DS 525.7 A995 1997
DS 525.7 A995 1997
Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNiVFiiS1TI MALAYSIA SARAWAK
ASEAN DAN KESELAMATAN SERANTAU P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADIMIK
111111111 11111111111111 1000246039
AZIZAH BINTI BAHARUDIN
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
Kajian Antarabangsa
Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak
1997
Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SINGKATAN NAMA
BAB 1: PENGENALAN KAJL4N
1.0 PENGENALAN
1.1 KENYATAAN MASALAH
1.2 OBJEKTIFKAJIAN
1.3 SKOP KAJIAN
1.4 METODOLOGI KAJIAN
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
1.6 LIMITASI KAJIAN
BAB 11 : KERANGKA TEORITIS
2.0 KAJIAN LEPAS
2.1 ORIENTASI TEORITIS ------
IV
V
vi
vii
1
1
3
4
5
5
6
6
7
7
12
BAB 111 : SEJARAH MODEN PEMBENTUKAN ASIA TENGGARA ---- 16
3.0 PENDAHULUAN
3.1 SEJARAH PERTUBUHAN ASIA TENGGARA
16
20
3.1.1 Colombo Plan 20
3.1.2 SEATO 20
3.1.3 Persatuan Asia Tenggara (ASA) 22
3.1.4 M ]HE[L DO 23
3.1.5 ASPAC 24
1
3.2 ALASAN-ALASAN PEMBENTUKAN ASEAN 25
3.. 2.1 Konfrontasi Malaysia-Indonesia 25
3.2.2 Penarikan Singapura daripada Malaysia 26
3.2.3 Masalah Komunis 27
3.3 PERSEPSI NEGARA-NEGARA ASEAN
3.4
3.3.1 Indonesia
3.3.2 Singapura
3.3.3 Filipina
3.3.4 Malaysia
3.3.5 Thailand
3.3.6 Brunei
PEMBENTUKAN ASEAN
BAB IV: PERANAN ASEAN DALAM MENJAMIN KESELAMATAN
SERANTAU
4.1 ZOPFAN ---- 4.2 PERJANJIAN PERSAHABATAN DAN KERJASAMA
4.3 FORUM SERANTAU ASEAN (ARF)
4.4 ZON BEBAS SENJATA NUKLEAR
4.5 ASEAN DAN KUASA-KUASA BESAR
4.5.1 ASEAN-Amerika
4.5.2 ASEAN-Soviet Union
4.5.3 ASEAN-China
4.6 SUMBANGAN ASEAN DALAM ISU KESELAMATAN
28
29
30
30
31
31
32
33
36
36
42
44
46
47
48
50
52
DI KEMBOJA 55
BAB V: ASEAN DAN ISU-ISU KESELAMATAN SERANTAU 61
5.0 PENDAHULUAN 61
5.1 ISU TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH 62
5.2 PEREBUTAN PULAU SPRATLY 64
11
5.3 ISU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU BATU PUTIH 68
5.4 PULAU SIPADAN DAN LIGITAN 70
BAB VI : MASA HADAPAN ASEAN DALAM KESELAMATAN SERANTAU DAN KESIMPULAN 72
LAMPIRAN 77
BIBLIOGRAFI 86
111
PENGHARGAAN
Bismillahirrahhmannirrahim, .....
Bersyukur ke hadrat Allah s. w. t, kerana dengan limpah kurniaNya, Latihan Ilmiah
ini berjaya disiapkan. Diucapkan setinggi perhargaan dan terima kasih saya kepada Encik
Andrew Aeria selaku penyelia, yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan yang tinggi
terhadap penghasilan Latihan I1miah ini.
Ucapan terima kasih dan kasih sayang yang tidak terhingga untuk abah, mak yang
bersusah payah dan sentiasa mendoakan kejayaan Gee selama ini. Tidak lupa juga terima
kasih kepada Kak long, Abang long serta adik-adik, Idah, Ya, Fauzi, Nurul, Nye, Nor,
Me dan Khir....... jangan hampakan impian mak dan abah serta teruskanlah perjuangan kita
sekeluarga.
Setinggi perhargaan juga diberikan kepada Dekan Fakulti Sains Sosial, Dr. Rashid
Abdullah dan juga bekas Ketua Program Kajian Antarabangsa iaitu Dr. Othman Yatim
serta anggota-anggota akademik UNIMAS, yang sedikit sebanyak telah membantu dalam
penghasilan Latihan Ilmiah ini.
Serta untuk teman-teman seperjuangan yang memberi sokongan moral
terutamanya, Aton, Ju, Lairy, Nor, Juli, Zah dan juga semua pelajar perintis UNIlViAS sesi
1993/94. Kalian banyak memberi perangsang selama saya berada di UNIMAS ini.
Teristimewa juga untuk Lan serta mereka yang turut terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menyiapkan Latihan Ilmiah ini.
TERIMA KASIH SEGALANYA.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mehhat peranan yang dimainkan oleh organisasi serantau di Asia Tenggara iaitu ASEAN. Tumpuan akan diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh organisasi ini sejak daripada tarikh penubuhannya, terutamanya dalam bidang politik dan bidang keselamatan. Ini kerana, walaupun matlamat utama ASEAN ditubuhkan ialah untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan sosiobudaya, tetapi ciri-ciri keselamatan adalah begitu penting dalam menjaminkan kestabilan serantau. Agak sukar untuk mencapai kemajuan dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosiabudaya jika masalah keamanan dan keselamatan serantau tidak tercapai. Lebl-lebih lagi rantau Asia Tenggara ini sering menghadapi ancaman-ancaman seperti pertelingkahan antara negara-negara, isu-isu keselamatan yang tidak diselesaikan lagi clan juga campurtangan kuasa-kuasa asing. Lagipun, jika diteliti peranan ASEAN di Asia Tenggara ini, pencapaian yang agak memuaskan adalah lebih kepada bidang politik berbanding dengan bidang ekonomi. Oleh itu, kajian ini mahu melihat akan sejauhmanakah keberkesanan peranan ASEAN dalam menjamin keselamatan serantau. Keadaan menjadi semakin mencabar apabila ASEAN meliputi sebanyak 10 buah negara dalam beberapa tempoh lagi. Walau bagaimanapun, kehadiran satu-satunya organisasi serantau di Asia Tenggara ini dilihat telah benar-benar dapat mewujudkan keamanan dan keselamatan serantau dan seterusnya meletakkannya sebagai sebuah organisasi serantau yang paling berjaya di Dunia Ketiga.
V
ABSTRACT
This study explores the role played by the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), a regional organization in South East Asia since it was first established. This study emphasizes the political aspect of ASEAN, especially its security aspect. Although the main objective of ASEAN is to enhance economic and socio-cultural, security, development and cooperation, remains an important factor in maintaining the stability of this region. This is important because the region is often in turmoil with confrontation occurring between countries; unresolved security issues as well as interference by foreign powers in the region. It is obvious that political growth ensures sound economic growth. Thus, this study evaluates the effectiveness of ASEAN in ensuring regional security. The present situation may change as ASEAN will soon expand to include 10 countries as members in near future. Nevertheless, the appearance of this single regional organization in South East Asia is seen as ensuring harmony and safety. This situations makes ASEAN one of the most successful regional organizations in the Third World.
vi
SENARAI SINGKATAN KATA
AMDA
AMM
ARF
ASA
AS
ASEAN
ASPAC
CBMs
FPDA
JIM
MAPHII, INDO
OIc
PBB
SEANWFZ
SEATO
SNC
U. N
UNAMIC
UNTAC
ZOPFAN
Anglo-Malaya Defence Agreement
ASEAN Ministerial Meeting
ASEAN Regional Forum
Association of Southeast Asia
Amerika Syarikat
Association of Southeast Asian Nations
Asian and Pacific Council
Confidence Building Measures
Five Power Defence Arrangement
Jakarta Informal Meeting
Malaysia, Philippines, Indonesia
Organizations of the Islamic Conference
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Southeast Asian Nuclear Weapons Free Zone
Southeast Asia Treaty Organization
Supreme National Council
United Nations
United Nations Advance Mission in Cambodia
United Nations Transitional Authority in Cambodia
Zone of Peace, Freedom and Neutrality
vii
1131, -; x
I nAJ3 A
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
"Association of Southeast Asian Nations" atau singkatan namanya ASEAN
telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Pertubuhan ini adalah kesan daripada
tementerainya perjanjian di antara beberapa bush negara di Asia Tenggara, demi untuk
kemajuan daripada segi ekonomi, politik dan sosial. Pertubuhan yang ditubuhkan ini
ialah untuk menjalinkan kerjasama serantau di kalangan negara-negara di Asia
Tenggara. Penubuhannya adalah menandakan permulaan era baru di rantau ini kerana
selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Asia Tenggara tidak dapat lari daripada situasi
yang tidak stabil berikutan daripada beberapa masalah yang timbul seperti
pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan beberapa lagi. Justeru itu, kata sepakat
telah dicapai dan inilah yang membawa kepada pembentukan sebuah pertubuhan yang
akan bertanggungjawab untuk menjaga rantau Asia Tenggara ini.
Pencapaian dan kejayaan dalam bidang ekonomi dan politik rantau Asia
Tenggara ini tidak begitu menjanjikan keamanan dan kedamaian kepada rantau ini.
Oleh itu, sebuah pertubuhan yang berbentuk keselamatan' dan pertahanan di rantau ini
adalah sangat penting selain daripada berperanan untuk meningkatkan ekonomi dan
' Keselamatan boleh didefinisikan sebagai pemeliharaan dan perlidungan nilai-nilai asas yang minimum seperti kebebasan politik dan integrasi wilayah. Keselamatan boleh dilihat daripada tahap individu, negara, rantau dan diperingkat dunia. la mempunyai maksud yang lebih luas daripada istillah pertahanan. (Balakrisnan, 1989: 10) Menurut Mak, (1986) penyelidik kanan di ISIS Malaysia, keselamatan boleh didefinisikan sebagai merangkumi gagasan luar dan dalam yang memainkan peranan terhadap kestabilan sesebuah negara. la bukan hanya melibatkan langkah-langkah mengekalkan undang-undang clan ketenteraman dalam negara, mengawal kegelisahan dalaman dan menentang atau mengerunkan pencerobohan dari kuasa luar tetapi strategi sosial, ekonomi dan politik hendaklah dianggap sama penting dalam usaha kestabilan dan kemakmuran negara. (Mak J N. 1986: 1)
1
2
sosial di rantau Asia Tenggara ini. Ini bukanlah bermakna Asia Tenggara memerlukan
sebuah pertubuhan ketenteraan untuk menjaga keamanan dan keselamatan serantau
tetapi hanya sebagai sebuah pertubuhan yang dapat meningkat kerjasama dan
menjalankan prinsip diplomasi bagi menyelesaikan sesuatu pertikaian di antara negara-
negara Asia Tenggara. Namun begitu, ASEAN memang telah sekian lama terhimpit
dengan keadaan semasa Perang Dingin dan isu-isu yang menjadi duri dalam daging
seperti Perang Vietnam, masalah-masalah sempadan dan nampaknya sekarang telah
mula melihat kepada soal keselamatan selepas menunjukkan kerjasama dalam bidang
diplomasi dan ekonomi. Contohnya, masalah tentang tuntutan Filipina terhadap Sabah.
Sehingga sekarang, fail mengenai isu ini tidak lagi ditutup walaupun tidak ada sebarang
tindakan yang dilakukan. Kebarangkalian masalah ini akan menimbulkan keruncingan,
tidak dapat disangkalkan lagi. Maka negara-negara terbabit dan ASEAN mesti berjaga-
jaga demi keharmonian rantau ini khasnya. Adakah ASEAN benar-benar dapat
menjaga keselamatan serantau ini ?.
Will the real ASEAN please stand up? Is it the meek, inward-looking grouping that hangs together without real cohesion, that has achieved all too little in its internal arrangements, or the dynamic, confident, solid front that fears no one, can face the world with confidence and even now becoming a pacesetter and former of world opinion?
(Antolik M, 1990: 3)
Walau bagaimanapun, apa yang pasti tertubuhnya ASEAN semestinya mahu
mencapai objektif tertentu demi kepentingan negara-negara serantau. Pada masa kini
negara-negara Asia Tenggara mulai sedar tentang betapa pentingnya sebuah organisasi
yang dapat menjaga rantau ini dan mewakili suara-suara mereka ke peringkat
antarabangsa. Lagipun sebarang pertikaian yang wujud di Asia Tenggara ini diharap
akan dapat diuruskan dengan sebaik mungkin oleh sebuah badan yang telah diiktiraflcan
oleh rantau ini. Walaupun selama ini badan dunia telah diwujudkan, tetapi atas prinsip
3
tidak campurtangan kepada hal-hal dalaman telah menyebabkan sebarang tindakan
adalah terbatas. Lebih-lebih lagi sepatutnya sebarang pengurusan terhadap sebarang
pertikaian adalah lebih bermakna jika negara-negara yang terlibat yang sama-sama
mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikannya.
Walau bagaimanapun, adakah ASEAN telah benar-benar berjaya dalam
mencapai objektifnya terutamanya demi untuk keselamatan serantau. Oleh itu, kajian
ini akan meneliti akan keberkesanan organisasi ini dalam mencapai antara objektifnya
yang utama iatu menjaga keamanan dan keselamatan serantau. Kajian ini hanya akan
membincangkan mengenai keselamatan serantau sahaja dan tidak akan menyentuh
langsung mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial kerana sekarang
keselamatan serantau adalah satu topik yang penting demi keamanan serantau.
1.1 KENYATAAN MASALAH
Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang tidak dapat lari daripada
menghadapi konflik-konflik yang bukan sahaja dari luar tetapi juga konflik-konflik
dalaman. Sejak dulu lagi, rantau Asia Tenggara ini menjadi rebutan negara-negara
besar. Sebagai buktinya hampir kesemua daripada negara Asia Tenggara ini pernah
ditakluki dan dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Britian, AS, Soviet Union, Jepun,
Belanda dan beberapa lagi.
Untuk tempoh seketika semasa Perang Dunia Kedua berlangsung, negara- negara Asia Tenggara itu, kecuali Thailand telah berada dalam genggaman sebuah kuasa di Asia pula iaitu Jepun. Selepas perang tamat, kuasa-kuasa barat
sebelumnya kembali berkuasa semula, walaupun tidak lama kerana selepas itu
negara-negara ini diberi kemerdekaan. Jelas bahawa sejak beberapa ratus tahun, Asia Tenggara telah menjadi gelanggang perebutan kuasa-kuasa utama dunia terutamanya negara Eropah
(Wariya, 1989: 179)
4
Kenyataan ini menjelaskan bahawa sememangnya, Asia Tenggara merupakan
sebuah rantau yang penuh dengan konflik dan cabaran. Keadaan ini menyebabkan
ASEAN telah ditubuhkan, lebih-lebih lagi berlakunya kegagalan di dalam organisasi-
organisasi serantau sebelum ini seperti Southeast Asia Treaty Organization (SEATO),
Association of Southeast Asia (ASA), MAPHILINDO (Malaysia-Philippines-
Indonesia) dan beberapa lagi. Selain itu, sehingga sekarang masih lagi wujud
pertikaian-pertikaian politik di antara negara-negara ini terutamanya mengenai
pertindihan wilayah.
ASEAN ditubuhkan demi meningkatkan ekonomi dan kemajuan sosial di
samping demi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara ini. Oleh itu, kajian
ini mahu mengenalpasti adakah ASEAN berjaya mencapai matlamatnya untuk menjaga
keselamatan serantau lebih-lebih lagi sehingga sekarang masih lagi terdapat isu-isu
yang menjejaskan perhubungan antara negara-negara anggota. Pada awal penubuhan
ASEAN, ramai yang berpendapat bahawa ASEAN akan terkubur juga seperti
organisasi-organisasi serantau sebelumnya. Oleh itu, kajian ini juga mahu melihat
sejauhmanakah perjuangan ASEAN dalam menjaga keamanan di dalam negara ini
melalui prinsip musyawarah dan muafakat di samping konsep-konsep keselamatannya.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan khusus.
Objektif umum dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah pencapaian
ASEAN dalam menjamin keamanan dan keselamatan serantau dan adakah organisasi
ini berjaya dalam mencapai matlamatnya untuk menjaga keamanan rantau Asia
Pusat Khidmat Maldumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 5
Tenggara ini atau hanya bertindak sebagai sebuah pertubuhan daripada segi nama
sahaja.
Objektif khusus dalam kajian ini pula ialah bertujuan untuk mengenalpasti
sumbangan-sumbangan ASEAN di dalam keselamatan serantau serta mahu mellat
kesan campurtangan negara-negara luar sejak daripada penubuhannya terutamanya
penglibatan mereka di dalam konflik-konflik di rantau Asia Tenggara. Kajian ini juga
mahu mengkaji isu-isu yang dijangka akan menggugat keselamatan serantau di Asia
Tenggara ini. Ini kerana isu-isu tersebut sedikit sebanyak akan menyebabkan
berlakunya pertelingkahan antara negara-negara anggota dan seterusnya akan
menggugatkan keamanan di rantau Asia ini khasnya dan menggangu perjalanan
ASEAN amnya.
1.3 SKOP KAJ7AN
Kajian ini akan meninjau peranan ASEAN sejak tahun 1967 sehingga sekarang.
Walau bagaimanapun pengkaji akan menerangkan mengenai organisasi-organisasi yang
lebih awal ditubuhkan serta alasan-alasan yang menyebabkan ASEAN ditubuhkan. Ini
adalah kerana pengkaji ingin mellat dengan jelas keberkesanan ASEAN dan
pencapaian organisasi ini. Tumpuan kajian ini adalah hanya mengenai keselamatan
serantau walaupun ASEAN merupakan sebuah pertubuhan ekonomi kerana sejak mula
organisasi ini ditubuhkan ia lebih menitikberatkan kepada soal-soal keselamatan.
1.4 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi yang digunakan di dalan kajian ini adalah kaedah penyelidikan
perpustakaan. Ini adalah kerana kajian ini hanya berasaskan isu-isu semasa dan agak
6
global. Metodologi ini adalah yang paling baik digunakan kerana kajian ini mengambil
isu-isu yang telah dan sedang berlaku. Selain daripada buku-buku, penulis akan
merujuk kepada journal journal, artikel-artikel daripada majalah-majalah dan juga
akhbar-akhbar tempatan di samping itu dengan bantuan kemudahan CD-Rom
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah merupakan satu usaha dalam mengadakan
penyelidikan dalam bidang keselamatan ASEAN yang dapat melengkapi kajian-kajian
lain yang masgi lagi kekurangan.
Kajian ini juga diharap dapat membantu untuk menjalankan kajian yang
seterusnya di dalam bidang keselamatan serantau khususnya Asia Tenggara yang lain
seperti dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji seterusnya.
1.6 LIMITASI KAJIAN
Limitasi kajian yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji ialah pengkaji sukar untuk
mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kajian ini. Ini adalah kerana isu-isu
keselamatan yang bertepatan dengan tajuk kajian ini tidak banyak mendapat kajian
daripada pengkaji-pengkaji yang lain.
Selain itu, memandangkan UNIMAS adalah sebuah universiti baru, maka
banyak kekurangan untuk mendapatkan bahan-bahan kajian. Oleh itu pengkaji
memerlukan kos yang tinggi dalam mendapatkan sumber yang berkaitan dengan kajian
yang mana pengkaji terpaksa mencari bahan di perpustakaan-perpustakaan di
universiti-u. niversiti tempatan yang lain.
Bx AB2
BAB II
KERANGKA TEORITIS
2.0 Kajian Lepas
Sebenarnya, terdapat beberapa kajian yang telah dibuat yang membincangkan
mengenai peranan ASEAN dalam Keselamatan Serantau seperti apa yang ditulis oleh
Balakrisnan K. S. (1989) di dalam bukunya yang bertajuk ASEAN: Sumbangan Ke
Arah Keselamatan Serantau. Balakrishnan telah membincangkan peranan ASEAN
dan sumbangannya ke atas keselamatan serantau dengan mengutarakan konsep
ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) iaitu dengan Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali. Ia juga meliputi perhubungan negara-negara anggota ASEAN dengan
negara-negara besar seperti Amerika, Soviet Union dan China di Asia Tenggara di
samping peranan sebenar ASEAN dalam menyelesaikan konflik di Asia Tenggara
seperti konflik di Kemboja. Kajian ini juga, turut memaparkan mengenai kerjasama
ekonomi serta mengutarakan isu-isu keselamatan serantau yang menganggu-gugatkan
perhubungan di antara negara di rantau Asia Tenggara ini selain daripada kerjasama-
kerjasama yang dilaksanakan bersama di antara negara-negara Asia Tenggara yang
lebih menumpukan kepada hubungan bilateral.
Secara keseluruhannya, Balakrisnan membincangkan tentang peranan dan
sumbangan ASEAN di dalam keselamatan serantau di samping usaha-usaha
pertubuhan ini untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan taraf ekonomi negara-
negara anggota.
Leifer M., (1989) ASEAN And The Security Of South-East Asia,
menghuraikan bagaimana negara-negara anggota di dalam organisasi ASEAN ini cuba
7
8
untuk berdepan dengan masalah keselamatan serantau. Kajian ini juga menunjukkan
tentang sifat dan peranan ASEAN sebagai sebuah organisasi yang bermula pada tahun
1967. Selain itu, kajian ini menghuraikan kelemahan yang timbul akibat terdapatnya
perbezaan pendapat don perspektif antara negara-negara anggota. Buku ini turut
membincangkan tentang konflik yang berlaku di Kampuchea yang sedikit sebanyak
telah memberi kesan kepada keamanan serantau di samping beberapa tindakan
perundingan dan diplomasi yang dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, Leifer menceritakan mengenai keselamatan serantau
dan lebih menitikberatkan isu-isu keselamatan terutamanya isu Kemboja serta masa
hadapan organisasi ini dalam bidang keselamatan serantau.
Seorang lagi penulis yang mengutarakan mengenai peranan ASEAN di Asia
Tenggara ini ialah Rajendran M. (1985) ASEAN's Foreign Relations : The Shift to
Collective Action. Rajendran cuba memaparkan evolusi ASEAN sejak daripada tahun
1967 di samping persepsi negara-negara yang menyertai organisasi ASEAN ini ke arah
tindakan bersama. Kajian ini memperlihatkan tentang kerjasama di antara negara-
negara anggota dalam menghadapi segala masalah di Asia Tenggara ini sama ada
daripada segi keselamatan dan ekonomi serantau sebagai contoh, bagaimana negara-
negara ASEAN ini bersama-sama mahu menyelesaikan masalah konflik di Kemboja,
masalah pelarian Indochina dan beberapa lagi. . Buku ini sebenarnya lebih
menitikberatkan mengenai tindakan negara-negara anggota ASEAN dalam
perhubungan bersama tidak kira daripada segi politik, ekonomi dan turut juga
dinyatakan hubungan tersebut dengan negara-negara besar yang lain.
Secara kesimpulannya, Rajendran cuba menunjukkan perhubungan di antara
negara-negara anggota serta hubungan mereka dengan kuasa besar yang lain yang
9
berpengaruh di Asia Tenggara. Selain itu is memperlihatkan kerjasama dan tindakan
bersama yang dijalankan di antara negara-negara ini dalam menghadapi sebarang
masalah yang muncul melalui saluran diplomasi yang berkesan.
Menurut Noordin Sopiee, (1992), ASEAN and Regional Security, beliau
tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai peranan ASEAN dalam
Keselamatan Serantau. Beliau mahu memperlihatkan akan kepentingan ASEAN di Asia
Tenggara jika organisasi ini tidak ditubuhkan. Lebih-lebih lagi untuk menyelamatkan
keadaan yang berlaku di Asia Tenggara ini. Oleh itu, daripada kajian ini, is dapat
memperlihatkan akan sumbangan ASEAN di dalam keselamatan masyarakat ASEAN
dan keselamatan serantau. Menurut Sopiee, kita dapat melihat bahawa organisasi
ASEAN ini amat-amat diperlukan untuk menjaga situasi di Asia Tenggara ini lebih-
lebih lagi demi untuk menyelesaikan masalah antara negara-negara serta menjalinkan
hubungan yang lebih erat antara negara-negara anggota ASEAN tersebut.
Sebagai rumusannya, tulisan Sopiee telah mewunjukan pen pentingnya
organisasi ASEAN untuk menyelesaikan sebarang masalah keselamatan serantau di
Asia Tenggara ini di samping mewujudkan kerjasama antara negara-negara yang lain
dengan mengutamakan prinsip-prinsipnya pertubuhannya.
Simon (1994) dalam artikelnya ASEAN Security in the 1990s,
membincangkan mengenai situasi keselamatan di Asia Tenggara di samping pertubuhan
ASEAN. la membincangkan mengenai keupayaan milker antara negara-negara
ASEAN di samping hubungan dengan kuasa-kuasa besar. Selain itu juga dikemukakan
mengenai isu-isu yang belum diselesaikan serta ancaman-ancaman yang timbal di Asia
Tenggara ini yang dihadapi oleh ASEAN iaitu seperti Isu Kemboja, pertikaian Spratly
dan Laut China Selatan. Kajian ini , jugs membincangkan mengenai peranan dan mass
10
depan ZOPFAN di Asia Tenggara. Simon juga turnt membincangkan kerjasama
ekonomi dan politik ASEAN dengan negara-negara Indochina selepas berakhiraya
konflik yang berlaku di Kemboja. Secara keseluruhannya, kajian ini menghuraikan
peranan ASEAN di Asia Tenggara dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
berbangkit serta mass hadapannya.
Paridah Abdul Samad dan Mokhtar Muhammad (1995) "ASEAN's Role and
Development as a Security Community" juga telah membuat kajian mengenai
peranan ASEAN melalui satu "Security Community" dan menerangkan bahawa
ASEAN kemungkinan boleh bertindak sebagai sebuah organisasi keselamatan dan
pertahanan. Seperti apa yang didefinisikan oleh Deutsch K, ialah:
"..... as a group of states whose members share dependable expectations of peaceful change in their relations and rule out the use of force as means of problem-solving"
(dalam Abd Samad & Muhammad, 1995: 67)
Apa yang pasti, kata kunci bagi "Security Community" ini ialah setiap ahli
anggota ASEAN ini akan menyelesaikan segala pertikaian tanpa menggunakan
kekerasan ataupun hanya melibatkan perbincangan dan diplomasi kerana mereka
menganggap mereka sebagai satu komuniti yang rapat. Walau bagaimanapun agak
sukar untuk mencapai keadaan ini kerana terdapat beberapa faktor yang menganggu
pencapaian ini.
" Since ASEAN has not yet reached the stage of a "security community", the form of ASEAN "defence community" is also unlikely by the obstacles of unresolved intra-ASEAN disputes, eventhough no member would seriously consider to use force against another to settle the disputes".
(dalam Abd Samad & Muhammad, 1995: 73)
Secara keseluruhan Samad dan Muhammad, menghuraikan dan menerangkan
antara pro dan kontra sama ada ASEAN boleh bertindak sebagai sebuah "security
community" ataupun sebagai "defence community".
11
Artikel Khong Kim Hoong dan Abdul Razak. (1987) " Security Co-operation
in ASEAN" turut juga membincangkan mengenai peranan ASEAN di dalam kerjasama
keselamatannya. Artikel ini membincangkan mengenai kerjasama di rantau Asia
Tenggara seperti perjanjian mengenai pertahanan antara negara-negara anggota serta
isu-isu yang timbul yang menggugat keselamatan di rantau ini seperti masalah
komunis, masalah Kemboja, campurtangan negara-negara besar dan lain-lain lagi.
Artikel ini banyak membincangkan tentang masalah yang wujud akibat daripada perang
Dingin yang berlaku pada masa itu serta membincangkan mengenai kerjasama antara
negara-negara anggota terutamanya daripada segi penyediaan kelengkapan senjata dan
ketenteraan serta masalah yang dihadapi akibat daripada penyediaan tersebut.
Secara kesimpulannya, kajian-kajian lepas mengenai ASEAN dan keselamatan
serantau masih tidak begitu terperinci dan luas tentang peranan yang dimainkan oleh
ASEAN. la hanya banyak mengetengahkan tentang isu Vietnam iaitu kesan daripada
Perang Dingin, masalah komunis dan campurtangan kuasa-kuasa besar. Selain itu,
kajian-kajian lepas ini juga hanya menyatakan tentang pencapaian konsep ZOPFAN
yang dilaung-laungkan oleh organisasi ASEAN tersebut. Masalah-masalah lain tidak
begitu ditimbulkan seperti pertindihan tuntutan dalam sesebuah kawasan.
Oleh itu, penulis bermatlamat untuk menganalisis mengenai peranan ASEAN
dalam keselamatan serantau dengan lebih terperinci dan lebih terkini. Kajian juga
dibuat untuk meliihat isu-isu terkini yang dijangka akan menggugatkan keamanan
serantau ini. Selain itu, penulis juga akan menerangkan mengenai ASEAN Regional
Forum (ARF) sebagai alternatif yang baru yang diwujudkan oleh ASEAN untuk
mencapai kerjasama keselamatan yang merangkumi rantau Asia Pasifik.
12
2.1 ORIENTASI TEORITIS
ASEAN telah dilihat sebagai organisasi serantau yang muncul bagi menjalankan
fungsi keselamatan. Ketegangan yang timbul akibat kebangkitan Komunisme di
Vietnam dan kepentingan politik kuasa-kuasa besar di rantau ini menyebabkan negara-
negara di Asia Tenggara yang bukan komunis telah bersatu di bawah payung ASEAN.
Inilah seperti yang diutarakan oleh Balakrisnan, Leifer. Sopiee dan beberapa pengkaji
yang lain tentang peri pentingnya ASEAN sebagai sebuah organisasi untuk menjaga
keamanan dan keselamatan serantau. Asas ke arah semangat keserantauan ini wujud
kerana terdapatnya homogeniti dalam ideologi, sistem politik, ekonomi dan sosial.
Keadaan ini ditambah lagi dengan kewujudan masalah-masalah keselamatan yang
memerlukan tindakan bersama demi kesejahteraan bersama.
Sebenarnya, satu perkembangan yang amat menarik sejak tahun 1945 iaitu
selepas perang Dunia Kedua ini ialah berlakunya pertumbuhan pesat dalam kelahiran
organisasi-organisasi serantau. Organisasi serantau ini adalah merupakan satu usaha
bagi menyatukan negara-negara di dalam satu organisasi yang bersifat kecil sedikit iaitu
berbentuk serantau. Selalunya pertubuhan serantau ini adalah satu pertubuhan yang
berada dalam lingkungan yang mempunyai kedudukan geografi yang sama dan
berhampiran yang terikat dengan kepentingan-kepentingan bersama. Seperti apa yang
diutarakan oleh A. Leroy Bennet,
".... ,a regional organization is a segment of the world bound together by
common set of objectives based on geographical, social, cultural, economic or political ties and possessing a formal structure provided for in formal intergovernmental agreements".
(Bennet, 1995: 230)
13
Ini menunjukkan bahawa organisasi serantau lahir di kalangan negara-negara
yang mempunyai kedudukan geografi yang berdekatan, sosial, ekonomi, budaya,
politik yang agak sama di samping mempunyai kepentingan-kepentingan yang sama.
Walau bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa organisasi serantau hanya meliputi di
kawasan geografi yang sama seperti Pertubuhan North Atlantic Treaty Organization
(NATO) yang mana pertubuhan ini melampaui keupayaan serantau.
Namun begitu, yang pasti keadaan yang menyebabkan sesebuah rantau itu
memerlukan sebuah organisasi di kawasan mereka adalah untuk menjaga hal-ehwal
serantau dan termasuklah di rantau Asia Tenggara. Setelah negara-negara besar
terutamanya AS yang mengurangkan komitmennya di Asia Tenggara ini, negara-
negara Asia Tenggara telah bertemu untuk mewujudkan sebuah pertubuhan serantau.
Serantau atau Regionalism adalah dilihat sebagai alternatif ke arah pembentukan satu
fahaman dunia yang lebih dikenali sebagai globalism. la juga menjadi asas terhadap
penubuhan organisasi serantau mengikut sifat-sifat keserantauan yang wujud.
(Balakrishnan, 1989: 12)
Menurut sarjana lain pula, Canton L. dan Spiegel S., regional merupakan;
" one state, or of two or more proximate and interacting states which have some common ethnic, linguistic, culture, social and historical bond and whose sense of identity is sometimes increased by the actions and attitudes of states external to the system.
(dim, Dougherty & Pfaltzgraff Jr, 1990: 163)
Sebenarnya proses ke arah pembentukan keserantauan ini mempunyai fungsi
untuk memenuhi segala keperluan dan kepentingan negara-negara yang terlingkung di
dalam satu kawasan serantau. Itulah apa yang terjadi kepada pembentukan ASEAN.
ASEAN ialah sebuah organisasi serantau yang bertindak sebagai sebuah pusat interaksi
bagi negara-negara Asia Tenggara. Ini kerana sebenamya ASEAN mahu berfungsi