Top Banner
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS) HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU NAMA : IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA NO. MATRIK : 841110045311001 NO. KAD PENGENALAN : 841110045311 NO. TELEFON : 012 645 4404 E-MEL : [email protected] TUTOR : Encik Baharom Bin Sabudin PUSAT PEMBELAJARAN : Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Melaka
28

tugasan oum

Apr 16, 2017

Download

Documents

Mr KeChik
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: tugasan oum

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS)

HBML2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU

NAMA : IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA

NO. MATRIK : 841110045311001

NO. KAD PENGENALAN : 841110045311

NO. TELEFON : 012 645 4404

E-MEL : [email protected]

TUTOR : Encik Baharom Bin Sabudin

PUSAT PEMBELAJARAN : Universiti Terbuka Malaysia

Cawangan Melaka

Page 2: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

2

1.0 PENGENALAN

Morfologi satu bidang dalam bahasa Melayu yang mengkaji struktur gramatikal perkataan iaitu

kemungkinan ada perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata.

Morfologi juga mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatikal atau makna yang

diakibatkan oleh perubahan bentuk kata itu. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu perkataan

‘sakit’ dapat menerbitkan pelbagai perkataan lain seperti ‘pesakit’, ‘kesakitan’, ‘penyakit’,

‘disakiti’, ‘sakit-sakit’ dan ‘menyakitkan. Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang

berbeza akibat penggabungan morfem. Perbezaan itu juga wujud apabila terdapat perubahan

pada bentuk kata akar atau kata dasar. Contoh ini menunjukkan bahawa bidang yang dikaji

dalam morfologi ialah morfem dan penggolongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif

dan kata tugas yang sering kali disalah guna oleh pengguna bahasa Melayu sama ada secara lisan

mahupun dalam penulisannya.

Page 3: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

3

2.0 DEFINISI DAN KONSEP KATA TUGAS

Pelbagai definisi boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Berikut antara pandangan dan

pendapat pakar-pakar bahasa Melayu mengenai kata tugas :

Siti Hajar Abdul Aziz (2008:155) mentafsirkan kata tugas ialah golongan kata yang

berbeza daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai

unsur inti dalam binaan frasa. Semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata

adjektif digolongkan sebagai kata tugas, iaitu perkataan yang hadir dalam binaan frasa atau

klausa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis.

Ainon Mohd. (1994:216) berpendapat kebanyakan perkataan mempunyai makna.

Perkataan -perkataan kata nama, kata kerja dan kata sifat, semuanya mempunyai makna. Tetapi,

ada perkataan tidak mempunyai makna. Perkataan-perkataan itu hanya mempunyai tugas. Oleh

yang demikian perkataan-perkataan itu disebut kata tugas. Walaupun kata tugas tidak

mempunyai makna, tetapi perkataan-perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan

olehnya adalah mustahak.

Abdullah Hassan (2006:268) Kata tugas adalah perkataan yang mempunyai fungsi

tatabahasa. Ini bermaksud kata tugas tidak mempunyai makna tetapi digunakan dalam ayat dan

frasa bagi menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Kata tugas tidak boleh menjadi unsur inti bagi

mana-mana frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Walau bagaimanapun, kata adverba dapat membentuk frasa, tetapi frasa adverba tidak

boleh menjadi predikat. Oleh sebab, adverba berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja,

maka kata averba digolongkan sebagai kata tugas.

Begitu juga dengan kata sendi. Kata sendi dapat membentuk frasa sendi, tetapi lazimnya

berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja. Oleh sebab itu kata sendi juga digolongkan

sebagai kata tugas.

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, dan frasa bagi membawa sesuatu tugas sintaksis

tertentu. Tugas-tugas itu adalah sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,

Page 4: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

4

pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya, penyeru dan tugas-tugas lain. Ini

bermakna tanpa kata tugas sesuatu ayat tidak jelas maksudnya.

Nik Safiah Karim (2011:249) menerangkan bahawa kata tugas ialah perkataan yang

tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh

menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-

kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu,

sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas,

penafi, pembesar, pemeri atau tugas-tugas lain.

Dr Ali Mahmood (2012:40) berpendapat kata tugas merupakan sejenis perkataan yang

hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti penyambung

ayat, berfungsi sebagai praklausa, prafasa, atau pascakata.

Dapat dirumuskan berdasar kepada pendapat-pendapat di atas kata tugas merupakan kata

yang tidak membawa apa-apa makna jika wujud atau hadir bersendirian tanpa golongan kata lain

lebih kepada pelengkap atau penyempurna kepada sesuatu ayat itu dan menjadikan sesuatu ayat

itu lebih bermakna serta tanpa kata tugas sesuatu ayat itu akan janggal dan tidak gramatis.

Page 5: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

5

3.0 JENIS DAN CONTOH KATA TUGAS

Secara amnya kata tugas boleh dikelompokkan kepada empat kelompok utama berdasar kepada

kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat. Empat kelompok tersebut adalah seperti

berikut :

(i) Kata penyambung ayat

1. Kata hubung gabungan

2. Kata hubung pancangan

a) Keterangan

b) Komplemen

c) Relatif

(ii) Kata praklausa

1. Kata seru

2. Kata tanya

3. Kata perintah

4. Kata pembenar

5. Kata pangkal ayat

(iii) Kata prafrasa dan pascafrasa

1. Kata bantu

2. Kata penguat

3. Kata penegas

4. Kata nafi

5. Kata pemeri

6. Kata sendi nama

7. Kata arah

8. Kata bilangan

9. Kata adverba.

Page 6: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

6

(iv) Kata pascakata

1. Kata penekan.

2. Kata pembenda

Page 7: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

7

3.1 KATA PENYAMBUNG AYAT

Perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat, yang

dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis iaitu ayat majmuk gabungan dan pancangan.

Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk

pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan.

3.1.1 Kata Hubungan Gabungan

Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama sifatnya. Ayat yang terbentuk

menggunakan kata hubung ini disebut ayat majmuk gabungan. Kata hubung gabungan ialah

dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian . Contoh penggunaan kata hubung

gabungan dalam ayat :

a. Ahmad lulus ujian itu tetapi kakaknya gagal.

b. Abu berkata-kata sambil merenung wajah ibunya.

3.1.2 Kata Hubung Pancangan

Jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama

atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. Kata Hubung Pancangan Relatif.

Perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

Bentuk kata hubung relatif ialah yang. Contoh ayatnya

a. Mereka menonton filem yang disukai ramai.

b. Saya membeli seluar yang berwarna hitam

2. Kata Hubung Pancangan Komplemen.

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa

utama. Contoh kata komplemen ialah bahawa dan untuk. Contoh ayatnya seperti yang

berikut :

a. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

b. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar yang kaya.

Page 8: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

8

3. Kata Hubung Pancangan Keterangan.

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Contohnya kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara, ketika, walupun, agar,

semoga, andai kata, jika, setelah, tatkala, sungguhpun, meskipun, supaya, semasa,

sebab, untuk, apabila. Penggunaannya dalam ayat:

a. Izmir Azraf sering dipuji kerana rajin bekerja.

b. Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

Page 9: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

9

3.2 KATA PRAKLAUSA

Perkataan di hadapan klausa yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata

pembenar dan kata pangkal ayat. Tugasnya untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan,

atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah

3.2.1 Kata Seru.

Berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata

seru seperti aduh, cis, celaka, wah, aduhai, amboi, oh, eh, syabas, wahai. Contoh

penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

a. Amboi, comelnya bayi itu!

b. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!

3.2.2 Kata Tanya.

Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan

bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata

Tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah,

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

a. Harga barang itu berapa?

b. Mereka sampai bila?

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana

contohnya:

a. Baju baharu saya mana?

b. Apakah yang di dalam kotak itu?

Page 10: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

10

3.2.3 Kata Perintah.

Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan,

silaan atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong

dan harap. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

a. Jangan buang sampah di sini.

b. Sila ambil makanan di sana.

3.2.4 Kata Pembenar

Perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan

betul. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

a. Ya, itulah orangnya.

b. Benar, dialah yang berkata demikian.

3.2.5 Kata Pangkal Ayat

Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat

dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat seperti hatta, maka, syahadan, adapun,

kalakian,sebermula, alkisah, arakian. Penggunaanya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

a. Hatta istana itu pun siaplah.

b. Maka panglima itu pun diberi persalinan.

Page 11: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

11

3.3 KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

Perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif

atau frasa sendi nama. Perkataan-perkataan ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang

terkandung dalam ayat, seperti tugas membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan,

menyediakan, menunjukkan arah dan membilang . Berdasarkan tugas ini maka kata prafrasa,

iaitu perkataan yang hadir sebelum frasa, mengandungi sembilan jenis iaitu:

3.3.1 Kata Bantu

Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataanyang bertugas membantu frasa

kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi

aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan,

iaitu

1. Kata Bantu Aspek

Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau,

masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru,

pernah, sedang, masih, akan , mula dan belum yang masing-masingnya diguankan

seperti yang terdapat dalam ayat berikut:

a. Pengantin itu telah selamat diijabkabulkan.

b. Mereka semua baru tiba.

2. Kata Bantu Ragam

Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan

perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan,

patut dan mungkin. Contoh penggunaanya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

a. Abang hendak masuk ke bilik.

b. Ramai belia kini mahu bekerja sendiri.

Page 12: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

12

3.3.2 Kata Penguat

Perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan

maksud yang terkandung dalam frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat

1. Kata Penguat Hadapan

Perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling,

agak, cukup, makin, dan kurang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang

berikut:

a. Pokok kelapa itu terlalu tinggi untuk dipanjat.

b. Masakan ibunya paling sedap.

2. Kata Penguat Belakang

Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif, contohnya sekali, benar, betul, dan

nian, seperti dalam ayat berikut:

a. Kelakuan anak itu baik sekali.

b. Lambat benar bas itu tiba.

3 Kata Penguat Bebas

Perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata

adjektif. Contohnya amat, sangat, dan sungguh, sebagaimana yang terdapat dalam ayat

berikut:

a. Pakaian seragam itu amat kemas.

b. Pandangan di kaki bukit itu sungguh indah.

Page 13: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

13

3.3.3 Kata Penegas

Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam

ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, - kah, -tah,

dan –lah

2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau

bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun,

sahaja, lagi dan memang.

Kehadiran –kah, -tah, dan –lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku

apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses

pendepanan, seperti contoh ayat berikut:

a. Siapakah majikan kamu itu?

b. Pernah datangkah dia?

3.3.4 Kata Nafi

Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa

adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Contohnya:

a. Makanan itu bukan untuk Ratna.

b. Projek itu bukan usaha saya.

Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

a. Bapanya tidak turun ke sawah hari ini.

b. Saya tidak akan dating lagi.

Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa

adjektif jika kedua-dua frasa bersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contohnya:

a. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.

b. Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya.

Page 14: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

14

3.3.5 Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan

frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara iaitu:

a. secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri

ialah,

b. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri

adalah.

Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti yang terdapat dalam

ayat-ayat yang berikut:

a. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral Negara.

b. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga

Austronesia.

Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan drasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti

yang terdapat dalam ayat berikut:

a. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar

Bandar.

b. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

Penggunaan kata pemeri amat terbatas dan tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau

kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut

dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.

a. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

b. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan

hadapan.

Page 15: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

15

3.3.6 Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama

yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah :

di bagi laksana antara

ke demi sejak untuk

Dari Tentang Terhadap Dengan

daripada seperti akan dalam

kepada bagai oleh sampai

pada umpama hingga

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap

satu mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan

yang khusus. Antara kata sendi nama terdapat beberapa bentuk yang menggangotai golongan

kata yang lain, contohnya akan (juga berfungsi sebagai kata bantu), dalam (juga berfungsi

sebagai kata arah dan kata adjektif), sampai (juga berfungsi sebagai kata kerja) dan antara (juga

berfungsi sebagai kata arah).

1. Kata Sendi Nama “di”

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa

nama yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat:

a. Ibunya bekerja di pejabat itu.

b. Pengembara itu sesat di dalam hutan.

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya:

a. Raja Iskandar memerintah di zaman itu.

b. Suasana amat tenang di pagi yang permai itu.

Page 16: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

16

2. Kata Sendi Nama “ke”

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan

tempat atau arah yang dituju, juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama ke juga dieja sebagai satu kata yang

terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutnya. Contohnya:

i. Menunjukkan tempat atau arah

a. Mereka akan ke Kuantan esok.

b. Kami dipersilakan masuk ke dewan pameran itu.

ii. Menunjukkan waktu atau masa

a. Isteri yang setia itu berada di sisi suaminya ke saat terakhir.

b. Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke petang.

Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

merujuk manusia atau binatang seperti

a. Berita itu hanya sampai ke pihak polis semalam.

b. Kebahagiaanmu akan berlanjutan ke anak cucu.

Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa

maksud arah ke suatu tempat, atau waktu seperti yang terdapat dalam contoh yang

berikut.

a. Dari Kajang ke Seremban

b. Dari hati ke hati

Page 17: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

17

3. Kata Sendi Nama "dari"

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan

arah, tempat, atau waktu. Contoh penggunaan kata sendi nama dari adalah seperti yang

berikut:

i. menun jukkan tempat atau arah

a. Angin kencang bertiup dari arah selatan

b. Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.

ii. menunjukkan waktu atau masa

a. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat

petang

b. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

4. Kata Sendi Nama "daripada"

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan

punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian

sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.

i. menyatakan punca daripada manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad.

Contohnya:

a. Daripada siapakah gerangan surat ini?

b. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.

Dalam hubungan ini, perlu ditegaskan bahawa penggunaan kata sendi nama daripada

bagi maksud punca hanya terhad kepada manusia, haiwan dan benda. Penggunaan kata

sendi nama tersebut bagi maksud punca tempat seperti negeri, bandar, pekan, kampung,

dan sebagainya dianggap tidak betul. Contohnya:

a. Pendatang itu daripada negeri jiran.

b. Barang-barang ini datang daripada Timur Tengah

Page 18: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

18

ii. menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Contohnya:

a. Ukiran ini diperbuat daripada logam.

b. Semua ubatnya daripada akar kayu.

iii. menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

a. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.

b. Cara berfikirnya lain daripada yang lain

5. Kata Sendi Nama "kepada"

Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk

menyatakan sasaranyang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan

dan menyatakan perubahan keadaan.

i. menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad.

Contohnya:

a. Sila kembalikan surat itu kepada kerani pejabat ini.

b. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.

Namun demikian, kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama

atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh:

a. Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut.

b. Surat itu hendaklah dihantar kepada Kementerian Kewangan dengan

segera.

ii. menyatakan pecahan. Contohnya:

a. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.

b. Waktu persekolahan dipecahkan kepada sesi pagi dan sesi petang.

Page 19: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

19

iii. menyatakan perubahan keadaan. Contohnya:

a. Suhu badannya meningkat kepada 39oC.

b. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk perpadanan dengan kata sendi nama

daripada, seperti contoh berikut:

a. Daripada ayah kepada ibu.

b. Daripada 37oC kepada 39

oC.

6. Kata Sendi Nama "pada"

Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk

menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada

(manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:

i. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang

menyatakan waktu atau masa. Contohnya:

a. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.

b. Seminar itu bermula pada hari ini.

ii. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata

nama yang merujuk manusia dan haiwan. Contohnya:

a. Wang itu ada pada ibu.

b. Sifat jujur dan amanah ada padanya.

iii. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan

tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya:

a. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.

b. Tulis nama pada kertas ini.

Page 20: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

20

Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa

maksud sasaran, seperti contoh yang berikut:

a. Surat ini hendak dikirimkan pada siapa?

b. Serahkan bungkusan itu pada pegawai kastam.

Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kata sendi nama pada digunakan juga dalam

bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut:

a. Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.

b. Pada pendapatnya persatuan kami harus dibubarkan.

c. Kisah ini hanyalah khayalan, pada pandangan saya.

7. Kata Sendi Nama "untuk" dan "bagi"

Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama,

dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang

demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama

bagi. Contohnya:

a. Asrama ( untuk / bagi ) penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.

b. Derma( untuk / bagi ) anak-anak yatim akan dipungut.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam

penggunaan yang demikian, untuk tidk boleh bertukar ganti dengan bagi.

Contohnya :

a. Hadiah itu untukmu.

b. Tanah seluas dua ekar itu untuk kami.

Page 21: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

21

8. Kata Sendi Nama " demi "

Sebagai kata sendi nama, perkataan demi bertugas membawa makna tujuan dan

digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya:

a. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.

b. Ikutilah peraturan-peraturan ini demi kelicinan kerja-kerja pejabat.

Oleh sebab perkataan demi sudah membawa maksud tujuan, makna perkataan untuk yang

sering digunakan dalam bentuk demi untuk dianggap lewah dan seharusnya digugurkan.

Contohnya:

a. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.

b. Ikutilah peraturan-peraturan ini demi untuk kelicinan kerja-kerja pejabat.

Kata sendi nama demi digunakan sebagai unsur penegas dalam ungkapan seperti yang

berikut:

a. Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Selain itu, demi juga digunakan dalam ungkapan untuk melahirkan makna urutan satu

atau sekumpulan. Contohnya:

a. Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.

b. Mereka bergerak ke dalam stadium pasukan demi pasukan

Page 22: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

22

9. Kata Sendi Nama "tentang"

kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan

sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang

mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

Contohnya:

a. Mereka berbincang tentang masalah negara.

b. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.

Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk

mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebanarnya tergolong sebagai kata

kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaanya adalah seperti yang

berikut:

a. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

b. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.

Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah

dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi iaitu

berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam

kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti

yang berikut:

a. Antara laporan yang disediakan adalah mengenai keperluan tenaga manusia.

b. Berita kematiannya dihebahkan melalui radio.

Page 23: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

23

10. Kata Sendi Nama "seperti", "bagai", "umpama", dan "laksana"

Keempat-empat kata sendi nama ini bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain,

mereka mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai perkataan di hadapan kata nama atau

frasa nama yang membawa maksud perbandingan. Contohnya:

a. Murid baru itu kebingungan ( seperti / bagai / umpama ) rusa masuk

kampung.

b. Hatinya keras ( seperti / bagai / umpama ) batu.

11. Kata Sendi Nama "dengan"

Sebagai kata sendi nama, perkataan dengan di hadapan kata nama atau frasa nama

digunakan untuk membawa maksud seperti yang berikut:

i. membawa maksud bersama-sama atau berserta. Contohnya:

a. Isman bergurau dengan adiknya.

b. Pekerja-pekerja itu berdialog dengan majikan mereka.

ii. membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya:

a. Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.

b. Mereka memulakan setiap pekerjaan dengan bacaan doa.

iii. membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Contohnya:

a. Fatimah memotong roti dengan pisau tajam.

b. Emak membasuh kain dengan sabun serbuk.

iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya:

a. Adakah sama akar dengan rotan.

b. Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.

Page 24: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

24

12. Kata Sendi Nama "sejak"

Sebagai kata sendi nama, perkataan sejak atau semenjak membawa maksud penanda

waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya:

a. Kami tinggal di kampung ( sejak / semenjak ) dua tahun yang lalu.

b. Mereka berjaga-jaga ( sejak / semenjak ) subuh lagi.

13. Kata Sendi Nama " terhadap "

Kata sendi nama terhadap, biasanya digunakan sebagai unsur membawa maksud rujukan

yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya:

a. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

b. Jangan bersikap biadap terhadap orang tua.

14. Kata Sendi Nama "akan"

Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dan

penggunaannya didahului oleh kata adjektif yang bersikap emotif. Contohnya:

a. Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu.

b. Wanita itu amat rindu akan anaknya.

Page 25: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

25

3.3.7 KATA ARAH

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata

sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah

seperti berikut:

a. Buku itu di atas meja.

b. Petani itu berjalan ke tepi danau

3.3.8 KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan

hadir sebelum frasa tersebut. Contoh penggunaan kata bilangan:

a. Harga barang itu dua puluh ringgit.

b. Sedikit garam dibubuh ke dalam masakan ini.

3.3.9 KATA ADVERB

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa

sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Contoh penggunaan kata adverba.

a. Kami selalu memperkatakan hal itu.

b. Ketibaan mereka esok.

Page 26: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

26

3.4 KATA PASCAKATA

Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah

nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembeda. Contoh penggunaan kata pascakata:

3.4.1 KATA PENEKAN

Kata penekan ialah bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

Contoh dalam ayat:

a. Lapisan ozon semakin menipis.

b. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

3.4.2 KATA PEMBEDA

Kata pembeda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan daripada kata nama sebagai kata

nama misalnya:

a. Lajunya 100 km sejam.

b. Bukan kepalang sakitnya.

Page 27: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

27

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya tugasan ini dipercayai dapat mengupas segala selok-belok kata tugas serta

menyelesaikan masalah kekeliruan dalam penggunaannya. Kekeliruan yang dipercayai berpunca

daripada kurangnya kefahaman terhadap kata tugas itu sendiri telah diatasi. Kefahaman yang

baik mengenai kata tugas ini dapat membantu seseorang pengguna bahasa Melayu menghasilkan

ayat-ayat yang betul, gramatis serta bermakna.

Bagi seorang guru pula, secara profesionalnya penggunaan kata tugas yang betul akan

membantu murid memahami dengan baik dalam proses penyampaian pengajaran seterusnya

mengimplimentasikan dalam kehidupan harian mereka sejajar dengan slogan ‘Bahasa Jiwa

Bangsa’.

Page 28: tugasan oum

HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSI BAHASA MELAYU 841110045311001

28

6.0 RUJUKAN

Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr Seman Salleh & Munsyi Zainal Abidin Kasim (2007).

HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu, Open University Malaysia

Dr Abdullah Hassan (2006). Morfologi, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Dr Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman (2006). Sintaksis,

Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika, Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd

Siti Hajar Abdul Aziz (2008) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Selangor Darul Ehsan :

Oxford Fajar Sdn Bhd