Pengenalan Pemuliharaan in- situ ( in-site ) merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan mewartakan kawasan-kawasan tertentu sebagai taman negara, hutan simpan kekal dan taman laut. Di Malaysia, terutamanya di bahagian Semenanjung, sumber hutan semula jadinya dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Hutan Pedalaman Kering, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Bakau. Secara keseluruhannya, sebanyak 15.5 million hektar kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang meliputi Semenanjung Malaysia seluas 4.9 million hektar, Sabah 3.6 million hektar dan Sarawak seluas 7 hektar ( Prof Dr Nik Muhamad Majid, 2011 ). Selain hutan, taman laut juga adalah jenis pemuliharaan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Payar. Taman laut adalah kawasan yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Tidak semua kawasan sesuai diwartakan sebagai taman laut. Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan. Selain itu, pewartaan taman laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan. Pemuliharaan ex-situ ( off-site ) merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama ada flora dan fauna di luar habitat semula jadinya. Bagi flora, spesies tumbuhan diambil dari habitat asalnya dan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel yang diambil merangkumi semua bahagian tumbuhan bagi menyediakan bahan untuk tujuan penyelidikan yang berterusan di samping memastikan sumber biologinya sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pengenalan
Pemuliharaan in- situ ( in-site ) merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah
ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan mewartakan kawasan-kawasan
tertentu sebagai taman negara, hutan simpan kekal dan taman laut. Di Malaysia, terutamanya
di bahagian Semenanjung, sumber hutan semula jadinya dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
Hutan Pedalaman Kering, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Bakau. Secara
keseluruhannya, sebanyak 15.5 million hektar kawasan tersebut telah diwartakan sebagai
Hutan Simpan Kekal yang meliputi Semenanjung Malaysia seluas 4.9 million hektar, Sabah 3.6
million hektar dan Sarawak seluas 7 hektar ( Prof Dr Nik Muhamad Majid, 2011 ).
Selain hutan, taman laut juga adalah jenis pemuliharaan in-situ seperti Taman Laut di
Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Payar. Taman laut adalah kawasan yang dilindungi,
biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik.
Tidak semua kawasan sesuai diwartakan sebagai taman laut. Hanya kawasan yang berpotensi
seperti kawasan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan. Selain itu, pewartaan taman
laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti
berasaskan perikanan.
Pemuliharaan ex-situ ( off-site ) merupakan pemuliharaan terhadap organisma sama
ada flora dan fauna di luar habitat semula jadinya. Bagi flora, spesies tumbuhan diambil dari
habitat asalnya dan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel yang diambil
merangkumi semua bahagian tumbuhan bagi menyediakan bahan untuk tujuan penyelidikan
yang berterusan di samping memastikan sumber biologinya sentiasa mencukupi bagi
meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan. Bagi fauna, spesies yang dikategorikan
terancam atau mengalami kepupusan akan dilindungi serta dibiak bakanya dalam kurungan
atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat asalnya. Apabila saiz populasi
tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai, maka barulah fauna tersebut
dilepaskan ke habitat semula jadinya. Antara program pemuliharaan ex-situ ialah Zoo dan
Akuaria, Taman Botani dan Arboreta serta Bank Benih.
Walau bagaimanapun, strategi jangka panjang yang terbaik bagi memelihara dan
memulihara biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semula jadinya iaitu in-
situ ( in-site ). Salah satu contoh berkaitan program pemuliharaan in-situ ( in-site ) ialah
pemuliharaan Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang yang terletak dalam Daerah Larut Matang,
Perak. Lebih dikenali dengan nama Hutan Paya Laut Matang, kawasan ini telah diwartakan
sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906.
Pembentukan Hutan Paya Bakau
Paya bakau atau paya laut merupakan spesies yang berasal dari pelbagai keluarga
tumbuhan yang berbeza dari segi habitat pesisir ( pantai ). Sekiranya sesuai dengan
persekitaran, paya bakau boleh membentuk hutan yang luas dan produktif. Paya terbentuk
akibat pengenapan lumpur dan selut yang dibawa oleh sungai dan laut. Kawasan sedemikian
merupakan habitat baru. Akan tetapi, kebanyakan tumbuhan tidap dapat mengklonikannya
kerana beberapa sebab, iaitu :
(a) Tanah lumpurnya yang lembut tidak dapat menyokong tumbuhan.
(b) Tanahnya yang bertakung air mengandungi oksigen yang kurang untuk respirasi akar.
(c) Air laut yang masin ( bertekanan osmosis tinggi ) cenderung menarik air keluar daripada
akar secara osmosis dan mengakibatkan pengdehidratan.
(d) Biji benih mudah tenggelam dan mati lemas di dalam tanah lembut yang bertakung air.
(e) Kawasan paya itu terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Ini mempercepatkan
berkadar transpirasi dan meninggikan risiko kehilangan air yang melampau.
Hanya pokok bakau yang dapat hidup di kawasan sedemikian. Semua tumbuhan bakau
adalah tumbuhan halofit, iaitu tumbuhan yang mempunyai kebolehan hidup di tanah yang
kandungan garamnya tinggi. Namun demikian, setiap spesies memperlihatkan pendekatan
yang berbeza untuk menyelasaikan masalah perubahan kemasinan air dan tanah yang
bergenang air. Secara amnya, pokok bakau mempunyai ciri-ciri penyesuaian berikut sebagai
mengatasi masalah yang telah dinyatakan sebelum ini. Ciri-ciri tersebut adalah :
(a) Sistem akarnya yang bercabang meluas dapat mengeratkan dan menyokongnya dalam
tanah yang lembut.
(b) Kebanyakan pokok bakau mempunyai akar pernafasan yang dinamakan pneumatofor.
Pneumatofor menjulur keluar dari tanah. Pada permukaan pneumatofor, terdapat
bukaan yang dinamakan lentisel. Pneumatofor dapat menyerap oksigen atmosfera
melaluinya.
(c) Akar pokok bakau dapat menahan air masin di sekelilingnya. Sap sel akarnya
mempunyai kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, tekanan osmosisnya tinggi. Ini
dapat mengurangkan kehilangan air ke persekitaran. Sebaliknya, air laut akan
memasuki akar secara osmosis. Garam berlebihan yang memasuki pokok disingkirkan
melalui liang yang dinamakan hidatod di epidermis bawah daun.
(d) Kebanyakan pokok bakau mempunyai biji benih vivipariti, iaitu biji benih yang boleh
membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda ketika ia masih lagi barada pada
pokok induk. Anak benih ini kemudiannya jatuh daripada pokok induk dan tertanam
dalam tanah. Radikel panjang yang tumbuh membantu mengeratkan pucuknya supaya
menjauhi tanah. Dengan ini, anak benih tidak mati lemas dan juga tidak dihanyut ke laut.
(e) Daun pokok bakau mempunyai kutikel yang tebal serta stoma terbenam untuk
mengurangkan transpirasi. Daunnya yang tebal, liat dan sukulen menyimpan air di
dalamnya.
Pokok bakau yang menjadi perintis di kawasan paya sedemikian ialah Avicennia sp.
( pokok api-api putih ) dan Sonneratia sp. ( pokok perepat ). Kedua-duanya mempunyai sistem
akar ceracak yang bercabang luas dengan banyak pneumatofor berbentuk asparagus. Sistem
akar ini juga membantu memerangkap lebih banyak lumpur. Lama-kelamaan, pantai paya
menjadi menjadi lebih tinggi dan lebih kering. Keadaan ini pula sesuai untuk sejenis pokok
bakau yang lain, iaitu Rhizophora sp. ( bakau minyak ). Maka secara beransur-ansur,
Rhizophora sp. menggantikan pokok perintis tersebut. Rhizophora sp. ini mempunyai akar
jangkang untuk menyokongnya dalam tanah yang masih lembut. Manakala biji benihnya pula
menunjukkan sifat vivipariti yang nyata. Akarnya memerangkap lebih banyak lagi lumpur.
Sementara itu, Rhizophora sp. yang tua dan mati serta daunnya yang gugur
menambahkan humus kepada tanah. Lama-kelamaan, pantai paya menjadi lebih tinggi lagi.
Tanahnya semakin padat, semakin subur dan kurang masin kerana hanya dilimpahi air laut
ketika air pasang. Keadaan sebegini sesuai pula untuk pokok bakau yang lain, iaitu Bruguiera
sp. ( tumu merah ). Bakau ini mempunyai akar banir untuk menyokongnya. Semasa
pengenapan tanah diteruskan, pantai paya yang baru terbentuk mengunjur ke laut. Pantai lama
semakin menjauhi laut dan tanahnya semakin menyerupai tanah daratan. Pokok kelapa, nipah
dan Pandanus sp. akan tumbuh dan menyesarkan pokok Bruguiera sp. . Ini diikuti oleh
pertumbuhan pokok daratan yang lain. Akhirnya sebuah hutan hujan tropika yang merupakan
komuniti klimaks bagi proses sesaran di paya bakau terbentuk. Keseluruhan proses ini
memakan masa beratus tahun. Akan tetapi, kita dapat melihat peringkat sesaran ini apabila kita
berjalan dari pantai paya menuju ke kawasan pedalaman.
Rajah 1 Jenis-jenis akar pokok bakau
Hutan Paya Laut Matang
Hutan Paya Laut Matang yang terletak di Kuala Sepetang Wetlands merupakan
sebahagian daripada 40,537.6 hektar Hutan Simpan Paya Bakau Matang. Ia terletak 10
kilometer ke Barat Taiping. Manakala jarak ke Selat Melaka sejauh 15 kilometer sahaja.
Kawasan paya bakau ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906. Kini,
Kawasan ini terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pengurusan hutan bakau terbaik di
dunia. Kawasan ini sangat kaya dengan kepelbagaian hidupan liar yang dapat menggalakkan
pecinta alam semula jadi untuk berkunjung dan meneroka tanah lembapnya serta sumber-
sumber yang ada di situ. Berhampiran kawasan rizab ini adalah program silvikultur bagi
Rhizophora, Lenggadai laut dan hutan berus yang dijalankan secara profesional oleh Jabatan
Perhutanan Negeri Perak. Program ini juga merupakan program pembiakan bagi pelbagai
spesies krustasea laut termasulah ketam, udang kecil, udang kara, belangkas dan udang serta
ikan dan kerang-kerangan. Selain itu, Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi Pulau
Kelumpang ( High Conservation Value Forest , HCVFs ) yang merupakan tapak perkuburan
pra-sejarah terletak kira-kira 18.6 kilometer dari hutan ini. Pengunjung boleh ke sana dengan
menaiki bot yang disediakan di jeti.
Berdasarkan pemerhatian di kawasan Paya Bakau Kuala Sepetang ini, saya
berpendapat komuniti bakau ini sangat unik. Kedua-dua hidupan daratan dan akuatik ditemui di
sebatang pokok bakau. Organisma daratan menduduki bahagian atas pokok bakau manakala
pangkalnya pula dihuni oleh hidupan akuatik. Detritus yang terdiri daripada daun dan dahan
bakau yang gugur menyumbangkan nutrien untuk persekitaran akuatik yang juga menjadi asas
makanan kepada spesies pemakan detritus. Organisma akuatik ini terbahagi kepada dua jenis
iaitu yang menduduki substrat keras seperti akar pokok bakau dan yang mendiami zon
berlumpur.
Hidupan akuatik yang dominan di sini ialah moluska, krustasea dan ikan. Walau
bagaimanapun, ketika lawatan dijalankan tidak banyak organisma daratan mahupun akuatik
yang kelihatan. Mungkin keadaan air yang surut ketika itu menyebabkan hanya beberapa
organisma akuatik sahaja yang kelihatan. Begitu juga dengan organisma daratan. Antara yang
jelas kelihatan pada ketika itu ialah ikan belacak ( Boleophalmus boddaerti ) dan ketam uca (
Uca rosea ) dan beberapa spesies burung beterbangan di kawan sungai berhampiran.
Ikan belacak Ketam Uca
Rajah 2 Antara spesies akuatik yang terdapat di Hutan Paya Laut Matang
Ikan belacak atau ikan tembakul cukup menakjubkan kerana menghabiskan masanya di luar
air, merangkak di atas daratan lumpur ataupun memanjat pokok bakau. Selain insang, ikan ini
juga melakukan pernafasan melalui kulit, sama seperti katak. Ketam uca pula membuat lubang
di dasar yang lembut. Kegiatan membuat lubang oleh ketam ini membenarkan oksigen
memasuki jauh ke dalam lumpur dan membantu komuniti hutan bakau yang lain. Spesies lokan
juga boleh ditemui di sini.
Menurut Encik Nadzaruddin bin Shamsudin, Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak
yang terlibat secara langsung dengan Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang ini, antara
haiwan yang terbanyak sekali mendiami kawasan ini ialah babi hutan dan kera lutong.
Manakala haiwan yang paling berbisa pula ialah ular kapak yang berwarna coklat. Berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada papan pernyataan pula, antara spesies burung tempatan
yang terdapat di hutan paya laut tersebut ialah bangau, pucung, pekaka, belatuk dan helang.
Bagi spesies yang bermigrasi dari Siberia ke Australia, hutan bakau ini menjadi persinggahan
sebelum meneruskan perjalanan ke Australia yang boleh mencapai jarak perjalanan sejauh
25,000 kilometer setahun. Burung-burung tersebut terdiri daripada common sandpiper ( Actitis
hypoleucos ), common redshank ( Tringa totanus ), little stint ( Calidris minuta ), mongolian