiviti individu ialah melukis, menyusun bongkah, membaca buku

    kecil/kad bacaan serta menggunting/menampal. Murid-murid memerlukan rehat selepas

    menjalankan aktiviti yang aktif untuk menikmati hidangan makanan yang berkhasiat dan

    seimbang, mengamalkan nilai murni seperti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas

    selepas makan dan menggosok gigi serta menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti

    melihat buku bergambar, main komputer atau mendengar muzik perlahan dan lain-lain lagi.

    Aktiviti penamat ialah aktiviti yang terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di

    prasekolah. Aktiviti penamat ialah di mana murid dikehendaki memeriksa sekitar kelas sekiranya

    masih ada lagi peralatan atau bahan yang telah digunakan masih belum disimpan di tempat asal,

    murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan untuk melaksanakan aktiviti

    perbualan untuk berbincang atau berbual tentang pengalaman pembelajaran yang telah

    diperolehi pada hari tersebut, guru menyampaikan pesanan perkara-perkara yang perlu dilakukan

    di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya.

  • Contoh Aktiviti

    Tajuk : Amalan kebersihan tempat dan peralatan

    Cadangan masa 60 minit

    Tunjang utama Perkembangan Fizikal dan Estetika

    Standard pembelajaran utama

    (PFK 4.1.6) Membersihkan tempat dan

    peralatan yang digunakan

    Standard pembelajaran lain yang disepadukan

    (BM 2.1.3) Berbual menggunakan bahasa

    mudah dengan sebutan yang betul

    Objektif pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat :

    i) mengetahui cara membersihkan peralatan

    yang telah digunakan

    Kemahiran utama Membersihkan tempat dan peralatan yang

    digunakan

    Alatan dan bahan Carta bergambar, alat membersihkan tempat

    dan peralatan

    Langkah pengajaran:

    Guru menunjukkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan yang kotor dan tidak

    kemas seperti pinggan mangkuk yang kotor berlonggok, alat permainan yang kotor, lantai

    yang kotor. Guru meminta padangan murid tentang gambar yang dipamerkan.

    Guru bersoal jawab dengan murid tentang kenapa kita perlu menjaga kebersihan

    peralatan dan tempat tinggal serta bagaimana cara untuk membersihkannya.

    Guru menjelaskan kepada murid-murid tentang aktiviti yang akan dijalankan

    Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

  • Guru meminta murid untuk membersihkan peralatan seperti:

    Pinggan mangkuk

    Sudu

    Guru meminta murid menyatakan semula mengapa kita perlu menjaga kebersihan

    peralatan yang digunakan.

  • Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, pemilihan jenis-jenis pendekatan dan teknik pengajaran

    bergantung pada sesorang guru prasekolah. Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian

    dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Janganlah terlalu tinggi arasnya. Seorang juga guru

    haruslah menpunyai daya kreatif dan inovasi yang sangat tinggi unutk mempelbagaikan cara

    pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar

    sangat diperlukan untuk menarik perhatian dan menghasilkan suasana yang ceria dalam

    prasekolah. Hal ini kerana pada usia 4-6 tahun merupakan tahap perkembangan yang kritis dan

    kritikal terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Oleh itu,

    sebagai pendidik yang bakal mendidik kanak-kanak haruslah menimba ilmu sebanyak mungkin

    sebagai bekalan untuk mendidik kanak-kanak di masa akan datang.

    Arus zaman permodenan yang semakin melanda di negara ini membawa kepada

    perubahan taraf pendidikan yang semakin baik serta setanding dengan sistem pendidikan di luar

    negara. Semua pihak haruslah berkerjasama sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang

    memerlukan bantuana dan juga masalah pembelajaran. Memberikan peluang pendidikan yang

    sama rata dan adil kepada kanak-kanak. Akhir sekali, khususnya kepada ibubapa haruslah

    menyedari pentingnya pemilihan prasekolah untuk anak-anak pada usia ini dan sentiasa peka

    terhadap keperluan anak masing-masing untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia.

  • BIBLIOGRAFI

    Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.

    Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

    Angus, L. (1997). Studies in Educational Policy and Administration (Educational

    Government). Melbourne: Monash University.

    Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala

    Lumpur : PTS Profesional Publishing.

    Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti

    Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

    Educational Planning and Research Division. (2001). Education in Malaysia: A Journey to

    Excellence. Kuala Lumpur: Ministry of Education.

    Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul

    Ehsan.

    Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

    Sdn. Bhd.

    Institut Tadbiran Awam. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan

    Nasional Malaysia.

    Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

  • Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan

    Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala

    Lumpur : KPM

    Mohd. Taib Hashim. (1998). Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar Awam. Kuala

    Lumpur. INTAN.

    Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources

    Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.